Pohon maaf: Mazlan serah kepada Azalina
Anis Nazri, | 03 Okt 2012 |
Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, jika ahli parlimen Pengerang itu ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, ia merupakan hak Azalina untuk berbuat demikian.
"Apa yang saya boleh cakap kalau dia nak ambil tindakan undang-undang. Terpulanglah, itu hak dia. Saya tidak gentar dengan ugutan beliau. Ribuan di Dataran Sungai Rengit mendengar ucapan saya, malah ia juga turut dimuatkan di Youtube, media internet dan sebagainya," tegas beliau.
(Mazlan ketika berucap di Pengerang baru-baru ini)
Tambah beliau, sebagai seorang muslim yang berjuang bagi kepentingan rakyat, beliau sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dalam usaha membela hak rakyat.
Dalam pada itu, Mazlan turut mempersoalkan peranan Azalina sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.
"Mengapa projek Rapid tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan Kg Dato' Abd Ghani Othman? Bukankah di situ ada tanah Kerajaan Negeri Johor ribuan hektar?
"Wajarkah dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yang jaraknya sekitar 10 km sahaja?" soal beliau lagi.
Malah, kata Mazlan, lokasi dipilih di Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Batu Mas yang begitu hampir dengan TLDM Tanjung Pengelih, yang merupakan laluan sibuk 200 kapal dalam sehari.
Mazlan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), beranggapan membina jeti dan terminal berdekatan laluan tersebut mempunyai risiko dan tidak ekonomik serta praktikal, selain masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di Pelabuhan Sg Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja, berbansingbdi terminal yang dicadangkan di Pengerang yang memakan masa tiga jam.
Tambah Mazlan, tidak seperti di sekitar tanah kerajaan berhampiran Kg Dato' Abd Ghani Othman, kawasannya lapang, mempunyai kedalaman yang sgt munasabah atas jajaran Laut Cina Selatan dan jauh dari kapal-kapal dagang.
"Saya persilakan dengan segala hormatnya jika Azalina ingin saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya mendedahkan lebih terperinci sandiwara pemimpin BN di sebalik projek yang kontroversi ini. Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu 'buah' saya seterusnya," kata beliau.
Semalam, Azalina dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan sekiranya tidak memohon maaf secara terbuka ekoran ucapannya yang mengaitkan Azalina dengan projek Rapid Pengerang, pada Himpunan Hijau Pengerang, hujung bulan lalu.
Azalina, bagaimanapun tidak memberikan tempoh kepada Mazlan untuk berbuat demikian dan dikatakan telah mengarahkan peguamnya meneliti dan menyemak ucapan Mazlan
Separuh peruntukan Bajet 2013 hasil Petronas
Muhamad Yusri Amin, | 03 Okt 2012 |
KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan kepada umum sebahagian besar daripada peruntukan dalam Belanjawan 2013 adalah dipungut daripada hasil petroleum.
Jumlah tersebut merangkumi 45 peratus atau kira-kira RM96 daripada jumlah keseluruhan Bajet 2013.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, manakala jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sekarang meningkat kepada RM10.4 bilion.
“Tanpa segan silu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan belanjawan 2013 kononnya berjiwa rakyat.
“Sedangkan hasil yang dikutip daripada Petronas meningkat begitu banyak sekali berbanding sebanyak RM22 bilion (20 peratus) pada 2002,” katanya di sini semalam.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan menyokong penuh pendirian Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya hasil royalti milik Kelantan jangan diusik kerajaan pusat.
Menurutnya juga usaha menuntut royalti minyak akan menjadi lebih mudah apabila kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang ditukar kepada kerajaan baru.
“Kalau kita nak merdekakan rakyat Kelantan bagi mendapatkan royalti petroleum kita kena berpakat pinggirkan kerajaan pusat yang ada sekarang pada PRU-13 nanti.
“Dan buat masa sekarang kita terus perjuangan menuntut royalti. Kita akan jelajah ke segenap tempat bagi mengajak sokongan orang ramai di samping meneruskan tuntutan melalui mahkamah,” ujarnya.
Ketika melepaskan konvoi Royalti ke Putrajaya pagi semalam Menteri Besar mengingatkan hasil royalti milik Kelantan tidak digunakan sesuka hati.
Wat Siam bantu bina Lebuh Raya Rakyat
Rizal Tahir, | 03 Okt 2012 |
Dan pada Jumaat ini sebanyak 32 buat wat Siam di negeri ini mengambil inisiatif mengumpul dana Lebuh Raya Rakyat yang akan diserahkan kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketua Sami Buddha Tumpat, Than Tit berkata, pihaknya turut mengambil tangungjawab bersama membantu kerajaan negeri membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu bagi keperluan orang ramai.
“Jangan pula ada pihak menganggap pemberian sumbangan kami itu sebagai isu politik.
“Lebuhraya tersebut merupakan keperluan semua tidak kira agama, bangsa atau pegangan agama mereka,” katanya di sini.
Menurutnya majlis penyerahan sumbangan dalam bentuk ufti akan diadakan di Wat Machimmaran dekat sini yang turut dihadiri penduduk Siam tempatan.
Difahamkan sebelum berlangsung majlis penyerahan tersebut syarikat yang bertanggungjawab membina Lebuh Raya Rakyat, Baidah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd akan menyampaikan taklimat mengenai projek lebuh raya tersebut.
Kelmarin peneroka dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor menyerahkan sumbangan bagi projek Lebuh Raya Rakyat sebanyak RM21,300 kepada Menteri Besar pada satu program di JKR 10.
OKU impikan Malaysia baru di bawah Pakatan
Aslani M, | 03 Okt 2012 |
KOTA BHARU: Biar pun Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diterajui Datuk Seri Najib Razak,
malangnya lebih 361,000 golongan kelainan upaya (OKU) masih lagi
terpinggir.
Ini kerana kementerian itu hanya diberikan peruntukan sejumlah RM1.65 bilion iaitu 3.39 peratus daripada RM49.7 bilion perbelanjaan pembangunan dalam bajet 2013.
Dan daripada jumlah peruntukan tersebut dipecah pula kepada lima agensi iaitu Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Selain itu Institut Sosial Malaysia dan Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW).
OKU pula diletak di bawah JKM yang turut bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu tunggal, warga emas, orang-orang miskin dan pelbagai lagi.
Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan, Muhammad Faizal Che Yusoff berkata, kerajaan seperti gagal menilai tanggungjawab KPWKM yang begitu besar.
“Ini menggambarkan betapa kerajaan kurang prihatin kepada golongan masyarakat yang bergantung harap termasuk OKU.
“Sedangkan kementerian tersebut kini berada di Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Jumlah OKU berdaftar sekarang berjumlah 361,000 orang.
“Kami hanya dimomokkan dengan pemberian-pemberian kemudahan lama tapi dijenamakan semula,” katanya di sini sebagai memberi reaksi terhadap Belanjawan 2013 yang dibentang Perdana Menteri Jumaat lalu.
Muhammad Faizal yang juga seorang peguam berkata, tiadanya perhatian yang lebih fokus kepada OKU dalam pentadbiran kerajaan sekarang menyebabkan pelbagai isu didepani OKU terus berlarutan dan tiada kesudahan.
Bermula isu intervensi awalan, sokongan keluarga, pendidikan, pekerjaan, sara hidup, perumahan, infrastruktur aksesibiliti, penjagaan OKU di hari tua, serta hak kepada kebudayaan dan rekreasi terus menjadi persoalan pada OKU.
Malangnya kata beliau tiada perancangan yang dapat memberi kesan yang signifikan kepada OKU.
Oleh itu beliau melihat kementerian terbabit perlu distruktur semula bagi memastikan kehidupan OKU lebih terbela biar pun sekarang telah wujud Majlis Kebangsaan Bagi OKU dan Jabatan Pembangunan OKU.
Beliau berkata, KPWKM wajar dipecahkan setidak-tidaknya kepada dua kementerian. Hal ehwal wanita dan keluarga diletakkan di satu kementerian, manakala hal ehwal OKU dan kesejahteraan masyarakat diletak di kementerian lain.
“Dengan mengecilkan saiz tanggungjawab yang kini dipikul KPWKM, ia diharap mampu memberi lebih ruang yang cukup untuk menteri lebih fokus dalam melaksanakan tanggungjawab,” katanya.
Dalam situasi sekarang kata Faizal, OKU lebih meletak pengharapan kepada Pakatan Rakyat bagi memberi perhatian khusus dalam hal tersebut terutamanya merancang dan melaksanakan pembangunan OKU secara menyeluruh.
“Dalam hal ini perlulah suatu perancangan yang begitu fokus diberi perhatian Pakatan Rakyat dalam mengimpikan Malaysia baru selepas pilihanraya umum ke-13,” ujarnya.
Soalan;
Akikah untuk Bayi lelaki. Bolehkah majlis akikah dibuat dua kali; Majlis akikah yang pertama seekor kambing, majlis akikah yang kedua (Hari yang berbeza) seekor lagi kambing. Atau satu bahagian lembu.
Jawapan;
Akikah untuk anak lelaki disunatkan dua ekor kambing sebagaimana dalam hadis; “Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan seekor kambing” (HR Imam Abu Daud dari Ummu Kurzi al-Ka'biyah RA. Sunan Abu Daud, 2834).
Menurut ulama mazhab Syafie; harus dilakukan juga dengan dua tompok lembu. (lihat jawapan sebelum ini; Hukum Akikah dengan lembu).
Sebaik-baiknya dua ekor kambing (atau dua tompok) itu dilakukan bersama-sama kerana dapat segera terhasil pahala berakikah dengan dua ekor kambing sebagaimana yang disunatkan oleh Nabi SAW bagi anak lelaki tadi. Namun jika hendak dilakukan seekor dulu, tidaklah dilarang kerana menurut ulama; sekalipun akikah untuk anak lelaki digalakkan dua ekor kambing, namun jika dilakukan seekor sahaja ia adalah sah dan terhasil pahala akikah. Nabi SAW sendiri, walaupun menggalakkan dua ekor, tetapi baginda hanya melakukan seekor sahaja untuk cucunya.
Ibnu 'Abbas RA menceritakan; “Rasulullah SAW melakukan akikah bagi Hasan RA dan Husain RA dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)” (HR Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, 2841).
Apabila telah dilakukan seekor, kemudian dilakukan lagi seekor maka yang kedua dianggap penyempurnaan bagi akikah yang pertama, namun pahalanya tidak sama dengan yang pertama kerana ibadah akikah - apabila telah tiba waktunya - lagi segera/cepat dilaksanakan, lagi baik.
Masa terbaik melakukan akikah ialah pada hari yang ke tujuh bayi dilahirkan (hari lahir dihitung sebagai hari pertama jika dilahirkan siang hari). Saidatina 'Aisyah RA menceritakn; “Nabi SAW melakukan akikah untuk Hasan dan Husin pada hari ketujuh, baginda memberi nama kepada mereka berdua dan baginda menyuruh supaya dibuang kekotoran daripada kepala mereka berdua (yakni dicukur rambut mereka)” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim dengan sanad yang baik menurut Imam Nawawi. Lihat; al-Majmu’, jil. 8, hlm. 320).
Menurut ulama; Jika tidak dapat dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai umur baligh masih belum lagi diakikahkan, maka gugur sunat tersebut daripada wali/ penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan akikah bagi dirinya (apabila dewasa). (Kifayatul-Akhyar, hlm. 534).
http://ilmudanulamak.blogspot.com/
Berikut adalah kronologi kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas ekoran isu pembayaran royalti minyak.
2010
i. Kerajaan Negeri Kelantan telah menfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009.
ii. Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk dijadikan defenden kedua. Pada masa yang sama Mahkamah Tinggi telah menukarkan kes daripada Mahkamah Bahagian Dagangan ke Mahkamah Sivil. Pertukaran dilakukan secara dalaman tanpa perbincangan dengan kedua-dua belah pihak (Kerajaan negeri dan Petronas). Hanya notis dikeluarkan.
iii. Kelantan kemudiannya telah menfailkan permohonan untuk memindahkan kes di Mahkamah Sivil ke Mahkmah Bahagian Dagangan. Permohonan ini tidak dibantah Petronas.
iv. Dua permohonan iaitu permohonan Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden kedua dan Kerajaan Negeri Kelantan mohon pindahkan kes ke Mahkamah Bahagian dagangan didengar dihadapan Hakim Zabariah.
v. Keputusan permohonan pertama oleh Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden dibenarkan tetapi hakim menolak permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Bahagian Dagangan walaupun tidak dibantah Petronas.
vi. Kerajaan Negeri sekali lagi merayu terhadap kedua-dua keputusan ke Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun kedua-dua rayuan ditolak dan Kerajaan Persekutuan kekal sebagai defenden kedua dan kes akan tetap dibicarakan di Mahkamah Sivil.
vii. Kerajaan Negeri mengemukakan permohonan kebenaran merayu kepada di Mahkamah Persekutuan untuk kedua-dua keputusan rayuan yang ditolak di Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan kedua-dua permohonan.
viii. Kes kembali ke Mahkamah Tinggi. Kerajaan Negeri menfailkan pula permohonan untuk mendapatkan dokumen berkenaan semua aktiviti cari gali dan pendapatan daripada pengeluaran Petroleum dari Kelantan.
ix. Seminggu selepas itu Petronas telah failkan permohonan untuk melupuskan kes di Mahkamah Tinggi ini dengan mengguna-pakai Aturan 14 A, iaitu perbahasan isu undang-undang tanpa memanggil saksi dan tiada bicara.
x. Selepas itu Kerajaan Persekutuan pula menfailkan permohonan yang sama iaitu pendengaran dengan mengguna-pakai Aturan 14 A.
2011
xi. Hakim Mahkamah Tinggi telah mendengar permohonan Penzahiran dokumen dan memutuskan bahawa permohonan Kerajaan Negeri Kelantan tidak dibenarkan dengan alasan Petronas sudah menfailkan permohonan Aturan 14 A.
2012
xii. Pada 18 Januari 2012, Mahkamah Tinggi telah mendengar Permohonan Aturan 14 A oleh kedua-dua pemohon (Petronas dan Kerajan Persekutuan) dan membenarkan kedua-dua permohonan.
xiii. Sebulan selepas itu, Kerajaan Negeri telah menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Aturan 14 A.
xiv. Pada 26 April 2012, Mahkamah Rayuan telah mendengar ketiga-tiga rayuan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia merangkumi pecahan berikut
a. Penzahiran Dokumen oleh Petronas terhadap semua aktiviti cari gali dan pengeluaran Petroleum Kelantan
b. Pendengaran menolak Mahkamah Tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Petronas
c. Pendengaran menolak Mahkamah tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Kerajaan Persekutuan.
xv. Pada pendengaran tersebut (26 April), Mahkamah rayuan menolak ketiga-tiga permohonan. Walaubagaimana pun semasa pendengaran di Mahkamah Rayuan, Kerajaan Negeri dimaklumkan secara rasmi penyelesaian luar mahkamah antara Kerajaan Terengganu dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Kelantan pula telah memohon terma-terma penyelesaian tersebut didedahkan. Walaubagaimana pun permohonan sekali lagi ditolak.
xvi. Pada 3 Oktober 2012, Pendengaran Permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap ketiga-tiga keputusan tolak di Mahkamah Rayuan pada 26 April. Pendengaran didengar di Mahkamah Persekutuan. Pada hari pendengaran, Kerajaan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa Petronas dan Kerajaan Persekutuan tiada bantahan terhadap ketiga-tiga permohonan tersebut. Oleh itu, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu kepada Kerjaan Negeri Kelantan.
xvii. Dalam masa 14 hari selepas keputusan, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan. Dianggarkan pendengaran ketiga-tiga rayuan tersebut oleh Mahkamah Persekutuan akan berlangsung ada awal tahun 2013.
xviii. Keputusan ini telah dihakimi oleh 5 hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Amar Maaruf, Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan dan Datuk Sulong Matjerale.
Saya
benar-benar tidak percaya apabila membaca satu laporan berita yang
memetik Datuk Seri Hishammuddin sebagai berkata,”kerajaan mengalih
tumpuan kepada menguruskan persepsi umum dalam fasa kedua Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kebimbangan rakyat.”
Saya terpaksa menonton laporan berita di TV supaya dapat mengesahkan dengan telinga saya sendiri beliau mengatakan: “Isunya sekarang bukan indeks. Itu kita cukup yakin. Isunya bukan dari segi sasaran jenayah jalanan tetapi ‘goal post’nya telah berubah kerana tuntutan semasa. Ini semua akan dibincangkan dan diumumkan dalam fasa kedua NKRA kita,” jelas Hishammuddin pada sidang media selepas menutup satu mesyuarat khas di Maktab Polis DiRaja Malaysia.
Selepas kontroversi berkaitan isu “jenayah indeks” dan “jenayah bukan indeks” yang jelas menunjukkan statistik jenayah telah dimanipulasi. Dengan cara mengklasifikasikan semula kejadian jenayah kepada “jenayah bukan indeks” yang tidak disiarkan bertujuan menampakkan penurunan “jenayah indeks”.
Hanyalah melalui respons polis kepada tuduhan seorang ‘whistleblower’ kita mengetahui yang di saat “jenayah indeks” telah menurun sebanyak 24.7% daripada 2007 sehingga 2011, satu pencapaian yang “harus dipuji”, “jenayah bukan indeks” pula meningkat sebanyak 68.7% dalam tempoh yang sama.
Angka-angka itu memberikan bukti jelas terhadap manipulasi statistik oleh pihak berkuasa untuk mencerminkan pencapaian yang lebih baik berbanding realiti dihadapi rakyat di luar sana.
Dengan itu, tidak salah dakwaan Menteri Dalam Negeri bahawa “isunya bukanlah indeks”. Sudah tentulah bukan isu kerana ia telah dimanipulasi untuk menampakkan peningkatan pencapaian keselamatan.
Isunya adalah berkaitan jenayah “bukan indeks” yang telah dimanipulasi dan dikaburkan hingga menyembunyikan keadaan sebenar.
Jika jenayah bukan lagi isu yang rakyat Malaysia perlu bimbangkan, sudah tentu kedua-dua “jenayah indeks” dan “jenayah bukan indeks”, telah sama-sama turun kadarnya pada tempoh yang sama.
Yang mengejutkan dan sukar dipercayai adalah apabila Menteri Dalam Negeri memperuntukkan RM272 juta khusus untuk memperbaiki “indeks persepsi jenayah” di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Saya akui saya betul-betul tidak tahu bagaimana mahu memahamkan Menteri Dalam Negeri bahawa sekiranya indeks jenayah telah bertambah baik dan risiko jenayah telah menurun, persepsi terhadap jenayah tentulah secara automatik bertambah baik! Persepsi tentang risiko jenayah datang daripada kejadian sebenar dan kemungkinan besar pengalaman menjadi mangsa jenayah.
Tidak kira berapa banyak duit yang ditaburkan kerajaan untuk memperbaiki “persepsi” jenayah baik melalui iklan atau strategi pemasaran oleh perunding persepsi atau melalui cubaan ‘brainwash’, hasilnya tidak akan berubah melainkan jenayah sebenar menurun, bukannya statistik yang dimanipulasi.
Jenayah dan keselamatan adalah perkara yang sangat penting buat rakyat Malaysia dan rakyat berhak memperoleh pembuat dasar yang lebih baik untuk memastikan kadar jenayah benar-benar turun.
Seorang doktor tidak akan menyembuhkan kanser dengan memberikan ubat tahan sakit tetapi bertindak terus ke atas sel tersebut. Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya menumpukan usaha kementeriannya terhadap pencegahan jenayah dan bukannya persepsi rakyat yang hanya merupakan simptom-simptom.
Penulis ialah Setiausaha Publisiti DAP dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
KUALA LUMPUR: Saban tahun rakyat ternanti-nanti bajet untuk meraih ‘secubit keuntungan atau merasa sesuap kenikmatan’ tetapi
sebarang bajet seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara sentiasa
menunjukkan harga yang tidak setimpal dalam hampir semua agensi
kerajaan dan kementeriannya.
“Menariknya bermula tahun lepas dan juga tahun ini, pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) selepas Belanjawan 2013 seolah-olah mempunyai agenda tersirat,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar).
Sehubungan itu, beliau memetik kenyatan Presiden PAS dalam ulasan spontan berkenaan dengan bajet yang baru dibentangkan antara lain menyebut“selama puluhan tahun dibentang dan dijanjikan, rakyat perlu sedar tentang ketirisan berbilion duit Khazanah Negara yang telah hilang entah ke mana".
“Kenyataan ini jelas menunjukkan betapa ketidak bertanggungjawaban mereka yang diamanahkan memegang kuasa dalam melaksanakan tugas dengan sejujurnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Timbalan Presiden PAS, ujarnya memberi contoh dengan menempelak belanjawan tersebut dengan menyatakan “tetapi dalam pelaksanaan, beli pemutar skru lima kali ganda daripada harga biasa. Itu contoh yang kecil dari pelbagai perbuatan khianat kepada yang menyebabkan negara mengalami kerugian sehingga RM 28 bilion seperti yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara. Belanjawan YAB PM juga sebagai ‘belanjawan sembunyi fakta’ kerana keengganan membentang laporan Ketua Audit Negara bersama belanjawan”.
Baginya, pelik bin ajaib di mana Malaysia terlalu banyak mempunyai jabatan atau institusi dalam menghalang ketirisan seperti Institut Integriti Negara (IIN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk badan-badan agama tetapi setiap tahun angka ketirisan bertambah dan makin bertambah.
“Satu soalan lucu kalau anda beli barang, anda mahu harga murah atau mahal? Sudah pasti harga yang paling murah.
“Inilah pengamalan seluruh manusia yang berakal. Tetapi jangan terkejut budaya BN, jika beli barang mahu yang paling mahal mahupun di pasaran harganya 10 kali ganda lebih murah. Kenapa...faham-fahamlah sendiri,” ujarnya.
Justeru, beliau berharap semoga sifat tamak haloba, mementingkan diri sendiri, rakus harta rakyat tiada lagi dalam sanubari dan hati pemimpin yang takutkan Allah dan berkhidmat semata-mata mencari keredhaan-Nya.
KUALA LUMPUR: Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menetapkan penangkapan terhadap 5 aktivis di bawah ISA pada tahun 2001 sebagai tidak sah.
Demikian dinyatakan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya menyebutkan tuduhan Ketua Polis Negara pada ketika itu iaitu Tan Sri Norian Mai terhadap kelima-lima aktivis tersebut adalah fitnah dan berniat jahat.
Dalam penghakiman yang dibuat, mahkamah menetapkan kelima-lima mangsa ISA telah diperlakukan secara zalim sepanjang berada di bawah tahanan ISA.
Mereka dipaksa berbogel di hadapan pegawai penyiasat, dipaksa berjalan dengan kaki ayam ke tandas yang kotor, disiasat selama berjam-jam secara berterusan dan bagi yang muslim tidak dibenarkan untuk menunaikan solat.
Oleh itu mahkamah mengarahkan setiap daripada mereka dibayar pampasan yang setimpal dengan penindasan yang telah mereka alami.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.
Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.
Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.
Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua
Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.
Untuk ini, Hakim Lau anugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.
Mahkamah juga anugerahkan RM200,000 sebagai kos.
Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom dan Tian Chua Chang yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.
“Hal ini menjustifikasikan segala tuntutan yang pernah GMI kemukakan kepada kerajaan Malaysia.
“Dalam episod perjuangan GMI menentang akta zalim ini, GMI telah mendedahkan pelbagai kekejaman dan kezaliman yang berlaku terhadap tahanan ISA,” ujar Syed Ibrahim.
Namun, katanya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Dalam Negeri terus menafikan dakwaan GMI tersebut dan terus mempertahankan ISA sebagai undang-undang yang adil.
“Dengan mengambil kira keputusan mahkamah ini, apakah Menteri Dalam Negeri masih boleh menafikan kekejaman berlaku terhadap tahanan semasa ISA?” soal beliau.
Beliau menegaskan, GMI sehingga ke hari ini sentiasa konsisten mendedahkan siri-siri kekejaman yang terpaksa dilalui oleh tahanan yang masih meringkuk di bawah penahanan ISA.
Katanya, namun setiap pendedahan itu tidak langsung dijawab secara bertanggungjawab oleh Menteri Dalam Negeri yang lebih gemar untuk berdiam diri.
Sebagai menghormati keputusan mahkamah, kata Syed Ibrahim seharusnya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sewaktu kelima-lima aktivis tersebut ditahan pada 2001 memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Kedua-dua individu ini perlu bertanggungjawab atas keterlanjuran yang telah mereka lakukan sehingga menyebabkan aktivis rakyat yang tidak bersalah ditahan dan diseksa secara kejam di bawah ISA,” ujarnya.
Katanya, ISA hanya akan berfungsi sekiranya Menteri Dalam Negeri memberi restu untuk pihak polis menahan seseorang yang dikatakan memberi ancaman kepada keselamatan negara.
“Kuasa inilah yang telah disalah guna oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara pada waktu itu untuk menahan aktivis rakyat yang menjadi musuh politik kepada Barisan Nasional pada ketika itu.
“Bekas tahanan ISA ini difitnah oleh bekas Ketua Polis Negara sebagai ancaman kepada keselamatan negara dengan memiliki senjata berbahaya seperti pelancar roket, molotov cocktail, dan dilabel sebagai pengganas.
“Semua ini perlu dibersihkan oleh kerajaan Malaysia,” ujarnya.
Beliau berkata, GMI mengira sudah tidak ada hujah yang boleh dijadikan alasan oleh Menteri Dalam Negeri untuk terus menahan tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting.
Tegasnya lagi, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein perlu segera membatalkan segala perintah tahanan dan membebaskan kesemua mangsa kezaliman ISA.
Katanya, keputusan mahkamah itu memberi gambaran bahawa kesemua pertuduhan yang dikenakan kepada bekas tahanan ISA mahupun tahanan semasa boleh diragui.
“GMI yakin keputusan mahkamah ini akan menyemarakkan lagi perjuangan mangsa-mangsa ISA untuk menuntut keadilan,” katanya.
GMI juga, tegasnya tidak menolak akan lebih ramai bekas-bekas tahanan ISA akan tampil untuk mengheret Kerajaan Malaysia ke muka pengadilan sekiranya kezaliman ini tidak diperbetulkan segera.
Menurut Syed Ibrahim, satu-satunya cara untuk kerajaan Malaysia membetulkan segala kesilapan telah berlaku di bawah ISA ialah dengan membebaskan segera kesemua tahanan ISA dan membayar pampasan yang setara dengan kezaliman yang telah mereka lalui.
“Kerajaan juga perlu menutup Kem Tahanan Kamunting yang selama ini telah menjadi simbol kekejaman pihak kerajaan terhadap rakyat.
“Akhirnya, GMI sekali lagi sifatkan keputusan mahkamah ini sebagai kemenangan buat bekas Tahanan ISA, keluarga tahanan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan,” ujarnya lagi.
Ini kerana kementerian itu hanya diberikan peruntukan sejumlah RM1.65 bilion iaitu 3.39 peratus daripada RM49.7 bilion perbelanjaan pembangunan dalam bajet 2013.
Dan daripada jumlah peruntukan tersebut dipecah pula kepada lima agensi iaitu Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Selain itu Institut Sosial Malaysia dan Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW).
OKU pula diletak di bawah JKM yang turut bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu tunggal, warga emas, orang-orang miskin dan pelbagai lagi.
Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan, Muhammad Faizal Che Yusoff berkata, kerajaan seperti gagal menilai tanggungjawab KPWKM yang begitu besar.
“Ini menggambarkan betapa kerajaan kurang prihatin kepada golongan masyarakat yang bergantung harap termasuk OKU.
“Sedangkan kementerian tersebut kini berada di Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Jumlah OKU berdaftar sekarang berjumlah 361,000 orang.
“Kami hanya dimomokkan dengan pemberian-pemberian kemudahan lama tapi dijenamakan semula,” katanya di sini sebagai memberi reaksi terhadap Belanjawan 2013 yang dibentang Perdana Menteri Jumaat lalu.
Muhammad Faizal yang juga seorang peguam berkata, tiadanya perhatian yang lebih fokus kepada OKU dalam pentadbiran kerajaan sekarang menyebabkan pelbagai isu didepani OKU terus berlarutan dan tiada kesudahan.
Bermula isu intervensi awalan, sokongan keluarga, pendidikan, pekerjaan, sara hidup, perumahan, infrastruktur aksesibiliti, penjagaan OKU di hari tua, serta hak kepada kebudayaan dan rekreasi terus menjadi persoalan pada OKU.
Malangnya kata beliau tiada perancangan yang dapat memberi kesan yang signifikan kepada OKU.
Oleh itu beliau melihat kementerian terbabit perlu distruktur semula bagi memastikan kehidupan OKU lebih terbela biar pun sekarang telah wujud Majlis Kebangsaan Bagi OKU dan Jabatan Pembangunan OKU.
Beliau berkata, KPWKM wajar dipecahkan setidak-tidaknya kepada dua kementerian. Hal ehwal wanita dan keluarga diletakkan di satu kementerian, manakala hal ehwal OKU dan kesejahteraan masyarakat diletak di kementerian lain.
“Dengan mengecilkan saiz tanggungjawab yang kini dipikul KPWKM, ia diharap mampu memberi lebih ruang yang cukup untuk menteri lebih fokus dalam melaksanakan tanggungjawab,” katanya.
Dalam situasi sekarang kata Faizal, OKU lebih meletak pengharapan kepada Pakatan Rakyat bagi memberi perhatian khusus dalam hal tersebut terutamanya merancang dan melaksanakan pembangunan OKU secara menyeluruh.
“Dalam hal ini perlulah suatu perancangan yang begitu fokus diberi perhatian Pakatan Rakyat dalam mengimpikan Malaysia baru selepas pilihanraya umum ke-13,” ujarnya.
Bolehkah akikah dua ekor kambing berperingkat
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, | 03 Okt 2012 |
Akikah untuk Bayi lelaki. Bolehkah majlis akikah dibuat dua kali; Majlis akikah yang pertama seekor kambing, majlis akikah yang kedua (Hari yang berbeza) seekor lagi kambing. Atau satu bahagian lembu.
Jawapan;
Akikah untuk anak lelaki disunatkan dua ekor kambing sebagaimana dalam hadis; “Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan seekor kambing” (HR Imam Abu Daud dari Ummu Kurzi al-Ka'biyah RA. Sunan Abu Daud, 2834).
Menurut ulama mazhab Syafie; harus dilakukan juga dengan dua tompok lembu. (lihat jawapan sebelum ini; Hukum Akikah dengan lembu).
Sebaik-baiknya dua ekor kambing (atau dua tompok) itu dilakukan bersama-sama kerana dapat segera terhasil pahala berakikah dengan dua ekor kambing sebagaimana yang disunatkan oleh Nabi SAW bagi anak lelaki tadi. Namun jika hendak dilakukan seekor dulu, tidaklah dilarang kerana menurut ulama; sekalipun akikah untuk anak lelaki digalakkan dua ekor kambing, namun jika dilakukan seekor sahaja ia adalah sah dan terhasil pahala akikah. Nabi SAW sendiri, walaupun menggalakkan dua ekor, tetapi baginda hanya melakukan seekor sahaja untuk cucunya.
Ibnu 'Abbas RA menceritakan; “Rasulullah SAW melakukan akikah bagi Hasan RA dan Husain RA dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)” (HR Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, 2841).
Apabila telah dilakukan seekor, kemudian dilakukan lagi seekor maka yang kedua dianggap penyempurnaan bagi akikah yang pertama, namun pahalanya tidak sama dengan yang pertama kerana ibadah akikah - apabila telah tiba waktunya - lagi segera/cepat dilaksanakan, lagi baik.
Masa terbaik melakukan akikah ialah pada hari yang ke tujuh bayi dilahirkan (hari lahir dihitung sebagai hari pertama jika dilahirkan siang hari). Saidatina 'Aisyah RA menceritakn; “Nabi SAW melakukan akikah untuk Hasan dan Husin pada hari ketujuh, baginda memberi nama kepada mereka berdua dan baginda menyuruh supaya dibuang kekotoran daripada kepala mereka berdua (yakni dicukur rambut mereka)” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim dengan sanad yang baik menurut Imam Nawawi. Lihat; al-Majmu’, jil. 8, hlm. 320).
Menurut ulama; Jika tidak dapat dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai umur baligh masih belum lagi diakikahkan, maka gugur sunat tersebut daripada wali/ penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan akikah bagi dirinya (apabila dewasa). (Kifayatul-Akhyar, hlm. 534).
http://ilmudanulamak.blogspot.com/
Kronologi kes saman Kelantan terhadap Petronas
Harakahdaily, | 03 Okt 2012 |
Berikut adalah kronologi kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas ekoran isu pembayaran royalti minyak.
2010
i. Kerajaan Negeri Kelantan telah menfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009.
ii. Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk dijadikan defenden kedua. Pada masa yang sama Mahkamah Tinggi telah menukarkan kes daripada Mahkamah Bahagian Dagangan ke Mahkamah Sivil. Pertukaran dilakukan secara dalaman tanpa perbincangan dengan kedua-dua belah pihak (Kerajaan negeri dan Petronas). Hanya notis dikeluarkan.
iii. Kelantan kemudiannya telah menfailkan permohonan untuk memindahkan kes di Mahkamah Sivil ke Mahkmah Bahagian Dagangan. Permohonan ini tidak dibantah Petronas.
iv. Dua permohonan iaitu permohonan Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden kedua dan Kerajaan Negeri Kelantan mohon pindahkan kes ke Mahkamah Bahagian dagangan didengar dihadapan Hakim Zabariah.
v. Keputusan permohonan pertama oleh Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden dibenarkan tetapi hakim menolak permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Bahagian Dagangan walaupun tidak dibantah Petronas.
vi. Kerajaan Negeri sekali lagi merayu terhadap kedua-dua keputusan ke Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun kedua-dua rayuan ditolak dan Kerajaan Persekutuan kekal sebagai defenden kedua dan kes akan tetap dibicarakan di Mahkamah Sivil.
vii. Kerajaan Negeri mengemukakan permohonan kebenaran merayu kepada di Mahkamah Persekutuan untuk kedua-dua keputusan rayuan yang ditolak di Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan kedua-dua permohonan.
viii. Kes kembali ke Mahkamah Tinggi. Kerajaan Negeri menfailkan pula permohonan untuk mendapatkan dokumen berkenaan semua aktiviti cari gali dan pendapatan daripada pengeluaran Petroleum dari Kelantan.
ix. Seminggu selepas itu Petronas telah failkan permohonan untuk melupuskan kes di Mahkamah Tinggi ini dengan mengguna-pakai Aturan 14 A, iaitu perbahasan isu undang-undang tanpa memanggil saksi dan tiada bicara.
x. Selepas itu Kerajaan Persekutuan pula menfailkan permohonan yang sama iaitu pendengaran dengan mengguna-pakai Aturan 14 A.
2011
xi. Hakim Mahkamah Tinggi telah mendengar permohonan Penzahiran dokumen dan memutuskan bahawa permohonan Kerajaan Negeri Kelantan tidak dibenarkan dengan alasan Petronas sudah menfailkan permohonan Aturan 14 A.
2012
xii. Pada 18 Januari 2012, Mahkamah Tinggi telah mendengar Permohonan Aturan 14 A oleh kedua-dua pemohon (Petronas dan Kerajan Persekutuan) dan membenarkan kedua-dua permohonan.
xiii. Sebulan selepas itu, Kerajaan Negeri telah menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Aturan 14 A.
xiv. Pada 26 April 2012, Mahkamah Rayuan telah mendengar ketiga-tiga rayuan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia merangkumi pecahan berikut
a. Penzahiran Dokumen oleh Petronas terhadap semua aktiviti cari gali dan pengeluaran Petroleum Kelantan
b. Pendengaran menolak Mahkamah Tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Petronas
c. Pendengaran menolak Mahkamah tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Kerajaan Persekutuan.
xv. Pada pendengaran tersebut (26 April), Mahkamah rayuan menolak ketiga-tiga permohonan. Walaubagaimana pun semasa pendengaran di Mahkamah Rayuan, Kerajaan Negeri dimaklumkan secara rasmi penyelesaian luar mahkamah antara Kerajaan Terengganu dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Kelantan pula telah memohon terma-terma penyelesaian tersebut didedahkan. Walaubagaimana pun permohonan sekali lagi ditolak.
xvi. Pada 3 Oktober 2012, Pendengaran Permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap ketiga-tiga keputusan tolak di Mahkamah Rayuan pada 26 April. Pendengaran didengar di Mahkamah Persekutuan. Pada hari pendengaran, Kerajaan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa Petronas dan Kerajaan Persekutuan tiada bantahan terhadap ketiga-tiga permohonan tersebut. Oleh itu, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu kepada Kerjaan Negeri Kelantan.
xvii. Dalam masa 14 hari selepas keputusan, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan. Dianggarkan pendengaran ketiga-tiga rayuan tersebut oleh Mahkamah Persekutuan akan berlangsung ada awal tahun 2013.
xviii. Keputusan ini telah dihakimi oleh 5 hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Amar Maaruf, Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan dan Datuk Sulong Matjerale.
Mengapa Hishammuddin fikirkan persepsi jenayah?
Tony Pua, | 03 Okt 2012 |
Saya terpaksa menonton laporan berita di TV supaya dapat mengesahkan dengan telinga saya sendiri beliau mengatakan: “Isunya sekarang bukan indeks. Itu kita cukup yakin. Isunya bukan dari segi sasaran jenayah jalanan tetapi ‘goal post’nya telah berubah kerana tuntutan semasa. Ini semua akan dibincangkan dan diumumkan dalam fasa kedua NKRA kita,” jelas Hishammuddin pada sidang media selepas menutup satu mesyuarat khas di Maktab Polis DiRaja Malaysia.
Selepas kontroversi berkaitan isu “jenayah indeks” dan “jenayah bukan indeks” yang jelas menunjukkan statistik jenayah telah dimanipulasi. Dengan cara mengklasifikasikan semula kejadian jenayah kepada “jenayah bukan indeks” yang tidak disiarkan bertujuan menampakkan penurunan “jenayah indeks”.
Hanyalah melalui respons polis kepada tuduhan seorang ‘whistleblower’ kita mengetahui yang di saat “jenayah indeks” telah menurun sebanyak 24.7% daripada 2007 sehingga 2011, satu pencapaian yang “harus dipuji”, “jenayah bukan indeks” pula meningkat sebanyak 68.7% dalam tempoh yang sama.
Angka-angka itu memberikan bukti jelas terhadap manipulasi statistik oleh pihak berkuasa untuk mencerminkan pencapaian yang lebih baik berbanding realiti dihadapi rakyat di luar sana.
Dengan itu, tidak salah dakwaan Menteri Dalam Negeri bahawa “isunya bukanlah indeks”. Sudah tentulah bukan isu kerana ia telah dimanipulasi untuk menampakkan peningkatan pencapaian keselamatan.
Isunya adalah berkaitan jenayah “bukan indeks” yang telah dimanipulasi dan dikaburkan hingga menyembunyikan keadaan sebenar.
Jika jenayah bukan lagi isu yang rakyat Malaysia perlu bimbangkan, sudah tentu kedua-dua “jenayah indeks” dan “jenayah bukan indeks”, telah sama-sama turun kadarnya pada tempoh yang sama.
Yang mengejutkan dan sukar dipercayai adalah apabila Menteri Dalam Negeri memperuntukkan RM272 juta khusus untuk memperbaiki “indeks persepsi jenayah” di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Saya akui saya betul-betul tidak tahu bagaimana mahu memahamkan Menteri Dalam Negeri bahawa sekiranya indeks jenayah telah bertambah baik dan risiko jenayah telah menurun, persepsi terhadap jenayah tentulah secara automatik bertambah baik! Persepsi tentang risiko jenayah datang daripada kejadian sebenar dan kemungkinan besar pengalaman menjadi mangsa jenayah.
Tidak kira berapa banyak duit yang ditaburkan kerajaan untuk memperbaiki “persepsi” jenayah baik melalui iklan atau strategi pemasaran oleh perunding persepsi atau melalui cubaan ‘brainwash’, hasilnya tidak akan berubah melainkan jenayah sebenar menurun, bukannya statistik yang dimanipulasi.
Jenayah dan keselamatan adalah perkara yang sangat penting buat rakyat Malaysia dan rakyat berhak memperoleh pembuat dasar yang lebih baik untuk memastikan kadar jenayah benar-benar turun.
Seorang doktor tidak akan menyembuhkan kanser dengan memberikan ubat tahan sakit tetapi bertindak terus ke atas sel tersebut. Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya menumpukan usaha kementeriannya terhadap pencegahan jenayah dan bukannya persepsi rakyat yang hanya merupakan simptom-simptom.
Penulis ialah Setiausaha Publisiti DAP dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Banyak institusi tetapi makin bertambah tiris
Harakahdaily, | 03 Okt 2012 |
“Menariknya bermula tahun lepas dan juga tahun ini, pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) selepas Belanjawan 2013 seolah-olah mempunyai agenda tersirat,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar).
Sehubungan itu, beliau memetik kenyatan Presiden PAS dalam ulasan spontan berkenaan dengan bajet yang baru dibentangkan antara lain menyebut“selama puluhan tahun dibentang dan dijanjikan, rakyat perlu sedar tentang ketirisan berbilion duit Khazanah Negara yang telah hilang entah ke mana".
“Kenyataan ini jelas menunjukkan betapa ketidak bertanggungjawaban mereka yang diamanahkan memegang kuasa dalam melaksanakan tugas dengan sejujurnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Timbalan Presiden PAS, ujarnya memberi contoh dengan menempelak belanjawan tersebut dengan menyatakan “tetapi dalam pelaksanaan, beli pemutar skru lima kali ganda daripada harga biasa. Itu contoh yang kecil dari pelbagai perbuatan khianat kepada yang menyebabkan negara mengalami kerugian sehingga RM 28 bilion seperti yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara. Belanjawan YAB PM juga sebagai ‘belanjawan sembunyi fakta’ kerana keengganan membentang laporan Ketua Audit Negara bersama belanjawan”.
Baginya, pelik bin ajaib di mana Malaysia terlalu banyak mempunyai jabatan atau institusi dalam menghalang ketirisan seperti Institut Integriti Negara (IIN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk badan-badan agama tetapi setiap tahun angka ketirisan bertambah dan makin bertambah.
“Satu soalan lucu kalau anda beli barang, anda mahu harga murah atau mahal? Sudah pasti harga yang paling murah.
“Inilah pengamalan seluruh manusia yang berakal. Tetapi jangan terkejut budaya BN, jika beli barang mahu yang paling mahal mahupun di pasaran harganya 10 kali ganda lebih murah. Kenapa...faham-fahamlah sendiri,” ujarnya.
Justeru, beliau berharap semoga sifat tamak haloba, mementingkan diri sendiri, rakus harta rakyat tiada lagi dalam sanubari dan hati pemimpin yang takutkan Allah dan berkhidmat semata-mata mencari keredhaan-Nya.
Keputusan mahkamah buktikan ISA zalim - GMI
Harakahdaily, | 03 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menetapkan penangkapan terhadap 5 aktivis di bawah ISA pada tahun 2001 sebagai tidak sah.
Demikian dinyatakan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya menyebutkan tuduhan Ketua Polis Negara pada ketika itu iaitu Tan Sri Norian Mai terhadap kelima-lima aktivis tersebut adalah fitnah dan berniat jahat.
Dalam penghakiman yang dibuat, mahkamah menetapkan kelima-lima mangsa ISA telah diperlakukan secara zalim sepanjang berada di bawah tahanan ISA.
Mereka dipaksa berbogel di hadapan pegawai penyiasat, dipaksa berjalan dengan kaki ayam ke tandas yang kotor, disiasat selama berjam-jam secara berterusan dan bagi yang muslim tidak dibenarkan untuk menunaikan solat.
Oleh itu mahkamah mengarahkan setiap daripada mereka dibayar pampasan yang setimpal dengan penindasan yang telah mereka alami.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.
Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.
Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.
Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua
Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.
Untuk ini, Hakim Lau anugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.
Mahkamah juga anugerahkan RM200,000 sebagai kos.
Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom dan Tian Chua Chang yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.
“Hal ini menjustifikasikan segala tuntutan yang pernah GMI kemukakan kepada kerajaan Malaysia.
“Dalam episod perjuangan GMI menentang akta zalim ini, GMI telah mendedahkan pelbagai kekejaman dan kezaliman yang berlaku terhadap tahanan ISA,” ujar Syed Ibrahim.
Namun, katanya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Dalam Negeri terus menafikan dakwaan GMI tersebut dan terus mempertahankan ISA sebagai undang-undang yang adil.
“Dengan mengambil kira keputusan mahkamah ini, apakah Menteri Dalam Negeri masih boleh menafikan kekejaman berlaku terhadap tahanan semasa ISA?” soal beliau.
Beliau menegaskan, GMI sehingga ke hari ini sentiasa konsisten mendedahkan siri-siri kekejaman yang terpaksa dilalui oleh tahanan yang masih meringkuk di bawah penahanan ISA.
Katanya, namun setiap pendedahan itu tidak langsung dijawab secara bertanggungjawab oleh Menteri Dalam Negeri yang lebih gemar untuk berdiam diri.
Sebagai menghormati keputusan mahkamah, kata Syed Ibrahim seharusnya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sewaktu kelima-lima aktivis tersebut ditahan pada 2001 memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Kedua-dua individu ini perlu bertanggungjawab atas keterlanjuran yang telah mereka lakukan sehingga menyebabkan aktivis rakyat yang tidak bersalah ditahan dan diseksa secara kejam di bawah ISA,” ujarnya.
Katanya, ISA hanya akan berfungsi sekiranya Menteri Dalam Negeri memberi restu untuk pihak polis menahan seseorang yang dikatakan memberi ancaman kepada keselamatan negara.
“Kuasa inilah yang telah disalah guna oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara pada waktu itu untuk menahan aktivis rakyat yang menjadi musuh politik kepada Barisan Nasional pada ketika itu.
“Bekas tahanan ISA ini difitnah oleh bekas Ketua Polis Negara sebagai ancaman kepada keselamatan negara dengan memiliki senjata berbahaya seperti pelancar roket, molotov cocktail, dan dilabel sebagai pengganas.
“Semua ini perlu dibersihkan oleh kerajaan Malaysia,” ujarnya.
Beliau berkata, GMI mengira sudah tidak ada hujah yang boleh dijadikan alasan oleh Menteri Dalam Negeri untuk terus menahan tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting.
Tegasnya lagi, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein perlu segera membatalkan segala perintah tahanan dan membebaskan kesemua mangsa kezaliman ISA.
Katanya, keputusan mahkamah itu memberi gambaran bahawa kesemua pertuduhan yang dikenakan kepada bekas tahanan ISA mahupun tahanan semasa boleh diragui.
“GMI yakin keputusan mahkamah ini akan menyemarakkan lagi perjuangan mangsa-mangsa ISA untuk menuntut keadilan,” katanya.
GMI juga, tegasnya tidak menolak akan lebih ramai bekas-bekas tahanan ISA akan tampil untuk mengheret Kerajaan Malaysia ke muka pengadilan sekiranya kezaliman ini tidak diperbetulkan segera.
Menurut Syed Ibrahim, satu-satunya cara untuk kerajaan Malaysia membetulkan segala kesilapan telah berlaku di bawah ISA ialah dengan membebaskan segera kesemua tahanan ISA dan membayar pampasan yang setara dengan kezaliman yang telah mereka lalui.
“Kerajaan juga perlu menutup Kem Tahanan Kamunting yang selama ini telah menjadi simbol kekejaman pihak kerajaan terhadap rakyat.
“Akhirnya, GMI sekali lagi sifatkan keputusan mahkamah ini sebagai kemenangan buat bekas Tahanan ISA, keluarga tahanan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan,” ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan