PKPS rugi: Noh sepatutnya salahkan BN
Muhammad Faizal, | 06 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 6 Mac: Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sepatutnya menyalahkan Barisan Nasional
atas kerugian yang berlaku pada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
(PKPS) akibat daripada penjualan ladang dengan harga yang murah.
Berkata pada sidang media di sini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari, PKPS rugi RM20 juta setahun ekoran penjualan ladang seluas 12 ribu ekar di Miri, Sarawak.
"Ladang tersebut telah dijual dengan harga yang murah iaitu RM8,082 seekar pada tahun 2007.
"Keputusan itu adalah keputusan yang silap dan saya mengesyaki ada orang-orang tertentu mengambil kesempatan dengan perkara ini," jelasnya.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri telah sedaya upaya untuk mempertahankan ladang ini dari terus dijual.
Malah ia juga telah dirujuk ke mahkamah, tetapi keputusan mahkamah tidak memihak kepada pembeli kerana dokumen jual beli telah ditandatangani PKPS oleh kerajaan negeri semasa pemerintahan Barisan Nasional.
"Jadi Noh jangan hanya hendak menuduh kerajaan yang ada sekarang iaitu Pakatan Rakyat tetapi beliau sepatutnya menyalahkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini," sambungnya lagi.
Yaakob turut menyatakan PKPS telah mencatat peningkatan jualan sawit dari tahun ke tahun.
Walaubagaimana pun pengeluaran buah sawit berkurang pada tahun 2011 disebabkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengambil semula tanah mereka yang dipajak PKPS di Tanjung Malim.
"Pada tahun 2010 adalah tahun pertama PKPS mula mencatatkan keuntungan operasi.
"Manakala keuntungan pada tahun terdahulu adalah dari keuntungan jualan tanah.
"Dalam memastikan penjimatan perbelanjaan mengurus, PKPS telah melaksanakan beberapa perkara penempatan kakitangan berlebihan di ibu pejabat di projek-projek," kata beliau lagi.
PKPS juga turut melakukan penyelenggaraan sendiri di wisma milik mereka, serta pembelian bahan dan bekalan pejabat dikurangkan.
Selain itu kenderaan berlebihan juga dilupuskan.
"Sumbangan PKPS kepada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) pada tahun 2011 adalah sebanyak RM2.29 juta.
"Baki wang dan simpanan tetap PKPS telah meningkat kepada RM114 juta jika dibandingkan pada tahun 2007 hanya RM2.71 juta, selain itu pinjaman kerajaan negeri juga berkurangan dari RM41.17 juta tahun 2007 kepada RM31.60 juta pada 2011," jelas beliau lagi.
Dalam pada itu, pinjaman bank bagi PKPS juga menurun kepada RM22.70 juta pada 2011 daripada RM46.19 juta pada 2007.
Sebelum itu, kerajaan negeri akan menyerahkan laporan kewangan PKPS yang telah diaudit kepada Noh dalam masa terdekat bagi menjawab pertikaian mengenai simpanan tunai syarikat berkenaan yang meningkat kepada RM114 juta tahun lalu.

Hubungan PAS dan masyarakat majmuk
Abdul Hadi Awang, | 06 Mac 2012 |
Masih
ramai di kalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan
kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa
pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik
bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak
sebagai fanatik atau chauvinis.
Seterusnya mereka ini bertanya: Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS? Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR?
Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat!
Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.
Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan, walau pun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya.
Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama.
Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka yang dikira termasuk dalam kerasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.
Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.
Adalah menjadi hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga. Rasulullah SAW memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.
Walaupun mesej Islam itu kepada seluruh manusia, tetapi konsep berdakwah menekankan bahawa kita sekali-kali tidak boleh memaksa pihak lain supaya menganut Islam. Dalam masa yang sama Islam menerima konsep masyarakat majmuk yang menjadi naluri manusia yang menjadikan mereka wajib bermasyarakat madani, walau pun berbeza bangsa dan agama. Di sinilah betapa hebatnya firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13) الحجرات
Maksudnya:
Wahai manusia, Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (hawwaa) dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Meliputi Ilmunya.
Manusia itu wajib bermasyarakat di peringkat setempat dan antara bangsa, kerana mereka tidak mampu menghasilkan keperluan hidupnya secara bersendirian atau individu, satu keluarga dan satu bangsa sahaja tanpa berhubung di antara satu sama lain. Sehelai kain untuk pakaian memerlukan penanam kapas, pelombong besi dan tukang besi untuk alat tanaman, penenun kain dan seterusnya. Begitulah juga keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
Ibnu Khaldun (1332M – 1406M) menyebut manusia itu bersifat dengan sifat Madani, iaitu kemestian untuk berkumpul dan berhubung secara berpusat dengan adanya penempatan yang memerlukan pertukaran kemahiran dan hasil kerja yang berbeza.
Tempat berhimpun itu dinamakan Bandar (Madinah) dan pekerjaan mereka mestilah dimajukan secara ilmu, menerusi kajian dan pengalaman dengan menggunakan akal yang berkembang sehingga berlakunya kemajuan dan pencapaian yang dinamakan sebagai “Tamaddun”. Walau pun mereka berbeza agama dan bangsa, namun keperluan berhubung tetap wujud secara fitrah. Dalam masyarakat yang bersifat madani mereka perlu kepada cara hidup berkonsepkan politik dan berekonomi disemua peringkat, negeri dan antarabangsa.
Kedua, bagi merealisasikan aspek ini maka Rasulullah SAW melaksanakan konsep madani dengan mengadakan “tahaluf” atau kerjasama di kalangan yang boleh bekerjasama dari aspek kemanusiaan dengan kalangan manusia yang menyedari hakikat ini, dan negara pertama itu dinamakan Madinah.
Rasulullah SAW melaksanakan tugas serampang dua mata yang ditunjuk oleh Allah menjadi tujuan kerasulannya untuk seluruh manusia dengan menyatukan umat manusia yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama - dinamakan ‘umat Ijabah’, mereka ialah penganut Islam yang menyahut seruan menganut agama. Kedua - umat dakwah, mereka termasuk kalangan bukan Islam berbagai bangsa dan agama, namun diajak bersama melihat sifat kemanusiaan sejagat yang ada dalam Islam secara amali (praktikal) bagi menghasilkan keperluan hidup secara nalurinya.
Pelaksanaan secara amali terhadap manusia majmuk itu ditemukan dengan menegakkan keadilan mutlak yang diwajibkan oleh Allah mengikut firman Allah SWT:
Yang bermaksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melaksana dan mentadbir dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.
Diriwayatkan dalam Hadith Qudsi bahawa Allah SWT berfirman:
Maksudnya: (Wahai hamba-hamba ku , sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim).
Dalam pendekatan yang kedua Rasulullah SAW berhubung dengan kalangan bukan Islam yang ada sifat kemanusiaan, dalam keadaan orang Islam pula kosisten dan iltizam berpegang kepada prinsip dan konsep Islam. Pelaksanaanya dilakukan ketika tanpa negara dan bernegara. Ketika di Makkah, Rasulullah SAW menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Tholib yang tidak menganut Islam, dengan konsep yang dinamakan “Himayah” (perlindungan). Ianya juga dilakukan dengan Mut’im bin Adi iaitu seorang bukan Islam, ketika Rasulullah SAW masuk ke Makkah daripada Thaif. Ciri persamaan adalah kebencian terhadap kezaliman.
Rasulullah SAW juga menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit, juga seorang bukan Islam bagi memandu unta ketika berhijrah dengan penuh kerahsiaan dan memerintah menantunya Saidina Ali KWJH supaya memulangkan simpanan amanah kalangan penduduk Makkah daripada kalangan bukan Islam yang mempercayainya.
Ketika di Madinah pula Rasulullah SAW mengadakan Tahaluf (persefahaman politik) dengan pihak kalangan bukan Islam dan melakukan muamalah berhutang dan bergadai dengan mereka, seterusnya menerima beberapa kabilah musyrikin bernaung di bawahnya dalam perjanjian Hudaibiyyah. Dalam kedua-kedua keadaan tersebut Rasulullah SAW teguh dengan dasar dan menunjukkan akhlak mulia Islam terhadap bukan Islam yang ada persamaan dari segi kemanusiaan. Dasar dan konsep ini dilaksanakan oleh sepanjang generasi di zaman keemasan dan kejayaan, ditinggalkan di zaman kelemahan dan kejatuhan sehinggalah Negara umat Islam dijajah.
Pendekatan PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan UMNO yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme. Di bawah pemerintahan BN, Islam tidak berkuasa mentadbir tetapi berada di bawah tadbir, dalam keadaan menerima hakikat yang sama wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ditangani secara Islam yang sebenarnya.
Lihat sahajalah contoh kejadian terkini yang berlaku terhadap Encik Frusis Lebi, seorang OKU yang juga merupakan seorang pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa dari Bahagian Sri Aman yang dinafikan bantuan Kerajaan di atas alasan menyokong pembangkang di Sarawak (rujuk Surat Menteri Muda Pertanian Sarawak, KPP/MM/31 bertarikh 8 Disember 2011 yang disiarkan melalui portal berita Malaysiakini). Inilah antara siri ketidakadilan layanan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat, sedangkan mereka juga adalah rakyat yang turut sama menyumbang kepada pendapatan Negara. Inikah rupa bentuk kerajaan bertanggungjawab yang mahu ditegakkan?
PAS berpegang dengan konsep yang ditunjuk oleh al-Quran, bahawa bumi adalah kepunyaan Allah, bukan kepunyaan mana-mana bangsa. Seluruh manusia adalah pemegang amanah di mana bumi mereka berpijak, adalah wajib melaksanakan keadilan Ilahi tanpa mengira bangsa. Apatah lagi, bagi umat Islam tuntukan melaksanakan keadilan adalah tersangat penting untuk dilaksankan kepada semua.
Maka PAS berbeza pendekatan dengan UMNO bagi mengolah politik masyarakat majmuk yang diwujudkan oleh penjajah. Kita mestilah memahami bahawa penjajah telah melonggokkan berbagai kaum untuk diperhamba bagi kepentingan mereka dan di adu domba untuk menjadi lemah supaya terus bernaung di bawah mereka selama-lamanya.
Pendekatan PAS ialah pemimpin Islam teguh berpegang dengan prinsip dan akhlak contoh dan menegakkan keadilan untuk semua tanpa memaksa dalam perkara yang berbeza, serta memanfaatkan kebolehan berbagai kaum secara bersama dan saksama bagi membina negara. Bangsa Melayu ada keistimewaannya dari segi kebolehan, begitu juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Kalau diselaras secara saksama nescaya dapat dimanafaatkan untuk membina negara dengan baik.
PAS tidak berganjak dalam perkara halal dan haram, serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain. PAS mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin. Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli PAS yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti. PAS pernah memecat ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk . Apabila memerintah kerajaan negeri dan PAS memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum Syarak. Penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.
UMNO pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli UMNO yang mengerjakan maksiat, kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya. Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam UMNO tidak mampu menjadi model Islam dan UMNO gagal mendidik melayu Islam menjadi contoh yang baik. PAS pernah bersama kerajaan campuran dengan UMNO diawal tahun tujuh puluhan dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat PAS tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.
Presiden MCA secara terbuka dalam debatnya menyatakan kejayaannya menundukkan UMNO dalam isu pelaksanaan hukum hudud, sebaliknya Sdr. Lim Guan Eng menegaskan itu adalah hak PAS yang berbeza dengan DAP.
UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan Melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.
PAS telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN. Contohnya YB Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong UMNO melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC. Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Baharin di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah.
PAS juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walau pun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan demokrasi.
Dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada UMNO memimpin negara dengan gagasan Barisan Nasional yang banyak kelemahan dan penyelewengan, serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.
Sudah tiba masanya khususnya melayu Islam memberi kepercayaan kepada PAS menggantikan UMNO dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.
Presiden PAS

يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا
(رواية مسلم ).Maksudnya: (Wahai hamba-hamba ku , sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim).

Najib minta maaf, pulangkan hak rakyat
Riduan Mohd Nor, | 06 Mac 2012 |
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan Datuk Seri Najib Tun
Razak mengaku salah dan meminta maaf kepada rakyat adalah taktik terbaru
beliau yang begitu terdesak bagi meraih simpati rakyat yang sudah
berpaling darinya.
Tindakan Datuk Seri Najib merayu-rayu dengan meminta maaf menjadi senjata terbaru beliau menjelang pilihanraya umum ke 13 yang dilihat umum bahawa beliau sudah ditolak oleh rakyat. Sebelum ini, tidak pernah dalam sejarah pemimpin UMNO mengaku salah dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia di atas tindakan mereka. Pemimpin UMNO sebelum ini menganggap mereka sahaja yang betul sementara pembangkang adalah salah semuanya. Mereka juga bersikap sombong dengan mendabik dada menyatakan mereka kuat dan mendapat pengaruh serta sokongan rakyat pelbagai peringkat. Ucapan sombong mereka diteruskan dengan tindakan menekan pemimpin Pakatan Rakyat dengan pelbagai tekanan.
Rakyat tidak sesekali terpedaya dengan pujuk rayu dan permohonan maaf Datuk Seri Najib. Ini kerana permohonan maaf beliau tidak selari dengan tindakan beliau terhadap rakyat. Perangai dan dasar beliau masih tidak berubah, tidak menunjukkan kemaafan itu lahir dari hatinya yang ikhlas.
Bagi DPPM, sekiranya benar Datuk Seri Najib meminta maaf secara ikhlas kepada rakyat Malaysia diatas segala kesilapan beliau dan partinya selama ini, beliau perlu jujur dalam melakukan perubahan di negara ini. Antaranya beliau perlu memulangkan semula hak rakyat yang pernah dirampas semasa zamannya dan sebelumnya, serta bertindak adil terhadap semua rakyat termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.
DPPM menegaskan antara tindakan beliau adalah memohon maaf secara terbuka kepada semua mangsa ISA sejak dahulu sehingga sekarang. Ini kerana kebanyakan mereka yang ditahan ISA adalah aktivis serta pemimpin Pakatan Rakyat yang merengkok di dalam penjara ISA tanpa dibuktikan kesalahan mereka. Pemerintahan Datuk Seri Najib berdosa kepada mereka dan beliau perlu memohon maaf secara terbuka setiap mangsa yang terlibat.
Selain itu, Datuk Seri Najib perlu meminta maaf kepada PAS kerana pemimpin partinya pernah merampas hak royalti minyak di Terengganu sewaktu era pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004 serta kerajaan Kelantan pada hari ini. Tindakan beliau menyekat hak kerajaan Kelantan mendapatkan royalti sukar dimaafkan melainkan beliau memulangkan kembali hak tersebut serta merta.
Beliau juga mesti meminta maaf kerana menekan pemimpin Pakatan Rakyat melalui media yang dikongkong beliau. Fitnah dan tohmahan yang begitu keras dan panas tanpa peluang pemimpin dan parti dalam Pakatan Rakyat mampu menjawabnya. Selain itu, isu fitnah liwat dan lucah yang berlaku dizaman beliau juga sukar dilupakan rakyat sehingga menyebabkan pemimpin Pakatan Rakyat dipenjara. Politik kotor ini semakin menjadi budaya yang diamalkan oleh segelintir ahli politik bagi membunuh karier politik seseorang.
Sejarah juga tidak melupakan bagaimana kekangan pada ceramah politik yang dibuat terhadap pemimpin pembangkang sejak dahulu sehingga kini. Ceramah politik yang diadakan oleh Pakatan Rakyat sukar mendapat permit serta sering diugut dan digempur oleh FRU serta polis. Di zaman beliau jugalah siri keganasan terhadap ceramah Pakatan Rakyat sering berlaku. Budaya samseng semakin menular seolah-olah dibiarkan sekumpulan pemuda samseng memukul sesiapa sahaja yang disukai.
Siri rampasan kerajaan negei Perak yang sah dipilih oleh rakyat melalui tindakan yang paling tidak bermoral dua tahun lalu sukar dilupakan oleh semua pihak. Datuk Seri Najib mesti meminta maaf secara terbuka kepada rakyat di negeri itu serta memulangkan kembali negeri tersebut kepada rakyat melalui pilihanraya khas negeri itu.
Soalnya, mampukah Datuk Seri Najib merendahkan diri kepada rakyat dengan megakui segala kesilapan tersebut dan memulangkan kembali hak rakyat yang dirampas? Jika tidak usah harap rakyat akan menerima permohonan maafnya, dan tunggulah hukuman dijatuhkan ke atasnya dalam PRU ke 13.
Riduan adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Masalah sampah Selangor selesai April ini
Harakahdaily, | 06 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 5 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata,
kerajaan negeri kini sedang berusaha menambahbaik khidmat pengurusan
sampah di negeri itu dan dijangka akan selesai April ini.
Biarpun mengakui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki sejak pengurusan sampah tidak lagi diberikan kepada Alam Flora sebagai kontraktor utama, namun beliau tetap yakin ianya dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri.
"Sudah tentu lah (ada kelemahan), Alam Flora buat kerja dah 10 tahun lebih, kita buat tak sampai enam bulan.
"Saya tengok ianya masih boleh diperbaiki. Kita rasa kita boleh selesaikan isu ini dengan lebih baik Mac dan April ini," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pejabatnya semalam.
Sebelum ini kerajaan Selangor memutuskan menamatkan kontrak Alam Flora sebagai kontraktor utama pengurusan sisa pepejal di negeri itu.
Sebagai alternatif, mulai tahun ini kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengurus sendiri kutipan sampah di negeri itu.
Sambil mengulangi pendirian bahawa perubahan itu adalah tepat, beliau juga berkata, segala masalah berkaitan sampah kini boleh dipantau sepenuhnya oleh kerajaan negeri melalui PBT.
Sebelum ini katanya, banyak masalah membabitkan sampah dirujuk kepada pihak PBT, namun apabila diarah untuk diselesaikan, berlaku 'tolak menolak' antara PBT dengan kontraktor utama Alam Flora.
"Diorang ni main 'passing the bulk', dia kata dia. Belanja untuk pembersihan dan pengumpulan sampah melebihi RM350 juta.
"Saya berkira-kira kalau begini berlaku, maknanya kita tak dapat kebersihan dan juga pegawai kita pula tidak mempunyai komitmen terhadap kebersihan negeri Selangor," katanya.
Dengan perubahan yang telah dilakukan katanya, sekarang ini tanggungjawab tersebut kini dipikul oleh Datuk Bandar dan juga Yang Dipertua PBT di negeri itu.
Malah beliau juga meyakini kos pengurusan sampah di negeri itu juga dapat dikurangkan.
Sebelum ini, kerajaan negeri turut mewujudkan talian bebas tol atau Hotline untuk membolehkan rakyat membuat sebarang aduan mengenai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama melibatkan pengurusan kutipan sampah dan pembersihan.
Talian tersebut dikendalikan oleh Pusat Aduan Pengurusan Sisa Pepejal Selangor di bawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Siasat Yayasan Selangor tiris RM500 juta
Muhammad Faizal, | 06 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 6 Mac: Yayasan
Selangor meminta agar siasatan audit dalaman dilakukan bagi memastikan
ketirisan yang berlaku sejak tahun 1991 hingga 2008 sebanyak RM500 juta
dapat dikenal pasti.
Pengurus Besar, Ilham Marzuki pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) menyatakan Selcat perlu mengarahkan agar siasatan audit dalam dilakukan.
"Saya harap ketirisan yang berlaku dari tahun 1991 hingga 2008 disiasat oleh audit dalaman yang mana nilainya tidak kurang RM500 juta.
"Selcat perlu mengeluarkan arahan agar pihak audit menjalankan siasatan terhadap ketirisan tersebut," jelasnya.
Dalam pada itu, Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chan Kim memberitahu pihaknya tiada kuasa untuk mengeluarkan arahan, perkara tersebut perlu dilakukan oleh Yayasan Selangor sendiri.
"Kita mencadangkan agar pihak Yayasan Selangor mengadakan audit dalam sendiri, tetapi disebabkan kes tersebut terlalu lama maka ia perlu melakukan 'audit forensik'.
"Badan audit yang ada sekarang memang tidak berkemampuan disebabkan oleh tanggungjawab lain, audit forensik ini perlu dilakukan oleh badan bebas," katanya pada sidang akhbar.
Tambahnya lagi, Ilham perlu bertindak segera terhadap dakwaan tersebut, walaupun ia melibatkan kos yang besar tetapi demi kebaikan sesuatu perkara ia perlu disegerakan.
Sementara itu ketika sesi pendengaran awam berhubungan laporan audit mengenai perbelanjaan Yayasan Selangor membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1,414,348, Ilham mengakui kesilapan yang dilakukannya ketika membuat keputusan.
"Saya mengakui kesilapan ketika membuat keputusan, tetapi jika ada pihak menasihati saya ketika itu sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku.
"Perkara ini tidak akan berulang lagi di masa yang akan datang, segala teguran ini kita di Yayasan Selangor akan menerimanya serta memperbaiki," katanya.
Tambahnya, cadangan-cadangan yang dikatakan ini akan dipatuhi sepenuhnya begitu juga terhadap cara kelulusan sesuatu peruntukan akan dilakukan menetapi piawai kerajaan negeri.
"Yayasan Selangor akan mengambil pendekatan bagi mengambil balik peruntukan yang telah dikeluarkan bagi program yang dibatalkan terutamanya majlis ulang tahun ke 40 Yayasan Selangor," katanya.
Sebelum itu, Yayasan Selangor pada tahun 2010 telah membelanjakan RM1,414,348 bagi empat program besar termasuk program majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang diperuntukan RM899,020 tetapi majlis itu dibatalkan dua hari sebelum program itu dilangsungkan.
Manakala tiga program lain meliputi majlis berbuka puasa, majlis jamuan aidil fitri dan juga korban perdana.
KUALA LUMPUR, 6 Mac:
Desakan anak muda mahukan perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai penentu untuk memutuskan pemimpin mana yang mahu dipilih.
Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia, Prof. Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, fenomena perdebatan bukan sesuatu yang baru pada kurun ke-21 kerana pada kurun ini diterjemahkan sebagai kurun informasi, partisipasi dan demokrasi.
Katanya, bagi orang muda yang terdiri daripada 11 juta daripada 26 juta rakyat negara ini sudah pasti bagi mereka politik hari ini tidak sama dengan politik kurun sebelum itu.
"Inilah peluang bagi orang muda mahu melihat lebih dekat pemimpin mereka berhujah dan berdebat dalam politik masa depan," katanya kepada Harakahdaily.
Bagi Abu Hassan dengan cara inilah mereka mahu menyaksikan aspek kebijakkan dasar, ketrampilan dan ketelusan pemerintahan yang akan dilaksanakan.
"Anak muda hari ini cukup terdedah dengan pelbagai media sosial, sudah pasti mahukan seorang pemimpin masa depan dari kalangan yang berilmu, praktikal dan prakmatik," katanya.
Jelasnya, sebagai seorang yang intelektual sudah pasti tidak dapat dilihat secara kasar kecuali berlaku perdebatan dalam isu-isu kritikal dan pertimbangan masa depan tanah air.
"Masa ini rakyat mahukan negara sangat mempunyai matlamat yang jelas, keduanya bagaimana hendak meningkatkan negara menjadi maju dan sekarang adalah 'period' untuk menentukan masa depan.
"Oleh kerana itulah, anak muda mendesak berlakunya perdebatan untuk menangani krisis yang akan datang," katanya.
Mengulas kajian terbaru Merdeka Centre itu, bagi Abu Hassan golongan pengundi terbesar ini ingin memilih seorang pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir negara.
Agensi kaji selidik itu mendapati 54 peratus daripada mereka menyokong debat itu diadakan. Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.
Ini kerana, katanya, orang muda tidak boleh bergantung kepada media sahaja kerana media hari ini tidak lagi dipercayai oleh masyarakat.
"Untuk menilai secara keseluruhan sudah pasti orang muda mahukan perdebatan kerana media sebagai abstrak atau ringkasan sahaja," katanya
Justeru katanya, mereka mahu lihat secara terbuka dan sekali gus memberi jalan kepada mereka untuk memutuskan pemimpin mana yang mahu mereka pilih.
"Tidak ada cara lain untuk dekat dengan masyarakat sebab cara terbaik bersemuka dan berbahas dengan mengemukakan padangan masing-masing kerana isunya adalah untuk menangani masa depan negara," katanya.

Debat Anwar-Najib penentu anak muda pilih siapa
Salmiyah Harun, | 06 Mac 2012 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan