Rabu, 7 Mac 2012

MACAM2 GILA...GILA KUASA..GILA SEX....GILA MEROYAN..GILA TALAK..GILA PEMPUAN..GILA BANGSA...GILA SYOK2 SENDIRI PUN ADA...GILA KALAH PUN ADA...GILA LAIN KALI TAK DICALONKAN...KALAU BERTANDING PUN MUNGKIN KALAH...GILA RASA PANDAI PUN ADA...MACAM2 GILA ADAAAA....

Pajak tanah Felda: Ahmad Maslan belum jawab soalan

Hazayani Zakaria, 06 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyatakan sumber pendapatan bagi menampung perbelanjaan Felda selepas memajakkan tanah kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH).


Presidennya, Mazlan Aliman berkata Ahmad perlu menjelaskan perkara itu kerana FGVH hanya akan membayar Felda sebanyak RM251 selepas tanah dipajak selama 99 tahun.

Jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menampung perbejalanjaan Felda yang dianggarkan berjumlah antara RM1.7 hingga 2.0 bilion setahun.

"Daripada dulu saya minta Ahmad Maslan jawab mana Felda nak cari duit untuk bayar kakitangan dan perbelanjaan lain. Sampai sekarang dia tidak jawab," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ahmad bahawa cadangan Pakatan Rakyat mengagihkan 360,000 tanah Felda kepada generasi kedua akan menyebabkan Felda hilang punca pendapatan.

Mazlan berkata, dakwaan Ahmad itu tidak berasas kerana walaupun tanah diagihkan kepada generasi kedua, hasil yang diperoleh mereka akan kembali kepada Felda.

"Tidak timbul soal Felda akan hilang punca pendapatan kerana dari sudut penghasilan akan kembali kepada Felda juga, cuma memerlukan urus tadbir yang baik," katanya.

Tegasnya, kerajaan perlu menitikberatkan integriti dan ketelusan dalam urus tadbir Felda bagi memastikan perjalanan institusi itu berjalan lancar tanpa menindas peneroka.

"Felda memerlukan mekanisme perancangan kewangan yang telus. Bila hasil bagus, rezab Felda meluas, pendapatan kembali kepada peneroka," katanya lagi.

Taklimat Anak di Terengganu

Sementara itu, beliau memberitahu akan hadir ke program taklimat anak peneroka dan pelancaran Anak peringkat negeri Terengganu di Kerteh pada 9 Mac ini.

Pelancarannya akan disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Program tersebut termasuk dalam siri jelajah Anak ke seluruh negara bagi memeberikan penerangan berhubung isu-isu Felda khususnya penyenaraian FGVH ke Bursa malaysia.

Menurut Presiden Anak Terengganu, Sallahhudin Jaafar, program tersebut akan mengumpulkan generasi kedua dan ketiga Felda Gugusan Kerteh.

"Kita sasarkan 400 hingga 500 generasi kedua akan hadir ke taklimat dan pelancaran ini," katanya kepada Harakahdaily.

Kedah: PAS rakam tahniah, rancang munajat perdana

Harakahdaily, 06 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 6 Mac: PAS merakamkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penyelesaian isu Kedah dan merancang munajat perdana dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini berkata, tahniah diucapkan kepada seluruh ahli PAS yang menerima berita gembira penyelesaian kepada ribut kecil di PAS Kedah ini.

Tindakan kedua-dua exco Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh dan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mencerminkan satu akhlak jamaah yang tinggi, bilamana akur dengan pandangan parti, tambah beliau.

“Tahniah diucapkan kepada Jawatan Khas yang terdiri daripada Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang bertungkus lumus menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut ini. Khususnya bagi YB Salahuddin, sememangnya anda dilayak digelar Kofi Anan dalam PAS,” kata Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim, ahli dan para pemimpin juga sangat gembira dan terharu dengan kepenatan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bergegas balik dari Bosnia transit di Austria, Kaherah, Bangkok dan sesampai di Kuala Lumpur bergegas ke Kedah tak sempat menjamah makanan, terus menghadiri mesyuarat dalam keadaan demam hingga jam 3 pagi.

“Kegembiraan kerana seluruh ahli parti ingin melihat Kedah terus mantap, dan menjadi pangkalan kedua terkuat pemerintahan PAS selepas Kelantan. InsyaAllah apa yang dibincang dan dirumus akan dapat dilaksanakan, demi kebaikan dan masa depan PAS Kedah khususnya dan negara amnya.

“Mari kita himpunkan ribuan rakyat Kedah di Stadium untuk kita bemunajat, dekatkan diri dengan Allah, meluahkan kasih sayang dan mahabbah antara kita. Semoga Allah memperteguhkan jamaah ini. Allahu Akhbar,” tambah beliau.

PAS bentuk jawatankuasa pemandu Isnin depan

Harakahdaily, 06 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat Isnin 12 Mac  ini bagi membentuk jawatankuasa pemandu yang berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri yang disertai PAS.

Jawatankuasa ini pula hanya bersifat advisery (penasihat) sahaja  dan bukannya mempunyai kuasa dari segi pentadbiran.

Ekoran itu, PAS kesal dengan tafsiran liar sesetengah media yang membuat tafsiran salah terhadap penubuhan jawatankuasa pemandu yang diumumkan PAS semalam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, jawatankuasa bukan untuk pimpinan tertentu sahaja tetapi untuk semua.
Media hari ini melaporkan kononnya PAS membentuk jawatankuasa ini untuk mengurangkan kuasa MB Kedah.
Berikut adalah kenyataan penuh Mustafa.

KENYATAAN MEDIA

Saya kesal dengan laporan sesetengah media hari ini ekoran pengumuman pembentukan jawatankuasa pemandu semalamn. Ia berlaku samada kerana tidak faham atau sengaja memutar belitkan fungsi sebenar jawatankuasa pemandu ini.

Ini kerana kuasa tertinggi disesebuah negeri adalah Majlis Mesyuarat Kerajaan atau exco yang dipengerusikan menteri besar atau ketua menteri manakala di peringkat pusat pula Jamaah Menteri atau kebinet yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Tiada jawatankuasa apapun yang boleh mengatasi kuasa exco dan kabinet.

Oleh itu, penubuhan jawatankuasa pemandu ini tiada kaitan untuk ambilalih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri.

Ia hanya bersifat advisery (penasihat) dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat.

Jawatankuasa pemandu ini juga bukan khusus untuk menasihati individu tertentu dalam pentadbirannya tetapi kepada semua yang memerlukan pandangan pimpinan parti.

Contohnya PAS telah mula menubuhkan jawatankuasa pemandu ini pada tahun 1990 apabila PAS menang semula di Kelantan.

Saya ketika itu dilantik sebagai salah seorang anggota jawatankuasa pemandu ini dan tugas kami hanyalah menjadi jawatankuasa penasihat untuk kerajaan negeri sahaja.

Selepas itu, ia terus kekal untuk negeri yang dimenangi PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008. Tetapi apabila keadaan sudah stabil, kita tidak meneruskan peranan ini.

Kini kita hidupkan kembali apabila ia ada keperluan untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan kerajaan negeri.

Oleh itu tidak seharusnya berbangkit tafsiran salah tentang fungsi jawatankuasa pemandu ini dan kita harap semua pihak memahami soal ini.

PAS akan bermesyuarat pada 12 Mac ini untuk membuat perlantikan anggota jawatankuasa pemandu ini.



Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

PR Perak sambut ulang tahun ke-4 pada 8 Mac

Muhammad Faeez, 06 Mac 2012
IPOH, 6 Mac: Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan program sambutan ulangtahun keempat gabungan tiga parti itu.
Pengarah program, Dr Muhaimin Sulam berkata, majlis tersebut akan diadakan pada Khamis ini, 8 Mac di Medan Klebang Restu, Jalan Chemor, di sini.


“Program bermula dengan majlis berbuka puasa bersama pimpinan Pakatan Rakyat seterusnya menunaikan solat hajat.


“Dan program akan diteruskan dengan majlis bacaan Yaasin dan munajat perdana sebelum program kemuncak iaitu ceramah serta persembahan oleh tetamu jemputan,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.


Beliau yang juga mantan Ketua Pemuda PAS Negeri berkata, program tersebut tidak sarat dengan politik dan akan berlangsung secara santai.


Program tersebut akan menampilkan tetamu istimewa iaitu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Che Shamsuddin Othman atau dikenali Dinsman, penyair terkenal, Pyahabib dan pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.


“Saya mengajak semua rakyat negeri Perak untuk hadir ke program ini bagi bersama-sama berkumpul bagi memperingati penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang hanya sempat menabur bakti hanya 11 bulan sebelum dirampas dengan kejam oleh BN,” katanya

MP Bayan Baru macam gila - Tan Sri Kadir

Harakahdaily, 06 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan tuduhan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya beliau menjadi alat pembangkang.

Sambil membidas tindakan Zahrain sebagai tuduhan 'semacam orang yang sudah gila', Abdul Kadir berkata wakil rakyat bebas yang juga bekas ahli PKR itu juga sudah tidak boleh dipakai lagi.

"Sebelum ni dia buat keluar kenyataan pelik-pelik, saya tak kisah sangat lah sebab saya tahu dia nak cari makan. Saya kesian kat dia.

"Tapi sejak akhir-akhir ni saya lebih kesian kat dia. Dari cerita-cerita dia ni nampak sangat dia ni macam gila," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zahrain kepada TV3 yang disiar dalam Buletin Utama malam tadi yang mengulas isu PAS Kedah.

Zahrain mendakwa kumpulan Anwarinas telah memperalat dua orang exco Kedah bagi menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan.

Dalam ulasannya juga, Zahrain turut berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggunakan bekas-bekas pemimpin Umno seperti Tan Sri Abdul Kadir untuk menyerang Umno.

Mengulas lanjut, Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi berkata, tuduhan Zahrain itu tidak masuk akal dan tidak munasabah.

"Memang sahih dia macam gila. Kalau nak cari makan pun, buat la cerita-cerita munasabah, jangan duk cerita benda tak masuk akal.

"Jadi saya mintak kawan-kawan Zahrain ni hantar dia ke Tanjung Rambutan," katanya.

Tak perlu cabar

Mengulas gesaan beberapa pihak yang mahu beliau menyatakan pendirian sama ada masih menyokong BN atau sudah menyokong pembangkang, Abdul Kadir berkata beliau tidak mahu layan.

Menyifatkan cabaran itu hanya datang dari 'budak hingusan', beliau berkata melayan cabaran itu hanya membuang masa beliau.

"Saya pegang jawatan dalam Umno 56 tahun. Siapa diorang nak cabar saya, dia baru dua hari masuk politik dah nak cabar saya," tegasnya yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Desakan itu dipercayai ekoran kenyataannya kepada beberapa media alternatif baru-baru ini yang disifatkan menghentam Umno BN.

Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pada pilihan raya.

Dalam isu agenda bumiputra pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputra di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.

Ianya termasuk kemudahan pinjaman 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera yang kini sudah dihentikan.

Lihat bagaimana AirAsia boleh telan syarikat lama

Muhammad Faizal, 06 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan kenapa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) perlu belajar dari syarikat tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia) apabila mengalami kerugian seperti mana saranan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, penjualan saham MAS kepada AirAsia bukan bermakna MAS perlu belajar dari syarikat tambang murah itu, tetapi apa yang berlaku hari ini adalah AirAsia berjaya menduduki lembaga pengarah MAS hasil dari pemilikan saham.

"Saya ingin katakan MAS perlu belajar dan kena lihat kelemahannya sendiri, apa kehebatan ataupun kebaikan AirAsia, malah ia perlu diterap dalam pengurusan MAS.

"Selain itu perlu lihat bagaimana syarikat kecil (AirAsia) boleh menelan syarikat yang sudah lama beroperasi, ini yang perlu dipertekankan," jelasnya.

Tambahnya lagi, kesilapan MAS sehingga menyebabkan kerugian adalah berlaku di zaman Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri lagi.

"Kesilapan MAS berlaku apabila Dr Mahathir memainkan peranannya untuk memastikan Tan Sri Tajuddin Ramli agar dapat menguasai MAS pada waktu itu.

"Kita tahu Tajuddin merupakan anak emas kepada mantan perdana menteri dan akhirnya pengambilan tersebut menyebabkan MAS mengalami kerugian," sambungnya.

Mahfuz menyatakan, dalam hal itu tidak perlu menyuruh MAS belajar dari AirAsia sedangkan sebelum ini sewaktu zaman Dr Mahathir pihak pengurusan mahupun kerajaan tidak mempelajari kesilapan yang mereka lakukan.

"Bila berlaku kerugian yang besar, kerajaan akan bertindak mengambil alih menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian.

"Ini adalah satu perkara yang cukup malang, bagi saya jika sesebuah syarikat besar mengalami kerugian mereka sepatutnya menanggung kerugian tersebut dan belajar untuk memperbaiki bukannya mengambil wang rakyat untuk menampung kerugian MAS itu," jelasnya lagi.

Malah, beliau menekankan agar Dr Mahathir yang perlu belajar atas  kesilapan yang dilakukannya dalam membuat keputusan menentukan siapa yang menguasai MAS pada waktu itu.

"Waktu buat keputusan ini, Dr Mahathir tidak belajar dari pengurusan terbaik, untuk meletakkan kesalahan kepada MAS perlu beliau telitikan kembali punca asal kerugian tersebut," sambung Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, mantan perdana menteri memberitahu MAS perlu belajar daripada AirAsia untuk mengenal pasti cara pengurusan yang dapat menjamin keuntungan tanpa perlu menaikkan harga tiket.

Najib perlu sebut sedia berdebat dengan Anwar

Harakahdaily, 06 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) beranggapan kenyataan terbaru Datuk Seri Najib Razak kononnya 'sedia berdebat dengan sesiapa saja yang berfikiran munasabah', hanya alasan untuk mengelak debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, jika benar Najib berani berdebat dengan Anwar, beliau sepatutnya berterus terang dan tidak berselindung di sebalik perkataan 'sesiapa saja yang berfikiran munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara'.

"Kalau dia berani, sebut teruslah sedia berdebat dengan Anwar Ibrahim. Tidak perlu bersilat lidah mencari alasan dan letak pelbagai syarat.

"Pada saya, kenyataannya itu hanya nak tunjuk dia berani dan hebat kepada rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut Riduan lagi, Najib yang juga perdana menteri sebenarnya ketakutan serta gentar untuk berdepan dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

Kerana itulah katanya , Najib itu terus beralasan dan mencari helah bagi mengelakkan pertembungan yang boleh menjatuhkan kredibiliti beliau.

"Rakyat melihat ‘regu’ debat terbaik buat Datuk Seri Najib adalah Datuk Seri Anwar sendiri. Selain Datuk Seri Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia, beliau juga adalah Presiden Umno, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula adalah Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR.

"Sudah tentu kedua-duanya layak untuk digandingkan bersama di atas satu pentas. Jika tidak, Datuk Seri Najib juga boleh memilih Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai teman perdebatan kerana Presiden PAS juga hebat dan setara dengan beliau," katanya lagi.

Beliau mempersoal, dengan kenyataan Najib itu, adakah Presiden Umno itu menganggap pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar adalah orang yang tidak berfikiran munasabah dan tidak serius terhadap masa depan negara.

"Justeru, DPPM meminta Datuk Seri Najib jangan lagi mencari alasan untuk mengelakkan perdebatan. Jika beliau enggan, beliau harus menolak terus debat tersebut tanpa mencari alasan lain.

"Ini akan menjelaskan lagi siapa Datuk Seri Najib disisi rakyat. Beliau hanya berani ketika kerada di depan penyokongnya sahaja serta melalui media yang berada di dalam genggamannya

PAS Sabah sokong Himpunan Bangkit 123

Harakahdaily, 06 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah (BPPNS) menyokong usaha Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) dan NGO-NGO lain untuk mengadakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat atau ‘123 Bangkit’ dalam usaha membebaskan rakyat daripada terus dibelenggu penindasan dan penyelewengan hak terhadap pemilikan tanah.


“Justeru, PAS Sabah berani untuk menyahut kebangkitan ini dengan mengerakkan hampir 1,000  ahli di pelbagai peringkat, negeri, kawasan dan cawangan seluruh Sabah untuk bersama-sama dalam himpunan 123 Bangkit bagi menyatakan sokongan demi menuntut keadilan dan kesaksamaan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Hamzah Abdullah.

Katanya, ia sekaligus memberi sokongan bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi Malaysia berparlimen.

PAS Sabah, jelasnya sudah merasakan keperluan mendesak yang agak konkrit bagi membina sebuah ketamadunan kerajaan dalam menggembleng tenaga mencapai kata sepakat untuk mengatakan ‘tidak’ kepada kezaliman.

“Kita mesti berusaha membela tanah yang telah kita usahakan sejak sekian lama ini. Tanah NCR/Tanah Adat mesti dikembalikan kepada rakyat sepenuhnya,” tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS negeri kepada Harakahdaily.

Oleh yang demikian, tegasnya lagi hak rakyat mesti dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat.

Tambahnya, amanah rakyat mestilah dikendalikan secara baik dan berhemah.

Beliau berkata, adalah malang bagi sesebuah negeri yang kaya ini langsung mempunyai barisan kepimpinan yang rosak akhlaknya, lemah daya pengurusan dan lompang sana-sini dari aspek penstruktural kuasa dan bidang.

Justeru, katanya apakah tidak ada inisiatif kerajaan dalam menyelesaikan masalah tanah ini.

Menurutnya, laporan Suhakam tentu tidak mengejutkan kebanyakan wakil pemimpin politik.

“Tapi, apakah dengan angka 977 yang juga angka tertinggi di Malaysia mengenai kes tanah tidak mendapat perhatian serius.

“Apakah ini satu kebanggaan atau satu permasalahan?” soalnya.

Mengenai Bangkit 123, jelasnya perhimpunan itu mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.

“Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam,” ujarnya.

K'jaan BN T'ganu pecat pegawai tadbir tidak sah

Khairul Azlam Mohamad, 06 Mac 2012
KUALA TERENGGANU, 6 Mac: Bekas Pegawai Tadbir Negeri Terengganu yang pernah dilantik ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999 hingga 2004 tetapi dipecat oleh Barisan Nasional (BN) pada 2007, mendapat pembelaannya.


Pegawai berkenaan selaku plaintif, Wan Mohd Faizul Wan Abas, 37, ketika itu Pegawai Tadbir Negeri N41 dipecat oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan pemecatan itu dianggap ‘salah’ (wrongfull dismissal) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.

[Gambar: Wan Mohd Faizul (berkopiah kanan) bersama peguam Fathi Aziz Abu Bakar bercakap kepada wartawan di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.]

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan keputusan kerajaan negeri menamatkan perkhidmatan plaintif oleh defenden pertama adalah tidak sah.

Wan Mohd Faizul menamakan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai defenden pertama dan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu sebagai defenden kedua.

Ketika membaca keputusan tersebut, Mohd Yazid memerintahkan agar plaintif diambil semula sebagai Pegawai Tadbir Negeri Gred N41 dari tarikh penghakiman itu dan pengesahan plaintif dalam jawatan tersebut tertakluk kepada Perintah Am.

Plaintif juga perlu dibayar semula oleh defendan pertama gaji tertunggak serta sebarang faedah yang dinikmati plaintif sejak dari tahun pemecatannya itu.

Wan Mohd Faizul melahirkan rasa kesyukurannya dengan keputusan mahkamah yang telah mengembalikan semula haknya yang dinafikan sebelum ini.

“Alhamdulillah, keputusan ini merupakan satu bukti hak saya dikembalikan dan maruah saya tertebus. Ini jadi satu pengajaran kepada kerajaan negeri supaya tidak mengambil tindakan sewenang-wenang,” jelasnya di lobi mahkamah.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika menjawat jawatan Pegawai Tadbir Negeri pernah bertugas di Pejabat Tanah Daerah Besut selama setahun bermula tahun 2001.

Selepas itu, katanya menjadi Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Terengganu dan ditugaskan pula di Pejabat Tanah Daerah Kemaman selama lebih setahun.

Menurutnya, pemecatan berlaku tahun 2007 selepas bertugas di Pejabat Tanah Daerah Kemaman tahun 2004 dan ‘dibekukan’ di Pejabat SUK Negeri Terengganu.

“Saya pernah bertugas di Pejabat Tanah Besut selama setahun, pernah jadi Penolong Urusetia Penerangan Negeri Terengganu, pernah ditugaskan di Pejabat Tanah Kemaman pada tahun 2004 dan akhirnya di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.

“Di pejabat SUK, saya diletakkan sebagai Pegawai Sentara sebelum dipecat pada tahun 2007, kononnya atas dasar prestasi merosot,” ujarnya.

Wan Mohd Faizul menjelaskan beliau berjaya hadir semua kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan (Peperiksaan Undang-undang Kerajaan) dalam tempoh lanjutan percubaan.

Bapa kepada empat orang anak berusia setahun lebih hingga 10 tahun itu merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia.

Beliau diwakili oleh peguam Fathi Aziz Abu Bakar manakala defenden diwakili Penolong Penasihat Undang-undang Negeri, Rosmawati Husin.

Nobat pemerintahan Islam di Kedah – Dewan Ulamak

Harakahdaily, 06 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang akur dengan keputusan PAS Pusat untuk mengekalkan Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sebagai Exco.

Sehubungan itu, ketuanya, Datuk Harun Taib (gambar) menggesa semua pihak selepas ini menghalakan segenap usaha dan tenaga yang ada untuk meneruskan perjuangan menobatkan pemerintahan Islam di Kedah Darul Aman dengan mengamalkan konsep ukhuwwah, persepakatan dan musyawarah dalam semua urusan.

Beliau yang juga Adun Manir, Terengganu menyatakan demikian dalam satu kenyataan ringkas sebagai respons kepada keputusan PAS Pusat berhubung isu pelantikan Exco Kerajaan Kedah yang melibatkan Phahrolrazi dan Ismail.

Semalam, kedua-dua exco itu akur dengan keputusan PAS Pusat untuk menerima semula jawatan berkenaan.
Ibu rakam anak dirogol teman lelaki
KHALILAH GUSTI HASSAN
6 Mac 2012
SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.

Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.

Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.

Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan.

"Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.

Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.

"Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.

Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.

Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu.

Tiada ulasan: