Jumaat, 2 Mac 2012

NASIB YANG MALANG...KIAN HAMPIR PRU13...BANYAK KISAH MEMALUKAN KELUAR...BAIK TIADA..KALAU ADA TAK MENCUKUPI LAGI...JANGAN JATUH SEBAB DISEBABKAN LEMBU DAH LAH...MUNGKIN RAKYAT DAH LAMA JADI MACAM LEMBU...HARAP2 TIDAKLAH...NI SEMUA DALAM KUASA ALLAH SERTA TAKDIRNYA...KADANG2 KEKALAH ITU BAIK UNTUK MUHASABAH DIRI....

Gelombang Hijau akan benam Gelombang Biru

Harakahdaily, 02 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 2 Mac: “Insya Allah rakyat Terengganu akan pastikan gelombang biru akan dibenamkan oleh Gelombang Hijau di dalam PRU13 akan datang,” tegas AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Terengganu, semalam bahawa Terengganu akan menjadi ‘negeri biru’.

Katanya, rakyat Terengganu sudah mual dengan gelagat kepimpinan Umno yang gagal urus tadbir negeri yang memililiki emas hitam.

“Semuanya gara-gara tidak amanah dan diskriminasi  pimpinan Umno  menyebabkan rakyat Terengganu masih miskin di tahap kedua selepas negeri Sabah,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, janji manifesto BN pada tahun 2004 untuk memberi peluang 25,000 pekerjaan masih tidak tertunai lagi.

Beliau berkata, apabila PAS menawarkan 17,000 pekerjaan di dalam manifesto  di dalam PRU akan datang, maka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menjanjikan peluang pekerjaan sebanyak 80 ribu.

Baginya, rakyat ketawa melihat gelagat pembohongan pemimpin Umno dengan janji yang tidak tertunai.

Jelasnya, rakyat negeri itu tidak boleh menerima sikap sambil lewa pemimpin Umno yang gagal mengurus tadbir sehingga berlaku kerugian seperti runtuhnya  Stadium Sultan Mizan RM292 juta, kos hendak membaiki pula RM25 juta.

Begitu juga, ujarnya dengan kerosakan Lapangan Terbang Sultan Mahmud bernilai RM123 juta, kolam renang di Batu Buruk berharga RM18 juta untuk Sukma 2008 rosak setelah setahun digunakan, bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kemaman berharga RM2.1 juta runtuh, perhentian bas di Kuala Berang yang berharga RM4.2 juta juga runtuh walaupun baru 80% siap.

Erykah: The Star bakal terima hukuman hari ini

Harakahdaily, 02 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Lima editor akhbar The Star termasuk yang bertanggungjawab memasukkan gambar penyanyi Erykah Badu yang bertatu perkataan 'Allah'  dalam akhbar itu 27 Februari lalu dipanggil berjumpa dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, pagi ini.

(Gambar poster konsert Erykah tiada tatoo nama Allah telah The Star menggunakan gambar yang ada nama Allah)

Mereka dijangka akan menerima hukuman daripada KDN berhubung penyiaran gambar kontroversi Erykah itu yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Akhbar The Star di dalam halaman Star 2 - Music pada muka surat 17 pada artikel bertajuk Living off the wall menyiarkan gambar penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat itu yang jelas menampakkan tatu perkataan 'Allah' dalam tulisan Arab di dadanya.

Artikel itu berkaitan dengan konsert Erykah yang diadakan di Pusat Konvevsyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 29 Februari.

Ekoran bantahan umat Islam termasuk Pemuda PAS Malaysia, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membatalkan konsert itu.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, The Star sendiri menjangka mereka akan dikenakan tindakan oleh KDN kali ini selepas dua kali menerima amaran ekoran menyiarkan bahan yang menaikkan kemarahan umat Islam.

"Kami jangka, paling kurang pun kena gantung tiga hari atau seminggu," kata sumber berkenaan kepada Harakahdaily.

Dakwaan Gani guna SPRM perlu disiasat

Wan Nordin Wan Yaakob, 02 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dakwaan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuf terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mendakwa memperguna Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus segera disiasat.

Malah timbul kebimbangan jika benar pengakuan Ramli itu, maka Malaysia sebenarnya menjurus ke arah negara Mafia andai ianya tidak diselesaikan segera, kata Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kayat hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ramli berhubung keterlibatan Peguam Negara dalam kes memperguna SPRM dan akhirnya menasihatkan pembebasan satu sindiket yang pada awalnya diperintahkan hukuman tahanan terhad.

Ramli berkata, tindakan Peguam Negara itu sehingga menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.

Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis sambutan hari lahirnya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Suhaizan merasakan bukan sekadar satu kes sahaja seperti yang didakwa Ramli, malahan jika disiasat melalui Suruhanjaya DiRaja menyiasat Peguam Negara, pastinya banyak lagi kes akan terdedah.

"Jika benar isu ini berlaku, Malaysia memang boleh menjadi ke arah negara Mafia.Mengapa, jika benar, puncanya adalah perlakuan rasuah, rasuah diperingkat tertinggi," ujarnya kepada Harakah pada 2 Mac lalu.

Mengulas lanjut, Suhaizan (gambar) yang juga Ketua Pemuda PAS Johor berkata, isu ini tidak boleh disiasat oleh polis mahupun pihak bawahan sahaja.

Sebaliknya, suatu Suruhanjaya DiRaja Menyiasat Peguam Negara harus ditubuhkan segera, kerana ianya membabitkan kedudukan seorang yang memegang jawatan penting dalam proses undang-undang negara, katanya.

"Kedudukan Peguam Negara amat penting kerana dia ada kuasa mendakwa.Jika disiasat oleh pihak bawahan, saya yakin tidak akan selesai, kerana masalah besar yang berlaku dalam negara ini ialah rasuah.Ini jika benar, harus disiasat segera," katanya lagi.

Dalam pengakuannya, Ramli berkata, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.

Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.

"Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit.

"Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut.

"Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).

"Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli.

"Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).

"Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi.

Zambry diminta jelas projek pulau Matangor

Harakahdaily, 02 Mac 2012
IPOH, 2 Mac: Pemuda PAS Perak mempertikaikan pentadbiran kerajaan negeri Perak pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang masih gagal menjelaskan kegagalan projek marina di pulau Matangor, Pangkor.

Ini kerana,  projek yang menelan belanja RM28 juta ini terbiar dan tidak digunakan walaupun sudah siap sejak lima tahun lalu.

Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Laut dan Kementerian Pengangkutan bagi kemudahan pelayar dari seluruh dunia yang melalui Selat Melaka perlu penjelasan lanjut daripada pihak Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan.

Walaupun ianya telah didedahkan awal bulan Oktober tahun lepas, tetapi hasil penyiasatan yang dimaklumkan oleh Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir masih belum menampakkan puncanya, kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Haji Salleh (gambar kanan).

"Datuk Seri Zambry hanya mampu mengistilahkannya sebagai satu projek ‘Gajah Putih’ dan kini cuba membentuk satu Jawatankuasa Khas untuk memantau projek-projek yang akan dibina pada masa akan datang," katanya.

"Apa yang terjadi dengan projek marina di Pulau Matanggor hingga ke saat ini? Syarikat siapakah yang terlibat di dalam memastikan pelaksanaan projek marina tersebut?" soal Salman lagi.

Tetapi yang paling penting, katanya, siapakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor ketika pelaksanaan projek tersebut?

Bagi beliau, rakyat dan penduduk Pulau Pangkor tentu kesal dengan projek yang menelan belanja RM28 juta tersebut yang telah berlaku ketirisan sehingga merugikan wang rakyat seluruhnya.

"Sudah tentu nilai RM28 juta tersebut boleh digunakan sebagai bantuan khas kepada penduduk di Pulau Pangkor yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik dan air yang sempurna sepertimana yang pernah kami dedahkan sebelum ini," katanya.

Bercakap tentang RM28 juta tersebut, kata Salman, jika digunakan untuk kebaikan rakyat sudah tentu kemudahan rakyat di sana akan lebih baik daripada hanya membina satu projek ‘Gajah Putih’ yang tidak mendapat manafaat rakyat seluruhnya atau penduduk Pulau Pangkor sedia ada di sana!

Selepas NFC, skandal lembu Felcra pula

Dr. Rosli bin Yaakop, 02 Mac 2012

Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008.
Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.

Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan.  Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor - sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.

Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi:
Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.”) . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.

Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapati hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai “projek gagal.”

Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari “kejayaan” projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?

Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan.

Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah?  Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.

Bilangan kandang                                                           17
Bilangan lembu setiap kandang                                        2,000 ekor
Jumlah lembu                                                                 34,000 ekor (17 x 2,000)
Harga anak lembu                                                           RM400 se ekor
Kos penggemukan lembu selama 6 bulan                           RM1,000 se ekor
Lain-lain kos selama 6 bulan                                             RM500 se ekor
Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan                         RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)
Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan              RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)
Harga jualan lembu                                                          RM3,000 se ekor
Jumlah hasil jualan                                                           RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)
Keuntungan projek dalam 6 bulan                                      RM37,400,000
Bilangan peserta                                                              92,000
Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan)                      RM406.52 se orang
Agihan kepada perserta setiap bulan                                  RM33.88 se bulan

Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra  sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.

Tambahan pendapatan bulanan peserta                               RM500 se orang sebulan
Bilangan peserta                                                                92,000
Jumlah tambahan pendaptan bulanan                                   RM46,000,000 sebulan
Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan                           RM276,000,000
Keuntungan julan lembu                                                      RM1100 se ekor
Bilangan lembu yang perlu diternak                                      250,909 ekor setiap enam bulan
Bilangan lembu diternak dalam setahun                                501,818 ekor setahun

Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor - sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan.

Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas.  Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.

Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: “Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin” adalah tepat sekali.

Juga didedahkan pada Hari Raya Korban 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjual 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:

Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak                                     5 ekor
Ahli Parlimen Lenggong, Perak                                                 5 ekor
Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai                            5 ekor
Ahli Parlimen Pasir Salak                                                          30 ekor

Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi  penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?

Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra.

Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.

Rembau, NS
Jumaat,  Mac 2012
Felcra Bela Lembu

Hapus tol: Bukti Buku Jingga bukan retorik

Harakahdaily, 02 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan kerajaan menghapuskan bayaran tol RM1 di Plaza Tol Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala Kajang menunjukkan bahawa kerajaan sebenarnya mampu untuk menghapuskan tol di negara ini jika berbuat demikian.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, tindakan kerajaan itu membuktikan bahawa kerajaan tidak rugi sekiranya tol-tol di negara ini dihapuskan sebagaimana dakwaan pemimpin mereka sebelum ini.

Ini juga, katanya membuktikan bahawa perjuangan Pakatan Rakyat selama ini yang berusaha menghapuskan tol di negara ini sebenarnya adalah benar dan tidak sia-sia.

“Janji di dalam Buku Jingga bukanlah suatu retorik atau janji palsu, tetapi merupakan realiti yang mampu dilakukan sekiranya kerajaan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun demikian, ujarnya DPPM merasa kesal kerana kerajaan tidak bersedia menghapuskan bayaran tol secara keseluruhan di kawasan terbabit.

Menurutnya, pengurangan sebanyak 50 peratus dianggap sebagai suatu kejayaan besar kepada negara dengan publisiti meluas seolah-olah mereka telah mendapat kemenangan yang dramatik.

Hakikatnya, kata beliau pencapaian kerajaan tidaklah boleh dibanggakan sangat memandangkan mereka hanya mampu mengurangkan bayaran sebanyak 50 peratus.

Itupun, ujarnya keputusan itu diambil setelah bertahun-tahun lamanya pengguna lebuh raya di kawasan terbabit menanggung bebanan membayar tol.

“Sedangkan Pakatan Rakyat (PR) telah berjanji sekiranya PR memenangi Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti, keseluruhan kadar tol di kawasan terbabit malah di seluruh negara akan dihapuskan,” katanya lagi.

Malah, jelasnya PR telah mengkaji implikasi terhadap syarikat konsesi tol dan merasa yakin, tol secara keseluruhannya mampu untuk dihapuskan.

“DPPM melihat sendiri bagaimana sorakan ahli dan pemimpin Umno apabila tol di kawasan tersebut diumumkan dihapuskan semalam.

“Ia bererti ahli dan pemimpin Umno sendiri bersetuju bahawa tol adalah suatu bebanan kepada rakyat dan bergembira apabila tol dihapuskan atau dikurangkan,” katanya.

Jika demikian, ujar beliau sudah tentu mereka akan merasa lebih puas jika Pakatan Rakyat pula yang telah berjanji sekarang akan menghapuskannya apabila mendapat mandat kerajaan kelak.

Oleh itu, katanya DPPM mencabar kerajaan supaya mengkaji balik semua perjanjian dengan syarikat konsesi tol dan mengumumkan kepada rakyat bila untuk dihapuskan tol di kesemua lebuh raya secara berperingkat.

Jika tidak, tambah beliau mereka dianggap masih gagal menambat hati rakyat serta tidak mampu menandingi kemampuan Pakatan Rakyat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Mahathir beri bayangan, 'Tun' lain juga terlibat

Faiz Abdullah, 02 Mac 2012
SEREMBAN, 2 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (gambar) berkata, gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua Tun juga mesti diaudit, memberi gambaran bahawa mungkin pemimpin lain juga terlibat dengan skandal kewangan.

"Mahathir tidak menafikan dakwaan tersebut sebaliknya berkata siasatan dan audit juga harus dilakukan kepada semua individu bergelar Tun.

"Kenyataan Mahathir ini juga memberi petanda bahawa beliau mungkin menyimpan banyak rahsia tentang individu-individu yang bergelar Tun yang mungkin ada kaitan dengan pelbagai skandal kewangan", tegas Zulkefly.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir baru-baru ini yang menggesa semua Tun perlu diaudit dan bukan dirinya sahaja.

"Bukan sahaja saya, semua Tun mesti diaudit.Begitu juga dengan anak-anak dan cucu-cicit mereka," kata Mahathir pada satu sidang media 29 Februari lalu.

Ianya sebagai respons terhadap desakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya Mahathir diaudit ekoran kerugian RM100 billion ketika beliau menjadi perdana menteri.

"Jika dakwaan Kit Siang itu tidak benar, beliau boleh menafikan tetapi di sini beliau melontarkan bola kepada umum seolah-olah berkata bukan beliau seorang sahaja yang terlibat sebaliknya individu lain yang bergelar Tun juga harus disiasat dan diaudit," kata Zulkefly.

Tiada ulasan: