Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Ramli berbuat demikian pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan menteri besar dan seminggu kemudian Sultan Selangor memperkenankan Khusrin sebagai SUK baru.
Keputusan itu juga tidak dimaklumkan oleh Ramli kepada menteri besar dan exco kerajaan negeri yang bermesyuarat pada 16 Disember, kata Khalid.
Menurutnya, Datuk Ramli telah menjayakan satu permainan politik licik untuk meletakkan seorang calon yang tidak dikehendaki oleh kerajaan negeri sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri.
"Apa yang terhasil sekarang ini ialah untuk memperlihatkan pertelagahan antara kerajaan negeri dan Istana yang didalangi kerajaan pusat BN. Ini adalah pemainan politik jahat dengan tujuan meletakan calon yang tidak dihendaki oleh kerajaan negeri," kata Khalid.
Pada sidang akhbarnya, petang semalam, beliau memperincikan urutan peristiwa yang mendedahkan peranan Ramli sehingga membolehkan Khusrin dilantik sebagai SUK baru dengan perkenan Istana Selangor.
"Pada 3 Disember, nama-nama telah dikemukakan kepada menteri besar oleh jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Pada hari itu juga, apabila tiga nama ini telah dikenal pasti, pihak Datuk Ramli nampak tiada nama Datuk Khusrin, maka dia telah tulis surat kepada Istana tanpa memberitahu kepada menteri besar. (Ramli) memberi senarai nama yang lain, (dengan) nama yang pertama ialah Datuk Khusrin.
"Pada 10 Disember, Datuk Munir menjawab balik dengan memberitahu Datuk Ramli, Sultan perkenan melantik calon pertama iaitu Datuk Khusrin," kata Khalid sambil menunjukkan salinan surat yang yang dihantar oleh setiausaha sulit sultan Selangor Datuk Munir Bani.
Khalid berkata Ramli tidak memaklumkan jawapan daripada Sultan Sharaffudin yang memperkenankan perlantikan Khusrin itu kepada menteri besar mahupun exco kerajaan negeri.
"Pada 16 Disember pula, mesyuarat exco dijalankan, Datuk Ramli pun ada. MB memberitahu nama-nama yang akan diserahkan kepada Istana tetapi Datuk Ramli diam sedangkan dia telah tahu (pelantikan sudah dibuat) kerana telah menerima surat dari Datuk Munir pada 10 Disember," kata Khalid.
Khalid berkata sehari selepas mesyuarat exco itu, menteri besar menghantar nama calon yang disenarai-pendekkan, namun usaha itu sia-sia kerana sultan sudah pun membuat keputusan atas senarai yang dikirim lebih awal oleh Ramli (kiri, berbaju biru).
"Pada 17 Disember, MB hantar tiga nama calon yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, tetapi sebenarnya sultan telah membuat keputusan dengan perkenankan pelantikan Khusrin," katanya.
Khalid berkata Ramli jelas berperanan dalam mencetuskan kemelut pelantikan Khusrin.
"Apa yang saya mahu jelaskan di sini ialah bagaimana satu permainan politik yang licik telah di mana Datuk Ramli telah menerima surat dari Datuk Munir tetapi berdiam diri. Surat yang dihantar kepada Istana tidak diberitahu dan surat yang diterima pun tidak diberitahu walaupun beliau duduk dalam mesyuarat Exco 16 Disember," katanya lagi.
Menurut pembantu khasnya Azmizam Zaman Huri, cat merah memenuhi pintu depannya dikesan kira-kira jam 6 pagi tadi oleh seorang kakitangan pejabat yang bermalam di situ.
"Bagaimanapun kita tidak nampak orang (yang disyaki) sekitar kawasan ini," katanya.
Azmizam yang juga naib ketua Pemuda PKR berkata, pihak pejabat kemudiannya membuat panggilan telefon memaklumkan kepada pihak polis.
"Kira-kira jam 8 pagi pihak polis tiba dan membuat garisan kuning di sini. Kita tunggulah hasil siasatan. Di sini pun ada CCTV (kamera litar tertutup)," kata Azmizam.
Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.
"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya.
Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.
Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.
"Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar pukul 3 lebih," katanya.
Ahirudin berkata kawasan perumahannya itu yang terletak dalam Bandar Kinrara baru tiga bulan menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan itu.
Ketua Polis Dearah Serdang Supt Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kes itu.
- Bernama
"Menuntut tertuduh Nazriel Irham atau Ariel Peterpan dengan penjara lima tahun penjara dan denda Rp250 juta," kata Timbalan Pendakwa Raya Rusmanto ketika membacakan tuntutan pihak pendakwa terhadap penyanyi itu di Mahkamah Daerah Bandung, Jawa Barat, semalam.
Rusmanto berkata kekasih Luna Maya itu terbukti melanggar Undang-undang No.44 Tahun 2008 Tentang Pornografi dan Fasal 282 Undang-undang Jenayah.
Beliau juga memohon mahkamah agar Ariel tetap ditahan dalam penjara kerana kes itu telah menjadi isu nasional dan vokalis band Peterpan tetap enggan mengakui perbuatannya.
"Sebagai artis atau publik figur dia (Ariel) tidak memberikan contoh yang baik kepada masyarakat dan dia tidak mengakui perbuatannya. Video porno ini juga tersebar di dunia maya sehingga memudahkan masyarakat untuk mengaksesnya," kata Rusmanto.
Pihak peguambela Ariel yang kecewa dengan tuntutan berat oleh pihak pendakwa telah menyatakan kesediaan untuk mematahkan semua tuntutan pendakwa dalam kes pembelaan pada perbicaraan selanjutnya.
Ariel dituduh mengedar video porno setelah dua rakaman video porno beliau dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tary beredar bebas di internet sejak Jun 2010.
Tidak seperti Cut Tary yang telah mengakui bahawa video yang beredar itu adalah dirinya dan Ariel, hingga kini Ariel tidak mengakui sebagai pelaku dan pembuat video berkenaan.
Perbicaraan beliau yang bermula pada 22 Nov lalu akan diteruskan dengan pembelaan oleh Ariel diikuti dengan bantahan oleh pihak pendakwa sebelum mahkamah membuat keputusannya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan