Jumaat, 5 Oktober 2012

SOALAN PANAS YANG BONTOT MENJADI PANAS


Status negara Palestin di PBB dibahas November

Terjemahan Mohd Yahya,05 Okt 2012

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkemungkinan mengadakan debat mengenai status negara Palestin di PBB pada pertengahan November - selepas pilihan raya Amerika Syarikat, ujar presiden kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB Rabu lalu.

Setelah gagal tahun lepas untuk diiktiraf kenegaraan penuh di PBB, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata minggu lepas beliau akan berusaha menaik taraf status kepada “negara bukan ahli negeri" seperti Vatican.

Status semasa Palestin PBB adalah "entiti pemerhati." Jika berjaya, ia akan bertukar kepada "negara pemerhati."

"Pada pertengahan November, akan ada debat antarabangsa mengenai isu Palestin dalam Perhimpunan Agung," ujar Presiden Perhimpunan Agung PBB, Vuk Jeremic dalam satu sidang akhbar.

"Terdapat banyak pilihan raya dan kalendar politik di serata dunia," katanya merujuk kepada pilihanraya termasuk pilihan raya Amerika Syarikat pada 6 November.

"Pemahaman saya adalah kepimpinan Pihak Berkuasa Palestin akan melakukan perbincangan yang mendalam, dan membuat kesimpulan tentang apa yang mereka mahu lakukan pada bulan November."

Status negara untuk Palestin menimbulkan perasaan tidak selesa untuk Israel. Didaftarkan sebagai sebuah negara dan bukannya entiti bermakna Palestin boleh menyertai badan-badan antarabangsa seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan memfailkan aduan terhadap Israel untuk penjajahan berterusan.

Status negara juga akan menimbulkan kemarahan sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat, yang berhujah bahawa negara Palestin hanya boleh diwujudkan melalui rundingan bersemuka.

Tiada rundingan damai antara Palestin dan Israel sejak 2010, kerana rakyat Palestin enggan untuk meneruskan rundingan melainkan jika kerajaan Israel menghentikan pembinaan penempatan di Tebing Barat dan Timur Baitul Muqaddis.

15 soalan panas yang perlu dijawab pencacai Umno

http://tukanglawan.blogspot.com,05 Okt 2012
15 soalan dan 1 soalan cepu emas yang harus dijawab oleh pencacai tegar umno dan bn, soalan-soalan ni "tukanglawan" terjumpa dalam satu komen di satu portal blog. jadi elok "tukanglawan" kongsikan, sebab soalan ni takkan keluar di TV3 suku atau utusan malaysia.


1.Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)
8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR
9. Siapakah yg me’lego’ telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO
12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?
A. PAS
B. UMNO
14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
Dan soalan cepuemas
Siapakah bela lembu dalam kondo?
A. Anwar
B Nik Aziz
C Kak Ijat
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Anak dapat projek, tiada bukti Taib salah guna kuasa

  • Aidila Razak
  • 3:01PM Okt 5 2012
Walaupun anak ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir menjadi kaya raya hasil manfaat daripada negeri, Peruntukan undang-undang sedia ada tidak membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Tan Sri Taib Mahmud atas dakwaan salah guna kuasa.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Mohd Shukri Abdull berkata, Taib sama ada mengisytiharkan kepentingannya atau tidak hadir semasa mesyuarat yang membuat keputusan menganugerahi projek negeri kepada Bekir dibuat.

NONE"Berhubung anaknya, dan pengakuan (bekas) menantunya di mahkamah. Betul, dia menerima konsesi seperti balak, yang boleh dijual dan menghasilkan banyak wang.

"Tetapi dia mohon projek itu dan dapat. Bapanya tidak membuat keputusan, ia diluluskan oleh ahli exco (kabinet Sarawak). Ini kelemahan undang-undang," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Shukri diminta mengulas sama ada keterangan dalam kes Bekir dan
bekas isterinya Shahnaz A Majid yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah boleh digunakan sebagai bukti terhadap ketua menteri.

"Kamu sebut namanya (Taib), bukan saya," katanya.

PKR cadang Rapid Pengerang pindah ke Terengganu

  • Ahmad Fadli KC
  • 1:36PM Okt 5 2012
PKR mencadangkan projek loji penapis petrokimia Rapid Pengerang dipindahkan ke Kertih, Terengganu seandainya kajian dan pertimbangan asas ekonomi mewajarkan ia diteruskan.

Ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR, Wong Chen dalam sidang media pagi tadi berkata projek itu perlu dinilai secara menyeluruh dan mengambil kira merit ekonomi, keuntungan, kesan sosial dan alam sekitar.

NONE"Kita tidak boleh mengenepikan semua isu hanya kerana emosi semata-mata. Jika ia perlu diteruskan, ini sekurang-kurangnya yang kita boleh lakukan.

"Kami akan mempertimbangkan memindahkan lokasinya ke Kertih dari Pengerang. Kompleks Industri Petroleum Petronas memang sudah sedia ada di Kertih," katanya sambil menambah ia dilengkapi kemudahan dan tanah yang cukup serta hampir dengan pelabuhan Kuantan.

"Lokasi Kertih juga menjadi pilihan kerana tidak akan ada kesan masyarakat yang negatif, tiada keperluan memindahkan mana-mana komuniti ataupun pengambil alihan tanah secara paksa," tambahnya lagi.

Beliau turut menggesa tempoh lebih panjang diberikan kepada rakyat Pengerang untuk menyuarakan pandangan mereka sebelum Keputusan Pelaburan Akhir (FID) dibuat pertengahan Jun tahun depan.

"Semua kajian kesan alam sekitar akan dibuka untuk ulasan awam dan semua piawaian alam sekitar akan dikuatkuasakan dengan penuh," katanya.

'Projek gajah putih terbesar'
Menurutnya lagi, PKR tidak menyokong atau membantah projek itu tetapi percaya projek petrokimia itu yang bertujuan mengeksport minyak ditapis ke China dan India itu perlu turut mengambil kira sentimen negatif ekonomi negara tersebut baru-baru ini.

Tambahnya lagi, India dan China yang berhadapan dengan kemerosotan dan ketidaktentuan ekonomi juga giat membina kilang penapis minyak mereka sendiri.

NONE"Ada kemungkinan risiko apabila Rapid mula beroperasi pada tahun 2016, ia akan dianggap sebagai projek gajah putih yang terbesar," katanya yang beranggapan pelaburan RM60 bilion mewajarkan penilaian lebih lama dibuat sebelum projek itu dimulakan.

Beliau turut mencadangkan agar projek itu dikecilkan skalanya daripada menghasilkan 300 ribu tong sehari kepada hanya 150 ribu tong sehari minyak.

"Ini akan memastikan nisbah kapasiti kepada kadar penggunaan yang lebih ketat untuk sektor penapisan," katanya.

Tambahnya, sekiranya Pakatan membuat keputusan tidak meneruskan projek itu, beliau percaya pelaburan RM60 bilion dari projek itu boleh diguna untuk membina lebih banyak sekolah vokasional bagi merancakkan proses indutrialisasi negara.

SPRM siasat kenduri mega anak Ali Rustam

  • Aidila Razak
  • 1:21PM Okt 5 2012
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega anak lelakinya.

mohd shukri abdul aca investigation director 080408"Kami sedang menyiasat... berapa banyak wang dibelanjakan dan siapa yang membayarnya. Kami akan teliti satu per satu," kata Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Mohd Shukri Abdull (kanan) ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut kerana ia baru sahaja bermula.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam membuat laporan kepada SPRM Melaka dengan membangkitkan kemampuan Mohd Ali menganjurkan majlis dengan kos setinggi RM600,000.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam Parlimen juga mendakwa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.

Mahkamah benar permohonan cabar kebolehpercayaan Kadir

  • Hafiz Yatim
  • 1:32PM Okt 5 2012
dikemaskini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan prosiding mencabar kebolehpercayaan terhadap bekas terhadap menteri pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam perbicaraan kes penipuan tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang membabitkan bekas menteri pengangkutan Tun Ling Liong Sik.

NONEHakim Ahmadi Asnawi berkata, beliau sedar terdapat unsur percanggahan terhadap keterangan lisan Abdul Kadir dan dengan yang direkodkan dalam kes pembelian tanah PKFZ.

Ahmadi berkata, selepas membandingkan keterangan bertulis dengan keterangan lisan, mahkamah bersetuju untuk mencabar kebolehpercayaan saksis seperti yang dipohon oleh pendakwaraya bawah seksyen 155 Akta Keterangan 1950.

Timbalan Peguam Cara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah sewaktu memohon untuk mencabar kebolehpercayaan Kadir berkata, terdapat percanggahan terhadap keterangan saksi dan kenyataan peringatan yang direkodkan oleh polis bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah. 
Sementara itu, Bernama melaporkan Hakim Ahmadi bersetuju dengan permohonan Tun Majid mengikut Seksyen 155 Akta Keterangan 1950, di mana ketika rakaman percakapan dilakukan pegawai penyiasat  Supt R. Rajagopal pada 6 Julai tahun lalu di bawah Seksyen 112 akta itu, berlaku  percanggahan dengan keterangan saksi pembelaan ketiga itu, di mahkamah  semalam dan hari ini.
   
Tun Majid memberitahu mahkamah bahawa Abdul Kadir ketika rakaman dibuat, bersetuju bahawa harga muktamad untuk pembelian tanah seluas 1,000 ekar untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah RM1.08 bilion, berbanding dengan keterangan lisan beliau di mahkamah bahawa ia perlu disertakan dengan pembayaran faedah sebanyak 7.5 peratus menjadikan keseluruhan RM1.88 bilion.
   
Menurutnya, Abdul Kadir juga dalam rakaman percakapannya, sekiranya wujud sebarang perubahan pada harga pembelian ia perlu dirujuk semula ke kabinet untuk keputusan tetapi di mahkamah beliau telah memberi keterangan ia tidak semestinya dan keputusan boleh dibuat oleh pegawai di Kementerian Kewangan ataupun kementerian berkenaan.
   
Ahmadi menetapkan Isnin depan untuk membolehkan kedua-dua pihak membuat hujahan masing-masing mengenai isu sama ada pihak pendakwaan perlu memberikan keseluruhan kenyataan rakaman percakapan Abdul Kadir ataupun hanya bahagian yang didakwa berlaku percanggahan di pihak saksi.
   
Tun Majid sebelum itu berkata mengikut keputusan kes-kes mahkamah sebelum ini pihak pendakwaan hanya perlu menyediakan bahagian yang menjadi persoalan dan bukan keseluruhan kenyataan itu.
   
Peguambela Wong Kian Kheong berkata pihaknya perlu diberi peluang berhujah mengenai perkara itu kerana ia melibatkan isu perundangan yang penting dan pihak pembelaan berhak memelihara kebolehpercayaan saksinya.
   
Wong juga berhujah bahawa salinan rakaman percakapan sepenuhnya perlu dikemukakan di mahkamah bukan sahaja untuk kepentingan pihak pendakwaan tetapi juga untuk mahkamah mencapai keputusan yang adil kepada semua pihak mengenai isu
itu. 
   
Sementara itu, Tun Majid juga memberitahu mahkamah hari ini bahawa pihaknya juga akan membuat bantahan awal mengenai sebarang permohonan pihak pembelaan untuk mengeluarkan sapina terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Dr Ling, 69, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahunadalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang
berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
   
Beliau juga menghadapi pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu M1,088,456,000.
   
Ling, didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.


Ranking Musa Aman jatuh bawah 50 peratus
1:11PM Okt 5 2012
Tinjauan awam mendapati, tahap kepuasan pengundi terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman jatuh bawah 50 peratus walaupun kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih kekal tinggi.

azlanTinjauan Merdeka Center mendapati tahap kepuasan pengundi terhadap Musa jatuh daripada 60 peratus pada November 2009 kepada 45 peratus pada September 2012.

Jika dibahagikan berdasarkan etnik, mengejutkan apabila pengurangan mendadak 21 peratus berlaku di kalangan responden Bumiputera Islam daripada 72 kepada 51 peratus.

Populariti Najib masih stabil apabila 75 peratus responden berpuas hati dengannya berbanding 77 peratus pada 1999.

Perkembangan itu selari dengan kepuasan pengundi terhadap kerajaan yang mencatatkan angka 56 peratus - turun enam peratus daripada sebelum ini.

Dapatan itu merupakan yang kedua dan terakhir daripada tinjauan pandangan yang dijalankan antara 6 hingga 17 September untuk mengukur tanggapan pengundi terhadap perkembangan terkini di Sabah.


BN Pulau Pinang diminta bayar RM22j dalam 30 hari

  • Susan Loone
  • 12:19PM Okt 5 2012
BN Pulau Pinang diberitahu supaya membayar baki RM22 juta untuk tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin setelah mereka berkeras untuk memperolehnya bagi pembinaan perumahan awam.

Kerajaan negeri memberikan tempoh 30 hari kepada BN negeri, bermula hari ini, untuk membuat pembayaran mereka.

NONESetiausaha politik kepada ketua menteri Ng Wei Aik (kiri) berkata, kerajaan negeri sudah bersedia untuk menyerahkan tanah itu kepada BN dengan harga RM450 sekaki persegi atau bayaran penuh RM22,407,300 untuk 1.1 ekar tanah.

Ng yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar bagaimanapun mengingatkan, tanah itu hendaklah digunakan untuk perumahan awam dan tertakluk kepada syarat kerajaan negeri.

"Walaupun sayap Pemuda BN negeri sudah membayar 'cengkeram' berjumlah RM224, 073 atau satu peratus daripada nilainya, pembayaran penuh mesti dibuat," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Komtar semalam.

"Baki RM22, 183,227 mesti dibayar. Jika pembayarannya tidak bagus, kita tidak boleh beri tanah kepada mereka," tambahnya.

Isu sekitar tanah itu timbul apabila pemimpin BN negeri sebelum ini mendakwa Taman Manggis yang dicadangkan untuk fasa kedua Projek Perumahan Rakyat dijual kepada pemaju untuk membina hotel, hospital dan lima tempat letak kereta.

Cuepacs minta siasat dakwaan penjawat awam disogok

  • Bernama
  • 1:27PM Okt 5 2012
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan penjawat awam disogok Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi menyalur maklumat dan rahsia kerajaan.

Presidennya Cuepacs Datuk Omar Osman berkata jika benar wujud, mereka mesti dikenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan adalah berat.

"Kalau betul (laporan) akhbar itu, terserah pada pihak berkuasa (ambil tindakan), sebagai penjawat awam jangan mudah terima duit, kita ada etika yang perlu dipatuhi," katanya kepada Bernama, di ibu negara hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah semalam, yang mendakwa Suaram menerima lebih daripada US$100 juta (RM305.35 juta) bagi menganjurkan protes jalanan dan merasuah pegawai kerajaan.

Suaram bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu dan menuntut JMM menyertakan bukti terhadap semua tuduhan terbabit selain mendesak JMM supaya memohon maaf dan menarik balik semua dakwaan berkenaan.

-Bernama


Guan Eng gesa Kristian bersuara pada ketidakadilan
  • Susan Loone
  • 11:53AM Okt 5 2012
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka "tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah".

Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Lim berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan tuhan, penting untuk mereka menyuarakan "keadilan untuk semua" -- slogan yang juga menjadi seruan Pakatan Rakyat.

"Pakatan dinner Lim Guan EngGereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.

Turut hadir exco negeri Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Pulau Pinang Bishop Emeritus Antony Selvanayagam.

Dalam sesi dua jam itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada daripada BN pada 2008.

Tiada ulasan: