Selasa, 1 Mei 2012

RAKYAT DAH BIJAK MEMILIH...BIARLAH RAKYAT MENENTUKAN PEMIMPIN2 MEREKA...KALAU DAH TAK LAKU TU...ELOKLAH BERUNDUR DIRI...DAH KENYANG NANTI LAGI SUSAH NAK JAWAB DIHADAPAN ALLAH SWT

Ambiga: BERSIH tepati janji, polis mungkir
Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 menafikan dakwaan perdana menteri bahawa gabungan NGO itu mungkir janji dalam memastikan perhimpunan Sabtu lalu berlangsung dengan aman.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengerusi bersama pengajur tersebut Datuk Ambiga Sreenevasan sebaliknya menyalahkan polis yang mungkir janji dalam menjaga keselamatan orang yang tidak bersalah.

Ambiga berkata BERSIH telah menjalankan tugas mereka dan mengawal perhimpunan itu sepenuhnya sehinggalah polis menembak gas pemedih mata pertama.

"Sebaik saja perkara itu berlaku, beban itu dipindahkan kepada polis untuk mengawal situasi yang dicetuskan mereka.

Tanggungjawab itu dipikul (polis)," katanya lagi.

Himpunan gambar Bersih 3.0 dari crew MediaPerak
Posted on Monday, April 30 @ 16:08:03 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Cenangau

Dah 2 hari aku tak update blog ni. Bukan tak mau update tapi tak larat nak update, demam. Sejak malam sebelum naik bas lagi dah rasa badan tak berapa nak selesa, sampai di depan kota Raya awal pagi Sabtu dah mula bersin.

Alhamdulillah bila dah pukul 10 pagi dah tak ingat pasai nak demam, kira takdak masalah sangat la tersedut asap pun. Tapi bila dah nak maghrib mula bersin balik siap dan mula batuk. Selsema dan batuk sampai la belum ampeh.

Lagi satu yang buat aku malas nak update pasai line berukband sangat-sangat sial, sampai tahap sampai sekarang ni pun aku masih tak berjaya lagi tengok youtube video kereta polis yang depa kata menggila sampai langgar peserta himpunan BERS✔H 3,0. 


 



 
Tuntutan di Hari Buruh: Gaji minimum RM1,500
Seramai kira-kira 700 orang menyertai perarakan di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini dalam perhimpunan tahunan Hari Buruh dengan mesej utama – gaji minimum yang diumumkan perdana menteri semalam tidak memadai.

Kumpulan itu mendesak supaya kadar gaji minimum ditetapkan pada kadar RM1,500 – bukan hanya RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawah.

NONEKumpulan berpakaian merah itu berarak dalam suasaran meriah sambil memukul gendang dan melaung slogan untuk menuntut "gaji minimum RM1,500."

Selain itu, kumpulan itu juga menyuarakan tuntutan mengadakan pilihan raya bersih dan adil, menghentikan diskriminasi ke atas pekerja wanita dan eksploitasi ke atas pekerja asing.

Turut disuarakan ialah tuntutan untuk pendidikan percuma dan supaya kerajaan mengawal harga barang keperluan.

NONESebanyak 14 tuntutan itu dinyatakan dalam risalah dinamakan Deklarasi 1 Mei 2012 yang diedarkan kepada orang ramai semasa perarakan itu.

Deklarasi itu disokong 58 NGO dan parti politik termasuk Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube), PKR, PSM dan Dewan Pehimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Bagaimanapun, presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Khalid Atan yang ditemui di perhimpunan itu berkata, dasar yang diumumkan kerajaan itu memadai buat masa ini.

Katanya jumlah itu bukanlah sesuatu yang akan dikekalkan buat selama-lamanya tetapi akan disemak semula setiap dua tahun.


Hampir 300,000 peserta hadir perhimpunan balas PERKASA + Umno
Posted on Monday, April 30 @ 17:14:32 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh PPD
PERKASA dan kelab penyokong gerombolan (UMNO) telah membuat perhimpunan balas untuk BERSIH 3.0 di Padang Kelab Sulaiman Kuala Lumpur pada 29/4/2012. Sehari seleaps bersih 3.0. Kalau kehadiran BERSIH 3.0 seperti dilaporkan oleh media UMNO ialah 30,000 orang. Sudah pasti kehadiran Perkasa melebihi 300,000 orang!! Lihat viodeo di bawah!




Gaji minimum: MTUC kata OK, tuntut Cola
Mohd Zulfadli Sharifudin
1 Mei 2012
mtuc logo
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
SUBANG JAYA - Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan menyambut baik gaji minimum RM800 hingga RM900, yang diumumkan kerajaan malam tadi walaupun kadar itu masih rendah berbanding RM1,200 yang dituntut pihaknya sejak lebih satu dekad.

Sehubungan itu, badan induk kesatuan ini mahu kerajaan menyediakan Elaun Kos Sara Hidup (Cola) sebagaimana dinikmati oleh kakitangan sektor kerajaan.

Presiden MTUC penggal pertama ini berkata, kadar RM800 hingga RM900 adalah satu permulaan yang baik kepada pekerja-pekerja sektor swasta di Malaysia.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan gaji minimum bagi sektor swasta meliputi RM900 sebulan bagi pekerja di Semenanjung manakala RM800 di Sabah dan Sarawak.

"Banyak persoalan ditimbulkan. Ia suatu permulaan dan langkah yang baik, bukan seratus peratus tapi sudah memadai untuk golongan pekerja.

"Kami telah berjuang hampir 10 tahun untuk gaji minimum, ia bukan mati di angka RM900, ia akan disemak setiap dua tahun," kata beliau kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sambutan Hari Pekerja 2012 di Wisma MTUC di sini.

Menurut Najib, kerajaan menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan para pekerja supaya gaji minimum ditetapkan pada RM1,200 hingga RM1,500. 

Namun untuk permulaan, katanya sebagaimana syor Majlis Perundingan Gaji Negara dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

"Sekiranya gaji minimum ditetapkan melebihi tahap RM900 (yakni gaji pokok) kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing," katanya.

"Jika perkara itu berlaku, industri tidak boleh beroperasi sewajarnya dan dikhuatiri ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan. Kerajaan tidak boleh
membiarkan perkara ini berlaku, kerana ini akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan nasional," katanya.

Najib berkata kerajaan juga sedar, bahawa menetapkan kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan akan mendedahkan kepada tohmahan bahawa Kerajaan Persekutuan menganaktirikan 
pekerja di negeri dan wilayah tersebut.

Justeru kata Khalid, MTUC tetap akan berjuang bagi mendapatkan Cola yang kini hanya diberikan kepada kakitangan kerajaan. 

"Kerajaan perlu mengkaji semula mengenai Cola untuk tuntutan RM300 yang dibuat MTUC. Kami akan berjuang untuk kakitangan swasta supaya adil berdasarkan kenaikan kos sara hidup," kata Khalid, yang juga Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Perkayuan.

"Sebelum ini, Majlis Perundingan Gaji Negara, satu jawatankuasa teknikal ini terdiri daripada akademik, sosioekonomi membuat kajian bahawa implikasi gaji minimum selamat dan telah dibuat perundingan dengan Bank Dunia.

''Kadar RM900 adalah tahap selamat untuk semua orang.

"Jika kita letak tinggi, ia mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik," kata beliau.

Perhimpunan Hari Pekerja 2012 anjuran MUTC Bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan pada jam 9 pagi tadi dihadiri kira-kira 100 orang terdiri dari ahli-ahli kesatuan badan induk kesatuan sekerja ini.
Rafizi: Saya rela didakwa, hormati hak NFCorp
Wartawan Sinar Harian
1 Mei 2012
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menuduh NFCorporation (NFCorp), yang mengambil langkah susulan dengan membuat laporan polis dan Bank Negara, tidak menghormati undang-undang dan mengkhianati amanah rakyat dan rela didakwa.

Katanya, beliau sedia maklum bahawa keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang mengendalikan NFCorp, sedang berusaha untuk menyabitkan beliau di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) di samping tindakan saman yang telah dibuat setakat ini.

"Saya menghormati hak mereka membuat laporan sekiranya dirasakan ada peruntukan undang-undang yang telah dilanggar.

"Saya sedia bekerjasama jika ada siasatan demi menjamin proses undang-undang berjalan dengan sebaiknya.

"Malangnya, sementara (Pengerusi Eksekutif NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail dan keluarganya begitu tegas dalam soal Bafia, keadaannya cukup berlainan apabila mereka sendiri dilihat tidak menghormati undang-undang dan mengkhianati amanah rakyat," kata beliau lagi.

Semalam, Salleh menemui pegawai-pegawai Bank Negara untuk memberikan butir-butir perbuatan melanggar peraturan-peraturan kewangan yang didakwa berlaku melibatkan Rafizi. Salleh mengulangi dakwaannya bahawa pegawai PKR itu telah mengedarkan kepada media butir-butir perbankan peribadi dan sulit serta kredit rating NFCorp dan syarikat-syarikat berkaitan, serta butiran peribadi bank pengarah-pengarah dan pemegang saham syarikat tanpa kebenaran syarikat dan pengarah.
Sejumlah 21 pelanggaran didakwa dilakukkan oleh Rafizi dan pelanggaran oleh sebuah bank tempatan telah dilaporkan kepada Bank Negara, menurut kenyataan NFCorp.

Mohamad Salleh membuat laporan polis mengenai pelanggaran yang dikata dilakukan di bawah Bafia pada 26 April.

Beliau menggesa polis dan Bank Negara menyiasat pelanggaran Bafia itu. 

Dalam kenyataannya, Rafizi menuduh bahawa sehingga hari ini mereka masih terus menggunakan dana rakyat sewenang-wenangnya.

"Mereka juga belum menyerahkan mana-mana harta mewah yang telah dibuktikan dibeli atau disyaki dibeli menggunakan dana RM250 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan lain," katanya lagi.

Rafizi seterusnya mendakwa dalam siri pendedahan yang dibuat, buktinya jelas bahawa setiap ahli lembaga pengarah termasuklah anak-anak Salleh telah melanggar pelbagai undang-undang dan tatakelola yang baik, namun sehingga kini tidak ada seorang pun didakwa di mahkamah.

Malah menurut Rafizi, tidak ada satu pun dari kenyataan Salleh semalam yang boleh meyakinkan rakyat bahawa beliau telah menggunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan pinjaman bank membeli lapan unit hartanah mewah di KL Eco City.

"Beliau mendakwa saya telah memfitnahnya kerana kononnya beliau tidak pernah membuat pinjaman untuk membeli unit-unit tersebut.

"Hakikatnya, beliau memang ada membuat pinjaman tersebut tetapi dibatalkan oleh bank apabila skandal NFC menjadi panas.

"Buktinya, tawaran pinjaman dibuat oleh bank pada 23 Mei 2011 tetapi dibatalkan pada 4 Januari 2012," kata Rafizi lagi.

Sehubungan itu, Rafizi berkata, beliau rela berhadapan dengan apa-apa tindakan berikutan peranannya mendedahkan skandal NFCorp.

"Bukanlah sesuatu yang memalukan jika kita dihukum kerana berkata benar dan mengambil tindakan yang betul.

"Tetapi jika kita dibuktikan menyeleweng wang rakyat yang sepatutnya sampai kepada orang miskin tanpa sedikit pun rasa bersalah atau rendah diri, kita akan dipandang hina di mata rakyat," tambah Rafizi.

Rafizi menambah, cubaan NFCorp untuk meletakkan dirinya di kandang orang bersalah akan dipandang sinis oleh rakyat.

"Bukan saya yang dibicarakan rakyat tetapi NFCorp yang gerak gerinya terus dihakimi rakyat," katanya.

3 maut bas persiaran rempuh penghadang lebuh raya
Wartawan Sinar Harian
1 Mei 2012
3 maut bas persiaran rempuh penghadang lebuh raya
Anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa kemalangan bas persiaran
di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Beruntung, Hulu Selangor awal pagi tadi.
BUKIT BERUNTUNG - Tiga termasuk pemandu bas maut apabila kenderaan itu, yang dinaiki satu rombongan penduduk kampung untuk melawat tempat bersejarah di Melaka, berakhir tragedi dekat sini, awal pagi tadi.

Bas persiaran itu merempuh penghadang di KM 434.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Beruntung, Hulu Selangor kira-kira jam 1.50 pagi.
Seramai 24 lagi penumpang cedera ringan.

Ketika kemalangan, bas itu membawa 48 penumpang terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Lah, Chenderiang, Perak.

Difahamkan, penumpang bas berkenaan sepatutnya melawat tempat bersejarah di Melaka pagi ini sebelum pulang semula ke Perak malam ini.

Tiada ulasan: