Selasa, 1 Mei 2012

BOS PALING AGONG...ADALAH ALLAH...ALLAH LAH MAHA BERKUASA...BILA ALLAH TURUNKAN SESUATU BALA BESAR SEMUA AKAN BERDOA PADA ALLAH...POLIS DAN TENTERA PUN AKAN MENYELAMATKAN DIRI...MEREKA TAK BOLEH MELAWAN KUASA ALLAH...LEBIH2 BILA ALLAH BERI SAKIT ATAU AMBIK NYAWA NYA...ADAKAH MEREKA TAK BERFIKIR....

Petugas pejabat agung PAS Ustaz Rahim meninggal

Harakahdaily, 01 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 1 Mei: Kakitangan Pejabat Agung PAS Ustaz Abdul Rahim Saidin telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.20 petang tadi akibat kanser hati.

Allahyarham yang berusia awal 60-an menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Hospital Selayang.

Beliau dimasukkan ke hospital itu sejak Selasa lalu.

Allahyarham adalah Setiausaha Eksekutif 1 Bahagian Pentadbiran.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah....


Muslimat cadang insentif khas kepada pekerja wanita

Anis Nazri, 01 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 1 Mei: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua pekerja seluruh negara yang berjumlah lebih 5 juta di sektor swasta dan 1.5 juta di sektor awam.
“Saya juga meletakkan penghargaan yang tinggi kepada semua pekerja wanita yang meletakkan sumbangan yang besar kepada negara,” ujar Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan sempena Hari Pekerja, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Kubur berkata, DMPP mengiktiraf jasa dan pengorbanan pekerja waita yang sanggup berkorban untuk kepentingan keluarga dan negara.
“Kita mencadangkan agar insentif khas kepada semua pekerja wanita termasuk sistem sokongan yang lebih berkesan  untuk mempastikan keselesaan,  keselamatan dan  pada masa yang sama dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu yang solehah serta pekerja yang cemerlang.
“Kira sambut baik cadangan Perdana Menteri menaikkan kadar gaji minimum kepada sektor swasta sebanyak RM900 di Semenanjung dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak walaupun kita rasa penetapan ini tidak berbaloi,” ujarnya mewakili seluruh kepimpinan DMPP.Seorang Pemimpin PKR Ditahan Hari Ini berhubung BERSIH 3.0
Posted on Tuesday, May 01 @ 01:56:50 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh CuidXd

Naib Presiden PKR N Surendran berkata seorang ketua cabang parti itu di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu operasi tengah malam tadi, dipercayai berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Surendran berkata, ketua cabang PKR Rasah, R Thangam itu ditahan di kediaman lelaki berkenaan di Seremban.

Katanya beliau bercakap dengan Thangam pada tengah malam dan diberitahu bahawa lelaki tersebut berada di dalam trak polis untuk dibawa ke balai polis Dang Wangi.

Surendran berkata, beliau percaya bahawa penahanan itu berkait dengan dakwaan bahawa Thangam mengalihkan penghadang yang dipasang polis di Dataran Merdeka ketika perhimpunan itu berlangsung.

Thangam ketika dihubungi pada kira-kira jam 8 malam semalam berkata beliau telahpun mendengar khabar angin berhubung penahanan itu.
 

Jenis-jenis Boss..
Posted on Monday, April 30 @ 23:27:32 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Rencah Oleh Spam Email

Hidup bekerja makan gaji memang tak dapat lari dengan perangai boss. Selagi kita bekerja dengan orang lain selagi tu la kita ada boss. Kalau jadi CEO pun ada boss jugak, pemegang saham la bossnya.

Lain la kalau kita ada bisnes sendiri, kitalah yang jadi bossnya. Macam-macam jenis boss ada. Ada yang ok tak kurang jugak yang tak ok. Selalunya yang tak ok tu jer yang kita nampak. Yang ok tu kita buat-buat tak nampak. Biasalah manusia.

Boss jenis "yes boss"
Boss jenis macam ni letih kita dibuatnya. Mana taknya, apa yang boss dia suruh, apa yang boss besar kata, CONFIRM dia akan kata "yes boss" walaupun benda tu tak betul. Yang buat kerjanya kita. DIa senang la, cakap "yes boss' lepas tu yang kena pulun buat kerja kitalah. Yang buat lagi boring, arahan yang dia "yes boss" kan tu semuanya merapu, mengarut, membazir dan takde makna.

Boss jenis tak percaya anak buah

Confirm letih. Mana taknya gila tak percaya tahap gaban punya. Benda-benda kecik pun nak disemaknya satu-satu. Kadang-kadang tu ada yang jenis duduk sebelah kita tengok kita buat kerja macam mana. Perghh stress....

Boss jenis manjang nak cepat

Memanglah kerja tu kadang-kadang nak cepat siap. Tapi lemas kalau kerja dengan boss jenis ni. Baru je bagi kerja, tak sampai 2 minit tanya kita dah siap belum? Lepas tu dia dok tanya-tanya sampai la kita siap kerja tu. Kot ya pun bagi la masa sikit. Kalau kerja yang perlu analysis etc. tak akan la seminit dua dah siap.

Boss yang kita tak faham apa yang dia nak

Haaa... bos yang jenis ni memang banyak. Bila time bagi kerja kat kita seolah-olah dia bagi freedom la kononnya You buatlah macamana you rasa elok. Waa macam ok jer bunyinya. Tapi bila kita tunjuk output kat dia, haa macam-macam la katanya. Bukan macam ni yang I nak. Ah sudah! cakap je la awal-awal yang macamana yang dia nak.

Boss jenis tak konsisten
Boss jenis ni memang letih kita. Memang tahan sabar je la. Suruh buat macam ni, jumpa dia sekali dia ubah lak tang lain. Jumpa dia lepas tu lain pulak yang disuruhnya. Aaaa kacau Boss macam ni elok dikurangkan aje berjumpa dengan dia. Baru aman hidup kita. Setiap kali jumpa, setiap kali dia ubah arahan dia.

Boss jenis yang elok dia dapat nama, yang tak elok?

Boss jenis ni pun ramai. Jenis nak selamatkan diri dia jer. Bila ada salah, kena tegur dengan orang atas, dia channel kat kita. Haa tu la you patutnya buat macam ni, bukan macam tu. Padahal semua yang kita buat semua dia dah approve. Ini jenis bos yang nak lari daripada tanggungjawab. Mati hidup balik dia tak kan pikul tanggungjawab dia. Yang elok atau dapat pujian memang dia yang kaut semua. Bab-bab negatif ni semua dia tala kat kita. Silap-silap depan boss besar dia tala kita. Bestt kan ....

Boss yang kerja tak buat tapi mengampu kuat

Boss yang macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik. Strategik tengkorak dia... Kalau dah kita jer yang asyik pulun. Dia lepas tangan terus, sibuk duk pulun kayu golf dengan orang2 besar. Orang macam ni memang cepat naik pangkat sebab dia pandai ampu boss besar. Yang dok pulun kerja tak mengampu hmmm.... duduk la kerusi yang sama sampai ke tua.

Boss yang tak nak dengar pendapat orang lain.

Mentang-mentanglah dia boss. Bila dalam meeting tu serupa takde meeting la. Orang start bagi pendapat, dia cantas. Penghabisnya meeting tu semua pendapat dia la yang betul. Orang lain ni pakat cukup syarat jer datang meeting. Dia nak suruh orang dengar dia bercakap, tu jer matlamat dia.

Jadi boss korang jenis yang macamana. Share di facebook dengan kawan-kawan satu ofis. Biar terbahak-bahak satu ofis. Opss jangan bagitau boss aaa..... 
Cubaan Muhyiddin untuk jatuhkan Najib??
Posted on Monday, April 30 @ 23:03:48 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Open Artikel Oleh MToday
"DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu dan Islam..Maka dilantiknya jawatan kanan Umno bahagian bdr tun razak semuanya banduan politik wang."

"Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau.

Beliau menulis lagi, "16 September 2011 bermula konspirasi hendak menjatuhkan PM Najib oleh Muhyiddin Yassin, dgn perlantikan setiausaha dan bendahari bekas banduan politik wang dan seorang yd diadukan melanggar perlembagaan Umno, maka dengan sendiri Parlimen Bandar Tun Razak yg dinamakan sempena bapa PM Najib dgn mudah akan dimenang oleh pembangkang. Maka Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yg pernah dia lakukan kpd Abdullah Hj Ahmad."

Apa yang ditulis Zaharin menunjukkan politiking dalam Umno memang hebat. Sentiasa panas dan bergolak. Selalunya kemelut dalaman Umno tidak diketahui rakyat kerana ia dapat disembunyikan oleh media tali barut Umno. Bila dibongkarkan satu-persatu mereka kata, ianya hanya ibarat 'ribut dalam secawan kopi.'

Ribut dalam Umno kali ini memang hebat dan tidak dapat dibendung. Ia diluahkan dan didedahkan secara terbuka oleh bloger-bloger dan facebookers Umno. Laman sosial FB menjadi tempat mereka melepaskan geram terhadap seteru politik dalam Umno.

Zaharin begitu berani mengambil risiko menghentam dan mengecam Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin digelar sebagai anak paria, penyamun besar dan perosak Umno. Lebih hodoh lagi, Zaharin yang juga Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak mendakwa beliau ada maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam tulisannya di laman FB, Zaharin berkata, beliau akan mendedahkan hal tersebut tidak lama lagi.

Zaharin melepaskan geramnya kepada Muhyiddin dipercayai kerana terdapat usaha TPM selaku Pengerusi Umno untuk meletakkan 'orangnya' menggantikan beliau sebagai Setiausaha Umno Bahagian.

Malah dalam laman FBnya, Zaharin terus menyerang Muhyiddin kerana melantik orang-orang bermasalah dan yang jelas terbabit dalam politik wang seperti Dato' Mokhtar Samad dan Amil Salleh di bahagian tersebut.

Menulis mengenai Zaharin bukan bermakna menyokong beliau. Sebab Zaharin memang jenis out-spoken. Dalam posting beliau selalu menyerang PAS dan Pakatan Rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi 'ulam' beliau.

Saya ketepikan soal serangan Zaharin terhadap Pakatan Rakyat buat seketika. Yang penting sekarang bukan soal Zaharin sebagai penulis dalam blog atau FB. Beliau ada jawatan. Selaku Setiausaha Umno Bahagian dan Setiausaha BN Bahagian, kuasanya agar besar dan berpengaruh. Beliau juga terbabit sebagai AJK Umno Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana itu serangan dan kecaman beliau terhadap TPM memang ada weight yang tersendiri. Sebab apa seorang yang berjawatan sanggup menyerang Timbalan Presiden Umno yang juga Pengerusi Umno negeri? Kata-kata yang dihamburkan pula bukannya kritikan biasa.

Gelaran 'anak paria' terhadap Muhyiddin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam adalah sedahsyat-dahsyat gelaran. Jika ada kalangan orang India pun tidak setuju jika ungkapan paria digunakan kepada mereka walaupun ia ada dalam kamus mereka, inikan pula orang Melayu-Islam menerima geralan sedemikian.

'Anak paria' yang dikatakan Zaharin bukan sekadar paria, dia adalah penyamun besar, pembela golongan rasuah dan bermasalah dalam Umno. Lebih dahsyat lagi 'anak paria' itu dituduh merancang hendak menjatuhkan PM kesayangan Zaharin.

Sudah tentu serangan Zaharin terhadap Muhyiddin tidak dapat diterima juak-juak Muhyiddin. Melalui blog Cucu Tok Selampit mereka menyerang Zaharin dan menggesa Umno memecatnya.

Zaharin kata blog tersebut sebagai politikus yang tidak bermaruah. Zaharin dituduh menyerang bekas PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian mencium tangan Abdullah selepas mendapat habuan yang dikehendaki. Gambar Zaharin memeluk dan mencium tangan Abdullah juga disiarkan mereka.

Bloger Umno yang marah dengan Zaharin mendakwa beliau menjalankan politik 'peras ugut'. Zaharin didakwa memeras ugut ahli politik (termasuk TPM), kemudian mereka diminta 'menghulurkan habuan' jika serangan terhadap mereka hendak dihentikan.

Bloger Umno yang tidak puashati dengan kecaman Zaharin terhadap Muhyiddin, terus menyerang beliau dan mendakwa Zaharin mempunyai kelaku yang amat buruk. Kata mereka Zaharin tidak layak menjadi ahli Umno kerana banyak komen-komennya merosakkan Umno.

Membaca komen-komen yang diposting mereka naik tergelak dibuatnya. Macamlah mereka yang duduk dalam Umno suci macam Malaikat Jibril.

Saya tidak perlu cenderung untuk membela sesiapa dalam Umno dalam perbalahan ini. Mereka hendak tuduh, hendak kata apa pun kepada seteru mereka, itu urusan mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu dan faham perangai orang-orang Umno.

Yang jelas, tujuan saya mengutarakan isu ini, lebih kepada untuk menyedarkan rakyat dan mendedahkan kepada rakyat, bahawa Umno itu memang hodoh dan teruk. Perbalahan dalaman mereka memang teruk dna tidak mampu dibaiki lagi.

Persoalan yang harus dijawab oleh Umno hari ini bukan soal siapa Zaharin, atau apa buruk baik kelakunya. Yang tidak boleh dinafikan orang Umno ialah, didakwa wujudnya satu usaha yang didalangi Timbalan Presiden Umno untuk menjatuhkan Presiden Umno. Itu isu yang sebenarnya.

Yang menuduh atau membangkitkan isu ini bukan orang PAS. Bukan juga orang Pakatan Rakyat. Yang menuduh Muhyiddin hendak menjatuhkan Najib adalah dari kalangan Umno sendiri. Apa yang dibuat Muhyiddin, siapa penyokongnya dan bagaimana cara beliau hendak jatuhkan Najib, kita tunggu pendedahan dari orang Umno seterusnya.

Cuma yang hendak kita katakan kepada orang-orang Umno-BN, kami dari Pakatan Rakyat, sama ada yang meneraju negara itu Najib atau Muhyiddin, tidak penting bagi kami. Asalkan sahaja nama mereka Umno-BN, kami bertekad akan tumbangkan mereka pada PRU yang akan datang. Insya Allah.


http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/guest-columnists/43603-blogger-umno-gelar-muhyiddin-anak-paria
 Rakyat Tolak BN Kerana Rasuah Teramat Menggila
Posted on Monday, April 30 @ 21:56:53 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Open Artikel Oleh: siasahkini

"

Rakyat seharusnya sedar akan pelbagai isu yang melibatkan rasuah, pembaziran wang negara dan salah guna kuasa yang merupakan salah satu punca utama mereka perlu menolak pentadbiran kerajaan UMNO dan Barisan Nasional pada PilihanRaya Umum ke 13 ni nanti. Kata AJK PAS Pusat, Dr Mujahit Rawa



Salah satu kejahatan UMNO dalam pemerintahan ialah kontrak Kementerian Pertahanandalam pembelian aset alat pertahanan negara yang menelan belanja berbilion ringgit


“rakyat seharusnya tahu dan menyedari isu pembelian senjata untuk pertahanan negara sebenarnya dibeli dengan harga yang lebih mahal berbanding harga dipasaran”
“sebagai contoh harga pembelian kereta perisai sebenarnya jauh berbeza dengan harga yang dibeli oleh negara lain. Ia tidak termasuk kos servis lepas jualan serta komisyen yang diterima” katanya.
Tambahnya lagi isu pembelian kapal selam Scorpene yang menggunakan teknologi Perancisitu juga menghadapi bermacam-macam masalah teknikal yang akhirnya menyebabkan kerugian besar dalam negara.

Ini lah sebenarnya kelaku pemimpin UMNO. Berebut jawatan sampai bertumbuk, bergaduh, membaling kerusi, fitnah sesama sendiri dan cantas mencantas antara satu sama lain tak lain tak bukan hanyalah untuk menyamun harta negara. Sebab tu pakat dok rasuah hang rasuah aku, sogok hang sogok aku, kaya hang kaya aku. Benda ni dah terpampang berlaku masa dalam pemilihan UMNO. Temolok yang dok sumbat hari-hari tak pernah kenyang. Makin dok sumbat makin lapar dahaga. Kalau macam ni punya kelaku rakyat memang wajib buat undi protes sekali lagi. Tunjukkan kuasa kita yang sebenar. Kuasa sebenar di tangan kita. JOM UBAH SEGERA.
 Jangan kutuk Rosmah gemuk - Nasihat Tuan Guru Haji Hadi
Posted on Monday, April 30 @ 17:52:17 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Blog Shubhi
Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ditanya berkenaan terdapatnya di kalangan blogger atau pengamal media atau individu tertentu yang menggunakan kelebihan mereka berkarya untuk mengkritik atau mengutuk kepimpinan daripada kumpulan sendiri.

Tuan Guru Haji Hadi dalam majlis santai bersama blogger dan media

Bolehkah penulis menggunakan media tersebut untuk menyerang individu atau pemimpin sendiri sebagai salah satu langkah membetulkan kesalahannya atau untuk menjatuhkannya. Berikut ringkasan jawapan Tuan Guru:

  • Mengkritik atau menegur perlu mengelak daripada dua perkara asas yang paling utama:
    • Munafik - Jangan menegur atau mengkritik sebagai seorang munafik yang berdusta.
    • Jahil - Jangan menegur atau mengkritik sebagai seorang yang jahil tanpa mendapatkan kepastian dengan menyiasatnya terlebih dahulu.
  • Menegur dan mengkritik perlulah berlandaskan prinsip untuk menyelamatkan kerosakan pada umum dan bukan perkara peribadi. Jika ia melibatkan perkara peribadi, lebih afdal menegurnya secara peribadi.
  • Pengkritik juga perlu menimbangkan tahap kerosakan kepada umum manakah yang lebih besar jika ditegur secara peribadi atau secara pendedahan umum. Minimakan kerosakan yang berlaku.
  • Adab mengkritik adalah sama terhadap teguran yang ditujukan kepada orang sendiri atau pihak lawan. Jika semua mengikuti pedoman ini Insyallah akan selamat.
Menarik apabila Tuan Guru memberikan contoh mengkritik kepada Rosmah. Jika terdapatnya bukti bahawa Rosmah membazir wang rakyat dan berbelanja dengan boros maka perlu didedahkan kepada umum. Sebaliknya jika mengkritik keadaan rupa Rosmah yang gemuk, ia adalah satu perbuatan yang tidak betul dan salah.
Kesimpulannya boleh mengkitik samada pada orang sendiri atau pihak lawan asalkan menjaga adab-adab di atas.

.......
http://wartashubhi.blogspot.com


Mashitah, Ustazah Pencukur Bulu Kening dan Pemfitnah!!
Posted on Sunday, March 04 @ 04:58:28 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Berita Oleh: laniismaa

"Membaca tulisan Dr Mashitan Ibrahim di akhbar Sinar Harian, terasa teramat pelik dengan Ustazah ini, tak padan dengan gelaran Ustazah dan Doktor. Sehingga ada yang memberi komen ustazah pencukur bulu kening menjadi penyebar fitnah. Inilah jadinya kalau ustazah masuk UMNO.

Kali ini dia menulis tentang skandal seks, krisis politik PR. Ceritan ulangan dan bercerita semula kes yang melibatkan pemimpin PR selepas Dr Badrolamin dituduh berkhalwat. Dia bercerita tentang skandal seks Anwar Ibrahim, dia mengulang semula kes khalwat Mohamad Sabu walaupun Mat Sabu tidak bersalah. Dia memfitnah Adun PAS Selising berzina dengan isteri orang di gerabak keretapi. Dia juga memfitnah Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berskandal dengan anak dara 10 tahun lalu. Itulah cerita fitnah Ustazah Mashitah. Kebanyakkan cerita kedai kopi yang tidak mempunyai sandaran kukuh.
Tak pula disebut tentang cerita yang benar-benar berlaku di kalangan peminpin UMNO tentang skandal seks mereka. Yelah takkan nak bercerita tentang perut busuk ahli parti sendiri. Cerita kahwin Najib, cerita rogol Rahim Thamby Chik, cerita Muhammad Taib, episod Ziana Zain dalam UMNO. Takkan UMNO syumul!!
Bahagian paling sesat tulisan Dr Mashitah melalui tulisannya di bahagian penutup.
Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang.
Maksud tulisannya boleh terpengaruh sekiranya ustaz atau lebai hatta tuan guru dari kalangan UMNO walaupun menjual agama kerana nafsu tembolok sendiri yang termasuk dirinya. Takkan juga Dr Mashitah boleh menghina sunnah sesuka hati!! -Rujuk tulisannya, KLIK!
Jom  LIKE Meramaikan Majlis!!
 Nak Tegoq Najib Sikit Nih...
Posted on Tuesday, March 13 @ 17:13:17 PDT
Dilulus untuk paparan oleh danialrazali

Open Artikel Oleh: paklongdin

"Peshen sarung nangka...

Salam semua...

Amboii... berahi semacam la majlis perasmian sidang Parlimen ke-12 kemarin tuh... hehe...

Ingatkan Pak Long ja yang risau terlebih, ketat sangat takut terburai habih...
Rupanya merata dah orang bercerita, meriah dan glemernya first lady kita...
Dah macam sarung nangka, berketoi-ketoi disini sana... haha...

Tapi puak-puak Umno lagi gila... Dah ada yang tanya tang mana Islamnya pun tah la... haha...

Jib oii,
Politik ni persepsi...
Silap haribulan bini-bini jadi liabiliti...
Bila pakaian depa terlebih ranggi...
Sampai tak tau mana bini, mana menteri...

Kesian la kat umat Umno tu sama...
Kelaku bini satu Umno tidoq tak lena...
Tegoq la bini hang tu sama...
Jangan sampai telunjuk mencucuk mata...

Nih Mak Long hang tanya...
Peshen lagu tu pa namanya...
Tengok pun dah tak berselera...
Nampak hodoh sungguh laa...

Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/

  Polis nak terkencing pun pekerja kedai tak bagi masuk!!
Posted on Monday, April 30 @ 16:54:12 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ANJV

Polis nak masuk dalam bangunan kononnya sebab nak guna tandas nak terkencing sangat dah. Orang dalam bangunan tak bagi masuk.

Polis macam tak percaya yang orang dalam bangunan tak bagi mereka masuk. Dia ingat dia ada kuasa boleh suka-suka hati nak buat apa-apa saja. Lepas tak dapat masuk, dengan megahnya berkata "You Apa-Apa Jangan Cari Polis Ya!"
"
 
 

Tiada ulasan: