Cadangan PAS untuk jaga kredibiliti Majlis Fatwa
Harakahdaily, | 09 Mei 2012 |
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan ini boleh mengurangkan salah lapor kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis yang mempunyai kedudukan tinggi di kaca mata umat Islam itu.
Perkara ini perlu agar badan itu kekal berwibawa dan tidak dipertikaikan sebarang fatwanya.
Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa haram untuk menyertai perhimpunan yang mencetuskan huru-hara dengan mengaitkannya dengan perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan pelbagai komentar dan kritikan.
“Sebagai seorang Islam, semua pihak boleh menyatakan pandangan dan kritikan. Tapi, fatwa terbaru ini yang turut dipertikaikan oleh golongan ulama perlu diberi perhatian,” kata Tuan Ibrahim.
Beliau berkata fatwa terbaru yang disebut Majlis Fatwa Kebangsaan bukanlah pelik atau bercanggah dengan nas.
“Inilah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong kenyataan tersebut, iaitu bahawa menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan huru hara, merosakkan harta awam dan ketenteraman awam adalah bertentangan dengan Islam.
"Kenyataan ini tidak perlu dipertikai oleh mana mana pihak, dan PAS tidak pertikai kenyataan tersebut,” kata beliau.
Namun, tegas Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan ialah Majlis Fatwa seolah-olah menghukum ribuan rakyat yang hadir ke Bersih 3.0 telah melakukan perkara bertentangan syarak.
Beliau menegaskan bahawa kehadiran seseorang dalam mana mana demonstrasi aman tidak bercanggah dengan hukum syarak lebih-lebih lagi, jika ianya adalah sebahagian dari penentangan terhadap kemungkaran sistem politik.
“Mungkar bukan hanya melibatkan minum arak, berzina atau merompak, malah sebenarnya mungkar yang lebih besar melibatkan sistem yang rosak, rasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa.
"Pilihanraya yang tidak adil, menipulasi daftar pemilih dan salahguna media awam adalah sebahagian daripada kemungkaran,” kata beliau.
Hadir Bersih 3.0
Atas dasar itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata sepatutnya para ulamak dan seluruh ahli Majlis Fatwa turun bersama-sama rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut sistem yang adil kerana ini menepati tuntutan syarak.
“Kekecohan adalah perkara mendatang. Ia dicipta oleh pihak tertentu yang menembak gas pemedih mata dan air asid kepada orang awam yang tidak melakukan sebarang rusuhan.
"Sebenarnya pencetus kekecohan adalah golongan yang melakukan kemungkaran dalam himpunan tersebut. Apatah lagi tindakan memukul, menyepak dan mendera orang ramai yang tidak melakukan sebarang keganasan yang jelas bertentangan dengan semua nilai sejagat,” kata beliau.
Sehubungan itu, tegas Tuan Ibrahim, PAS tidak bersetuju dengan kenyataan Majlis Fatwa yang dibuat berdasarkan maklumat tidak tepat, rakaman peristiwa yang telah diedit dan sebagai orang yang bukan berada di lapangan.
Fatwa tidak boleh dikeluarkan tanpa memahami realiti keadaan dan tujuan himpunan, apatah lagi apabila fatwa dibuat berdasarkan maklumat yang diseleweng oleh media tradisi dengan menggambarkan orang ramai yang membuat huru hara dan kekecohan, tambah beliau.
“Fatwa hanya melarang menyertai perhimpunan untuk menimbulkan huru hara dan keganasan. Siapa yang menimbulkan huru-hara sepatutnya diberi fokus; iaitu pasukan polis dan FRU yang mencetuskan suasana kecoh dan gawat.
"Tindakan ahli dan pengerusi Majlis Fatwa menggunakan media perdana menyebabkan ia terdedah kepada pelbagai penyelewengan dari maksud sebenar,” kata beliau.
Anak Mahathir syor S'jaya Diraja siasat Bersih 3.0
Salmiyah Harun, | 08 Mei 2012 |
Katanya, kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya itu bagi membersihkan namanya dan rakyat akan menyokong kerana mereka mempunyai kepentingan di dalamnya.
"Saya tidak fikir sesiapa yang benar-benar akan tahu lagi yang bertanggungjawab. Kita mungkin perlu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk sampai kepada mereka bawah ini.
"Kerajaan harus merasa insentif untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk membersihkan namanya, dan semua orang patut menyokong kerana setiap orang mempunyai kepentingan di dalamnya," katanya dipetik daripada temubual Free Malaysia Today (FMT).
Beliau yang mengikuti perhimpunan Bersih 3.0 tidak menyaksikan apa-apa provokasi dari penyokong himpunan itu.
Katanya, perhimpunan itu bertukar huru-hara apabila melihat polis menembak kanister gas pemedih mata dan meriam air ke arah orang ramai, selepas peserta himpunan merempuh penghadang di sekitar Dataran Merdeka.
"Tiada siapa yang telah menjadi provokatif. "Terdapat semangat yang tinggi, ramai orang muda dan pihak polis sangat sabar."
"Tetapi mereka tiba-tiba membawa trak, dan orang bertopi keledar dan perisai. Kami tidak benar-benar memahami mengapa. Saya fikir ia adalah satu faktor ugutan," katanya.
Rabu lepas, Persatuan bagi Penggalakan Hak Asasi Manusia (Proham) telah juga menggesa Putrajaya untuk melakukan perkara yang sama dalam laporan yang bercanggah mengenai keganasan antara polis dan peserta himpunan dalam Bersih 3.0.
Bagaimanapun, pihak polis telah mempertahankan tindakan mereka mengatakan bahawa keadaan akan bertambah buruk jika mereka hanya berdiri tepi.
"Perkara yang Dahsyat berlaku (pada hari itu) kerana mereka melemparkan gas pemedih mata. Tidak mahu orang memasuki Dataran Merdeka kemudian dilepaskan gas pemedih mata," katanya.
Posted on Tuesday, May 08 @ 05:03:13 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"
Satu
angka yang sepatutnya menggusarkan semua pihak. Yang terkini ianya
berlaku di Taman Ayer Keroh Heights, Melaka. Lebih mengejutkan ianya
bukan kejadian kali pertama, ini adalah kejadian bunuh diri yang kedua
di taman yang sama dalam tempoh setahun.
Seorang lelaki ditemui tergantung dengan tali pada tingkap bilik air
8 Mei 2012
Ketua
Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (tengah) turut mengiringi mayat
mangsa bunuh diri yang dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat
AYER
KEROH - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di dalam bilik air di
rumahnya di Taman Ayer Keroh Heights, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kita-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang berusia 36 tahun ditemui oleh isteri dan abangnya selepas kira-kira 15 minit pintu bilik air tersebut berjaya dibuka abang mangsa yang tinggal di rumah bersebelahan.
Menurut sumber, isteri mangsa berusia 32 tahun sebelum itu mencari suaminya di dalam rumah sebelum mengesyaki mangsa berada di dalam tandas di bahagian bawah rumah teres dua tingkat berkenaan.
“Selepas isteri mangsa mengetuk pintu sambil memanggilnya tetapi tiada respons, dia meminta abang iparnya datang, lalu mengumpil pintu berkenaan. “Mangsa kemudian dilihat tergantung dengan tali pada tingkap bilik air berkenaan. Isteri dan abang mangsa menurunkannya bagi memastikan keadaan mangsa sebelum menghubungi polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Pihak polis menerima panggilan kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa yang dipercayai membunuh diri dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. “Kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/seorang-lelaki-ditemui-tergantung-dengan-tali-pada-tingkap-bilik-air-1.46259
Gantung diri kecewa cinta
3 Mac 2011
MELAKA: Sebaik bertukar kerja di sebuah kilang di negeri ini lebih dua minggu lalu sikap seorang remaja tiba-tiba berubah begitu ketara sekali hingga menimbulkan rasa pelik kepada ahli keluarganya. Malah, dia juga kerap dilihat bersembang menggunakan telefon bimbit selain berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seseorang dipercayai teman wanitanya setiap hari.
Kelmarin, selepas memperoleh gaji, dia memberitahu rakan mengenai rancangannya untuk bercuti cuti selama tiga hari bermula semalam untuk pergi ke kampung kekasihnya, seorang gadis Orang Asli di Gapam, Jasin. N
amun, keluarganya menerima berita mengejutkan pagi semalam apabila remaja terbabit ditemui mati apabila mayatnya ditemui tergantung pada sebatang pokok jambu di Lorong Taman Ayer Keroh Height (TAKH) 7, dekat sini.
Difahamkan, akibat masalah cinta, remaja terbabit, Deklies Anak Dely, 19, berketurunan Bidayuh dari Kampung Sebobok, Bau, Sarawak itu nekad menggantung dirinya.
http://www.hmetro.com.my/articles/Gantungdirikecewacinta/Article
KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN
Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya.
http://temanteras.wordpress.com/2007/11/21/kes-bunuh-diri-di-malaysia-semakin-serius-sistem-pendidikan-perlu-perubahan
BUNUH DIRI KEMATIAN KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA PULAU PINANG
28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm
Fatwa haramkan demo ikut buku Umno, ulangi taktik Hosni Mubarak
Posted on Tuesday, May 08 @ 04:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Norutul Ilham
KUALA LUMPUR 8 Mei: Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan perhimpunan sebagai haram kepada umat Islam, dibuat berpandukan buku Perlembagaan Umno, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memetik kenyataan ulama terkenal dunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi, Ketua Umum KEADILAN itu , berkata amalan berhimpun sudah diamal Khalifah Umar al-Khattab ketika menyebar risalah Islam.
“Buktinya kupasan Yusof Qaradawi menyebut Saidina Umar Al Khattab – masa Islam mula berkembang, ada siri rahsia di rumah Arqam, tempat di mana orang berkumpul dan sampaikan risalah. “Kemudian, Saidina Umar mahu tunjuk rasa dengan berjalan bersama beberapa kawan dan terang-terang membawa mesej Islam daripada rumah Arqam ke Masjidil Haram.
“Jadi, Jawatankuasa Majlis Fatwa baca buku mana? Adakah buku Perlembagaan Umno?” katanya depan kira-kira 5,000 orang pada ceramah Merdeka Rakyat di Padang Kampung Baru, Batu Caves tengah malam tadi.
Mengulas lanjut, Ketua Pembangkang itu kesal kerana Majlis Fatwa sanggup menjadi alat Umno sedangkan berhimpun menuntut keadilan tidak dilarang dalam Islam.
“Ini semua alat perkakas murahan, tiada pendirian. Kita kena ingat ikrar kita untuk bawa perubahan lebih 300,000 yang berhimpun itu belum selesai. Itu satu permulaan, kalau perlu kita buat lagi.
“Ada kata demonstrasi bukan budaya Islam, bukan budaya Arab. Ada kata demonstrasi import dari luar. Saya mahu jawab.
“Yang ditulis dalam buku Yusof Qaradawi dan disertakan ayat al-Quran bermaksud, harus kita sama dalam menegakkan kebaikan dan cari jalan satu tunjuk rasa bila kerajaan zalim,” katanya.
Anwar turut mempersoal kewibawaan Majlis Fatwa yang hanya menetapkan ‘haram’ kepada perhimpunan tetapi tidak sensitif isu semasa melibatkan umat Islam.
“Patut tanya dulu dari mana timbul kekacauan. Tapi, yang rasuah – tak haram, bunuh orang – tak haram, pukul orang – tak haram, rogol orang – tak haram,” sindirnya.
Beliau juga mengingatkan rakyat betapa perbuatan mengharamkan perhimpunan sudah dilakukan regim Hosni Mubarak ketika masih Presiden Mesir.
“Undang-undang ini di Mesir sudah dibuat. Hosni Mubarak bawa fatwa mengatakan tunjuk perasaan hendak gulingkan kerajaan itu haram. Hanya pemimpin Umno ala-Mubarak ini tidak faham-faham sampai sekarang,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30043
Astarghfirullah... Bekas KPN, Rahim Nor Tuduh Nik Aziz Bapak Kafir
Posted on Tuesday, May 08 @ 04:53:57 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: laniismaa
"
"FATWA" oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, dalam NST hari ini 8 Mei, halaman 6. Kenyataan yang melampau dan jijik dari beliau....Saya petik dari NST:
Former inspector-general of police Tan Sri Rahim Noor has labelled Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat the "father of kafir (infidels) for misleading Muslims to believe that it is their religious duty to support Bersih 3.o. -KafeSantai
Astarghfirullah... EkELEH.COM
Salahuddin Ayub Ikrar Akan Jatuhkan Kerajaan BN Johor
Posted on Monday, May 07 @ 05:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh MSO
UBN khasnya Umno di Johor semakin kegelisahan dan panas punggung dengan kemaraan Pas dan Pakatan Rakyat untuk menakluki negeri berkenaan. Kini Umno mula bermain kotor dan jahat dengan memburukkan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat tanpa menghiraukan adat sopan dan larangan agama. Anih orang Johor yang dikatakan mempunyai banyak sekolah agama tetapi pemimpin Umno bersikap seperti jahiliah.
Salahuddin ikrar akan ganyang Johor. Naib Presiden Pas Salahuddin yang diberi kepercayaan untuk mengepalai Johor sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluki negeri itu sudah menerima pukulan permainan jahat dan kotor Umno bila mana beliau difitnah berzina dengan isteri orang. Khabarnya poster dan risalah menuduh beliau berzina telah disebar berleluasan di Johor.
Perbuatan terkutuk itu menandakan Umno kehabisan modal, kekeringan minda terpaksa menngambil pendekatan di zaman kerajaan Melaka 500 tahun dahulu yang menggunakan fitnah sebagai senjata untuk merebut jawatan.
Apa dilakukan oleh penguasa di kerajaan Melayu Melaka dulu samalah dilakukan oleh Umno Johor hari ini. Orang berhati busuk yang terdiri dari pembesar istana melakukan fintah menuduh orang itu bermuka dengan isteri orang, dengan gundik istana tujuan untuk menjatuh dan mengaibkan seseorang. Hasil tuhan itu menyebabkan raja yang tidak usul periksa meneriam kemudian menghukum si kena tuduh.
Nah, fintah atau sunnah dari zaman kerajaan Melaka kini dihayati oleh pemimpin Umno Johor. Apakah gara-gara perbuatan jahat dan keji itu menyebabkan kerajaan Umno Johor juga akan tumbang kerana fintah itu?
Salahuddin ketika berucap pada Himpunan Tanah di Angsana Johor Bharu Ahad lalu, bersumpah menafikan tududuhan itu dengan menyebut, "Wallahi, Wabillahi dan Wathalli, saya tidak pernah pernah membalun isteri orang".
Beliau mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh para bloger upahan Umno.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu begitu marah dengan perbuatan itu dan meminta Umno berdepan dengan secara anak jantan. "Kalau berani berdepanlah dengan saya secara anak jantan," cabarnya. Saya belum pernah melihat Salahuddin menjadi begitu marah kepada mana-mana pihak di dalam ceramahnya. Mungkin kerana tidak dapat menerima perbuatan kotor itu, menyebabkan beliau kehilangan keperibadian lemah lembutnya selama ini.
Sepatutnya Salahuddin tidak melayan golongan Raja Mendaliar, Patih Karma Wijaya dan sekutu seracun dengannya kerana kerja jahat itu memang keturunan mereka sejak dari azali lagi. Umno yang asalnya memerintah negara ini dengan penipuan, fitnah dan memperalatkan segala angensi kerajaan tidak akan berhenti dari perbuatan jahatnya itu.
Himpunan Tanah itu bertujuan untuk membela nasib rakyat Johor yang dinafikan hak mereka memiliki tanah diadakan di Angsana Johor Baharu dihadiri lebih 10,000 orang. Menurut Pengerusi Tanah Suhaizan Kayat, himpunan itu merupakan pertama kali melihat rakyat Johor bangkit serentak tanpa takut untuk membela hak mereka.
Kebangkitan rakyat Johor membuktikan bahawa rakyat Johor dari segenap lapisan masyarakat dan keturunan sudah muak dan jeluak dengan Umno dan BN.
Isu tanah tampaknya akan menjadi isu utama di Johor dalam pilihan raya kali ini yang sukar untuk dibendung oleh MB Abdul Ghani Othman.
Dalam pada itu Salahuddin dan Suhaizan berjanji akan mengelilingi
seluruh Johor untuk membela rakyat bermasalah khasnya mengenai pemilikan
tanah serta menjelaskan kedurjaaan UBN. Melihat kepada sambutan di
Angsana Johor Baharu itu tidak msutahil dalam pilihan raya kali ini
Pakatan Rakyat akan mencatat rekod kejayaan dan Umno akan mulai
menikmati kekalahan dan hukuman dari rakyat.
Sesungguhnya pengembalian Salahuddin ke Johor yang dianggap sebagai kembalinya penglima selepas bertapa di rantau orang (Kelantan) membekalkan ilmu bagi membela kampung halaman, menghalau para penyamun dan musuh tidak sia-sia. Segala ilmu yang dipelajari Salahuddin sudah dipergunakan dan ia memberi kesan.
Sementara itu kekompatan anak-anak Johor yang menumbangkan kerajaan Umno di Johor begitu terserlah. Minggu lalu majlis makan malam anjuran Pas Johor untuk dana pilihan raya mendapat sambutan hangat. Paling menggembirakan sokongan untuk Pas dan Pakatan Rakyat turut sama disokong oleh golongan profesional yang tinggal di luar Johor
Susupan Petang
Posted on Monday, May 07 @ 05:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh MSO
UBN khasnya Umno di Johor semakin kegelisahan dan panas punggung dengan kemaraan Pas dan Pakatan Rakyat untuk menakluki negeri berkenaan. Kini Umno mula bermain kotor dan jahat dengan memburukkan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat tanpa menghiraukan adat sopan dan larangan agama. Anih orang Johor yang dikatakan mempunyai banyak sekolah agama tetapi pemimpin Umno bersikap seperti jahiliah.
Salahuddin ikrar akan ganyang Johor. Naib Presiden Pas Salahuddin yang diberi kepercayaan untuk mengepalai Johor sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluki negeri itu sudah menerima pukulan permainan jahat dan kotor Umno bila mana beliau difitnah berzina dengan isteri orang. Khabarnya poster dan risalah menuduh beliau berzina telah disebar berleluasan di Johor.
Perbuatan terkutuk itu menandakan Umno kehabisan modal, kekeringan minda terpaksa menngambil pendekatan di zaman kerajaan Melaka 500 tahun dahulu yang menggunakan fitnah sebagai senjata untuk merebut jawatan.
Apa dilakukan oleh penguasa di kerajaan Melayu Melaka dulu samalah dilakukan oleh Umno Johor hari ini. Orang berhati busuk yang terdiri dari pembesar istana melakukan fintah menuduh orang itu bermuka dengan isteri orang, dengan gundik istana tujuan untuk menjatuh dan mengaibkan seseorang. Hasil tuhan itu menyebabkan raja yang tidak usul periksa meneriam kemudian menghukum si kena tuduh.
Nah, fintah atau sunnah dari zaman kerajaan Melaka kini dihayati oleh pemimpin Umno Johor. Apakah gara-gara perbuatan jahat dan keji itu menyebabkan kerajaan Umno Johor juga akan tumbang kerana fintah itu?
Salahuddin ketika berucap pada Himpunan Tanah di Angsana Johor Bharu Ahad lalu, bersumpah menafikan tududuhan itu dengan menyebut, "Wallahi, Wabillahi dan Wathalli, saya tidak pernah pernah membalun isteri orang".
Beliau mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh para bloger upahan Umno.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu begitu marah dengan perbuatan itu dan meminta Umno berdepan dengan secara anak jantan. "Kalau berani berdepanlah dengan saya secara anak jantan," cabarnya. Saya belum pernah melihat Salahuddin menjadi begitu marah kepada mana-mana pihak di dalam ceramahnya. Mungkin kerana tidak dapat menerima perbuatan kotor itu, menyebabkan beliau kehilangan keperibadian lemah lembutnya selama ini.
Sepatutnya Salahuddin tidak melayan golongan Raja Mendaliar, Patih Karma Wijaya dan sekutu seracun dengannya kerana kerja jahat itu memang keturunan mereka sejak dari azali lagi. Umno yang asalnya memerintah negara ini dengan penipuan, fitnah dan memperalatkan segala angensi kerajaan tidak akan berhenti dari perbuatan jahatnya itu.
Himpunan Tanah itu bertujuan untuk membela nasib rakyat Johor yang dinafikan hak mereka memiliki tanah diadakan di Angsana Johor Baharu dihadiri lebih 10,000 orang. Menurut Pengerusi Tanah Suhaizan Kayat, himpunan itu merupakan pertama kali melihat rakyat Johor bangkit serentak tanpa takut untuk membela hak mereka.
Kebangkitan rakyat Johor membuktikan bahawa rakyat Johor dari segenap lapisan masyarakat dan keturunan sudah muak dan jeluak dengan Umno dan BN.
Isu tanah tampaknya akan menjadi isu utama di Johor dalam pilihan raya kali ini yang sukar untuk dibendung oleh MB Abdul Ghani Othman.
Majlis makan malam anak Johor di Shah Alam. |
Sesungguhnya pengembalian Salahuddin ke Johor yang dianggap sebagai kembalinya penglima selepas bertapa di rantau orang (Kelantan) membekalkan ilmu bagi membela kampung halaman, menghalau para penyamun dan musuh tidak sia-sia. Segala ilmu yang dipelajari Salahuddin sudah dipergunakan dan ia memberi kesan.
Sementara itu kekompatan anak-anak Johor yang menumbangkan kerajaan Umno di Johor begitu terserlah. Minggu lalu majlis makan malam anjuran Pas Johor untuk dana pilihan raya mendapat sambutan hangat. Paling menggembirakan sokongan untuk Pas dan Pakatan Rakyat turut sama disokong oleh golongan profesional yang tinggal di luar Johor
Susupan Petang
Wanita Iraq dedah diseksa di penjara Abu Ghraib
Tribunal
Jenayah Perang Kuala Lumpur mendengar pengalaman menakutkan seorang
bekas tahanan wanita di penjara Abu Ghraib yang terpaksa berdepan
seksaan tentera Amerika di Iraq pada 2004.
Jameelah Abbas Hameedi, 57, yang pernah mengetuai Kesatuan Kerjasama di Kirkuk, Iraq, berkata beliau ditendang seperti binatang, ditolak keluar dari kenderaan sebelum diheret di atas jalan raya dan dicampak dari dinding ke dinding.
Ibu tiga anak itu, yang kini menetap di Syria, berkata bagaimanapun
pengalaman terburuknya adalah ketika kepala beliau dan anak gadisnya ditutup sebelum mereka dibawa ke suatu kawasan terbuka dalam penjara itu.
"Saya terdengar sedas tembakan dan seorang tentera memberitahu anak gadis saya telah dibunuh. Saya amat lega ketika melihat dia berada berhampiran selnya pada keesokan hari," katanya.
Jameelah turut mendakwa pakaian dalam beliau dilucutkan di depan anak saudara lelakinya oleh tentera Amerika yang berkeras mahu mendapatkan pengakuan bahawa beliau telah membantu pihak yang menentang pencerobohan di Iraq.
Beliau merupakan saksi ketiga yang memberi keterangan kepada tribunal berkenaan semalam yang mendengar pertuduhan jenayah perang serta penyeksaan terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat George W.Bush dan tujuh sekutunya.
Kepada soalan Profesor Gurdial Singh Nijar, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berhubung bantuan perubatan ketika dalam tahanan, Jameelah berkata beliau diberikan minyak untuk merawat kecederaannya.
Tribunal itu dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Lamin Mohd Yunus, Tunku Sofiah Jewa, Alfred Lambremont Webre, Professor Salleh Buang dan Datuk Mohd Saari Yusuf.
Jameelah, yang memberi keterangan dengan bantuan seorang penterjemah bahasa Arab, turut memberitahu tribunal itu dia terpaksa menjalani satu pembedahan di kaki tanpa sebarang ubat bius ekoran kecederaan akibat diseksa tentera Amerika.
Katanya, ketika dunia mengetahui tentang apa yang berlaku di penjara Abu Ghraib, beliau telah ditahan di situ hampir enam bulan.
Perbicaraan disambung hari ini.
- Bernama

MCA tentang rancangan Hadi pinda perlembagaan
MCA
menolak kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa
pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika
ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin,
apabila parti itu memperoleh kuasa memerintah kelak.
Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA semalam, parti itu berkata status Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah mencukupi dan memadai kerana ia memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.
"Minoriti bukan Islam tidak akan dapat melindungi diri mereka daripada 'cara hidup Islam' masyarakat yang lebih besar. Walaupun hak-hak mereka dibatasi dengan jelas dalam masyarakat sedemikian, mereka masih merasai tekanan untuk mematuhi beberapa tuntutan sosio-budaya Addin.
"Selain itu, memberi kelebihan kepada cara hidup majoriti akan membawa kepada subordinasi psikologi agama-agama minoriti," menurut kenyataan parti itu.
Menurut MCA, apabila cara hidup masyarakat majoriti dinyatakan dalam Perlembagaan sebagai satu cara hidup sesebuah negara, satu halangan telah diwujudkan bagi memisahkan satu kumpulan dengan masyarakat yang lain dan ini menjelaskan bahawa pindaan Perlembagaan bagi tujuan mengiktiraf Islam sebagai addin persekutuan adalah satu tindakan tidak bijak.
Parti terbesar yang mewakili masyarakat Cina itu menyatakan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa 'Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana tempat dalam persekutuan' adalah memadai kerana peruntukan sedia ada berhubung agama itu adalah yang terbaik bagi negara ini.
MCA mengulangi pendirian menyokong semangat Perlembagaan Persekutuan dan menolak sebarang perubahan yang dilakukan sewenang-wenangnya mahupun cadangan untuk memindanya kerana ia menjejaskan kebebasan dan kehidupan rakyat Malaysia.
"Kami mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan hak umat Islam dilindungi Perlembagaan Persekutuan dan hukum Syariah, dan bukannya kenyataan retorik PAS," menurut kenyataan parti itu lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan