Dana awam biaya ‘organisasi haram’ - PKR
Harakahdaily, | 02 Mei 2012 |
Mereka juga mendakwa mempunyai bukti bahawa kerajaan menyalurkan hampir RM5 juta setahun kepada pertubuhan haram itu yang dikenali sebagai Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) yang dianggotai ketua-ketua Wanita Umno di setiap kawasan parlimen.
"Semakan dengan Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa MPWK tidak berdaftar dan dikategorikan sebagai pertubuhan haram," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan.
Menurut Zuraida lagi, pihaknya juga mempunyai bukti bagaimana kerajaan menanggung perbelanjaan satu program mewah di hotel mahal yang dihadiri oleh keseluruhan jentera kepimpinan Wanita Umno seluruh Malaysia, atas nama MPWK itu.
"Pembiayaan aktiviti parti dan perbelanjaan yang memberi manfaat kewangan kepada pimpinan parti dengan menggunakan wang rakyat dan dana kerajaan adalah satu kesalahan besar di sisi undang-undang.
"Ini adalah penyelewengan dan salahguna kuasa yang nyata yang telah dilakukan oleh Wanita Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil," katanya lagi.
Bubar segera
Sehubungan itu beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membubarkan serta merta MPWK dan dan menghentikan semua perbelanjaan dan dana yang disalurkan kepada MPWK.
Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan serta merta untuk menentukan sejauh mana salahguna kuasa telah berlaku sejak 2001.
"Datuk Seri Shahrizat Jalil (perlu) meletak jawatan serta merta sebagai Ketua Wanita Umno kerana telah terbukti beliau terbabit di dalam penyalagunaan wang rakyat; dan
"Wanita Kkeadilan akan terus mengemukakan bukti sekiranya tidak ada maklumbalas dari Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan SPRM," katanya.
Polis bertindak kerana khabar angin ada polis mati
Badrul Hisham Shahrin, | 02 Mei 2012 |
Balai: Balai Polis Jln Dang Wangi / K.Lumpur
No. Report: Dang Wangi / 017106 / 12
Tarikh: 30 April 2012 / 1719 PM
Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali.
Saya turut dipukul dengan objek tumpul. Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki.
Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya.
Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !”
Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut.
Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia.
Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.
Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling).
Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.
Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau”
Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi.
Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).
Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan.
Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol.
Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.
Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?
Saya tegaskan walaupun dipukul dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis.
Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali jika Dataran Merdeka dibuka semua akan berlansung aman.
Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan baying – baying sendiri kerana pilihanraya terlalu hamper tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan.
Keduanya kalau ada pun kesalahan, ada beberapa peserta demonstrasi tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.
Kononnya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen BN sendiri.
Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan ‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan.
Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.
Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn.
Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.
Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan laghi.
Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.
Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.
Sekian
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Larang masuki Dataran Merdeka cabuli undang-undang
Aslani M, | 02 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Tindakan polis mendapatkan perintah
tegahan daripada mahkamah, menghalang rakyat memasuki Dataran Merdeka
sehari menjelang himpunan Bersih 3.0 dianggap sebagai ex-parte (sebelah
pihak).
Seorang peguam, Muhamad Faizal Che Yusoff berkata, perintah yang diperolehi secara sebelah pihak tersebut melanggar prinsip asas undang-undang iaitu hak untuk didengar.
“Pihak penganjur himpunan aman Bersih 3.0 langsung tidak berpeluang untuk membantah atau membalas apa yang dilakukan polis,” katanya di sini.
Menurutnya tindakan polis mendapatkan perintah pada hari Khamis jam 8.30 malam dan diumumkan pada keesokan harinya seolah-olah membelakangkan hak penganjur untuk kemuka hujah di mahkamah.
Pada perintah tersebut polis mengumumkan kawasan yang dilarang meliputi Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab bermula tengah malam Jumaat hinggalah pagi 1 Mei.
“Apakah inilah caranya pemerintah yang cakna kepada rakyat menangani hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman,” ujarnya.
Beliau yang juga seorang aktivis hak asasi berkata, penafian hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman terus dizahirkan pasukan polis dalam pelbagai insiden yang berlaku sepanjang himpunan Bersih 3.0 berlangsung.
Katanya, apa yang dapat disimpulkan pasukan pemerhati Majlis Peguam, polis hanya menyerlahkan tindakan yang langsung tidak menunjukkan profesional.
Malah kata beliau himpunan 28 April lalu memberi ruang satu penilaian dibuat sejauh manakah Malaysia menghargai undang-undang dan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan selama ini.
Sedangkan katanya, demokrasi berparlimen di Malaysia meletakkan rakyat untuk akur kepada prinsip-prinsip asas yang digalurkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perlembagaan Persekutuan dilulus oleh parlimen yang menjadi tunggak kepada sistem demokrasi, rakyat menerima dengan penuh tanggungjawab.
“Antara jaminan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk hak untuk bersuara dan hak untuk berhimpun,” tambahnya.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM)
mempersoal sikap membisu ulama Umno yang seolah-olah membiarkan sahaja
media milik parti itu khususnya Utusan Malaysia membuat laporan
berunsur lucah.
Terbaru laporan yang dipaparkan di muka hadapan akhbar itu menyiarkan fitnah gambar aksi lucah lelaki yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
"DPPM mempersoalkan ke manakah perginya suara para ulamak dalam Umno dan para mufti yang hanya diam membatu melihat media melakukan kemungkaran secara terang-terangan?
"Mereka sepatutnya bangkit membantah tindakan keji seperti ini. Sudahlah menayangkan video lucah di hadapan rakyat, membuat pula fitnah yang mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat," tegas Ketua Penerangan DPMM Riduan Mohd Nor.
Menurut Riduan, media Umno menjadi hilang pedoman dan integriti apabila sanggup menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ dengan menyiarkan babak lucah ini tanpa sedar ia ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur.
Mereka juga kata Riduan sanggup menghalalkan perkara yang haram oleh agama demi kepentingan politik pihak mereka.
"Pengedaran gambar lucah yang terbaru menunjukkan bahawa Umno sudah ketandusan isu dan kontang idea dalam menghadapi kemaraan rakyat, khususnya pasca Bersih 3.0 yang memperlihatkan ratusan ribu rakyat berhimpun di ibu kota.
"Tindakan jijik ini menandakan akan berakhirnya riwayat politik Umno yang terpaksa berpaut pada apa sahaja demi memastikan survival hidup mereka, hatta terpaksa mengorbankan nilai kemanusiaan dan kehormatan diri," katanya.
(Penyataan pada tandas yang digunakan oleh PM. Ia dibuat oleh BN Pasir Puteh)
PASIR PUTEH: Mungkin kerana terlalu ingin membodek, maka berlakulah dengan apa yang berlaku ini.
Ia berlaku di Pasir Puteh, Kelantan apabila sebuah tandas telah direkodkan sebagai bersejarah hanya kerana ia telah digunakan oleh Perdana Menteri.
Menurut satu laman, Ohtidak.com, mereka sendiri tak tahu nak cakap apa sampai tandas yang PM gunakan turut dijadikan sebgai tempat bersejarah.
Ini pertama kali kami lihat kes seperti ini dan nampak taksub sangat pun ye juga ni, kata laman itu.
"Tapi mestilah bangga klau PM gunakan tandas di tempat kita kan?
"Bukan senang nak jumpa seorang insan bernama Datuk Srri Najib Tun Abdul Razak," tulis laporan dalam laman itu.
(Ratusan ribu rakyat yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil)
KUALA LUMPUR: Di sebalik keganasan yang berlaku, satu fakta yang tidak boleh dilupakan untuk Bersih 3.0 ialah 250,000 rakyat telah berani tampil untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bebas, kata Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan.
“Mereka adalah yang muda dan tua – rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Mereka datang daripada Lembah Klang, ada juga yang datang daripada Sabah dan Sarawak.
"Mereka hadir walaupun diberi amaran oleh kerajaan, pengangkutan yang serba kurang dan sekatan jalan raya untuk menghalang mereka,” kata Ambiga dalam satu kenyataan.
Selain itu, katanya beribu orang turut berhimpun di seluruh negara dan lebih daripada 80 bandar di seluruh dunia.
“Ini adalah gambaran benar rakyat Malaysia. Mereka adalah gambaran niat dan cita-cita rakyat Malaysia. Tiada manipulasi politik, penyelewengan fakta oleh media perdana atau dakwaan bahawa himpunan tersebut telah dirampas (hijack) akan mengubah hakikat tersebut. Ahli politik daripada kedua-dua belah boleh tidak mengendahkan hakikat ini atas risiko sendiri,” tambah beliau.
Di dalam demokrasi yang lebih maju di mana hak untuk berhimpun secara aman dihormati, kata Ambiga, tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan adalah terletak di bahu penganjur dan penguatkuasa.
“Namun (di Bersih 3.0), pihak penguatkuasa meletakkan tanggungjawab ini sepenuhnya pada Bersih 2.0. Kita telah melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin sehinggalah polis menembak gas pemedih mata.
"Apabila itu berlaku, tanggungjawab itu beralih kepada polis untuk mengawal situasi yang mereka mulakan. Tanggungjawab itu adalah pada mereka. Ia adalah fakta segala keganasan hanya berlaku selepas gas pemedih mata ditembak,” kata Ambiga.
Unit Amal PAS
Ambiga turut memuji Unit Amal PAS dan agensi keselamatan lain atas kejayaan mereka untuk mengawal himpunan. Beliau turut memuji disiplin dan maruah rakyat yang ditunjukkan ketika perhimpunan.
“Saya turut menyatakan ada pihak polis yang telah melaksanakan tugas dengan berhati-hati dan amanah. Tapi ada sebilangan yang mendapat memo berlainan daripada pihak atasan. Mereka adalah kejam dan bertindak seperti samseng melakukan kecederaan maksimum pada para hadirin yang sudahpun berundur.
"Terdapat juga beberapa ketika yang mereka sengaja memprovokasi rakyat. Mereka bertindak tanpa undang-undang,” kata Ambiga.
Walaupun media perdana cuba menayangkan sebaliknya, Ambiga berkata kebenaran akan muncul kerana segala bukti akan timbul.
“Dan Suhakam mesti mengadakan satu inkuiri awam untuk menyiasat keganasan yang paling teruk dilakukan pihak berkuasa terhadap rakyat Malaysia,” kata beliau.
Ambiga turut menyenaraikan beberapa persoalan untuk dijawab pihak berkuasa.
1. Siapa yang memberikan arahan untuk bertindak keras terhadap peserta demo sebegitu rupa?
2. Siapakah pegawai dalam baju Bersih di dalam himpunan?
3. Siapakah mereka yang berbaju biru tanpa nombor identiti dan nama pada uniform?
4. Adakah benar ramai orang yang dibawa masuk ke himpunan untuk menimbulkan kekacauan. Jika benar, siapa bawa mereka?
5. Bagaimana anda menerangkan sikap polis yang berbeza sebelum dan selepas gas pemedih mata dilepaskan. Apakah arahan yang diberi?
6. Mengapakah kerajaan melalui media perdana tidak sanggup untuk memberikan gambaran menyeluruh insiden?
“Jika Bersih 2.0 perlu menjawab banyak persoalan, maka pihak kerajaan juga mempunyai banyak soalan yang perlu dijawab,” tegas Ambiga.
Membalas tuduhan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Bersih 2.0 telah mungkir janji dalam memastikan perhimpunan awam, Ambiga menjawab tidak.
“Hari itu, polis yang ditugaskan dengan amanah untuk menjaga kita, mengkhianati kita dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang sukakan keamanan,” tegas beliau.
Mengenai insiden benteng Dataran Merdeka diceroboh, Ambiga berkata walaupun Bersih 2.0 melihat perintah mahkamah tersebut tidak sah, tapi gabungan menuntut pilihanraya bersih dan adil telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan melepasi benteng polis Dataran Merdeka.
“Terlalu banyak perkara yang berlaku di insiden tersebut… kita akan memberikan komen selepas semua bukti dikemukakan,” kata beliau.
Isnin lali, Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali menafikan tuduhan bahawa mereka memberikan isyarat kepada peserta demo untuk menceroboh benteng Dataran Merdeka.
TANAH MERAH: Sehingga kini hampir 24,000 warga emas yang meninggal dunia di Kelantan menerima pampasan daripada Takaful Kifaalah Sdn Bhd yang berjumlah lebih RM46 juta.
Skim kebajikan untuk warga emas tersebut dilancarkan pada 2006 di mana pada tahun pertama sebanyak RM12.9 juta dibayar membabitkan kematian seramai 5,195 warga emas.
Manakala pada tahun kedua pula pampasan dibayar sebanyak RM13.2 juta melibatkan seramai 5,264 warga emas yang meninggal dunia.
Keluarga peserta juga bukan sekadar menerima cek pampasan sebaliknya turut diadakan tahlil perdana yang bermula 30 April lalu di Masjid Kampung Peria, Dun Manek Urai.
Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie berkata, program tahlil perdana dan penyampaian cek kepada wasi (keluarga) akan diadakan di seluruh kawasan parlimen di Kelantan, yang dijangka berakhir 31 Mei ini.
Katanya, program berkenaan yang bermula selepas Asar diadakan jamuan rakyat, kemudian kuliah agama selepas Maghrib, tahlil dan penyampaian cek kepada wasi.
“Keluarga warga emas yang meninggal dunia dijemput menghadiri program berkenaan bagi menerima cek, menyertai tahlil dan menikmati jamuan yang diadakan,” katanya di sini semalam.
Program berkenaan diadakan di Masjid Tepi Sungai, program bermula selepas Asar. Selepas solat Maghrib diadakan kuliah agama disampaikan imam masjid terbabit, Mohd Nor Said. Selepas itu diadakan sembahyang hajat.
Selepas solat Isya’ diadakan majlis penyampaian cek kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia.
Hadir sama Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa. Setiap wasi menerima cek berjumlah RM1,000.
Sementara itu, seorang penerima Mohd Soffi Mat Nor dari Kampung Sat melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mewujudkan skim berkenaan.
Seorang peguam, Muhamad Faizal Che Yusoff berkata, perintah yang diperolehi secara sebelah pihak tersebut melanggar prinsip asas undang-undang iaitu hak untuk didengar.
“Pihak penganjur himpunan aman Bersih 3.0 langsung tidak berpeluang untuk membantah atau membalas apa yang dilakukan polis,” katanya di sini.
Menurutnya tindakan polis mendapatkan perintah pada hari Khamis jam 8.30 malam dan diumumkan pada keesokan harinya seolah-olah membelakangkan hak penganjur untuk kemuka hujah di mahkamah.
Pada perintah tersebut polis mengumumkan kawasan yang dilarang meliputi Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab bermula tengah malam Jumaat hinggalah pagi 1 Mei.
“Apakah inilah caranya pemerintah yang cakna kepada rakyat menangani hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman,” ujarnya.
Beliau yang juga seorang aktivis hak asasi berkata, penafian hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman terus dizahirkan pasukan polis dalam pelbagai insiden yang berlaku sepanjang himpunan Bersih 3.0 berlangsung.
Katanya, apa yang dapat disimpulkan pasukan pemerhati Majlis Peguam, polis hanya menyerlahkan tindakan yang langsung tidak menunjukkan profesional.
Malah kata beliau himpunan 28 April lalu memberi ruang satu penilaian dibuat sejauh manakah Malaysia menghargai undang-undang dan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan selama ini.
Sedangkan katanya, demokrasi berparlimen di Malaysia meletakkan rakyat untuk akur kepada prinsip-prinsip asas yang digalurkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perlembagaan Persekutuan dilulus oleh parlimen yang menjadi tunggak kepada sistem demokrasi, rakyat menerima dengan penuh tanggungjawab.
“Antara jaminan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk hak untuk bersuara dan hak untuk berhimpun,” tambahnya.
Laporan lucah: Mana suara ulama Umno
Harakahdaily, | 02 Mei 2012 |
Terbaru laporan yang dipaparkan di muka hadapan akhbar itu menyiarkan fitnah gambar aksi lucah lelaki yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
"DPPM mempersoalkan ke manakah perginya suara para ulamak dalam Umno dan para mufti yang hanya diam membatu melihat media melakukan kemungkaran secara terang-terangan?
"Mereka sepatutnya bangkit membantah tindakan keji seperti ini. Sudahlah menayangkan video lucah di hadapan rakyat, membuat pula fitnah yang mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat," tegas Ketua Penerangan DPMM Riduan Mohd Nor.
Menurut Riduan, media Umno menjadi hilang pedoman dan integriti apabila sanggup menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ dengan menyiarkan babak lucah ini tanpa sedar ia ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur.
Mereka juga kata Riduan sanggup menghalalkan perkara yang haram oleh agama demi kepentingan politik pihak mereka.
"Pengedaran gambar lucah yang terbaru menunjukkan bahawa Umno sudah ketandusan isu dan kontang idea dalam menghadapi kemaraan rakyat, khususnya pasca Bersih 3.0 yang memperlihatkan ratusan ribu rakyat berhimpun di ibu kota.
"Tindakan jijik ini menandakan akan berakhirnya riwayat politik Umno yang terpaksa berpaut pada apa sahaja demi memastikan survival hidup mereka, hatta terpaksa mengorbankan nilai kemanusiaan dan kehormatan diri," katanya.
Hari ini dalam sejarah: PM guna tandas ini
Harakahdaily, | 02 Mei 2012 |
(Penyataan pada tandas yang digunakan oleh PM. Ia dibuat oleh BN Pasir Puteh)
PASIR PUTEH: Mungkin kerana terlalu ingin membodek, maka berlakulah dengan apa yang berlaku ini.
Ia berlaku di Pasir Puteh, Kelantan apabila sebuah tandas telah direkodkan sebagai bersejarah hanya kerana ia telah digunakan oleh Perdana Menteri.
Menurut satu laman, Ohtidak.com, mereka sendiri tak tahu nak cakap apa sampai tandas yang PM gunakan turut dijadikan sebgai tempat bersejarah.
Ini pertama kali kami lihat kes seperti ini dan nampak taksub sangat pun ye juga ni, kata laman itu.
"Tapi mestilah bangga klau PM gunakan tandas di tempat kita kan?
"Bukan senang nak jumpa seorang insan bernama Datuk Srri Najib Tun Abdul Razak," tulis laporan dalam laman itu.
Ingat 250,000 mahu PRU adil – Ambiga
Harakahdaily, | 02 Mei 2012 |
(Ratusan ribu rakyat yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil)
KUALA LUMPUR: Di sebalik keganasan yang berlaku, satu fakta yang tidak boleh dilupakan untuk Bersih 3.0 ialah 250,000 rakyat telah berani tampil untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bebas, kata Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan.
“Mereka adalah yang muda dan tua – rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Mereka datang daripada Lembah Klang, ada juga yang datang daripada Sabah dan Sarawak.
"Mereka hadir walaupun diberi amaran oleh kerajaan, pengangkutan yang serba kurang dan sekatan jalan raya untuk menghalang mereka,” kata Ambiga dalam satu kenyataan.
Selain itu, katanya beribu orang turut berhimpun di seluruh negara dan lebih daripada 80 bandar di seluruh dunia.
“Ini adalah gambaran benar rakyat Malaysia. Mereka adalah gambaran niat dan cita-cita rakyat Malaysia. Tiada manipulasi politik, penyelewengan fakta oleh media perdana atau dakwaan bahawa himpunan tersebut telah dirampas (hijack) akan mengubah hakikat tersebut. Ahli politik daripada kedua-dua belah boleh tidak mengendahkan hakikat ini atas risiko sendiri,” tambah beliau.
Di dalam demokrasi yang lebih maju di mana hak untuk berhimpun secara aman dihormati, kata Ambiga, tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan adalah terletak di bahu penganjur dan penguatkuasa.
“Namun (di Bersih 3.0), pihak penguatkuasa meletakkan tanggungjawab ini sepenuhnya pada Bersih 2.0. Kita telah melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin sehinggalah polis menembak gas pemedih mata.
"Apabila itu berlaku, tanggungjawab itu beralih kepada polis untuk mengawal situasi yang mereka mulakan. Tanggungjawab itu adalah pada mereka. Ia adalah fakta segala keganasan hanya berlaku selepas gas pemedih mata ditembak,” kata Ambiga.
Unit Amal PAS
Ambiga turut memuji Unit Amal PAS dan agensi keselamatan lain atas kejayaan mereka untuk mengawal himpunan. Beliau turut memuji disiplin dan maruah rakyat yang ditunjukkan ketika perhimpunan.
“Saya turut menyatakan ada pihak polis yang telah melaksanakan tugas dengan berhati-hati dan amanah. Tapi ada sebilangan yang mendapat memo berlainan daripada pihak atasan. Mereka adalah kejam dan bertindak seperti samseng melakukan kecederaan maksimum pada para hadirin yang sudahpun berundur.
"Terdapat juga beberapa ketika yang mereka sengaja memprovokasi rakyat. Mereka bertindak tanpa undang-undang,” kata Ambiga.
Walaupun media perdana cuba menayangkan sebaliknya, Ambiga berkata kebenaran akan muncul kerana segala bukti akan timbul.
“Dan Suhakam mesti mengadakan satu inkuiri awam untuk menyiasat keganasan yang paling teruk dilakukan pihak berkuasa terhadap rakyat Malaysia,” kata beliau.
Ambiga turut menyenaraikan beberapa persoalan untuk dijawab pihak berkuasa.
1. Siapa yang memberikan arahan untuk bertindak keras terhadap peserta demo sebegitu rupa?
2. Siapakah pegawai dalam baju Bersih di dalam himpunan?
3. Siapakah mereka yang berbaju biru tanpa nombor identiti dan nama pada uniform?
4. Adakah benar ramai orang yang dibawa masuk ke himpunan untuk menimbulkan kekacauan. Jika benar, siapa bawa mereka?
5. Bagaimana anda menerangkan sikap polis yang berbeza sebelum dan selepas gas pemedih mata dilepaskan. Apakah arahan yang diberi?
6. Mengapakah kerajaan melalui media perdana tidak sanggup untuk memberikan gambaran menyeluruh insiden?
“Jika Bersih 2.0 perlu menjawab banyak persoalan, maka pihak kerajaan juga mempunyai banyak soalan yang perlu dijawab,” tegas Ambiga.
Membalas tuduhan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Bersih 2.0 telah mungkir janji dalam memastikan perhimpunan awam, Ambiga menjawab tidak.
“Hari itu, polis yang ditugaskan dengan amanah untuk menjaga kita, mengkhianati kita dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang sukakan keamanan,” tegas beliau.
Mengenai insiden benteng Dataran Merdeka diceroboh, Ambiga berkata walaupun Bersih 2.0 melihat perintah mahkamah tersebut tidak sah, tapi gabungan menuntut pilihanraya bersih dan adil telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan melepasi benteng polis Dataran Merdeka.
“Terlalu banyak perkara yang berlaku di insiden tersebut… kita akan memberikan komen selepas semua bukti dikemukakan,” kata beliau.
Isnin lali, Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali menafikan tuduhan bahawa mereka memberikan isyarat kepada peserta demo untuk menceroboh benteng Dataran Merdeka.
24,000 waris warga emas terima manfaat takaful
M Zin, | 02 Mei 2012 |
TANAH MERAH: Sehingga kini hampir 24,000 warga emas yang meninggal dunia di Kelantan menerima pampasan daripada Takaful Kifaalah Sdn Bhd yang berjumlah lebih RM46 juta.
Skim kebajikan untuk warga emas tersebut dilancarkan pada 2006 di mana pada tahun pertama sebanyak RM12.9 juta dibayar membabitkan kematian seramai 5,195 warga emas.
Manakala pada tahun kedua pula pampasan dibayar sebanyak RM13.2 juta melibatkan seramai 5,264 warga emas yang meninggal dunia.
Keluarga peserta juga bukan sekadar menerima cek pampasan sebaliknya turut diadakan tahlil perdana yang bermula 30 April lalu di Masjid Kampung Peria, Dun Manek Urai.
Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie berkata, program tahlil perdana dan penyampaian cek kepada wasi (keluarga) akan diadakan di seluruh kawasan parlimen di Kelantan, yang dijangka berakhir 31 Mei ini.
Katanya, program berkenaan yang bermula selepas Asar diadakan jamuan rakyat, kemudian kuliah agama selepas Maghrib, tahlil dan penyampaian cek kepada wasi.
“Keluarga warga emas yang meninggal dunia dijemput menghadiri program berkenaan bagi menerima cek, menyertai tahlil dan menikmati jamuan yang diadakan,” katanya di sini semalam.
Program berkenaan diadakan di Masjid Tepi Sungai, program bermula selepas Asar. Selepas solat Maghrib diadakan kuliah agama disampaikan imam masjid terbabit, Mohd Nor Said. Selepas itu diadakan sembahyang hajat.
Selepas solat Isya’ diadakan majlis penyampaian cek kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia.
Hadir sama Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa. Setiap wasi menerima cek berjumlah RM1,000.
Sementara itu, seorang penerima Mohd Soffi Mat Nor dari Kampung Sat melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mewujudkan skim berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan