Khamis, 3 Mei 2012

MEMPERTAHANKAN KUASA KERANA INGIN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN..KOMESIN SERTA UNTUNG ATAS ANGIN...

Aksi polis realisasi Akta Himpunan Aman 2011

Salmiyah Harun, 02 Mei 2012

(Gambar hiasan....di mana Hishamudin ketika Bersih 3.0 berjalan)

KUALA LUMPUR: Insiden keganasan polis di dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 Sabtu lalu akhirnya merealisasikan apa yang terkandung dalam Akta Himpunan Aman 2011.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, apa yang berlaku dalam Himpunan Bersih 3.0 lalu membuktikan akta itu tidak memberi jaminan terhadap keselamatan awam.

"Hakikatnya, roh dan semangat keganasan polis dijelmakan dalam Akta Himpunan Aman itu," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan, katanya keganasan polis pada Bersih 3.0 ini berkali ganda daripada apa yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan Bersih sebelum ini.

"Adalah sangat tepat tindakan kita sebelum ini, apabila kita lawan habis habisan terhadap pelaksanaan akta ini," kata Salahudin (gambar).

Katanya, apa yang berlaku di dalam himpunan itu cukup menyedihkan apabila keselamatan orang awam tidak lagi dilindungi sebaliknya orang awam menjadi mangsa kerakusan pihak polis.

"Di mana hak dan jaminan orang awam? Bukankah kerajaan memberi jaminan mengatakan orang awam akan dilindungi dalam akta itu. Tetapi sebaliknya pula terjadi dalam Bersih 3.0," katanya.

Justeru, katanya Akta Himpunan Aman yang kononnya mahu menjaga keamanan awam akhirnya memberi kredit kepada polis untuk bertindak.

"Ianya sekadar bersifat kosmetik sebaliknya pengisian itu tidak menyebelahi awam," katanya.

November 2011, kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi memberi hak kepada rakyat untuk menganjur dan menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata.

Akta ini juga memberi kuasa kepada polis untuk mengeluarkan arahan bersurai menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya sesuatu perhimpunan itu menyalahi peraturan.

Akta baru itu turut dengan tegas menyatakan seseorang penganjur akan didapati bersalah sekiranya menganjurkan perhimpunan di mana-mana kawasan larangan dalam jarak 50 meter had tempat larangan.

Gambar lucah Azmin untuk hancur PKR

Mohd Sayuti Omar, 02 Mei 2012
Sekali lagi akhbar penyambung lidah syaitan yang juga terdesak kerana jangka hayatnya semakin menirus dan bakal hangus kerana bapak tirinya juga sedang nazak, menyambung agenda fitnah mereka dengan mendedahkan foto skandal seks melibatkan pemimpin parti pembangkang.
Azmin Ali
Kali ini yang jadi mangsanya Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Laporan ini (fitnah) adalah kerja cemar dan kotor mereka dari kalangan anak cucu Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal. Kali ini digambarkan Azmin berfoya-foya dengan seorang gadis di dalam jamban tahi. Nampaknya pemiftnah ini sudah kehabisan sampai sanggup masuk melakukan adegn itu sampai ke jamban tahi. Semua orang boleh nilai sejauh mana cerdik atau bersihnya orang yang melakonkannya.

Beberapa keping gambar memaparkan 'wajah' Azmin. Tetapi malangnya gambar itu dalam bentuk mering (kabur) dan tidak menjelaskan muka sebenarnya.

Kalau gambar lelaki itu Azmin kenapa ianya tidak memaparkan muka secara jelas, kenapa harus dimiring dan dikaburkan. Tektik ini tektik lama yang kambing tiada akal pun sukar untuk mempercayai, apa lagi orang yang waras dan bermoral akan menolaknya.

Berita itu dipetik dari blog upahan Umno. Kepada akhbar itu pendedahan skandal itu tidak akan berjaya mempengaruhi kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sambutan. Sebaliknya pendedahan bersifat fitnah itu menjadikan PKR dan Pakatan Rakyat akan mendapat simpati. Pendedahan gambar itu samalah nilainya dengan penyeksaan pihak polis ke atas peserta Bersih menyebabkan ia memberi simpati kepada PKR dan kebencian kepada Umno. Ianya hodoh.

Wajah Azmin di dalam kedua-dua gambar itu tidak jelas dan kabur. Hanya warna baju dipakai Azmin saja dijadikan bukti kononnya lelaki itu Azmin. Bukti dan cara pembikinannya tidak profesional langsung.

Naif sangat bukti yang dinyatakan atau ditunjukkan oleh individu yang berniat hendak menghancurkan kerjaya politik Azmin.

Percayalah apa saja ditonjolkan itu tidak menjadi butir gatal pun kepada Azmin dan juga penyokong Pakatan Rakyat. Perkara fitnah seperti itu sudah pun biasa dan menjadi mainan yang tidak sedikitpun dirasakan bersalah oleh orang melakukannya. Saya juga percaya fitnah itu tidak mengugatkan dan mengendurkan semangat Azmin malah ia semakin tambah menyemarakkan jihadnya. Simpati dan sokongan juga akan bertambah. Di sini tidak bijak askar upahan atau ahli propagada Umno dalam melancarkan sesuatu fitnah ke atas pimpinan PKR kerana dapat dibaca awal oleh orang raamai.

Kalau yang mendedah (fitnah) itu dan juga yang menyambungnya muslim dan beragama (tidak kira agama apa) mereka tidak akan sanggup berbuat demikian. Tetapi kerana mereka tidak beragama, atau pun agama hanya dengan kata-kata bukan iktikad di hati... dia boleh melakukan apa saja asalkan cita-citanya tercapai. Jadi pendedahan itu hanya sia-sia saja kerana orang sudah tahu siapa mereka.

Kepada Azmin janganlah cemas kerana tujuan mereka berbuat begitu ingin mengganggui fokus anda kepada perjuangan untuk menumbangkan Umno. Mereka (si pembuat fitnah itu) tahu kekuatan Pakatan Rakyat khasnya PKR kini terletak ditangan anda sebagai timbalan presiden. Walhal banyak lagi skandal benar mengenai pemimpin Umno tetapi kenapa mereka tidak menyentuhnya?

Selepas mereka gagal menghancurkan kejaya politik Anwar, kini mereka akan beralih kepada Azmin pula. Mereka akan melanyak dan moraliskan Azmin. Tidak mustahil selepas pemimpin tertinggi PKR termasuk Nurul Izzah, Shamsul Iskandar Md Akin dan lain-lain akan difitnah dan diperlakukan seperti biasa dengan niat dan tujuan sama.

Saranan yang disuruh oleh perempuan bermuka bulat dahi tinggi dan mulut luas juga agar Azmin bersumpah dan bertaubat, tidak perlu dan jangan dipedulikan. Tidak ada guna kalau pun Azmin bersumpah kerana sumpah hanya untuk orang beriman saja. Kalau seseorang itu tidak beriman, mereka tidak akan mempercayai dan akur dengan sumpah.

Tentang perempuan bermuka bulat dan dahi laus itu sepatutnya dia dulu membuat pengakuan ikhlas menafikan yang dia pernah ditiduri lelaki di luar negara beberapa kali dengan sedikit upah.  Penafian yang dibuat perempuan itu kononnya dia tidak ditidur tidak begitu kuat. Mungkin kalau keadaan memerlukan gambar perempuan itu sedang ditiduri akan dipublishkan dengan izin.

Jikalau pihak di sebelah sini hendak bermain jahat gambar perempuan yang lagak Islam dan solehah itu gambar beliau dengan lelaki yang menidurinya juga boleh direkacipta untuk memburukkan dirinya. Tetapi di sebelah sini tidak akan berbuat kerja-kerja politik jahat, kotor dan cemar serta tidak bermaruah begitu kerana itu bukan budaya dan stail mereka. Pemimpin PKR masih mempunyai integriti dan yang busuk semuanya sudah melompat keluar dan mereka kini bersekongkol dengan wanita berdahi luas dan mulut besar yang belenja itu. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Bersih 3.0: Usaha Najib pulih imej berkecai

Harakahdaily, 02 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 2 Mei: Tindakan ganas polis terhadap orang awam terutama para wartawan menjadikan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien amat tercalar teruk.
“Sukar bagi PM untuk menjawab dengan masyarakat antarabangsa yang mempersoalkan tindakan kerajaannya terhadap rakyat mereka sendiri.

“Amat payah bagi PM menafikan keganasan polis oleh mangsa yang mendakwanya, kerana semua itu telah dirakamkan,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor.

Tambahnya, ternyata percaturan mereka dalam menguruskan Bersih 3.0 telah silap dan tersimpang jauh dari matlamatnya.

Sehubungan itu, ujarnya DPPM menganggap tindakan kerajaan yang melayan peserta Himpunan Bersih 3.0 dengan kasar sebagai silap strategi.

Bagi DPPM, menurutnya PDRM telah menggagalkan semua hasrat Perdana Menteri yang mahu memulihkan imejnya di mata rakyat tetapi berkecai dalam sekelip mata semasa mengendalikan Bersih 3.0.

Di atas kertas, kata beliau strategi mereka mahu menjadikan Bersih 3.0 sebagai gambaran keganasan orang awam terhadap pihak polis.

“Dengan imej polis yang dipukul orang awam, kereta polis yang diterbalikkan, motor polis trafik yang dirosakkan, serta peralatan polis yang dirampas pada peringkat awalnya seolah-olah perancangan mereka berjaya.

“Namun demikian, mereka lupa bahawa para wartawan juga berada di tempat kejadian dan mereka merakam setiap insiden keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap orang awam,” tegasnya.

Bahkan, kata Riduan lebih mendukacitakan pula, para wartawan pula dipukul, dicederakan, ditahan dan peralatan mereka dirampas sehingga beberapa orang wartawan terpaksa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Menurutnya lagi, mungkin pegawai tinggi PDRM lupa berpesan kepada anggota yang bertugas supaya tidak mengambil tindakan kasar terhadap para wartawan.

Katanya, mereka juga lupa memberi arahan supaya tidak memukul peserta di hadapan para wartawan.

Yang lebih utama, ujarnya mereka tidak sangka bahawa para wartawan yang dicederakan itu adalah daripada media antarabangsa walaupun media utama negara memaparkan kebaikan dan professionalisme polis dalam mengendalikan Bersih.

“Rakyat yang tidak tahu mungkin boleh ditipu dengan cerita versi mereka sahaja,” ujarnya.

Namun, kata Riduan mereka tidak boleh sembunyikan cerita sebenar dan rakaman video oleh wartawan media antarabangsa mengenai keganasan polis terhadap rakyatnya sendiri.

PAS Ampangan tiada kaitan dengan banner Jati

Faiz Abdullah, 02 Mei 2012
SEREMBAN: PAS cawangan Ampangan menafikan mereka terlibat dengan program pelancaran NGO Jati peringkat Negeri Sembilan yang dijadual diadakan di Surau Al-Mustofa (Surau Hitam) di sini esok.

Penafian itu dibuat oleh Setiausahanya Cikgu Hassan Mohd Taha hari ini ekoran kain rentang program itu yang turut mengaitkan namanya sebagai penganjur.

"Ini satu fitnah terhadap diri saya dan cuba untuk menjatuhkan maruah saya," katanya yang juga AJK Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.

Surau Hitam sejak sekian lama terkenal dengan port PAS ekoran kedudukannya bersebelahan dengan markas PAS cawangan itu.

Program ceramah-ceramah PAS di Ampangan juga kebiasaannya akan dibuat di sini.

Bagaimanapun banyak pihak sangsi dengan kain rentang kononnya pelancaran NGO Jati yang diterajui bekas Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali juga akan dibuat disitu.

Lebih menghairankan, pada kain rentang itu meletakkan nama Cikgu Hassan Mohd Taha yang sangat dikenali di kawasan itu.

Sehubungan itu menurut Hassan, beliau akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dalam masa terdekat.

KAMI anjur konvensyen akses media PRU-13

Hazayani Zakaria, 02 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) akan mengadakan Konvensyen Mengenai Akses Media Dalam PRU ke-13 pada 12 Mei ini di Nouvelle Hotel, Seri Kembangan.

Ketua Sekretariat KAMI, Hayatul Kamil Termudi berkata, konvensyen tersebut bersempena Hari Kebebasan Media Sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun.

Ia juga sebagai langkah awal untuk menghimpun pengamal media independen atau yang bekerja dengan badan-badan media cetak atau siaran.

Bertemakan memartabat Malaysia menjadi negara mesra media, adil dan bebas, konvensyen tersebut bertujuan menghimpun pengamal media independan dan profesional bagi mengumpul cadangan dan pandangan mereka.

Selain itu ia juga bagi mendengar pandangan dan pengalaman pakar, pengamal media dan tokoh masyarakat makna sebenar media adil dan bebas.

"KAMI mengharapkan media adil dan bebas yang boleh diakses oleh semua pihak dalam PRU 13 adalah peluang untuk membuktikan malaysia adalah sebuah negara demokratik," kata beliau pada sidang media di jalan Pahang, dekat sini hari ini.

Antara ahli panel yang dijangka akan menyampaikan buah fikiran ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifududdin Abdullah dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Resolusi konvensyen tersebut akan dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab khususnya Kementerian Penerangan dan Komunikasi.

Konvensyen tersebut juga sebagai tanda bantahan terhadap tindkan polis yang menghalang petugas media menjalankan tugas dengan bebas sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Kecam pukul wartawan

Tegasnya, KAMI mengecam kekasaran polis terhadap petugas media yang membuat liputan pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

"KAMI membantah keras tindakan keras polis terhadap pengamal media yang menjalankan tugas mereka walaupun perhimpunan tersebut pada mulanya aman," kata beliau pada sidang media di pejabat Harakah, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, KAMI sangat kesal terhadap jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa merampas bahan atau rakaman pengamal media terdapat dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) polis.

Namun jawapan tersebut tidak selari dengan jawapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

"Jawapan menteri sangat dikesali. Adakah kerana tak ada jawapan lain maka dia memberi jawapan itu?

"Nampak sangat KDN celaru dalam memberi jawapan sedangkan ketua polis negara ia tidak ada dalam SOP polis. Nampak sangat mereka tidak mempunyai SOP yang teratur," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KAMI akan turut serta dalam demonstrasi membantah kekasaran polis terhadap pentugas media di hadapan pejabat Malaysiakini esok.

"KAMI akan turun memberi sokongan kepada pengamal media esok," katanya.

Kontrak KUIS: Syarikat Umno untung atas angin

Mohd Rafizi Ramli, 02 Mei 2012
Ekoran polemik mengenai pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma yang dibuat KEADILAN dan Pakatan Rakyat, ada pihak yang cuba menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kononnya supaya yuran pengajian dihapuskan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri.

Hari ini, KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan memberi contoh bagaimana penyelewengan dan ketamakan pimpinan Umno yang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan yang dibawa Umno menjadi punca yuran pengajian yang tinggi dan membebankan pelajar.

Salah sebuah institusi utama yang dimiliki Kerajaan Selangor adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Pada tahun 2007, sebuah syarikat bernama Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) telah dianugerahkan kontrak untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS. Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo menetapkan bahawa RRSB akan diberikan konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS.

RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak, seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang. Beliau memiliki saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB, sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.

Tiada ulasan: