Muslimat bakar Utusan simbolik tolak fitnah lucah
Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir, | 04 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Kelantan hari ini membakar beberapa naskah akhbar Utusan Malaysia sebagai simbolik mengajak rakyat menolak akhbar itu yang sering membuat laporan lucah dan fitnah.
Ianya dibuat selepas selesai Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan ke-39, di perkarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini.
Program itu turut disertai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan.
Tindakan membakar akhbar milik Umno itu dibuat selepas Ketua Ameerah Kelantan Ilvira Mohd Dhasuki mengemukakan usul tergempar yang kemudiannya diluluskan dalam muktamar itu.
Ilvira ketika membentangkan usul itu memberitahu, Utusan telah banyak menabur fitnah dan tidak mempamerkan akhbar yang mampu mendidik minda rakyat.
Zailah ketika ditemui selepas itu pula memberitahu tindakan membakar akhbar berkenaan sebagai memberi mesej kepada rakyat agar menolak akhbar penabur fitnah dan tidak bermoral itu.
Sebelum ini akhbar itu katanya pernah diboikot ekoran laporan karikatur yang menghina hukum hudud.
“Terbaru kes Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan terbabit dalam kes seks telah menyiarkan gambar lucah palsu untuk memburukkan imej Azmin dan PKR,”ujarnya.
Katanya, seharusnya perkara itu tidak berlaku terhadap sebuah akhbar yang didakwa sebagai akhbar arus perdana.
Suhakam: Tembak gas di KL Sentral tak sesuai
Nazri Abdullah, | 04 Mei 2012 |
Orang ramai yang terperangkap di laluan bawah KL Sentral akibat serangan gas pemedih mata FRU.
KUALA LUMPUR: Panel Siasatan Suhakam hari ini mendakwa tembakan gas pemedih mata oleh polis di KL Sentral pada himpunan Bersih 2.0 juga tidak bersesuaian dengan keadaan dan faktor lokasi.
"Tempat menunggu bas tersebut adalah separuh tertutup dan akses untuk peserta-peserta himpunan bersurai secara teratur dan selamat adalah terbatas di mana hanya terdapat satu tangga dan satu eskalator untuk keluar dari ruang ini.
"Panel mendapati bahawa tembakan gas pemedih mata telah dilepaskan oleh PDRM dari dua arah yang bertentangan dan ini telah menimbulkan kemungkinan kecederaan atau kematian terhadap peserta perhimpunan yang berada di kawasan berkenaan," laporan siasatan itu dipetik.
Laporan siasatan itu turut dibaca kepada media pada sidang akhbar di pejabat Suhakam di sini tengahari tadi.
Sidang media itu dikendalikan Pengerusi Panel Prof Datuk Dr. Khaw Lake Tee yang juga Timbalan Pengerusi Suhakam dan dua ahli panel lain iaitu Prof Datuk Dr Mahnood Zuhdi Abd Majid dan Detta Anak Samen.
Sementara itu, panel siasatan turut mengesyorkan pihak polis agar tidak menggunakan sebarang senjata yang berisiko terhadap keselamatan orang ramai di dalam mahupun di sekitar kawasan awam.
Ianya termasuk, hospital, sekolah, tempat-tempat ibadah dan tempat-tempat dikategorikan sebagai kawasan awam yang lain.
Syor itu dibuat merujuk kepada tindakan pihak polis menembak meriam air dan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Shin (HTS) dan Hospital Bersalin Cina (HBC) pada himpunan Bersih 2.0 Julai tahun lalu.
"Panel berpendapat bahawa walaupun tiada bukti dikemukakan bahawa gas pemedih mata dilepaskan ke dalam perkarangan HTS, gas pemedih mata yang dilepaskan di sekitar jalan pudu berkemungkinan memasuki HTS.
"Panel juga berpendapat bahawa tembakan meriam air dan gas pemedih mata telah dilepaskan dari kedua arah bertentangan dan ini menyebabkan peserta perhimpunan tersepit dan mengalami kesukaran untuk bersurai,' katanya.
Anak alu-alukan 'durian runtuh' Najib
Mazlan Aliman, | 04 Mei 2012 |
Mewakili
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), saya mengalu-alukan
pengumuman 'Durian Runtuh' oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Mei ini di
Felda Jengka 8, Pahang.
Meskipun sebelum ini PM menyebut jumlahnya boleh menyebabkan peneroka 'tersandar dalam kejutan'; tetapi apabila dimaklumkan jumlahnya kepada saya, ianya tidak memeranjatkan.
Saya mendapat maklumat dari sumber yang sangat dipercayai, jumlah 'durian runtuh' tersebut sekitar RM15,000 sahaja. Seluruh peneroka Felda seramai 112,635 orang akan memperolehinya. Soal dimana PM mendapatkan sumber kewangan tersebut, ia faktor lain. Yang pasti, janji mesti ditepati.
Selaras dengan kenyataan ini, penyebaran puluhan ribu risalah dan ribuan kain2 rentang seluruh 317 Tanah Rancangan Felda kononnya ANAK menolak 'durian runtuh' adalah tidak benar samasekali. Ini perang saraf pihak lawan untuk melaga-lagakan ANAK dengan warga Felda agar timbul suasana tidak harmoni dalam masyarakat. Apa hak ANAK untuk menghasut peneroka jangan terima 'Durian runtuh'?
Walaupun ia di umum PM, tapi ia duit peneroka. Kenapa harus ditolak?
Yang ditentang oleh ANAK adalah penyenaraian Felda Global Venture Holding di Bursa Malaysia dan pengeluaran Borang Pinjaman Saham oleh 7 buah Bank iaitu Maybank, CIMB, OCBC, BIMB, Bank Muamalat, Affin Bank dan Ambank. Ia berbeza dengan 'Durian Runtuh'.
Hakikatnya, pemberian 'Durian runtuh' adalah isyarat kejayaan perjuangan ANAK dan Pakatan Rakyat dalam isu-isu penting di Felda. Isu Kadar Perahan Gred, Wang Tanam Semula, penyelenggaraan kebun, nasib generasi Kedua dan Kos Tanam Semula yang diperjuangkan telah memberi tekanan kuat pada Kerajaan. Tindakan saman tanpa henti kepada Felda barangkali menggusarkan Kerajaan BN yang selama ini menganggap pengundi Felda adalah 'Simpanan Tetap' mereka.
PM mulai takut dengan gelombang di Felda. 54 kawasan parlimen Felda pada PRU 12, hanya 4 sahaja iaitu Sik, Pendang, Padang Terap dan Baling yang di menangi pembangkang. Apakah senario ini dijangka berubah pada PRU 13?
Justeru bagi ANAK, RM15 ribu'Durian Runtuh' kalaupun dapat lepas 8 Mei ini; masih terlalu kecil. Ia tidak padan dengan riuh rendah dan gegak gempita yang berkumandang di sana sini. Patutnya RM30 ribu seorang peneroka mengikut logik ANAK.
Pada masa yang sama, ANAK akan menganjurkan Himpunan Perdana Perisytiharan Tawaran Istimewa buat Generasi Kedua Felda pada 6 Mei ini di Dataran Jengka 20 mulai 9.00 malam. Ia merupakan lanjutan daripada resolusi Konvensyen Halatuju Felda 22 April lalu. Tawaran ini khusus buat Generasi Kedua yang ketika ini kehidupan mereka terawang-awang. Beberapa tokoh utama negara akan hadir. Seluruh Warga Felda dijemput hadir.
ANAK juga telah menghantar surat resmi kepada PM untuk bertemu bagi menyerahkan resolusi Konvensyen Halatuju Felda. Adalah diharapkan kesudian PM untuk bertemu dengan Jawatankuasa Gerakan Selamatkan Felda yang ketika ini menaungi 30 Ngo berkaitan.
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah berjaya berjalan sejauh 7 kilometer sekitar Bandar Kota Bharu sempena program ‘Walk Whith Me 2012’ yang bermula selepas solat Asar semalam.
(Sultan Kelantan [tengah depan] berjalan kaki 7 KM di Kota Bharu semalam)
Baginda berkenan berjalan kaki bersama peserta kenamaan dan pimpinan selepas majlis pelepasan dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira 6.05 petang.
Terdahulu baginda membuat pelepasan untuk peserta 40 tahun ke bawah.
Turut bersama baginda hampir 30,000 peserta lain yang terdiri dari pemimpin kerabat D’Raja Kelantan, kerajaan negeri, Persekutuan, individu serta pelajar sekolah pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di negeri itu.
Program ini semakin mendapat sambutan selepas kejayaannya yang mula diadakan pada tahun lalu yang dianjurkan Persatuan Kerabat Di Raja Al Muhammadi.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohammad, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain pimpinan negeri dan Persekutuan.

Sultan Kelantan jalan kaki 7 Km
Rizal Tahir, | 04 Mei 2012 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan