Media diarah jangan lapor keganasan polis?
Adakah
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan
arahan kepada pengarang media sehari sebelum BERSIH 3.0 supaya tidak
melaporkan kejadian melibatkan keganasan polis?Naib presiden PKR N Surendran yang membangkitkan persoalan itu mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa arahan tersebut ada dikeluarkan.
"Sekiranya ini benar, ini akan menjejaskan kebebasan media dan mempersoalkan niat kerajaan untuk menambahbaik Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," kata Surendran.
Menjelang Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Jumaat ini, kerajaan menerima kritikan pelbagai pihak atas tindakan ganas polis dan juga intimidasi ke atas wartawan yang membuat liputan ke atas perhimpunan BERSIH 3.0.
Surendran mendakwa mempunyai bukti bahawa arahan untuk menggangu, menghalang dan menahan wartawan yang membuat liputan itu dikeluarkan di peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri.
"Sehari sebelum BERSIH 3.0, Hishammuddin mengarahkan semua ketua pengarang akhbar harian supaya mengadap beliau.
"Dia situ, kita difahamkan, pengarang diberi arahan bagaimana untuk melaporkan berita perhimpunan BERSIH dan juga untuk mengelak daripada melaporkan keganasan polis.
NUJ: J/k bebas perlu siasatan dakwaan serangan polis
Kesatuan
Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) menggesa supaya siasatan
ke atas dakwaan serangan polis terhadap wartawan yang membuat liputan
perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu dijalankan jawatankuasa bebas dan
bukannya pasukan polis.Presidennya, Chin Sung Chew dalam satu kenyataan hari ini berkata siasatan harus dijalankan badan bebas kerana tuduhan itu serius dan melibatkan tindakan polis melakukan keganasan ke atas petugas media.
"Ianya jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta bertentangan dengan hak wartawan untuk melakukan tugas dalam susana dan persekitaraan aman.
"Biarlah jawatankuasa tersebut memanggil anggota polis yang terlibat dan para wartawan dan jurugambar untuk memberi keterangan supaya orang ramai akhirnya mengetahui apa yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0," katanya.
Beliau juga mengesyorkan supaya jawatankuasa bebas itu dianggotai sekurang-kurangnya oleh seorang hakim yang bersara, bekas presiden Majlis Peguam dan juga ahli akademik yang pakar dalam undang-undang kewartawanan.
Nizar kata tiada niat heret ATM ke kancah politik
Bekas
menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau
tidak berniat mengheret Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke kancah
politik melalui dakwaan bahawa perdana menteri mengadakan pertemuan
dengan pegawai kanan pasukan itu berhubung pilihan raya.
Jelasnya, beliau membangkitkan perkara itu dalam ceramahnya supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengesahkan atau menafikan perkara itu supaya ia tidak menjadi khabar angin semata-mata.
"Saya tidak mengheret ATM ke politik kepartian tetapi sekadar memuliakan ATM agar berpegang kepada Perlembagaan dan bersifat profesional.
"Adalah dalam konteks ini saya bertanya agar perkhabaran mengenai ATM dan PM mesti dijelaskan," kata timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu.
Mengulas lanjut, Nizar berkata beliau juga mahu ATM lebih berwaspada agar tidak sama terlibat dalam kancah politik kepartian seperti yang didakwanya pernah berlaku di negeri Perak.
Ahli parlimen Bukit Gantang itu dalam satu ceramahnya pada 22 April lalu mendakwa Najib menemui pegawai tertinggi ATM dan meminta mereka berbuat sesuatu jika BN tewas dalam pilihan raya akan datang.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Angkatan Tentera Malaysia yang bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Mohammad Nizar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap pasukan keselamatan.
Susulan dakwaan itu, Nizar kini disiasat mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan selepas enam laporan polis dibuat terhadap beliau.
Pada ketika itu, beliau hanya mampu duduk di atas sebuah jambatan pejalan kaki dan tidak menyertai peserta lain di Dataran Merdeka kerana polis membuat sekatan di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi.
Berikut gambaran sikapnya:
Saya dilarang
ke Masjid Negara
melalui jejantas
Pasar Seni.
Makanya, saya terus
Duduk Bantah di situ.
Jelas tampaknya
taring siasah sudah
mula mencengkam
leher agama.
Dalam tulisannya sehari selepas itu, Samad turut merakam detik cemas dalam pertentangan kumpulan penyokong BERSIH 3.0 dan juga penguasa yang mengawal Dataran Merdeka:
Di pihak sebelah sana,
polis ada, askar ada,
juga pancutan air bisa,
selain bom gas bahaya,
malah helikopter juga.
Di pihak sini pula
yang sedia ada hanyalah
jersi kuning serta doa.
Jelasnya, beliau membangkitkan perkara itu dalam ceramahnya supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengesahkan atau menafikan perkara itu supaya ia tidak menjadi khabar angin semata-mata.
"Saya tidak mengheret ATM ke politik kepartian tetapi sekadar memuliakan ATM agar berpegang kepada Perlembagaan dan bersifat profesional.
"Adalah dalam konteks ini saya bertanya agar perkhabaran mengenai ATM dan PM mesti dijelaskan," kata timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu.
Mengulas lanjut, Nizar berkata beliau juga mahu ATM lebih berwaspada agar tidak sama terlibat dalam kancah politik kepartian seperti yang didakwanya pernah berlaku di negeri Perak.
Ahli parlimen Bukit Gantang itu dalam satu ceramahnya pada 22 April lalu mendakwa Najib menemui pegawai tertinggi ATM dan meminta mereka berbuat sesuatu jika BN tewas dalam pilihan raya akan datang.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Angkatan Tentera Malaysia yang bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Mohammad Nizar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap pasukan keselamatan.
Susulan dakwaan itu, Nizar kini disiasat mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan selepas enam laporan polis dibuat terhadap beliau.
Pak Samad rakam kehampaan dalam puisi
Pengerusi
bersama BERSIH, Datuk A Samad Said sekadar mampu menyatakan
kekecewaannya melalui bait puisi kerana dihalang polis daripada melalui
satu jalan ketika perhimpunan Sabtu lalu.
Dalam tulisannya di Facebook, beliau juga hampa kerana tidak
dibenarkan melalui jalan tersebut untuk pergi menunaikan solat Zohor di
Masjid Negara.Pada ketika itu, beliau hanya mampu duduk di atas sebuah jambatan pejalan kaki dan tidak menyertai peserta lain di Dataran Merdeka kerana polis membuat sekatan di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi.
Berikut gambaran sikapnya:
Saya dilarang
ke Masjid Negara
melalui jejantas
Pasar Seni.
Makanya, saya terus
Duduk Bantah di situ.
Jelas tampaknya
taring siasah sudah
mula mencengkam
leher agama.
Dalam tulisannya sehari selepas itu, Samad turut merakam detik cemas dalam pertentangan kumpulan penyokong BERSIH 3.0 dan juga penguasa yang mengawal Dataran Merdeka:
Di pihak sebelah sana,
polis ada, askar ada,
juga pancutan air bisa,
selain bom gas bahaya,
malah helikopter juga.
Di pihak sini pula
yang sedia ada hanyalah
jersi kuning serta doa.
Rakyat boleh dibelasah kerana mahu jaga Dataran?
Nahar Md Nor, | 01 Mei 2012 |
Perhimpunan
Duduk Bantah – Bersih 3.0 ternyata telah berjaya mencapai matlamatnya.
Mesej dan tuntutan yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil telah
disampaikan dengan jelas dengan berkumpulnya lebih 250,000 orang
penyokong pada 28 April 2012 yang lalu. Rakyat telah berkumpul di
tempat-tempat yang telah ditentukan oleh pihak penganjur. Mereka
kemudiannya bergerak menuju ke Dataran Merdeka.
Pergerakan menuju ke Dataran Merdeka berjalan lancar dan dilakukan bagai sebuah pesta. Ada yang memukul gendang, ada yang bernyanyi dan ada yang membawa pelbagai kain rentang dan poster yang mempamerkan tuntutan agar pilihanraya dilaksanakan dengan besih dan adil.
Perhimpunan Bersih 3.0 tersebut telah dihadiri oleh rakyat dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang; Melayu, Cina, India serta pelbagai bangsa lain. Tua dan muda, lelaki dan wanita tidak ketinggalan. Mereka juga terdiri dari pelbagai fahaman politik dan ada di kalangan mereka adalah merupakan rakyat biasa yang cintakan keadilan dan kebenaran. Ternyata seruan ke arah pilihanraya yang adil dan bersih telah merentas batas kaum, agama dan fahaman politik.
Perhimpunan telah berjalan secara aman dan penuh disiplin sehinggalah ada pihak yang merempuh masuk ke Dataran Merdeka. Apabila ini berlaku pihak polis mula bertindak dengan menyimbah air berasid dan menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai. Ini diikuti dengan tindakan-tindakan polis yang ganas yang mengejar para peserta perhimpunan tersebut dan membelasah mereka. Terdapat banyak klip video di youtube yang boleh disaksikan yang menunjukkan betapa ganasnya pasukan polis membelasah peserta perhimpunan.
Persoalannya kenapa pihak polis bertindak begitu ganas kepada para peserta perhimpunan? Adakah kerana terdapat sebahagian daripada peserta yang telah membolosi dan memasuki Dataran Merdeka yang telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh mahkamah?
Namun jika kita teliti, hampir semua tindakan-tindakan polis yang membelasah para peserta himpunan telah dilakukan di luar Dataran Merdeka. Malah kita hampir pasti mereka yang dibelasah ini pun kebanyakannya tidak menjejakkan kaki mereka di Dataran Merdeka pada hari tersebut. Ini adalah kerana jumlah peserta perhimpunan yang memasuki Dataran Merdeka amatlah sedikit dan itupun terdapat pandangan yang mengatakan bahawa sebahagiannya merupakan anggota keselamatan yang menyamar sebagai peserta perhimpunan yang telah mencetuskan provokasi.
Selain daripada itu, daripada laporan-laporan yang diterima, ada peserta perhimpunan yang dipukul ketika mereka sedang makan malam di restoran-restoran sekitar Masjid Jamek dan Masjid India sekitar pukul 7.00 hingga 7.30 malam; lama selepas semua peserta bersurai.
Kenapa tanah sekangkang kera yang dinamakan Dataran Merdeka itu dijadikan isu yang besar oleh pihak kerajaan dan polis? Bukankah Dataran Merdeka itu merupakan tempat berkumpul semua rakyat jelata? Tidakkah semua rakyat jelata berhak untuk berhimpun di situ? Kenapakah ia perlu dijadikan isu sehingga satu perintah mahkamah khusus perlu diambil bagi menghalang peserta Bersih 3.0 berhimpun di situ?
Malah, kalau benar Dataran Merdeka sahaja merupakan kawasan larangan, kenapa pula polis membelasah perserta himpunan yang berada di luar Dataran Merdeka?
Selain daripada itu, wajarkah kerana mempertahankan Dataran Merdeka, rakyat dibelasah sehingga setengah mati?
Inilah persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh pihak polis dan pihak kerajaan. Kita menuntut penjelasan daripada mereka.
Penulis merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan salah seorang perserta Bersih 3.0.
IKRAM merupakan anggota gabungan Bersih 2.0.

Polis ganas apabila pemimpin BN zalim
Nik Nasri Nik Malek, | 01 Mei 2012 |
Bersama
ratusan ribu rakyat, saya berada di celah-celah lautan manusia menuju
ke tempat perhimpunan Bersih 3 berdekatan Dataran Merdeka. Kami datang
dari jauh dan dari seluruh pelosok tanahair bukan untuk merusuh,
mengganas, memukul dan menendang dan membuat huru-hara. Kami datang
dengan satu niat mahu memberitahu kerajaan zalim BN bahawa kami mahukan
pilihanraya yang adil dan bersih, yang terkandung dalam 8 tuntutan.
Regim BN hanya memekakkan telinga sedangkan mereka mempunyai peluang untuk membuktikan kesungguhan dan ketelusan berpilihanraya melalui suara majoriti dalam parlimen. Namun, persidangan Parlimen dan apa-apa yang diluluskan dalam Parlimen itu kelihatan hanya memburukkan sangkaan terhadap regim BN. Lantas, di antara cara mengingatkan BN tentang kesombongan ini ialah melalui perhimpunan aman Bersih 3.0.
Betapa Bersih 3.0 ini sememangnya mahukan keamanan boleh dilihat dalam artikel-artikel dalam harakah sebelum Bersih 3.0 yang mahukan rakyat turun ke Bersih 3.0 dengan aman, facebook Presiden PAS yang dicatat pada 24 April 2012: ‘Sekali lagi saya ingin mengesahkan insya Allah saya akan bersama sama di dalam Himpuan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini, saya juga menyeru kepada semua ahli untuk sama berhimpun pada tarikh dan lokasi tersebut, berhimpun dengan penuh kedamaian.’, juga ucapan Dr Syed Azman (dengan kehadiran bersama Salahudin Ayub, Dr Hatta dan lain-lain) yang saya dengar di hadapan Pejabat Agung PAS sebelum kami berjalan menuju ke Dataran Merdeka supaya berjalan dengan baik, mendengar arahan dan jangan membuat perkara di luar arahan pemimpin.
Perkara ini diperkukuh dengan penegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bahawa ahli PAS diajar dengan disiplin yang tinggi. Ini juga yang saya lihat berlaku sepanjang perarakan tersebut. Penuh harmoni, ceria walaupun dalam keadaan agak panas mentari. Cina, Melayu, India dan bangsa lain bersama-sama menyatakan hasrat mahukan pilihanraya adil dan bersih.
Utusan dan TV1,2,3 silap besar apabila menggambarkan Bersih 3.0 itu ganas. Kepala para editor dan ketua pengarangnya dan rakan media yang selubuk dengannya yang dimasuki air itu rupanya masih berda pada tahun 60an. Mereka menyangka rakyat semuanya bodoh seperti mereka mahu menelan apa yang dibohong dan disembunyikan. Ratusan rakaman dalam youtube menjadi saksi kepada kezaliman sebuah regim di bawah pemimpin BN.
Tendang, terajang, dera, pukul. Inikah SOP PDRM? Saya tahu bahawa ada anggota polis yang baik. Namun, sebahagian anggota muda (mung lulus dok SPM?) inilah barangkali yang agresif membaham rakyat yang tidak bersenjata dan lemah ini. Saya hanya mahu ingatkan anda bahawa Allah Maha Adil. Kezaliman yang dibuat tetap ada balasannya, kalau tidak di dunia tentunya di akhirat.
Dalam keadaan polis yang bertugas dengan penuh ‘dedikasi’, pemimpin BN sedang leka mengaut untung harta negara yang ‘dikasi oleh daddy’.
Kalau ada Umar bin Abdul Aziz, serigala dan kambing boleh berkawan. Tetapi apabila pemimpinnya adalah BN, rakyat dan polis diajak berlawan.
Penulis ialah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan