Ahli perniagaan mati ditikam anak sendiri
1 Mei 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, remaja berusia 15 tahun itu dikatakan menikam bapanya dalam sebuah bilik dengan menggunakan dua pisau.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, buat masa ini polis masih menjalankan siasatan.
Bagaimanapun motif pembunuhan remaja berkenaan dipercayai kerana marah dengan tindakan bapanya yang selalu bergaduh dan memukul ibunya.
“Suspek sendiri membuat laporan, kononnya menjumpai bapanya di rumah, mati dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.
Mahathir: Tidak mungkin polis rosakkan harta sendiri
30 April 2012
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya polis tidak akan bertindak merosakkan harta benda sendiri seperti yang didakwa pembangkang pada perhimpunan yang bertukar ganas Sabtu lepas.
"Saya tak tahu sama ada anda nak percaya atau tidak... saya tengok orang terbalikkan kereta (polis) dan mereka tidak kelihatan seperti anggota polis.
"Bagi saya mereka nampak macam penunjuk perasaan...lagipun kenapa polis nak terbalikkan kereta sendiri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Dr Mahathir yang ditemui pada pelancaran buku "A Doctor in The House: Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" versi bahasa Melayu diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa keganasan pada perhimpunan itu dicetuskan oleh polis.
Pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu, seramai 13 anggota polis cedera akibat tindakan ganas peserta perhimpunan yang
dijanjikan aman oleh penganjur.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir juga berkata tindakan merempuh halangan polis oleh peserta perhimpunan itu adalah modus operandi pembangkang.
Katanya ketua pembangkang mempunyai reputasi menghasut rakyat sebelum melarikan diri agar tidak dipersalahkan rakyat. – Bernama
Bersih 3.0: FB pemimpin Umno cetus kontroversi
30 April 2012
Maklumat diperoleh dari laman sosial Facebook menunjkkan Zaharin menulis yang beliau mengenali anggota polis yang terlibat sebagai peserta dengan memakai kemeja-T berwarna kuning.
Tulisan beliau mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian ahli Umno dan pemblog pro-Umno, yang mengecam tindakannya sebagai tidak berpatutan dan tidak wajar.
Kata mereka, tindakan Zaharin mensabotaj parti dan mahu tindakan diambil.
Dalam tulisan reaksi balas tengah malam tadi, sejurus selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Zaharin mendakwa mereka yang mengkritik beliau telah "makan umpan saya" dan "cukup kuat melatah."
"Suka juga saya baca komen dalam FB tulisan dalam 'wall' saya fasal saya katakan ada polis berpakai kemeja-T Bersih dalam kumpulan gerombolan demonstran.
"Umpan saya dimakan. tiba-tiba saya jadi glamour... dan ini memberikan gambaran cara fikir kita belum lagi sampai ke tahap cukup matang... dan yang peliknya unit media baru Umno pun ikut sama bodoh. kesimpulannya orang di Malaysia ni tak kira Melayu, Cina dan India.. cukup kuat melatah," kata Setiausaha BN Bandar Tun Razak.
Maklumat diperoleh Sinar Harian Online menunjukkan Zaharin digugurkan sebagai Setiausaha Umno Bahagian tahun lalu.
Dalam tulisan pertama Sabtu lalu, Zaharin berkata, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi."
"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.
"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.
Seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu."
Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih."
"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin.
Tulisan itu mendapat teguran seorang lagi pengunjung pada hari berkenaan, antara lain menyebut, "Saudaraku Zaharin, ini rahsia negara, jangan lah 'posting direct', kasihan nanti, kena belasah."
"Rahsia... rahsia tuu, kenyit-kenyit mata udah ler... takyah cakap kat sini, ternyata mereka tu sume ikut-ikut je, b..d..h," kata pengunjung laman Zaharin, yang bernama Nora Nordin.
Tindakan Zaharin itu dikecam hebat oleh pemblog-pemblog pro-Umno menerusi Twitter.
"#BERSIH3 - Zaharin May Yasin - ini bajingan yang mahu meranapkan Umno/BN!!," kata Twitter atas akaun @untimediabaru yang dipautkan dengan blog 1peluru.blogspot.com
Blog itu antara lain menulis:
"Tiada bukti sahih tentang apa yang bajingan ini perkatakan di laman Facebooknya, tapi inilah 'senjata' paling ampuh yang digunakan oleh beruk-beruk BerSHIT untuk 'mempertahankan diri' selepas kekacauan teruk yang mereka lakukan dalam demonstrasi semalam memandangkan statement bodoh ini dikeluarkan oleh salah seorang pimpinan Umno (Bahagian Bandar Tun Razak)...'
Blog itu turut membawa foto menunjukkan Zaharin memakai topi Bersih berwarna kuning dan kad kecil berkenaan protes Duduk Bantah.
Rasa marah ke atas Zaharin juga dilahirkan oleh pemegang akaun @riorashid yang menulis kepimpinan parti harus mengambil tindakan ke atas beliau.
Dia menulis "hapuskan parasit ini DS @NajibRazak."
Zaharin juga menulis bahawa bahawa lelaki yang memijak anggota polis itu kebetulan memakai gelang getah kuning tetapi dia bukan polis.
"Puak Bersih pergi spin akhirnya tipah tertipu... saya berjaya," katanya.
Ekoran kritikan terus-menerus, Zaharin menambah, "sebahagiannya akan saya jadikan tesis politik saya... dalam perang saraf strategi."
Malam tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno berkata, pihak polis akan mendedahkan rakaman video mengenai perhimpunan Bersih 3.0 untuk penilaian rakyat.
Mengulas perkara itu, Zaharin berkata, MT Umno mengambil keputusan meminta pihak polis manayangkan gambar video dan foto perusuh yang membuat onar masa demontrasi antkerajaan oleh Bersih.
"Masa itu boleh tahu. Adakah terdapat polis yang menyamar dalam kumpulan demonstrasi itu yang melakukan provokasi dan memulakan... setiap seorang akan dicari. Jika puak-puak Bersih ada maklumat, ada polis menyamar di lokasi berlaku rusuhkan sila buat aduan di mana-mana balai polis," katanya lagi.
Kontroversi ini muncul ketika penganjur Bersih 3.0 dan pemimpin-pemimpin PR khususnya Pas menafikan pihaknya menjadi punca insiden ganas di ibu negara kelmarin.
Ketegasan itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di ibu negara semasa dan Naib Presidennya, Salahuddin Ayub di Ipoh semalam.
Salahuddin mempelawa kerajaan membentuk sebuah suruhanjaya bagi menyiasat perkara itu.
Pengerusi Bersama Bersih 3.0. Datuk S. Ambiga mahu Suhakam menyiasat perkembangan semalam bagi mengetahui siapa yang menjadi punca kepada insiden ganas.
Senator Australia: Provokasi polis punca insiden ganas
1 Mei 2012
Senator Nick Xenophon dari Australia juga berpendapat terdapat laporan berat sebelah mengenai perhimpunan itu oleh media arus perdana.
“Kita lihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Kuching, tetapi laporan mengenainya lebih utama berbanding perhimpunan itu yang merupakan ekspresi politik terbesar di Malaysia,” katanya pada sidang media semalam.
Xenophon dan enam lagi pemerhati dari Indonesia, India, Pakistan, Filipina, Jerman dan Australia turut serta dalam perhimpunan Bersih 3.0, tiba di Kuala Lumpur pada 25 April lalu.
Mereka termasuk penulis buku Indonesia, Dr Mohamad Nasir Tamara Tamimi; Dr Clinton Fernandes dari Australia; Dekan Amado Valdez dari Filipina dan Juliane Schmucker dari Jerman.
Kumpulan itu bertemu dengan wakil-wakil Kerajaan Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya, Kerajaan pemerintah Barisan Nasional, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) serta Majlis Peguam.
Dalam sidang media itu juga, salah seorang pemerhati dari Editor Times India, MJ Akbar berkata, peserta perhimpunan sebenarnya dalam mood perayaan.
“Orang ramai mempunyai masa yang cukup untuk menghidupkan keganasan jika mereka mahu. Tetapi disebabkan mood perayaan berlakunya provokasi,” katanya.
Walau bagaimanapun, Akbar berkata bahawa demokrasi memerlukan kebebasan daripada rasa takut dan kebebasan berhimpun.
“Adalah malang bahawa beberapa suara percaya bahawa negara ini mahu melaksanakan keharmonian tanpa demokrasi. Saya percaya Malaysia berhak demokrasi,” katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi pemerhati, Senator Bizenjo dari Pakistan terkejut apabila pengangkutan awam ke Kuala Lumpur telah dihentikan sementara sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung.
“Di negara-negara lain pengangkutan disediakan bagi orang-orang untuk menghadiri perhimpunan. Saya dimaklumkan oleh beberapa orang mereka terpaksa berjalan kaki 20 kilometer untuk menghadiri perhimpunan tersebut,” katanya.
Ahli kumpulan itu juga mengisytiharkan mereka bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, walaupun mereka telah dijemput oleh Anwar.
Pemuda mahu Bersih diharamkan
1 Mei 2012
Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru, Khaled Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan mengharamkan Perhimpunan Bersih kerana ia tidak bersesuaian dan lari dari matlamat asal.
Menurutnya, pihaknya juga mahukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tegas dan bertindak lebih keras supaya Perhimpunan Bersih diharamkan di negara ini.
“Kita tidak mahu lagi dengar ada Perhimpunan Bersih 4.0 dan seterusnya selepas ini kerana ia hanya menimbulkan kacau-bilau yang berunsurkan keganasan kepada negara,” katanya, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan