Mat Sabu cedera akibat pelanggaran dengan kereta polis
Nazri Abdullah, | 04 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Panel Siasatan Suhakam merumuskan
kecederaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada himpunan Bersih 2.0
Julai tahun lalu adalah disebabkan pelanggaran dengan kenderaan polis.
Ianya berdasarkan keterangan beberapa saksi termasuk tiga orang doktor yang merawat Mohamad yang dipanggil memberi keterangan kepada panel itu.
"Panel berpendapat, kecederaan W6 (Mohamad Sabu) berpunca daripada pelanggaran dengan kenderaan PDRM," laporan siasatan itu dipetik.
Laporan siasatan itu turut dibaca kepada media pada sidang akhbar di pejabat Suhakam di sini tengahari tadi.
Sidang media itu dikendalikan Pengerusi Panel Prof Datuk Dr. Khaw Lake Tee yang juga Timbalan Pengerusi Suhakam dan dua ahli panel lain iaitu Prof Datuk Dr Mahnood Zuhdi Abd Majid dan Detta Anak Samen.
Dalam penemuan mereka, Suhakam bersetuju dengan pandangan doktor-doktor tersebut bahawa tiada kesan kotoran seperti pasir atau tanah pada bahagian cedera.
Kesemua mereka juga berpendapat ianya mungkin akibat pelanggaran dengan permukaan keras.
Walau bagaimanapun menurut panel tersebut, tiada sebarang bukti konklusif bagaimana cara pelanggaran berlaku sama ada kenderaan polis melanggar Mohamad atau Mohamad sendiri melanggar kereta polis.
Dalam laporan itu panel turut mengesyorkan pihak polis agar mengutamakan hak asasi dan keselamatan anggota mahupun individu yang hendak ditahan.
"Satu garis panduan haruslah diwujudkan oleh PDRM mengenai cara-cara yang boleh digunakan oleh anggota dalam melakukan tangkapan," kata panel itu.
Dalam pelanggaran tersebut pada 9 Julai tahun lalu, Mat Sabu yang membonceng motosikal cedera di lutut kanannya cedera dan terpaksa dibedah ekoran ligamennya koyak.
(Laporan Utusan yang mendakwa Pakatan hina raja)
SHAH ALAM: PAS mengesyaki tulisan seorang doktor kononnya anggota Parlimen pembangkang menghina raja-raja Melayu semasa Majlis Pertabalan Yang Dipertuan Agong hanya rekaan semata-mata.
Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang berada bersama-sama anggota Parlimen Pakatan Rakyat menceritakan apa yang ditulis oleh blogger berkenaan yang dikemudiannya dipetik akhbar Umno, Utusan tidak lojik langsung.
Khalid berkata demikian melalui tulisan terbarunya dalam blog beliau.
"Ada yang masih cuba mengadu domba dengan mengada-adakan cerita kononnya Ahli Parlimen PR tidak menghormati Sultan-Sultan Melayu dan Agong semasa majlis pertabalan tempoh hari.
"Ingin saya ulangi di sini, bahawa saya berada di situ, tidak jauh dari YB Azmin dan YB Tian Chua, tetapi saya tidak dengar apa yang kononnya dikatakan sesama mereka atau apa yang kononnya dikatakan Azmin kepada saya sehingga menyebabkan saya tersenyum lebar.
"Bagi saya ianya cerita dongeng rekaan golongan yang kehabisan modal," tulis Khalid (gambar).
Pada masa yang sama, tulis beliau, ada beberapa kenyataan yang membuat dia menganggap orang yang menuduh sebenarnya tidak hadir pada hari itu!
Sekadar membuat tuduhan yang berniat jahat, dakwa Khalid.
Di antara kenyataan-kenyataan yang menimbulkan kesangsian Khalid adalah seperti berikut:
"Pertama, beliau mengatakan bahawa beliau duduk di depan barisan ahli Parlimen Pembangkang. Hakikatnya tiada barisan untuk Ahli Parlimen pembangkang, sebaliknya kami duduk berselang-seli dengan Ahli Parlimen BN! Yang jelas YB Tian Chua duduk di hadapan barisan YB Azmin.
"YB Azmin pula duduk di sebelah YB Mohd Zin BN Sepang. Sepertimana juga YB Dr Siti Mariah yang duduk di belakang barisan YB Azmin. Di sebelah beliau adalah YB Tajuddin BN Pasir Salak. Dalam keadaan sebegitu tidak mungkin apa yang dituduh benar-benar berlaku lebih-lebih lagi apabila maklumat yang diberikan oleh si pelapor jelas tidak betul," tulis beliau.
Kedua, dikatakan bahawa Azmin menyebut bahawa Sultan Kelantan berjalan terlalu pantas dan tidak terkejar Tuan Guru Nik Aziz.
"Kononnya mendengar komen tersebut, saya tersenyum lebar. Pertama saya tidak dengar pun sesiapa mengeluarkan kata-kata sebegitu.
"Kedua, saya memang sentiasa senyum dan senyuman saya memang lebar!
"Ketiga, dan ini lebih penting, Sultan Kelantan tidak masuk diiringi Menteri Besarnya pada hari itu, maka tidak timbul persoalan TG Nik Aziz perlu mengejar Baginda Sultan!" tulis Khalid.
Menurut Khalid, inilah yang menyebabkan beliau merasa sangsi samada Doktor berkenaan benar-benar hadir atau hanya satu cerita yang direka.
"Walau apa pun, bagi saya, ini semua adalah bukti bahawa UMNO sudah ketandusan modal sehingga terpaksa mengada-adakan cerita dogeng," ujarnya.

Khalid syak tulisan Pakatan hina raja hanya rekaan
Harakahdaily, | 04 Mei 2012 |

Pelajar dicari kerana kecam polis dalam facebook
Harakahdaily, | 04 Mei 2012 |
KLANG: Khalid Ismath adalah pelajar undang-undang Universiti Teknologi Mara.
Bersama dengan ibunya, Faridah Abdul, Khalid menyertai perhimnpunan Bersih 3.0 untuk melihat bagaimana perhimpunan itu berjalan.
(Polis bercakap dengan Ismath [kanan] meminta anaknya dihantar ke balai polis)
Sebagai pelajar undang-undang beliau juga ingin melihat sendiri bagaimana proses undang-undang berjalan di negara ini.
Namun, Khalid terkejut besar, apabila perhimpunan yang asalnya aman bertukar ganas dan huru hara apabila pihak polis menembak gas pemedih mata ke atas lebih 200,000 orang yang berhimpun di perkarangan Dataran Merdeka.
Bagi Khalid, mereka tidak bersalah kerana yang dilarang oleh mahkamah adalah berhimpun di dalam kawasan Dataran Merdeka yang dipagar.
Ekoran tembakan gas pemedih mata dan semburan air berkimia dari Water Canon polis menyebabkan ibunya, Faridah, cedera parah akibat dipijak orang ramai yang bertempiaran menyelamatkan diri.
Faridah terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Ibu Khalid terpaksa bermalam selama lima hari di hospital kerana cedera di kepala itu agak parah.
Selepas lima hari di HKL, ibunya baru boleh dibawa keluar. Itupun atas permintaan bapanya, Ismath Habib Mohamad dengan alasan akan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Klang yang lebih dekat dengan rumahnya yang terletak di Kelang.
Kerana marah, sebagai anak muda, macam-macam diluahkan Khalid dalam facebooknya. Semua kemarahannya dihamburkan ke arah polis yang disifatkan beliau sebagai ganas dan tidak wajar.
Bagi beliau, peserta perhimpunan tidak bersalah kerana beliau dan ibunya berhimpun di luar dari kawasan yang diharamkan oleh pihak mahkamah.
Ekoran itu, pagi ini 4 Mei, empat orang anggota polis dari Cawangan Khas IPK Kelang datang ke rumahnya untuk menangkap Khalid.
Polis bertemu dengan ayahnya, Ismath Habib yang kebetulan ada di rumah. Khalid tidak ada dirumah ketika itu.
"Bagi saya anak saya tidak salah. Apa yang dia tulis dalam facebooknya hanya rasa amarah anak muda yang melihat kecederaan parah yang dialami ibunya yang terlantar di hospital," kata Ismath kepada Harakahdaily.
Bagaimanapun, memandangkan anaknya adalah pelajar undang-undang, Ismath akan berbincang dengan anaknya itu sebelum mengambil apa-apa tindakan.
Menurut beliau, polis meminta beliau menghantar anaknya ke mana-mana balai polis untuk diambil kenyataannya.

Keganasan polis tidak gentarkan anak muda
Mohd Sayuti Omar, | 04 Mei 2012 |
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama 70 NGO di
bawah kendalian anak-anak muda dari berbagai-bagai lapisan anak muda
Malaysia akan mengadakan pameran bergerak menayangkan video dan
mempamirkan pelbagai bentuk gambar-gambar keganasan polis semasa
menyuraikan himpunan Bersih 3.0 minggu lalu.
Perkara ini dinyatakan oleh ketua SAMM, Badrul Hisham Sharin atau dikenali dengan Che GuBadr malam tadi dalam majlis ringkas perkisahan beliau dan teman-teman yang menjadi mangsa keganasan dan kedurjanaan polis semasa di rumah Anwar Ibrahim.
"Kita berharap pameran ini akan memberi gambaran jelas apa yang berlaku pada himpunan Bersih 3.0 lalu mengenai tindakan ganas polis," katanya.
Dalam pengkisan ringkasan mengenai senario Bersih dan tindakan ganas polis, Badrul mencerita polis telah melakukan para perserta sebagai mangsa mereka tanpa ada belas kesian. Polis akan membelasah mana-mana para peserta secara beramai-ramai. "Keadaanya macam di dalam hutan rimba di mana polis bertindak semacam haiwan liar kelaparan yang menerkam mangsa," tegasnya.
Beliau sendiri ditendang, ditumbuk beramai-ramai oleh anggota polis, sampai berdarah hidung dan keluar air dari telinga. "Saya tidak dapat bebruat apa-apa dalam keadaan begitu selain diam dan meminta maaf agar jangan diperlakukan demikian.... namun permohonan dan rayuan saya tidak dipedulikan," ceritanya lagi.
Paling tidak bermoral polis yang dilakukan ke atas Badrul sambil membelasah wang beliau juga RM200 dirampas (curi) polis. "Saya dengar setelah selesai membelasah dan mencuri duit saya mereka gelak beramai-ramai.
Sambil membelasahnya juga polis mengeluar kata-kata kesat dan menghina dirinya dan juga diri Anwar Ibrahim dengan mengatakan, ini orang kuat Anwar bontot. (Cis kepada polis ini).
Malam tadi selain Badrul tiga orang rakannya yang turut menjadi mangsa polis turut mengisahkan nasib pada himpunan itu. Shafik yang pertama kali menyertai Bersih atas kemahuannya sendiri bersumpah dia tidak akan menyokong Umno lagi dan sebaliknya akan menentang parti yang dianggap durjana kerana mengarah polis berlaku sadis.
"Walaupun inilah kali pertima saya menyertai demonstrasi dan saya dibelasah ia tidak akan memeritkan saya, apa yang berlaku itu menjadikan saya akan turun di mana saja demonstrasi untuk menjatuhkan Umno. Umno kena jatuhkan sebab ia sebuah parti jahat," katanya tanpa menggambarkan kegerunan.
Tegas Badrul lagi himpunan Bersih 3.0 adalah sejarah bagi anak-anak muda. "Saya melihat himpunan Bersih 3.0 menunjukkan kebangkitan anak-anak muda Malaysia untuk merubah kerajaan,"
Malam tadi juga Badrul dan anak-anak muda menyatakan janji dan ikrar mereka, bahawa keganasan polis itu tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus bangkit bagi menghancurkan kezalaiman.
"Insya Allah kami tidak akan gentar bahkan apa yang berlaku itu memberi semangat kepada kami untuk terus bangkit," ujarnya disambut takbir dan tepukan gemuruh dari kira-kira 100 orang yang hadir pada setiap malam Jumaat di rumah Anwar untuk bertahlil, munajat dan solat hajat.
Anwar pula dalam memberi reaksi kepada kebangkitan anak-anak muda, Badrul dan rakan-rakannya menganggap mereka adalah hero-hero baru yang boleh disandarkan oleh rakyat. Saya ucap syabas dan tahniah atas keberanian mereka kerana menegakkan keadilan dan kebenaran. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
(Tetamu dan peserta mengaminkan doa sebelum makan)
KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayangku Intan dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil berjaya memeriahkan makan malam anjuran Pemuda PAS Titiwangsa baru-baru ini.
Ucapan kedua-dua mereka berjaya memikat hadirin dan memberikan semangat kepada 250 peserta majlis itu untuk berubah.
Dalam ucapannya, Dayangku Intan menceritakan detik perubahannya yang membawa penghijrahannya ke dunia politik Pakatan Rakyat.
Dengan penuh keinsafan beliau mengajak para tetamu dan insan lain agar bersama berubah ke arah kebaikan.
Dunia glamour yang ditempuhinya ternyata tidak mendatangkan nilai apa-apa jika jiwa tidak mampu berubah ke arah kebaikan.
Kehadiran Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir (gambar bawah), bekas Menteri Penerangan menambah serikan suasana majlis tersebut.
Beliau tampil menceritakan pengalaman lampaunya selama berpuluh tahun di dalam Umno dan akhirnya keluar darinya kerana merasakan perjuangan Umno sekarang sudah lari dari matlamat perjuangannya.
Beliau turut berkongsi pengalaman dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan merasai sendiri penderitaan rakyat berkubang asap gas pemedih mata dan air water cannon.
Majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa dibuat sempena pelancaran Dana PRU ke 13 parlimen Titiwangsa.
Majlis yang dilangsungkan pada 30 April 2012 di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dilangsungkan dengan penuh meriah.
Peramian majlis disempurnakan oleh saudara Ahmad Sabky Yusof, Penolong Setiausaha Agung PAS bagi menggantikan Haji Salahuddin Ayub yang tidak dapat menghadirkan diri saat akhir kerana mempunyai urusan parti yang lebih penting.
Simbolik angka 13 penjadi pilihan simbolik perasmian kerana itulah angka pilihanraya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Sementara itu, kehadiran tetamu dari kalangan pimpinan PAS Pusat seperti Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof - Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Saleh - AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad - Pesuruhjaya PAS WP, serta Vincent Lee dan S. Suria Narayanan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Majlis ini tidak kurangnya kehadiran daripada tokoh korporat, pegawai tinggi kerajaan serta bekas-bekas pegawai tinggi tentera.
Majlis dimulakan tepat jam 8.30 malam dengan ucapan Yang Di Pertua PAS Kawasan Titiwangsa, Mej (B) Ustaz Abdullah sebagai mukadimah bicara mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan.
Dengan tekad untuk memastikan kemenangan PAS di Parlimen Titiwangsa kekal, pihak penganjur berjanji akan menganjurkan pelbagai projek lagi selepas ini.

Anwar memuji Badul dan rakan-rakannya. |
Dalam pameran itu orang ramai
dapat menyaksikan aksi polis yang membelasah para peserta di mana aksi
dan sikap rakus polis ini tidak ditayangkan di media eletronik dan
cetak penjilat tahi. Sebaliknya apa yang mainkan oleh media massa
mengenai aksi para himpunan yang digambarkan ganas dan bertindak ke
atas polis.
Pemeran itu menurut Badrul akan
diadakan di seluruh negara, ke kampung-kampung dan desa di mana
masyarakatnya hanya menerima akses media penjilat tahi sahaja.
"Kita berharap pameran ini akan memberi gambaran jelas apa yang berlaku pada himpunan Bersih 3.0 lalu mengenai tindakan ganas polis," katanya.
Dalam pengkisan ringkasan mengenai senario Bersih dan tindakan ganas polis, Badrul mencerita polis telah melakukan para perserta sebagai mangsa mereka tanpa ada belas kesian. Polis akan membelasah mana-mana para peserta secara beramai-ramai. "Keadaanya macam di dalam hutan rimba di mana polis bertindak semacam haiwan liar kelaparan yang menerkam mangsa," tegasnya.
Beliau sendiri ditendang, ditumbuk beramai-ramai oleh anggota polis, sampai berdarah hidung dan keluar air dari telinga. "Saya tidak dapat bebruat apa-apa dalam keadaan begitu selain diam dan meminta maaf agar jangan diperlakukan demikian.... namun permohonan dan rayuan saya tidak dipedulikan," ceritanya lagi.
Paling tidak bermoral polis yang dilakukan ke atas Badrul sambil membelasah wang beliau juga RM200 dirampas (curi) polis. "Saya dengar setelah selesai membelasah dan mencuri duit saya mereka gelak beramai-ramai.
Sambil membelasahnya juga polis mengeluar kata-kata kesat dan menghina dirinya dan juga diri Anwar Ibrahim dengan mengatakan, ini orang kuat Anwar bontot. (Cis kepada polis ini).
Malam tadi selain Badrul tiga orang rakannya yang turut menjadi mangsa polis turut mengisahkan nasib pada himpunan itu. Shafik yang pertama kali menyertai Bersih atas kemahuannya sendiri bersumpah dia tidak akan menyokong Umno lagi dan sebaliknya akan menentang parti yang dianggap durjana kerana mengarah polis berlaku sadis.
"Walaupun inilah kali pertima saya menyertai demonstrasi dan saya dibelasah ia tidak akan memeritkan saya, apa yang berlaku itu menjadikan saya akan turun di mana saja demonstrasi untuk menjatuhkan Umno. Umno kena jatuhkan sebab ia sebuah parti jahat," katanya tanpa menggambarkan kegerunan.
Tegas Badrul lagi himpunan Bersih 3.0 adalah sejarah bagi anak-anak muda. "Saya melihat himpunan Bersih 3.0 menunjukkan kebangkitan anak-anak muda Malaysia untuk merubah kerajaan,"
Malam tadi juga Badrul dan anak-anak muda menyatakan janji dan ikrar mereka, bahawa keganasan polis itu tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus bangkit bagi menghancurkan kezalaiman.
"Insya Allah kami tidak akan gentar bahkan apa yang berlaku itu memberi semangat kepada kami untuk terus bangkit," ujarnya disambut takbir dan tepukan gemuruh dari kira-kira 100 orang yang hadir pada setiap malam Jumaat di rumah Anwar untuk bertahlil, munajat dan solat hajat.
Anwar pula dalam memberi reaksi kepada kebangkitan anak-anak muda, Badrul dan rakan-rakannya menganggap mereka adalah hero-hero baru yang boleh disandarkan oleh rakyat. Saya ucap syabas dan tahniah atas keberanian mereka kerana menegakkan keadilan dan kebenaran. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Dayangku Intan dan TS Kadir meriah makan malam
Harakahdaily, | 04 Mei 2012 |
(Tetamu dan peserta mengaminkan doa sebelum makan)
KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayangku Intan dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil berjaya memeriahkan makan malam anjuran Pemuda PAS Titiwangsa baru-baru ini.
Ucapan kedua-dua mereka berjaya memikat hadirin dan memberikan semangat kepada 250 peserta majlis itu untuk berubah.
Dalam ucapannya, Dayangku Intan menceritakan detik perubahannya yang membawa penghijrahannya ke dunia politik Pakatan Rakyat.
Dengan penuh keinsafan beliau mengajak para tetamu dan insan lain agar bersama berubah ke arah kebaikan.
Dunia glamour yang ditempuhinya ternyata tidak mendatangkan nilai apa-apa jika jiwa tidak mampu berubah ke arah kebaikan.
Kehadiran Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir (gambar bawah), bekas Menteri Penerangan menambah serikan suasana majlis tersebut.
Beliau tampil menceritakan pengalaman lampaunya selama berpuluh tahun di dalam Umno dan akhirnya keluar darinya kerana merasakan perjuangan Umno sekarang sudah lari dari matlamat perjuangannya.
Beliau turut berkongsi pengalaman dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan merasai sendiri penderitaan rakyat berkubang asap gas pemedih mata dan air water cannon.
Majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa dibuat sempena pelancaran Dana PRU ke 13 parlimen Titiwangsa.
Majlis yang dilangsungkan pada 30 April 2012 di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dilangsungkan dengan penuh meriah.
Peramian majlis disempurnakan oleh saudara Ahmad Sabky Yusof, Penolong Setiausaha Agung PAS bagi menggantikan Haji Salahuddin Ayub yang tidak dapat menghadirkan diri saat akhir kerana mempunyai urusan parti yang lebih penting.
Simbolik angka 13 penjadi pilihan simbolik perasmian kerana itulah angka pilihanraya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Sementara itu, kehadiran tetamu dari kalangan pimpinan PAS Pusat seperti Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof - Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Saleh - AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad - Pesuruhjaya PAS WP, serta Vincent Lee dan S. Suria Narayanan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Majlis ini tidak kurangnya kehadiran daripada tokoh korporat, pegawai tinggi kerajaan serta bekas-bekas pegawai tinggi tentera.
Majlis dimulakan tepat jam 8.30 malam dengan ucapan Yang Di Pertua PAS Kawasan Titiwangsa, Mej (B) Ustaz Abdullah sebagai mukadimah bicara mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan.
Dengan tekad untuk memastikan kemenangan PAS di Parlimen Titiwangsa kekal, pihak penganjur berjanji akan menganjurkan pelbagai projek lagi selepas ini.
Syarikat Razak Baginda di HK mencurigakan
Harakahdaily, | 04 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR:
Tinjauan Asia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong,
yang pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim
Baginda telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang
tidak diketahui punca perniagaannya.
(Abdul Razak dan isteri didakwa pemilik syarikat misteri di Hong Kong)
Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan.
Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia.
Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi.
Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao.
Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.
Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis.
Temuramah Najib
Majistret Perancis Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang dilantik ke Tribunal Paris Grande de Instance telah memberitahu hasrat mereka untuk menemuramah Najib dan orang kanannya satu ketika dulu Razak Baginda.
“Bagaimanapun peluang untuk pihak berkuasa Perancis untuk menerumah perdana menteri daripada sebuah negara berdaulat atas kes rasuah adalah sangat tipis, walaupun persoalan ini akan merumitkan pelan Najib untuk melawat Eropah pada masa depan,” tulis John, sambil menambah beliau tidak pasti samada pihak berkuasa Perancis sudah meminta bantuan daripada Hong Kong untuk membantu siasatan mereka.
Selain orang kanan Najib, Razak Baginda juga dinamakan sebagai kekasih kepada Altantuya Shariibu yang dibunuh kejam di Shah Alam pada 2006 setelah dikatakan datang menuntut komisyen daripada penjualan kapal selam yang dijanjikan kepadanya.
Di satu sidang Dewan Rakyat, telah didedahkan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd telah menerima sebanyak Euro 114 juta (RM457 juta) sebagai komisyen pembelian kapal selam daripada satu anak syarikat Thales dan DCN, Armaris.
Perimeker pada masa itu adalah satu syarikat yang dimiliki KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.
Perimekar kini dimiliki 20 peratus setiap satu oleh LTAT and Boustead Holdings.
Menurut laporan Agence France Press (AFP), siasatan akan menjurus kepada tiga kontrak untuk kapal selam bernilai € 1.2 bilion, yang telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002.
Berdasarkan dokumen, kontrak tersebut mempunyai dua bahagian. Menurut dokumen yang dikaji, kontrak yang dimeterai mempunyai dua komponen:
Pertama ialah penjualan dua kapal selam yang dibina oleh DCNS pembinaan kapal tentera laut Perancis dan Izar firma pembinaan kapal Sepanyol, € 920 juta;
Dan kedua ialah mengenai penghantaran "sokongan logistik" dari sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Bhd , bernilai € 114 juta, untuk melatih kumpulan pertama anggota TLDM seramai 200 orang.
Menurut AFP, perjanjian tersebut melibatkan komisyen RM457 juta yang dibayar ke Perimekar, kontrak C5 untuk bisnes kejuruteraan yang dimeterai pada Ogos 2000 antara DCNI, sebuah anak syarikat DCN dan Thales International Asia bernilai Euro 30 juta (RM132 juta).
Yang ketiga, ialah penjanjian rundingan yang ditandatangani pada Oktober 2000 antara Thint Asia dan Terasasi.
Menurut John, penyiasat Perancis sedang juga menyiasat satu invois yang dikeluarkan oleh Terasasi pada Ogos 2004 bernilai Euro 359,450 (RM1.44 juta) yang dihantar ke Thint Asia.
“Bagi penyiasat, perkara ini seolah-olah… menunjukkan bayaran yang dibuat ke Terasasi pada akhirnya tiba di tangan Najib, menteri pertahanan ketika itu atau Razak Baginda,” tambahnya.
Para penyiasat Perancis turut berkata Terasasi menerima bayaran daripada Thint Asia, termasuk satu bayaran berjumlah Euro 360000 (RM1.44 juta) yang disertakan dengan nota, “Razak hendakkan bayaran ini dibuat segera.”
“Tiada indikasi Razak mana yang dirujuk, Najib Razak atau Razak Baginda,” tulis beliau.
Dokumen di mahkahmah Perancis telah mendedahkan bahawa jumlah wang yang disalurkan daripada Thint Asia ke Terasasi ialah sebanyak Euro 3 juta (RM12 juta) ketika Terasasi masih di Malaysia dan Euro 33 juta (RM132 juta) tatkala ia menjadi syarikat di Hong Kong.
PETALING JAYA:
Tindakan akhbar Utusan menggunakan kaedah fitnah seks ke atas Azmin
Ali Timbalan Presiden PKR yang sedang berlaku sekarang ini adalah
gambaran nyata betapa bengkrapnya tahap moral dan maruah organisasi dan
parti yang didokongnya – Umno.
Demikian dakwa Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.
PKR juga, kata Muhamad Nor, melihat bahawa tindakan akhbar ini adalah manifestasi dari desperado dan tekanan tidak terkawal yang dihadapi Umno dalam menghadapi kebangkitan rakyat melaluiBersih 3.0 dan letusan isu rasuah RM3 bilion dalam isu pembelian scorpene yang sedang hangat diperkatakan rakyat sekarang ini.
Ia juga mengesahkan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Umno kini sedang ketandusan ahli bijak pandai dan golongan profesional sebagai penerus kepimpinan dan perjuangannya.
"Apa yang dilakukan ini, hanyalah penerusan kepada budaya tahyul, liar dan lucah yang menjadi anutan agensi tersebut yang telah diamalkan sekian lama melalui pelbagai penerbitannya," dakwa beliau.
Katanya, strategi yang sama telah pun digunakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri fitnah seksual sejak 1998 lagi, selepas gagal mencari isu lain yang bolehm enjatuhkan beliau.
Namun, usaha yang dilakukan untuk memudarkan sinar kepimpinan tokoh ini tetap gagal berterusan kerana rakyat Malaysia nyata lebih bijaksana dalam menilai hakikat dan kebenaran.
Adalah jelas, kata beliau, Umno dan semua media pendokongnya tidak mempedulikan apakah implikasinya kepada generasi muda yang masih bersih dan belum mengerti apa-apa apabila fitnah seperti ini disebarkan secara terbuka dan berleluasa.
"Keadilan berpendirian bahawa dengan melihat data peningkatan pelbagai gejala keruntuhan moral yang begitu ketara sejak dekad mutakhir ini- seperti zina, gay, lesbian, pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah–nyata sekali ia adalah kesan buruk dari gejala fitnah seksual yang diamalkan ini.
"Hakikatnya, Umno dan Utusan telah melakukan satu jenayah besar kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya dalam hal ini dan mereka perlu bertanggungjawab keatasnya," katanya.
KOTA BHARU: Biar pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sering kali datang ke Kelantan, namun ia disifatkan penganalisis politik belum mampu mengubah pendirian politik rakyat negeri ini.
Ini dibuktikan sejak pilihan raya 1995 sehingga 2008, biar pun beberapa Perdana Menteri datang menawarkan pelbagai gula-gula, namun politik berpandukan agama lebih rapat di jiwa mereka.
Malah Umno Kelantan sudah bertukar pengerusi perhubungan lima kali sejak 1990 sehingga sekarang, dan kenyataan mampu merampas Kelantan seringkali dihaburkan, namun realitinya tidak ke mana-mana.
Ketua Jabatan Sains Politik UKM, Datuk Prof Madya Dr Muhamad Agus Yusof berkata, berdasar kepada pengamatannya sukar untuk Umno mengulangi sejarah 2004 bagi merapatkan kedudukan dengan PAS.
“Biar pun nampak pelbagai strategi digunakan, aktiviti parti dilaksanakan, bagi saya amat sukar untuk Umno mahu merealisasikan hasrat menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
“Memang diakui nampak gerak kerja Umno begitu giat dilaksanakan kebelakangan dalam misi menawan Kelantan, namun ia belum cukup kuat untuk menarik sokongan majoriti rakyat,” katanya pada temubual bersama KTV di sini, baru-baru ini.
KTV merupakan web televisyen milik Unit IT PAS Kelantan kini beroperasi di Jalan Kota Darulnaim. Sehingga kini pelbagai tokoh mengisi segmen tersebut termasuk aktivis pelajar masa kini, Adam Adli. Tembual itu boleh diikuti di Youtube KTV.
Hari ini Perdana Menteri melawat Kelantan untuk kali kedua tahun ini. Pagi ini Najib merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia dan projek Agropolitan di Gua Musang, manakala pada sebelah petang merasmikan RTC yang diubah nama daripada Terminal Agrobisnes Negara di Tunjung.
Pada April lalu Muhyiddin juga mempunyai jadual padat melawat Kelantan menemui penyokong Umno dan kakitangan kerajaan persekutuan.
Kedatangan Perdana Menteri hari ini juga disambut dengan sepanduk tuntutan royalti minyak serta pilihan raya adil dan bebas oleh anak-anak muda.
Dr Agus anak tempatan kelahiran Machang berkata, rakyat Kelantan lebih dekat dengan parti yang mampu menawarkan panduan agama dan pembangunan setempat.
“Sehingga kini hanya PAS yang nampak berupaya melaksanakan hasrat itu biar pun pembangunan yang dibawa kerajaan pusat lebih besar. Bagi saya parti yang mampu menawarkan kedua-dua sekali lebih menjadi pilihan rakyat Kelantan,” ujarnya.

Media Umno ajar fitnah seks secara terbuka

Umno belum mampu ubah politik rakyat Kelantan
M Faqih, | 04 Mei 2012 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan