JAUHILAH TAGHUT
Hasan Ali dakwa saksi isu murtad dilanggar loriBeliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut.
Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut.
"Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini.
Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu.
Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.
Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut.
"Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih daripada itu," kata bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu.
Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.
Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.
Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.
Hasan Ali enggan ulas fatwa demo Qaradhawi
Pengerusi
Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali berkata beliau tidak dapat mengulas
pandangan ulama disegani Yusuf Al-Qaradhawi yang menyebut bahawa
perbuatan menyertai demonstrasi sebagai satu perkara harus bagi orang
Islam.
Namun, beliau berkata pandangan Qaradhawi itu tidak hanya terhenti setakat mengharuskannya sahaja.
"Saya tidak fikir dia kata boleh (berdemonstrasi), habis di situ. Saya tidak fikir begitu. Tapi boleh (berdemonstrasi) kalau tujuannya murni, kalau anggota yang melaksana mempunyai akhlak, syariat yang jelas," katanya.
Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut fatwa yang dikeluarkan Qaradhawi kerana beliau hanya seorang ahli politik dan bukannya seorang mufti atau seorang ahli fikah.
"Saya bukan mufti saya tak berani nak kata harus tak harus. Setiap kes harus dilihat mengikut sudut tertentu," katanya.
Beliau ditanya demikian kerana fatwa oleh Qaradhawi dibuat atas perjalanan demonstrasi di Dataran Tahrir di Mesir untuk menuntut demokrasi yang turut melibatkan keganasan dan pergeseran dengan pasukan keselamatan.
Fatwa oleh Qaradhawi itu ditimbulkan ketua penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty dalam satu kenyataan semalam.
Ia antara lainnya menyatakan bahawa demonstrasi harus kerana merupakan "salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman."
Namun, Hassan tetap mempertahankan keputusan Ahad lalu oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan menyertai demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan.
"Tak perlu ragu, kita lantik mereka mesti sebab mereka berilmu... Ada di antara mereka yang hafal hadis dan hafal al-Quran.
"Fatwa ini bukan senang-senang, saya tahu bukan mudah. Entah berapa kitab yang mereka rujuk," katanya.
Beliau juga percaya keputusan jawatankuasa itu hanya merujuk kepada perhimpunan seperti BERSIH 3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu.
Jelasnya, beliau tiada masalah dengan tujuan asal perhimpunan tersebut untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Tapi bila sampai ke lapangan, hendak merdekakan Dataran Merdeka, jadi mini revolusi pula yang hendak diketengahkan," katanya.
Perkara sama dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu – bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan untuk mengguling kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Kumpulan berkenaan juga berhasrat untuk menawan Dataran Merdeka seperti di Dataran Tahrir, Mesir bagi menunjukkan gambaran bahawa kerajaan tidak boleh mengawal keadaan, kata Najib.

Hasan Ali saman Khalid Samad, Mahfuz
Pengerusi
Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mengemukakan saman terhadap dua MP
PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Khalid Samad atas dakwaan kenyataan fitnah
yang dikeluarkan ke atasnya.
Hasan berkata saman (kiri) ke atas Khalid itu adalah berhubung dakwaan bahawa dana dan program jelajah JATI dibiayai oleh syarikat tertentu.
Saman ke atas Mahfuz pula adalah berhubung dakwaan JATI dibiayai kontrak bernilai RM30 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan.
"Saya menyatakan berulang kali bahawa tuduhan yang dilemparkan kedua-dua ahli parlimen tersebut berniat jahat (dan) tidak berasas," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.
Katanya lagi, dakwaan itu juga ditimbulkan untuk memburukkan nama baiknya dan JATI, selain merosakkan karier politiknya.
Dalam sidang media sama, peguamnya Hasnal Rezua Merican berkata saman ke atas Mahfuz dan Khalid itu masing-masing difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 April lalu.
Saman berkenaan adalah untuk menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, katanya.
Tambahnya, notis saman telah diserahkan kepada Khalid dan pengurusan kes tersebut dijalankan pada 30 April lalu.
Notis ke atas Mahfuz belum dapat diserahkan namun mahkamah telahp un menetapkan pengurusan kes diadakan pada 9 Mei, katanya lagi.
Plaintif juga memfailkan injunksi agar kedua-dua defendan berkenaan tidak mengulangi dakwaan tersebut, katanya.

Pengarah Unit Amal PAS terima peluru
Ketua
Pengarah Unit Amal PAS Juhari Osman mendakwa menerima peluru bersama
surat ugutan bunuh yang diposkan ke rumahnya di Melaka lewat pagi tadi.
Menurut Johari, beliau menyedari perkara itu apabila balik mengambil anaknya dan tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu ekoran peranannya mengetuai 4,000 anggota Unit Amal dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.
"Bila saya buka, (ada) gambar saya dan di bawahnya bertulis 'pu**mak kau Juhari... PENGKHIANAT'.
"Peluru itu dibungkus dalam suratkhabar bertulisan Tamil," beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily.
Juhari berkata, beliau akan membuat laporan polis petang ini dengan ditemani pimpinan PAS Melaka.

Rahim Noor gelar Nik Aziz 'bapa kafir'
Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.
Akhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.
"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS.
"Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.
Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.
"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.
Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".
Sekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat BERSIH 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".
Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur BERSIH 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai "pelawak".
Sementara itu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz.
Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas ketua polis negara itu "jelas tidak matang dan bersifat fitnah".
"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya dipetik dari Harakahdaily.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Rahim tidak berasas dan berunsur fitnah manakala NST pula bertindak menyiarkannya tanpa usul periksa.
"Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita," katanya dalam kenyataannya hari ini.
Tuan Ibrahim mengingatkan, tindakan menuduh individu sebagai kafir tuduhan paling berat dalam persoalan akidah kerana terhadap kaedah fikah menyebut: "Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya."
Pemuda PAS: Bekas IGP kurang ajar
Pemuda PAS hari ini mengkritik keras kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menyifatkan mursyidul am mereka Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai "bapa kafir".
Naib ketua dewan itu Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata kenyataan Abdul Rahim itu keterlaluan, bersifat kurang ajar dan semberono.
"Menuduh seseorang itu kafir adalah tuduhan yang berat, terlebih lagi jika yang dituduh itu adalah alim ulama," katanya.
Abdul Rahim hari ini dilapor menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tanggungjawab agama.
Akhbar New Straits Times memetik Abdul Rahim sebagai berkata, itu bukan kali pertama Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.
Dalam kenyataannya hari ini, Raja Ahmad mempersoalkan siapakan Abdul Rahim untuk mengeluarkan hukum kepada pemimpin rohani PAS itu.
"Apakah latar belakang beliau jika hendak dibandingkan dengan ulama' ini dan sejauh mana kefahaman Islam beliau sehingga boleh mengeluarkan pandangan seseorang itu sesat atau betul?" soalnya.
Raja Ahmad juga menyifatkan kenyataan Abdul Rahim menghina institusi ulama apabila pandangan Nik Abdul Aziz dikongsi ramai ulama yang turut hadir dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.
"Pemuda PAS merasa kesal kerana kenyataan Tan Sri Rahim Noor disiarkan oleh media-media utama tanpa tapisan.
"DPPM turut kesal kerana para ulama dalam Umno serta Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mendiamkan diri apabila para ulama' dihina dan ditohmah sesuka hati," katanya sambil menyeru Abdul Rahim "bertaubat" segera.

PAS akan saman Rahim Noor, NST
PAS
akan menyaman bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor kerana ekoran
kenyataannya yang menggelar mursyidul am parti Islam itu Datuk Nik Aziz
Nik Mat sebagai "bapa kafir" dan akhbar New Straits Times (NST) kerana menyiarkannyaKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Rahim tidak berasas dan berunsur fitnah manakala NST pula bertindak menyiarkannya tanpa usul periksa.
"Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita," katanya dalam kenyataannya hari ini.
Tuan Ibrahim mengingatkan, tindakan menuduh individu sebagai kafir tuduhan paling berat dalam persoalan akidah kerana terhadap kaedah fikah menyebut: "Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya."
Pemuda PAS: Bekas IGP kurang ajar
Pemuda PAS hari ini mengkritik keras kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menyifatkan mursyidul am mereka Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai "bapa kafir".
Naib ketua dewan itu Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata kenyataan Abdul Rahim itu keterlaluan, bersifat kurang ajar dan semberono.
"Menuduh seseorang itu kafir adalah tuduhan yang berat, terlebih lagi jika yang dituduh itu adalah alim ulama," katanya.
Abdul Rahim hari ini dilapor menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tanggungjawab agama.
Akhbar New Straits Times memetik Abdul Rahim sebagai berkata, itu bukan kali pertama Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.
Dalam kenyataannya hari ini, Raja Ahmad mempersoalkan siapakan Abdul Rahim untuk mengeluarkan hukum kepada pemimpin rohani PAS itu.
"Apakah latar belakang beliau jika hendak dibandingkan dengan ulama' ini dan sejauh mana kefahaman Islam beliau sehingga boleh mengeluarkan pandangan seseorang itu sesat atau betul?" soalnya.
Raja Ahmad juga menyifatkan kenyataan Abdul Rahim menghina institusi ulama apabila pandangan Nik Abdul Aziz dikongsi ramai ulama yang turut hadir dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.
"Pemuda PAS merasa kesal kerana kenyataan Tan Sri Rahim Noor disiarkan oleh media-media utama tanpa tapisan.
"DPPM turut kesal kerana para ulama dalam Umno serta Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mendiamkan diri apabila para ulama' dihina dan ditohmah sesuka hati," katanya sambil menyeru Abdul Rahim "bertaubat" segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan