Polis siar foto anggota kasari orang ramai, wartawan
Polis
Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyiarkan dalam Facebook polis Kuala
Lumpur rakaman gambar anggota polis yang didakwa telah mengkasari orang
awam serta wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.Dalam kenyataan yang turut disiarkan dalam Facebook tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menyeru orang ramai supaya tampil memberi kerjasama dan bukti.
"Melalui rakaman gambar-gambar ini, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana juga orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian, khususnya terhadap mereka yang menyaksikan kejadian itu, tampil memberi kerjasama, serta bukti-bukti yang ada untuk keterangan mereka direkodkan oleh pegawai penyiasat berdasarkan kepada prosedur undang-undang negara ini," katanya.
Bagaimanapun, pihak polis nampaknya hanya berminat dengan satu insiden yang berlaku di sepanjang Jalan Tun Perak di mana ia hanya menunjukkan pergelutan yang berlaku di hadapan cawangan bank OCBC di situ.
Banyak lagi gambar atau klip video yang menggambarkan kekejaman polis semasa BERSIH 3.0 yang telah dimuat-naik di Internet oleh para saksi, tidak disebut.
Selain itu, Facebook itu juga turut menyiarkan sejumlah 42 keping lagi gambar hasil daripada penelitian terhadap gambar-gambar yang telah dirakam oleh media dan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di sekitar Bandaraya KualaLumpur ke Dataran Merdeka pada 28 April lalu.
"Di samping itu, turut diedarkan adalah gambar-gambar yang
mengandungi aksi-aksi deretan peserta perhimpunan yang telah merempuh kawalan polis di suatu lokasi yang berhampiran dengan Dataran Merdeka.
"Rempuhan ini menunjukkan peserta perhimpunan mempunyai hasrat menuju ke Dataran Merdeka yang dikawal oleh polis dan pihak Bandaraya Kuala Lumpur," kata Mohmad.
Bagaimanapun, gambar-gambar yang ditunjukkan itu sepadan dengan
gambar Malaysiakini di mana peserta memecahkan benteng polis di hadapan KLCC, di sudut Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee, kira-kira 5 kilometer dari Dataran.
Mohmad menyeru orang ramai yang mengenali pihak atau kepada individu dalam gambar tersebut supaya tampil memberi maklumat kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau berhubung terus dengan ASP Azmi Aziz, pegawai jabatan siasatan jenayah D7A ibupejabat polis Kuala Lumpur melalui emel azmiaziz@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344 dan 019-3872344.
Sementara itu, dalam satu lagi kenyataan Mohmad berkata berikutan penyiaran gambar mereka yang terlibat, hanya seorang yang tampil setakat ini untuk membantu siasatan.
Katanya, lelaki berkenaan yang berumur 39 tahun, datang sendiri ke ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pada jam 3 petang tadi.
"Sementara itu, seorang siswa berumur 22 tahun telah berjanji akan serah diri bersama peguamnya pagi esok," katanya.
BERSIH: Tiada alasan untuk serah diri
Aktivis
mahasiswa merasakan tiada alasan untuk peserta BERSIH, termasuk
penuntut universiti yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan
berhubung perhimpunan Sabtu lalu tampil menyerah diri,Bekas presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab mempersoalkan arahan pihak berkuasa itu kerana gambar yang disiarkan tidak memaparkan butir peribadi yang jelas.
"Kenapa perlu menyerah diri? Dikeluarkan 49 gambar yang tanpa nama, dan nombor kad pengenalan dan kemudiannya disuruh menyerah. Kita lihat ia tidak mempunyai basis yang kuat untuk polis memaksa mereka itu untuk menyerah," katanya yang juga anggota jawatankuasa pemandu BERSIH.
Ahmad Syukri yang kini bertugas sebagai koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan polis perlu mengikut prosedurnya, bukan mengeluarkan gambar "semberono" dan mengarahkan pihak berkaitan ke balai.
"Polis sepatutnya mengikut prosedur yang sebenar dengan mengeluar surat (panggilan) dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Bangsar hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin hari ini yang menggesa 22 penuntut daripada 49 individu yang dikehendaki tampil membantu siasatan polis.
Sementara itu, Ahmad Syukri memaklumkan kumpulan mahasiswa akan menyediakan khidmat guaman kepada rakan mereka sekiranya dituduh di mahkamah.
'Lagi mudah keluarkan gambar polis'
Turut hadir dalam sidang media itu, wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema).
Ahmad Syukri turut mempersoal mengapa polis tidak mengeluarkan gambar anggotanya yang didakwa mengganas dan tidak beretika pada perhimpunan tersebut.
"Sebenarnya daripada 250,000 ribu demonstran, dia boleh keluarkan (gambar) 49 orang, berbanding beberapa ratus polis yang bertugas hari itu.
"Lagi mudah (polis) mengeluarkan gambar-gambar polis, yang bertindak luar etika dan (supaya mereka) dihakimi secara adil," katanya.
Sehubungan itu, beliau yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0, menggesa polis supaya mengikut prosedur siasatan yang sewajarnya dan tidak bersikap berat sebelah berhubung isu tersebut.
Bagaimanapun, tidak lama selepas sidang media mereka, polis menyiarkan gambar anggotanya yang memperlihatkan aksi kasar terhadap peserta BERSIH.
Sementara itu, dalam sidang media sama, Koordinator GMPP R Karthiges mengumumkan pihaknya kini sedang merangka pelan pendidikan percuma di semua peringkat bersama pelbagai kumpulan mahasiswa dan parti politik.
"Hari ini kita dapatkan pandangan awal. Setiap kumpulan mahasiswa diberikan dua minggu untuk mendapatkan kata sepakat sebelum pilihan raya berlangsung," katanya.
Majlis Peguam adakan EGM perhimpunan BERSIH 3.0
Majlis
Peguam akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk
membincangkan isu-isu berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu
lalu.Menurut surat pekeliling rasmi yang disiarkan di lamanwebnya, EGM itu akan diadakan Jumaat depan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Agendanya ialah membincangkan usul Pengerusi Majlis Peguam, Lim
Chee Wee berhubung dengan peristiwa dan sekitar perhimpunan awam pada 28 April 2012 anjuran BERSIH 3.0, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Tiada maklumat lanjut dinyatakan dalam pekeliling tersebut.
EGM itu memerlukan kuorum 500 orang.
Majlis Peguam telah menugaskan pasukan pemantauan 78 anggota semasa perhimpunan tersebut dan kemudiannya mengeluarkan laporan interim pada hari Selasa.
Peserta BERSIH buat laporan kekasaran polis
Sekumpulan
peserta perhimpunan BERSIH yang mendakwa menjadi mangsa kekasaran polis
tampil membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Seksyen 8
Petaling Jaya hari ini.Mereka dikumpulkan melalui inisiatif Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Persidangan Cina Kuala Lumpur dan Selangor yang menawarkan bantuan sejak 1 Mei lalu.
Enam daripada 19 orang tampil di balai polis berkenaan, kata wakil jawatankuasa itu Chong Kok Siong.
Mereka diiringi kumpulan Latheefa Koya, Afiq M Noor dan Fadiah Nadwa Fikri dari kumpulan peguam Lawyers for Liberty.
Proses merakamkan percakapan mereka oleh pihak polis dijangka berlangsung sepanjang hari ini.
Seorang mangsa, Mohd Faizal Nurhakim, 26, mendakwa 'dilanyak' kira-kira 10 orang polis - yang sebahagiannya tidak memakai tanda nama - walaupun sudah mengangkat tangan tanda menyerah diri.
"Mereka lanyak saya tanpa belas kasihan. Mereka (10 orang polis itu) pijak kepala saya apabila saya terbaring," dakwanya.
Dibuang ke longkang
Mohd Faizal mendakwa, beliau kemudian ditumbuk serta dihambur kata-kata makian dari polis sewaktu diheret dalam jarak 100 meter ke tempat tahanan sementara di Kelab DiRaja Selangor berhampiran Dataran Merdeka.
"Pukul 2 pagi baru saya dilepaskan dan polis hantar saya ke perhentian bas Jalan Duta," katanya yang diarahkan ke Hospital Kuala Lumpur jika mahu mendapatkan keputusan pemeriksaan kesihatan yang dibuat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).
Seorang lagi mangsa, Jashamsulnizam Md Jani, 27, mendakwa diangkat dan dibuang ke dalam longkang sedalam tiga kaki oleh tiga orang polis berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman.
"Sewaktu saya lari, tiga orang polis tendang saya dari belakang. Saya terjatuh dan mereka angkat dan buang saya ke dalam longkang," ceritanya.
Akibatnya, pergelangan tangan beliau retak dan tempurung lututnya lari, dakwa pensyarah sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.
Dibaling kerusi
Seorang lagi mangsa, Robert Dass memberitahu beliau sempat mengelak kerusi kayu dibaling polis yang menyerbu sebuah restoran di Jalan Tun Perak.
"Kejadian berlaku pada kira-kira jam 3 petang. Saya dan beberapa orang kawan berada di dalam Restoran Jamek sebelah Masjid Jamek.
"Polis membuka shutter restoran secara paksa dan memaki hamun serta menjerit-jerit ke arah orang ramai," kata Robert.
Sementara itu, Fadiah Nadwa yang bertindak sebagai peguam mengiringi mangsa-mangsa menggesa agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan menyiasat semua keganasan polis.
"Kita desak satu suruhanjaya yang bebas daripada (pegawai tertinggi) polis Bukit Aman ditubuhkan menyiasat keganasan ini," katanya.
15 syor penambahbaikan sistem pilihan raya
ULASAN
Sejak dua puluh tahun yang lalu, Malaysia melalui proses perubahan
sejarah dan perindustrian yang pesat, perbandaran, teknologi dan
perubahan dalam demografi.
Penting untuk badan-badan pengurusan pilihan raya untuk mengadaptasi dengan perubahan yang berterusan, bagi mengekalkan keyakinan awam dalam proses pilihan raya dan supaya sistem yang digunakan mengekalkan tahap kepercayaan dan integriti yang tinggi.
Sejak pilihan raya umum yang pertama diperkenalkan kepada orang ramai, lebih daripada lima dekad yang lalu, tidak pernah ada audit formal dan bebas dijalankan terhadap senarai daftar pemilih.
Sedangkan isu-isu berkaitan dengan politik wang dan media mempunyai kesan terhadap pilihan raya dan konsep tahap pertandingan yang adil untuk semua calon-calon dan parti-parti.
Isu yang memberikan kesan ke atas kredibiliti sistem pilihan raya Malaysia adalah kualiti senarai daftar pemilih.
Tidak adil untuk menyalahkan kerajaan pusat semata-mata dalam hal ini. Ia cabaran bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan berlaku adaptasi perubahan yang berterusan.
Walaupun di atas kertas, sistem pendaftaran pemilih tidak mungkin sama sekali tidak teratur, tetapi ia tidak dapat bergerak selari dengan cabaran pembangunan, perindustrian pesat, perbandaran, teknologi dan perubahan demografi beberapa dekad yang lalu.
Ini memerlukan sokongan kerajaan pusat untuk mengadaptasi solusi kepada masalah yang timbul dari kitaran tempoh proses pilihan raya, yang boleh merosakkan keyakinan orang ramai terhadap sistem sedia ada.
Terdapat berbagai peringkat kitaran dalam tempoh proses pilihan raya. Ia termasuk urusan menggubal undang-undang, pengambilan dan latihan kakitangan pilihan raya, perancangan pilihan raya, pendaftaran pemilih, pendaftaran parti politik, pencalonan, kempen pilihan raya, mengira, penjadualan keputusan, pengisytiharan keputusan, resolusi pertikaian pemilih, laporan, pengauditan dan arkib.
Selepas berakhirnya pilihan raya, wajar memulakan kerja akan datang termasuk perundingan awam dan inisiatif pembaharuan. Seluruh proses ini boleh digambarkan sebagai kitaran tempoh proses pilihan raya.
Pendekatan kitaran tempoh proses pilihan raya penting dalam penglibatan pihak berkepentingan dalam proses dan penyediaan mekanisme untuk memperbaiki penilaian terhadap masa dan peranan mereka.
Oleh yang demikian, sokongan kewangan perlu, dengan memasukkan strategi jangka panjang dan bersepadu, yang mesti menampung tempoh kitaran proses pilihan raya sebagai salah satu fasa proses pendemokrasian jangka panjang.
Secara ringkasnya, boleh dijelaskan bahawa proses pilihan raya tidak boleh statik tetapi hendaklah berkembang secara berterusan dan diadaptasi untuk memenuhi keperluan dan permintaan hari.
SPR mempunyai tanggungjawab rumit. Suruhanjaya itu harus dinamik dengan perubahan dan pertambahan jumlah penduduk, termasuk warganegara dengan umur layak mengundi.
Untuk itu, SPR perlu diberikan lebih banyak fleksibiliti dan kebebasan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka, selaras dengan Akta 1958.
Undang-undang semasa membataskan SPR daripada mengambil tindakan dan memulakan solusi yang boleh menyokong kerja SPR.
Terdapat tanggapan adanya campur tangan politik dari Jabatan Perdana Menteri dalam SPR ekoran lokasinya dalam kawasan pentadbiran negara dan kekurangan perundingan awam.
Penting untuk struktur dan operasi SPR dilihat bebas. Proses itu perlu melibatkan pelantikan pesuruhjaya yang telus dan demokratik selain struktur operasi yang bebas.
Pada masa yang sama, perlu diingatkan, pertambahan kuasa tidak harus bersifat totalitarian tetapi mesti ada garis panduan kebertanggungjawaban yang jelas dan mekanisme pengawasan.
Atas alasan kepentingan awam, SPR dan agensi bertanggungjawab harus diperkukuhkan melalui proses kebertanggungjawapan undang-undang dan semakan kehakiman.
Berdasarkan penemuan kajian dan analisis data Audit daftar pemilih (VRA), disyorkan:
(1) Memansuhkan Seksyen penyingkiran fasal 9A Akta Pilihan Raya 1958 - yang melarang semakan kehakiman dibuat ke atas daftar pemilih - dengan serta merta. Ia bertujuan mengukuhkan mekanisme semak dan imbang terhadap integriti daftar pemilih melalui proses kehakiman yang bebas, terbuka dan adil.
(2) Mewujudkan Jabatan Pangkalan Data di semua pihak berkuasa tempatan sebagai pendaftar utama yang menyelenggara dan menguruskan daftar pemilih dengan kuasa memeriksa dan mengeditnya secara berkala. Ini termasuk kes perubahan alamat dan lokasi tempat mengundi serta pemilih yang meninggal dunia.
SPR hendaklah bertanggungjawab mewartakan daftar akhir senarai pilihan raya yang dikemukakan oleh Jabatan Pangkalan Data. SPR juga akan berfungsi sebagai badan pengawasan dan menguruskan badan itu bagi melatih dan menetapkan prosedur dan bantuan pakar kepadanya.
(3) Untuk memperkukuhkan ketelusan, pengundi yang ingin menukar lokasi tempat mengundi mesti memaklumkan kepada Jabatan Pangkalan Data dalam tempoh yang munasabah dan perlu mengisi borang pengisytiharan bahawa maklumat berkaitan tepat.
Orang yang memohon untuk menukar lokasi hendaklah turut mengisytiharkan bahawa alamat yang diberikan sah dan kediaman sebenar atau tinggal tetap bersama ibu bapa atau penjaga.
(4) Memperbaiki proses pendaftaran pengundi dengan mekanisme berkomputer dan mengawal selia komposisi penolong pendaftar.
Ia penting bagi memastikan hanya agensi yang bertanggungjawab dibenarkan mendaftar pengundi dengan telus dan jelas bawah satu mekanisme pengawasan. Ia juga untuk memastikan ketepatan maklumat dan mengelakkan penyalahgunaan proses pendaftaran, seperti pendaftaran penyokong parti sebagai pengundi di kawasan tertentu berdasarkan kepentingan masing-masing.
(5) Hubungan antara pangkalan data yang disimpan dan Jabatan Pendaftaran Negara perlu dikemaskini dan diperiksa secara berkala bagi memastikannya maklumat dalam kad pengenalan dan pengkalan data SPR sama. Ia melibatkan kes pertukaran kad pengenalan untuk menukar nama atau agama. Pengemaskinian juga bagi memastikan tiada pengundi berkongsi satu nombor kad pengenalan.
(6) Meminda Akta Pilihan Raya 1958 bagi membenarkan daftar pemilih disebarkan melalui pelbagai cara termasuk Internet dan pemeriksaan awam dengan notis 14 hari untuk bantahan. Notis itu hendaklah ditampalkan di setiap setiap tempat awam dan dihantar melalui pos kepada warga emas dan orang kurang upaya. Tindakan itu perlu diumumkan dalam media tempatan dalam tempoh masa yang munasabah.
(7) Menyediakan pejabat SPR yang berasingan dan bebas daripada Jabatan Perdana Menteri dan memastikan mekanisme demokratik pelantikan pesuruhjayanya merangkumi kepelbagaian masyarakat Malaysia.
Ahli masyarakat sivil boleh diserap membantu SPR dalam perkara pentadbiran dan perundingan awam mengenai perubahan undang-undang dan peraturan.
(8) Menyediakan SPR dengan kuasa kehakiman untuk menyiasat hal yang sesuai, termasuk kes pelanggaran undang-undang pilihan raya, tindakan atau ralat yang menjadi pilihan raya dikotori penipuan dan penyelewengan.
(9) Meningkatkan keupayaan SPR dan pegawai pembanci yang bertanggungjawab mengukuhkan daftar pemilih.
(10) Organisasi masyarakat sivil dan parti politik hendaklah dibenarkan mengambil bahagian dalam audit daftar pemilih dan bekerjasama dengan SPR pada setiap masa.
(11) Melaksanakan mekanisme pengundian awal bagi pengundi tidak hadir hanya dalam kes pengundi yang mengundi di kawasan kediaman tetap di mana ibu bapa atau penjaga pengundi tinggal. Pengundi tidak hadir hendaklah terhad kepada kerusi Parlimen sahaja dan hendaklah dijalankan mengikut cara yang selamat dan telus dengan prosedur yang jelas.
(12) Untuk pendaftaran pengundi, memberi perhatian khas kepada kumpulan yang layak mengundi tetapi belum berdaftar. Ia harus memberi tumpuan kepada golongan muda berumur kurang 30 tahun di kawasan bandar berkepadatan tinggi di Semenanjung Malaysia dan kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
(13) SPR perlu memperluaskan penyebaran maklumat dan pendidikan pengundi di institusi masyarakat seperti sekolah, institusi agama dan kaunter kerajaan supaya pengundi mempunyai peluang yang lebih luas untuk mendaftar dan dimaklumkan tentang proses mengundi.
(14) Mengukuhkan keupayaan masyarakat sivil untuk memantau proses mengemaskini pendaftaran daftar pemilih dan memberi perhatian khusus kepada pengundi yang dipindahkan, pemilih yang meninggal dunia dan pengundi tidak berdaftar.
(15) Bekerjasama dengan masyarakat tempatan dan media penyiaran untuk penyebaran maklumat mengenai pendaftaran pengundi.
K SHAN pemangku pengerusi Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI) yang memantau sistem pilihan raya di Malaysia dan negara sekitar Asia. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan