Ezam gesa siasatan segera insiden kekasaran
Ahli
Dewan Negara Senator Mohamad Ezam Mohd Nor menggesa supaya siasatan
rapi dan segera dilakukan berhubung insiden keganasan, termasuk wartawan
pada perhimpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung Sabtu lalu.Malah, beliau menegaskan supaya tindakan diambil terhadap sesiapa sahaja yang didakwa membuat tindakan tersebut termasuk "perusuh" dan anggota polis.
"Walau apa pun, siapa yang melakukan keganasan, ada yang kata pihak polis, ada yang kata perusuh yang melakukan keganasan.
"Atas dasar apa sekalipun, siasatan perlu dilakukan dengan rapi dan segera. Tindakan perlu diambil (kepada yang bertanggungjawab)," kata ketika ditemui Malaysiakini di PWTC pagi ini.
Beliau yang juga bekas ketua Pemuda PKR menjawab soalan berhubung insiden keganasan polis terhadap wartawan dan peserta perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilapor berkata senarai anggota panel siasatan bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat semua insiden yang berlaku pada perhimpunan itu dijangka akan diumum minggu depan.
Ezam bagaimanapun berpendapat insiden pada Sabtu lalu berpunca daripada provokasi "pemimpin tidak bertanggungjawab" yang mencetuskan provokasi dan ditambah "agenda tertentu perusuh".
"Pemimpin yang harus memastikan perkara itu tidak harus berlaku. Tapi apa yang saya lihat, apa yang berlaku di (perhimpunan) BERSIH, bukan sahaja pemimpin politik itu tidak bertanggungjawab, tetapi mereka menangguk di air keruh untuk kepentinga jangka pendek," katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada penubuhan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) perlu disegerakan, Ezam mengakui suruhanjaya tersebut perlu disegerakan.
Menegaskan ia perlu dianggotai tokoh yang dipercayai kredibilitinya dan adil, Ezam berkata penubuhan suruhanjaya dibuat dengan kadar segera kerana semua pihak saling menuding jari.
"Yang paling penting, apabila hasil siasatan siap, ia perlu diiktiraf," tegas Ezam yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Banyak masalah sekarang ini, suruhanjaya bebas ditubuhkan, tetapi ia tidak diiktiraf kerana ada agenda politik yang sengaja mahu merendahkan kredibiliti kerajaan termasuk suruhanjaya bebas lain (yang ditubuhkan)," katanya.
PM tolak pinda perlembagaan jadikan Islam 'addin'
Datuk
Seri Najib Razak menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang bahawa pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan
Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada
Islam sebagai addin, hanyalah cakap politik semata-mata.
Perdana menteri berkata Abdul Hadi hendak menjadikan Islam sebagai "way of life" (satu cara hidup) tetapi "way of life" sahaja tidak boleh menjadi undang-undang.
"(Dalam perlembagaan negara) Islam adalah agama persekutuan. Daripada situ kita boleh bangunkan Islam melalui dasar dan institusi yang kita wujudkan supaya Islam jadi addin atau sebagai cara hidup. Jadi tak perlu pinda perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di Gua Musang, hari ini.
Baru-baru ini, Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata pakatan pembangkang akan meminda perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih menjadi kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai di negara ini tidak menggunakan Islam sebagai addin atau cara hidup, malah ia dirangka oleh orang bukan Islam yang mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam.
Najib berkata kenyataan Abdul Hadi itu adalah perkara baharu setelah PAS membuat pelbagai perubahan dalam dasar mereka.
"Mula-mula nak negara Islam. Atas desakan DAP tukar negara kebajikan, lepas tu timbul balik hukum hudud. Kini timbul pula nak pinda perlembagaan nak jadikan addin. Ini dah dapat tentangan DAP sekarang. Perlembagaan sekarang dah cantik... tak boleh nak pinda sewenang-wenangnya," katanya.
Menyentuh isu lain, perdana menteri melahirkan rasa gembiranya kerana kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, yang dilapor hilang minggu lepas dipercayai diculik, ditemui dalam keadaan selamat di Rawang semalam.
Najib berkata sebelum kanak-kanak itu dibebaskan beliau telah menelefon bapa kanak-kanak itu dan memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
"Saya dah tugaskan seorang pegawai di pejabat saya untuk menjadi perantara antara kerajaan, polis dan keluarga itu. Kini kanak-kanak itu selamat dan pulang ke pangkuan keluarga. Saya rasa lega dan syukur," katanya.
Nayati, 12, ditemui selamat di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di Selangor pada pukul 7.55 pagi oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.
Nayati dilapor dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas.
- Bernama

Empat peguam wanita saman IGP dan k'jaan
Empat
peguam wanita yang ditahan polis ketika hendak berjumpa dengan anak
guam mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin
tiga tahun lepas, hari ini memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan.
Fadiah Nadwa Fikri, 29, Murni Hidayah Anuar, 28, Puspawati Rosman, 31, dan Syuhaini Safwan, 28 memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Daim & Gamany.
Mereka menamakan tiga pegawai penangkap, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Timbalan Penguasa Polis DSP Jude Pereira, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka berkata pada 7 Mei 2009, pukul 9.35 malam mereka telah hadir di luar perkarangan Ibu Pejabat Daerah Brickfields (IPD).
Tujuan mereka adalah untuk memberi bantuan guaman kepada 14 anak guam mereka yang ditahan pada hari itu kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin terhadap Wong Chin Huat, aktivis hak asasi yang ditahan mengikut Akta Hasutan.
Mereka pada masa itu peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, mendakwa telah dihalang memasuki kawasan IPD itu untuk bertemu anak guam atas alasan anak guam mereka telah menandatangani satu borang bagi melepaskan hak mereka untuk bertemu peguam.
Keempat-empat peguam itu mendakwa anak guam mereka ketika dihubungi melalui telefon bimbit menafikan mereka menandatangani borang itu.
Mereka mendakwa telah beberapa kali memohon untuk berjumpa dengan anak guam mereka tetapi gagal berjumpa.
Selepas itu seorang pegawai polis muncul bersama "loud hailer" membuat pengumuman supaya mereka bersurai di kawasan luar IPD itu namun mereka gagal berbuat demikian dan seterusnya mereka ditahan di dalam IPD itu.
Peguam-peguam itu mendakwa pada pukul 5 pagi, 8 Mei 2009 mereka dibawa menaiki kereta ke Balai Polis Travers dan dibebaskan dengan jaminan polis pukul 12 tengah hari.
Mereka mendakwa penahanan mereka itu tidak sah dan menyalahi undang-undang dan memohon gantirugi am, teruk, teladan dan kos.
- Bernama
Naib Pengerusi SUHAKAM, Dr Khaw Lake Tee berkata terdapat pelanggaran hak asasi manusia oleh polis dalam beberapa kejadian,
terutamanya apabila gas pemedih mata ditembak ke kawasan (kemudahan) awam seperti Hospital Tung Shin, Hospital Bersalin Cina dan KL Sentral, yang berisiko kepada keselamatan awam.
Dalam kes Hospital Tung Shin, katanya, walaupun gas pemedih mata tidak ditembak terus ke dalam halamannya, tetapi menembaknya di sepanjang Jalan Pudu itu sendiri berbahaya kepada mereka di dalam hospital, kerana ia adalah kawasan hospital.
Dr Khaw memberitahu demikian dalam satu sidang media di ibupejabat Suhakam hari ini.
Khaw telah membaca laporan 40 muka surat suruhanjaya itu hasil siasatan awam mengenai pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan selepas perhimpunan tersebut pada 9 Julai tahun lepas.

Suhakam: Polis langgar hak asasi manusia semasa BERSIH 2.0
Polis
telah melanggar hak asasi manusia apabila mereka melepaskan tembakan
gas pemedih mata ke dalam kawasan kemudahan awam semasa perhimpunan
BERSIH 2.0 Julai lalu, kata Malaysia Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (Suhakam).Naib Pengerusi SUHAKAM, Dr Khaw Lake Tee berkata terdapat pelanggaran hak asasi manusia oleh polis dalam beberapa kejadian,
terutamanya apabila gas pemedih mata ditembak ke kawasan (kemudahan) awam seperti Hospital Tung Shin, Hospital Bersalin Cina dan KL Sentral, yang berisiko kepada keselamatan awam.
Dalam kes Hospital Tung Shin, katanya, walaupun gas pemedih mata tidak ditembak terus ke dalam halamannya, tetapi menembaknya di sepanjang Jalan Pudu itu sendiri berbahaya kepada mereka di dalam hospital, kerana ia adalah kawasan hospital.
Dr Khaw memberitahu demikian dalam satu sidang media di ibupejabat Suhakam hari ini.
Khaw telah membaca laporan 40 muka surat suruhanjaya itu hasil siasatan awam mengenai pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan selepas perhimpunan tersebut pada 9 Julai tahun lepas.
PM: Perhimpunan Sabtu lalu cubaan guling k'jaan
Perhimpunan
badan bukan kerajaan berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu
lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih
oleh rakyat
menerusi sistem demokrasi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.
"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.
"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di Gua Musang hari ini.
Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini, berucap di hadapan lebih 30,000 orang yang mula menunggu ketibaan beliau sejak pukul 7 pagi di padang Pusat Sivik itu.
Perdana Menteri berkata kerajaan tidak boleh berkompromi dengan kumpulan tersebut yang cuba menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.
Beliau berkata dalam cubaan kumpulan terbabit menawan Dataran Merdeka, mereka telah bertindak ganas antaranya mencederakan anggota polis dan wartawan serta merosakkan kenderaan polis dan harta awam.
Semalam, Timbalan Ketua PKR Cabang Rasah, R Tangam merupakan orang pertama didakwa di mahkamah atas tuduhan melanggar perintah Mahkamah Majistret berhubung larangan menyertai perhimpunan yang bertukar ganas Sabtu lepas.
Hari ini, polis menyiarkan gambar 49 individu yang dikehendaki polis dalam akhbar-akhbar tempatan yang disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan sepanjang perhimpunan itu.
Perdana Menteri berkata kumpulan tersebut menyalahkan polis yang didakwa menyebabkan tercetusnya kekecohan pada perhimpunan tersebut.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar kumpulan itu agar bersaing melalui saluran pilihan raya.
"Kepada kumpulan ini, bersainglah di peti undi, kalau anak jantan bersainglah di peti undi.
"Saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis, tetapi perkara ini boleh dielakkan jika mereka hormati undang-undang yang diluluskan Parlimen," katanya.
Perdana menteri berkata kerajaan telah menawarkan lokasi yang sesuai untuk mereka berhimpun secara aman termasuk di Stadium Merdeka tetapi mereka menolak tawaran itu.
"Mereka tolak Stadium Merdeka kerana niat mereka itu, kalau negara harmoni dan semua dalam keadaan baik, mereka tidak boleh duduk di takhta Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Najib berbangga dengan orang ramai termasuk penduduk di Gua Musang, yang membanjiri padang Pusat Sivik itu, yang dapat berhimpun secara aman dengan semangat perpaduan yang tinggi tanpa mencetuskan keadaan huru hara.
"Saya tabik kepada orang Gua Musang, kita boleh beritahu pada puak yang berhimpun dekat Dataran Merdeka bahawa orang Gua Musang lebih bertamadun
daripada mereka.
"Mereka (penduduk Gua Musang) mencerminkan masyarakat madani, menghormati prinsip undang-undang dan tidak mahu kacau bilau," katanya.
- Bernama
"Adakah Ia kerana kabinet bimbang penemuan Suhakam akan menjejaskan pasukan polis dan kerajaan, dan dengan itu, Najib cuba menubuhkan sebuah panel baru yang akan lebih 'bersimpati' kepada kerajaan?" tanya Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.
Pua (kanan) berkata, pengumuman kerajaan adalah "aneh" kerana ia
telahpun menubuhkan Suhakam di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 untuk mengendalikan perkara pelanggaran hak asasi manusia.
Oleh itu, tegasnya, mengapa Suhakam diketepikan apabila ia membabitkan penyiasatan penyalahgunaan hak asasi manusia oleh pasukan polis.
"Adakah pesuruhjaya yang sedia ada tidak cukup baik?" tanya ahli parlimen PJ Utara itu satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga aktivis kebebasan media berkata belum ada "keganasan paling sistematik" terhadap wartawan dalam tempoh kira-kira sepuluh tahun ke belakang walaupun insiden seumpamanya bukan perkara baru.
"Inilah kali pertama, dalam tempoh itu, antara tahun 1998 sehingga 2012, kali pertama kita melihat tindakan keganasan paling sistematik terhadap semua jenis wartawan.
"Pada 1998,1999 dan 2000, betul, polis ambil rakaman, polis rosakkan kamera, polis cabut rakaman video agensi (berita) luar, pijak depan orang ramai. Polis rampas kamera wartawan NST dalam peristiwa perhimpunan di Lebuh Raya KESAS pada 2000.
"Polis buat sekatan sepanjang lebuh raya... Tetapi belum ada peristiwa yang paling tragis terhadap wartawan sehinggalah Sabtu lalu," katanya dalam forum membincangkan keganasan polis dan pemadaman (blackout) berita di Kuala Lumpur malam tadi.
Sambil membaca senarai lebih 10 petugas media yang menjadi mangsa, Fathi menyifatkan perbuatan itu "paling sistematik" kerana turut melibatkan semua pihak, termasuk peguam.
"Ini yang kita dapat laporkan secara jelas. Tetapi saya percaya, ada berpuluh-puluh lagi petugas media yang verbally abuse pada hari kejadian.
"Mereka (polis) caci, maki, dan mengeluarkan kata-kata kesat bersifat perkauman, terhadap petugas media. Ini yang belum direkodkan," katanya.
Fenomena 'mobilisasi elit'
Fathi juga memuji tindakan akhbar berbahasa Cina yang menunjukkan solidariti kepada wartawan yang menjadi mangsa keganasan polis dengan memakai baju berwarna hitam sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia semalam.
"Ini kita salut kepada mereka... Ini atas sikap solidariti bersama dengan mangsa kekasaran (dan), keganasan polis.
"Mereka menghitamputihkan halaman (akhbar) sejak petang semalam (Rabu) lagi dengan meletakkan riben kuning untuk edisi petang surat khabar mereka," katanya sambil menambah ia berterusan sehingga petang semalam (Khamis).
Malah, kata Fathi, akhbar Sin Chew Daily semalam turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada mereka.
"Bayangkan kalau Utusan atau Berita Harian buat benda yang sama," katanya sambil diiringi gelak ketawa para hadirin.
"Kita belum nampak, Utusan, Berita Harian, The Star buat macam tu... Saya nak beritahu satu titik perubahan dalam sejarah pergolakan revolusi dan kejatuhan rejim dunia ini, akan berlaku saatnya perubahan seperti Sin Chew Jit Poh," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Beliau menyamakan fenomena itu seperti "mobilisasi elit" di Indonesia melibatkan gedung perniagaan besar menjelang kejatuhan Suharto sebelum ini, yang menyaksikan belahan sokongan kumpulan itu.
Semalam Malaysia menyaksikan satu percubaan terbesar oleh para wartawan untuk menyuarakan kebebasan akhbar dan mengambil pendirian keras terhadap kekasaran polis.
Bilik berita di seluruh negara menyaksikan ramai wartawan yang datang bertugas dengan berpakaian hitam - sebagai tanda protes, serta reben kuning - simbol yang digunakan untuk kebebasan akhbar.
Ia merupakan satu semangat perpaduan untuk belasan rakan-rakan mereka yang dikasari, diganggu dan diugut ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.
Malah, kebanyakan wartawan yang menghadiri satu sidang akhbar
polis di Kuala Lumpur semalam, berpakaian hitam, manakala jurugambar pula mengikat kain kuning di kamera masing-masing sebagai tanda perpaduan.
Beberapa wartawan yang bertugas The Star (kiri) dan akhbar-akhbar utama berbahasa Cina turut mengadakan hari 'Media in Black (MIB)' di tempat kerja mereka.
Dan gambar-gambar mereka dikongsi di laman rangkaian sosial peribadi Facebook dan Twitter, manakala media cetak Cina pula menyiarkan gambar-gambar yang sama di laman rasmi Facebook mereka.
Media cetak Cina, yang petugasnya paling ramai dikasari polis Sabtu
lalu, tampil bergambar beramai-ramai sambil memegang kain rentang kebebasan akhbar, di depan pejabat masing-masing.
Di stesen radio 988, deejay juga berpakaian hitam dan kuning, untuk bersama-sama rakan-rakan dari portal berita Malaysiakini, Merdeka Review, Free Malaysia Today dan saluran berita Astro Awani dan malah stesen TV kerajan - TV2 (foto di bawah).
Pembaca berita NTV7 Lee Siad Huey menulis di laman Facebooknya
bahawa rakan-rakannya di seksyen Mandarin memakai MIB, tetapi mengeluh kerana kurangnya sokongan daripada rakan-rakan mereka dari seksyen bahasa lain.
Di The Sun dan Malay Mail, di mana wartawan kedua-duanya didakwa dikasari polis Sabtu lalu, petugasnya juga berpakaian hitam, bersama reben kuning.
Malah, wartawam The Sun, Radzi Razak, yang dimasukkan ke hospital
kerana kecederaan yang dialami pada hari berkenaan, turut menyiarkan gambarnya berpakaian hitam untuk memperingati hari tersebut di Twitter.
Radzi (kiri) dan jurukamera al Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang dialami semasa
membuat liputan di perhimpunan tersebut. Azmi cedera diserang peserta. Radzi dibenarkan keluar hospital pukul jam 7 malam semalam.
menerusi sistem demokrasi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.
"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.
"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di Gua Musang hari ini.
Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini, berucap di hadapan lebih 30,000 orang yang mula menunggu ketibaan beliau sejak pukul 7 pagi di padang Pusat Sivik itu.
Perdana Menteri berkata kerajaan tidak boleh berkompromi dengan kumpulan tersebut yang cuba menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.
Beliau berkata dalam cubaan kumpulan terbabit menawan Dataran Merdeka, mereka telah bertindak ganas antaranya mencederakan anggota polis dan wartawan serta merosakkan kenderaan polis dan harta awam.
Semalam, Timbalan Ketua PKR Cabang Rasah, R Tangam merupakan orang pertama didakwa di mahkamah atas tuduhan melanggar perintah Mahkamah Majistret berhubung larangan menyertai perhimpunan yang bertukar ganas Sabtu lepas.
Hari ini, polis menyiarkan gambar 49 individu yang dikehendaki polis dalam akhbar-akhbar tempatan yang disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan sepanjang perhimpunan itu.
Perdana Menteri berkata kumpulan tersebut menyalahkan polis yang didakwa menyebabkan tercetusnya kekecohan pada perhimpunan tersebut.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar kumpulan itu agar bersaing melalui saluran pilihan raya.
"Kepada kumpulan ini, bersainglah di peti undi, kalau anak jantan bersainglah di peti undi.
"Saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis, tetapi perkara ini boleh dielakkan jika mereka hormati undang-undang yang diluluskan Parlimen," katanya.
Perdana menteri berkata kerajaan telah menawarkan lokasi yang sesuai untuk mereka berhimpun secara aman termasuk di Stadium Merdeka tetapi mereka menolak tawaran itu.
"Mereka tolak Stadium Merdeka kerana niat mereka itu, kalau negara harmoni dan semua dalam keadaan baik, mereka tidak boleh duduk di takhta Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Najib berbangga dengan orang ramai termasuk penduduk di Gua Musang, yang membanjiri padang Pusat Sivik itu, yang dapat berhimpun secara aman dengan semangat perpaduan yang tinggi tanpa mencetuskan keadaan huru hara.
"Saya tabik kepada orang Gua Musang, kita boleh beritahu pada puak yang berhimpun dekat Dataran Merdeka bahawa orang Gua Musang lebih bertamadun
daripada mereka.
"Mereka (penduduk Gua Musang) mencerminkan masyarakat madani, menghormati prinsip undang-undang dan tidak mahu kacau bilau," katanya.
- Bernama
'Najib takut guna Suhakam siasat kekejaman polis'
DAP
menyelar perdana menteri kerana mengenepikan Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia (Suhakam) dengan membentuk sebuah panel baru untuk menyiasat
laporan keganasan polis semasa BERSIH 3.0."Adakah Ia kerana kabinet bimbang penemuan Suhakam akan menjejaskan pasukan polis dan kerajaan, dan dengan itu, Najib cuba menubuhkan sebuah panel baru yang akan lebih 'bersimpati' kepada kerajaan?" tanya Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.
Pua (kanan) berkata, pengumuman kerajaan adalah "aneh" kerana ia
telahpun menubuhkan Suhakam di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 untuk mengendalikan perkara pelanggaran hak asasi manusia.
Oleh itu, tegasnya, mengapa Suhakam diketepikan apabila ia membabitkan penyiasatan penyalahgunaan hak asasi manusia oleh pasukan polis.
"Adakah pesuruhjaya yang sedia ada tidak cukup baik?" tanya ahli parlimen PJ Utara itu satu kenyataan hari ini.
'Belasah wartawan paling tragis sejak reformasi'
Tindakan
polis membelasah petugas media yang membuat liputan sewaktu BERSIH 3.0
Sabtu lalu, peristiwa paling tragis sepanjang liputan pelbagai
perhimpunan sejak 1998, kata Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar.Beliau yang juga aktivis kebebasan media berkata belum ada "keganasan paling sistematik" terhadap wartawan dalam tempoh kira-kira sepuluh tahun ke belakang walaupun insiden seumpamanya bukan perkara baru.
"Inilah kali pertama, dalam tempoh itu, antara tahun 1998 sehingga 2012, kali pertama kita melihat tindakan keganasan paling sistematik terhadap semua jenis wartawan.
"Pada 1998,1999 dan 2000, betul, polis ambil rakaman, polis rosakkan kamera, polis cabut rakaman video agensi (berita) luar, pijak depan orang ramai. Polis rampas kamera wartawan NST dalam peristiwa perhimpunan di Lebuh Raya KESAS pada 2000.
"Polis buat sekatan sepanjang lebuh raya... Tetapi belum ada peristiwa yang paling tragis terhadap wartawan sehinggalah Sabtu lalu," katanya dalam forum membincangkan keganasan polis dan pemadaman (blackout) berita di Kuala Lumpur malam tadi.
Sambil membaca senarai lebih 10 petugas media yang menjadi mangsa, Fathi menyifatkan perbuatan itu "paling sistematik" kerana turut melibatkan semua pihak, termasuk peguam.
"Ini yang kita dapat laporkan secara jelas. Tetapi saya percaya, ada berpuluh-puluh lagi petugas media yang verbally abuse pada hari kejadian.
"Mereka (polis) caci, maki, dan mengeluarkan kata-kata kesat bersifat perkauman, terhadap petugas media. Ini yang belum direkodkan," katanya.
Fenomena 'mobilisasi elit'
Fathi juga memuji tindakan akhbar berbahasa Cina yang menunjukkan solidariti kepada wartawan yang menjadi mangsa keganasan polis dengan memakai baju berwarna hitam sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia semalam.
"Ini kita salut kepada mereka... Ini atas sikap solidariti bersama dengan mangsa kekasaran (dan), keganasan polis.
"Mereka menghitamputihkan halaman (akhbar) sejak petang semalam (Rabu) lagi dengan meletakkan riben kuning untuk edisi petang surat khabar mereka," katanya sambil menambah ia berterusan sehingga petang semalam (Khamis).
Malah, kata Fathi, akhbar Sin Chew Daily semalam turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada mereka.
"Bayangkan kalau Utusan atau Berita Harian buat benda yang sama," katanya sambil diiringi gelak ketawa para hadirin.
"Kita belum nampak, Utusan, Berita Harian, The Star buat macam tu... Saya nak beritahu satu titik perubahan dalam sejarah pergolakan revolusi dan kejatuhan rejim dunia ini, akan berlaku saatnya perubahan seperti Sin Chew Jit Poh," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Beliau menyamakan fenomena itu seperti "mobilisasi elit" di Indonesia melibatkan gedung perniagaan besar menjelang kejatuhan Suharto sebelum ini, yang menyaksikan belahan sokongan kumpulan itu.
Bilik berita jadi hitam dan kuning
Hari
Kebebasan Akhbar Antarabangsa pada 3 Mei biasanya datang dan pergi
dengan sedikit keriuhan, tetapi lain pula halnya pada tahun ini.Semalam Malaysia menyaksikan satu percubaan terbesar oleh para wartawan untuk menyuarakan kebebasan akhbar dan mengambil pendirian keras terhadap kekasaran polis.
Bilik berita di seluruh negara menyaksikan ramai wartawan yang datang bertugas dengan berpakaian hitam - sebagai tanda protes, serta reben kuning - simbol yang digunakan untuk kebebasan akhbar.
Ia merupakan satu semangat perpaduan untuk belasan rakan-rakan mereka yang dikasari, diganggu dan diugut ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.
Malah, kebanyakan wartawan yang menghadiri satu sidang akhbar
polis di Kuala Lumpur semalam, berpakaian hitam, manakala jurugambar pula mengikat kain kuning di kamera masing-masing sebagai tanda perpaduan.
Beberapa wartawan yang bertugas The Star (kiri) dan akhbar-akhbar utama berbahasa Cina turut mengadakan hari 'Media in Black (MIB)' di tempat kerja mereka.
Dan gambar-gambar mereka dikongsi di laman rangkaian sosial peribadi Facebook dan Twitter, manakala media cetak Cina pula menyiarkan gambar-gambar yang sama di laman rasmi Facebook mereka.
Media cetak Cina, yang petugasnya paling ramai dikasari polis Sabtu
lalu, tampil bergambar beramai-ramai sambil memegang kain rentang kebebasan akhbar, di depan pejabat masing-masing.
Di stesen radio 988, deejay juga berpakaian hitam dan kuning, untuk bersama-sama rakan-rakan dari portal berita Malaysiakini, Merdeka Review, Free Malaysia Today dan saluran berita Astro Awani dan malah stesen TV kerajan - TV2 (foto di bawah).
Pembaca berita NTV7 Lee Siad Huey menulis di laman Facebooknya
bahawa rakan-rakannya di seksyen Mandarin memakai MIB, tetapi mengeluh kerana kurangnya sokongan daripada rakan-rakan mereka dari seksyen bahasa lain.
Di The Sun dan Malay Mail, di mana wartawan kedua-duanya didakwa dikasari polis Sabtu lalu, petugasnya juga berpakaian hitam, bersama reben kuning.
Malah, wartawam The Sun, Radzi Razak, yang dimasukkan ke hospital
kerana kecederaan yang dialami pada hari berkenaan, turut menyiarkan gambarnya berpakaian hitam untuk memperingati hari tersebut di Twitter.
Radzi (kiri) dan jurukamera al Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang dialami semasa
membuat liputan di perhimpunan tersebut. Azmi cedera diserang peserta. Radzi dibenarkan keluar hospital pukul jam 7 malam semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan