Posted on Sunday, May 06 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog Sharpshooter
Sdr Azmizam Ketua Amk Selangor yang baru telah membakar akhbar utusan meloya yang kini telah bertukar menjadi Utusex tanda protes.
Adakah Utusan mahu ambil alih majalah Playboy?
Memang dah lama kita boikot hingga Utusex adakala terpaksa beri secara percuma akibat jualannya merosot...tanda-tanda buang tebiat nak mampos la tu..
Sementara itu desas desus pilihanraya semakin hampir..sumber dalaman memaklumkan bahawa Najib akan mengadap Agong pada 10 Mei dan kemungkinan besar akan bubar pada 11 Mei tarikh lahir umno lama bukan umno yg baru..ikuti berita lanjut di http://penanginsight.com/content/facebook-parlimen-bubar-11-mei-pru-13-mula-27-mei
Pembaziran duit syiling baru negara, menyusahkan rakyat dan peniaga
Posted on Sunday, May 06 @ 12:25:24 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"Aduan Rakyat 5 Mei 2012 - Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan Bank Negara Malaysia mengeluarkan produk duit syiling negara siri yang ketiga. Siri duit syiling terbaru ini sangat mencerminkan keunikan Malaysia dari segi kepelbagaian kaum dan budaya.
Pada
hemat saya, tidak salah kita mengubah corak rekabentuk dan material
yang digunakan. Namun, sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pengguna
yang bertanggungjawab, saya ingin mengesyorkan supaya pengeluaran duit
syiling atau wang kertas negara ini yang baru, pada masa akan datang
hendaklah mengambil kira faktor saiz dan berat yang sama hendaklah
dikekalkan.
Maksudnya, walaupun
rekabentuk dan material diubah, namun berat dan saiz hendaklah
dikekalkan supaya kemudahan awam seperti telefon, mesin parking dan
sebarang peralatan yang menggunapakai wang kertas dan duit syiling sedia
ada tidak perlu dinaiktaraf dan pengusaha berkaitan juga tidak perlu
mengeluarkan kos yang tinggi bagi tujuan pelarasan ini.
Hal
ini penting diperhalusi bagi mengelakkan permasalahan yang timbul dalam
urusan seharian rakyat Malaysia, selaras dengan hasrat Kerajaan,
“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Besarlah
harapan saya sekiranya perkara ini mendapat perhatian pihak berkaitan
supaya banyak masalah dapat dielakkan dan penjimatan dapat dibuat. Islam
juga menggalakkan kita supaya mempermudahkan urusan, bukan menyukarkan
dan membazir itu juga amalan yang tidak baik.
Sekian, terima kasih.
By: H.A. Lim
Comment
Abjamal2
Kami
yang bersekolah di asrama juga menghadapi masalah besar kerana tidak
dapat mengunakan talipon awam disebabkan talipon awam yang ada di asrama
sekolah kami tidak menerima wang syiling baru. Perkara ini benar2
menyusahkan kami sebagai pelajar.
JANGAN TERGESA-GESA TARIK BALIK DUIT SYILING
SELEPAS
20 tahun, Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan siri ketiga
duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada 1 Januari 2012.
Siri ketiga duit syiling tersebut adalah bagi denominasi 5 sen, 10 sen,
20 sen dan 50 sen.
Itulah berita yang
tersiar di dalam Utusan Malaysia baru-baru ini yang pastinya mengundang
pelbagai kesan baik dan buruk terhadap masyarakat negara ini.
Saya
sebagai usahawan bumiputera yang berkecimpung di dalam perniagaan mesin
layan diri yang menggunakan duit syiling dan banyak lagi peniaga di
negara ini pastinya bimbang dengan berita ini.
Mana tidaknya mesin dan teknologi yang digunakan datangnya dari luar negara. Ia pastinya perlu ditukar dengan kos yang tinggi.
Sebelum
ini, ketika penggunaan syiling RM1 emas ditarik balik dari pasaran,
ketika itu saya terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk
membeli mesin baru bagi membolehkannya menerima syiling 50 sen, 20 sen
dan 10 sen.
Memang diakui sekarang ini
terdapat banyak syiling 50 sen palsu di pasaran yang dikenal pasti oleh
pihak bank. Tetapi penukaran semua syiling oleh pihak BNM pastinya akan
lebih membebankan.
Sepatutnya penguatkuasaan ditingkatkan dan penukaran bukan jalan mudah untuk menangani masalah ini.
Walaupun
pihak vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh
selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan
penggunaan duit syiling baharu itu tetapi kos penukaran pastinya jauh
lebih tinggi.
Sebuah alat pembaca duit
syiling sekarang bernilai hampir RM1,000. Bayangkan jika terdapat lebih
100 mesin yang perlu diubah suai.
Tambahan pula teknologi datangnya dari luar negara dan pasti akan mengambil masa lebih lama untuk proses ubah suai.
Bayangkan juga jika syiling ini ditarik balik dan mesin masih belum siap diubah suai, apa akan jadi kepada usahawan ini.
Saya
berharap jika kerajaan hendak menarik balik syiling daripada pasaran
perlulah pihak kerajaan menimbang secara serius untuk memberikan
insentif kepada kami yang terlibat.
Saya
ingin mencadangkan jika perlu ditukar juga syiling ini, saiz dan berat
syiling berkenaan dikekalkan cuma warna dan corak ditukar dan diletakkan
cip bagi mengelakkan pemalsuan.
Adalah diharapkan pihak rakyat didahulukan dan tidak seperti sekarang kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar.
Ingatlah, setiap tindakan yang bakal diambil akan melibatkan ramai pihak dan kos yang perlu ditanggung amat tinggi.
RAKYAT
Rawang, Selangor
BNM perkenal not, syiling baru http://www.hmetro.com.my/articles/BNMperkenalnot_syilingbaru/Article/
KANTOI! Perimekar Syarikat Agensi Pelancongan Boleh Beli Kapal Selam?
Posted on Saturday, May 05 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Jalan Pulang
Kertas pendakwaan sangat sulit yang kini berada di tangan pendakwaraya awam Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene ketika Menteri Pertahanan waktu itu yang kini Perdana Menteri, Najib Altantuya, menunjukkan bahawa syarikat Malaysia yang memperoleh kontrak, Perimekar Sdn Bhd rupanya hanyalah sebuah syarikat agensi pelancongan!
Pendedahan mengejutkan itu dinyatakan Pengerusi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Dr Kua Kia Soong sebentar tadi dalan satu sidang media ringkas di Kuala Lumpur.
Dr Kua yang berjaya memperoleh akses kertas pendakwaan secara eksklusif semasa berada di Paris, Perancis, dua minggu lalu menyatakan bahawa pendakwaraya Perancis sangat sibuk menyiasat skandal berkenaan sejak ia mula terbongkar pada 2009 sehingga ke hari ini.
Jelas Dr Kua lagi, mereka telah menemuramah pegawai-pegawai kementerian pertahanan negara itu yang terlibat secara langsung dalam kontrak pembelian sehingga kepada termeterainya perjanjian antara kerajaan negara itu dengan Malaysia.
Mereka juga telah memeriksa beberapa akaun peribadi dan akaun yang berkaitan dengan urusan pembayaran seperti yang telah didedahkan pada Khamis lalu oleh Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel di Kuala Lumpur.
Kesemua dokumen termasuk memorandum persefahaman, memorandum perjanjian jual beli, surat hasrat (letter of intent) serta invois dan akaun bank turut dibongkar yang menunjukkan penglibatan secara langsung orang kanan Najib Altantuya, Razak Baginda yang memiliki Perimekar.
Persolannya di sini, bagaimanakah sebuah syarikat yang berdaftar dengan agensi pelancongan dan tidak ada kena-mengena dengan bidang persenjataan jauh sekali ketenteraan boleh memperolehi bayaran lumayan berjumlah EUR2.3 bilion (RM7.1 bilion) di mana pendedahan pada Khamis lalu menunjukkan sekeping kertas faksimili tulisan tangan Najib Altantuya meminta DCN membayar EUR1 bilion (RM3 bilion) sebagai bayaran pertama, tidak termasuk EUR360,000 (RM1.2 juta) hanya semata-mata untuk berjumpa dengannya?
Sejak SUARAM membuat laporan secara rasmi pada 2009, lebih 153 dokumen dan bukti perjanjian pembelian kapal selam dirampas daripada pelbagai sumber, antaranya Thales International yang berpangkalan di Hong Kong serta pejabat DCN sendiri melalui pegawainya Henri.
Tidak mustahil siasatan selanjutnya bakal mendedahkan pula skandal antara DCN dan Kerajaan Perancis yang dilihat mendiamkan diri sejak penemuan skandal tersebut tercetus dengan pembunuhan misteri penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006.
JALAN PULANG via iPad2
Di Hari Jadi Altantuya, Najib terus dibayangi pembunuhan wanita itu
Posted on Sunday, May 06 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber KeadilanDaily
KUALA LUMPUR 6 Mei: Jika Altantuya masih hidup, hari ini genap 33 tahun usia wanita itu yang ditemui mati dibunuh dengan kejam di sebuah hutan di Puncak Alam, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
Altantuya dilahirkan pada 6 Mei 1978, anak kepada Shaaribu Setev-seorang profesor psikologi dan ibunya, Sh Altantsetseg.
Dibesarkan di St Petersburg Rusia sehingga 12 tahun, beliau mendapat pendidikan di Beijing China dan fasih berbahasa Mongolia, Inggeris, Rusia Mandarin dan Perancis.
Pembunuhan kejam wanita cantik itu, menggemparkan negara apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4, yang hanya boleh diperoleh dari kementerian pertahanan.
Tiga didakwa di mahkamah iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas. Manakala seorang lagi, Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dituduh bersubahat.
Bagaimanapun, Azilah dan Sirul dijatuhi hukuman mati 9 April 2009, manakala Razak dibebaskan oleh mahkamah tinggi pada 31 Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri.
Razak Baginda, yang juga merupakan seorang penganalisis politik, dikatakan mempunyai hubungan intim dengan Altantuya.
Beliau merupakan seorang broker dalam pembelian kapal selam Scorpene, oleh Tentera Laut Diraja Malaysia menerusi syarikatnya, Perimekar Sdn Bhd yang memperoleh komisyen lebih RM500 juta.
Dari situ kes pembunuhan kejam ini mengheret nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu menteri pertahanan.
Pada 3 Julai 2009, seorang penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam, bekas anggota polis cawangan khas dan pernah bertugas dengan Abdul Razak, membuat pendedahan mengaitkan Najib dalam kes itu.
Beliau membuat sidang media mengumumkan akuan bersumpah yang dirangka bersama peguamnya, Americk Singh Sidhu sebelum menukar akuan bersumpahnya sehari selepas itu.
Pada Mac lalu, Hakim dalam kes pembunuhan kejam itu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif pembunuhan yang dilakukan dua anggota polis tersebut dalam penghakiman penuh beliau.
Ia menimbulkan persoalan di kalangan rakyat dan pemerhati politik.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada April lalu mendakwa siasatan ke atas pembelian Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis pada masa ini, akan membongkar semula kes pembunuhan wanita berkenaan.
Mahkamah Perancis kini membuka siasatan ke atas skandal Scorpene yang dibeli dari syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima aduan NGO hak asasi di Malaysia, Suaram.
Mengulas mengenai misteri pembunuhan Altantuya, Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shahrin berkata, kes itu akan terus membayangi pentadbiran Najib Razak.
Ia katanya, merupakan satu kes paling aneh di dunia, apabila mahkamah tidak memutuskan motif pembunuhan.
“Ini kes penting melibatkan wang rakyat di mana penglibatan tokoh besar dalam negara dan berkaitan rasuah.
“Rakyat khasnya anak muda mahu tahu misteri di sebalik kematian wanita ini. Jika beliau masih hidup, usianya kini ialah 33 tahun,” katanya yangpernah menghasilkan buku bertajuk ‘Di Sebalik Pembunuhan Altantuya’.
Badrul berkata, jika kes itu dirungkai semula, ia akan mendedahkan lebih banyak kes-kes yang berkaitan dengan skandal melibatkan Najib Razak.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29981
Najib menggelabah, keluar kenyataan tidak masuk akal
Posted on Sunday, May 06 @ 10:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Cina Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat sudah dalam keadaan menggelabah dan bercakap diluar kotak pemikiran yang waras apabila berhadapan dengan gelombang ratusan ribu rakyat yang menolak sisitem PRU yang kotor sekaligus menolak kepimpinan beliau.
Selepas seminggu Himpunan Bersih 3 beliau memberi reaksi dan komen dengan melemparkan pelbagai tohmahan yang melucukan terhadap rakyat yang telah berhimpun dan ulasan beliau sebenarnya telah meranapkan nama baiknya kalau masih ada dengan menuduh rakyat mahu melakukan rampasan kuasa ala revolusi dengan menakluk Dataran Merdeka untuk mengguling kerajaan.
Terlalu
lambat beliau bercakap mengenai tuduhan yang dilemparkan dan respon
ini telah menyerlahkan dirinya yang gagal menilai kemahuan serta
keinginan rakyat yang sebenarnya.
Tsunami
politik 2008 adalah sebaik-baik pengajaran yang boleh diambil BN untuk
mereka berubah, malangnya ia dipersiakan dan dibuang begitu sahaja,
tidakkah Najib sedar bahawa ramai pemimpin BN sendiri ada yang telah
keluar meninggalkan BN, terakhir Tan Sri Abdul Kader Sheikh Fadhil telah
keluar kerana kepincangan UMNO dan BN itu sendiri.
Penyelewengan
dalam pentadbiran Negara oleh BN antara penyebab parti ini semakin
lesu menunggu rebah termasuklah isu-isu yang gagal mencapai kata
sepakat seperti pemansuhan ISA, mereka (Najib dan juga Hishamuddin )
tidak sependapat samada mansuh ataupun tidak.
Begitu
juga isu Hudud, Chua Soi Lek sehingga mengugut untuk keluar BN jika
Umno laksana undang-undang tersebut di Malaysia sehingga menyebabkan
Najib Razak mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dari lidah
seorang muslim bahawa BN tidak akan laksana Hudud atas alasan realiti
semasa dan amat menyedihkan apabila Menteri yang menjaga portfolio
agama di JPM Putrajaya mengambil sikap membisu dalam isu perkara pokok
agama Islam ini.
Najib Razak seboleh-bolehnya
ingin menegakkan benang yang basah dengan menyatakan bahawa parti BN
sedang berada di tahap yang mantap, kukuh dan ada sokongan padu.
Hakikat
parti Umno BN sedang berpecah dari dalam tidak dapat dinafikan lagi,
retak dari dalamnya terlalu banyak, kerja-kerja baik pulih parti terlalu
banyak sehingga didengari oleh orang luar, begitulah perumpaman yang
dapat digambarkan keadaan semasa Umno.
Rakyat
tidak boleh memberi peluang lagi kepada parti Umno BN yang lemah
mentadbir Malaysia kerana kesanya negara dan rakyat akan semakin
mundur, PRU13 adalah detik untuk beri peluang kepada Pakatan Rakyat
meneraju pentadbiran Negara, berdasarkan rekod di 4 negeri selama 4
tahun selayaknya PR diberi peluang sebagai Kerajaan negeru dan Pusat.
6 Mei 2012
Drs. Khallil Idham Lim
ADUN Titi Serong.
Najib kata popular, tapi kenapa dikeluarkan surat arahan untuk hadir kemajlis di
Posted on Friday, May 04 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Anak Sungai Derhaka
Najib kata UMNO/BN kini telah mendapat sokongan rakyat kembali, ini berikutan dengan sambutan rakyat yang diterima oleh Najib dalam setiap program yang dijalankan oleh UMNO/BN.
Laporan dari Bernama pula mengatakan dalam lawatan kerja sehari ke negeri Kelantan hari ini, lebih 30,000 orang telah mula menunggu ketibaan Najib sejak pukul 7 pagi di padang Pusat Sivik bagi merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan.
Popular betul Najib rupanya.. hinggakan 30,000 sanggup menunggunya dari pukul 7.00 pagi..
Tapi kalau dah popular kenapa kena ada kerahan untuk hadir keprogram Najib?
Jika selama ini kita biasa melihat surat-surat pekeliling yang mengerahkan seluruh Cikgu-cikgu dan Pensyarah-pensyarah untuk hadir dalam program Najib..
Kali ini para pelajar pula menjadi mangsa kerahan untuk meramaikan hadirin dalam program Najib.. Kat bawah ni surat kerahan untuk pelajar Politeknik bagi hadir ke program yang dirasmikan oleh Najib itu..
Kat bawah ni pula cerita pasal program Najib juga di Kelantan..
Program Najib di TEMAN, Wakaf Che' Yeh Dapat Sambutan 1Malaysia..!
Gua tak dapat sampai ke lokasi Program Pelancaran TEMAN oleh PM Najib sebab jalan terlalu sesak & gua pulak cuba nak tunjuk hebat pergi dengan kereta. Hahaha...
Akhirnya gua terjelepok di tengah bendang Baruh Tunjung tempat Tapak Projek Padi Organik Kerajaan Negeri Kelantan.
Dekat sana gua jumpa 2 orang brader yang datang jauh dari Pendang, Kedah. Masa gua sembang dengan brader tu gua dapat cerita bagus.
Brader tu datang dari Pendang, Kedah dengan rombongan 32 bijik bas yang DITAJA SEPENUHNYA oleh MADA untuk hadir ke program TEMAN di Kelantan.
Setiap peserta yang ikut rombongan tersebut dibayar sebanyak RM100.00 setiap seorang. Katanya mari dari MADA je 32 bijik bas, dari Jabatan lain termasuk LPP pun ada jugak tapi x tau jumlahnya berapa bijik bas. Semuanya FULLY SPONSORED by UMNO/BN.
Pengunjung program TEMAN dikerah dari serata Negara Malaysia hingga ke Johor. Target pengunjung program TEMAN ialah sebanyak 70.000 hadirin, penganjur langsung tak harap orang Kelantan akan hadir ke program tu jadi di kerah rakyat dari seluruh Negara di bawah sponsorship UMNO/BN supaya tarrget 70.000 hadirin tercapai.
Best kan..? Akhirnya UMNO/BN Kelantan sendiri sedar bahawa orang Kelantan sendiri tolak UMNO/BN & mereka terpaksa kerah rakyat Negeri luar yang DIBIAYAI & DIBAYAR kehadirannya supaya Program yang dihadiri oleh PM Najib dilihat berjaya.
Diceritakan oleh Topeng Perak

Orang Pahang pun dah Mula Menyampah Dengan Najib - Ni Dia Bukti
Posted on Sunday, May 06 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog Wargamarhean
KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak (foto) itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan. "Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung.
Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir. Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan.

Najib sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir
Menipu dan terus menipu
Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu
Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan
Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora
[Sungguh
memalukan melihat senario yang berlaku ini. Sering saja kehadiran Najib
dalam mana-mana acara keramaian seperti ini di Kuantan akan disambut
dengan hujan lebat dan ribut. Sebelum ini kejadian yang sama melanda
tapak Hari Koperasi Negara di Padang MPK2 pada tahun lalu. Semua ini
mungkin ada hikmahnya. Namun, ia jelas mengganggu kelancaran program
yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia itu. Jika di Himpunan Bersih
3.0 baru-baru ini para peserta dihujani dengan air "water canon" dan
"gas pemedih mata". Kini program Najib di Kuantan dihujani dengan "hujan
lebat" linangan air mata rakyat ketika mereka dibelasah oleh pihak
polis di Bersih 3.0 itu dulu. Kini bagai sudah ditakdirkan, program
Najib tidak menjadi dan hambar. Hanya beberapa kerat kakitangan kerajaan
yang dipaksa hadir dan penyokong UMNO BN yang kelihatan. Sepatutnya,
kehadiran adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan, tambahan
pula ia melibatkan program Najib itu sendiri].
.....
http://wargamarhaen.blogspot.com
.....
http://wargamarhaen.blogspot.com
Keberangkalian Umno menjadi pembangkang adalah tinggi
Posted on Sunday, May 06 @ 17:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Aspan AliasThe Malaysian Insider6 MEI — Kali ini saya teruskan lagi tentang perlunya kerajaan diubah, dianjak dan di alih, kalau boleh sebelum pilihanraya umum. Sambutan himpunan Bersih menunjukkan sokongan kepada perubahan dan rakyat tidak lagi mahu menerima pujukan kerajaan dan pimpinan hari ini agar mereka diberikan sekali lagi sambungan untuk memerintah negara kita yang kaya raya tetapi disalah tadbir ini.
Apa pun kata pihak media massa arus perdana jumlah peserta himpunan Bersih 3.0 tetap jauh melebihi 200,000 orang. Siapa pun boleh nafikan angka ini, tetapi itulah angka yang sebenarnya. Tetapi angka itu tidak penting. Yang penting dalam pilihanraya kali ini BN akan sampai penghujung hayatnya untuk mentadbir negara kita setelah memerintah begitu lama yang membuatkan pemimpin-pemimpin mereka menjadi seperti orang yang kufur nikmat.
Mahu tidak mahu kita mesti terima hakikat yang Bersih 3.0 telah berjaya besar yang tidak disangka-sangka. Pihak BN boleh berkata mengikut apa yang mereka mahu dengar tetapi hakikatnya rakyat telah membuat keputusan yang ‘conclusive’; iaitu, untuk menggantikan BN, justru rakyat akan ditadbir oleh kerajaan baru. Seperti yang saya sebut dalam posting saya beberapa hari yang lalu sokongan terhadap Bersih 3.0 Sabtu lepas memberikan ‘signal’ yang rakyat akan diperintah oleh pihak ‘alternative’.
Sesungguhnya, apa pun yang dilakukan oleh Najib dan barisan pimpinan negara, majoriti rakyat Malaysia sudah kehilangan keyakinan terhadap BN. Persepsi majoriti rakyat terhadap BN sudah sampai keperingkat optima dan tidak ada jalan lagi untuk BN diyakini oleh rakyat yang ramai ini. Semalam saya berada di Terengganu dan sebahagian yang mendengar ceramah yang saya sampaikan itu adalah dari mereka yang baru pulang dari Kota Baru kerana mereka diberikan bas dan berbagai-bagai kemudahan untuk menyambut PM Najib di sana.
Rakyat tahu yang pimpinan hari ini tidak akan mampu melakukan perubahan yang baik kerana kecelaruan yang dialami oleh rakyat adalah hasil dari sikap kufur nikmat yang keterlaluan jelasnya. Secara saikologinya rakyat sesungguhnya sedang menukar ‘mindset’ mereka untuk bersedia menerima perubahan kepada kerajaan baru negara.
Perubahan kerajaan dalam sistem demokrasi adalah ‘normal’. Hanya dinegara ini sahaja pertukaran kerajaan akan di alami oleh rakyat buat kali pertamanya selepas pilihanraya yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Jika sudah biasa dengan pertukaran kerajaan dan pentadbiran bertukar ganti maka dengan ‘natural’nya akan berlaku sistem dua parti dinegara ini.
Penjawat awam juga tidak perlu runsing kerana jika BN kalah dalam PRU kali ini, penjawat awamnya adalah pegawai-pegawai dan kakitangan yang sama. Malahan Polis yang membedil rakyat dengan gas pemedih mata itu pun akan kekal. Oleh itu pihak polis dan penjawat awam tidak perlu resah gelisah dengan pemindahan kuasa dari BN kepada PR.
Saya menyebut ini kerana saya hendak memberi tahu semua pihak yang ‘there is life after the demise of Umno’. Tidak lama lagi kita akan mendapat bukti yang jika Umno diketepikan rakyat akan berpeluang dan mempunyai harapan yang perubahan kepada kehidupan mereka yang lebih terjamin akan dibuktikan. Masa itu nanti baru lah rakyat tahu yang mereka tidak akan terjejas kehidupan walaupun Umno akan tidak lagi berkuasa.
Peluang untuk Umno kekal dalam kuasa adalah tipis walaupun bukan mustahil. Umno selama ini hidup di atas kebijaksanaan mereka membohongi rakyat dengan retorik lapuknya. Maklum sajalah berbohong itu merupakan satu perkara yang telah menjadi makanan kepada Umno dan BN.
Umno sekarang sedang dalam kekalahan walaupun mereka berpengalaman dalam mengelirukan rakyat. Perang saikologi yang dilakukan oleh media massa seperti TV3 tidak pergi kemana kerana rakyat begitu jemu mendengarnya. Malahan TV3 pun sudah tidak lagi mujarab untuk mengubah hati rakyat yang telah tercalar oleh tingkah laku Umno dan BN sejak beberapa ketika dahulu.
Segala institusi demokrasi yang telah diporak perandakan oleh pemimpin Umno sejak hampir tiga dekad dahulu akan pasti dipulihkan imejnya selepas Umno tidak lagi berkuasa di Putrajaya. Polis yang menendang dan memukul peserta Bersih baru-baru ini akan sampai masanya untuk mengetahui yang mereka juga akan terus berkhidmat dan masa itu nanti barulah mereka (polis) yang sesiapa pun memerintah kedudukan mereka tidak akan terjejas.
PDRM sebaliknya akan merasakan yang mereka tidak didendami walaupun mereka pernah berlaku zalim kepada rakyat yang membayar gaji mereka dan bayaran pencen mereka. Sementara keadaan itu berlaku PDRM janganlah bersikap angkuh jika ada lagi himpunan rakyat serperti Bersih 4.0 misalnya. Tidak perlulah menyelitkan agen ‘provocateur’ dalam perhimpunan Bersih jika ia berlaku lagi.
TV3 juga akan tetap kekal dan tidak payah lagi membodek kerajaan baru nanti. Pengurusan Media Prima tidak payah hendak bertanya kepada pihak berkuasa macam mana hendak spin berita-berita tentang Umno yang akan menjadi parti pembangkang Mereka dari sekarang boleh lah berlatih untuk menjadi pengamal media massa secara professional, dan tidak payah mengampu lagi.
Semasa itu nanti kita berharap pendokong Umno tidak lagi mencarut dan membabikan pihak lain atau menjatuhkan hukum murtad kepada pihak lain. Berbuat baiklah sambil kita bersama-sama memperbetulkan diri dan melakukan intropeksi yang secukupnya. Saya bukan hanya menyeru orang lain untuk berubah kepada kebaikkan ini. Saya juga menyeru kepada diri saya sendiri untuk melakukan perkara yang sama.
Yang terpenting sekarang ini melakukan perubahan adalah satu perkara yang sangat mendesak kerana jika tidak dilakukan sekarang tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada rakyat dan negara kita ini pada masa-masa yang akan datang. — aspanaliasnet.blogspot.com
Nyalakan lampu kenderaan anda Sabtu dan Ahad
Posted on Sunday, May 06 @ 16:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog Sharpshooter
SHARING IS CARING! BERSIH 3.0 MENYERU RAKYAT MENYALAKAN LAMPU KENDERAAN SABTU INI PADA WAKTU SIANG DI SEKITAR KUALA LUMPUR DAN DI SELURUH MALAYSIA SEBAGAI SILENT PROTEST DARI RAKYAT TERHADAP KEKEJAMAN PIHAK POLIS DAN PEMERINTAH DALAM BERSIH 3.0 SABTU LALU..
KUNINGKAN LAMPU KENDERAAN ANDA DI SIANG HARI SABTU DAN AHAD.
PEACE NO WAR! :)
JIKA ANDA SETUJU, SILA SEBARKAN MAKLUMAT INI..
-Switch on your headlights this Saturday and Sunday to shine a light on and highlight our aspirations for a clean, fair and transparent election process.
C'mon you people. let's participate please.
KUNINGKAN LAMPU KENDERAAN ANDA DI SIANG HARI PADA HARI SABTU DAN AHAD.
SILA SEBARKAN MAKLUMAT INI..
SPR, JPN Dan UMNO/BN Punca Wujudnya Bersih 1,2 & 3
Posted on Sunday, May 06 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: Tok Janggut
Setelah berbagai halangan, fitnah, ugutan dan hasutan dibuat oleh puak UMNO supaya rakyat tidak menyertai himpunan Bersih 3 baru-baru ini tetapi tidak dilayan dan dihiraukan malahan pertambahan jumlah rakyat yang bangkit bersama himpunan itu benar-benar mengganggu tidur puak UMNO sehinggakan ada yang melatah, meroyan dan mengigau serta meracau disiang hari dengan merekacipta fitnah seperti biasa bahawa himpunan itu bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, ingin mencetuskan huru hara dan ada pula ulama sampah mereka membuat fatwa yang dirujuk dari kitab perlembagaan UMNO bahawa haram hukumnya menentang kerajaan zalim, penipu, perasuah, perompak dan penindas seperti UMNO itu. Inilah antara ulama yang disebut dalam Quran yang akan masuk ke neraka dalam keadaan perut terburai nanti.
Apakah mereka semua yang mengutuk himpunan bersih 1,2 & 3 itu menyangka bahawa semua peserta itu suka-suka, untuk berseronok, saja-saja atau hanya untuk meramaikan bandar kota Kuala Lumpur itu? Sehinggakan sanggup meninggalkan kerja seharian, disimbah asid, ditembak dengan gas pemedih mata, dibelasah, diterajang, dipijak dan ada yang terpaksa masuk hospital itu? Apakah mereka yang menuduh dan menghina peserta bersih ini sebenarnya sudah buta hati, buta mata, pekak telinga kerana perut mereka selama ini telah disumbatkan dengan makanan dan minuman dari sumber yang haram dan subahat anugerah dari UMNO? Sepatutnya mereka bertanya, mengapa bersih itu diadakan apa sebenarnya tujuanya?
Apakah mereka ini tidak sedar atau pura-pura tidak tahu bahawa selama ini kita ditipu oleh UMNO dalam setiap pilihanraya dengan bantuan JPN dan SPR? Sejak zaman Mahathir berkuasa, UMNO menang pilihanraya dengan ccara tidak sah, menipu daftar pengundi, mengangkut rakyat asing sebagai pengundi dan seorang pengundi UMNO boleh mengundi lebih dari satu tempat. Apakah ini halal disisi Islam wahai tuan Mufti? Najib mencabar pembangkang berdepan dalam pilihanraya secara anak jantan. Siapa yang pondan selama ini? Apakah kemenangan Najib di Pekan itu secara sah atau menipu dengan manipulasi undi pos dari kem tentera dan rakyat luar yang dipindahkan ke kawasan Pekan itu? Pembangkang memang bertanding secara anak jantan sejak dulu hingga sekarang, tiada penipuan atau bantuan dari JPN dan SPR. UMNO itu sebenarnya yang pondan dan bacul!
Kecederaan polis dalam himpunan bersih diperbesar-besarkan tetapi tidak diceritakan apa puncanya yang menyebabkan polis itu cedera? Apakah polis diberikan lesen untuk membelasah rakyat yang tidak bersenjata, tidak melawan dan tidak berdosa tetapi apabila ada sebilanganya yang sudah tidak tahan cuba melawan sebagai mempertahankan diri tetapi dikata cuba menyerang polis dan ditangkap dan dibelasah lagi? Ini bermakna seolah-olah undang-undang negara kita ini tidak boleh rakyat membalas serangan atau kezaliman samada dilakukan oleh pihak polis atau dipihak pemerintah serta UMNO ke atas rakyat. Jika dibalas akan dituduh menentang penjawat awam dari menjalan tugas (polis), dituduh menderhaka dan ingin mengguling kerajaan. Ini undang-undang apa? Kerajaan apa? Puncanya, mengapa yang polis sedap-sedap dengan dengan begitu mudah untuk membelasah rakyat? Jenayah apa yang dilakukanya? Mengapa pemimpin negara dan puak UMNO yang kerjanya membalun harta rakyat, balun rasuah, roboh rumah Allah dan rampas tanah rakyat tidak dibelasah atau dipijak-pijak oleh polis?
Ingatlah, jika benar rakyat ingin menggulingkan kerajaan atau ingin menyerang polis, sudah pasti mereka tidak akan datang dalam perhimpunan itu dengan tangan kosong. Mereka boleh menyerang polis sebelum disembur air asid dan gas lagi. Mereka boleh berkumpul dalam 100 orang atau 200 orang untuk menyerang polis-polis yang sedang membelasah peserta bersih, jika mereka mahu. Dan kita boleh melihat mayat siapa yang banyak bergelimpangan atau memenuhi bilik-bilik ICU di hospital sekitar bandar Kuala Lumpur itu. Tetapi bukan itu tujuan mereka datang ke perhimpunan bersih 1,2 & 3 itu. Mereka berkumpul kerana sudah tidak tahan dengan penipuan yang dilakukan oleh UMNO dengan bantuan JPN dan SPR dalam setiap pilihanraya.
DSAI dijadikan sasaran kononya beliau agen Yahudi, kaki liwat. Apakah Najib itu bersih dan suci? Tuduhan terhadap DSAI tiada bukti, hanya rekaan tetapi tuduhan terhadap Najib yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, rasuah pembelian kapal selam dan banyak lagi jika disiasat yang boleh meranapkan dan menggadaikan negara tidak pula diambil peduli? Rakyat jenis apa semua ini? Itu belum didedahkan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO lain samada di Pusat atau di negeri-negeri. Besekongkol dengan Zionis dengan membekalkan sawit dan mengambil APCO sebagai penasihat kerajaan. Inilah sebenarnya pengkhianat, penderhaka dan ingin menghancurkan negara. Mengapa ini tidak dikutuk, diminta ambil tindakan atau diminta letak jawatan? Ini soal maruah negara, kedaulatan negara dan keselamatan negara! Asyik-asyik isu seks DSAI dan pemimpin PR lain yang direkacipta dan didedahkan. Apakah Najib dan pemimpin UMNO lain itu tidak pernah terlibat dengan seks bebas atau zina? Jika tidak percaya minta semua pemimpin UMNO bersumpah laknat seperti yang selalu disebutkan oleh puak UMNO terhadap DSAI selama ini. Mereka jadikan Ambiga sebagai isu keran menokong LGBT, sedangkan anak Mahathir pun menyokong juga LGBT, mengapa tak dikutuk sama? Ambiga anti Islam, apa bezanya dengan Mahathir dan Najib yang selalu menghina syariat Allah dan Sunnah Nabi itu?
Oleh itu, bukalah mata melihat mengapa rakyat kini sanggup bangkit walaupun di layan sebegitu rupa. Mereka inilah sebenarnya wira negara yang bangun untuk mengajak rakyat menyelamatkan negara dari UMNO dari jatuh bangkrap, tergadai dan hancur. Jika tidak kerana kerja khianat dan penipuan yang dibuat oleh UMNO dengan bantuan JPN dan SPR, tidak perlualah rakyat berkumpul, berhimpun dengan sedemikian rupa. Elok saja mereka duduk dirumah bersama keluarga. Tetapi demi negara tercinta, mereka sanggup disiksa hatta jika terpaksa menggadaikan nyawa demi menyelamatkan negara dari UMNO celaka dan durjana. Maka dengan itu sedarlah semua bahawa Bersih 1,2 dan 3 ini wujud adalah berpunca dari UMNO, JPN dan SPR yang menipu PRU dengan bermaharajalela semata-mata untuk pastikan UMNO celaka terus berkuasa. Akhirnya rakyat jadi mangsa dan negara hilang maruahnya. Menentang kerajaan yang zalim ,penindas, penipu adalah wajib, bukanya berdosa wahai tok mufti puaka. Bersih menuntut satu pilihanraya yang bersih, jika yang bersih dikutuk, dikatakan haram, maknanya golongan yang menentang bersih ini sukakan benda yang kotor dan jijik.
Himpunan bersih yang mahukan pilihanraya bersih dikatakan memalukan negara kepada negara luar tetapi mereka tidak malu mempunyai seorang Perdana Menteri yang terlibat dengan rasuah beratus juta ringgit dan dikaitkan dengan pembunuhan warga Monggolia dan mempunyai seorang isteri yang buruk akhlaknya. Inilah sebenarnya yang kita patut malu. Akhlak puak UMNO dan Presidenya lah yang sebenarnya telah memalukan negara kepada dunia luar.Wallahualam.
Betulkah mempertahankan UMNO itu lebih utama dari mempertahankan hukum Tuhan?
Posted on Friday, May 04 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Aspan Alias
Saya terbaca berita dari Malaysiakini dan saya tertarik dengan isu bukti yang melibatkan PM Najib dalam pembelian dua buah kapal selam Scorpene dari DCNI Perancis yang dihebohkan oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa. Isu Scorpene ini telah menjadi buah mulut rakyat sejak beberapa tahun yang lalu di mana-mana kita duduk dan berbincang-bincang soal negara kita.
Oleh kerana ia melibatkan duit rakyat yang berbillion, ia sudah tentulah menjadi isu yang sentiasa dibibir rakyat yang kini sedang melakukan ‘soul-searching’ dalam pilihanraya yang akan datang ini. Isu Scorpene ini adalah salah satu dari isu untuk rakyat menjadikan isu penentuan dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Tahukah anda siapa mangsa terbaru utusan porno?
Posted on Sunday, May 06 @ 12:27:38 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: sofiwahab
"Akhbar pencacai Umno iaitu Utusan Porno akan terus menggunakan taktik memfitnah pimpinan PR dengan tuduhan berzina, liwat dan sebagainya. Utusan ini akan meletakkan berita-berita fitnah ini di muka depan siap dengan gambar porno dan lucah.
Kalau sebelum Anwar dan Azmin menjadi mangsa Utusan Porno yang tidak tahu halal haram, siapa mangsa seterusnya.? Cuba teka. Ketua Pengarang dan Editor Utusan Porno tidak pernah gentar dan takut dengan fitnah walaupun mereka tahu membuat fitnah lebih bahaya dari membunuh. Fitnah dalam media lebih hebat kerana selagi fitnah itu menjalar dalam pemikiran pembaca selagi itulah mereka menanggung dosanya. Bayangkan berapa ramai yang membacanya. Bagaimana Ketua Pengarang, Editor dan orang yang terlibat dengan Utusan Porno ini hendak menjernihkan pemikiran pembaca yang telah termakan dan percaya dengan fitnah tersebut.
Cuba teka siapa yang akan difitnah selepas ini?
1) Mohamad Sabu
2) Saifuddin Nasution
3) Salahuddin Ayub
4) Rafizi Ramli
5) Mahfuz Omar
6) Husam Musa
dan ramai lagi.......hati-hati wahai pemimpin PR jangan kamu masuk perangkap Utusan Porno. Setiap gerak langkah kamu diintai dan dipantau.....mereka tunggu masa nak ngap sahaja!!!!!!!!!!!
Berita panas lain di http://mutaligat.blogspot.com
Panas!!Azwan Ali Mengamuk Dalam Twitter Lagi...
Posted on Sunday, May 06 @ 02:15:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: usamah
"Aku hairan la dengan pompuan nih.Sanggup mempergunakan ibu sendiri demi mencapai cita-cita politik.Sanggup menggunakan politik kotor mengheret ibu yang uzur tua bagi memburukkan anak sendiri dalam media sex.Aku yakin kenyataan yang dibuat oleh ibu tua ni bernsur politik dan ada orang politik Umno yang mendalangi segmen nih..Tambahan pula gambar lucah individu mirip azmin Ali kini tersebar luas di media-media Umno terutamanya Surat khabar Lucah Umno UTusex Meloya.
Dengan kebiadapan perempuan yang bernama Ummi hafilda nie telah membangkitkan kemarahan dan kebencian yang amat sangat kepada saudaranya Azwan Ali.Baru-baru nih aku tengok dah berbaik 2 orang nih.Tapi aku yakin azwan ali berbuat demikian disebabkan terpaksa untuk menjaga hati ibunya dan mungkin juga diugut oleh individu..Perbuatan terkutuk Perempuan yang dahulunya digelar oleh Azwan Ali dengan"BN"Betina NEraka telah menaikkan marah azwan dalam twitternya.
Bukti KUKUH kelantan negeri paling kaya di MALAYSIA
Posted on Saturday, May 05 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: rajaibrahimpetra96
"NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
Entri Bukti Kukuh KELANTAN Negeri Paling Kaya di Malaysia ini merupakan kumpulan cerita benar yang disampaikan melalui rakan-rakan blogger yang pernah menjejakkan kaki ke negeri di bahagian pantai timur negara tersebut.
Dan kisah pengalaman mereka ditulis tanpa sebarang kepentingan politik sebaliknya atas dasar berkongsi informasi yang tepat dan benar dengan orang ramai yang kini banyak dikaburi dengan penipuan media massa terutamanya televisyen dan semua Bukti Kukuh KELANTAN Negeri Paling Kaya di Malaysia dipadamkan 100%.
Fakta Kelantan Paling Kaya
Ok.... ramai duk kate Kelantan nie negeri yang paling miskin.... Negeri yang paling mundur... negeri yang tak membangun sejak bertahun-tahun... Pastu ada pulak digembar-gemburkan mengatakan dengan fakta-fakta yang Kelantan nie sememangnya negeri yang paling miskin di Malaysia nie!
Tapi betul ker? Aku tak tau sangat pasal nie...Macam mana pengukuran kemiskinan sesebuah negeri tu diukur... Dari segi projek pembangunan infrastruktur ke? Dari segi pembangunan rumah flat ke? Atau dari segi kemewahan rakyat tu sendiri? Orang yang terlibat je tau ye dak? Tapi aku nie orang Kelantan... Aku selalu balik ke Kelantan...Dan aku tengok dengan mata aku sendiri KEADAAN SEBENAR orang-orang Kelantan.... Nak tau keadaan sebenar penduduk Kelantan? Ni la FAKTA....bukan AUTA!
Kat Kelantan sememangnya masih banyak perkampungan.... Kalau nak banding dengan negeri-negeri lain... Aku rasa Kelantan masih banyak kawasan kampung-kampung... Nampak mundur la di mata orang yang tak tau kan.... Tapi cuba tanya depa sendiri.... Berapa ekar tanah hak milik depa? Rumah yang depa duduk tu... rumah sewa ke rumah sendiri?? Walaupun nampak buruk di luar... cuba masuk dalam tengok.... Siap ada Home Theatre lagi...Lengkap astro dan kipas pakai remote lagi.... Sumernyer bayar cash! Cuba selidik kawasan korang... Umah cantik tersergam indah... tanah cukup-cukup untuk ruangan rumah jer...Umah sewa kaa sendiri??? Tanah berapa butir je hak milik sendiri? Barangan dalaman rumah dah habis bayar belum? Adakah kebanyakannya hasil dari bayaran bulanan? Courts mammoth? he he he...
Ok.... tu pasal rumah.... Skarang tengok dekat wanita-wanita pulak.... Kalau pegi pasar ker....pegi Kota Bharu dekat Pasar Siti Khadijah tu.... Makcik-makcik yang jual sayur tu.... Siap pakai gelang emas tu... Emas pulak bukannya nipis-nipis...tebal dan berat... Agak-agak berapa harga gelang tu? Korang boleh beli tak? Cincin lagi.... tiga empat jari penuh dengan cincin.... Jual sayur jer... bukannya jual insuran ke haper...
Pastu cuba korang pusing-pusing Kelantan sendiri.... Bila nampak rumah banglo... Cuba pegi jap menyamar jadi pembanci rumah.... Cuba tengok sape yang duduk...Melayu ke Cina ke India..... Aku berani cakap... 90% rumah-rumah yang korang serbu tu.... kepunyaan melayu...orang tempatan.... Cuba korang buat dekat negeri korang....:) Agak-agak berapa peratus jer hak milik melayu....10%? 15%?
Bagi yang berpendapatan lebih kurang RM2000..... Cuba hidup kat Kelantan tengok.... Buat eksperimen selama tiga bulan ker... Cuba tengok boleh survive ke tak..... Aku jamin... Korang MEWAH dengan pendapatan RM2000 tu kalau di Kelantan..... Cuba korang compare dengan keadaan korang yang hidup di kotaraya nie.... RM2000 tu cukup tak? Ke kena ikat perut? Makan megi hari-hari? he he he...
Jadi dengan sedikit fakta-fakta depan mata nie..... Korang boleh pikir sendiri la kan..... Kalau la betul Kelantan nie negeri paling miskin... Tapi apa kepentingan kekayaan sesebuah negeri tu untuk RAKYATNYA?? Aku tengok rakyat Kelantan cukup mewah dengan kehidupannya... Kaya dengan tanah (harga tanah makin naik..tak penah turun..maknanya depa makin kaya!!!) Kaya dengan barangan kemas (emas pun tak penah turun harganya..Maknanya makin kaya!!!)... Masyarakat yang hidupnya cukup lengkap dengan kemudahan asas hak milik sendiri (rumah, kebun, barangan asas, dll) Bukan ker tu yang sepatutnya rakyat sesebuah negeri tu dapat?
Aku tak tau pasal negeri mana paling miskin negeri mana yang paling kaya.... Tapi yang aku tau... Orang Kelantan ramai yang dah cukup mewah... Yang miskin pun tetap lebih kaya berbanding dengan kebanyakan masyarakat kita... Depa miskin duit... Tapi kaya... sebab rumah dan tanah depa ada.... Hutang pun takde.... Kita? Duit banyak...Tapi tanah tempat tinggal takde...rumah sewa jer... Segala-galanya bayar loan (HUTANG)... Perlu ke berdabik dada?
Biarla orang nak kata kelantan negeri termiskin... Tapi rakyatnya kaya... Buat apa negeri kaya tapi penduduk setempat sebidang tanah pun takde... Macam dianak tirikan jer... Segala-galanya perlu disewa....segala-galanya perlu berhutang.... nak jadi hak milik...kena bayar berlipat kali ganda mahalnya.... Hanya golongan kaya je mampu.... Golongan kebanyakan ? Yang dapat kecapi kemewahan negeri kebanyakannya orang-orang tertentu jer... Rakyat biasa macam aku nie? So...apa kepentingan skala kaya dan miskin sesebuah negeri? Apa yang lebih penting?? :) Korang fikirlah sendiri k.."

Pendakwa mendapati Najib telah meminta wang dari DCNI sebanyak USD1
billion untuk Parimekar Sdn Bhd sebagai syarat untuk bertemu dengan
beliau dan Parimekar ini adalah syarikat kepunyaan Razak Baginda seperti
yang diketahui oleh orang ramai. Jika dakwaan ini benar kejadian ini
merupakan satu titik hitam keatas kepimpinan negara kita dan tidak
pernah perkara seperti ini didakwa kepada mana-mana pemimpin negara
kita.
Dakwaan
ini merupakan dakwaan yang terlalu serius dan jika ada sedikit
kebenaran terhadap dakwaan ini Najib hanya mempunyai satu langkah yang
beliau perlu ambil; iaitu untuk meletakkan jawatan kerana apa yang
didakwa itu bukan sahaja menjejaskan nama baik negara tetapi juga nama
baik rakyat negara kerana mempunyai pemimpin yang merelakan dirinya
menjadi isu yang menjadi fokus rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Bagaimana negara kita boleh berhadapan dengan pemimpin seperti ini
kerana imej pemimpin sebuah negara yang kononnya berdemokrasi sepatutnya
tidak aka berhadapan dengan isu seburuk ini.
Apa yang disebut oleh pendakwa Perancis ini sangat mudah diyakini oleh
rakyat kerana itu pun stigma yang ada kepada pemimpin-pemimpin kita
sejak dua tiga dekad dahulu. Baru sahaja kita dimakluman bahawa bekas PM
Abdullah telah dikatakan menerima sejumlah wang yang begitu besar untuk
membenarkan serta meluluskan kehadiran Lynas di Gebeng Kuantan.
Semua isu yang dikaitkan dengan pimpinan kita tertumpu kepada wang
ringgit yang banyak dan kesemuanya melibatkan wang rakyat dan pembayar
cukai. Dalam isu yang dikaitkan dengan Najib ini ia merupakan isu yang
tealh diperkatakan oleh rakyat dengan meluas kerana isu ini merupakan
isu yang juga mengaitkan pembunuhan gadis Monggolia, Altantuya.
Kita wajar mempercayai yang ‘nature’ akhirnya akan menunjukkan
kebenaran. Jika isu seperti ini berlaku dinegara Jepun, misalnya, sudah
pasti PMnya akan berhenti dengan meletakkan jawatan kerana seorang PM
wajar mempunyai maruah dan harga diri yang tinggi. Isu seperti ini
merupakan isu maruah serta etika kepimpinan. Perkara ini bukan boleh
dipermain-mainkan dan diambil sambil lewa sahaja. Tidak payahlah
memberikan alasan yang isu seperti ini adalah isu yang diperbesarkan
oleh kuasa asing kononnya untuk memecah belahkan kita.
Rakyat sudah terlalu jemu dengan isu-isu buruk yang dikaitkan dengan
pemimpin-pemimpin besar nagara. Sekarang kita tunggu sahaja larutan
kepada isu Najib dan Scorpene ini. Saya tidak faham kenapa Najib masih
melekat kepada jawatan beliau sedangkan yang dipertaruhkan ini adalah
maruah negara yang merdeka. Terlalu banyak isu tentang rasuah dan
penyalah gunaan kuasa oleh pimpinan kerajaan hari ini.
Tidak boleh dipersalahakan jika menganggap BN dan rasuah itu seperti
aur dengan tebing, saling memerlukan diantara satu dengan lain. Kalaulah
UMNO itu masih sinonim dengan perjuangan, pimpinannya tidak akan
terlibat dengan kes-kes yang membosankan rakyat.
Blog ini selalu berkata, pimpinan kita tidak serius untuk membendung
kemungkaran ekonomi dan politik. Kalaulah pimpinan kita melakukan
pembetulan dari awal, tidak mungkin UMNO dan BN akan menghadapi cemuhan
rakyat sedemikian rupa. Sepatutnya UMNO telah mengenepikan pimpinan
tidak berguna dari dulu lagi.
Sepatutnya UMNO mengambil tindakan dengan membuang sesiapa yang tidak
berkelakuan baik; seperti kita memakan tebu: busuk seruas buang seruas.
Tetapi kini sudah terlambat untuk membetulkan keadaan seperti makan tebu
tadi, kerana setiap ruas dibatang tebu itu telah busuk kesemuanya.
Seluruh batang tebu itu patut dibuang.
Rakyat sudah sedar tentang tipu muslihat pimpinan kita. Rakyat sudah
sedar yang pimpinan hari ini menggunakan jawatan mereka untuk berniaga
dengan bermodalkan mandat rakyat dan pembayar-pembayar cukai cukai. Jika
rakyat sedar dan marah, maka rakyat pula dituduh sebagai tidak
patriotik dan pengkhianat bangsa dan negara. Sedangkan tindakan mereka
itu merupakan pengkhianatan besar yang tidak ada tolok bandingnya kepada
rakyat dan negara.
Bak kata Dr Mahathir beberapa ketika dahulu, UMNO telah busuk hingga ke
ususnya. Kata-katanya itu benar. Hanya yang beliau terlupa hendak
sebut, dizaman siapa yang kebusukan ini mula menular?
UMNO telah memerintah terlalu lama sehinggakan mereka ingat yang negara
ini mereka yang punya. Melawan UMNO sudah mereka anggap sebagai dosa
besar dan telah di samakan seperti seorang Islam yang murtad. Mereka
yang menentang dan meninggalkan UMNO itu dihina dan dinesta. Tetapi
melakukan rasuah tidak pula dihina seolah-olah menentang UMNO itu lebih
besar dosanya dari melakukan rasuah.
UMNO kepada mereka adalah yang paling utama; Tuhan dan agama itu jatuh nombor dua, ketiga, keempat dan seterusnya.
Posted on Sunday, May 06 @ 12:27:38 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: sofiwahab
"Akhbar pencacai Umno iaitu Utusan Porno akan terus menggunakan taktik memfitnah pimpinan PR dengan tuduhan berzina, liwat dan sebagainya. Utusan ini akan meletakkan berita-berita fitnah ini di muka depan siap dengan gambar porno dan lucah.
Kalau sebelum Anwar dan Azmin menjadi mangsa Utusan Porno yang tidak tahu halal haram, siapa mangsa seterusnya.? Cuba teka. Ketua Pengarang dan Editor Utusan Porno tidak pernah gentar dan takut dengan fitnah walaupun mereka tahu membuat fitnah lebih bahaya dari membunuh. Fitnah dalam media lebih hebat kerana selagi fitnah itu menjalar dalam pemikiran pembaca selagi itulah mereka menanggung dosanya. Bayangkan berapa ramai yang membacanya. Bagaimana Ketua Pengarang, Editor dan orang yang terlibat dengan Utusan Porno ini hendak menjernihkan pemikiran pembaca yang telah termakan dan percaya dengan fitnah tersebut.
Cuba teka siapa yang akan difitnah selepas ini?
1) Mohamad Sabu
2) Saifuddin Nasution
3) Salahuddin Ayub
4) Rafizi Ramli
5) Mahfuz Omar
6) Husam Musa
dan ramai lagi.......hati-hati wahai pemimpin PR jangan kamu masuk perangkap Utusan Porno. Setiap gerak langkah kamu diintai dan dipantau.....mereka tunggu masa nak ngap sahaja!!!!!!!!!!!
Berita panas lain di http://mutaligat.blogspot.com
Panas!!Azwan Ali Mengamuk Dalam Twitter Lagi...
Posted on Sunday, May 06 @ 02:15:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: usamah
"Aku hairan la dengan pompuan nih.Sanggup mempergunakan ibu sendiri demi mencapai cita-cita politik.Sanggup menggunakan politik kotor mengheret ibu yang uzur tua bagi memburukkan anak sendiri dalam media sex.Aku yakin kenyataan yang dibuat oleh ibu tua ni bernsur politik dan ada orang politik Umno yang mendalangi segmen nih..Tambahan pula gambar lucah individu mirip azmin Ali kini tersebar luas di media-media Umno terutamanya Surat khabar Lucah Umno UTusex Meloya.
Dengan kebiadapan perempuan yang bernama Ummi hafilda nie telah membangkitkan kemarahan dan kebencian yang amat sangat kepada saudaranya Azwan Ali.Baru-baru nih aku tengok dah berbaik 2 orang nih.Tapi aku yakin azwan ali berbuat demikian disebabkan terpaksa untuk menjaga hati ibunya dan mungkin juga diugut oleh individu..Perbuatan terkutuk Perempuan yang dahulunya digelar oleh Azwan Ali dengan"BN"Betina NEraka telah menaikkan marah azwan dalam twitternya.
Woit hafilda!!!Sudah-sudahla
dengan politik kotor hang tuu...Sampai nak gunakan Mak kandung sendiri
apa kejadahnya???Berapa habuan dunia yang hang dapat??
SkSiasahkini.Insaflah Ummi hafilda..Pulanglah dikau kepangkal jalan..Kah.kahkah
Alamak... Betulke ni Tan Sri? Sampai hati Tan Sri. Tan Sri tak kesian dia ke?
Posted on Sunday, May 06 @ 09:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: setisab
"Kehebatan, ketelusan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat dalam menuntut pentadbiran yang bersih dan beretika serta bebas dari amalan rasuah sekali lagi terserlah. Kerajaan Rakyat yakin semua ini dilakukan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.Ekoran penemuan terbaru pendakwa awam Perancis, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat urus niagakapal selam Scorpenebernilai berbilion ringgit.
Malah, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika perlu, dana antirasuah dari "Geran Selangorku" juga boleh dibelanjakan memandangkan tuduhan itu serius dan melibatkan perdana menteri sendiri.
"Jika pihak SPRM mempunyai masalah teknikal dari segi undang-undang dalam memulakan penyiasatan, kerajaan negeri bersedia membantu suruhanjaya berkenaan mendapat nasihat dari pakar undang-undang antarabangsa," katanya.
Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, sebagai kerajaan negeri yang mementingkan ketelusan dan pertanggujawaban, Selangor tidak boleh hanya memeluk tubuh dalam isu serius itu.
Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urus niaga pembelian senjata Perancis-Malaysia kelmarin mendakwa menemui bukti bahawa Najib sebagai menteri pertahanan ketika itu meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.
Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), terdapat faks menunjukkan Najib didakwa meminta jumlah itu sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001. (Dipetik dari sumber di sini)

Bila Ahli Jawatankuasa Fatwa Mempersendakan Hukum Islam
Posted on Sunday, May 06 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: setisab
"Mangkok hayun Jk Fatwa Keb. tolong bedakan gambar di atas atau
yang ini (klik di sini) yang menunjukkan pencetus huru-hara?Prakata: Kita baca kenyataan .Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang dikeluarkan oleh Bernama. Esok atau lusa insyaALLAHKerajaan Rakyatulas. Hari ini, Ahad, Kerajaan Rakyat cuti, hendakbersantaidengan anak-anak.
Sekadar komentar ringkas ~ Bila para ilmuan melacurkan ilmu mereka demi kepentingan wang ringgit, pangkat dan darjat, maka perjuangan rakyat demi masa depan agama, bangsa dan nusa dituduh haram. Manakala perbuatan merakus, zalim dan khianat oleh pemimpin durjana dibiarkan malah mereka membisu seribu bahasa! Para ilmuan seperti itu adalah ilmuan BACUL! Para ilmuan seperti itu sebenarnya pelacur ~ Pelacur Ilmu. - (dipetik dari sumber di sini)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya
Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa
memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak
sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi
termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April
lepas.
"Tindakan merusuh,
membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu
perbuatan yang ditegah Islam. (KR ~ Tonton video hanjing merusuh di sini)
Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang
melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"Sesiapa
juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha)
mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita
hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya
pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa
itu di Sepang.
Sehubungan
itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf
kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak
pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa
sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda. (KR ~ yang ini #klik di sini# disuruh oleh Islam atau tidak? Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tolong jawab.)
Abdul
Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi,
banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan
tanpa menggadaikan keamanan negara.
Beliau
berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian,
Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan
pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.
Selain
mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul
Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung
atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen
mengenai LGBT.
"Untuk
orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga.
Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika
kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa
jawabnya," katanya.
Beliau
berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu
dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang
boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama,
berpengetahuan dan amanah.
Abdul
Shukor berkata muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil
tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa.
Dalam
pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat
menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji
yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.
"Ini
kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang
berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk
menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk
menjalankan tugas," katanya.
- Bernama
Sultan tu Ketua Agama. Kah Kah Kah. Agama Apa?"
Gambar-Gambar Bob Kuman Sebelum Disahkan Meninggal Dunia..
Posted on Saturday, May 05 @ 00:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: usamah
"
Mewakili keluarga arwah, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua memberikan sokongan moral dan kewangan.

Dari Blog Mazidul Akmal.
Berikutan laporan itu, banyak pihak menghulurkan bantuan kepada anak
kelahiran Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan terbabit.
"Bang, terima kasih kerana menolong saya," ujar arwah berkali-kali.
"Bob, saya hanya membantu sedaya mungkin"
Hanya kenyataan itu mampu saya ungkapkan.
Arwah
ternyata amat terharu berikutan sumbangan dihulurkan orang ramai
bersimpati terhadap keadaannya. Untuk rekod, dia antaranya disahkan
mengidap sakit jantung, darah tinggi dan penyakit terlalu mudah
tertidur.
Mewakili keluarga arwah, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua memberikan sokongan moral dan kewangan.
Melalui pengamatan saya, Bob tetap bersabar setiap kali akaun
Maybank miliknya disekat sekaligus menggagalkan usaha orang ramai
mendepositkan sumbangan mereka ke akaunnya.
Baca laporan di sini.
"Bang, macam mana saya hendak ke bank membuat justifikasi sedangkan hendak bangun dari katil pun saya tidak berdaya," katanya.
Saya melihat penderitaan dilalui oleh arwah.
Kali pertama bertemu Bob pada 15 April lalu, sambil berbual dia
kelihatan sukar bernafas namun sedaya upaya mencuba menerangkan situasi
sebenar. Lihat aksi arwah 17 hari sebelum menghembuskan nafas
terakhirnya.
"Biar aku pegang mikrofon ini, lama tidak keluar TV," usiknya.
Dalam derita, Bob masih mampu bergurau senda ketika dikunjungi oleh wakil media cetak dan elektronik di rumahnya.
Kenyataan itu ditujukan kepada David Teo berikutan ketidakpuasan terbuku di hatinya.
"... kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia
sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja.
Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia
kata boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital
Tawakal saya bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia
melunaskan baki daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya
bayar kamu sumbangan. Apabila di dalam sedih, production manager
bawa dia pergi, bukan seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia
lelah bukan dia jatuh. Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau
dia hendak minta gaji, itu sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak
perlu melalui publisiti seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi
saya lah ... Tuhan kata memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya
sentiasa memaafkan banyak orang ... Dia bagi tahu kita, biar saya
hantar pegawai, saya pun sentiasa di luar negara. Tak ada masalah, dia
orang sakit. Sekiranya dia mahu MINTA SEDEKAH, beri tahulah tetapi
jangan menganiaya orang lah"
Kenyatan di atas diungkapkan oleh David (sumber : tonton.com.my)
sewaktu dihubungi oleh wartawan Melodi melalui telefon dan kenyataan
terbabit disiarkan di rancangan hiburan secara langsung terbitan TV3
itu, dua minggu lalu.
Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat bersama David dan semua
pembaca blog ini. Barangkali dakwaan jutawan terbabit bahawa beliau
pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada arwah benar biarpun saya
tidak melihat buktinya lagi tetapi ketahuilah masih ramai lagi rakyat
Malaysia berhati mulia biarpun bukan berstatus jutawan. Mereka tanpa
sebarang persoalan dan pertikaian membantu Bob melalui pelbagai kaedah
tanpa nama disebut.
Sebilangan hadir ke rumah arwah contohnya memberikan ubat
tradisional manakala sebilangan lagi menghulurkan bantuan dalam
bentuk wang tunai.
Ingin saya tegaskan di sini, arwah BUKAN PEMINTA SEDEKAH, dia penerima
derma ikhlas disumbangkan oleh anggota masyarakat pelbagai bangsa
berhati mulia.
Teringat saya kepada kenyataan rakan, Razali Harun sebelum ini.
"Dia (Bob) sebenarnya bukan mementingkan duit sangat bro tetapi jika
boleh cuma ingin diziarahi oleh rakan dan kenalan dalam keadaan
begini"
Ahli politik mewakili PAS dan Barisan Nasional, ahli SENIMAN,
persatuan kebajikan, rakan artis dan ramai lagi sempat singgah
menziarahi arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Benar kata David, barangkali kerana kesibukan tugas, dia sentiasa
berada di luar negara, masakan mempunyai masa terluang menziarahi
pelakon dan pelawak terlantar sakit.
Itu bukan tanggungjawab dia dan pegawainya jadi mereka tidak boleh dipersalahkan.

"Bang, saya bukan hendak meraih simpati. Bukan desperado. Kalau
abang hendak menolong saya, elok kalau iklankan barangan cendera hati
saya jual seperti topi dan baju di blog, " pintanya kepada saya
sejak hari pertama saya menulis entri berhubung penderitaannya.
Untuk pengetahuan semua, Bob tidak pernah meminta saya memulis entri berhubung seksa ditempuhnya di blog ini.
Saya menulis entri disebarkan ke seluruh negara itu dan sekaligus memancing perhatian media itu dengan kehendak hati sendiri.
"Bob, sihat dahulu dan kemudian kita bincangkan fasal iklan.
Sebenarnya mereka menderma itu peminat awak dan menghargai awak sebagai
anak seni. Barangkali, awak pernah membuatkan mereka tertawa sebelum
ini. Justeru tidak salah jika mereka membantu sewaktu awak dilanda
musibah," balas saya.
Kita harus ingat, kuasa dan kekayaan, milik Allah. Jika Allah ingin
menarik kembali segala rezeki dianugerahkan kepada makhluk bergelar
manusia, sekelip mata bakal hilang segalanya tanpa mengira status,
bangsa dan agama manusia.
Sewaktu tiba di rumah arwah pada jam 4.33 petang tadi, saya melihat
Bob terbaring di atas katil. Jururawat peribadinya, Mohd Farid Hamzah
dan pembantunya, Kamer Farhan Kamaludin, 23 tahun, sedang melakukan
CPR dengan harapan Bob kembali bernafas.
"Berapa lama sudah melakukan CPR?," soal saya kepada Farid.
"Lebih kurang dua puluh minit bang," balas graduan lulusan Kolej Segi juga kru Penyingkap Fakta 666 itu.
Kedua mereka kelihatan penat namun tetap bersilih ganti melakukan CPR.
Farid melihat tepat ke arah saya menggelengkan kepala. Bibir arwah
kelihatan berwarna biru gelap dan tubuhnya langsung tidak menunjukkan
sebarang respon positif.
Dia faham maksud gelengan itu. Mereka telah mencuba kaedah terbaik untuk menyelamatkan Bob namun gagal.
Dua kakitangan ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di rumah
kira-kira jam 4.37 petang tadi dan membuat pemeriksaan teliti ke atas
tubuh Bob.
"Tiada denyutan nadi, tiada degupan jantung dan anak mata sudah membesar," jelas kakitangan hospital itu.
"Elok kalau encik memberitahu isteri abang Bob," celah Farid.
Farid ternyata bersedih.
"Macam abang saya. Saya mula menjaga abang Bob sejak 17 April lalu sampailah semalam," bisiknya kepada saya.
Isteri arwah, Norma Othman, 29 tahun, berasal dari Mukah, Sarawak,
dinikahinya pada 8 April lalu mengalirkan airmata sebaik dimaklumkan
berhubung pemergian suaminya.
Untuk pengetahuan semua, Norma dan arwah berkongsi tarikh lahir sama, 15 April.

Lantas saya memyedekahkan Al-Fatihah pertama buat arwah sebelum jenazah ditutup menggunakan kain.
Sewaktu dua kakitangan hospital bergerak keluar dari bilik, saya
terpandang dua topi keledar mainan diletakkan di atas almari
berhampiran katil arwah.
Biarpun berat tubuhnya sewaktu hidup dilaporkan melebihi 200
kilogram, di hatinya tersemat sifat anak kecil, menggemari permainan
sebegitu barangkali untuk menghiburkan sanubarinya ketika terluka
berikutan sifat beberapa manusia sebelum ini menjadi kenalannya.
Untuk rekod, topi terbabit mempunyai pembesar suara di bahagian
dalam. Jika pengguna bercakap sewaktu memakai topi itu, suaranya
bertukar menjadi besar seperti suara robot.
Untuk rekod, jenazah Bob dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota
Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke rumah keluarga
arwah di 1763 Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan.
"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sega Tengah
ini, jam 10 pagi esok. Kami sampai tadi kira-kira jam 11.35 malam,"
lapor Azayusrin.
Al-Fatihah!
http://siasahkini.blogspot.com/2012/05/gambar-gambar-bob-kuman-sebelum.html
"Kisah Sb Menyamar Sebagai Ahli Pas Ampang
Posted on Saturday, May 05 @ 06:42:24 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog WasiatPejuang
Sebentar tadi aku berada di Balai Polis Cheras bersama Khalid Ismath yang pada mulanya di minta hadir untuk memberi keterangan di IPKL naum dia telah di tahan dan di bawa ke balai polis Cheras.
Aku bersama team keselamatan khas Pas Pandan ...telah menanti Khalid di tepi bilik siasatan. Untuk pengetahuan semua team Keselamatan Khas Pas Pandan ni muka dan gaya sebijik macam polis, siap dengan walkie talkie.
Tiba2 datang seorang pakcik bertanyakan kami "Pak Ya ada mana?" Kami pun hairanlah Pak Ya mana. Dalam kami semua tu ada seorang pemuda Pas Ampang, bila si pakcik ni ternampak muka pemuda Pas ampang dia jadi terkejut.
Sebenarnya pakcik ni ingat kami semua ni SB pada mulanya tapi bila dia bersalam saja dengan pemuda Pas Ampang ni muka dia sudah jadi lain. Mulalah dia tergagap dan terus masuk ke bilik siasatan CID tempat Khalid di soal siasat.
Rupa2nya menurut pemuda Pas Ampang ni pakcik ni selalu join program Pas di Ampang dan khejanya lepak di kedai kopi sembang macam orang Pas.
Billa dia keluaq dari bilik CID tu kami tanya dia ada apa kes datang sini. Dia jawab dia mai nak tolong abang dia kena cekup pasai dadah.
Aku tak mau tuduh pakcik ni SB atau apa tapi cuma nak kemukakan beberapa persoalan:
1-Siapa pakcik ni yang tiba2 terus boleh masuk ke bilik siasatan CID tanpa ada sebarang halangan dari polis?
2-Betulkah dia datang nak setlekan abangnya yang menjadi penagih dadah. Kalau betul kenapa kes dadah perlu datang ke CID sedangkan kes dadah adalah di bawah anti nakotik. Dan berapa pula usia abangnya sedangkan umur pakcik ni pun sudah menjangkau 50an dan jika betul pun abangnya penagih dadah maka ianya sudah pasti dalam usia lebih 50 tahun menjadi penagih dadah yang tegar dan keluar masuk lokap atau pusat pemulihan itu adalah perkara biasa. Jadi untuk apa pakcik ni nak buat kalut dengan perkara yang dah rutin bagi seorang penagih dadah tegar.
3-Siapa Pak Ya? Kenapa pakcik ni bertanya kami di mana Pak Ya di dalam balai polis melainkan Pak Ya itu adalah seorang polis dan pakcik ini bertanya kami kerana menyangkakan kami adalah juga polis.
4-Kenapa bila menyedari kami bukan polis pakcik ini sudah jadi gabra dan terus masuk ke bilik CID dan apabila keluar terus kasitau benda2 yang kami tak tanya seperti apa yang ada dalam begnya dan tujuan apa dia datang kemari.
Jadi kepada pimpinan Pas dan PR di parlimen Ampang berhati hatilah dengan orang ni. Gambarnya telah di rakam... sila cari kepada Team Keselamatn Khas Pandan untuk rujukan agar tidak ada onar yg cuba merosakan parti anda di Ampang....
.......
http://wasiatpejuang.blogspot.comIKRAM : Membantah Utusan dan Kosmo sekerasnya penyiaran gambar berunsur lucah
Posted on Saturday, May 05 @ 04:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: naifus
"Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram)
Gambar yang dikatakan diambil dari laman-laman blog yang boleh dipersoalkan kesahihannya dan dikaitkan dengan individu tertentu, menjadi tatapan semua golongan masyarakat – termasuk kanak-kanak dan remaja sekolah, seolah-olah memberi gambaran ianya satu berita utama dan amat penting untuk diketahui oleh semua rakyat Malaysia.
1. Sidang
pengarang akhbar-akhbar terbabit memohon maaf secara terbuka kepada
semua rakyat Malaysia di atas tindakan memalukan menyiarkan gambar
berunsur lucah di muka hadapan akhbar-akhbar mereka.
2. Pihak berwajib khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar tegas memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mana-mana pihak media massa di negara ini yang menyeleweng dari peranan asal membangunkan sebuah masyarakat Malaysia yang beretika.
3. Ahli-ahli politik menghentikan segera permainan politik kotor, kempen mengaibkan satu sama lain dan budaya fitnah memfitnah. Mereka mestilah kembali menghayati akhlaq mulia yang dituntut oleh agama.
4. Rakyat Malaysia memboikot semua sumber maklumat umum, sama ada media cetak ataupun media elektronik yang tidak bertanggungjawab dan tidak profesional dalam menjalankan amanah kewartawanan mereka.

4 Mei 2012
Bantahan Terhadap Paparan Gambar Berunsur Lucah Di Muka Hadapan Akhbar Tempatan
Ikram
membantah keras tindakan beberapa akhbar harian tempatan yang
memaparkan gambar-gambar berunsur lucah di muka surat hadapan
akhbar-akhbar berkenaan.
Gambar yang dikatakan diambil dari laman-laman blog yang boleh dipersoalkan kesahihannya dan dikaitkan dengan individu tertentu, menjadi tatapan semua golongan masyarakat – termasuk kanak-kanak dan remaja sekolah, seolah-olah memberi gambaran ianya satu berita utama dan amat penting untuk diketahui oleh semua rakyat Malaysia.
Ikram
mempersoalkan motif sebenar pihak akhbar yang tergamak menyajikan
gambar-gambar berunsur lucah tersebut sehingga sanggup merendahkan
kredibiliti dan kewibawaan sebagai saluran berita utama untuk tatapan
masyarakat umum. Sebagai agen penyebar maklumat yang beramanah dan
bertanggungjawab, pihak media massa perdana tidak seharusnya terlibat
dengan sebarang usaha bertujuan mengaib, menjatuhkan maruah dan
memalukan seseorang, apatah lagi sekiranya sumber dapatan maklumat
tersebut diragui dan boleh dipertikaikan kesahihannya. Pihak media juga
seharusnya bersikap adil dan tidak terheret ke dalam kancah permainan
politik kotor sehingga membelakangi tuntutan agama dan moral.
Allah SWT memberikan peringatan berikut di dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6 dan ayat 12 yang mafhumnya :
Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak
diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Ayat 6, Surah Al Hujurat)
Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Ayat 12, Surah Al-Hujurat)
Ikram mendesak :
2. Pihak berwajib khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar tegas memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mana-mana pihak media massa di negara ini yang menyeleweng dari peranan asal membangunkan sebuah masyarakat Malaysia yang beretika.
3. Ahli-ahli politik menghentikan segera permainan politik kotor, kempen mengaibkan satu sama lain dan budaya fitnah memfitnah. Mereka mestilah kembali menghayati akhlaq mulia yang dituntut oleh agama.
4. Rakyat Malaysia memboikot semua sumber maklumat umum, sama ada media cetak ataupun media elektronik yang tidak bertanggungjawab dan tidak profesional dalam menjalankan amanah kewartawanan mereka.
Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj ( 012-3243134)
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Sosial
Pertubuhan IKRAM Malaysia
AWAS: Melayu Tak Undi PR kerana Tak Dapat Buat Haji.
Posted on Sunday, May 06 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: AntiKarat
"Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 perlu bertanggungjawab sekiranya jemaah Malaysia tidak dibenarkan menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tempoh tertentu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid
Petikan berita Malaysiakini.
Awas, menteri ini nampaknya bagai ada udang di sebalik batu. Untung banyaklah UMPORNO kalau Pak Arab benar-benar halang rakyat Malaysia mengerjakan haji hanya kerana ada perhimpunan Bersih di sana.&
Pasti habis Satu Malaysia akan marahkan PAS dan PKR. Habis Satu Malaysia akan lari dari PAS dan PKR. Habis Satu Malaysia akan undi UMPORNO kerana PAS dan PKR-lah Satu Malaysia tak dapat buat ibadat Haji dan Umrah.
Kalau macam itu, sudah banyak untung. Harap-harap biar betul terjadi. UMPORNO kena beri banyak maklumat kepada Pak Arab. Hantar banyak-banyak naskah Utusan Meloya, Berita Hairan, klip video TV3 Suku dan RTPM ke Arab Saudi. Kalau tak cukup, elok hantar menteri ke sana untuk telanjangkan kejahatan Bersih. Atau boleh juga helo-helo kalau sibuk. Boleh bisik-bisik dalam telefon dengan rakan sejawat. Satu Malaysia tak boleh buat haji tak apa asalkan UMPORNO terus memegang kuasa selepas PRU13.

Apa-apa sahaja boleh dilakukan oleh
pemimpin UMPORNO. Kalau seks reka-rekaan pun boleh dibuat untuk rakyat
percaya, apa susahnya nak suruh kerajaan Arab Saudi naik angin. Petik
jari saja, senang macam makan kacang putih.
Bukankah
politik ala Macheaveli, matlamat menghalalkan cara adalah anutan parti
sekular? Dosa pahala tak penting. Fitnah tiada dalam kamus dosa mereka.
Maka bersiap-siaplah kita dengan segala kemungkinan hasil bikinan parti
serba mungkin, UMPORNO.
Bukti KUKUH kelantan negeri paling kaya di MALAYSIA
Posted on Saturday, May 05 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: rajaibrahimpetra96
"NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
Entri Bukti Kukuh KELANTAN Negeri Paling Kaya di Malaysia ini merupakan kumpulan cerita benar yang disampaikan melalui rakan-rakan blogger yang pernah menjejakkan kaki ke negeri di bahagian pantai timur negara tersebut.
Dan kisah pengalaman mereka ditulis tanpa sebarang kepentingan politik sebaliknya atas dasar berkongsi informasi yang tepat dan benar dengan orang ramai yang kini banyak dikaburi dengan penipuan media massa terutamanya televisyen dan semua Bukti Kukuh KELANTAN Negeri Paling Kaya di Malaysia dipadamkan 100%.
Fakta Kelantan Paling Kaya
- Rumah di Kelantan banyak besar-besar, dan merupakan rumah tanah lot, bukannya rumah taman yang kena beli. Dan ianya milik Melayu Kelantan.
- Emas di Kelantan antara emas paling baik di Malaysia. Dan Kelantan antara negeri pertama perkenalkan Dinar Emas sebagai matawang ... dan pelaburan.
- Ramai penduduk Kelantan terutama wanitanya pakai emas sampai berat leher, gelang sampai ke lengan.
- Emas dijual secara jaja menjaja je ..jual tepi jalan je .....maknanya ramai mampu nak jual beli emas kat Kelantan.
- Kaum bumiputera Kelantan antara ramai paling berjaya dalam perniagaan. Banyak bisnes sendiri yang berjaya di Kelantan.
- Lembu-lembu dijual di tepi jalan je ... fresh ... daging fresh selalunya mahal,tak macam tempat lain lebih suka daging sejuk beku dari India, Australia.
- Kedai perniagaan di Kelantan, majoriti adalah Melayu. Besar-besar lak tu.
- Masih lagi banyak kuih-muih dan makanan yang dijual murah - tunjukkan bahawa peniaga di sana tak kesempitan hidup untuk sewenangnya naikkan harga barang.
KISAH KE-DUA : Blog Wacanaku
Ok.... ramai duk kate Kelantan nie negeri yang paling miskin.... Negeri yang paling mundur... negeri yang tak membangun sejak bertahun-tahun... Pastu ada pulak digembar-gemburkan mengatakan dengan fakta-fakta yang Kelantan nie sememangnya negeri yang paling miskin di Malaysia nie!
Tapi betul ker? Aku tak tau sangat pasal nie...Macam mana pengukuran kemiskinan sesebuah negeri tu diukur... Dari segi projek pembangunan infrastruktur ke? Dari segi pembangunan rumah flat ke? Atau dari segi kemewahan rakyat tu sendiri? Orang yang terlibat je tau ye dak? Tapi aku nie orang Kelantan... Aku selalu balik ke Kelantan...Dan aku tengok dengan mata aku sendiri KEADAAN SEBENAR orang-orang Kelantan.... Nak tau keadaan sebenar penduduk Kelantan? Ni la FAKTA....bukan AUTA!
Kat Kelantan sememangnya masih banyak perkampungan.... Kalau nak banding dengan negeri-negeri lain... Aku rasa Kelantan masih banyak kawasan kampung-kampung... Nampak mundur la di mata orang yang tak tau kan.... Tapi cuba tanya depa sendiri.... Berapa ekar tanah hak milik depa? Rumah yang depa duduk tu... rumah sewa ke rumah sendiri?? Walaupun nampak buruk di luar... cuba masuk dalam tengok.... Siap ada Home Theatre lagi...Lengkap astro dan kipas pakai remote lagi.... Sumernyer bayar cash! Cuba selidik kawasan korang... Umah cantik tersergam indah... tanah cukup-cukup untuk ruangan rumah jer...Umah sewa kaa sendiri??? Tanah berapa butir je hak milik sendiri? Barangan dalaman rumah dah habis bayar belum? Adakah kebanyakannya hasil dari bayaran bulanan? Courts mammoth? he he he...
Ok.... tu pasal rumah.... Skarang tengok dekat wanita-wanita pulak.... Kalau pegi pasar ker....pegi Kota Bharu dekat Pasar Siti Khadijah tu.... Makcik-makcik yang jual sayur tu.... Siap pakai gelang emas tu... Emas pulak bukannya nipis-nipis...tebal dan berat... Agak-agak berapa harga gelang tu? Korang boleh beli tak? Cincin lagi.... tiga empat jari penuh dengan cincin.... Jual sayur jer... bukannya jual insuran ke haper...
Pastu cuba korang pusing-pusing Kelantan sendiri.... Bila nampak rumah banglo... Cuba pegi jap menyamar jadi pembanci rumah.... Cuba tengok sape yang duduk...Melayu ke Cina ke India..... Aku berani cakap... 90% rumah-rumah yang korang serbu tu.... kepunyaan melayu...orang tempatan.... Cuba korang buat dekat negeri korang....:) Agak-agak berapa peratus jer hak milik melayu....10%? 15%?
Bagi yang berpendapatan lebih kurang RM2000..... Cuba hidup kat Kelantan tengok.... Buat eksperimen selama tiga bulan ker... Cuba tengok boleh survive ke tak..... Aku jamin... Korang MEWAH dengan pendapatan RM2000 tu kalau di Kelantan..... Cuba korang compare dengan keadaan korang yang hidup di kotaraya nie.... RM2000 tu cukup tak? Ke kena ikat perut? Makan megi hari-hari? he he he...
Jadi dengan sedikit fakta-fakta depan mata nie..... Korang boleh pikir sendiri la kan..... Kalau la betul Kelantan nie negeri paling miskin... Tapi apa kepentingan kekayaan sesebuah negeri tu untuk RAKYATNYA?? Aku tengok rakyat Kelantan cukup mewah dengan kehidupannya... Kaya dengan tanah (harga tanah makin naik..tak penah turun..maknanya depa makin kaya!!!) Kaya dengan barangan kemas (emas pun tak penah turun harganya..Maknanya makin kaya!!!)... Masyarakat yang hidupnya cukup lengkap dengan kemudahan asas hak milik sendiri (rumah, kebun, barangan asas, dll) Bukan ker tu yang sepatutnya rakyat sesebuah negeri tu dapat?
Aku tak tau pasal negeri mana paling miskin negeri mana yang paling kaya.... Tapi yang aku tau... Orang Kelantan ramai yang dah cukup mewah... Yang miskin pun tetap lebih kaya berbanding dengan kebanyakan masyarakat kita... Depa miskin duit... Tapi kaya... sebab rumah dan tanah depa ada.... Hutang pun takde.... Kita? Duit banyak...Tapi tanah tempat tinggal takde...rumah sewa jer... Segala-galanya bayar loan (HUTANG)... Perlu ke berdabik dada?
Biarla orang nak kata kelantan negeri termiskin... Tapi rakyatnya kaya... Buat apa negeri kaya tapi penduduk setempat sebidang tanah pun takde... Macam dianak tirikan jer... Segala-galanya perlu disewa....segala-galanya perlu berhutang.... nak jadi hak milik...kena bayar berlipat kali ganda mahalnya.... Hanya golongan kaya je mampu.... Golongan kebanyakan ? Yang dapat kecapi kemewahan negeri kebanyakannya orang-orang tertentu jer... Rakyat biasa macam aku nie? So...apa kepentingan skala kaya dan miskin sesebuah negeri? Apa yang lebih penting?? :) Korang fikirlah sendiri k.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan