PANAS!! Najib disambut hambar di Kuantan.. Gambar sebagai bukti.. lihatlah!!
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 07 Mei 2012 |
Sebelum
ini ada sumber mendakwa bagi meramaikan hadirin dalam majlis yang
diadakan untuk Najib di Kelantan, UMNO/BN Kelantan terpaksa mengangkut
ramai orang-orang dari luar kawasan untuk membuktikan kepada Najib
bahawa UMNO/BN masih berpengaruh di Kelantan.
Malah
seperti biasa pekeliling terpaksa dikeluarkan untuk mengerah
pelajar-pelajar Politeknik agar hadir ke program Najib itu.. pekeliling
sila lihat di ( SINI ).
Ini
pula laporan dari Kuantan, Pahang pula.. fenomenanya adalah sama
dengan di Kelantan.. iaitu ada lagi kerahan.. cuma kehadiran
sememangnya amat memalukan bagi seorang Perdana Menteri...
Sokongan Hambar Rakyat Di Taman Gelora Hari Ini..
KUANTAN,
6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora
Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa
dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut.
Program
yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat
Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan
hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri
Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
Tinjauan
krew PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai
amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika
beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang
dibawah kanopi yang disediakan.
"Mujurlah
ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu
yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar
disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib.
Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para
peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung.
Tambah
malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri
Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut
diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan.
Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir.
Segala
aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya
tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan
itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan
Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan.
Gambar Pemuda Umno Gagah Perkasa Cium Tangan Rosmah Mansor
http://addin77.blogspot.com, | 07 Mei 2012 |
Posted by Addin at 5/07/2012
Budaya cium tangan di dalam United Malays National Organisation (Umno) sudah menjadi kebiasaan. Mungkinlah niatnya sebagai tanda menghormati.. mungkin.
Kebiasaanya kita lihat lelaki cium tangan
pemimpin lelaki. Gambar di atas kita lihat Pemuda Umno yang gagah
perkasa cium tangan Rosmah Mansor. Yang peliknya, kenapa beria-ria cium
tangan Rosmah Mansor? Tak tau halal haram ke? Inilah didikan yang United Malays National Organisation (Umno) terapkan kepada kalangan ahli dan pengikut-pengikutnya. Parti jijik dan keji sebeginikah yang kita harapkan untuk menegakkan Islam di bumi tercinta ini.. Tepuk dada tanya iman..
Baca di sini dan di sini.
Sokongan buta tuli bekas KPN p’raya tak bersih
Lim Kit Siang, | 07 Mei 2012 |
Sokongan
membuta-tuli tidak berasas oleh tiga bekas Ketua Polis Negara
berasaskan dakwaan Najib Razak bahawa perhimpunan aman “Duduk Bantah”
Bersih 3.0 merupakan satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk
menggulingkan kerajaan sekarang adalah bukti terbaru yang menunjukkan
bahawa reformasi proses pilihanraya supaya bersih dan adil tidak mungkin
akan dijalankan.
Hampir setiap hari, rakyat Malaysia dijamu dengan bukti terbaru bahawa tidak akan wujud suatu platform dimana pilihanraya yang berlandaskan proses yang bebas dan adil di Malaysia boleh berlaku dan kerajaan Barisan Nasional nampaknya telah jauh terpesong daripada menjawab 8 tuntutan Bersih 2.0 dalam perhimpunan aman 9 Julai 2011 untuk pilihanraya yang bebas dan adil. Apatah lagi 3 tuntutan tambahan perhimpunan aman “duduk bantah” Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Tiga Tuntutan Tambahan “Duduk-Bantah” Bersih 3.0 adalah :
1. Suruhanjaya Pilihanraya mesti meletak jawatan, terutama sekali atas kegagalannya dalam melaksanakan tanggungjawab dan telah kehilangan kepercayaan umum.
2. Proses pilihanraya mesti dibersihkan sebelum Pilihanraya Umum Ke-13.
3. Menjemput pemerhati antarabangsa untuk meneliti proses Pilihanraya Umum Ke-13.
Bukti terbaru yang menunjukkan bahawa Malaysia masih jauh daripada melaksanakan pilihanraya yang bebas dan adil adalah, pertamanya, tuduhan melulu dan dakwaan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional; dan keduanya, sokongan membuta tuli yang telah diberi oleh tiga bekas Ketua Polis Negara terhadap dakwaan Najib itu.
Muka hadapan hari ini akhbar Berita Harian milik UMNO, telah memaparkan berita tiga bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan turut membantu menguatkan tuduhan melulu Najib bahawa perhimpunan “428” “duduk-bantah” Bersih 3.0 merupakan satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan, dengan menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan keatas dakwaan cubaan merampas kuasa.
Nampaknya, ketiga-tiga bekas Ketua Polis Negara dipergunakan untuk memberi justifikasi kepada tindakan keras yang telah digunakan, yang mengingatkan kita kepada penahanan beramai-ramai dalam Operasi Lalang pada tahun 1987!
Apa wujudkah sekelumit bukti pun yang menunjukkan bahawa perhimpunan aman “duduk-bantah” Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan sepertimana yang didakwa oleh Najib dan disokong oleh tiga bekas Ketua Polis Negara untuk memberi justifikasi kepada tindakan yang bakal diambil polis?
Tidak sama sekali, seperti yang terbukti dalam pengakuan Haniff sendiri. Berikut adalah kenyataan Haniff:
“Perlu ada bukti kerana Perdana Menteri tidak boleh membuat andaian semata-mata. Ianya mungkin berlaku dan pasti ada segolongan yang akan melakukan sedemikian untuk kepentingan masing-masing”
Ini adalah puncak segala yang tidak masuk akal, dan buat pertama dalam sejarah 55 tahun negara ini wujud sebuah dakwaan bahawa sebuah kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri sendiri, tidak kira bagaimana liar dan tidak masuk akal, menjadi bukti sahih yang mencukupi untuk tindakan lanjut pihak kerajaan.
Tidak ada seorang pun dari kalangan lima Perdana Menteri sebelum ini, termasuklah Tun Dr Mahathir sendiri dalam tempoh masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri yang keempat, telah membuat dakwaan bahawa kenyataannya tidak boleh diragui.
Ini bukan sahaja percubaan yang berbahaya untuk menjadikan kenyataan Perdana Menteri bertaraf seakan undang-undang malah untuk menjadikannya bukti mutlak dan tidak boleh diragui, tidak kira betapa tidak masuk akal atau tidak munasabah dakwaan yang ditujukan itu.
Dua daripada lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah “akses bebas dan adil bagi media arus perdana” dan “hentikan politik kotor”.
Rakyat Malaysia sedang menyaksikan “politik kotor” yang paling teruk dalam sejarah 55 tahun negara ini dalam rangka menuju Pilihanraya Umum Ke-13, mendapat tempat di dalam media arus perdana dan diberi kebebasan yang dinafikan bagi pihak-pihak lain yang bertanding dan mempunyai kepentingan terhadap pilihanraya yang bebas dan adil.
Telatah yang tidak bertanggungjawab oleh pihak Perdana Menteri dan tiga bekas Ketua Polis Negara merupakan contoh terkini dan contoh yang jelas mengapa Lapan Tuntutan Bersih 2.0 masih relevan, penting dan tidak mungkin ditunaikan, dan merupakan satu sebab kukuh bagi semua rakyat Malaysia yang menghargai kebebasan yang ada untuk mendesak sekeras-kerasnya untuk Pilihanraya Umum Ke-13 dijalankan di atas medan yang adil.

Lapan Tuntutan Bersih 2.0 adalah:
1. Pembersihan senarai pengundi berdaftar
2. Mereformasikan undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. Tempoh berkempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil bagi media arus perdana
6. Pengukuhan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Parlimen dibubar selepas sambutan 66 tahun Umno?
Khairil Abdul Rahim, | 07 Mei 2012 |
TEMERLOH, 7 Mei: Ahli
jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menjangkakan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen secara mengejut
sejurus selepas sambutan ulang tahun Umno ke 66 minggu hadapan.
Katanya, beliau mendapat maklumat Najib tidak akan menangguhkan lagi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dijangka pada bulan Jun ini juga berdasarkan perkembangan semasa.
“Kes skandal rasuah kapal selam Scorpene RM3 bilion yang dikaitkan dengan Najib yang sedang dibicarakan di Peranchis akan memberi kesan jika PRU diadakan lebih lewat.
“Kita jangkakan kerajaan juga sudah menghadapi masalah kewangan setelah pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih banyak menimbulkan kontroversi kerana ada yang tidak puas hati tak dapat,” katanya.
Jelasnya, isu himpunan Bersih 3.0 yang diramalkan memberi kesan negatif kepada kerajaan kerana keganasan polis terpaksa dilupakan Najib berikutan beberapa isu mendesak itu menyebabkan tekanan supaya PRU terpaksa diadakan dalam masa terdekat.
Idris menjelaskan demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang Kali Ke-30 di Darul Amin, Sungai Gau dekat sini, semalam.
Tambah Idris, Umno akan mengadakan perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei bagi menunjukkan kekuatan parti itu kepada umum dan kemungkinan parlimen dibubar 14 Mei.
“Jadi dalam masa terdekat ini kita mesti menggembelengkan segenap peluang yang ada untuk menarik sokongan orang Melayu dan kita terangkan bagaimana kita boleh menjaga Melayu lebih daripada Umno,” tegasnya.
Mengenai Pemuda, Idris berkata pentingnya sayap tersebut kepada parti pada masa ini ialah kerana fikrah yang jelas, menguasai teknologi bermaklumat, masih bertenaga untuk dimanfaatkan parti dari segi fizikal dan masih kurang beban untuk komited dengan program.
Jelasnya lagi, menurut kajian majoriti golongan muda pada masa ini bersama Pakatan Rakyat dan ini dibuktikan jumlah yang besar menghadiri himpunan Bersih baru-baru ini.
Sementara itu Idris berkata pengguna facebook di negara ini menjangkau 9 juta orang dan beliau menjangkakan kuasa tersebut mampu mengalahkan BN dalam PRU akan datang sebagaimana kuasa blog menghukum parti itu pada PRU 2008 dulu.
Katanya, dapat diperhatikan dengan jelas laman facebook dapat menyaingi isu-isu yang menjadi propaganda Umno dan kerajaan melalui media tradisional kerana maklumat disampaikan lebih pantas.
Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz yang berucap sebelum itu mengarahkan pemuda bersiap siaga menjaga bendera-bendera PAS kerana beliau menerima maklumat bendera yang tergantung di temapat strategik sekitar Jengka akan diturunkan sempena lawatan Najib ke Jengka 8 pada 8 Mei ini untuk mengumumkan durian runtuh kepada peneroka-peneroka Felda.
Dalam majlis yang sama selepas itu, Pemuda PAS Pahang memberi anugerah kepada tokoh Pemuda Amal, pengusaha Pasti yang berjaya dan guru-guru Pasti yang cemerlang di negeri ini.
7 Mei 2012
MACHANG - Setelah lima bulan, Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul
Zaman Sukri, 24, tampil memberi penjelasan dakwaan beliau menyamakan
Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Nabi
Muhammad SAW.
Shamsul Zaman yang baru pulang dari Yaman berkata, beliau tidak pernah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan Nabi, sebaliknya menerangkan kepimpinan dan pemerintahannya yang mencontohi Rasulullah SAW.
Menurutnya, kenyataan yang dibuat semasa ceramahnya di Johor tiga tahun lalu itu dimanipulasi pihak tertentu demi kepentingan politik.
”Saya bukan menyamakan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dengan Nabi, tetapi memberi contoh atau perumpamaan kepimpinan yang dilaksanakan oleh Tok Guru sama seperti nabi. Ulama adalah pewaris Nabi, maknanya ulama ini pengganti Nabi tetapi bukan Nabi secara fizikal.
”Jika saya menyamakan Tok Guru dengan Nabi, maka sesatlah saya, kafirlah saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Paloh Rawa di sini, semalam.
Akhir tahun lalu, rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang dikatakan melabelkan ulama dan Mursyidul Am Pas itu seperti Nabi itu disiarkan sebuah portal sebelum mendapat reaksi pelbagai pihak.
Malah, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyerahkan memorandum kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berhubung ceramah itu dan meminta penyiasatan dilaksanakan bagi mengelak akidah umat Islam terpesong.
Dalam masa sama Mufti Kelantan, Datuk Syukri Mohamad meminta Syamsul Zaman bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan akidah.
Sementara itu, Syamsul Zaman turut mempertikaikan kenapa rakaman kuliah agama itu tidak disiarkan secara keseluruhan, tetapi tertumpu kenyataan itu sahaja.
Katanya, penyebaran video itu menyebabkan salah faham dan menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai terutamanya apabila ia membabitkan soal akidah.
”Apa yang pasti, video itu telah ditokok tambah, malah saya sendiri tidak tahu macam mana video itu boleh tersebar sedangkan tiada sebarang rakaman dilakukan ketika itu.
”Saya bukan penceramah Pas seperti yang didakwa. Saya penceramah bebas. Kalau Umno jemput saya sekalipun, saya terima, namun apa yang saya perjuangan dengan apa yang dilakukan Menteri Besar ketika ini selari” katanya yang berceramah di merata tempat, termasuk masjid dan surau sejak 12 tahun lalu.
Shamsul Zaman berkata, beliau agak terkejut dengan penyebaran video itu namun menerimanya secara terbuka dan menganggapnya sebagai ujian ALLAH SWT.
Katanya, beliau bersedia memberi penjelasan kepada khalayak termasuk Kerajaan Kelantan jika diminta berbuat demikian bagi mengelakkan salah faham yang berterusan.
“Saya tidak gementar dengan ujian ini dan bersedia (hadapi) setiap yang berlaku, malah ia memberi kekuatan untuk terus berdakwah,. Namun jika diberikan peluang kepada saya untuk berada di petas umum termasuk bersama Menteri Besar dan ulama lain untuk menerangkan apa saya ucapkan sebelum ini,” katanya.
Wawancara bersamaUstaz Budak akan disiarkan esok.
7 Mei 2012
PUAK LGBT jika berkembang akan mengancam sistem kekeluargaan melalui
fitrah kejadian manusia, perkahwinan sah dan tujuan manusia dicipta.
Dalam pertemuan dengan Sinar Harian, Felo Yang Amat Utama Institut Pemikiran Tamadun dan Tamadun Islam (Istact), Dr Muhammad Uthman El- Muhammady berkata, oleh itu masyarakat perlu berpendirian tegas untuk menghalang wabak LGBT berkembang luas di negara ini demi keturunan masa depan.
Namun, puak LGBT meminta hak asasi sebagai manusia supaya mereka dibiarkan dengan gaya hidup sedemikian. Malah mereka berani secara terang memperkenalkan diri menggunakan laman sosial popular Facebook.
Sejarah telah terpahat, amalan seks songsang membawa azab Tuhan. Sehubungan itu, apakah yang masyarakat perlu lakukan untuk mencegah penularan wabak LGBT di dalam negara ini.
6 Mei 2012
KOTA BHARU - Di sebalik spekulasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan
diadakan dalam waktu terdekat, seorang penganalisis menggambarkan rakyat
negara ini semakin berani meletakkan desakan dan tuntutan kepada
kerajaan dan parti-parti politik.
Sehubungan itu, pemimpin hari ini pula sudah mula mendengar suara rakyat kerana mereka semakin takut dengan desakan dibangkitkan, kata Pengasas dan Pemangku Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar.
Menurut Mohamad, keadaan itu jauh berbeza berbanding situasi sebelum Mac 2008 dan ia sangat jelas sehingga Malaysia, yang mengamalkan demokrasi berparlimen, menyaksikan wujud Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan baru-baru ini Bersih 3.0.
Selain tiga perhimpunan itu yang dikaitkan dengan tuntutan berkaitan sistem pilihan raya, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan juga parti-parti politik mengetengahkan tuntutan dan desakan masing-masing sepanjang empat tahun lalu.
Sebahagian tuntutan itu dipenuhi manakala ada yang masih dipertimbangkan oleh kerajaan. Ia termasuklah isu loji nadir bumi Lynas, pindaan dan pemansuhan undang-undang iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Perhimpunan Bersih 2.0 membawa kepada pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkaitan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya pada Ogos lalu.
Mohamad berkata demikian ketika menjadi ahli panel Wacana D’Raja bertajuk Bersatu Demi Islam sempena Karnival Walk With Me 2012 di Kelantan Trade Centre.
Beliau menambah, rakyat mula mengancam dan sentiasa ada sahaja perkara yang dilakukan untuk menakut-nakutkan pemimpin dengan melakukan demonstrasi supaya kehendak mereka diambil kira.
“Berbanding Pilihan Raya Umum ke-12 sebelum ini, saya mendapati pemimpin sekarang semakin takut dengan rakyat dan saya rasa itulah penyebab pilihan raya ditangguhkan, malah sehingga ke hari ini masih belum diputuskan lagi.
“Ini gambaran yang menakutkan pemimpin hari ini. Jika dahulu pemimpin itu menang, dia masih selesa, tetapi sekarang, walaupun menang ada lagi rakyat berusaha mahu mencungkil kisah lama mereka ,”katanya.
Beliau menegaskan bahawa dalam soal kebebasan hari ini, kuasa memilih terletak di tangan rakyat itu sendiri dan mereka berkuasa melakukan pendedahan sehingga menentukan jatuh bangunnya pemimpin hari ini.
“Pemimpin politik mula gerun dengan rakyat, berbanding dengan zaman politik sebelum ini perkara sebegini tidak pernah wujud.
“Apakah kita perlu balik semula kepada zaman kebebasan bersuara sebelum ini,” katanya.
Katanya lagi, akhir-akhir ini pelbagai perkara berlaku, mula dipersoalkan dan mungkin dikaitkan dengan tempoh pilihan raya umum nanti.
Katanya, beliau mendapat maklumat Najib tidak akan menangguhkan lagi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dijangka pada bulan Jun ini juga berdasarkan perkembangan semasa.
“Kes skandal rasuah kapal selam Scorpene RM3 bilion yang dikaitkan dengan Najib yang sedang dibicarakan di Peranchis akan memberi kesan jika PRU diadakan lebih lewat.
“Kita jangkakan kerajaan juga sudah menghadapi masalah kewangan setelah pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih banyak menimbulkan kontroversi kerana ada yang tidak puas hati tak dapat,” katanya.
Jelasnya, isu himpunan Bersih 3.0 yang diramalkan memberi kesan negatif kepada kerajaan kerana keganasan polis terpaksa dilupakan Najib berikutan beberapa isu mendesak itu menyebabkan tekanan supaya PRU terpaksa diadakan dalam masa terdekat.
Idris menjelaskan demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang Kali Ke-30 di Darul Amin, Sungai Gau dekat sini, semalam.
Tambah Idris, Umno akan mengadakan perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei bagi menunjukkan kekuatan parti itu kepada umum dan kemungkinan parlimen dibubar 14 Mei.
“Jadi dalam masa terdekat ini kita mesti menggembelengkan segenap peluang yang ada untuk menarik sokongan orang Melayu dan kita terangkan bagaimana kita boleh menjaga Melayu lebih daripada Umno,” tegasnya.
Mengenai Pemuda, Idris berkata pentingnya sayap tersebut kepada parti pada masa ini ialah kerana fikrah yang jelas, menguasai teknologi bermaklumat, masih bertenaga untuk dimanfaatkan parti dari segi fizikal dan masih kurang beban untuk komited dengan program.
Jelasnya lagi, menurut kajian majoriti golongan muda pada masa ini bersama Pakatan Rakyat dan ini dibuktikan jumlah yang besar menghadiri himpunan Bersih baru-baru ini.
Sementara itu Idris berkata pengguna facebook di negara ini menjangkau 9 juta orang dan beliau menjangkakan kuasa tersebut mampu mengalahkan BN dalam PRU akan datang sebagaimana kuasa blog menghukum parti itu pada PRU 2008 dulu.
Katanya, dapat diperhatikan dengan jelas laman facebook dapat menyaingi isu-isu yang menjadi propaganda Umno dan kerajaan melalui media tradisional kerana maklumat disampaikan lebih pantas.
Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz yang berucap sebelum itu mengarahkan pemuda bersiap siaga menjaga bendera-bendera PAS kerana beliau menerima maklumat bendera yang tergantung di temapat strategik sekitar Jengka akan diturunkan sempena lawatan Najib ke Jengka 8 pada 8 Mei ini untuk mengumumkan durian runtuh kepada peneroka-peneroka Felda.
Dalam majlis yang sama selepas itu, Pemuda PAS Pahang memberi anugerah kepada tokoh Pemuda Amal, pengusaha Pasti yang berjaya dan guru-guru Pasti yang cemerlang di negeri ini.
Ustaz Budak: Saya difitnah
7 Mei 2012
Shamsul Zaman yang baru pulang dari Yaman berkata, beliau tidak pernah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan Nabi, sebaliknya menerangkan kepimpinan dan pemerintahannya yang mencontohi Rasulullah SAW.
Menurutnya, kenyataan yang dibuat semasa ceramahnya di Johor tiga tahun lalu itu dimanipulasi pihak tertentu demi kepentingan politik.
”Saya bukan menyamakan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dengan Nabi, tetapi memberi contoh atau perumpamaan kepimpinan yang dilaksanakan oleh Tok Guru sama seperti nabi. Ulama adalah pewaris Nabi, maknanya ulama ini pengganti Nabi tetapi bukan Nabi secara fizikal.
”Jika saya menyamakan Tok Guru dengan Nabi, maka sesatlah saya, kafirlah saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Paloh Rawa di sini, semalam.
Akhir tahun lalu, rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang dikatakan melabelkan ulama dan Mursyidul Am Pas itu seperti Nabi itu disiarkan sebuah portal sebelum mendapat reaksi pelbagai pihak.
Malah, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyerahkan memorandum kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berhubung ceramah itu dan meminta penyiasatan dilaksanakan bagi mengelak akidah umat Islam terpesong.
Dalam masa sama Mufti Kelantan, Datuk Syukri Mohamad meminta Syamsul Zaman bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan akidah.
Sementara itu, Syamsul Zaman turut mempertikaikan kenapa rakaman kuliah agama itu tidak disiarkan secara keseluruhan, tetapi tertumpu kenyataan itu sahaja.
Katanya, penyebaran video itu menyebabkan salah faham dan menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai terutamanya apabila ia membabitkan soal akidah.
”Apa yang pasti, video itu telah ditokok tambah, malah saya sendiri tidak tahu macam mana video itu boleh tersebar sedangkan tiada sebarang rakaman dilakukan ketika itu.
”Saya bukan penceramah Pas seperti yang didakwa. Saya penceramah bebas. Kalau Umno jemput saya sekalipun, saya terima, namun apa yang saya perjuangan dengan apa yang dilakukan Menteri Besar ketika ini selari” katanya yang berceramah di merata tempat, termasuk masjid dan surau sejak 12 tahun lalu.
Shamsul Zaman berkata, beliau agak terkejut dengan penyebaran video itu namun menerimanya secara terbuka dan menganggapnya sebagai ujian ALLAH SWT.
Katanya, beliau bersedia memberi penjelasan kepada khalayak termasuk Kerajaan Kelantan jika diminta berbuat demikian bagi mengelakkan salah faham yang berterusan.
“Saya tidak gementar dengan ujian ini dan bersedia (hadapi) setiap yang berlaku, malah ia memberi kekuatan untuk terus berdakwah,. Namun jika diberikan peluang kepada saya untuk berada di petas umum termasuk bersama Menteri Besar dan ulama lain untuk menerangkan apa saya ucapkan sebelum ini,” katanya.
Wawancara bersamaUstaz Budak akan disiarkan esok.
Budaya LGBT mengundang bala
7 Mei 2012
Dalam pertemuan dengan Sinar Harian, Felo Yang Amat Utama Institut Pemikiran Tamadun dan Tamadun Islam (Istact), Dr Muhammad Uthman El- Muhammady berkata, oleh itu masyarakat perlu berpendirian tegas untuk menghalang wabak LGBT berkembang luas di negara ini demi keturunan masa depan.
Namun, puak LGBT meminta hak asasi sebagai manusia supaya mereka dibiarkan dengan gaya hidup sedemikian. Malah mereka berani secara terang memperkenalkan diri menggunakan laman sosial popular Facebook.
Sejarah telah terpahat, amalan seks songsang membawa azab Tuhan. Sehubungan itu, apakah yang masyarakat perlu lakukan untuk mencegah penularan wabak LGBT di dalam negara ini.
Rakyat makin berani buat tuntutan
6 Mei 2012
Sehubungan itu, pemimpin hari ini pula sudah mula mendengar suara rakyat kerana mereka semakin takut dengan desakan dibangkitkan, kata Pengasas dan Pemangku Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar.
Menurut Mohamad, keadaan itu jauh berbeza berbanding situasi sebelum Mac 2008 dan ia sangat jelas sehingga Malaysia, yang mengamalkan demokrasi berparlimen, menyaksikan wujud Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan baru-baru ini Bersih 3.0.
Selain tiga perhimpunan itu yang dikaitkan dengan tuntutan berkaitan sistem pilihan raya, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan juga parti-parti politik mengetengahkan tuntutan dan desakan masing-masing sepanjang empat tahun lalu.
Sebahagian tuntutan itu dipenuhi manakala ada yang masih dipertimbangkan oleh kerajaan. Ia termasuklah isu loji nadir bumi Lynas, pindaan dan pemansuhan undang-undang iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Perhimpunan Bersih 2.0 membawa kepada pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkaitan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya pada Ogos lalu.
Mohamad berkata demikian ketika menjadi ahli panel Wacana D’Raja bertajuk Bersatu Demi Islam sempena Karnival Walk With Me 2012 di Kelantan Trade Centre.
Beliau menambah, rakyat mula mengancam dan sentiasa ada sahaja perkara yang dilakukan untuk menakut-nakutkan pemimpin dengan melakukan demonstrasi supaya kehendak mereka diambil kira.
“Berbanding Pilihan Raya Umum ke-12 sebelum ini, saya mendapati pemimpin sekarang semakin takut dengan rakyat dan saya rasa itulah penyebab pilihan raya ditangguhkan, malah sehingga ke hari ini masih belum diputuskan lagi.
“Ini gambaran yang menakutkan pemimpin hari ini. Jika dahulu pemimpin itu menang, dia masih selesa, tetapi sekarang, walaupun menang ada lagi rakyat berusaha mahu mencungkil kisah lama mereka ,”katanya.
Beliau menegaskan bahawa dalam soal kebebasan hari ini, kuasa memilih terletak di tangan rakyat itu sendiri dan mereka berkuasa melakukan pendedahan sehingga menentukan jatuh bangunnya pemimpin hari ini.
“Pemimpin politik mula gerun dengan rakyat, berbanding dengan zaman politik sebelum ini perkara sebegini tidak pernah wujud.
“Apakah kita perlu balik semula kepada zaman kebebasan bersuara sebelum ini,” katanya.
Katanya lagi, akhir-akhir ini pelbagai perkara berlaku, mula dipersoalkan dan mungkin dikaitkan dengan tempoh pilihan raya umum nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan