PAS tolak panel bebas, Haniff ketuai siasatan
PAS
menolak penubuhan panel bebas untuk menyiasat dakwaan insiden keganasan
polis ketika menangani perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.
Parti itu juga menolak perlantikan bekas ketua polis negara Tan Sri Haniff Omar mengetuai panel siasatan itu kerana didakwanya akan "bersifat prejudis" terhadap peserta BERSIH berhubung insiden tersebut.
Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata asas penolakan penubuhan panel itu dibuat kerana mendakwa kerajaan "menolak peranan" Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mampu berbuat demikian.
"Kita nampak secara jelas kerajaan menolak peranan Suhakam. Sedangkan Suhakam (mampu) membuat penyiasatan berasaskan kepada proses demokrasi dan hak asasi manusia," katanya kepada Malaysiakini.
Mahfuz mengulas keputusan kerajaan melantik enam orang panel diketuai Hanif bagi menyiasat insiden kekasaran polis dalam perhimpunan tersebut yang menyaksikan penggunaan gas pemedih mata dan air kimia untuk menyurai peserta.
Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena turut mendakwa penolakan peranan suruhanjaya dibuat kononnya badan itu "memberi pandangan yang tidak berpihak" kepada kerajaan.
Sebelum ini, suruhanjaya itu mengeluarkan laporan bahawa polis telah melanggar hak asasi manusia apabila mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan kemudahan awam semasa perhimpunan BERSIH 2.0 Julai tahun lalu.
http://www.malaysiakini.com/news/196954
Mengulas pelantikan Haniff itu, Mahfuz berkata PAS menolaknya kerana mendakwa kerajaan "memilih orang yang memihak kepada kerajaan dan prejudis terhadap peserta BERSIH 3.0".
Menurut Mahfuz, ia berikutan dakwaan Haniff yang menyatakan wujudnya pihak yang bersimpati kepada komunis dalam perhimpunan itu dan wujudnya dakwaan ada asas untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.
"Ini cukup jelas, pelantikan Haniff menunjukkan bahawa panel ini menjadi alat dan kepentingan untuk menghalalkan tindak tanduk polis dan kerajaan terhadap peserta BERSIH," tegas Mahfuz.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan jawatankuasa pemandu BERSIH dan peserta yang didakwa dikasari polis supaya mengemukakan bukti berhubung kekasaran tersebut untuk siasatan Suhakam.
"...walaupun (Suhakam) tidak diminta oleh kerajaan (untuk berbuat penyiasatan) kerana itulah peranan mereka (selama ini)," katanya.

Pemuda PAS mahu k'jaan sekat Irshad Manji
Dewan
Pemuda PAS menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis
pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara.
Ketua pergerakan itu Nasruddin Hassan berkata, kerajaan perlu menyiasat dan menghalang program berkenaan sekiranya benar akan dijalankan.
"Jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudaratkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam," kata Nasruddin.
Nasruddin juga berkata, buku baru bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta yang sedang dipromosi aktivis Islam liberal berkenaan, dalam siri jelajahnya di rantau ini, merupakan pandangan yang bertentangan dengan agama.
Katanya, beliau mendapat maklumat bahawa pejuang hak homoseksualiti itu akan mengadakan pertemuan dengan peminat di sebuah kedai buku di Petaling Jaya pada 12 Mei.
"Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka.
"Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini," kata Nasruddin lagi dalam satu kenyataan.
Manji, 44, sebelum ini menerima tentangan hebat daripada kumpulan Islam di Indonesia sehingga menyebabkan tiga program diskusi dan promosi buku berkenaan di negara itu dibatalkan.
Media Indonesia melaporkan, salah satu program berkenaan di Gedung Salihara Jakarta terpaksa dibatalkan separuh jalan Jumaat lalu apabila diserbu ratusan kumpulan pendesak daripada Front Pembela Islam yang mahu ia dihentikan.
Bimbang kejadian berulang, dua lagi program sama di Yogyakarta semalam, masing-masing di di Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga dan Universitas Gadjah Mada turut dibatalkan.
Kampus berkenaan bertindak demikian susulan desakan serupa daripada kumpulan siswa Kelompok Rohani Islam.
Bagaimanapun, satu program Manji di Walisongo Islamic State University di Satilaga pada Selasa berlangsung dengan aman, menurut laporan.

Dr M harap RUU kesalahan p'raya tidak ditarik balik
Mantan
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan tidak menarik
balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya kerana khuatir akan
berlaku perkara-perkara di luar kawalan.
"Saya khuatir kalau kerajaan 'withdraw' (tarik balik), macam-macam akan berlaku...kita tak dapat buat apa-apa, pendek kata akan berlaku penipuan yang besar dan tidak ada satu yang boleh kita lakukan.
"Saya harap ini 'rumours' (khabar angin) sahaja dan kerajaan tidak akan tarik balik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Towards World War III Scenario", di Yayasan Al-Bukhary di ibunegara semalam.
Dr Mahathir mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam bahawa kerajaan akan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya berikutan tentangan daripada anggota-anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Nazri berkata beliau akan mengemukakan usul untuk menarik balik cadangan pindaan ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 itu di Dewan Negara esok.
Dr Mahathir berkata cadangan untuk menarik balik rang undang-undang itu mungkin kerana kerajaan yakin dapat menangani kemungkinan yang bakal berlaku.
Namun, beliau berkata: "Tetapi kalau saya jadi perdana menteri, saya kurang yakin la...saya tak kuat".
Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) melancarkan buku bertajuk 'Towards World War III Scenario : Dangers of Nuclear War' hasil tulisan Michel Chossudovsky sempena prosiding Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur.
Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah kemudian menghadiri sesi dialog dengan Chossudevsky, seorang profesor ekonomi dari University of Ottawa.
Chossudevsky dalam bukunya, antara lain menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia untuk melancarkan perang nuklear terhadap Iran dan Korea Utara, yang menurutnya mungkin menyebabkan perang dunia ketiga.
Beliau turut mendakwa bahawa pendapat saintifik diguna untuk memanipulasi pandangan masyarakat antarabangsa bagi menghalalkan 'perang kemanusiaan' menggunakan taktik senjata nuklear, atas nama keamanan dunia, dan pada masa sama mengesahkannya sebagai satu cara untuk melindungi dunia barat daripada serangan nuklear.
- Bernama
Tindakan ini dilihat sangat tidak baik dan tidak sihat kerana kedudukan Majlis Fatwa sangat tinggi di kaca mata umat Islam kini dipertikai. Majlis Fatwa yang merupakan institusi tertinggi dan kredibilitinya dalam mengeluarkan fatwa seharusnya sentiasa dihormati dam dirujuk, namun episod terbaru ini telah menyebabkan ramai yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa.
Sebagai seorang Islam, semua pihak boleh menyatakan pandangan dan kritikan. Tapi, fatwa terbaru ini yang turut dipertikaikan oleh golongan ulama perlu diberi perhatian.
Saya melihat kenyataan Majlis Fatwa bukanlah perkara pelik, atau bercanggah dengan nas. Inilah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong kenyataan tersebut, iaitu bahawa menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan huru-hara, merosakkan harta awam dan ketenteraman awam adalah bertentangan dengan Islam.
Kenyataan ini tidak perlu dipertikai oleh mana mana pihak, dan PAS tidak pertikai kenyataan tersebut.
Namun apa yang mendukacitakan ialah Majlis Fatwa seolah-olah menghukum ribuan rakyat yang hadir telah melakukan perkara bertentangan syarak dengan menghadirkan diri di BERSIH 3.0.
Seseorang yang hadir dalam mana mana demonstrasi aman tidak bercanggah dengan hukum syarak lebih-lebih lagi, jika ianya adalah sebahagian dari penentangan terhadap kemungkaran sistem politik.
Mungkar bukan hanya melibatkan minum arak, berzina atau merompak, malah sebenarnya mungkar yang lebih besar melibatkan sistem yang rosak, rasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa.
Pilihan raya yang tidak adil, menipulasi daftar pemilih dan salahguna media awam adalah sebahagian daripada kemungkaran. Melihat kepada kemungkaran ini, sepatutnya para ulamak dan seluruh ahli Majlis Fatwa turun bersama-sama rakyat dalam himpunan BERSIH 3.0 bagi menuntut sistem yang adil kerana ini menepati tuntutan syarak.
Kekecohan adalah perkara mendatang. Ia dicipta oleh pihak tertentu yang menembak gas pemedih mata dan air asid kepada orang awam yang tidak melakukan sebarang rusuhan.
Sebenarnya pencetus kekecohan adalah golongan yang melakukan kemungkaran dalam himpunan tersebut. Apatah lagi tindakan memukul, menyepak dan mendera orang ramai yang tidak melakukan sebarang keganasan yang jelas bertentangan dengan semua nilai sejagat.
Sehubungan itu, PAS tidak bersetuju dengan kenyataan Majlis Fatwa yang dibuat berdasarkan maklumat tidak tepat, rakaman peristiwa yang telah diedit dan sebagai orang yang bukan berada di lapangan.
Fatwa tidak boleh dikeluarkan tanpa memahami realiti keadaan dan tujuan himpunan, apatah lagi apabila fatwa dibuat berdasarkan maklumat yang diseleweng oleh media perdana dengan menggambarkan orang ramai yang membuat huru hara dan kekecohan.
Fatwa hanya melarang menyertai perhimpunan untuk menimbulkan huru-hara dan keganasan. Siapa yang menimbulkan huru-hara sepatutnya diberi fokus; iaitu pasukan polis dan FRU yang mencetuskan suasana kecoh dan gawat.
Tindakan ahli dan pengerusi Majlis Fatwa menggunakan media perdana menyebabkan ia terdedah kepada pelbagai penyelewengan dari maksud sebenar,.
PAS melihat Majlis Fatwa perlukan saluran media sendiri, atau melalui satu sidang media melibatkan semua pihak bagi menyalurkan pandangan dan fatwa dengan memberi penjelasan terperinci bagi sebarang fatwa yang dikeluarkan.
Dengan cara ini ianya boleh mengurangkan spin kepada kenyataan yang dikeluarkan sehingga dipertikaikan kewibawaannya.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Ketua Penerangan PAS pusat. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Katanya, tindakan yang dikenakan terhadap Tunku Abdul Aziz kerana dianggap telah memalukan parti, menunjukkan DAP tidak dapat menerima pandangan berbeza ahlinya walaupun atas dasar pandangan peribadi, dan bukannya mewakili parti.
"Parti yang katanya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara tanpa batasan memperlihatkan bahawa mereka sebenarnya tidak pun mampu melaksanakan apa yang mereka perjuangkan," katanya dalam kenyataan media semalam.
Tunku Abdul Aziz menimbulkan kekecohan dalam DAP baru-baru ini apabila beliau berkata perhimpunan 28 April di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur berkemungkinan mencetuskan kekacauan, yang memang pun berlaku pada hari itu, selepas peserta perhimpunan melanggar halangan polis di Dataran Merdeka.
Setiausaha agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen menyifatkan tindakan itu sebagai bukti jelas parti itu hanya mengamalkan kebebasan bersuara dalam lengkongan parti saja.
"Jika anggota parti tidak dibenarkan menyatakan kebenaran dalam parti, bagaimana anda hendak harapkan mereka bercakap jujur di khalayak," katanya.
Sependapat dengan beliau, Pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Senator Chiew Lian Keng menyifatkan tindakan parti itu serupa dengan Adolf Hitler, yang cuba menyekat semua bentuk pandangan berbeza dalam parti.
"Sebaik saja seseorang anggota menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan pendirian parti, DAP akan menyekatnya keluar, tetapi bila seseorang pemimpin menyatakan sesuatu yang berlainan, DAP akan mengutuk kenyataan itu dan menolaknya sebagai pandangan peribadi anggota berkenaan.
"Semua ini menonjolkan hakikat bahawa DAP tidak mampu membenarkan sebarang tindak laku yang 'mengatasi sesuatu', dan Tunku Aziz tidak terkecuali," katanya.
- Bernama
"Saya khuatir kalau kerajaan 'withdraw' (tarik balik), macam-macam akan berlaku...kita tak dapat buat apa-apa, pendek kata akan berlaku penipuan yang besar dan tidak ada satu yang boleh kita lakukan.
"Saya harap ini 'rumours' (khabar angin) sahaja dan kerajaan tidak akan tarik balik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Towards World War III Scenario", di Yayasan Al-Bukhary di ibunegara semalam.
Dr Mahathir mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam bahawa kerajaan akan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya berikutan tentangan daripada anggota-anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Nazri berkata beliau akan mengemukakan usul untuk menarik balik cadangan pindaan ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 itu di Dewan Negara esok.
Dr Mahathir berkata cadangan untuk menarik balik rang undang-undang itu mungkin kerana kerajaan yakin dapat menangani kemungkinan yang bakal berlaku.
Namun, beliau berkata: "Tetapi kalau saya jadi perdana menteri, saya kurang yakin la...saya tak kuat".
Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) melancarkan buku bertajuk 'Towards World War III Scenario : Dangers of Nuclear War' hasil tulisan Michel Chossudovsky sempena prosiding Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur.
Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah kemudian menghadiri sesi dialog dengan Chossudevsky, seorang profesor ekonomi dari University of Ottawa.
Chossudevsky dalam bukunya, antara lain menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia untuk melancarkan perang nuklear terhadap Iran dan Korea Utara, yang menurutnya mungkin menyebabkan perang dunia ketiga.
Beliau turut mendakwa bahawa pendapat saintifik diguna untuk memanipulasi pandangan masyarakat antarabangsa bagi menghalalkan 'perang kemanusiaan' menggunakan taktik senjata nuklear, atas nama keamanan dunia, dan pada masa sama mengesahkannya sebagai satu cara untuk melindungi dunia barat daripada serangan nuklear.
- Bernama
Cadangan PAS pellihara kredibiliti Majlis Fatwa
ULASAN
Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa haram untuk menyertai
perhimpunan yang mencetuskan huru-hara dengan mengaitkannya dengan
perhimpunan BERSIH 3.0 telah menimbulkan pelbagai komentar dan kritikan.Tindakan ini dilihat sangat tidak baik dan tidak sihat kerana kedudukan Majlis Fatwa sangat tinggi di kaca mata umat Islam kini dipertikai. Majlis Fatwa yang merupakan institusi tertinggi dan kredibilitinya dalam mengeluarkan fatwa seharusnya sentiasa dihormati dam dirujuk, namun episod terbaru ini telah menyebabkan ramai yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa.
Sebagai seorang Islam, semua pihak boleh menyatakan pandangan dan kritikan. Tapi, fatwa terbaru ini yang turut dipertikaikan oleh golongan ulama perlu diberi perhatian.
Saya melihat kenyataan Majlis Fatwa bukanlah perkara pelik, atau bercanggah dengan nas. Inilah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong kenyataan tersebut, iaitu bahawa menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan huru-hara, merosakkan harta awam dan ketenteraman awam adalah bertentangan dengan Islam.
Kenyataan ini tidak perlu dipertikai oleh mana mana pihak, dan PAS tidak pertikai kenyataan tersebut.
Namun apa yang mendukacitakan ialah Majlis Fatwa seolah-olah menghukum ribuan rakyat yang hadir telah melakukan perkara bertentangan syarak dengan menghadirkan diri di BERSIH 3.0.
Seseorang yang hadir dalam mana mana demonstrasi aman tidak bercanggah dengan hukum syarak lebih-lebih lagi, jika ianya adalah sebahagian dari penentangan terhadap kemungkaran sistem politik.
Mungkar bukan hanya melibatkan minum arak, berzina atau merompak, malah sebenarnya mungkar yang lebih besar melibatkan sistem yang rosak, rasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa.
Pilihan raya yang tidak adil, menipulasi daftar pemilih dan salahguna media awam adalah sebahagian daripada kemungkaran. Melihat kepada kemungkaran ini, sepatutnya para ulamak dan seluruh ahli Majlis Fatwa turun bersama-sama rakyat dalam himpunan BERSIH 3.0 bagi menuntut sistem yang adil kerana ini menepati tuntutan syarak.
Kekecohan adalah perkara mendatang. Ia dicipta oleh pihak tertentu yang menembak gas pemedih mata dan air asid kepada orang awam yang tidak melakukan sebarang rusuhan.
Sebenarnya pencetus kekecohan adalah golongan yang melakukan kemungkaran dalam himpunan tersebut. Apatah lagi tindakan memukul, menyepak dan mendera orang ramai yang tidak melakukan sebarang keganasan yang jelas bertentangan dengan semua nilai sejagat.
Sehubungan itu, PAS tidak bersetuju dengan kenyataan Majlis Fatwa yang dibuat berdasarkan maklumat tidak tepat, rakaman peristiwa yang telah diedit dan sebagai orang yang bukan berada di lapangan.
Fatwa tidak boleh dikeluarkan tanpa memahami realiti keadaan dan tujuan himpunan, apatah lagi apabila fatwa dibuat berdasarkan maklumat yang diseleweng oleh media perdana dengan menggambarkan orang ramai yang membuat huru hara dan kekecohan.
Fatwa hanya melarang menyertai perhimpunan untuk menimbulkan huru-hara dan keganasan. Siapa yang menimbulkan huru-hara sepatutnya diberi fokus; iaitu pasukan polis dan FRU yang mencetuskan suasana kecoh dan gawat.
Tindakan ahli dan pengerusi Majlis Fatwa menggunakan media perdana menyebabkan ia terdedah kepada pelbagai penyelewengan dari maksud sebenar,.
PAS melihat Majlis Fatwa perlukan saluran media sendiri, atau melalui satu sidang media melibatkan semua pihak bagi menyalurkan pandangan dan fatwa dengan memberi penjelasan terperinci bagi sebarang fatwa yang dikeluarkan.
Dengan cara ini ianya boleh mengurangkan spin kepada kenyataan yang dikeluarkan sehingga dipertikaikan kewibawaannya.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Ketua Penerangan PAS pusat. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Rosnah: Gugur Tunku Aziz tiada demokrasi tulen dalam DAP
Pengguguran
Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggota
Dewan Negara hanya kerana mengkritik penganjuran demonstrasi jalanan
baru-baru ini jelas menunjukkan parti itu tidak mampu melaksanakan
demokrasi dan kebebasan bersuara tulen seperti yang dilaung-laungkannya
selama ini, kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid
Shirlin.Katanya, tindakan yang dikenakan terhadap Tunku Abdul Aziz kerana dianggap telah memalukan parti, menunjukkan DAP tidak dapat menerima pandangan berbeza ahlinya walaupun atas dasar pandangan peribadi, dan bukannya mewakili parti.
"Parti yang katanya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara tanpa batasan memperlihatkan bahawa mereka sebenarnya tidak pun mampu melaksanakan apa yang mereka perjuangkan," katanya dalam kenyataan media semalam.
Tunku Abdul Aziz menimbulkan kekecohan dalam DAP baru-baru ini apabila beliau berkata perhimpunan 28 April di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur berkemungkinan mencetuskan kekacauan, yang memang pun berlaku pada hari itu, selepas peserta perhimpunan melanggar halangan polis di Dataran Merdeka.
Setiausaha agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen menyifatkan tindakan itu sebagai bukti jelas parti itu hanya mengamalkan kebebasan bersuara dalam lengkongan parti saja.
"Jika anggota parti tidak dibenarkan menyatakan kebenaran dalam parti, bagaimana anda hendak harapkan mereka bercakap jujur di khalayak," katanya.
Sependapat dengan beliau, Pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Senator Chiew Lian Keng menyifatkan tindakan parti itu serupa dengan Adolf Hitler, yang cuba menyekat semua bentuk pandangan berbeza dalam parti.
"Sebaik saja seseorang anggota menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan pendirian parti, DAP akan menyekatnya keluar, tetapi bila seseorang pemimpin menyatakan sesuatu yang berlainan, DAP akan mengutuk kenyataan itu dan menolaknya sebagai pandangan peribadi anggota berkenaan.
"Semua ini menonjolkan hakikat bahawa DAP tidak mampu membenarkan sebarang tindak laku yang 'mengatasi sesuatu', dan Tunku Aziz tidak terkecuali," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan