Bersih 3.0: Kadir kagum kawalan Unit Amal
Muhammad Faizal, | 02 Mei 2012 |
Beliau yang turut memberitahu bagaimana tindakan diambil oleh unit tersebut yang meminta agar peserta himpunan tidak terikut-ikut dengan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu.
"Saya benar-benar kagum dengan kecekapan serta tindakan yang diambil oleh anggota Unit Amal dalam mengawal ketenteraman sewaktu berlaku kekecohan pada himpunan tersebut.
"Malah mereka juga bertindak mengingatkan agar peserta tidak memasuki perangkap yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membuat provokasi bagi mencetuskan huru hara," jelas bekas ahli majlis tertinggi Umno kepada Harakahdaily di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sewaktu sidang media.
Sebelum itu, pada satu sidang media yang sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut menyatakan anggota keselamatan dari Unit Amal PAS adalah yang terbaik dalam menjalankan tugas sewaktu himpunan itu.
Dalam pada itu, Abdul Kadir juga turut melahirkan rasa terkejut bagaimana rakyat yang begitu ramai dapat memasuki pusat bandaraya walaupun pelbagai halangan dilakukan oleh pihak berkuasa.
"Rakyat hadir untuk menuntut satu perkara sahaja iaitu pilihanraya adil dan telus, mereka dapatan berkumpul untuk menyatakan hak yang sepatutnya dilaksanakan olek kerajaan sebelum menjelangnya pilihanraya umum," sambung beliau.
Namum, beliau kesal apabila kerajaan tidak mengambil berat perkara tersebut tetapi menumpukan kepada isu tuduh menuduh yang belum pasti kesahihan kejadian sebenar.
Kalau kerajaan itu telus dan bertanggungjawab serta memanggil pihak Bersih untuk berbincang perkara yang sepatutnya diselesaikan dan bertindak mengikut apa yang dituntut agar perkara sedemikian tidak berulang lagi, katanya.
"Kerajaan perlu tumpukan kepada perkara-perkara pokok, rakyat tidak akan bangkit mendesak sesuatu perkara jika kerajaan dari dulu lagi mendengar apa yang mereka inginkan," tambahnya lagi.
Media MCA dakwa Zahida isteri kedua Shafei
Harakahdaily, | 02 Mei 2012 |
(Keratan laporan The Daily Chilli, akhbar dalam talian dalam akhbar milik MCA, The Star)
KUALA LUMPUR: Ruangan hiburan media milik MCA, The Star, iaitu The Daily Chilli mendakwa, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal telah berkahwin dengan artis Zahida Rafik secara senyap-senyap.
Oleh itu, tidak berbangkit menteri berkenaan membayar RM1.5 juta kepada artis itu kerana kedua-duanya sudah berkahwin.
Memetik sumber dari pemimpin kanan BN Sabah, akhbar itu melaporkan, "Bagaimana kamu boleh kata dia bayar RM1.5 juta sedangkan dia (Zahida Rafik) sebenarnya isteri kedua dia (Shafie)."
"Bekas pemandunya bertindak sebagai orang tengah untuk menutup jejak mereka," kata sumber itu sebagaimana dilaporkan The Daily Chilli.
Sebelum ini, Ketua Wanita PKR yang juga anggota Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin mendakwa, seorang menteri telah membayar seorang artis RM1.5 juta menerusi akaunnya.
Beliau mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang artis dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.
Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.
Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.
Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Zahida Rafik menafikan beliau mempunyai hubungan dengan mana-mana menteri.
Shafei juga menafikan beliau mempunyai hubungan dengan Zahida.
Berikut adalah kenyataan penuh Shafei:
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.
“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”
Kenapa P'si SPR dan timbalan perlu letak jawatan
Dr.Syed Azman Syed Ahmad, | 02 Mei 2012 |
Adalah amat penting bagi SPR menjadi bebas dan tidak berpihak supaya SPR dapat memenangi keyakinan orang awam terhadap peranan dan fungsinya.
Malangnya, walaupun selepas lebih dari 5 dekad negara kita merdeka, perjalanan dan sistem pilihan raya di negara kita terus berjalan dengan tempang, tidak telus dan penuh dengan keraguan.
Ini di tambah lagi, sejak akhir-akhir ini, wibawa SPR menjadi persoalan besar di kalangan rakyat Malaysia sendiri.
Pendedahan berani Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di Parlimen pada bulan lepas mengenai isu ’konspirasi terancang’ antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengeluarkan MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR menjadikan mereka sebagai pengundi yang ’sah’ amat menjejas imej SPR.
Malah antara individu yang dikaitkan dalam ‘Task-Force’ khas ini adalah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sendiri.
Sementara itu, pada minggu lepas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula mendedahkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli Umno.
Saifuddin mendakwa, Abdul Aziz merupakan ahli Umno cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya bagi Parlimen Ampang, Selangor manakala Wan Ahmad pula berdaftar di cawangan Kubang Bunggor dalam DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas, Kelantan.
(Gambar artis tentang sikap pemimpin SPR)
Kedua-dua pendedahan berani ini kini meletakkan kedudukan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalan beliau, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar sebagai sudah tidak layak lagi bagi memimpin SPR yang perlu di lihat ’bebas, adil dan berkecuali’.
Kepercayaan awam terhadap mereka kini sudah pudar dan kedudukan mereka kini tidak lagi diyakini oleh rakyat Malaysia yang cintakan kepada keadilan dan pilihan raya yang Bersih dan Adil.
Penjelasan serta jawaban yang di berikan oleh Pengerusi SPR dan Timbalannya mengenai kedua-dua isu besar yang didedahkan ini, dilihat amat tidak meyakinkan, ’defensif’ dan cuba meletakkan kesalah kepada pihak lain.
Lebih parah lagi SPR kini hanya dilihat menjalankan tugas mereka ’berkhidmat untuk Umno/BN’ bagi menjamin kelangsungan kuasa di Puterajaya dan bukannya untuk menegakkan demokrasi yang tulen dinegara kita.
Lebih parah lagi kini, kedua-dua mereka yang memimpin SPR dilihat telah memihak dan menjadi alat serta ‘kuda tunggangan’ Umno/BN.
Bagi seluruh rakyat Malaysia rasanya sudah cukup pengalaman Pengerusi SPR yang terdahulu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang cuba memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia dengan menarik balik kewajipan celup jari bagi setiap pengundi dengan mengemukakan alasan ‘keselamatan’ dan ‘ada dakwat palsu’ yang telah di temui.
Alasan ini terlalu dangkal dan tidak masuk akal? Hanya yang bodoh sahaja boleh percaya kepada alasan Pengerusi SPR itu. Namun kini selepas bersara, barulah beliau membuat pengakuan terbuka bahawa ‘adanya tangan-tangan ghaib’ yang bertindak demikian.
Begitu juga dengan peranan SPR yang dilihat terus gagal menasihat kerajaan Umno/BN bagi mengemukakan penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu seperti di Terengganu, Kelantan dan Kedah sedangkan penambahan kerusi yang ketara telah dilakukan dalam pilihanraya yang lepas di negeri-negeri yang menjadi kubu Umno/BN seperti Johor, Sarawak dan Sabah yang tujuannya adapah bagi menyelamatkan kuasa politik Umno/BN semata-mata.
Ini ditambah lagi dengan persoalan ‘akses media yang bebas dan adil’. Apakah selama ini Pengerusi SPR dan Timbalannya ‘buta mata dan buta hati’ apabila melihat saban hari media milik kerajaan seperti RTM dan Bernama tidak langsung memberi liputan positif dan ruang kepada pimpinan pembangkang di negara kita?
Apakah RTM dan Bernama sememangnya menjadi milik Umno/BN sehingga tidak ada langsung liputan yang seimbang dan adil untuk parti pembangkang?
Yang nyata media perdana ini telah menjadi alat propaganda Umno/BN dan bukannya untuk mendidik rakyat Malayia.
Bagi saya, Tan Sri Abdul Aziz dan Datuk Wira Wan Ahmad telah hilang “Kepercayaan Awam’ dalam mereka memimpin SPR. Apatah lagi mereka kini telah kehilangan ‘Moral Ground’ untuk terus mengekalkan jawatan mereka di SPR.
‘Kepercayaan Awam’ adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan seseorang sebagai anggota dalam SPR. "Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan berkecuali”
Tidak ada pilihan kecuali kedua-dua mereka segera meletakkan jawatan secara bermaruah agar kita dapat mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kewibawaan peranan dan fungsi institusi SPR itu sendiri.
Izinkan Kebawah Duli Yang Dipertuan Agong membentuk satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat pendedahan Datuk Mahfuz dan Datuk Saifuddin itu sebelum membenarkan Parlimen dibubarkan. Langkah ini adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan demokrasi di negara kita lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
----------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS. Beliau boleh dihubungi melalui Email syedazmans@yahoo.co.uk
Kisah wartawan Malaysiakini dikasari polis
Harakahdaily, | 02 Mei 2012 |
(Cerita asal Koh Jun Lin dalam Malaysiakini)
KUALA LUMPUR: Menyingkap kembali pengalamannya di Bersih 3.0, wartawan Malaysiakini Koh Jun Lin berkata beliau ditahan ketika merakam aksi polis mengasari para peserta perhimpunan.
Koh ditahan di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Parlimen berdekatan dengan Dataran Merdeka ketika merakamkan aksi polis meleraikan sekumpulan para peserta demonstrasi aman Bersih 3.0.
“Walaupun menunjukkan tag media di baju jurugambar saya, dan memberitahu bahawa saya seorang wartawan, saya telah diperintah oleh dua orang polis untuk meletakkan kamera saya.
"Saya memberikan respon dengan merendahkan kamera, dan menjerit ‘Media! Media!’ dan cuba mencapai ke dalam poket saya untuk mendapat penutup kanta, tapi pegawai polis tersebut tidak berpuas hati,” tulis Koh di Malaysiakini.
Situasi tersebut berlaku pada jam 5.30 petang di mana beliau ditahan dan kamera dan tag media beliau dirampas polis.
“Semasa dibawa melepasi sebarisan pegawai polis dan orang beruniform di Jalan Raja, satu daripada anggota polis mengambil kesempatan melepaskan tumbukan ke perut saya,” tulis Koh, sambil menambah kesakitan itu masih dirasai ketika beliau menulis artikel beliau.
Koh berkata ketika ditahan, ada pihak polis yang tahu beliau ialah wartawan, tapi soalan beliau mengapa beliau ditahan terus tidak diendahkan.
“Saya ditahan di luar Royal Selangor Club, bersama 200 tahanan yang lain, sehingga 7 malam di mana saya memberikan bantuan merawat luka-luka yang dialami oleh ramai dari mereka yang ditahan,” tulis beliau.
Beliau berkata ketika memberikan rawatan kepada tahanan, beliau sempat bertanya pada semua tahanan, “Adakah mereka dipukul?”
“Jawapan yang saya terima adalah ‘Ya’ dan secara sinisnya, ‘Siapa yang tak kena?” tulis beliau.
Koh berkata beliau berjaya berunding untuk mendapatkan kembali tag medianya dengan menukarkannya dengan MyKad.
Kemudian, ada pegawai polis datang memulangkan kembali kamera beliau, namun kad memori kamera itu dirampas.
“Saya tak tahu apa di dalam, tapi pihak atasan telah melihat gambar tersebut dan mereka hendakkannya sebagai bukti,” kata pegawai polis itu kepada Koh.
Koh berkata beliau terkilan dengan jawapan tersebut kerana kad memori tersebut adalah hasil kerjanya yang paling penting untuk hari tersebut.
“Antara gambar yang ada ialah bagaimana polis mengejar dan menahan sekumpulan peserta, deraan yang dialami oleh seorang pegawai polis, tembakan gas pemedih mata, gambar berlumuran darah wartawan TV Al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh Khalid bersama tag media beliau yang beliau berkata dipukul oleh sekumpulan pendemo,” kata Koh.
“Di sebelah lewat petang, saya dibawa di dalam bas bersama tahanan lain, dan saya dapat melihat lebih banyak kekejaman polis. Tahanan dalam bas, yang sudah merasai keperitan aksi polis, melihat dengan seram ketika bas berjalan bagaimana para pendemo dipukul, termasuk seorang di atas jalan raya sedang ditendang oleh beberapa pegawai polis,” kata Koh.
Koh berkata beliau dibawa ke Pulapol di Titiwangsa dan seorang superintenden polis berkata tahanan beliau adalah satu kesilapan dan mengarahkan pegawainya untuk melepaskannya dengan serta merta.
“Tiada dokumentasi yang dilakukan pada penahanan saya atau rampasan terhadap kad memori saya,” kata Koh.
Jika ada Bersih 4.0, saya terus beri semangat – Nik Aziz
Rizal Tahir, | 02 Mei 2012 |
KOTA BHARU, 2 Mei:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan
sekiranya ada Bersih 4.0, beliau akan terus memberi semangat kepada
rakyat di negara ini untuk menyertainya demi menentang kemungkaran yang
dilakukan pemerintah.
Katanya, selagi kerajaan masih melakukan perkara mungkar khususnya dalam melaksanakan pilihan raya yang telus dan adil, Bersih 4.0 dan seterusnya tetap akan diadakan sebagai isyarat perkara mungkar wajib ditentang.
(Gambar: Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan anugerah kepada seorang pelajar cemerlang.)
Jelasnya, kerajaan Malaysia sekarang begitu jelas sedang melalui ‘laluan’ yang telah disusuri Hosni Mubarak yang akhirnya tersungkur diguling rakyat sendiri.
“Buatlah apa saja sekalipun, kita nampak jelas sekarang kerajaan Malaysia menuju ke arah itu kerana perkara mungkar dan penipuan yang dilakukan oleh pemimpinnya,” ujarnya kepada media pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2011 kali-4 yang diadakan di Putik, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perhimpuan Bersih 3.0 yang diadakan Sabtu lalu mendapat peruntukan dari pemimpin PAS sebagai perbelanjaan.
Ketika ditanya oleh rakan media adakah beliau rasa bersalah dengan mengeluarkan peruntukkan tertentu untuk menjayakan himpunan itu, beliau menegaskan “kenapa saya perlu rasa bersalah”.
Lagipun, tambahnya menentang perkara mungkar itu melalui tiga perkara, iaitu tangan (mengundi), lisan (kempen) dan dalam hati, iaitu mesti juga ada rasa benci kepada mungkar.
Tuan Guru sekali lagi, menegaskan kekecohan berlaku sewaktu Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas kerana tindakan menghalang oleh pihak berkuasa kepada peserta.
“Seperti air yang banyak, kalau disekat masuk kampung merosakkan rumah dan hasil tanaman, tapi, kalau diberi laluan, ianya akan terus menuruni cerun dengan baik dan seterusnya ke sungai atau ke laut,” ujarnya.
Sambungnya, ahli PAS telah dididik dengan akhlak yang baik dan tidak akan melakukan sesuatu yang buruk jika tiada provokasi.
Tetapi menurutnya, ‘baik’ sekalipun andai kepala dipijak, wajib mempertahankan diri kerana ianya maruah yang wajib dijaga.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, seterusnya berkata Bersih cara terbaru rakyat untuk menentang perkara mungkar di zaman moden ini.
“Dua perkara mungkar yang ada pada Umno, iaitu menolak perjuangan Islam yang ternyata mungkar yang tidak ada ampun di sisi Allah,” ujarnya.
Tambahnya, mungkar kedua yang dilakukan Umno dan BN, mengumpul pengundi hantu untuk mengekalkan kemenangan setelah menyedari perjuangannya semakin tidak diterima rakyat, khususnya orang Melayu sendiri.
“Adakah masuk akal kita hanya ada duit RM10,000, nak merompak RM10,000 lagi bagi membolehkan kita membeli kereta berharga RM20,000.
“Beli yang berharga RM10,000 sudahlah, ikut kemampuan yang ada,” ujarnya.
Tambahnya, kerana yakin sokongan rakyat semakin terhakis, Umno menjadikan rakyat luar Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Thailand sebagai pengundi hantunya untuk terus kekal berkuasa.
Sambungnya, ini semua kerja bodoh yang tidak masuk akal sehingga ianya turut menjadi perhatian masyarakat negara luar tentang kepincangan yang dilakukannya parti pemerintah itu.
“Oleh kerana itu untuk membuang mungkar di zaman moden ini dengan demontrasi, saya seru pada rakyat ‘wajib’ pergi Bersih 3.0.
“Ianya lebih baik daripada membuat rusuhan, bakar bendera ramai-ramai sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat negara luar untuk menentang kerajaan, ini bukan budaya kita,” ujarnya.
Kepada pembaca, sila kongsikan pengalaman, gambar atau bukti sebarang provokasi yang dilakukan mana-mana pihak dalam himpunan Bersih 3.0 kepada Harakahdaily. Maklumat boleh disalurkan ke emel editorharakahdaily@gmail.com atau menghubungi talian kami 03-40233270/3275

Tiada ulasan:
Catat Ulasan