Dr Asri: Ustaz jangan lupa 'kerakusan' atasan
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan golongan agama supaya tidak "menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad", dengan melupakan 'kerakusan' sesetengah golongan atasan, seperti dalam isu kenaikan harga barang. "Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai 'kerakusan' sesetengah golongan atasan. "Ceramah (disampai) dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam (suasana) keadilan sosial yang tidak seimbang. "Para penceramah jangan sekadar 'guna agama untuk cari makan', tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan," katanya. Dalam satu kenyataan hari ini, ulama muda yang terkenal dengan kelantangannya itu turut mengingatkan golongan peniaga supaya beretika dalam perniagaan. "Kerakusan peniagaan akan merosakkan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka," katanya sambil menyeru media massa turut aktif menentang kenaikan harga barang. Mengulas peranan rakyat pula, Dr Mohd Asri berkata, jika golongan itu tidak memprotes dari awal, tahun baru ini bakal menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. "Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini." Beliau juga menekannya beberapa perkara dalam kenyataannya itu, antaranya:
HURAIAN LANJUT DARI TAJUK DIATAS......
PENCERAMAH2 CARI MAKAN JARANG MENYENTUH DASAR YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM...JENIS PLAY SAVE...JIKA TAKUT JADI SYIRIK.. ..KENAPA JADI SYIRIK IA LEBIH TAKUT MANUSIA DARI ALLAH....IA TAKUT PAPA....TAKUT JAWATANNYA HILANG...TAKUT PERNIAGAANNYA MUFLIS SERTA BERMACAM2 TAKUT....HAL INI ALLAH SAJA YANG TAHU...BIAR MEREKA JAWAB DIHADAPAN ALLAH NANTI.....LAMA KELAMAAN MEREKA NI MATI JUGA....MEREKA NI NAK LARI KEMANA....
- Jika kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang, bererti slogan 1Malaysia: "Rakyat didahulukan" bermaksud rakyat didahulukan menanggung beban hidup, sedangkan pembesar negara dan istana terus kemewahan.
- Rakyat juga mesti menjadi pengundi yang bijak dan bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan 'mengumpulkan' kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.
- Rakyat mesti menjadi pembeli yang bijak memilih kedai atau pasaraya.
HURAIAN LANJUT DARI TAJUK DIATAS......
PENCERAMAH2 CARI MAKAN JARANG MENYENTUH DASAR YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM...JENIS PLAY SAVE...JIKA TAKUT JADI SYIRIK.. ..KENAPA JADI SYIRIK IA LEBIH TAKUT MANUSIA DARI ALLAH....IA TAKUT PAPA....TAKUT JAWATANNYA HILANG...TAKUT PERNIAGAANNYA MUFLIS SERTA BERMACAM2 TAKUT....HAL INI ALLAH SAJA YANG TAHU...BIAR MEREKA JAWAB DIHADAPAN ALLAH NANTI.....LAMA KELAMAAN MEREKA NI MATI JUGA....MEREKA NI NAK LARI KEMANA....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan