Rabu, 12 Januari 2011

KEBANYAKAN DAH LANJUT USIA..BUKAN MUDA2..BUATLAH SESUATU DGN JUJUR JGN BUAT MUNGKAR..DENGAN NI SELAMAT DIAKHIRAT..JIKA TIDAK NERAKA JAHANAM TEMPATNYA

#tanyanajib: Rambut Rosmah jadi sasaran
Aidila Razak
Jan 11, 11
8:35pm


Banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul hari ini di Twitterjaya - nama jolokan untuk komuniti blog mikro Twitter di Malaysia.

Tulisan berkenaan timbul berikutan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang ini.

NONENajib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #tanyanajib dan akan "mengambil kira" semua soalan yang diajukan.

Selain Twitter, Najib juga membuka ruang sama di laman sosial Facebook beliau.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa untuk menerima soalan yang diajukan.

"Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #tanyanajib hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan," kata Najib kepada lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Langkahnya itu juga membolehkan label #tanyanajib muncul dalam senarai sepuluh trend Twitter paling popular.

rosmah mansorPopulariti itu bagaimanapun masih belum mengatasi rekod tulisan Twitter untuk penjaga gol kebangsaan Fahmi Che Mat yang menjadi tersohor ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 bulan lalu.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pengguna Twitter mengambil peluang hari ini untuk menjadikan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka.

Ada yang menimbulkan isu gaya rambut Rosmah, dan tidak kurang juga yang menimbulkan persoalan berhubung kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengguna yang lebih serius pula ada di kalangannya yang menimbulkan isu kos sara hidup, undang-undang yang menindas serta tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pendidikan.

Menurut pejabat perdana menteri, Najib akan menjawab soalan terpilih melalui satu siaran video di laman YouTube.




Saksi kes kematian tahanan polis buat laporan
Regina Lee
Jan 11, 11
5:14pm


Seorang saksi yang mendakwa melihat seorang lelaki dipukul sehingga mati ketika dalam tahanan polis, hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

NONEDengan diiringi peguam daripada Lawyers for Liberty, N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri, saksi berkenaan, A Sargunan tampil di balai polis Dang Wangi membuat laporan, petang tadi.

Namun, kejadian itu penuh drama apabila rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa, M Krishnan juga berkumpul di balai polis itu yang terletak di tengah-tengah ibu negara.

Lebih 20 daripada mereka membawa kain rentang yang tertera “ Keadilan untuk Krishnan” tetapi diarahkan bersurai oleh anggota polis yang sama ramainya.

NONEKetegangan berlaku seketika apabila rundingan dilakukan oleh ahli parlimen Subang R Sivarasa dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dengan pihak polis. Selepas berunding, mereka dibenarkan menunggu di luar sementara laporan polis dibuat oleh saksi.

Krishnan, 36 tahun, seorang juruelektrik ditahan di Taman Miharja pada 3 Januari lalu kerana disyaki terbabit dengan kegiatan dadah dan direman selama empat hari di balai polis Bukit Jalil.

NONEMenurut saksi, mendiang dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, tiga hari kemudian selepas mengadu sakit perut.

Namun, Krishnan diisytiharkan mati keesokan hari. Pihak hospital melaporkan mendiang mati kerana mengalami luka dalam perut.

Isteri mendiang P Revathi, 38, bagaimanapun menolak laporan itu sebagai mencurigakan.

NONE"Selepas meninggal, bedah siasat dibuat tanpa izin saya. Siapa yang benarkan hospital buat post-mortem? Saya ada enam orang anak, siapa mau tanggung mereka sekarang ini?" soal beliau.

Keluarga mangsa memfailkan satu laporan polis di balai Jinjang, semalam.

Menurut Revathi, tiada seorang daripada ahli keluarga yang mengetahui suaminya ditahan polis. Mereka hanya mengetahui mengenai kematian Krishnan daripada seorang saksi kejadian.Dakwanya, di bilik mayat, beliau terkejut melihat kesan koyak pada rusuk mangsa yang disertai lebam pada mata, dan belakang tubuh yang dipercayai akibat kesan dipijak.






'Belasah' ahli perniagaan, lima polis didakwa
Kuek Ser Kuang Keng
Jan 11, 11
4:43pm


Lima anggota polis hari ini dihadapkan ke mahkamah majistret Petaling Jaya hari ini berhubung dakwaan membelasah ahli perniagaan Chia Buang Hing, 35.

NONEDaripada lima anggota itu, empat konstabel didakwa mengikut seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dakwaan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Chia di balai polis Kota Damansara daripada jam 12.30 pagi hingga 3 pagi pada 19 Disember tahun lalu.

Keempat-empat mereka adalah Konstabel Mohd Azwan Hassan, Konstabel Norzali Rosle, Konstabel Ahmad Saifullah Osman dan Konstabel Alizulhafiz Abdul Ghafar.

Mohd Azwan dan Norzali menghadapi pertuduhan kedua atas akta yang sama kerana mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam 18 Disember hingga 12.30 awal pagi hari keesokannya.

Keempat-empat mereka mohon dibicarakan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

NONESeorang lagi anggota yang didaakwa adalah lans korporal Mohadi Adam.

Beliau turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tuduhan mengingkari suatu arahan undang-undang di bawah Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, dengan mengetahui bahawa dengan keingkaran itu telah menyebabkan bencana kepada Chia.

Mohadi mohon dibicarakan. Jika bersalah dia menghadapi hukuman penjara maksimun setahun, denda dan juga kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM3,000 ke atas kesemua anggota polis itu.

NONEPeguam Suraj Singh yang mewakili Norzali dan Mohd Azwan dan peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Ahmad Saifullah, Alizulhafiz dan Mahadi membantah permohonan itu atas alasan tiada peruntukan undang-undang untuk mengenakan jaminan bagi kesalahan saman.

"Anak guam saya hadir ke mahkamah seawal 9 pagi selepas mereka menerima panggilan telefon daripada pihak polis dan hanya menerima surat saman beberapa minit sebelum prosiding kes itu pada 3.40 petang tadi.

"Semua mereka hadir tanpa dipaksa walaupun surat saman belum dikemukakan kepada mereka," katanya.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mengenakan jaminan terhadap kesemua anggota polis itu dan menetapkan 14 Feb untuk sebutan kes.

Chia sebelum ini juga mendakwa anggota polis berkenaan bukan sahaja menyerang tetapi merompak wang tunai RM13,000 daripadanya.


Ugutan pecat ahli Felda, Pemuda PAS berang

Jan 11, 11 6:03pm


Pemuda PAS berang dengan tindakan pengerusi baru Felda, Tan Sri Isa Samad yang dilaporkan mengugut untuk memecat mana-mana kakitangannya yang menyokong Pakatan Rakyat.

Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen berkata ugutan Isa itu disampaikan ketika pertemuan sulung Isa dengan seluruh kakitangan syarikat kumpulan Felda, baru-baru ini.

azlanHerman berkata ugutan terbuka itu membuktikan betapa terdesaknya BN untuk merampas semula sokongan daripada kakitangan Felda menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Ugutan terbuka itu mengambarkan betapa terdesaknya BN untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada mereka.

"Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN.

"Kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begini kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan. Hakikatnya Isa tidak boleh sesuka hatinya memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan,” kata Herman dalam satu kenyataan media.

NONEBeliau berkata hak setiap kakitangan Felda adalah untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang dipilih merekaadalah dijamin oleh perlembagaan.

Justeru, menurut Herman adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda kerana tindakan itu akan menyaksikan beliau diheret ke mahkamah.

"Kita menggesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.

"Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.

"Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?" soalnya.


'Mengapa ada dwi standard, Rais?'
Joseph Sipalan
Jan 11, 11
4:05pm


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempunyai tanggunjawab untuk menjelaskan mengapa terdapat dwi-standard apabila laporan berita negatif yang membabitkannya ditapis manakala berita buruk membabitkan yang lain disiarkan, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEPada sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar (kiri, berdiri) berkata terdapat dua set undang-undang di negara ini, khususnya jika ia membabitkan seorang menteri atau perdana menteri.

Anwar merujuk kepada cara maklumat disekat. Beliau mengambil contoh, bagaimana pendedahan kontroversial laman sesawang Wikileaks berhubung Datuk Seri Najib Razak ditapis.

"Wikileaks juga merujuk kepada pembunuhan Altantuya dan usaha oleh perdana menteri bagi melindungi dirinya daripada didakwa.

NONE"Terdapat dakwaan atau kenyataan dari Wikileaks, - pertama kepimpinan negara (Malaysia) tidak kompeten, kedua; Najib adalah oportunistik dan ketiga, beliau akan melakukan apa yang terdaya bagi mengelakkan dirinya daripada didakwa berhubung kes pembunuhan Altantuya.

"Mengapa ini disekat? Mengapa apabila ada rujukan ke atas Anwar, awak menghebahkannya?

Siapa kata Rais bersalah?

Anwar, yang juga ketua umum PKR juga menafikan beliau atau mana-mana pemimpin PKR membuat kenyataan mempersoalkan pembabitan Rais dalam dakwaan terpalit dengan kes perogolan amah Indonesia pada 2007.

azlanAmah berkenaan juga telah menafikan dakwaan berkenaan dan disebarkan secara meluas di internet.

Gerakan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan media memberi amaran kepada PKR supaya berhenti mempersoalkan Rais berhubung kejadian itu.

rais yatim"Kita tidak pernah membuat keputusan dan saya tidak ada mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Tetapi ada dakwaan, ada penafian, ia siasatan terbuka. Saya tidak pernah mengandaikan Rais itu bersalah.

"Adakan siasatan bebas yang berkecuali. Pendirian kita adalah jelas, kita belum mengeluarkan kenytataan dan jika dapati ada ahli yang membuat tuduhan liar, kita akan menasihatkan mereka. Kita mesti hormati undang-undang,” katanya.




Isu SUK: Pakatan nafi naik kain rentang
Abdul Rahim Sabri
Jan 11, 11
1:28pm


Pakatan Rakyat Selangor hari ini menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri.

NONE"Kami menafikan ianya daripada pihak kami. Daripada isu kandungan (kain rentang) ia bercanggah dengan (pendirian) Pakatan.

"Kita tidak mahu ada sengketa dengan pihak Istana. Ia terbukti apabila MB dan Exco hadir dalam majlis Sultan (dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad (dua dari kiri).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, terdapat tiga kain rentang, di mana salah satu daripadanya berbunyi "Dimanakah Keadilan Sultan Dalam isu pemilihan SUK Siapa Lebih Berhak?" ditemui di Seksyen 9, Shah Alam.

Dua lagi kain rentang ditemui di seksyen 13 dan satu lagi bulatan di kawasannya.

NONEMenurutnya lagi, dalam kain rentang tersebut tertera bendera ketiga-tiga parti gabungan Pakatan, dan tertulis biro penerangan PKR Selangor.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor (MPN) Yahya Sahri, timbalan setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim dan Presiden Kelab Penyokong Menteri Besar Selangor Khairul Anuar Othman.

Mengulas lanjut, Khalid berkata pendirian Pakatan Rakyat jelas terus mempertahankan Islam, Institusi Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.

Katanya, perkara tersebut telah diputuskan dan ditandatangani oleh ketiga-tiga presiden gabungan itu pada September 2008.

"Tetapi sikap kita terhadap (pihak) Istana dan orang Melayu sering dijadikan isu," kata beliau yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.

Ditanya jumlah kain rentang yang ditemui, Khalid menjelaskan setakat ini hanya tiga yang diperolehi dan beliau tidak menolak kemungkinan "ada lebih daripada itu" terutama di luar kawasannya.

"Saya meminta ahli majlis menurunkan kain rentang tersebut dan Dr Badrul Amin (pengarah penerangan Selangor) juga mengarahkan AMK menurunkkannya sekiranya jumpa," katanya.

Sementara Yahya menyifatkan tindakan menggantung kain rentang itu adalah "satu provokasi dan ianya bukan satu perkara baru" kerana sebelum ini Pakatan menghadapi situasi yang sama di Johor.

Malah katanya, isu pelantikan SUK melibatkan soal pentadbiran dan kuasa Sultan serta menteri besar perlu dihormati.

Manakala Suee Lim pula berkata DAP Selangor sepakat menjunjung perlembagaan dan komited menjunjung prinsip demokrasi.

"Kita tidak ada unsur-unsur untuk melakukan apa yang dinyatakan dalam kain rentang di Shah Alam," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat terperinci perkara tersebut serta mendesak ahli politik mengamalkan budaya politik sihat dan membendung perbuatan "jijik" seperti itu.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa PAS Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung kain rentang tersebut.

Mohd Sofian Mohd Shariff membuat laporan tersebut di balai polis Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam laporannya, Mohd Sofian berkata, beliau menemui kain rentang tersebut pada jam 9 pagi di Seksyen 9 dan mengesyaki ianya dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"PAS tidak pernah mempersoalkan keadilan Sultan. YDP (yang dipertua) mengarahkan saya menurunkan banner (kain rentang) tersebut. Sejurus selepas itu, sebuah kereta peronda polis datang dan mengambil banner (kain rentang) tersebut.

"Saya membuat laporan polis ini kerana ia merupakan fitnah jahat yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menimbulkan perasaan benci oleh rakyat kepada Pakatan rakyat," laporan polis itu dipetik.

Sehubungan itu, Mohd Sofian meminta polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab membuat hasutan tersebut dan dibawa kemuka pengadilan.



Taib adakan majlis raikan perkahwinan Sabtu ini
Jan 11, 11 6:19pm


Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengadakan satu majlis jamuan Sabtu ini sempena perkahwinan beliau baru-baru ini.

Walaupun beliau tidak menyatakan venuenya tetapi ramai percaya majlis untuk memperkenalkan isterinya, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, 28, itu akan diadakan di Dewan Santapan kompleks lama Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di Kuching.

NONETaib, 74, yang kelihatan ceria ketika wakil-wakil media mengucapkan "selamat pengantin baru" kepada beliau selepas merasmikan satu seminar di Kuching, bagaimanapun agak keberatan untuk menceritakan tentang isteri beliau yang berasal dari Lubnan itu.

"Jangan ganggu beliau untuk sementara waktu ini kerana beliau sedang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. Beliau belum faham tentang negara ini...mungkin, setelah melawat seluruh negara, beliau akan bercakap," kata Taib.

Beliau dan Ragad dinikahkan pada 18 Dis tahun lalu di kediaman Taib di Demak Jaya di Petra Jaya.

NONEDitanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dijadual melakukan lawatan kerja ke Sarawak hujung minggu ini akan menghadiri majlis itu, beliau berkata: "Saya tak pasti. Saya kena tanya dulu kerana saya baru saja pulang."

Ini adalah perkahwinan kedua Talib. Isteri beliau sebelum ini Puan Sri Laila Taib, yang berasal dari Poland, meninggal dunia akibat kanser pada April tahun lalu.

Sepanjang hidup bersama selama 50 tahun, mereka dikurniakan empat anak dan 15 cucu.



'Jangan jadikan kampung Melayu produk pelancongan'
Jan 11, 11 5:52pm


Mengulas cadangan mengenai pembangunan Kampung Baru, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak begitu senang jika orang Melayu dan kampung mereka menjadi produk pelancongan.

"Kita telah hentikan membawa pelancong melihat cara hidup Orang Asli kerana kita hormati mereka sebagai manusia dan bukan pameran muzium," tulis beliau dalam blognya hari ini.

NONEBeliau mengulas komen dalam blognya mengenai isu Kampung Antara cadangannya ialah kerajaan membangunkan Kampung Melayu moden dengan rumah kayu Melayu serta dilengkapkan dengan parit dan pokok-pokok.

Dengan itu, cadangan tersebut menyebut, ia boleh dijadikan satu
produk pelancongan untuk menunjuk budaya dan cara hidup orang Melayu dahulu kala.

"Apa pun janganlah kita pamerkan kedaifan orang Melayu dengan rumah robek mereka yang terdapat sekarang di tengah-tengah ibu kota moden kita," tambah Dr Mahathir.

Beliau juga tidak setuju sama sekali cadangan kerajaan untuk memberi subsidi sebanyak 99.9 peratus.

"Mentaliti subsidi keterlaluan akan menjadikan orang Melayu amat lemah.

"Di Singapura kampung-kampung Melayu sudah pun dimusnahkan dan orang Melayu ditempatkan di rumah-rumah pangsa supaya mereka hidup tidak lagi dikelilingi oleh kaum dan suku-sakat mereka," katanya.

Menurut Dr Mahathir, dasar Singapura ialah untuk mengintegrasi semua kaum.

"Hakikat yang nyata ialah segala bukti usul-asal Singapura sebagai tanah milik Melayu hilang sama sekali.

azlan"Hari ini kerajaan Malaysia dianggotai oleh majoriti orang Melayu yang prihatin terhadap nasib orang Melayu. Janganlah kita yakin tidak akan wujud kerajaan di mana suara wakil Melayu tenggelam hapus.

"Tanda-tanda ini boleh berlaku sudah pun ternampak.

"Jika pada masa itu pembaharuan Kampung Baru Kuala Lumpur dirancang, mungkin apa yang terjadi pada kampung Melayu di
Singapura akan terjadi kepada Kampung Baru Kuala Lumpur,"tegasnya


Anwar: Hadi, Nik Aziz rakan karib saya
Jan 11, 11 3:20pm

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa rakyat supaya tidak mempercayai dengan cerita-cerita musuh yang mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah, lapor TV Selangor.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awangSambil menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rakan karibnya, Anwar ketika ceramah di Gombak malam semalam mempertahankan presiden PAS itu yang kini berhadapan dengan kritikan berikutan pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.

Kata Anwar, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padu mereka kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.

Rakan karib

“Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.

“Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya,” katanya.

NONEKelmarin PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam yang antara lain berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN.
Selain itu, 12 ribu hadirin berkenaan juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

Malam semalam, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.

NONE“Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka,” katanya.

Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis anjuran Yang di-Pertuan Agong.

Tiada tafsiran lain

azlan“Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.

“Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar.

Pada sidang media yang diadakan malam Ahad lalu, Hadi juga dilaporkan berkata, pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada Pakatan Rakyat.

Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Sambil itu Anwar memaklumkan negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat.

azlan“Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh.

“Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.





Pilihan raya: Kedah beri bayangan tidak ikut Pusat
Jan 11, 11 5:43pm


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak membayangkan negeri itu tidak semestinya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya umum peringkat pusat, lapor Harakahdaily.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Menurut Azizan, pembubaran DUN Kedah bergantung kepada keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersepakat untuk memutuskan sendiri tarikh pilihan raya bagi negeri-negeri yang diterajui mereka.

Ketika ini, Pakatan memerintah di empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Bagi kerusi DUN, kehendak kerajaan BN (menentukan tarikh pilihan raya umum) tidak semestinya menjadi ikutan (negeri)," katanya.

Bagaimanapun kata Azizan dalam kontek kerusi parlimen, PAS akan menyertainya tidak kira waktu bila pilihan raya itu akan diumumkan oleh kerajaan pusat.

Tidak beri ruang

"Kita tidak akan beri ruang sedikit pun kepada BN walaupun pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat. Tapi bagi negeri yang kita kuasai, ia bergantung kepada Majlis Pimpinan Pakatan untuk memutuskan bila DUN akan dibubarkan," katanya yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah.

azlanPembubaran DUN walaupun lazimnya dilakukan selepas pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan serentak. Menteri besar mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya negeri dengan mendapat perkenan Sultan atau ketua negeri.

Sebelum ini, kerajaan Selangor turut menegaskan untuk tidak membubarkan DUN sekiranya kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tergempar atau dalam masa terdekat.

Keputusan yang diambil hasil perbincangan pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri itu antaranya mengemukakan alasan mahu menggunakan mandat lima tahun sepenuhnya bagi melaksanakan janji-janji kepada rakyat tanpa terikat dengan rentak BN.

Mengulas lanjut tentang tarikh pilihan raya umum yang sentiasa menjadi teka-teki di negara ini, Azizan menasihatkan pimpinan kerajaan BN supaya tidak lagi mengamalkan sikap demikian.

NONEKata beliau, rakyat hari ini tidak boleh diperbodohkan sepertimana yang dilakukan sebelum ini kerana sebahagian besar rakyat sudah celik politik malah menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Selain itu kata beliau, teka-teki tarikh pilihan raya yang menjadi permainan BN langsung tidak menggusarkan Pakatan Rakyat, sebaliknya BN yang takut untuk mengumumkan tarikh berkenaan sekiranya mereka merasa sukar untuk mendapat kemenangan.





'Najib kurang yakin', tiada pilihan raya awal
Wong Teck Chi & Lee Way Loon
Jan 11, 11
12:55pm


Di sebalik ura-ura pilihan raya umum mengejut dijangka diadakan seawal Mac atau Julai tahun ini, sesetengah pihak berpendapat pengerusi BN, Datuk Seri Najib Abdul Razak belum bersedia membuat keputusan berkenaan.

NONESabtu lalu, dalam pertemuan 'satu dengan satu' - semua 105 ahli parlimen BN dengan Najib - ura-ura itu semakin terhakis dan ramai yang kini berpendapat pilihan raya umum akan diadakan lewat tahun ini ataupun mungkin juga tahun depan.

Pemimpin Pakatan Rakyat pula berpendapat Najib belum ada keyakinan, BN mampu menang besar, manakala seorang ahli parlimen BN berkata sessi taklimat tertutup itu bagi meninjau peluang gabungan itu.

MP dari semenanjung itu mengesahkan bahawa Najib prihatin dengan janji-janji yang belum dilaksanakan di setiap kerusi pilihan raya.

NONE"Saya fikir sekarang bukan masa yang sesuai. Kenapa harus tergesa-gesa adakan pilihan raya umum? Pilihan raya hanya diadakan apabila pemimpin menghadapi masalah dalam partinya atau kedudukannya tidak lagi selamat, ini ternyata bukan keadaan kita sekarang,” kata MP yang tidak mahu identitinya didedahkan.

"Pengundi memilih kita untuk lima tahun (dan sekarang ini adalah pertenggahan penggal). Kita masih mempunyai banyak program untuk dilaksanakan (mengikut program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan tahun lalu).

NONE"Sebagai parti pemerintah, kita tidak perlu tergesa-gesa. Kita sepatutnya mempunyai 70 hingga 80 peratus keyakinan - malah 60 peratus juga tidak selamat.”

Najib sendiri enggan mengulas bila tarikh pilihan raya umum. Beliau sebelum ini dilaporkan berkata BN masih mempunyai banyak masa dan akan berjumpa dengan semua ADUN dan pemimpin akar umbinya bagi mendapatkan maklumat tambahan.

MP PBB bagi kerusi Santubong, Datuk Wan Junaidi Jaafar (bawah, kanan), yang merupakan kumpulan pertama berjumpa dengan Najib berkata perdana menteri tidak memberi sebarang bayangan mengenai tarikh pilihan raya pada pertemuan itu.

deputy speaker wan junaidi parliament pc 240609"Mesyuarat BN itu adalah mengenai rancangan transformasi seperti NKRA dan NKEA. Kemungkin besar pilihan raya tidak akan diadakan tahun ini. Jika pilihan raya (akan diadakan tidak lama lagi), beliau sudah tentu akan beritahu kami.”

Ahli parlimen BN lain yang dihubungi berkata mereka berharap pilihan raya akan hanya diadakan selepas rancangan transformasi menghasilkan keputusan dan berjaya meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

Bagi MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah sesuatu yang luar biasa bagi mengadakan pilihan raya umum sekarang sedangkan penggal mereka yang dipilih itu akan hanya berakhir pada 2013.

"Saya tidak fikir (pilihan raya umum akan diadakan pada) Mac. Tiada keperluan mendesak, meskipun ada perkembangan positif seperti kucar-kacir di pihak pembangkang.




Tiada ulasan: