Selasa, 4 Januari 2011

JANGAN KITA DOUBLE STANDARD....BILA KITA BUAT... DIAM JE...BILA ORANG LAIN BUAT BISING...RAKYAT SEKARANG BUKAN BODOH LAGI...LAWAK BETUL ORANG MCM NI

Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun ini
Jan 4, 11 10:12am


Negara tidak menghadapi kekurangan bekalan minyak masak tetapi 'belian panik' menyebabkan satu lagi pusingan kekurangan 'palsu', kata seorang peserta industri.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 cooking oilMinyak masak berasaskan sawit segera disambar di kedai-kedai, dan yang tinggal hanyalah minyak makan diimport yang mahal, yang diperbuat daripada minyak jagung, minyak kanola dan lain-lain.

Minyak masak merupakan barangan kawalan harga di Malaysia.

Peserta industri berkata belian panik dicetuskan oleh khabar-khabar angin tentang kemungkinan harga dinaikkan, seperti yang dinyatakan dalam cadangan skim pengurangan subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), yang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Sumber yang enggan disebut namanya berkata bahawa kebanyakan usahawan kecil dan sederhana dalam perniagaan makanan membeli barangan kawalan mereka dalam jumlah yang besar kerana bimbang harga akan naik dalam tahun ini.

sundry shop kedai runcit 250907 02"Belian panik biasanya berlaku apabila tercetus khabar-khabar angin tentang kenaikan harga. Kekurangan bekalan minyak masak akan berlaku kerana orang ramai akan mula menyorok minyak makan. Inilah juga yang terjadi bila harga gula naik," kata peniaga itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe, semalam memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah buat waktu ini.

Di bawah pengurangan subsidi, harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011 dan selepas itu, lima peratus setiap tahun hingga Januari 2014.

sundry shop kedai runcit 250907 01Sementara itu, ada kemungkinan penyeludupan minyak masak ke Indonesia, Thailand dan Singapura menyebabkan kekurangan itu.

Peniaga-peniaga berhasrat menjual minyak makan yang diseludupkan itu pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran-pasaran ini, kata seorang peniaga.

Seorang peniaga lain mengaitkan kekurangan ini kepada harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi kerana kebanyakan pengilang tidak dapat membeli dan menjualnya pada harga semasa.

Harga semasa MSM berlegar sekitar RM3,800 setan metrik.

oil palm under threat 010306 dyingHarga MSM di kilang adalah RM70-RM80 setan metrik lebih tinggi dan kebanyakan pengilang bukan sahaja tidak mampu membayar harga yang tinggi itu malah juga menjualnya pada harga terkawal sekarang.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata kekurangan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia merupakan pengeksport utama produk minyak sawit.

"Kerajaan harus memantau kegiatan membeli dan menjual untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan harga lebih rendah," kata Presidennya, SM Mohamed Idris.

Pengguna-pengguna dinasihati supaya tidak mendengar khabar-khabar angin tentang harga yang "bakal" naik dan melaporkan kegiatan menyorok.

- Bernama




Nik Aziz akui bertemu PM, penjelasan dalam 24 jam
Abdul Rahim Sabri
Jan 3, 11
6:12pm


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup, lapor Harakahdaily.

NONE“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan perdana menteri untuk bersembang biasa.

“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu tengah hari tadi.

Sementara itu, setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari pula menjangkakan penjelasan lanjut berhubung pertemuan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Beliau (Nik Aziz) apa pun akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat, dijangka dalam masa 24 jam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Perjumpaan 'besar'

Setakat ini, Ahmad Fadhli berkata beliau belum mendapat sebarang arahan daripada menteri besar berhubung perkara itu.

Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

NONEIa bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.

'Berdentam-dentumlah isu kerajaan perpaduan'

Hadi setakat ini masih membisu tentang perkara itu.

Setiausaha politik Abdul Hadi - Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar - bagaimanapun memberitahu Malaysiakini, tiada komen akan dikeluarkan oleh pihaknya kerana persoalan itu akan dijelaskan oleh Nik Aziz sendiri.

NONEPerbincangan ini turut menarik perhatian editor organ PAS Harakah Tarmizi Md Jam (kanan) sendiri yang mengulas perkara itu dalam blognya Sanggah Tok Sago hari ini.

"Maka berdentam-dentumlah semula isu kerajaan perpaduan sehari dua ini. Ada blog yang sudah meraban membongkar pertemuan tersebut. Tak kurang juga yang ligat berhujah mempertahankan kumpulan masing-masing.

"Tetapi faktanya kian bercanggah antara satu sama lain. Ada blogger mendakwa timbalan presiden PAS hadir sama, kemudian sehari selepas itu beliau mohon maaf kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa," tulis Tarmizi.








Mangsa rogol rayu identiti tidak didedah
Jan 3, 11 7:37pm


NGO Indonesia yang memperjuangkan kes dakwaan rogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.

Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

NONEMenurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana “menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia.”

“Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia,” petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketika dihubungi ketika itu, pengarah Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta, Anis Hidayah memberitahu Malaysiakini mereka tidak boleh menghebahkan kes itu kerana mangsa dan keluarganya- meskipun telah menjalani sesi kaunseling - menolak untuk membuat kenyataan umum dan mengheret menteri berkenaan ke mahkamah.

Isu yang tertersorok selama tiga tahun itu muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia dikatakan didedah oleh laman WikiLeaks.

Ketua pengarang The Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan juga menulis mengenai pendedahan WikiLeak dalam blog Rocky Bru kelolaannya. Menurut beliau Pejabat Perdana Menteri yang ketika itu di bawah Abdullah juga menerima laporan berkenaan.

Pada 27 Disember 2009, kumpulan pelindung pendatang asing, Tenaganita mendesak kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 19 Jun 2007 itu disiasat.

Pada laporan bertarikh Ogos 2007, Anis berkata perjumpaannya dengan mangsa berkenaan pada 24 Julai tahun yang sama di rumah mangsa di Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah untuk mendapatkan maklumat.

Setelah dipujuk, mangsa berkenaan yang telah bekerja selama lapan tahun sebagai pembantu rumah kepada menteri berkenaan, akhirnya mengakui majikannya itu telah merogolnya.

Mangsa bagaimanapun merayu kepada Anis dan dua aktivis Migrant Care supaya kes perogolannya tidak dihebahkan kerana “bimbang malu ke atas dirinya, keluarga dan juga masyarakat di kampung mereka.”

Katanya, “beliau hanya orang kecil berbanding (menteri itu) adalah orang besar, jadi beliau amat takut dan meminta kes rogol itu ditutup,” petik laporan Anis.





NGO mahu hukuman gantung ke atas ADUN PKR
Hazlan Zakaria
Jan 3, 11
6:02pm


Dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuahn Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

NONE"Kenyataannya adalah biadap dan tidak beradab. Ia mengandungi fitnah dan perbuatan khianat terhadap institusi raja di Selangor. Saya percaya kenyataannya itu juga berbaur hasutan,” kata pengerusi Gaps, Hamidzun Harun kepada wartawan selepas membuat laporan di ibu pejabat polis di Shah Alam.

Dalam laporan polis itu, kedua-dua NGO berkenaan mahu Shuhaimi diheret atas dakwaan mengkhianati mengikut Seksyen 121 Kanun Jenayah yang membawa hukuman bunuh.

Penjara seumur hidup

Pertuduhan alternatif, mereka mahu Shuhaimi didakwa mengikut Seksyen 121(1B)kerana cuba menghasut atau berusaha mengulingkan ketua negeri yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

"Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor,” kata Hamidzun.

PERKASA pula diwakili oleh pengerusi Selangor, Abdullah Mansur.

Menurut pengadu, Shuhaimi membuat kesalahan berkenaan di blog ketika mengulas isu berkenaan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru pada 30 Disember lalu.

Kedua-dua NGO itu mengugut akan membuat laporan polis setiap hari di seluruh negara sehingga Shuhaimi diheret ke muka pengadilan.

Dalam blog itu, Shuhaimi antara lain, berkata jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa menerusi kenyataan dalam laman blog berkenaan seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

pkr congress 281110 shuhaimiBerikut disiarkan petikan di blog Shuhaimi.

“Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato' Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati' oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.

"Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.

"Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.”





Pekerja ladang cabar pampasan 'tidak adil'
Jan 3, 11 6:31pm


Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang (NUPW) hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di Kuala Lumpur untuk membatalkan sebahagian perintah Mahkamah Perusahaan yang didakwa tidak memberi faedah kepada 40,000 pekerja kilang kelapa sawit dan pemetik kelapa sawit.

NUPW memfailkan permohonan pada pukul 2 petang di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi menerusi firma peguam Tetuan Kesavan & Co.

NONEDalam afidavit sokongan, Setiausaha Agung NUPW Datuk G Sankaran menyatakan bahawa keputusan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Ong Geok Lan, bertarikh 26 Nov, 2010 mengambil kira pertimbangan faktor-faktor tidak relevan dan gagal untuk melihat fakta-fakta berkaitan sebelum membuat keputusan.

Sankaran juga menyatakan bahawa Ong khilaf apabila membuat tafsiran undang-undang berkaitan perjanjian kolektif di mana ganti rugi adalah bertentangan dengan skim umum, polisi dan hasrat Akta Hubungan Perindustrian 1967.

Beliau menegaskan Menteri Sumber Manusia telah merujuk perkara itu ke Mahkamah Perusahaan untuk timbang tara selepas NUPW dan persatuan Pengeluar Pertanian Malaysia (MAPA) pada 22 Dis, 2008 gagal mencapai persetujuan berhubung dua perjanjian kolektif bagi pekerja kilang kelapa sawit dan pemetik kelapa sawit yang tamat pada 30 Jun, 2008.

NONESankaran (kanan, berbaju merah) menyatakan bahawa mahkamah juga "gagal menjelaskan" tentang tarikh penguatkuasaan perjanjian kolektif yang baru serta tempoh perjanjian berkenaan seperti yang disyaratkan mengikut Seksyen 30(7) akta itu.

Ong, dalam keputusannya, menyatakan tarikh pemberian ganti rugi berkuatkuasa pada 1 Nov, 2010 dan akan kekal dilaksanakan berterusan bagi tempoh tiga tahun.

Sankaran memberitahu pemberita kemudian bahawa perintah mahkamah itu secara umumnya tidak menguntungkan pekerja ladang, dan ia gagal untuk melindungi hak para pekerja seperti yang diperuntukkan undang-undang.

"Mahkamah Perusahaan gagal untuk memastikan imbuhan lebih baik kepada para pekerja dan satu-satunya harapan kami sekarang adalah kepada Mahkamah Rayuan untuk membuat keputusan yang menyebelahi kami, di mana kebanyakan pendapatan bersih para pekerja adalah di bawah RM500, lebih rendah daripada sektor-sektor lain.

NONESetiausaha Eksekutif NUPW A Navamukundan berkata tiada banyak perubahan dalam struktur gaja para pekerja, di mana upah harian bagi pekerja kilang hanya melihat kenaikan RM13.50 kepada RM15, iaitu lebih rendah daripada gaji minimum bulanan RM700 yang diminta kesatuan.

"Perjuangan kami untuk mendapatkan gaji bulanan bagi pekerja ladang tidak akan berhenti di sini," katanya,

Seramai 250 pekerja kilang kelapa sawit dan pemetik kelapa sawit yang datang dari Johor dan Perak berada di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini untuk memberi sokongan mereka kepada NUPW dalam usaha mendapatkan gaji lebih baik.

- Bernama


Kenyataan seksis, Gerakan didesak mohon maaf
Jan 3, 11 4:24pm


Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok mendesak Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang memohon maaf atas kenyataan berbaur seksis yang dilemparkan terhadap Hannah Yeoh yang juga ADUN Subang Jaya.

selangor dap election 281110 teresa kok interview 02Kok (kiri) menganggap kenyataan Tan itu sebagai suatu penghinaan kepada kaum wanita dan ibu.

"Saya menggesa Tan meminta maaf kepada Hannah dan semua wanita tanpa syarat ketidakprihatinan beliau selain mendidik dirinya tentang kesamarataan gender. Saya berbesar hati akan menaja Tan Keng Liang untuk mempelajari kesamarataan gender oleh NGO terkemuka di Malaysia," katanya dalam kenyataan media.

Selain itu, Kok juga menggesa Tan memohon maaf berhubung kenyataan sinis yang mempertikai kebolehan kaum itu menggalas tugas sepertimana kaum lelaki di negara ini.

Memetik kenyataan laman Twitter Tan semalam, ahli exco kerajaan negeri Selangor itu membidas pemimpin BN itu yang mempertikai kebolehan Hannah menjalankan tugas sebagai ADUN ketika sedang hamil.

tan keng liang"Siapa you pilih @ jezlai atau @ hannahyeoh yang akan bercuti hamil (sebagai ADUN Subang Jaya untuk pemilihan mendatang)?" petik laman twitter Tan.

Walaupun mendapat kecaman pelbagai pihak menerusi komen, Tan (kanan) tetap berkeras mempertahan kenyataannya selain menggambarkan sifat chauvinistic beliau terhadap kaum wanita.

Namun pada masa yang sama, Hannah mempertahankan dirinya melalui komen balas mengatakan beliau masih mampu untuk bekerja keras walaupun sedang bercuti hamil berbanding ahli parlimen BN.

Kok berkata, sehingga kini, Hannah yang dilantik sebagai ADUN Subang Jaya sejak terpilih pada Mac 2008 serta pasukannya telah bekerja keras untuk masyarakat di kawasan itu.

Tambah beliau, dedikasi yang ditunjukkan Hannah amat dihargai oleh masyarakat Subang Jaya, justeru beliau yakin ADUN itu akan menyumbangkan usaha kepada masyarakat di Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat

Tiada ulasan: