Antaranya adalah naib presiden parti itu Tian Chua yang menuntut polis mengeluarkan notis kepada Shuhaimi untuk hadir memberi keterangan.
Tian juga berkata, polis perlu menyatakan tujuan siasatan dan memberi jaminan Shuhaimi tidak akan ditahan.
Tian turut menyifatkan tindakan polis mencari Shuhaimi sebagai satu "gangguan" dan mendesak pihak polis supaya jangan melibatkan diri dalam politik.
Sementara itu, Azmizam Zaman Huri - pembantu Shuhaimi - hadir di balai polis tersebut untuk menjelaskan sebab mengapa ADUN PKR Seri Muda itu tidak datang untuk memberi keterangan.
"Kami bimbang terhadap keselamatan dirinya dan kami jangka polis mungkin akan cuba menahannya. Jika jika polis datang mencari anda di rumah anda pada malam hari, saya percaya mereka mencari untuk menangkap anda, "katanya.
Menurutnya, mereka memerlukan jaminan bahawa polis tidak akan menangkap Shuhaimi dan memastikan keselamatannya."Kami memerlukan notis rasmi daripada polis. Mereka mesti memberitahu kami mengapa mereka perlu menemuinya. Atas sebab mereka perlu berbuat demikian dan apa yang mereka mahu darinya," kata Azmizam sambil menambah bahawa Shuhaimi akan datang jika mendapat jaminan tersebut.
Sehubungan itu juga, Azmizam berkata polis telah bersetuju untuk merekodkan keterangan Shuhaimi pada jam 4 petang esok.
Kenyataan itu akan direkodkan di pejabat Shuhaimi di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam, kata Azmizam dalam satu kiriman SMS lewat petang ini.
Pagi tadi, dalam satu kiriman SMS, Shuhaimi berkata akan memberi keterangan kepada polis jam 2 petang tadi, dipercayai berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor melalui tulisan di blog.
Ini susulan kunjungan beberapa orang anggota polis ke rumahnya awal pagi ini.
Shuhaimi berkata, polis tetap mengunjungi rumahnya pada kira-kira jam 1 pagi sedangkan beliau telah "memberi komitmen" untuk hadir ke balai kepada seorang pegawai polis yang dinamakannya sebagai ASP Chong.
"Saya tak tau apa niat dan kenapa mereka datang juga cari saya malam tadi. Saya sudah bagi komitmen pada ASP Chong akan datang balai petang ini sejak semalam lagi sekitar pukul 7 petang," katanya dalam satu kiriman SMS.
Tambahnya terdapat dua versi berbeza berhubung tujuan polis merekodkan kenyataannya.
"Satu maklumat kata nak tanya hal simbah cat. ASP Chong kata nak ambil kenyataan pasal laporan ke atas saya. Di balai nanti baru kita tahu apa hal sebenarnya," katanya lagi.
Azmizam pula berkata, anggota polis telah menghubungi Shuhaimi apabila tidak dapat menemui ADUN berkenaan di rumahnya pada malam tadi.
Katanya, anggota berkenaan pada malam tadi telah meminta Shuhaimi supaya segera hadir ke balai polis berkenaan.
Bagaimanapun, Azmizam berkata Shuhaimi hanya dapat meluangkan masa untuk hadir ke balai berkenaan pada jam 2 petang ini.
Menurut seorang lagi sumber di pejabatnya, Shuhaimi pada waktu itu berada di Johan Setia, Klang, bagi menghadiri sebuah program Angkatan Muda Keadilan.
Ketika ditanya, beliau juga menafikan khabar angin bahawa Shuhaimi telahpun ditahan polis berhubung isu berkenaan.
Kos MRT mungkin cecah lebih RM36.6bil
laluan.
"Anda harus ingat bahawa RM36.6 bilion adalah anggaran 2009. Ia berpotensi menjadi lebih tinggi, bergantung pada inflasi dan kejayaan dalam sistem nilai," kata ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Mohd Nur Ismal Kamal.
Anggaran RM36.6 bilion itu tidak termasuk antaranya kos pengambilalihan balik tanah.
Bagaimanapun, tambahnya, Spad sedang mencari cara untuk mengimbangi kos tersebut, termasuk melalui pembangunan di sekitar stesen MRT, seperti model yang digunakan di Hong Kong.
"(Pemilik projek dan syarikat kaitan kerajaan) Prasarana akan menubuhkan sebuah syarikat pembangunan hartanah untuk tujuan ini," katanya.
Menurut Mohd Nur, tender akan dipanggil untuk keseluruhan projek pada bulan April dan projek pula diberikan pada pertengahan Mei.
Rakan pembangunan projek Gamuda-MMC, tambahnya, akan turut terbabit dalam pemberian tender, tetapi keputusan muktamad adalah di tangan kerajaan.
Projek tersebut adalah di bawah bidangkuasa jawatankuasa pemandu yang dipengerusikan oleh perdana menteri manakala ketua setiausaha negara mempengerusikan dewan eksekutif.
Sebarang tambahan kos akan ditanggung oleh Gamuda-MMC,
manakala 'bonus' akan disediakan oleh kerajaan sekiranya syarikat tersebut dalam menyiapkan projek itu mengikut jadual dan di bawah sasaran kos, yang menurut Mohd Nur, tidak boleh didedahkan.
Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat.
"Oleh kerana Najib secara terbuka mengkritik Program 100 Hari dan mendakwa ia akan membawa kehancuran ekonomi kepada negara seperti yang dialami Greece, saya mengusulkan debat terbuka diadakan.
"Sebagai pemimpin kerajaan dan Perdana Menteri, beliau sewajarnya menyahut cabaran ini untuk berdebat dengan saya. Biar rakyat menentukannya kemudian," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Katanya, serangan terbaru perdana menteri ke atas polisi Pakatan bukan sahaja tidak berasas malah polisi ekonomi yang diguna-pakai BN adalah punca hutang negara kini mencecah RM362.39 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.
Hutang lebih 50 peratus KDNK
Anwar berkata dengan menangani hanya dua masalah - rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) - Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.
"Hakikatnya Umno-BN yang berhutang setiap tahun. Laporan Ketua Audit Negara dikeluar 25 Oktober 2010 menyatakan hutang negara sekarang melebihi 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah.
“Hutang kerajaan 2009 meningkat kepada RM 362.9 bilion atau 53.9 peratus KDNK. Angka ini bertambah di bawah pentadbiran Datuk Najib," kata Anwar yang juga ketua pembangkang.
Menurutnya, program 100 hari Pakatan Rakyat itu bertujuan mengurangkan beban yang dihamparkan oleh Umno kepada rakyat marhaen yang semakin dihimpit denga kenaikan harga barangan asas dan pendapatan yang mengucup.
Anwar mendakwa kira-kira 40 peratus daripada rakyat negara ini, masih dalam lingkungan pendapatan RM1,500 sebulan dan sebahagian besar daripada mereka adalah orang Melayu dan golongan bumiputera lain.
'Umno begitu dangkal'
Beliau berkata pemimpin-pemimpin Umno begitu dangkal mempersoalkan janji Pakatan untuk memberikan imbuhan tambahan RM500 kepada pendidik bagi mengiktiraf kepentingan profesyen itu tetapi berpeluk tubuh apabila Najib membayar RM77 juta kepada Apco, syarikat perunding pro-Zionis untuk memulihkan imejnya yang tercalar.
"Kita boleh senarai pelbagai fakta. Tidak baik untuk mempermain dan perolok program kita semata kerana nak bagi RM500 elaun tambahan kepada guru sedangkan mereka bayar RM 77 juta kepada Apco. Keutamaan inilah yang membimbangkan kita," kata Anwar.
Memberi pecahan kewangan program 100 Hari Pakatan Rakyat, Anwar berkata imbuhan tambahan RM500 kepada para guru akan menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion, manakala subsidi minyak dan gas memasak RM8 bilion, dan penstrukturan sistem tol sebanyak RM 8 bilion.
Anwar berkata Najib harus tampil secara terbuka berbahas dengan beliau untuk memperinci Program 100 hari supaya rakyat boleh mendengar dan membuat keputusan terbaik demi masa depan mereka.
Beliau berkata apa yang jelas sekarang ialah kerajaan pusat memberikan syarikat kroni subsidi yang jauh melebehi subsidi yang diberikan kepada rakyat.
"Empat, lima syarikat kroni IPP dapat subsidi RM 19 bilion. Seluruh rakyat Malaysia dapat subsidi RM11 bilion. Kerajaan takut berdepan dengan syarikat kroni yang kaya, " kata Anwar.
Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini.
Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.
Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.
Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.
MAB berkata dalam kejadianjam 10.02 malam semalam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.
Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.
Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.
Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Kes buli pelajar di Kedah, 5 pelajar ditahan
Johari Zainon, 35, iaitu bapa kepada Mohd Syazwan Johari, 14, berkata setelah diperiksa di hospital, lutut anaknya itu didapati retak.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Baharom Abu berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan tengah malam tadi dan lima pelajar telah ditahan kira-kira 2.30 petang hari ini di hadapan sekolah berkenaan.
"Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan sengaja," katanya.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 6.55 petang apabila mangsa dipanggil oleh seorang pelajar senior untuk ke dorm bersebelahan.
"Saya tidak mahu mengikut senior itu kerana saya takut dicederakan. Sebelum ini pun mereka pernah membuli saya tapi tidak seteruk kali ini.
"Tetapi budak (pelajar) itu telah menarik saya sampai ke depan pintu dorm sebelum empat lagi kawannya datang dan terus memukul saya," katanya.
Dia yang tidak mampu melawan serangan mereka sempat bertanyakan sebab dia dipukul.
"Mereka berkata mereka suka-suka sahaja memukul saya. Bila keadaan saya semakin lemah, mereka mengheret saya ke katil dan semasa mereka mengheret lutut saya terlanggar rak kasut (daripada besi) dan menyebabkan lutut saya sakit," kata Mohd Syazwan.
Dia berkata semasa dia dipukul, ada kawan-kawannya yang melihat kejadian itu tetapi mereka tidak berani memberitahu kepada warden asrama kerana mereka juga takut dengan kumpulan pelajar senior berkenaan.
"Akibat kejadian itu, semalam saya tidak boleh berjalan untuk ke sekolah kerana lutut saya sakit dan kawan saya telah memberitahu Cikgu yang kemudiannya membawa saya ke klinik," katanya.
Johari berkata setelah beliau mengetahui kejadian itu, beliau segera pergi mengambil anaknya di asrama sekolah berkenaan.
"Semasa saya ambil Syazwan, Cikgu beritahu anak saya kena pukul dan telah dibawa ke klinik. Tetapi saya tidak berpuas hati kerana anak saya mengadu sakit lutut dan saya membawa dia ke Hospital Sultanah Bahiyah pula untuk diperiksa.
"Dan selepas pemeriksaan, doktor mendapati lutut anak saya retak," katanya.
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad berkata beliau belum menerima apa-apa laporan tentang kejadian itu dan akan meminta Pejabat Pelajaran Daerah supaya menyiasat kes berkenaan sebelum menghantar laporan ke Kementerian Pelajaran.
"Biar polis jalankan siasatan dan bagi pihak JPN (Jabatan Pelajaran Negeri), kita akan serahkan laporan kes ini kepada kementerian secepat mungkin," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan