Ahad, 2 Jun 2013

TAK MATANG KITA TAK PERCAYA LELAKI...MULA2 DIJADIKAN ADAM A.S...SEMUA NABI2 A.S LELAKI...NABI A.S AKHIR JUGA LELAKI...KHALIFAH PUN LELAKI...ALLAH TAK MEMANDANG RAHMAT JIKA WANITA SEBAGAI PEMIMPIN....BIN ANAK2 PUN LELAKI...PEREMPUAN PUN KENA KAHWIN DENGAN LELAKI...MEMPERTAHANKAN NEGARA PUN LELAKI...FIKIR ELOK2 MEMANDANG LELAKI TIDAK MATANG...TAK BOLEH BUAT KERJA...DLL...JANGAN KITA SYOK SENDIRI...JANGAN TERASA HEBAT DARI LELAKI DAH LAH

Khalid Ibrahim tak percaya pada lelaki?
Posted on Saturday, June 01 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: anaabdullah

"Penulis tidak kesah pasal 5 muka baru dan 5 muka lama EXCo kerajaan Selangor yang telah angkat sumpah semalam.

Yang hendak penulis katakana disini sah dan jelas Tan Sri Khlaid Ibrahim menteri besar Selangor itu sudah tak percaya lagi pada lelaki menjawat jawatan EXCO kerajaan yang diterajuinya.

Jika ada orang kata apa yang penulis nyatakan ini tak betul tu, mengapa melantik 4 perempuan sebagai EXCO, sedangkan masih ada lelaki yang boleh galas tugas berat itu.

Hendak kata tiada lelaki yang Al Sultan berkenan mustahil, kerana orang PAS 3 lelaki dan satu perempuan.

Apakah seramai 11 orang lelaki dari PKR tidak mendapat perkenan Al Sultan? Kalau ya pun tak percaya pada lelaki dari partinya tak kan taka ada seorang pun yang boleh dilantik mengalas tugas berat yang sangat tidak berlaku adil.

Yang sangat pelik turut mengangkat sumpah ialah wakil DAP Hannah Yeoh (Subang Jaya) yang dilantik ke jawatan Speaker DUN, dan timbalannya Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, Seri Setia).

Exco Selangor kali ini menampilkan lima calon muka baru dan lima calon yang dikekalkan untuk penggal ini tanpa memikirkan ia jelas tidak seimbang tanggungjawab lelaki dan perempuan dalam pentadbiran (politik)

Pas membariskan dua Adun muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad, serta Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali manakala dua Adun muka baru Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Sabak, Sallehen Mukyi.

Manakala tiga Adun DAP terdiri dari Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim serta Adun Kota Shah Alam, Ganabatirau Veraman adalah Adun muka baru dan mengekalkan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Adun daripada PKR menampilkan seorang Adun muka baru Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi dan turut mengekalkan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail serta Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang reputasinya sudah tercalar."


 Kenapa DUN KD dipolimikkan?
Posted on Saturday, June 01 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,

Saya melihat polimik DUN KD sudah menjadi semakin hangat bilamana ianya melibatkan beberapa pemimpin PR sama ada dari PAS atau PKR. YB Shamsul Iskandar Mat Akin, YB Khalid Samad dan ketua Dewan Ulamak PAS Pahang antara yang lantang memperkatakan mengenai DUN KD sementara YB Azmin Ali yang mulanya turut melenting akhirnya mengaku kesilapan PKR yang menyebabkan DUN KD dan Semenyih jatuh ke tangan BN.

Polimik yang tidak berkesudahan ini turut dihangatkan oleh Blogger Tulang Besi yang turut mengaitkan menantu presiden dalam kemelut DUN KD. Presiden turut dicop benak  dan jemaah PAS KD didakwa menentang keputusan kepimpinan. Saya tidak bermaksud memanjangkan polimik yang belum berakhir ini tetapi ingin bertanya apakah pertindihan kerusi hanya berlaku di DUN KD sehingga begitu besar fokus diberikan di situ?

Pada saya kalau nak bercakap mengenai kelemahan mana mana parti dalam PR ianya mestiah menyeluruh.Masalah yang terjadi di KD perlu juga dikaitkan dengan tempat lain.

Saya juga ingin bertanya apakah DUN dan Parlimen yang terdapat pertindihan calon tidak dimenangi oleh BN? Kalau jawabannya semua dimenangi BN maka polimik yang melibatkan KD tidak adil kalau tidak mengaitkan dengan tempat lain.

Ada orang kata luahan kurang menyenangkan Shamsul Iskandar berpunca dari presiden yang menuduh ada calon PKR yang jual pil kuda. Jadi kalau presiden biadap menuduh calon PKR maka tidak salah Shamsul Iskandar melebelkan presiden sebagai benak.

Saya juga tidak mahu mengulas perkara ini kerana apa yang saya faham ungkapan  jual pil kuda dan benak berbeza maknanya kerana jual pil kuda itu adalah perbuatan tetapi benak itu pula melibatkan ketidakmampuan peribadi berfikir dengan cepat dan betul.

Dan saya faham ungkapan jual pil kuda itu adalah perli atau kata orang Terengganu maki tua tetapi ungkapan benak itu adalaah menghina.Ianya nampak serupa tapi tak sama.Tetapi saya faham saya tidak boleh memaksa orang lain menerima pendapat saya, kalau saya dianggap kelapa leper dalam PAS, nak buat macam mana.

Tetapi saya tetap bertegas bahawa kalau nak polimikkan DUN KD serta menamakan Din Ayam sebagai culpritnya, tolong bawa bersama kemelut yang berlaku di tempat lain dan siapa culpritnya beserta dengan gelarannya sekali kalau ada.Apa yang berlaku di Sungai Acheh sepatutnya mendapat lebih liputan dari KD kerana di sana Cikgu Bard  bertanding dan walaupun PAS mengumumkan menarik diri tetapi pertandingan tetap berlaku di antara PKR dan PAS dek kerana perubahan peraturan pilihanraya oleh SPR.

Sementara di DUN Bukit Besi , Dungun yang telah diisytiharkan PKR menarik diri oleh ketuanya Azan Ismail, ternyata ada kempen yang dibuat oleh PKR dan ianya banyak mengumpulkan orang orang UMNO yang curiga dengan kerjasama PR.Saya berani menyatakan ini kerana maklumat yang saya dapati dari seorang kawan yang pernah mengikuti ceramah kempen PKR di sana.

Menurutnya penceramah PKR yang berceramah hanya menyebut apa yang akan dilakukan PRK dan DAP sekiranya menang dan langsung tidak menyebut PAS. Perkara ini menimbulkan kesangsian di hati kawan tersebut mengenai kejujuran PKR dalam membangunkan hubungan baik dengan PAS.Kebetulan kawan saya ini merupakan pendokong UMNO yang  dibrainwash oleh BTN!

Saya menyatakan ini bukan untuk menyalahkan PKR tetapi point yang saya nak timbulkan di sini ialah sabotaj yang melibatkan bilik perang UMNO dengan menggunakan PKR. Tetapi malamnya tiada polimik mengenai perkara ini menyebabkan seolah olah masalah hanya berlaku di KD.

Perkara ini mungkin akan memerangkap kita dengan lebih teruk kalau masalah sebenar yang berlaku di tempat lain cuba kita sembunyikan sebaliknya mengorek lebih dalam apa yang berlaku di KD. "


 Najib Razak TIPU SPR dibawah bidang kuasa Parlimen
Posted on Sunday, June 02 @ 13:26:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"

Jawaoan yang paling baik, tepat dan tidak perlu diperdebatkan ialah TIPU dan BOHONG, selagi UMNO/BN berkuasa walaupu cadangan Najib Razak meletakkan SPR dibawah bidang kuasa Parlimen.

Satu waktu dulu SPR pernah diaudit dibawah JawatanKuasa Kas SPR diwakili kerajaa BN dan dari wakil pakatan rakyat diketuai oleh menteri di JPM. Hasilnya sekadar beruk makan pisang ranum.

Selagi BN/UMNO berkuasa selagi itu SPR dan JPN menjadi cawangan UMNO Malaysia. Jawatan Kuasa Khas SPR dtubuh hanya sekadar tunjuk SPR dab BN bebas dan berkecuali. Namum padasarnya SPR adalah nyawa dan mata telinga dan mulut dan perut pemimpin BN/UMNO.
Cadangan Najib Razak SPR akan diletakkan dibawah Parliemn Malaysia hanya sia sia sahaja malah lebih teruk dan lebih punah ranah selagi atasa nama BN/UMNO berkuasa.
Kerja cukup mudah sahaja bersih daftar nama nama pemilih dalam rekod SPR dan diadunkan dengan JPN. Kerjasama SPR dan JPN perlu diselarakn dengan era zaman IT dan zaman yang begiru canggin peralatan dan sorfware.
Satu sahaja tindakkan jangka pendek ialah ketua SPR dan Timb. SPR perlu diganti dengan orang yang lebih baik dari yang ada sekarang jangan dijadikan lembu dicucuk hidung.
kita lihat apakah tindakkan kerajaan BN/UMNO dalam membaikpulih SPR dan JPN bagi membersih pengundi atau pemilih dalam SPR seramai 13 juta orang.
Dari maklumat SPR akan membaut dan mencadangakn persempadanan semula kawasan pilihanraya akhir tahu 2013. Dicadangkan persempadanan semula perlu mengikut jajaran kawasan dan kepadatan penduduk dan bentuk alam atau lokasi untuk mudah bergerak. 
*****uh di Terengganu, Kelantan dan Kedah persembadanan pilihanraya macam retak seribu kalau dibandingkan dengan kwasan negeri lain. 
Jadi kita tunggu Najib Razak untuk jadiakn bubur nasi SPR atau gulaikawah.  

 


Tahniah Kepada Ustaz Azizan Menjadi Yang Pertama
Posted on Sunday, June 02 @ 13:30:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Tahniah kepada Ustaz Azizan Abdul Razak kerana dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri. Ada 45 individu yang menerima darjah kebesaran PSM, yang merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negara dan hanya dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong sahaja.

Ustaz Azizan adalah pemimpin PAS pertama, rasanya adalah pemimpin pembangkang pertama yang mendapat gelaran berkenaan.

Bagi perjuangan PAS saya tak nampak perkara ini adalah suatu yang utama atau dibanggakan sangat tetapi pemberian kepada Ustaz Azizan adalah suatu yang perlu dilihat bagaimana Istana menghormati pejuang PAS yang "tua" ini!!

Hubungan Istana penting dalam kes Perak dulu, Istana juga menghormati PAS dan seorang pemimpin PAS dipanggil untuk berjumpa. Pemimpin tersebut ingin bawa seorang pimpinan PKR tetapi pihak Istana hanya nak pimimpin itu sahaja. Atas dasar setiap apa yang berlaku dalam perjuangan mesti ada saksi, seorang pimimpin lain PAS yang kini aktif di Johor di bawa bersama dalam pertemuan itu. Banyak masalah di Malaysia di rujuk kepada PAS oleh pihak Istana.

Walaupun kita tahu "orang tua" ini mendapat banyak tentang drp golongan muda kerana stail dan caranya yang agak tidak serasi.. tapi beliau masih diberi kepercayaan oleh Presiden atas beberapa faktor dan ini yang tidak difahami mereka yang 'gelojoh' dalam menegakkan perjuangan Islam.

Saya masih mencari apakah maksud "otak ustaz yang hendak kita guna"


....
Sila layari
Tahniah Kepada Ustaz Azizan Menjadi Yang Pertama


Yop Zahid ni garang benor ghupenya
Posted on Sunday, June 02 @ 13:22:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: modayu

"Assalamualaikum yop zahid.  Pekehey garang benor sejak jadi menteri ni yop. Awak nengok deme payah benor nak senyumnye pun sejak akhir2 ni yop. Deme ada sakit ke pun yop. Awak ni bukan ape yop, kesian awak nengok deme lani, teruk benor sakit deme nye pun.

Tak taulah kot deme sakit hati ke sakit badan awak idak tau yop, tapi sejak dua menjak ni awak nengok deme kroje nak marah kat orang jer..deme nangkap sana nangkap sini. Sian diorg yop, nak cari makan susah yop bila deme krojer nak menangkap jer..

Awak ni bukanlah tak sebulu dengan deme yop zahid, lagipun kita same sekolah dulu cuma awak ni tak sempat ler jumpa deme kat sekolah pasey awak ni junior muda dari deme yop.. tapi yop kita tetap sama sekolah dan sama bangse nye yop betul dak?

Bila pikior dalam2, awak ni sedih benor bila mengingatkan kisah orang2 yang deme nangkap baru2 ni. Puak2 tu bukannyer jahat bunuh orang yop, deme cuma bercakap jer yang belum tentu jadi ke tak jer. Tapi bila keluor dari mulut geng2 tu, terus deme nangkap jer. Yang dalam surat khabor metro tu yop, dari 100 berite yang ditulis, 85 nye kisah rompak bunuh pukul dan tikam yop. Itu kena pikior jugak yop. masalah politik ni senang jer ubatnya yop, puak2 tu bukannya nak lari mana pun. tapi yang puak2 bunuh rogol orang ni yop tolong lah ambik perhatian lebih sikit yop. Diorg ni lagi bahaya dari si tamrin dan tian chua ke apa namenya pun.

Yop zahid, lani yop orang jahat sudah nak keney dah yop. Rupe mcm baik tapi pembunuh rupenye yop. Kita udahler idak memakey undang2 islam bagi menggerunkan penjenayah yop, tapi deme pulak dok ngacau benda2 yang remeh jer awak nengok yop.. puak2 PR tu yop tak lari macam siperogoi tu yop. Tamrin tu takkan lari kemana nye yop mcm sipembunuh yang ramey kat luar tu yop. Tian chua tu tak lari jauhnyer yop mcm deme lari kesabah masa nak kena ISA tu dulu yop.
Pikiorlah yop, nasib anak2 orang yg deme nangkap tu yop. Anak2 diorg tu semua baik2 tu yop. Boleh jadi pelapis negara tu. Napelah deme nangkap diorg semua tu. Bawa ler bertenang yop. Dulu firaun tu hebat mcm deme yop, tapi kena sumpah mati dalam laut yop. 
Oklah yop zahid, awak nak gi menoreh dah ni.kalau deme ada rasa kesian dan ingat kalau anak deme orang buat mcm tu apa deme rase? Seronok dgn kuasa ni ghalit yop..tapi bila dah tak der kuasa, berak pun dah sembelit yop..
salam utk yop zahid yang macho..
sebelum tu yop, kalau deme nak cuci karpet deme yg empuk tu yop, boleh ler beli dgn teman. Awak ni niaga kecik2 jer yop. Untung sabut timbui, untung niaga boleh bayor zakat yop.. 

 

semoga ada rezeki kita bersama.
Yang Maha Kaya itu Allah, yang mengharap itu aku'
md daud yusri alhutan melintangi
www.dadiydoo.com


 Langsung tak rasional bataskan Harakah kepada ahli PAS saja!
Posted on Sunday, June 02 @ 11:15:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan


Oleh AHMAD LUQMAN HAKIM AHMAD LUTFI
Minggu lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri, antaranya Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.


KDN dalam kenyataan 23 Mei  lalu memaklumkan sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 Harakah dan 70  The Rocket dirampas. Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat". Bagaimanapun, difahamkan, KDN sebenarnya merampas lebih 4,000 naskhah Harakah.
 
Tragedi malang ini seolah-olah mengimbau kembali sejarah Harakah ditekan begitu teruk pada era Mahathir Mohamad, khususnya selepas  PRU1999 yang menyaksikan BN mendapat purata undi yang menyusut begitu mendadak terutama daripada pengundi Melayu. Semuanya  dirakamkan oleh Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam kolum Catatan Hujung yang lalu.
Tulisan ini bukan mahu menceritakan kembali zaman gelap itu, tetapi menyorot bagaimana kerajaan BN mengendalikan media cetak dan elektronik di negara ini.
Beberapa persoalan timbul ekoran tindakan sembrono dan bebal KDN itu.
Pertama, mengapa akhbar pembangkang, Harakah, Suara Keadilan dan  Roket ditekan sebegitu rupa, sedangkan dalam masa sama parti-parti komponen BN, khususnya Umno dan MCA bebas "memiliki"  Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan lain-lain?
Kedua, apa rasionalnya  tindakan mengenakan pelbagai syarat tambahan terhadap organ parti-parti Pakatan Rakyat itu, selain sentiasa memberi tekanan kepada media yang dilihat mesra oposisi atau tidak menyokong aspirasi BN?
Kedua-dua persoalan primer ini perlu dijelaskan KDN dan pemimpin kanan kerajaan BN agar Malaysia tidak dilihat sebagai bersikap keras dan mengongkong kebebasan media.

Ayuh kita lihat peranan yang sepatutnya digalas akhbar arus perdana, antaranya menjadi sumber maklumat. Saban hari akhbar  menyiarkan pelbagai perkembangan, bukan saja dalam negara malah melaporkan isu-isu antarabangsa. Semua  maklumat ini menjadikan masyarakat kita cakna dan prihatin dengan situasi di sekeliling mereka.  Semua yang dilaporkan perlu berteraskan fakta dan sumber  sahih agar tidak menjadi medan menabur fitnah.

Soalnya, realiti media kita bagaimana? Akhbar yang dikuasai pemerintah itu hanya menyiarkan berita sebelah pihak tanpa mengambil kira pandangan dan komentar pihak  lain sehingga menggambarkan hanya pihak tertentu sahaja yang benar tanpa khilaf.
Contoh mudah apabila Utusan Malaysia telah kalah hampir kepada semua saman yang dikenakan ke atasnya. Banyak laporan  Utusan bukan saja tidak menepati konteks dan maksud yang ingin disampaikan, malah telah memutar-belit cerita sebenar.
Apa yang dikatakan akhbar perdana itu sebenarnya tidak lebih daripada organ parti Umno dan sekutunya dalam BN. Ia  tidak lagi menepati peranannya sebagai wadah dan wahana penyampai maklumat yang telus, sebaliknya menjadi media penabur fitnah dan pengampu.
Soalnya, jika Utusan dilihat bagaikan lidah rasmi Umno, dan mutakhir ini banyak membangkitkan sentimen perkauman yang melampau, dan  tidak pula ditegur KDN, apatah lagi dihalang penerbitannya,  mengapa pula Harakah dikongkong sebegitu dahsyat?
Kenapa Harakah, organ rasmi PAS, sebuah parti yang sah ditubuhkan sejak lebih 60 tahun lalu, dan dibenarkan untuk bertanding dalam setiap kali pilihan raya, tiba-tiba dihalang penerbitannya daripada dibaca oleh rakyat Malaysia yang bukan ahli PAS?
Adakah kerana Harakah banyak menyiarkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada BN, malah membongkar pelbagai penyelewengan dan salahguna kerajaan, maka ia tidak mendapat hak seperti Utusan Malaysia?
Andaikata KDN mahu dilihat adil dan bebas kepada semua, maka syarat-syarat yang mengongkong kebebasan dan antidemokrasi itu mesti dihapuskan segera. Dalam zaman internet ini, sekatan dan kongkongan terhadap media hanya akan diketawakan oleh dunia. Maka, syarat permit harus diselaraskan kepada semua akhbar tanpa memilih bulu.
Antara syarat tambahan permit yang amat tidak masuk akal dan memualkan minda rakyat kelas pertama adalah penjualan akhbar Harakah kepada ahli PAS sahaja, manakala penjualan di premis yang bukan pejabat atau markas PAS adalah DILARANG. Pada hemat saya, hal ini amatlah tidak menggambarkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan ingin mencapai Wawasan 2020.
Berkenaan penjualan kepada ahli PAS sahaja, apakah instrumen atau andaian yang digunakan oleh KDN bagi menentukan hanya ahli PAS yang akan membeli akhbar Harakah? Adakah dengan menunjukkan kad keahlian? Atau adakah setiap penjual akhbar perlu bertanya kepada setiap pembeli: “Encik ini ahli PAS ke?”
Jika ini yang difikirkan oleh Menteri Dalam Negeri,  sebenarnya anda berfikiran kolot dan primtif! Adakah KDN fikir ahli PAS hanya sekadar 10,000 orang  dan tertumpu di satu-satu tempat sahaja? Dengan keahlian PAS mencecah lebih 1 juta orang, bagaimana KDN mahu memikirkan kaedah yang sesuai untuk mematuhi syarat tersebut? Dangkal sungguh.
Syarat yang memerlukan Harakah hanya dijual di markas PAS juga amat kekampungan. Adakah ahli PAS yang mencecah jutaan ahli itu mudah mempunyai akses terhadap markas PAS di kawasan mereka?
Logikkah orang yang berada di kawasan A tetapi jarak untuk tiba ke markas PAS hampir satu jam perjalanan sanggup berhabis wang minyak dan tenaga untuk ke sana semata-mata untuk membeli Harakah? Bagaimana dengan ahli yang miskin? Berbekalkan kos sara hidup yang tinggi dan pelbagai kos sampingan yang ada, bagaimana syarat ini mampu diterima dek akal?
Apakah yang KDN mahukan sebenarnya? Demokrasi apakah yang BN ingin laksanakan?
Hal inilah yang membuatkan majoriti rakyat  menyampah dan meluat melihat karenah kerajaan BN yang terlalu rakus dan serakah mempertahankan "kuasa minoriti".
Andai mahu melihat BN masih relevan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bebaskan kongkongan terhadap semua media, khususnya akhbar parti-parti politik pembangkang, seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket.
Selaraskan semua syarat perolehan permit, atau lebih baik mansuhkan sahaja Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang ketinggalan zaman itu. Mengapa harus disekat aliran maklumat secara tradisi dalam negara ini ketika media baru bebas melaporkannya?
Sesungguhnya Harakah bukanlah akhbar antikerajaan atau penghasut ke arah keburukan. Harakah merupakan wadah penyampai pelbagai informasi dan ilmu, selain bertindak sebagai akhbar alternatif, yang belaporkan isu-isu yang disembunyikan faktanya oleh akhbar nasional lain.

 UMNO@BN Fail Petisyen PRU, Kenyataan Zahid Kena Batang Hidung Sendiri...
Posted on Sunday, June 02 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

"KUALA LUMPUR 1 Jun: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Beliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti.

“Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.


“Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ujar Johari sinis.

Justeru katanya, Zahid sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan melemparkan tuduhan terhadap Pakatan Rakyat.


Zahid, yang juga Naib presiden Umno sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara lain.

Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar “duduk di dalam hutan”.


Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menambah, bilangan petisyen yang ingin difailkan BN menunjukkan tahap kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan Rakyat.

“Pakatan hanya (mahu fail petisyen) 30 lebih sahaja tetapi Umno BN lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR sebagai badan bertanggungjawab.
“Jadi saya gesa, eloklah Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti yang bertanding dalam PRU lalu,” ujarnya.

Info terkini layari IniKalilah...

Tiada ulasan: