Nurul Izzah Pengganas Sulu?
Posted on Saturday, June 01 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Riduan Mohd Nor
Ahli
Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Nurul Izzah Anwar dihalang dari memasuki negeri Sabah. Beliau
dilaporkan akan dihantar balik oleh imigresen Sabah sebaik sahaja
mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.
Tindakan
ini semestinya menggemparkan negara. Bahkan Ahli Parlimen Kinabatangan
Datuk Bung Mokhtar Radin, daripada BN sendiri merasa terkejut denagn
tindakan ini dan segera memohon maaf kepada Nurul Izzah dengan menyelar
tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah.
Negeri Sabah adalah salah sebuah
negeri dalam Malaysia. Kebebasan warganegara untuk melancong, merantau
dan pergi ke mana-mana sahaja negeri dalam negaranya sepatutnya tidak
terbatas pada sesetengah negeri sahaja. Sabah bukannya sebuah republik
atau negara lain yang boleh menentukan siapa yang boleh atau tidak
datang ke negaranya. Selagi warganegara tersebut memiliki kad pengenalan
yang sah, tidak mempunyai rekod jenayah serta tidak mempunyai masalah
apa-apa dengan kerajaan Malaysia, apa hak Sabah untuk menghalang
seseorang warganya untuk datang ke negeri tersebut?
Tatkala
pengganas Sulu berjaya menjejak dan mendarat di daerah Lahad Datu,
bertapak beberapa minggu sehingga akhirnya mengorbankan beberapa anggota
keselamatan negara, Nurul Izzah pula yang baharu sahaja dinobatkan
sebagai Ahli Parlimen yang sah dinafikan hak untuk sampai ke Sabah.
Seorang ahli parlimen yang mempunyai kuasa menentukan arah tuju dan
dasar negara serta boleh meminda perlembagaan melalui sidang parlimen
tidak dibenarkan masuk ke salah sebuah negeri dalam negara ini!
Nurul
Izzah dianggap seperti insan yang paling berdosa dan penjenayah paling
kejam bagi rakyat Sabah. Mungkin beliau adalah pengganas Sulu yang
paling dikehendaki atau individu yang memiliki senjata api dan boleh
membunuh rakyat di sana. Kerana itu beliau diharamkan dari menjejak kaki
ke negeri tersebut.
Insiden ini menunjukkan ada dendam yang
tersimpan dari lubuk hati pemimpin negeri tersebut, maka mana-mana
pemimpin Pakatan Rakyat yang disenarai hitamkan tidak dibenarkan lagi
datang ke Sabah pasca PRU ke 13 kerana ia boleh membawa malapetaka yang
besar kepada BN di sana. Tsunami PRU ke 13 sudah melanda Sabah, dan
hampir sahaja ia menenggelamkan ‘deposit tetap' BN di sana.
Demokrasi
hitam yang melanda semenanjung kini telah menjalar jauh sampai ke
Borneo, dan Sabah membuktikan bahawa perlunya reformasi keseluruhan
dalam sistem pemerintahan negara. Rakyat wajar bangkit menuntut
perubahan dan keadilan untuk keluar dari penjara demokrasi sempit yang
dicipta oleh pemerintahan BN. Kerana itulah juga rakyat Sabah telah
telah melaungkan suatu kalimat yang menggetarkan dan bersemangat sebagai
tanda kebangkitan rakyat di seluruh negara : Ini kali lah!
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Antara Musa Hitam, Tengku Razaleigh Dan Anwar Ibrahim... Kalaulah....
Posted on Saturday, June 01 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"
Kalaulah
dahulu Musa Hitam tidak menyerah kalah awal ketika berkonflik dengan
Mahathir Mohamad, mungkin perubahan politik Malaysia berlaku lebih awal.
Begitu
juga dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Setelah dua kali masuk pilihan
raya menentang Barisan Nasional pada tahun 1990 dan 1995, beliau
menyerah kalah.
Kedua-dua membawa agenda pembaharuan juga. Musa
menerima dan membenarkan Parti Bersatu Sabah (PBS) berkuasa setelah
menang pilihan raya negeri di situ. Tindakannya menimbulkan kemarahan
Mahathir. Tengku Razaleigh dengan manifesto Selamatkan Malaysia mampu
membaewa PAS dan DAP dalam satu pakatan menentang Barisan Nasional di
atas agenda pembaharuan.
Tetapi kedua-duanya menyerah kalah di
tengah jalan. Musa menghentikan perlawanannya menentang Mahathir dan
menerima tawaran jawatan bukan politik.
Tengku Razaleigh
bubarkan Parti Melayu Semangat 46 dan menerima tawaran bergabung dengan
Umno Baru dengan pengikut-pengikutnya dilantik dalam kabinet.
Itu
bezanya Anwar Ibrahim dengan Musa dan Tengku Razaleigh. Beliau
meneruskan perlawanannya walaupun melalui banyak kesusahan, berbanding
Musa dan Tengku Razaleigh.
Namun begitu sebenarnya, Anwar ada
ketikanya seolah-olah menyerah kalah. Selepas beliau dibebaskan, beliau
menghilang ke luar negara untuk jangka masa panjang.
Tindakannya
itu menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penyokong Parti Keadilan
Rakyat. Hanya setelah timbul rasa tidak senang itu, beliau kembali ke
tanah air dan mula menyusun langkah.
Namun begitu jika partinya
tidak ada, mungkin beliau juga tidak terdorong untuk meneruskan
perjuangan. Ketika mula-mula hendak ditubuhkan Parti Keadilan Nasional,
Anwar berada dalam penjara.
Terdapat perdebatan sama ada wajar
ditubuhkan parti bagi menyokong agenda Reformasi Anwar. Ada sesetengah
berpendapat adalah lebih baik gerakan Reformasi kekal sebagai NGO yang
ketika itu bernama Adil.
Tetapi sekiranya ia merupakan NGO, Adil
tidak akan menjadi pencabar kepada Umno, apatah lagi Barisan Nasional.
Apakah perjuangan Adil? Menuntut keadilan untuk Anwar dan jika berjaya,
Anwar kembali kepada Umno.
Ketika Musa menentang Mahathir, banyak
pengikutnya yang bersedia untuk menubuhkan sebuah gerakan perjuangan.
Tetapi ia dipatahkan oleh Resolusi Melayu Johor (RMJ) dan keengganan
Musa untuk menentang Umno. Maka sebahagian pengikut Musa menyertai Parti
Semangat 46.
[Baca seterusnya...]"
Terus mengasak, sekali gus bermuhasabah
Posted on Saturday, June 01 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Sebenarnya,
tanpa perlu menunggu bukti-bukti baru berkaitan penipuan dalam PRU13 -
termasuk dakwat kekal yang tidak kekal, lampu padam ketika membilang
kertas undi, ada pemilih mengundi lebih daripada sekali, juga amalan
politik wang yang menjolok mata - sistem dan proses pilihan raya negara
kita perlu segera direformasi secara menyeluruh.
Pengerusi SPR
bersama timbalannya, dan lima anggota yang lain (rujuk profil mereka
dalam laman web SPR dan saya pernah mengulasnya dua tahun lalu) harus
meletakkan jawatan. Keyakinan awam kepada anggota SPR. seperti dituntut
Perkara 114 (2) Perlembagaan sudah lama terhakis. Gelagat SPR tidak
lebih daripada komponen ke-14 BN!
Justeru, gema lantang suara
rakyat yang ditunjukkan dalam siri jelajah "Blackout 505" mesti
diteruskan secara lebih proaktif. Bukannya dengan niat untuk menjatuhkan
kerajaan di luar proses demokrasi, tetapi mahu bangkit mengasak secara
intensif agar kerajaan benar-benar serius melakukan pembaharuan politik.
Tidak
lama lagi kita akan berdepan proses persempadan kawasan pilihan raya,
yang selama ini menjadi instrumen paling ampuh buat BN mengekalkan
kuasa. Tanpa majoriti dua pertiga, jumlah kerusi tidak dapat ditambah,
namun SPR dibimbangi akan meneruskan "kerja jahat" selama ini, iaitu
melakar semula kawasan pilihan raya semata-mata untuk memudahkan BN
memenangi PRU14.
Sistem First-Past-The-Post telah dimanipulasi
sepenuhnya, termasuk penyimpangan maksimum untuk jumlah pengundi di
setiap kawasan pilihan raya. Walhal, BN sepatutnya dapat bekerjasama
dengan Pakatan Rakyat untuk mengimbangi kawasan Parlimen, dengan
melakukan penambahan kerusi mengikut formula lebih demokratik merujuk
prinsip satu orang satu undi, dengan mengambil kira kawasan luar bandar
(rural weightage), tetapi dengan nisbah yang munasabah.
Saya
tertarik dengan rumusan aktivis SAMM, Edy Noor Reduan: "Menyeru semua
NGO dan aktivis supaya pastikan tiada lagi rapat himpunan, tiada lagi
acara persembahan, tiada lagi ucapan pidato yang melampau, kini tiba
masa untuk bergerak, kini tiba masa untuk berarak dengan berani."
Apa
pun, saya juga teruja dengan persoalan dibangkitkan AJK PAS Pusat,
Mazlan Aliman: "Apa lagi yang mahu dilakukan selepas jelajah "Blackout
505"? Presiden Anak itu lebih prihatin dengan proses koreksi diri dan
langkah segera menjernihkan keadaan, sekali gus merumuskan hala tuju dan
prioriti parti.
Saya berkongsi kerisauan melihat respons aktivis
Pakatan, sebahagiannya terkeluar daripada batasan akhlak dan adab,
ketika bermuhasabah terhadap keputusan PRU13. Pelbagai gelaran dan label
buruk diluahkan. Memang pedih menerima kekalahan, namun usah ditutup
ruang dan potensi PRU14 dengan menuding kesalahan kepada pihak lain,
tanpa meremehkan prinsip pertanggungjawaban.
Parti harus terus
disegarkan dan diremajakan. "PAS tidak lagi boleh berbangga dengan
struktur parti yang kemas dan keahlian yang ramai, jika imiginasi
pengundi tidak tertarik dengan keupayaan dan kemampuan barisan
kepemimpinannya menangani cabaran semasa," kata seorang ahli akademik.
Ya, rakyat sedang memerhati dan menilai ...
Kita setuju KDN dan Polis bertindak dan tangkap penghasut
Posted on Saturday, June 01 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: mohdnoorawang
"Bagus
kerajaan BN/UMNO (kerajaan separuh masa) bertindak dengan Akta Polis
dan Akta Mesin Cetak. Polis (PDRM) bos barunya yang samseng tahi minyak
menangkap aktivis rakyat dan ahli parlimen pakatan rakyat dalam kes
himpunan Hitam 505.
Himpunan Hitam 505 dituju kepada kerajaan
separuh masak BN/UMNO dan SPR termasuk JPN tidak adil dalam PRU13 yang
lalu. SPR badan yang jaga pilihanraya umum PRU13 tidak telus dan cakap
macam lidah biawak.
setiap patah cakap macam JKKK UMNO di
kampong, keran terlalau menyokong BN/UMNO cakapnya macam pegawai tiada
kelulusan. Cakap macam tembayang budu atau tembayang cencaluk yang
dikerumuni lalat tahi.
Mengapa SPR tidak berkerjasama dengan JPN
dalam setiap rekod kelahiran dan kematian rakyat Malaysia?. Untuk rekod
JPN menjaga rekod kelahihiran, kematian, dan perkahwinan buka Islam
seramai 29 juta umat Malaysia.
SPR hanya menjaga rekod pengundi
yang berdaftar seramai 13 juta pengundi menjadi kelam kabut dan tidak
tersusun. Ini jelas SPR menjadi dalang peniuan dan ada niat jahat hany
untuk memberi kredit kepada BN/UMNO.
Yang kami cukup melaut
pegawai tertinggi SPR bercakap dalam tv/medai nampak hebat dan cukup
telus dan berintergriti. Namun hakikatnya bodoh sombong dan cakap macam
dialah yang cerdik, Malah cakap tidak ada fakta dan tidak ada pun
tindakkan yang baik dalam setiap PRU.
Kita setuju kumpulan pro
hitam 505 berkumpul dan menyuarakan kelemahan SPR PRU13. Dan pehak
Polis dan KDN tangkaplah semua aktivis hitam 505 dan pro reformasi
dengan akta polis dan akta hasutan akta mesin cetak.
Sejarah
tamadun manusia dibumi, jiak kerjaan yang memerintah melakukan kerja
gila dan menggunakan POLIS dan KDN malah menggunakan mahkamah Tunggu
satu kebangkitan rakyat yang akan bangun menentang kerajaan yang zalim.
Kerajaan
BN.UMNO bertindak dengan adil dan saksama dan jangan jadikan api
perkauman yang direak sendiri oleh pemimpin UMNO dan NGOs yang sokong
UMNO.
PRU13 bukan TSUNAMI CINA atau perkauman yang racis. Ianya
adalah satu fenomena kebangkita rakyat yang cerdik dan celik IT serta
bermaklumat. Ianya ada satu anjakan lanskap politik yang cerdas dan
pintar.
Kenapa Ada Idea Bodoh Macam Ini?
Posted on Saturday, June 01 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Saya nak tersedak bila mendengar bagaimana idea bodoh dikemukan kepada kerajaan oleh pihak polis dalam temu bual Astro Awani.
Pihak
polis akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan
zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi
jenayah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid
Abu Bakar berkata ini adalah antara beberapa langkah "drastik" yang
dicadangkan untuk menangani masalah tersebut. Menurutnya, 90 peratus
jenayah jalanan dilakukan oleh penjenayah bermotosikal.
Khalid berkata, strategi itu mungkin dilihat agak drastik tetapi
tambahnya, jika ia boleh dilaksanakan di bandar besar di negara lain,
mengapa ia tidak boleh dilaksanakan di sini.
Kenapa saya kata bodoh, maaf mungkin bahasa itu kasar.
Kenapa sistem di Malaysia ini semuanya nak menyusahkan rakyat kerana satu dua orang lain buat salah?
Contohnya apabila ada kenderaan bawa laju di kawasan perumahan, bumper
dipasang untuk mengatasi masalah seorang dua yang bersikap cuai. Tapi
penyelesaian itu menyusahkan semua orang di perumahan berkenaan.
Begitu
juga dengan kecurian, rumah terpaksa dipasang grill, CCTV dll untuk
mengatasi masalah berkenaan. Semua orang menjadi bermasalah kerana satu
daripada masalah kecurian tak dapat ditanggani dengan baik.
Oleh
kerana kes ragut tak boleh diselesaikan oleh pihak polis maka semua
orang tak boleh bawa motor ke bandar??? Kan bangang punya idea
itu! Pihak polis pula berkata banyak negara luar mengamalkannya.
Kenapa
pihak polis tak ambil contoh negera-negara Islam, dimana kedai boleh
ditinggal bergitu sahaja. Malah motosikal boleh ditinggalkan ditepi
jalan dengan kunci masih tersangkut dimotor. Tak ada yang nak ambil??
Tak ada orang nak fikir ke??
Allah
telah tunjukkan dalam al Quran dua perkara pokok iaitu zina dan curi
bagaimana nak selesaikannya... tapi malang orang Islam masih bodoh dalam
hal ini.. tidak lain tidak bukan kerana mereka sombong dan takabur
dengan Allah!
....
Sila layari
Kenapa Ada Idea Bodoh Macam Ini??
Baru Khir Toyo Sedar Jahatnya Politik UMNO!
Posted on Saturday, June 01 @ 07:27:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Hari ini dalam blognya Khir Toyo mengatakan dia mangsa politik UMNO.
Dia dijadikan "kambing hitam" untuk menunjukkan kerajaan UMNO @
BN kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat
seolah-olah bersih.
Atas keputusan dikekalkan hukuman penjara 12
bulan oleh Mahkamah Rayuan semalam Khir Toyo berkata beliau sudah
"putus harapan" dan pesimis sekalipun merancang untuk merayu kesnya di
Mahkamah Persekutuan.
"Saya sudah
tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya
sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan
labu-labunya,"
Baru sekarang Khir merasai tersempit dengan
politik rakus UMNO sedangkan sebelum ini Khir tidak sedar bangaimana
UMNO dengan politik jangkungnya telah menyiksa rakyat dan mana-mana
individu yang tidak sehaluan.
Parti pembangkang dianak tirikan dalam semua hal kerana politik sempit UMNO.
NAK TERGELAK SAYA...
SAYA HANYA MENUNGGU MANGSA SETERUSNYA.....
BAGAIMAN PULA NAJIB DAN BIG MAMA AKAN MENJADI "ULAM"
ITU PUN KALAU RANCANGAN MUHYIDDIN BERJAYA!!
...
Sila layari
Baru Khir Toyo Sedar Jahatnya Politik UMNO!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan