Ahad, 2 Jun 2013

MENARIK SERTA CADANGAN BAGUS...MAKA NAK MEMILIKI HARAKAH...JADI AHLI PAS...MAKA BERTAMBAHLAH AHLI PAS...MUDAH2AN...INSYAALLAH

Langsung tak rasional bataskan Harakah kepada ahli PAS saja!
Posted on Sunday, June 02 @ 11:15:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan


Oleh AHMAD LUQMAN HAKIM AHMAD LUTFI
Minggu lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri, antaranya Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.


KDN dalam kenyataan 23 Mei  lalu memaklumkan sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 Harakah dan 70  The Rocket dirampas. Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat". Bagaimanapun, difahamkan, KDN sebenarnya merampas lebih 4,000 naskhah Harakah.
 
Tragedi malang ini seolah-olah mengimbau kembali sejarah Harakah ditekan begitu teruk pada era Mahathir Mohamad, khususnya selepas  PRU1999 yang menyaksikan BN mendapat purata undi yang menyusut begitu mendadak terutama daripada pengundi Melayu. Semuanya  dirakamkan oleh Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam kolum Catatan Hujung yang lalu.
Tulisan ini bukan mahu menceritakan kembali zaman gelap itu, tetapi menyorot bagaimana kerajaan BN mengendalikan media cetak dan elektronik di negara ini.
Beberapa persoalan timbul ekoran tindakan sembrono dan bebal KDN itu.
Pertama, mengapa akhbar pembangkang, Harakah, Suara Keadilan dan  Roket ditekan sebegitu rupa, sedangkan dalam masa sama parti-parti komponen BN, khususnya Umno dan MCA bebas "memiliki"  Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan lain-lain?
Kedua, apa rasionalnya  tindakan mengenakan pelbagai syarat tambahan terhadap organ parti-parti Pakatan Rakyat itu, selain sentiasa memberi tekanan kepada media yang dilihat mesra oposisi atau tidak menyokong aspirasi BN?
Kedua-dua persoalan primer ini perlu dijelaskan KDN dan pemimpin kanan kerajaan BN agar Malaysia tidak dilihat sebagai bersikap keras dan mengongkong kebebasan media.

Ayuh kita lihat peranan yang sepatutnya digalas akhbar arus perdana, antaranya menjadi sumber maklumat. Saban hari akhbar  menyiarkan pelbagai perkembangan, bukan saja dalam negara malah melaporkan isu-isu antarabangsa. Semua  maklumat ini menjadikan masyarakat kita cakna dan prihatin dengan situasi di sekeliling mereka.  Semua yang dilaporkan perlu berteraskan fakta dan sumber  sahih agar tidak menjadi medan menabur fitnah.

Soalnya, realiti media kita bagaimana? Akhbar yang dikuasai pemerintah itu hanya menyiarkan berita sebelah pihak tanpa mengambil kira pandangan dan komentar pihak  lain sehingga menggambarkan hanya pihak tertentu sahaja yang benar tanpa khilaf.
Contoh mudah apabila Utusan Malaysia telah kalah hampir kepada semua saman yang dikenakan ke atasnya. Banyak laporan  Utusan bukan saja tidak menepati konteks dan maksud yang ingin disampaikan, malah telah memutar-belit cerita sebenar.
Apa yang dikatakan akhbar perdana itu sebenarnya tidak lebih daripada organ parti Umno dan sekutunya dalam BN. Ia  tidak lagi menepati peranannya sebagai wadah dan wahana penyampai maklumat yang telus, sebaliknya menjadi media penabur fitnah dan pengampu.
Soalnya, jika Utusan dilihat bagaikan lidah rasmi Umno, dan mutakhir ini banyak membangkitkan sentimen perkauman yang melampau, dan  tidak pula ditegur KDN, apatah lagi dihalang penerbitannya,  mengapa pula Harakah dikongkong sebegitu dahsyat?
Kenapa Harakah, organ rasmi PAS, sebuah parti yang sah ditubuhkan sejak lebih 60 tahun lalu, dan dibenarkan untuk bertanding dalam setiap kali pilihan raya, tiba-tiba dihalang penerbitannya daripada dibaca oleh rakyat Malaysia yang bukan ahli PAS?
Adakah kerana Harakah banyak menyiarkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada BN, malah membongkar pelbagai penyelewengan dan salahguna kerajaan, maka ia tidak mendapat hak seperti Utusan Malaysia?
Andaikata KDN mahu dilihat adil dan bebas kepada semua, maka syarat-syarat yang mengongkong kebebasan dan antidemokrasi itu mesti dihapuskan segera. Dalam zaman internet ini, sekatan dan kongkongan terhadap media hanya akan diketawakan oleh dunia. Maka, syarat permit harus diselaraskan kepada semua akhbar tanpa memilih bulu.
Antara syarat tambahan permit yang amat tidak masuk akal dan memualkan minda rakyat kelas pertama adalah penjualan akhbar Harakah kepada ahli PAS sahaja, manakala penjualan di premis yang bukan pejabat atau markas PAS adalah DILARANG. Pada hemat saya, hal ini amatlah tidak menggambarkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan ingin mencapai Wawasan 2020.
Berkenaan penjualan kepada ahli PAS sahaja, apakah instrumen atau andaian yang digunakan oleh KDN bagi menentukan hanya ahli PAS yang akan membeli akhbar Harakah? Adakah dengan menunjukkan kad keahlian? Atau adakah setiap penjual akhbar perlu bertanya kepada setiap pembeli: “Encik ini ahli PAS ke?”
Jika ini yang difikirkan oleh Menteri Dalam Negeri,  sebenarnya anda berfikiran kolot dan primtif! Adakah KDN fikir ahli PAS hanya sekadar 10,000 orang  dan tertumpu di satu-satu tempat sahaja? Dengan keahlian PAS mencecah lebih 1 juta orang, bagaimana KDN mahu memikirkan kaedah yang sesuai untuk mematuhi syarat tersebut? Dangkal sungguh.
Syarat yang memerlukan Harakah hanya dijual di markas PAS juga amat kekampungan. Adakah ahli PAS yang mencecah jutaan ahli itu mudah mempunyai akses terhadap markas PAS di kawasan mereka?
Logikkah orang yang berada di kawasan A tetapi jarak untuk tiba ke markas PAS hampir satu jam perjalanan sanggup berhabis wang minyak dan tenaga untuk ke sana semata-mata untuk membeli Harakah? Bagaimana dengan ahli yang miskin? Berbekalkan kos sara hidup yang tinggi dan pelbagai kos sampingan yang ada, bagaimana syarat ini mampu diterima dek akal?
Apakah yang KDN mahukan sebenarnya? Demokrasi apakah yang BN ingin laksanakan?
Hal inilah yang membuatkan majoriti rakyat  menyampah dan meluat melihat karenah kerajaan BN yang terlalu rakus dan serakah mempertahankan "kuasa minoriti".
Andai mahu melihat BN masih relevan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bebaskan kongkongan terhadap semua media, khususnya akhbar parti-parti politik pembangkang, seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket.
Selaraskan semua syarat perolehan permit, atau lebih baik mansuhkan sahaja Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang ketinggalan zaman itu. Mengapa harus disekat aliran maklumat secara tradisi dalam negara ini ketika media baru bebas melaporkannya?
Sesungguhnya Harakah bukanlah akhbar antikerajaan atau penghasut ke arah keburukan. Harakah merupakan wadah penyampai pelbagai informasi dan ilmu, selain bertindak sebagai akhbar alternatif, yang belaporkan isu-isu yang disembunyikan faktanya oleh akhbar nasional lain. 

 YB Haji Hanafiah sempat hadir 19 jemputan kahwin.satu hari
Posted on Sunday, June 02 @ 02:01:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"YB Dun Chukai Haji Hanafiah Mat @ Ramli dari PAS sempat hadir bersama masyrakat Dun Chukai jemputan kenduri kahwin. Haji Hanafiah sempat menghabiskan hadir jemputan 19 tempat majlis khawin dalam satu hari sahaja..

Walaupun penat yang amat sangat namun Haji Hanafiah perlu hadir atas jemputan dan tanggungjawap sebagai  Yb Dun Chukai dan asyarat Chukai khasnya.

Rata rata masyarat Chukai cukup gembira dan memuji sikap ramah mesra dan sikap rendah diri Yb Haji Hanafiah. Dan masyarat Chukai hanya memangil Haji Hanafiah sahaja tidak memanggil dengan nama YB .
Perlu diingat kepada Yb Haji Hanafiah anda perlu kekal momenten dari sekarang sahingga  Dun dibubarkan. Seribu masalah rakyat Dun Chukai perlu diambil oleh cakna oleh PAS bahagian Kemaman dan seluruh bahagian Kemaman agar tahun PRU14 PAS Kemaman dapat kekal Dun Chukai dan dapat menawan Dun Kemasik, Dun Kijal, dun Air Putih.
Nampaknya tugas pertama sempurna cuti sekolah, Haji Hanafiah sebagai Yb Dun Chukai berjaya dan disanjung oleh pehak yang menjemputnya.
Begitu juga Yb YB PAS yang lain seluruh Terengganu (14 Dun) begitu rancak hadir jemputan majlis kahwain dalam dundun berkenaan. Kami berharap Yb YB PAS jangan jadi kacang lupakan kulit dengan alasan tidak hadir jemputan lahwain keran tugas diluar. Itu alasan lapuk.


Tidak logik lagi doktor lelaki sambut bayi
Posted on Sunday, June 02 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: kamal_hasan

"KEPALA BATAS: Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri (gambar) menyarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya mengasingkan tugasan perbidanan kepada golongan wanita sahaja.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ubat-ubatan Dan Vaksin Yang Tidak Halal: Perbincangan Serta Fatwa Ulama Dalam Penggunaan Dan Pengurusannya' di Konvensyen Perubatan Islam dan isu Fiqh Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Perbadanan Produktiviti Negara, di sini pagi tadi.
Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan agar wanita yang bersalin disambut oleh doktor wanita sahaja bukan lelaki seperti yang berlaku di sesetengah hospital hari ini.
"Saya sarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya buat perubahan besar dalam kaedah perbidanan agar tidak membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sebaliknya ianya diuruskan oleh doktor wanita," ujarnya.
Beliau yang sering bersiaran di TV Hijrah turut bertanya kepada peserta konvensyen adakah tuan tidak rasa malu tubuh badan isteri anda dilihat oleh 8 orang doktor dan pembantu doktor dalam bilik bersalin.
Katanya lagi, tidak wajar kemajuan negara yang semakin canggih masalah tersebut tidak boleh diatasi lagi.
Lagipun sekarang ini, ujarnya tidak logik sebuah negara yang sudah lama merdeka tidak boleh mengubah perkara sedemikian kerana ia tidak memerlukan akta.
"Masa kini tidak logik lagi sekiranya masalah sambut bayi tidak boleh diberikan tugasan kepada doktor wanita sepenuhnya sebab doktor wanita dah ramai di bahagian perbidanan," tegasnya.
Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara dan International Muslim Aid Malaysia (IMAM ) itu dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sabri Osman.
silverheritage.blogspot.com


 UMNO@BN Fail Petisyen PRU, Kenyataan Zahid Kena Batang Hidung Sendiri...
Posted on Sunday, June 02 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

"KUALA LUMPUR 1 Jun: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Beliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti.

“Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.


“Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ujar Johari sinis.

Justeru katanya, Zahid sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan melemparkan tuduhan terhadap Pakatan Rakyat.


Zahid, yang juga Naib presiden Umno sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara lain.

Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar “duduk di dalam hutan”.


Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menambah, bilangan petisyen yang ingin difailkan BN menunjukkan tahap kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan Rakyat.

“Pakatan hanya (mahu fail petisyen) 30 lebih sahaja tetapi Umno BN lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR sebagai badan bertanggungjawab.
“Jadi saya gesa, eloklah Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti yang bertanding dalam PRU lalu,” ujarnya.

Info terkini layari IniKalilah...


 Polis yang soleh pembawa rahmat
Posted on Sunday, June 02 @ 09:30:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"

Jumaat 31 Mei 2013, saya bersama anak-anak berkesempatan solat jemaah Maghrib di Masjid Bandar Baru Senawang. Kami sampai masjid di kala azan sedang berkumandang. Apabila masuk dalam masjid saya perhatikan seorang anggota polis berpangkat rendah dengan pakaian lengkap dan pistol otomatik terikat dipinggang berada antara saf hadapan.

Sejuk mata melihat senario sebegini, seorang polis yang soleh, datang tepat pada masanya di masjid untuk menunaikan solat, perkara pertama yang akan Allah tanya di akhirat nanti iaitu solat kita. Kesian pula tengok pada masa yang sama mereka yang tidak bertugas, sedang melepak di kedai kopi, di kafe hotel, di resort golf dan di pasar malam terutamanya tidak dapat berada di masjid sebelum azan berkumandang untuk menunggu solat jemaah.
Saya sendiri malu, saya yang tidak bekerja pada waktu itu, datang lewat ke masjid ketika azan sedang berkumandang, sedangkan seorang anggota polis boleh datang ke masjid tepat pada masanya.
Alangkah baiknya semua lelaki Islam di Malaysia dapat mencontohi anggota polis ini, samada pemandu teksi, pemandu bas ekspres, peniaga pasar malam, penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban, penguatkuasa JPJ, pekerja kilang seperti saya dan seterusnya.
Gambar polis tersebut dengan pakaian lengkap dengan pistol di pinggang sedang solat sunat di http://rozmal.blogspot.com/2013/06/polis-yang-soleh-pembawa-rahmat.html


 Gara-gara 27 kerusi, harga barang naik?
Posted on Sunday, June 02 @ 11:01:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

Oleh SELENA TAY
KEKALAHAN Pakatan Rakyat dalam PRU13 di 27 kerusi Parlimen melalui pelbagai kemusykilan yang wujud pada hari mengundi (5 Mei 2013) telah mendorong pasukan peguam Pakatan untuk memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi 27 kerusi tersebut.


Kerusi-kerusi itu ialah Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu, Beaufort, Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan dan Saratok. Walaupun keputusan pilihan raya telah diumumkan dan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah menubuhkan Kabinetnya yang baru, keadilan masih perlu ditegakkan.
Justeru, bagi Pakatan hanya cara melalui proses mahkamah sahaja yang boleh digunakan dengan sepenuhnya sekarang dan Pakatan akan bertindak mengambil langkah yang sewajarnya melalui proses undang-undang.
“Sementara itu, rakyat pasti akan dibebankan lagi oleh harga minyak dan harga barang yang akan meningkat disebabkan oleh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST - goods and services tax) yang bakal dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Kalau bukan kerana 27 kerusi Parlimen ini, harga minyak insya-Allah diturunkan hari ini dan harga barang akan dikekalkan,” kata ahli Parlimen Shah Alam, Khalid



 10 tips wujudkan keyakinan diri
Posted on Sunday, June 02 @ 11:11:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan


  1. JANJILAH kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri. Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.




Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya. Mari kita hayati 10 tips mewujudkan keyakinan diri;
1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
3. Apa kekurangan/ kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ia sebagai ‘warm up’ dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengahlengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.


Tiada ulasan: