Isnin, 10 Jun 2013

TAK KAN SATU PUN TAK SANGKUT

Pakatan Rakyat fail 25 petisyen PRU13

Muhammad Faizal, 10 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

"Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya," katanya.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, ianya menjadikan 25 petisyen akan dikemukakan bagi 24 parlimen kesemuanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Pada masa sama tegasnya, beberapa tindakan undang-undang juga akan diambil termasuk memfailkan saman Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal.

Selain itu, Pakatan juga akan memfaikan petisyen menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR.

Pada masa sama, mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan.

"Pasukan PKR yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan," kata Rafizi.


Berikut adalah kawasan parlimen yang terlibat dengan petisyen:


Difailkan oleh PKR

1.  P014 Merbok

2.  P018 Kulim Bandar Baru

3.  P026 Ketereh

4.  P029 Machang

5.  P053 Balik Pulau

6.  P072 Tapah

7.  P075 Bagan Datok

8.  P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)

9.  P092 Sabak Bernam

10.  P118 Setiawangsa

11.  P140 Segamat

12.  P144 Ledang

13.  P146 Muar

14.  P158 Tebrau

15.  P159 Pasir Gudang

16.  P168 Kota Marudu

17.  P177 Beaufort

18.  P182 Pensiangan

19.  P220 Baram


Difailkan oleh PAS

1.  P093 Sungai Besar

2.  P096 Kuala Selangor

3.  P119 Titiwangsa

4.  P161 Pulai

Difailkan oleh DAP

1.  P078 Cameron Highlands

2.  P142 Labis

PAS bawa isu ‘rampasan’ tanah, hakisan ke parlimen

Buletin Online, 10 Jun 2013


KUALA NERUS: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali akan membawa dua isu besar yang berlaku di kawasan parlimen itu iaitu hakisan pantai Tok Jembal dan ‘rampasan’ tanah di Kampung Banggol Donas ke sidang parlimen yang bermula 24 Jun ini.

Hakisan pantai Tok Jembal telah merebak sehingga hampir dua kilometer dari pantai berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke pantai berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT).


Hakisan pantai yang berlaku ekoran penambakan laut bagi memanjangkan landasan terbang Lapangan Terbang Sultan Mahmud tidak selesai walau pun beberapa tindakan telah dibuat oleh kerajaan.


Sehingga kini, sebanyak RM81 juta telah dibelanjakan bagi mengawal hakisan tersebut, namun ia masih gagal.


Manakala ‘rampasan’ tanah melibatkan 22 buah rumah penduduk Kampung Banggol Donas adalah kerana pembinaan projek jalan dan jambatan dari Kampung Bukit Guntong hingga Kampung Kubang Jela.


Pembinaan jalan susur keluar dari Lebuhraya Pantai Timur tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat yang menjadi milik Ketua Pemuda Umno yang berharga RM226 juta yang jaraknya hanya 5.6 kilometer sahaja.


Pelbagai aduan dan bantahan dari Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Banggol Donas telah dibuat termasuk kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkaitan pelanggaran hak dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu.


Kontraktor terbabit telah melaksanakan kerja-kerja pembinaan sebelum mendapat persetujuan dari tuan-tuan tanah yang terlibat dengan pembinaan itu.


Apa yang menjadi kemusykilan adalah, jajaran tersebut dibuat dengan sengaja melanggar tanah dan rumah penduduk kampung, sedangkan terdapat alternatif mengubah laluan di tanah kosong bersebelahan kampung tersebut.


Rakyat Kuala Nerus dan negeri Terengganu telah menolak mereka yang terbabit dengan skandal pencerobohan serta rampasan tanah itu apabila semua wakil-wakil rakyat Umno BN kalah dalam PRU13 lalu.

Nozula Ketua Pembangkang di Dun Kelantan?

Rizal Tahir, 10 Jun 2013
KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang akan berlangsung pada 17 Jun ini menyaksikan banyak perubahan berbanding persidangan sebelumnya.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi berada di kerusi Menteri Besar, di mana kedudukan beliau dijangka berpindah ke barisan kedua di belakang kedudukan anggota-anggota Exco.
Manakala Adun Salor, Datuk Husam Musa juga berpindah dari kerusi Exco kepada penyokong kerajaan, difahamkan tempatnya bersebelahan anggota Exco, Dr Ramli Mamat.
Bagaimanapun lebih mengejutkan apabila terdapat khabar angin kerusi Ketua Pembangkang Dun Kelantan akan diisi Adun veteran Umno dari Gua Musang.
Sedangkan pada penggal lalu kerusi itu diisi Adun dari Kok Lanas, Datuk Alwi Che Ahmad. Biar pun menang semula di Kok Lanas, namun difahamkan Perhubungan Umno Kelantan lebih berminat kepada tokoh lain.
Ekoran itu antara nama yang disebut-sebut bakal mengisi kerusi Ketua Pembangkang iaitu Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah (gambar). Nozula menang di Dun Paloh sejak PRU 1990.
Difahamkan Nozula dipilih kerana berjaya memenangi Dun Paloh dengan pertambahan majoriti agak besar pada pilihan raya umum lalu, iaitu hampir 3,937 undi mengatasi calon PKR, Amran Ghani.
Menurut sumber perubahan itu dikatakan dipersetujui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang hanya menang majoriti 47 undi di Ayer Lanas.
Selain itu kata sumber terbabit lagi, Mustapa yang juga anggota parlimen Jeli mahu memberi tumpuan sebagai menteri di pusat.
Pada PRU lalu BN Kelantan berjaya menambah kerusi di Dun kepada 12 berbanding penggal lalu tujuh kerusi.
Majlis angka sumpah Adun-Adun Kelantan akan diadakan pada 13 Jun ini, selepas pelantikan Speaker Dun dan timbalannya. Manakala perasmian pembukaan persidangan Dun akan disempurnakan Suiltan Muhammad V pada 16 Jun.

Adik PM puji CEO Asia X

Dari blog Omak Kau, 10 Jun 2013




Setelah hangus disalai dan diserang bertubi-tubi kerana bercakap mengikut fikirannya mengenai Utusan Malaysia, Azran Osman Rani hari ini mendapat pujian yang tinggi daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, yang memuji cara berterus terang Ketua Pegawai Esekutif AirAsia X  sebagai "tanda mercu seorang pemimpin".

Kapten syarikat penerbangan bajet jarak jauh, yang akan  membuat penampilan pasaran bulan depan, telah menjadi sasaran keras dan ganas dari para simpati Umno kerana isu beliau mengkritik akhbar Utusan Malaysia bulan lepas, selepas keputusan PRU 13 mengenai satu tajuk " APA LAGI CINA MAU".

Nazir, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, bank utama bagi penyenaraian AirAsia X papan utama bursa Malaysia, memuji Azran sebagai bertindak pada kepercayaannya untuk bercakap nserta melakukan  perkara yang betul.

"Itu adalah tanda seorang pemimpin," kata Nazir pada majlis pelancaran prospektus AirAsia X di sini pagi ini.


Klik untuk baca tulisan penuh blogger ini.

PAS fail petisyen untuk Kuala Selangor

Harakahdaily, 10 Jun 2013

(Dr Dzul bersama peguam dan pemimpin PAS kawasan Kuala Selangor di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam)

SHAH ALAM: AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad memfailkan petisyen pilihan raya untuk Parlimen Kuala Selangor jam 3.30 petang tadi di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pempetisyen adalah Tuan Haji Mohd Rashid bin Mohd Khasim selaku Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Selangor.

Mereka menamakan anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Bin Ibrahim, Pegawai Pengurus PRU Kuala Selangor Puan Hajiah Noraini Binti Roslan dan  Suruhanjaya pilihanraya (SPR).

Dalam pilihan raya lepas, Dr Dzulkefly kalah kepada Irmohizam dengan majoriti 460 undi.

Dr Dzul mendapat 27,040 manakala Irmohizam 27,500 undi. Jumlah keluar mengundi adalah 89.20 peratus dengan undi rosak sebanyak 934 undi.

Semalam PAS telah memfailkan dua petisyen di Terengganu iaitu Dun Kual Brang dan Hulu Besut.

Tiada ulasan: