Isnin, 10 Jun 2013

RUMAH TANGGA JIKA BERLAKU SEDIKIT PERBALAHAN JANGAN JUMPA SIBATU API...DAN JUMPA PENASIHAT YANG SALAH...HANCUR...HAKIM ATAU PENASIHAT KALAU NAK MENGHUKUM DENGAR KEDUA BELAH PIHAK...JIKA SILAP2 HARIBULAN PENGHUKUM DAN PENASIHAT MASUK NERAKA JUGA...DIKHUATIRI ISTERI YANG SALAH...DIMANA JIKA MEMOHON CERAI SUAMI TAK SALAH...MAKA WANITA ITU BOLEH CIUM SYURGA...NAYA2 SAJA PENASIHAT

Petisyen: Doa iringi pasukan peguam Juham

Harakahdaily, 10 Jun 2013
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan mendoakan pasukan peguam Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) dipermudahkan urusan mengendalikan kes petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang telah dan bakal difailkan.

Ketua penerangannya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, seluruh anggota parti merasa kagum dengan semangat gigih serta kecekalan para peguam yang bertungkus lumus mencari bukti serta saksi bagi menguatkan hujah untuk dikemukakan dalam petisyen tersebut.

Menurut Suhaimi, antara parlimen yang disebut-sebut akan diadakan petisyen adalah Parlimen Titiwangsa.

Oleh itu katanya, pengundi di WP berharap petisyen Titiwangsa adalah sandaran utamanya untuk dimenangi.

"Hasil dari ketekunan mereka berjaya mengumpulkan sejumlah bukti dan semestinya mengumpul segala dokumen untuk difailkan itu bukan suatu kerja yang mudah.

"Mereka adalah penyelamat rakyat terutama pengundi di Parlimen Titiwangsa yang merasa tertipu dengan keputusan pilihanraya yang begitu mengecewakan," katanya.

Suhaimi berkat, PAS WP mendoakan semoga peguam-peguam pembela rakyat ini akan turun sekali lagi bertarung dalam mahkamah dengan memberikan hujah yang bernas disamping bukti yang kukuh bagi memastikan kesemua pestisyen dimenangi.

"PAS WP berazam dengan kesungguhan yang tinggi bahawa sekiranya pilihanraya ulangan berlaku di Parlimen Titiwangsa atau mana-mana kawasan yang difailkan tersebut, PAS WP akan menggerakkan kembali seluruh jentera untuk turun berkempen semaksima mungkin bagi memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Bertemu Aishah, Atirah selepas PRU

-, 10 Jun 2013

Ketika menghadiri Majls Keshukuran PAS di Jelebu Negeri Sembilan kelmarin, saya masih terkenang suasana ketika kempen PRU di kawasan parlimen di Negeri Sembilan itu.

Majlis kesyukuran di Felda Pasoh, Jelebu itu diadakan untuk meraikan bekas dua calon PAS  - Wan Aishah Wan Ariffin, bekas calon PAS di Jempol dan Aimah Atirah Al-Jundi, bekas calon PAS di Jelebu, serta bekas calon PAS Dun Sungai Lui, Nur Hanif Selama. Ramai peneroka Felda turut menghadiri majlis malam itu.

Dengan keramahan tuan rumah, beserta hidangan masakan ‘Orang Nogori’, mengingatkan saya ketika berada di Jelebu dan Jempol mengikuti kempen PRU sebulan yang lalu – menarik dan mencabar.

Di majlis yang meriah malam itu seperti tidak terasa akan kekalahan calon-calon PAS di situ dan sebab itu Wan Aishah memberitahu saya:
“Nampaknya PAS ni, sama ada kalah atau menang tetap buat kenduri kesyukuran. Hubungan dengan Allah sangat kuat.”

Pada PRU yang lalu itu, saya dan teman-teman mengikuti kempen calon PAS di Jempol, Wan Aishah  dan calon PAS di Jelebu, Aiman Atirah Al-Jundi – dua di antara calon dari Dewan Muslimat yang  diketengahkan. Kedua-dua kawasan parlimen itu wujud tanah rancangan Felda yang luas.

Namun sepanjang kempen yang saya ikuti menyerlahkan sambutan yang baik dari pengundi, kebanyakannya hendak bersalaman dan bergambar dengan Aishah, demikian juga Aminah Atirah. Bagaimanapun keputusan pada 5 Mei itu, ialah calon BN di Jelebu menang dengan mendapat undi 22,114 mengalahkan Aiman Atirah (PAS) yang mendapat undi 15,013. Sementara di Jempol pula, Aishah (PAS) mendapat undi 22,495, manakala calon BN mendapat undi 31,109.

Mengkaji keputusan dua kawasan yang didominasi oleh Felda ini menunjukkan tidak semua peneroka menyokong BN, malah sudah ada isyarat bahawa calon Pakatan Rakyat boleh meraih lebih banyak sokongan jika daripada sekarang Pakatan berusaha mendekati akar umbi bukan saja di dua kawasan parlimen ini, bahkan di kawasan Felda seluruh negara.

Sebab itu baik Aishah mahupun Aiman Atirah nampaknya tidak kecewa walaupun kalah, malah meneruskan azam untuk mendekati terus pengundi di kawasan tersebut, sama ada keduanya akan dipilih lagi atau tidak oleh PAS, untuk bertandng dalam PRU akan datang.

Pada majlis Kesyukuran malam itu yang dihadiri oleh Aishah dan Aiman Atirah sendiri, Timbalan Pesuruhjaya PAS NS, Dr. Rosli Yaakub, Pesuruhjaya PAS NS, saudara Taufik dan lain-lain tetamu.

Aishah dan Aiman, walaupun kalah, namun keduanya kelihatan tidak kecewa, malah kedua calon Muslimat itu bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memberikan pengalaman baru, berada di tengah masyarakat luar bandar, khususnya masyarakat Felda.

“Kami bersyukur,” kata Aishah dalam ucapannya, “kerana dapat beramah mesra, berkenalan dengan mereka dan saya berhasrat untuk terus mendekati mereka, memberikan kesedaran politik kepada mereka.”

Aishah kini rajin mengkuti usrah dan tamrin bagi menambah lagi ilmu Islam untuk kemudian menyampaikan dakwah kepada masyarakat, khususnya di kawasan Jempol, tempat beliau bertanding dulu.

Menurut Aishah, para peneroka Felda ini sangat baik, budi bahasa mereka sangat mengesankan. Beliau mempunyai  ramai kenalan bukan saja di Jempol bahkan di Jelebu, tempat Aiman Atirah bertanding.

“Orang Negeri Sembilan sudah kenal saya dan Amian Athirah dan kami kenal mereka. Pilhan raya baru-baru ini merapatkan lagi hubungan kami dengan mereka, malah saya ingin terus berada di tengah mereka,” kata Aishah dan disetujui oleh Atirah sendiri.

Menurutnya, masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda ini ialah mereka dikelirukan oleh pihak tertentu supaya menolak PAS/Pakatan Rakyat dengan hujah sempit dan tidak masuk akal. Kerana itu, kata Aishah, "kita mesti didik mereka, beri kesedaran kepada mereka supaya mereka tidak mudah dikelirukan."

Kedua-duanya berazam untuk meningkatkan fahaman politik Islam kepada pengundi di situ supaya mereka tidak terjebak dengan kekeliruan dan fitnah yang dilemparkan oleh musuh.

“Kami mulai bekerja dari sekarang untuk mendekati mereka. Saya akan menganjurkan beberapa kumpulan pengajian agama supaya mereka faham akan kesyumulan Islam. Dalam masa yang sama gerak kerja parti mesti diteruskan daripada sekarang,” kata Aishah.

Beliau pada mulanya terkejut apabila pimpinan mencadangkan namanya sebagai calon PAS di kawasan parlimen kampung halamannya sendiri kerana belum sampai setahun menyertai PAS sudah hendak dicalonkan.

“Hati berdebar juga mulanya, tapi saya berserah dan bertawakkal kepada Allah, lalu saya menerima tawaran itu dan berterima kasih kepada pemimpin,” katanya.

Maka bertandinglah Aishah di Jempol, di mana terletak pekan Batu Kikir yang terletak Teratak Pendita Za’ba, cendekiawan terbilang tanah air, sementara tidak jauh dari situ masih wujud rumah nenek Aishah dengan kolam kecil, tempayan dan lansir yang selalu berkibar ditiup angin. Memang ada saudara mara Aishah yang menjaga rumah itu.

Saya membayangkan andainya nenek Aishah masih hidup tentu dia akan menyaksikan pertarungan cucunya yang satu ini di tengah medan politik dengan berani dan tabah. Bahawa dengan memilih wadah PAS, cucunya ini membuat pilihan yang sungguh tepat dan tentunya rumah serta kampung halaman neneknya itu menjadi saksi keberanian Aishah ini.

Wan Aishah tidak menabur ‘janji manisnya’ kepada pengundi Jempol, tetapi menebarkan harapan akan masa depan yang jauh lebih baik menerusi politik Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Beliau dan Aiman Atirah hanya tewas di peti undi dalam PRU kali ini, tetapi semangat dan daya juang keduanya tidak akan dapat dikalahkan. Perjalanan masih jauh dan panjang.


Golongan Tidak Dapat Cium Bau Syurga

ـ حدثنا سليمان بن حرب، ثنا حماد، عن أيوب، عن أبي قلابة، عن أبي أسماء، عن ثوبان، قال:
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "أيما امرأةٍ سألت زوجها طلاقاً في غير ما بأسٍ فحرامٌ عليها رائحة الجنة". اخرجه ابو داوود

“Mana-mana wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan (syar’ie) maka haram atasnya bauan syurga”



وقد قال
الإمام أحمد : حدثنا إسماعيل بن محمد - يعني أبا إبراهيم المعقب - حدثنا مروان ، وهو ابن معاوية الفزاري ، عن الحسن بن عمرو الفقيمي ، عن مجاهد ، عن جنادة بن أبي أمية ، عن عبد الله بن عمرو قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من قتل قتيلا من أهل الذمة لم يرح رائحة الجنة ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة أربعين عاما " .

“Barangsiapa membunuh kafir zimmi maka tidak mencium bauan syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 40 tahun”.


وقال مالك ، عن مسلم بن أبي مريم ، عن أبي صالح ، عن
أبي هريرة ، أنه قال : نساء كاسيات عاريات ، مائلات مميلات ، لا يدخلن الجنة ، ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة خمسمائة عام .

“Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapat baunya, Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 500 tahun”.


وقال الطبراني : حدثنا محمد بن عبد الله الحضرمي ، حدثنا أحمد بن محمد بن طريف ، حدثنا أبي ، حدثنا محمد بن كثير ، حدثني جابر الجعفي ، عن [ص: 380 ]
أبي جعفر محمد بن علي ، عن جابر ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ريح الجنة يوجد من مسيرة ألف عام ، والله لا يجدها عاق ولا قاطع رحم " .

“Bauan syurga dapat dirasai sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah tidak akan merasainya seseorang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan tali persaudaraan”


ـ حدثنا أبو توبة، ثنا عبيد اللّه، عنن عبد الكريم الجزري، عن سعيد بن جبير، عن ابن عباس قال:
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "يكون قومٌ يخضبون في آخر الزمان بالسواد كحواصل الحمام لايريحون رائحة الجنة".اخرجه ابو داوود

“Akan ada satu kaum( telah menjadi satu ‘trend’ ) yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam seperti hitam yang ada pada kebiasaan dada burung merpati (kerana menutup warna uban) tidak akan mencium bau syurga “


حدثنا محمد بن الصباح. أنبأنا سفيان عن عبد الكريم، عن مجاهد، عن عبد الله بن عمرو؛ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
من ادعى إلى غير أبيه، لم يرح رائحة الجنة وإن ريحها توجد من مسيرة خمسمائة عام)).اخرجه ابن ماجه

“Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar tidak mencium bau syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 500 tahun”


حدثنا قيس بن حفص: حدثنا عبد الواحد: حدثنا الحسن بن عمرو: حدثنا مجاهد، عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما،
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من قتل معاهدا لم يرح رائحة الجنة، وإن ريحها توجد من مسيرة أربعين عاما).اخرجه البخاري

“Barangsiapa membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan tidak mencium bau syuga. Sesungguhnnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 40 tahun”


حدثنا أبو نعيم: حدثنا أبو الأشهب، عن الحسن: أن عبيد الله بن زياد، عاد معقل بن يسار في مرضه الذي مات فيه، فقال له معقل: إني محدِّثك حديثاً سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم:
سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: (ما من عبد يسترعيه الله رعية، فلم يحطها بنصحه، إلا لم يجد رائحة الجنة).اخرجه البخاري

Dari Hasan meriwayatkan bahawa Ubaidallah bin Ziad ketika tiba ajalnya berkata :
“Aku ceritakan padamu sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulluah . Baginda bersabda mana-mana pemimpin yang dipilih oleh Allah untuk menjaga kebajikan mereka… tidak memberi teladan yang baik kepada mereka melainkan tidak mencium bau syurga “

15 Golongan yang tidak cium bau Syurga

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/s480x480/536682_234781543294823_2078927768_n.jpg

 

10 GOLONGAN YANG TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA....


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,Syurga adalah sebaik-baik tempat kembali untuk orang-orang mukmin yang dirahmati oleh Allah SWT. Sesiapa yang dipilih oleh Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya adalah orang yang paling beruntung dan berbahagia. Amat malang untuk golongan yang di masukkan ke dalam neraka dan tidak dapat mencium bau syurga, sedangkan keharuman syurga boleh dihidu sehingga 500 tahun perjalanan.

Terdapat sepuluh golongan manusia yang tidak akan mencium bau syurga kerana dosa-dosa besar yang dilakukan ketika di dunia. Golongan tersebut adalah seperti berikut :

Golongan Pertama : Wanita-wanita yang meminta talak tanpa alasan syar'ie.

ـ حدثنا سليمان بن حرب، ثنا حماد، عن أيوب، عن أبي قلابة، عن أبي أسماء، عن ثوبان، قال:قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "أيما امرأةٍ سألت زوجها طلاقاً في غير ما بأسٍ فحرامٌ عليها رائحة الجنة". اخرجه ابو داوود 

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Mana-mana wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan syar'ie, maka haram syurga baginya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Golongan Kedua : Orang-orang yang membunuh kafir zimmi.

وقد قالالإمام أحمد : حدثنا إسماعيل بن محمد - يعني أبا إبراهيم المعقب - حدثنا مروان ، وهو ابن معاوية الفزاري ، عن الحسن بن عمرو الفقيمي ، عن مجاهد ، عن جنادة بن أبي أمية ، عن عبد الله بن عمرو قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من قتل قتيلا من أهل الذمة لم يرح رائحة الجنة ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة أربعين عاما " . 

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Barangsiapa membunuh kafir zimmi maka tidak akan mencium bauan syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 40 tahun" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Tiga golongan kafir yang HARAM dibunuh: 

1. Kafir Zimmi: Orang kafir yang membayar jizyah yang dipungut setiap tahun sebagai imbalan yang membolehkan mereka tinggal di negara kaum Muslimin

2. Kafir Mu'ahad: Orang-orang kafir yang telah bersepakat dengan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang disepakati.

3. Kafir Musta'man: Orang-orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebahagian kaum muslimin.

Kafir yang boleh diperangi dinamakan kafir Harbi iaitu orang kafir yang memerangi umat Islam seperti bangsa Yahudi di Palestin yang membunuh umat Islam Palestin.


Golongan Ketiga : Wanita-wanita yang tidak menutup aurat.

Nabi SAW pernah bersabda maksudnya: “Perempuan yang memakai baju tetapi telanjang, dan dia memandang lelaki lain, dan membuatkan lelaki-lelaki lain terpandang kepadanya, maka perempuan ini tidak akan cium bau syurga. Sedangkan bau syurga sudah pun boleh dibau dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Hadis Riwayat Muslim)

Golongan Keempat : Orang-orang yang menderhakai kedua ibu bapanya.

Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan : “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari)  Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras.” (Hadis Riwayat Sunan al-Nasai')

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Hadis Riwayat Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim).

Al-Hakim juga meriwayatkan hadis baginda yang bermaksud : Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.


Golongan Kelima : Orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan.

Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Bauan syurga dapat dirasai sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah tidak akan merasainya seseorang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Golongan Keenam : Orang-orang tua yang mewarnakan ubannya dengan warna hitam.


ـ حدثنا أبو توبة، ثنا عبيد اللّه، عنن عبد الكريم الجزري، عن سعيد بن جبير، عن ابن عباس قال:قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "يكون قومٌ يخضبون في آخر الزمان بالسواد كحواصل الحمام لايريحون رائحة الجنة".اخرجه ابو داوود

“Sabda Nabi Muhammad SAW : "Akan ada satu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam seperti hitam yang ada pada kebiasaan dada burung merpati (kerana menutup warna uban) tidak akan mencium bau syurga" (Hadis Riwayat Abu Daud)

Golongan Ketujuh : Orang-orang yang mengubah nama bapanya.


حدثنا محمد بن الصباح. أنبأنا سفيان عن عبد الكريم، عن مجاهد، عن عبد الله بن عمرو؛ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من ادعى إلى غير أبيه، لم يرح رائحة الجنة وإن ريحها توجد من مسيرة خمسمائة عام)).اخرجه ابن ماجه

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar tidak mencium bau syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 500 tahun” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Golongan Kelapan : Orang-orang yang membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan.

حدثنا قيس بن حفص: حدثنا عبد الواحد: حدثنا الحسن بن عمرو: حدثنا مجاهد، عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما،عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من قتل معاهدا لم يرح رائحة الجنة، وإن ريحها توجد من مسيرة أربعين عاما).اخرجه البخاري

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Barangsiapa membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan tidak mencium bau syuga. Sesungguhnnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 40 tahun” (Hadis Riwayat Bukhari)

Golongan Kesembilan : Pemimpin-pemimpin yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.

حدثنا أبو نعيم: حدثنا أبو الأشهب، عن الحسن: أن عبيد الله بن زياد، عاد معقل بن يسار في مرضه الذي مات فيه، فقال له معقل: إني محدِّثك حديثاً سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم:سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: (ما من عبد يسترعيه الله رعية، فلم يحطها بنصحه، إلا لم يجد رائحة الجنة).اخرجه البخاري

Dari Hasan meriwayatkan bahawa Ubaidallah bin Ziad ketika tiba ajalnya berkata :“Aku ceritakan padamu sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah . Baginda bersabda: "Mana-mana pemimpin yang dipilih oleh Allah untuk menjaga kebajikan mereka… tidak memberi teladan yang baik kepada mereka  melainkan tidak mencium bau syurga" (Hadis Riwayat Bukhari)

Golongan Kesepuluh : Lelaki yang dayus.

Nabi SAW bersabda :- 

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki Dayus" ( Hadis Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadis lain pula :

 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Hadis Riwayat Ahmad ).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhkan diri kita daripada sifat dan amalan 10 golongan yang tidak akan mencium bau syurga. Amat malang sesiapa yang berpeluang melakukan amal soleh dan amal ibadah ketika di dunia tetapi gagal menfaatkan masa dan umurnya untuk  mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Wallahu'alam.

sumber: Makmum Sundari

Kemesraan suami isteri bawa bahagia

Ustaz Ahmad Baei Jaafar, 10 Jun 2013
Kebahagian rumah tangga menjadi idaman semua pasangan yang berkahwin. Bukan sahaja mereka idamkan semua itu pada awal perkahwinan tetapi sampai ke akhir hayat malah sampai ke dalam syurga.

Tetapi kadang-kadang idaman itu tidak tercapai kerana hanya beberapa punca yang kecil. Mungkin kerana suami mengharapkan sesuatu yang tidak difahami oleh isteri dan isteri pula mengharapkan sesuatu yang tidak difahami oleh suami.

Suka dijelaskan di sini, suami dan isteri masing-masing mempunyai rahsia yang mereka terpaksa di simpan kerana tidak mampu untuk menjelaskannya secara lisan. Di sinilah titik mula masalah sebenar.

Dalam hal ini pasangan itu perlu memahami rahsia diri pasangannya secara pandangan mata hati dan merasainya melalui gerak hati. Dengan cara itu sahaja mereka dalam lakukan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Tetapi kalau sesama mereka ada hijab yang menutup hati kecil mereka, pasti mereka tidak nampak apa yang dihajati pasangannya. Perlu diingat, untuk membuka hijab itu mereka perlulah bertolak ansur dan cuba menurunkan ego masing-masing terutamanya isteri.

Sebenarnya seseorang suami ada menyimpan beberapa rahsia yang malu untuk dijelaskan kepada isterinya kerana takut ditertawakan isterinya. Antara rahsia itu ialah suami mahu “bermanja” dengan isteri apatah lagi pada usia tuanya. Selain itu suami mahu dia dibelai dan hormati isteri sepanjang masa.

Supaya lebih jelas suka dipaparkan contoh terbaik dan yang pasti rujukannya ialah Rasulullah. Baginda adalah panduan kita ke arah memacu bahteri keluarga bahagia. Perhatikan dua perkara yang sering dilakukan baginda.

1. Berbaring dipangkuan isteri
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: "Nabi SAW biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca al-Quran" (Hadis Riwayat Abdurrazaq).

Kalau para isteri sedar, suami anda sesekali menyandar dan menyentuh bahu anda. Malah kadang-kadang dia berbaring di atas paha anda. Itulah tandanya dia hendak bermanja.

Tetapi kadang-kadang isteri cuba mengelak dan bangun. Sebenarnya suami pada ketika itu akan berasa kecewa, tetapi dia tidak berani untuk melahirkan rasa kecewa itu.

Suami memang hendak bermanja dengan isteri, bukan sahaja pada waktu malam tetapi juga pada waktu berehat di siang hari.

Bayangkan kalau rasulullah mahu bermanja dengan isterinya, dan isterinya pula reda dengan sikap baginda, mengapakah isteri-isteri pada hari ini tidak boleh melakukan begitu juga.

Percayalah kalau suami boleh bermanja dengan suami, dan isteri sanggup melayan kehendak suami itu, pasti akan tercantum rasa sayang yang berkekalan. Pastinya, isteri yang memahami sikap manja suami itu akan diberi pahala oleh Allah.

2. Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah SAW biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Umairah yang memberi maksud pipi merah bak delima.

Dalam budaya masyarakat kita, suami memanggil isterinya dengan namanya yang manja atau “yang” bagi maksud sayang. Ada juga yang menyebut “bib” yang bermaksud habibi, kekasihku dan banyak lagi. Sebaliknya isteri akan memanggil suami dengan panggilan “abang” atau “bang” yang juga dengan nada manja.

Panggilan sebeginilah yang akan membuahkan rasa sayang sentiasa berputik di hati suami. Namun begitu terdapat juga panggilan manja kerana sudah biasa dengan panggilan itu. Lahirnya panggilan itu bukan kerana ikhlas dari hati lagi.

Dalam masyarakat Melayu, panggilan manja itu lazimnya hanya berlaku pada awal perkahwinan, tetapi semakin pudar apabila sudah beransur tua. Malah mereka malu untuk memanggil dengan panggilan manja, kononnya malu kepada anak dan cucu. Inilah keadaan yang tidak kena kepada masyarakat kita, malah sikap mereka jauh daripada kehendak Rasulullah.

Seharusnya sebagaimana suami memanggil isteri dengan kasih sayang itulah yang sepatutnya disambut oleh isteri. Panggilan mesra pada setiap kali memulakan ucapan dan kata-kata merupakan sentuhan yang boleh membangkitkan rasa sayang antara mereka.

Jadi, binalah kemesraan dengan saling manja bermanja dan sebagainya. Semoga kita beroleh bahagia. Wallahu aklam.

http://baei.blogspot.com/

Sokong tindakan terhadap penghina Nabi

Harakahdaily, 10 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong cadangan agar tindakan tegas dikenakan kepada pihak yang cuba menghina mana-mana agama termasuk terbaru menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketuanya Kamaruzzaman Mohamad berkata, menghina agama lain menunjukkan betapa rendahnya kelas pemikiran individu tersebut yang hidup di alaf ini.

"Pada zaman milennia ini, seharusnya kita bersikap terbuka dan menerima cara hidup beragama semua pihak.

"Tindakan biadap dan tidak bertamadun dengan menghina agama tertentu bisa mengundang persepsi buruk masyarakat berbilang agama dan ketidakharmonian negara," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan pemilik akuan facebook mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi.

Menurutnya, ini bukanlah kali pertama negara kita dikejutkan dengan perkara sebegini, malah sebelum ini juga, telah ada beberapa individu-individu yang menggunakan nama samaran dalam laman sosial dan blog-blog untuk menghina Nabi SAW.

Malah katanya, kerajaan jugadilihat bersikap double standard dalam mengambil tindakan terhadap pelaku yang menghina agama Islam.

"Sebelum ini, tindakan seorang pemimpin MCA yang secara terang-terangan menghina ajaran Islam, tetapi tidak dikenakan tindakan.

"Bantahan demi bantahan dibuat namun pihak kerajaan hanya memekakkan telinga sahaja. Kesannya dapat dilihat apabila semakin ramai individu yang berani mencabul kesucian Nabi Muhammad SAW dan agama Islam itu sendiri," katanya.

Petisyen: Selangor sedia biaya kos guaman

Harakahdaily, 10 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersedia manampung kos guaman mana-mana pihak yang memfaikan petisyen pilihan raya pada kali ini.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, langkah tersebut diambil bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar.

“Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita kerajaan negeri melalui (program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka,” kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dan berkongsikan data menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang yang berusaha mengumpul bukti kepincangan pilihan raya.

Data-data tersebut diperolehi menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Unit Pendemokrasian Selangor sebelum PRU-13 berlangsung.

“Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, Kerajaan Negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, kerajaan negeri melalui geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukkan berjumlah RM5 juta.

Muhyiddin perlu buang sifat ‘lidah bercabang’

Harakahdaily, 10 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuang sifat ‘lidah bercabang’ memandangkan ugutan terbukanya yang mewakili kerajaan minoriti 47% untuk menghukum majoriti 51% pengundi sebenarnya menggugat institusi-institusi utama negara ini.
“Kita hairan melihat bagaimana Muhyiddin boleh menunjukkan sifat ‘lidah bercabang’ beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang sama sekali bertentangan dalam majlis yang sama, iaitu majlis penghargaan pengundi BN di Kundang Ulu, Johor,” kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Katanya, walaupun Muhyiddin mendakwa para pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam PRU13 bahawa mereka mahu kerajaan bersikap lebih tegas dan jelas dalam mempertahankan institusi-institusi yang penting di negara ini, “menguatkuasakan undang-undang, menegakkan perlembagaan, memerangi jenayah secara berkesan dan membasmi rasuah,” Muhyiddin kemudiannya membatalkan sama sekali semua sentimen itu.

Beliau berkata, Muhyiddin mengeluarkan ancaman untuk mendiskriminasi dan menghukum 51% pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memberi kelebihan kepada 47% pengundi yang menyokong BN dan Datuk Seri Najib Razak.

Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menambah, sudah tentu perisytiharan Muhyiddin bahawa kerajaan BN akan menyalurkan ‘lebih banyak bantuan’ kepada masyarakat yang menyokongnya sewaktu pilihan raya umum menyiratkan suatu dasar yang bersifat menghukum dengan cara mengabaikan dan mendiskriminasi majoriti 51% pengundi.

“Dan ini merupakan bukti paling jelas bahawa masih banyak yang perlu Najib lakukan untuk membuktikan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya 47% rakyat Malaysia.

“Atau apakah kita sedang berdepan dengan keadaan di mana Najib mahu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, manakala Muhyiddin pula hanya mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk 47% rakyat Malaysia?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Menurut Lim lagi, ketika Muhyiddin menyebut tentang ‘mesej jelas’ rakyat yang mahukan kerajaan untuk mempertahankan institusi-institusi yang penting dalam negara ini, beliau gagal melihat gajah di depan matanya sendiri.

Ini, katanya kerana sebenarnya Umno BN perlu memikul tanggungjawab penuh atas kemerosotan institusi-institusi utama negara ini sejak tiga puluh tahun yang lalu.

Pemuda PAS bidas kenyataan 'pilih kasih' TPM

Harakahdaily, 10 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN akan memberi “bantuan lebih kuat” kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihanraya umum ke 13 (PRU13) lalu.

Menyifatkan ianya sebagai kenyataan 'balas dendam', serta 'pilih kasih', Naib ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata adalah tidak wajar seorang timbalan perdana menteri mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian seperti itu.

"DPPM menganggap kenyataan TPM berbaur kebencian kaum serta politik dendam yang cuba dilunaskan terhadap komuniti Cina kerana majoriti kaum Cina menolak BN dalam PRU ke 13.

"Ia jelas membawa mesej perkauman yang sempit dan boleh mencetuskan perasaan tidak senang, dendam, perbalahan serta ketegangan kaum yang serius," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lalgi, pandangan Muhyiddin itu memberi gambaran pemimpin negara itu gagal meletakkan pertimbangan yang adil terhadap rakyat.

Apa yang dibimbangi katanya, jika pengikut atau penyokong BN mengambil kenyataan Muhyiddin itu dengan bertindak agresif yang merugikan negara terhadap komuniti Cina serta memilih-memilih ‘bulu’ dalam memberikan sumbangan.

"Apakah Tan Sri Muhyiddin merasakan rakyat menolaknya dalam PRU ke 13 maka rakyat tersebut perlu ditolak dari menerima apa sahaja bantuan atau dikurangkan bantuan dari yang sepatutnya. Beginikah pemahaman demokrasi beliau," soal beliau lagi.

Beliau menegaskan, rakyat yang menolak BN adalah majoriti 49 peratus manakala hanya 46 peratus sahaja yang menerima BN dan itupun BN diselamatkan oleh pengundi di kawasan Parlimen yang kecil melalui persempadanan yang tidak adil.

"Jika itulah perkiraannya, “bantuan yang kuat” hanya akan tersalur pada parlimen kecil yang selamatkan nyawa BN sahaja manakala rakyat di kawasan parlimen yang besar dan menolak BN akan menerima bantuan sedikit sahaja," katanya.

Tiada ulasan: