Isnin, 10 Jun 2013

AKHIR2 NI RAMAI AHLI POLITIK JADI TUKANG KARUT

Kelantan tuan rumah tilawah al-Quran selepas 23 tahun

Aslani M, 10 Jun 2013
KOTA BHARU: Kelantan mencatat sejarah selepas 23 tahun berada di bawah PAS, pertama kali diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Tilawah kali ke-56 diadakan di Balai Islam Lundang bermula malam ini sehingga 14 Jun ini.

Perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Besar; Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Kerajaan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri serta pusat.

Perdana Menteri merakam ucapan terima masih kepada Kerajaan Kelantan kerana setuju menjadi tuan rumah pada tilawah kali ini.

"Ini mencatat sejarah sebagai menyambung penyatuan ummah," katanya pada ucapan perasmian.

Sebelum itu, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana Kelantan dipilih julung kali sebagai tuan rumah.

Ini selaras dengan minat yang mendalam rakyat Kelantan terhadap al-Quran sejak dahulu lagi.

Seramai 29 qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan pada tilawah yang bermula malam ini.

Masjid Dhirar, masjid orang munafik yang dihancurkan di zaman Nabi

http://detikislam.blogspot.com, 10 Jun 2013
Foto: Tapak Masjid Dhirar yang dimusnahkan
"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemUdharatan (pada orang-orang Mukmin), untuk kekafiran dan memecah belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah, "kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (At-Taubah9: 107)

Sebab turun ayat (asbabun nuzul) ini adalah pemberitahuan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bahawa orang munafik membina masjid dengan niat menghancurkan Islam.

Ibnu Mardawaih rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu Ishaq rahimahullah yang berkata, "Ibnu Syihab az-Zuhri menyebutkan dari Ibnu Akimah al-Laitsi dari anak saudara Abi Rahmi al-Ghifari Radhiallahu 'anhu. Dia mendengar Abi Rahmi al-Ghifari Radhiallahu 'anhu (dia termasuk yang ikut baiat kepada Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam pada hari Hudaibiyah) berkata,

"Telah datang orang-orang yang membina masjid dhirar kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, pada saat beliau bersiap-siap akan berangkat ke Tabuk. Mereka berkata, "Wahai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, kami telah membina masjid buat orang-orang yang sakit maHupun yang mempunyai keperluan pada malam yang sangat dingin dan hujan. Kami senang jika engkau mendatangi kami dan solat di masjid tersebut.

"Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab," Aku sekarang maHu berangkat membuat perjalanan, insya Allah Azza wa Jalla setelah kembali nanti aku akan melawat kalian dan solat di masjid kalian. "Kemudian dalam perjalanan pulang dari Tabuk, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berehat di Dzu Awan (jaraknya ke Madinah kira-kira setengah hari perjalanan). Pada waktu itulah Allah Azza wa Jalla memberi khabar kepada beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang masjid tersebut yang mereka niatkan untuk membahayakan kaum muslimin dan sebagai bentuk kekafiran. "Lubabun Nuqul fi asbabin nuzul hal. 111, Darul Maktabah Ilmiyyah, syamilah

Kaum munafik membina dengan niat yang buruk

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah berkata, "Masjid Dhirar dibina dengan niat yang buruk.  Mereka adalah orang munafik dan tujuan mereka adalah:

1. Menyaingi dan membahayakan masjid Quba, oleh kerana itu dinamakan Masjid dhirar (ertinya: membahayakan, dan masjid ini dibina hampir bersamaan dengan masjid yang pertama kali iaitu masjid Quba, pent).

2. Kafir kepada Allah, kerana ditetapkan padanya kekafiran / pengingkaran kerana yang membinanya adalah orang munafik

3. Memecah belah kaum muslimin

4. Untuk mengintip (kaum muslimin) bagi mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya. Ada seorang laki-laki fasik pergi ke Syam yang bernama Abu 'Amir (ia selalu memerangi kaum muslimin dan kalah, kemudian ke syam untuk meminta bantuan kepada Raja Rom, pent). Kemudian ia bersurat kedapa kaum munafik (di Madinah) agar mereka membina Masjid, maka kaum munafik membina masjid (Dhirar) atas petunjuk darinya. Mereka berkumpul untuk mewujudkan keinginan mereka untuk membuat makar dan tipu daya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan sahabat beliau (mereka beralasan membina masjid untuk orang yang sakit dan orang tua, pent). "Majmu' Fatawa wa Rasail 6/226-227

Perintah agar tidak solat di masjid tersebut dan agar menghancurkannya

Allah Ta'ala berfirman, "Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. "(QS. At Taubah: 108)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengutus Malik bin Dukhsyum, Ma'an bin Adi,' Amir bin As-Sakan dan Wahsyi. Kemudian berkata, "Pergilah kalian ke masjid yang didirikan oleh orang-orang zalim (masjid dhirar), kemudian hancurkan dan bakarlah."

Maka keduanya pun berangkat dengan segera. Malik bin Dukhsyum mengambil api (pelepah kurma) dari rumahnya. Mereka bertolak lalu membakar dan menghancurkannya.

Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Panas: Pegawai SPAD ditampar semasa buat operasi

http://pahangdaily.blogspot.com, 10 Jun 2013


KUANTAN - Seorang pegawai  penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaporkan telah ditampar oleh seorang pemandu lori ketika menjalankan operasi mereka di Jalan Pintasan Kemaman -Kuantan baru-baru ini.

Pemandu berkenaan bertindak demikian selepas mendapati seorang lelaki tiba-tiba masuk dan merampas kunci lori beliau ketika dia memberhentikan kenderaan terbabit.

Kejadian dipercayai berlaku kerana beliau tidak mengenali pegawai terbabit yang kini begitu kerap memakai pakaian biasa ketika bertugas.

Baca lagi

3 bersaing rebut anugerah ‘kenyataan politik paling aib’ bulan ini

Lim Kit Siang, 10 Jun 2013
Anugerah “Kenyataan Politik Paling Aib” untuk bulan ini menjadi rebutan tiga pesaing, iaitu Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir, yakni apabila:

-       Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mempersoalkan mengapa beliau dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya perlu meletakkan jawatan sedangkan mereka telah menjalankan tugas mengadakan pilihan raya sambil mengabaikan sama sekali kekecohan di dalam dan luar negara tentang PRU13 yang gagal memenuhi kriteria asas sebagai sebuah pilihan raya yang bersih, bebas, dan adil, sehinggakan buat kali pertama dalam tempoh 56 tahun sejarah negara orang ramai meragui keabsahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

-       Ancaman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan minoriti 47% BN akan menghukum dan mendiskriminasi majoriti 51% pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberikan kelebihan kepada minoriti 47% yang menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib Razak – ini menimbulkan persoalan sama ada Najib dan Kerajaan BN adalah Perdana Menteri dan kerajaan untuk cuma 47% rakyat Malaysia atau untuk semua rakyat Malaysia.

-       Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan rasis beliau yang terkini mendakwa keputusan PRU13 adalah bukti kaum Cina di Malaysia hendak menghapuskan kuasa politik Melayu dan mendominasi politik Malaysia. Ini menunjukkan sejauh mana beliau sanggup berbohong dan melakukan perkara keji untuk mengedepankan matlamat-matlamat perkaumannya.

Juri masih belum dapat membuat keputusan siapa di antara mereka bertiga yang berhak meraih anugerah “Kenyataan Politik Paling Aib” kerana ketiga-tiga kenyataan berkenaan hampir sama mengejutkan dan jauh daripada kebenaran.

Ketiga-tiga kenyataan itu juga melupakan sentimen umum di kalangan rakyat Malaysia yang rasional dan patriotik serta meminggirkan Impian Malaysia yang menyatukan bangsa Malaysia yang patriotik, khususnya generasi muda Malaysia.

Anugerah “Kenyataan Politik Paling Aib” untuk bulan lalu kerana ia dengan mudah telah dimenangi oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi, yang memberitahu rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini agar “berpindah ke negara lain” – bayangkan seorang menteri dalam sebuah kerajaan yang hanya mendapat 47% undi begitu tebal mukanya hingga sanggup menyuruh 51% pengundi dalam negara ini untuk “berpindah ke negara lain”!

Bukankah Zahid yang sepatutnya “berpindah”?

Benarkah negara semakin selamat?

Harakahdaily, 10 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa rakyat Malaysia semakin berasa selamat dan suasana di negara kini sudah semakin tenteram dan harmoni tidak akan dapat berjaya memujuk hati rakyat Malaysia.
“Beliau ketika dalam ucapannya merasmikan Hari Bersatu Menentang Jenayah menyifatkan negara sebenarnya semakin selamat dan pertambahan angka juga statistik jenayah sebenarnya tidak dapat mencerminkan situasi sebenar ‘keamanan’ di Malaysia,” ujar Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar).


Justeru, Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat itu mempersoalkan jika angka dan statistik jenayah tidak dapat menjadi sandaran, maka apakah kayu ukur sebenar yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk menilai situasi dan tahap keamanan rakyat Malaysia.

Sejujurnya, kata beliau kenyataan Perdana Menteri bahawa Malaysia semakin selamat sebenarnya hanyalah dilihat dari kacamata orang kaya khususnya para pemimpin kerajaan yang berada di awangan.

Sedangkan, ujarnya rakyat marhaen yang kini sedang menanggung akibat daripada kecuaian pemerintah dalam mentadbir dan mengurus negara.


Benar, katanya angka dan statistik bukanlah kayu ukur yang tepat, kerana terdapat banyak faktor yang turut mempengaruhi angka tersebut, namun, saban hari rakyat didedahkan dengan pelbagai berita yang menyayat hati, meruntun hati nurani.

Katanya, kisah bayi yang tidak berdosa dibuang dan dicampak sehingga mati.

Selain itu, ujarnya berita si anak yang sanggup mengelar ibu dan ayahnya sendiri, tidak kurang juga ibu dan ayah yang menzalimi si anak.


Bahkan, tambah beliau segala kes pecah rumah, rompakan dan ragut secara terang-terangan dan terbaru guru merogol murid berumur 12 tahun.

“Adakah ini semua tanda negara semakin menuju kepada keamanan dan kestabilan?” tanya beliau lagi dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, rakyat sudah semakin hilang percaya kepada institusi kerajaan kerana setiap rancangan yang ingin dibawa oleh pihak kerajaan menerima kecaman hebat malah tidak mendapat sambutan yang baik daripada rakyat.

Ini, kata beliau menunjukkan rakyat sebenarnya dahagakan perubahan. Harapan mereka berkecai setelah berakhirnya Pilihanraya Umum Ke-13.

Beliau menambah, bermula dari saat Parlimen dibubarkan, sehinggalah hari keputusan diumumkan, rakyat berasa tertipu dan dipermainkan.


Sehingga ke hari ini, katanya kerajaan masih gagal mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan, khususnya para Menteri yang dilantik oleh Umno BN.

Menurutnya lagi, masalah sistem pendidikan yang berkecamuk, pihak berkuasa keselamatan yang dipergunakan untuk kepentingan politik, propaganda media arus perdana yang masih berlarutan sehingga ke hari ini, sistem penyampaian yang tidak telus dan korup.

“Rakyat Malaysia adalah rakyat yang celik dan tidak mudah ditipu,” katanya lagi. 


Hakikatnya, kata beliau kempen perubahan yang sedang dibawa oleh Perdana Menteri pada ketika ini semuanya hanya sarat dengan satu mesej sahaja iaitu hiburan.

“Setiap kempen, bermula dengan Hari Bersatu Menentang Jenayah, pelancaran ABNXcess, semuanya sarat dengan mesej hiburan,” ujarnya.

Beliau berkata, walaupun hiburan itu adakalanya membawa kebaikan, akan tetapi sekiranya tidak dikawal hiburan hanya akan membawa satu wabak sosial yang juga mndatangkan keburukan.

“Nasihat saya kepada Perdana Menteri, sajian hiburan tidak dapat membuatkan rakyat Malaysia terlupa pada kejadian Jambatan Runtuh di Pulau Pinang, atau segala kes jenayah yang semakin berleluasa.

“Berubahlah Sekarang, Selamatkan Malaysia,” ujarnya.

Dr Dzulkefly wakili PAS, senang kalau tugas spesifik

Harakahdaily, 10 Jun 2013

(Dr Dzul, Saifudin dan Teresa...tiga Pegawai perhubungan Politik Selangor)

KUALA LUMPUR: Dengan pemilihan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pegawai Perhubungan Politik Pejabat Menteri Besar Selangor dari PAS, lengkaplah sudah perlantikan mereka.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik Pejabat MB Selangor diikuti dengan DAP menamakan Teresa Kok sebagai wakil parti itu.

Namun begitu, timbul persoalan 'apa kerja utama mereka' kerana ia adalah perlantikan pertama pernah dibuat sebegini di Selangor.

Dr Dzulkefly ketika mengulas perlantikan ini berkata, beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan parti melantik beliau.

"Namun sehingga kini, apa tugas, saya belum pasti," kata beliau.

Beliau juga bimbang kalau-kalau berlaku pertindihan tugas dan tanggungjawab antara ketiga-tiga mereka memandang semuanya bekerja untuk kepentingan Pakatan Rakyat.

"Mungkin saya lebih senang kalau setiap kami diberikan tugas yang spesifik bidangnya," kata Dzulkefly yang kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Dalam pilihan raya lalu, Saifudin kalah di parlimen Kulim Bandar Baharu, Dr Dzulkefly pula kalah di Parlimen Kuala Selangor manakala Teresa Kok menang di parlimen Seputeh.

Sebelum ini, Teresa adalah exco kanan kerajaan negeri Selangor.

Tiada ulasan: