Fahami tiga kuasa suami
Ahmad Baei Jaafar, | 03 Jun 2013 |
Memang, orang yang tahu dan faham berbeza dengan yang tidak tahu, berbeza sifatnya, berbeza perangainya, berbeza tindakannya. Orang yang tahu dan faham hukum Allah akan berhati-hati dalam sebarang tindakan. Pada mereka, semua yang hendak dilakukan mesti mengikut kehendak Allah dan rasul-Nya.
Sebenarnya dalam Islam ada perkara yang perlu kita tahu. Hal ini kerana perkara tersebut jika dilakukan dengan serius akan jadi, dan jika bergurau juga akan jadi. Rasulullah bersabda:
Yang bermaksud: “Tiga perkara yang apabila seseorang itu bersungguh-sungguh maka natijahnya berlaku sungguh-sungguh dan apabila dia bergurau, maka natijahnya tetap berlaku sungguh-sungguh. Tiga perkara itu ialah perkahwinan, talak dan rujuk.” (Riwayat Imam Tarmizi dan Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis itu, seorang bapa kepada anak dara mahupun janda tidak boleh bergurau soal perkahwinan. Kalaupun secara berseloroh dia mengahwinkan seseorang lelaki dengan anak perempuannya, maka sah. Begitu juga dengan seorang suami tidak boleh bergurau dalam soal talak, kerana talak yang diucapkan itu sudah sah. Begitu juga dengan pasangan yang baru bercerai tidak boleh bergurau soal rujuk. Rujukan suami itu akan dikira sah.
Kedudukan hukum di atas sama sahaja dengan seseorang yang berada dipentas lakonan. Sebagai contoh yang mudah, jika pelakonnya terdiri daripada pasangan suami isteri dan mereka memegang watak yang sama seperti namanya, maka ucapan talak suami ketika itu dikira sah. Walau bagaimanapun kalau kedua-dua pelakon di atas melakonkan watak orang lain, maka ucapan talak itu tidaklah jatuh dengan sebab itu. Apatah lagi kalau pelakon itu bukan suami isteri.
Kuasa Suami
Allah menetapkan lelaki sebagai pemimpin, maka sebab itu seseorang suami diberi kuasa tertentu yang kuasa itu tidak diberikan kepada isteri. Tujuan kuasa itu diberi kepada suami adalah untuk mengekalkan keharmonian sesebuah perkahwinan. Suami diberi kuasa tersebut kerana lazimnya lelaki lebih sabar, lebih berhati-hati dan lebih ilmunya.
Sebenarnya suami dibekalkan kuasa mutlak berdasarkan hadis di atas. Kuasa itu adalah alat penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Namun kuasa atau alat itu perlu disimpan rapat di dalam hatinya. Kuasa yang dimaksudkan ialah talak, iaitu kuasa yang hanya boleh digunakan apabila sangat-sangat diperlukan demi kebaikan rumah tangga mereka.
Supaya suami benar-benar menjaga kuasa ini agar tidak digunakan sewenang-wenangnya, Rasulullah memberi peringatan yang berupa ancaman. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Seburuk-buruk perkara halal di sisi Allah ialah Talak.” (Riwayat Ibnu Majah)
Memahami hadis daripada Abdullah bin Umar ini, Allah mahu umatnya hidup damai dan bersefahaman. Walaupun talak itu dihalalkan oleh Islam tetapi perbuatan dan tindakannya amat dibenci Allah. Oleh sebab itu berhati-hatilah dalam menggunakan kuasa talak ini kerana padahnya bukan kepada suami sahaja tetapi kepada isteri dan anak-anaknya.
Selain kuasa suami di atas, apabila dia menjadi bapa, kuasanya ditambah lagi menjadikan keseluruhannya tiga kuasa. Kuasa ini juga perlu difahami sebaiknya jika dia sayangkan anak kelahiran mereka. Jika kuasa itu digunakan secara salah, yang menderitanya adalah anaknya sendiri. Oleh sebab itu fahamilah kuasa tersebut dengan baik.
Nikah, bapa tidak boleh sewenang-wenangnya menikahkan anak gadisnya dengan lelaki tanpa diselidiki latar belakang agama dan keturunannya. Walaupun bapa ada kuasa penuh, menikahkan anak tanpa persetuan anak sendiri adalah satu penyelewengan kuasa.
Talak, suami walapun benci kepada isterinya, tidak boleh bertindak menceraikannya kerana anak-anak mereka akan kehilangan kasih sayang ibu dan bapa. Demi anak berhemahlah dalam menggunakan kuasa talak.
Rujuk, suami yang masih sayangkan isteri dan anak-anak renunglah kehidupan lampau. Insafilah kesilapan lampau. Jika mereka benar-benar insaf dalam tempoh iddah bolehlah rujuk kembali. Tapi ingat, rujukan itu bukan kerana kehendak nafsu sahaja.
Kuasa suami ini perlu digunakan sebaiknya bagi pasangan yang rindukan kehidupan dalam syurga. Oleh sebab itu, jangan pilih jalan perceraian kerana bimbang dengan sebab itu mereka tidak berpeluang untuk masuk ke dalam syurga. Dan kalaupun salah seorang boleh masuk syurga, tentu pasangan itu tidak akan bertemu lagi. Itulah sebabnya mengapa Allah membenci talak itu.
Kunci Bahagia Pada Isteri
Selain suami perlu menyimpan kuasa talak, isteri pula perlu menjaga kunci kebahagiaan agar suami boleh masuk ke dalamnya bila-bila masa yang diperlukan. Kunci yang ada pada tangan isteri perlu berada dalam keadaan bersedia agar suami boleh masuk ke dalamnya dengan hati yang ceria dan tenang. Tetapi jika isteri menyalahgunakan kunci itu, bukan sahaja suami yang menderita malah anak-anak juga menerima nasib yang sama.
Untuk memestikan kunci itu dapat digunakan dengan baik, beberapa adab perlu diberi perhatian oleh isteri. Antara perkara yang penting ialah:
1. Jaga adab suami isteri, maka dalam hal ini isteri perlu meminta izin suami dalam semua aktiviti. Tetapi bagi suami, dia hanya cukup dengan memberitahu segala aktiviti. Selain itu isteri juga boleh meminta bantuan suami untuk membuat sesuatu bukan memerintah atau menyuruh dia membantu kerja-kerja isteri.
2. Jaga syariat, selain menunaikan solat fardu dan sunat, puasa fardu dan sunat isteri perlu menjaga aurat dan maruah diri dan maruah suami. Selain itu isteri perlu taat perintah dan kehendak suami selagi perintah itu tidak melanggar syariat. Contoh mudah dalam hal ini, suami ingin bersama isteri sewaktu dalam haid, maka tiada ketaatan dalam hal ini kecuali sentuhan pada bahagian selain di antara pusat dengan lutut.
3. Jaga emosi suami. Emosi suami boleh berubah bergantung kepada apa yang dialaminya baik di pejabat, jalan raya dan di rumah. Dalam keadaan ini isteri boleh mengawal emosi suami agar tenang dan bahagia semula. Sambutlah kepulangan suami dengan senyuman walaupun anda bermasalah, berikan pelukan sayang bersama air penyejuk hati. Berikan peluang kepada suami berehat jika dia mahu. Ketika itu segala masalah yang di dalam fikirannya akan dilupakan dengan sekelip mata.
Suami Tak Cakna
Tidak dinafikan dalam banyak-banyak pasangan yang berkahwin terdapat suami yang bermasalah. Terdapat suami yang tidak cakna dalam pergaulan dengan isteri, dia tetap dengan panas barannya walaupun isteri amat penyabar. Sebenarnya suami seperti ini sememang bermasalah sebelum mereka berkahwin lagi.
Mungkin pada waktu itu wanita tersebut tidak dapat mengesan keburukan bakal suaminya. Atau mungkin sudah dapat mengesannya, cuma dia bersangka baik bahawa perangai buruknya itu boleh berubah setelah berkahwin. Atas keyakinan itu mereka teruskan niat berkahwin. Tetapi biasanya andaian itu salah.
Lazimnya lelaki seperti itu apabila menjadi suami, dia tidak boleh sabar dengan kerenah isterinya. Apabila dia menghadapi masalah dalam rumah tangga dia akan menyalahkan isterinya. Kadang-kadang boleh berlaku pergaduhan yang berpanjangan. Isu yang pada asalnya kecil bertukar menjadi besar hingga sukar dibendung lagi.
Selain itu ada juga suami yang tidak nampak kebaikan isterinya, malah isteri yang sering membantu kerja-kerjanya dia tidak mahu menghargainya. Pendek kata dia tidak peka dengan sikap isteri dan keadaan di sekelilingnya. Hasil tinjauan rambang sikap suami seperti ini berpunca daripada tidak taat kepada Allah dan tidak patuh kepada ajaran Islam.
Benar, suami seperti ini tidak solat atau cuai solat. Malah kalau isterinya hendak solat pun dia larang. Mereka ini bukan tidak tahu tentang agama tetapi lebih mementingkan kehendak nafsu. Tetapi apabila kehendak nafsu tidak tercapai akan berlaku pergaduhan. Keluarga seperti inilah yang sering membawa kepada perceraian.
Walau bagaimanapun kalau isteri pandai mengawal keadaan masalah ini tidak akan berpanjangan. Allah menyayangi hambanya yang beriman walaupun imannya senipis kulit bawang. Walaupun nafsu amarah melonjak, namun perceraian tidak berlaku. Kalaupun berlaku juga mereka akhirnya menyesal dan rindukan pasangan masing-masing.
Ya, selagi isteri dalam tempoh iddah, tentu suami ada hak untuk merujuk kembali kepada perkahwinan mereka yang asal. Dalam mazhab Syafi’I, suami ada kuasa rujuk walaupun tanpa keizinan isteri. Semoga dengan kesedaran baru ini hubungan suami isteri akan lebih baik dan bahagia.
Sungguhpun begitu, setiap pasangan suami isteri wajar terus mempelajari ajaran Islam dan memahaminya dengan betul. Percayalah dengan pengetahuan yang jelas mereka boleh hidup bahagia tanpa gangguan luaran mahupun dalaman.
http://baei.blogspot.com
Umno parti satu kaum bunuh 1Malaysia Najib
Harakahdaily, | 03 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Keengganan Umno untuk menjadi satu parti
tunggal yang inklusif atau berbilang kaum dan sebaliknya berkeras mahu
berpegang kepada semangat parti satu kaum adalah suatu hukuman bunuh
terhadap konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kenyataan Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri, Ahmad Maslan bahawa mustahil Umno menjadi sebuah parti tunggal untuk semua rakyat Malaysia membuktikan bahawa Umno terus-terusan mahu memecahbelahkan rakyat Malaysia mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka.
“Untuk lebih 50 tahun, BN Umno, MCA dan MIC telah memecahbelahkan Malaysia menurut kaum demi menghalalkan salah guna kuasa mereka, terutamanya rasuah, kapitalisme kroni dan penafian atau menghalang hak asasi manusia,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan.
Katanya, walaupun BN kalah undi popular pertama kali dalam sejarah negara dalam Pilihan raya Umum 2013, dengan hanya 47% undi berbanding 53% undi yang diraih Pakatan Rakyat, Umno masih lagi enggan menerima penolakan keras masyarakat terhadap politik perkauman.
Ahli parlimen Bagan itu menambah, Pakatan Rakyat memenangi undi orang Melayu bandar dan anak muda Melayu dengan majoriti yang jelas, dan di peringkat nasional, Pakatan Rakyat memenangi 43% undi orang Melayu.
Menurutnya, mesej perkauman Umno tidak mampu melampaui rasuah dan salahguna kuasa yang ia lakukan.
Ini, ujarnya bermakna rakyat Malaysia daripada semua kaum telah memberikan mesej yang lantang dan jelas dalam PRU13 bahawa mereka mahu menjadi Malaysian first, di mana rakyat mendahului kroni, prinsip dan polisi yang baik dilihat lebih penting daripada kebencian dan ketakutan.
Sebaliknya, kata beliau Umno terus berpaut kepada ideologi melampau Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memecahbelah dan menghancurkan, ‘Melayu pertama, Malaysia seterusnya’ (Malay first, Malaysian second).
“Menjadi ‘Malaysian first’ tidak bermakna kita kehilangan identiti Melayu, Cina, Dayak, Kadazan atau India tetapi ia bermakna kita menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara seperti yang termaktub dalam lagu kebangsaan kita, ‘Negaraku’,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Menurutnya lagi, memandangkan Umno adalah parti paling dominan, keengganannya untuk membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia bermakna tidak akan satu parti pun dari BN yang menjadi inklusif buat semua tanpa mengira kaum.
Jelas sekali, katanya slogan 1Malaysia Najib tidak ada makna langsung kecuali satu usaha propaganda untuk pilihanraya yang akan terbuang akhirnya apabila BN memenangi jumlah kerusi Parlimen terbanyak walaupun kalah undi popular.
(Bekas ahli Majlis Syura PAS, Nasharudin Mat Isa antara tetamu majlis resepsi Saiful Bukhari)
KUALA LUMPUR: Sekarang musim orang kahwin. Yang suka dilihat adalah gambar Ustaz Azhar Idrus berkahwin tiga. Namun ada satu perkahwinan yang tidak berapa suka dilihat khasnya oleh ahli PAS.
Ia adalah perkahwinan Saiful Bukhari dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman di Dewan Dataran Karyawan Kompleks Belia Sukan Seksyen 7 di sini malam tadi.
Yang tak suka dilihat adalah tokoh-tokoh yang turut serta di majlis resepsi itu selepas majlis akad nikah di Kuala Terengganu.
(Blogger terkenal Papagomo turut meraikan Saiful)
Dengan bertemakan Garden Wedding, kira-kira 800 pengunjung yang hadir pada majlis tersebut turut dihiburkan dengan alunan music jazz yang dibawa oleh Jimmy and Fans semasa majlis itu sedang berlangsung.
Menurut blog KLpos, antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukriz Mahathir, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Perkasa Zulkifli Noordin dan blogger kontroversi Papa Gomo.
Pada 25 Mei lalu, Saiful Bukhari Azlan diijabkabulkan di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam (TTI) berwalikan bapa pengantin perempuan sekaligus sah bergelar suami kepada salah seorang personaliti TV3, Nik Suryani.
Dengan jumlah mas kahwin berjumlah RM41,101, majlis diserikan dengan 9 dulang hantaran yang diiringi rombongan pengantin lelaki dan dibalas 11 dulang dari pihak keluarga Nik Suryani.

Gambar perkahwinan yang tidak suka dilihat

AKHIRAT KITA AKAN TAHU SAPE YANG BENAR
Dakwah non Muslim: Umno, MCA perlekeh usaha PAS
Mazlan Aliman, | 03 Jun 2013 |
Mazlan (kanan) bersama kaum Tionghua semasa kempen PRU13.
Menyampaikan dakwah dan penerangan bukan untuk satu-satu kaum sahaja. Sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1951, segenap lapisan masyarakat telah didekati.
Kefahaman mengenai Konsep Negara Islam kepada non Muslim umpamanya, telah digerakkan secara agresif pada tahun 1980-an lagi. Simposium Negara Islam, siri-siri dialog dan ceramah waktu itu menjadi aktiviti rutin PAS.
Penubuhan CCC telah menjadi jambatan yg merapatkan PAS dengan non Muslim khususnya kaum Tionghua. Tokoh-tokoh PAS seperti Kamal Koh, Redhuan Onn, Hj Subky Latif antara yang berperanan melakukan anjakan paradigma memecahkan tembok PAS dengan non Muslim.
Penghalang yang memperlekeh usaha PAS adalah MCA dan UMNO. Cercaan terhadap hukum hudud, persepsi negatif melalui media arus perdana oleh pemimpin MCA dan UMNO bertali arus. Meskipun DAP sentiasa lantang dalam isu-isu tertentu, pemimpinnya jauh lebih lunak dalam memperkatakan isu sensitif, apatah lagi membabitkan soal agama.
Peliknya, pemimpin UMNO yang mengaku Islam, diketuai Dr Mahathir begitu celupar dalam membicarakan soal perlaksanaan syariah, hudud dan Negara Islam. Pemimpin MCA tukang tepuk tangan...
Memang diakui tahun-tahun 1980-an hingga 2000, MCA terlalu kuat dan menjadi suara dominan kaum Cina. Ketika era Reformasi akibat pemecatan Anwar Ibrahim, saat sebahagian besar orang Melayu termasuk pemimpinnya seperti Zahid Hamidi menentang arus, undi Cina menjadi penyelamat kepada BN. Kalau tidak, dah lama BN berkubur!
Sejak PRU12, masyarakat Cina mula berubah dengan begitu ketara. Tidak terkecuali kaum India. India estet yang tinggal jauh di pedalaman pun menyokong pembangkang. Non Muslim menjadi rakan baik PAS. Dari Kelab Penyokong PAS hingga dinaiktaraf ke Dewan Himpunan Penyokong PAS. Mereka bukan sahaja tertarik dengan perjuangan PAS; tapi ada juga menganut agama Islam kerana terpegun dek keindahan ajaran Islam yang diamalkan ahli-ahli PAS.
Alhamdulillah, hubungan PAS melalui Pakatan Rakyat dengan non Muslim begitu ketara. Pengalaman saya sendiri bertanding di Parlimen Bera 2008 dan Dun Bukit Permai 2013, bukti nyata. Saya harus mengakui, kemanisan berjuang dicelah kelompok masyarakat non Muslim. Subhanallah, nikmatnya, hanya Allah yang tahu!
Berbanding mendekati kelompok Melayu dan India, orang Cina bukan masyarakat yang meminta-minta. Jika di Bera, pergilah ke Triang, Mengkarak dan Kemayan, atau di Kulaijaya; temuilah Cina Sengkang, Sedenak dan Bandar Indahpura; layanan mereka cukup istimewa. Mereka faham sensitiviti agama. Kenapa saya mengelak dari bersalaman dengan wanita mereka, menghindarkan tempat sensitif ketika kempen; bahkan rindu mereka jika saya tidak bertemu beberapa hari...
Rakan DAP, baik calon maupun sukarelawan mereka sendiri terangkan batas-batas hubungan dan soal sensitif. Saya sudah lali mendengar orang Cina yang menyokong hudud. Kami tidak mencuri, tak rasuah, rompak harta rakyat; kenapa kami harus takut dengan hudud, kata mereka. Ketika saya kalah, ada kawan-kawam kaum Cina yang sangat sedih hingga tidak lalu makan berhari-hari.
Sejujurnya, kebanyakan orang Cina lebih faham soal memilih calon dan Kerajaan Beramanah dari orang Melayu sendiri. Nilai mereka bukan umpan RM200-RM300 ringgit. Mereka mahu UBAH pemimpin korup, penuh skandal kepada pemimpin berintergriti!
Buktinya, Dr Mariah Mahmud, Rafizi Ramli, Fuziah Salleh, Datuk Arif Sabri, Ust Abdullah Hussin dan Hj Aminolhuda (sekadar beberapa contoh) menang bertanding menentang calon non Muslim dari BN. Orang Cina sendiri tolak calon MCA, sebaliknya Melayu undi MCA/MIC?
Ketika politik perkauman telah ditolak oleh masyarakat non Muslim, orang melalu termasuk pemimpin, sesetengah cendikiawan dan NGO seperti Perkasa, terjerit-jerit kononnya melayu akan hilang kuasa, hilang agama dll.
Umno dakwa dia parti orang Melayu dan memertabatkan agama. Zahir bicaranya nampak hebat...kita pertahankan kalimah Allah, tapi hudud?
Tidak sesuai untuk diamalkan di Malaysia, nanti huru hara. Yang tentang habis-habisan pemimpin Umno sendiri!
Hakikatnya, mudah untuk dikenali siapa sebenarnya pejuang agama dan penentangnya.
Sandiwara perkauman, tidak lebih digunakan untuk pertahankan hayat politik peribadi pemimpin Umno.
Rakyat diperdaya semata-mata. Umpannya DUIT.
Ini yang membezakan masyarakat Melayu dengan non Muslim. PAS mesti konsisten mendekati dan menjinakkan masyarakat non Muslim dengan keadilan dan kebenaran perjuangan yang suci ini.
Apapun cemuhan, kritikan dan fitnah, teruskan usaha yang telah dirintis puluhan tahun. Impaknya telah kelihatan menyerlah. Bukan kerana faktor politik undi semata-mata, namun yang lebih utama; risalah dakwah yang membentuk kefahaman dan keperibadian mulia.
Cerminan hidup kita yg menjadi tontonan masyarakat, Insya Allah.
Inilah kejayaan hakiki perjuangan Islam...
Penulis ialah AJK PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.
Sudah 9 mati di bawah seliaan polis tahun ini
Harakahdaily, | 03 Jun 2013 |
(Senarai mereka yang mati di bawah seliaan polis sebelum kes Karuna)
KUALA LUMPUR: Kematian jurutera P Karuna Nithi dalam lokap Balai Polis Tampin semalam menjadikan kematian di bawah penyeliaan polis kepada Sembilan orang tahun ini sahaja.
Sebelum ini, NGO hak asasi manusia Suaram berkata, mengikut senarai mereka sudah lapan yang meninggal bermula 14 Januari hingga 1 Jun lalu.
PV Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap Balai Polis Tampin masih bernafas sekitar 6.30 petang.
Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.
Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.
"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.
"Ini adalah straight forward case di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di Seremban hari ini.
Bagaimanapun keluarganya semalam mendakwa, ada darah pada tray tempat mayat Karuna di tempatkan. Karuna ditahan dilokap selepas didakwa memukul isterinya dan gagal membayar ikat jamin yang ditetapkan mahkamah.
Anggota Parlimen Kapar, S Manikavasagam berkata, beliau mengiringi keluarga ke hospital untuk melihat mayat itu namun tidak dibenarkan masuk kerana hanya dua anggota keluarganya sahaja yang dibenarkan masuk.
“Keluarga tidak dibenarkan mengalihkan mayat itu namun ada darah di atas tray tempat mayat itu ditempatkan,” kata Manivasagam kepada Malaysiakini.
Abang Karuna, P Ilam berkata, dia melihat kesan lebam pada lengan Karuna di samping darah pada kepalanya.
“Dia berdarah dari belakang kepala dan ada kesan lebam pada tangan kanan dan kirinya,” katanya.
Cadangan parti tunggal bakal kena tinggal
Roketkini, | 03 Jun 2013 |
POLITIK
berasaskan kaum adalah politik zaman lampau dan kini hanya makanan
politikus pelampau. Semakin hari parti politik berasaskan kaum juga
semakin dilihat kolot. Cuma gelanggang mainan orang tua gendut berbaju
batik. Bukan lagi untuk anak muda atau orang tua yang cool.
Malaysia itu ialah setiap seorang daripada kita warganya, yang sudah tentu berbilang kaum dan budaya. Mudahnya, parti politik yang tidak berbilang kaum tidak mencerminkan semangat Malaysia.
Apakah relevennya satu-satu parti meletakkan kepentingan kaum masing-masing sebagai tapak perjuangan sedangkan mereka perlu berfikiran Malaysia? Memikirkan semua rakyat.
Barangkali menyedari betapa parti berasaskan kaum sudah semakin tidak mendapat tempat, banyaklah desas-desus mahu menjadikan Barisan Nasional (BN) parti tunggal. Dalam erti kata lain satu parti berbilang kaum. Najib Razak menyambut cadangan ini dengan mengatakan akan ditubuhkan satu makmal khusus untuk mengkajinya.
Belek punya belek tidaklah pasti sama ada makmal itu akan gunakan tikus atau monyet untuk uji kajinya.
Belum sempat cadangan itu masuk makmal, serangan demi serangan untuk membunuh cubaan itu sudah dilancarkan gerombolan Umno.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengatakan cadangan itu tidak sesuai kerana komponen BN di Sabah dan Sarawak terdiri daripada pelbagai etnik bla bla bla.
Sebenarnya bukan sebab itu dia menentang, sebab musabab penentangannya terletak pada kenyataannya bahawa BN sebagai parti tunggal akan “menjadikan Umno, satu-satunya parti yang memperjuangkan hak orang Melayu selama ini terkubur”.
Politik kaum itu ibarat candu, terlalu syok untuk ditinggalkan. Kalau BN sudah jadi parti berbilang kaum, macam mana nak main sentimen perkauman sebab dalam parti ada kaum lain. Rakan satu parti tarafnya berbeza dengan rakan komponen.
Kita pun tahu apabila Najib kata mahu dengar pandangan ahli Umno, itu bermakna Najib menyerahkan cadangan itu untuk disembelih ahli Umno yang tentu tidak akan mahu untuk menghidupkan semangat Malaysia.
1Malaysia pun sikit lagi arwah, inikan pula cadangan wujudkan parti berbilang kaum.
Nampaknya cadangan BN sebagai parti tunggal bakal kena tinggal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan