Isnin, 3 Jun 2013

BILA TAK BOLEH....TENTU ADA YANG TAK KENA...ATAU ADA MUSLIHAT

Pakatan sebulat suara desak pemimpin SPR letak jawatan

Salmiyah Harun, 03 Jun 2013


(Anwar bersama pemimpin PAS dan DAP dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan hari ini.)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sebulat suara mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan ekoran catatan rekod paling tinggi petisyen pilihan untuk PRU 13 ini.

Desakan sebulat suara ini dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini.

Ia dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama pemimpin PAS dan DAP hari ini.

Pakatan Rakyat bakal memfailkan 35 petisyen manakala sebelum ini Umno menyatakan akan memfailkan 50 petisyen bagi membantah keputusan PRU 13.

Menurut Anwar, dalam sejarah pilihan raya negara ini hanya ada satu atau dua kes yang pernah dikemukakan parti yang bertanding setiap kali selesai PRU.

"Belum pernah dalam sejarah sampai dekat 90 petisyen  yang dicadangkan untuk dikemukakan.  Ini sahaja cukup alasan untuk Pengerusi SPR dan Timbalannya letak jawatan segera kerana cuai  dan terlibat dalam kegiatan curang dan penipuan dalam pilihan raya," katanya.

Anwar menegaskan SPR harus menyelesaikan masalah yang timbul terlebih dahulu sebelum badan itu diletakkan di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.

"Misalnya kita merompak, kemudian runding. Sepatutnya kita serah dulu barang yang kita rompak baru boleh runding," katanya.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen itu untuk melarikan fokus rakyat kepada persoalan sebenar tentang kegagalan SPR dalam mengendalikan PRU13 lalu.

"Oleh sebab itu kita tidak perlu jawatankuasa ini kerana SPR perlu selesaikan perkara-perkara yang dibangkitkan rakyat sekarang," katanya yang turut bersama dalam sidang media Majlis Pakatan Rakyat.

Mustafa turut memberitahu, ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP memutuskan untuk membuat petisyen berdasarkan kawasan-kawasan yang dirasakan wajar perlu diadakan petisyen.

Jelasnya, sebanyak 35 petisyen akan dikemukakan iaitu PAS sebanyak 14 , PKR;18 dan DAP;3 petisyen, bagaimanapun angka ini masih belum dimuktamadkan.

"Bukan sahaja Pakatan Rakyat membuat petisyen terhadap keputusan PRU13 malah Umno BN  pun akan membuat 50 petisyen. Mengikut jumlah petisyen ini ternyata SPR gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan bersih dan adil," katanya.


Konvensyen Pakatan Rakyat

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat pada 23 Jun ini.

Konvensyen yang diadakan sehari itu akan dihadiri wakil-wakil setiap negeri serta barisan pimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun maklumat berhubung konvesnyen itu akan diumumkan oleh sekretariat Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini.

Pakatan Rakyat turut menyokong penganjuran perhimpunan aman pada 15 Jun nanti, pihaknya akan berunding dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.

Anwar berkata sekretariat perhimpunan akan memberi maklumat lanjut sama ada perhimpunan itu diadakan di jalanan atau di stadium.

Sidang parlimen ke-13 pasti menarik..!!

http://ini-kalilah.blogspot.com, 03 Jun 2013
Perdebatan di Dewan Rakyat pasti hangat dengan pihak kerajaan dan pembangkang dijangka menyambung semula "pertarungan belum tamat" semasa PRU lalu.

Baca lagi.

Pakatan gesa BN sokong tubuh IPCMC

Salmiyah Harun, 03 Jun 2013
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat menggesa Ahli Parlimen BN supaya menyokong usul cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) dalam sidang parlimen yang akan bermula pada 24 Jun ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, penubuhan IPCMC perlu memandangkan sejak akhir-akhir ini dilaporkan berlaku kematian Orang Kena Tuduh (OKT) semasa dalam jagaan polis.

"Di mana dilaporkan tiga kematian dalam masa 11 hari keadaan ini perlu kepada penubuhan IPCMC, kita perlu sokongan majoriti di dalam parlimen supaya isu ini kematian dalam tahanan polis dapat diselesaikan," katanya dalam sidang media Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Katanya, Pakatan Rakyat akan menubuhkan jawatankuasa terdiri daripada dua ahli parlimen dalam setiap parti dalam Pakatan Rakyat yang akan bertanggungjawab mengemukakan usul untuk tubuhkan IPCMC.

"Kita ada 89 MP, kita perlukan  23 lagi MP supaya dapat simple majoriti agar IPCMC boleh diluluskan. MIC pernah kata mereka mahukan IPCMC jadi kita ada 4 MP, dan kita mahu kenyataan MCA  yang kini ada 7 MP agar menyatakan sokongan untuk tubuh IPCMC.

"Jadi kita hanya perlukan lagi 12 MP daripada kalangan BN untuk sokongan cadangan seterusnya tubuhkan IPCMC," katanya.

IPCMC seperti mana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja Polis Dzaiddin lapan tahun lalu pada 2005 bagi menamatkan terus peristiwa kematian dalam tahanan polis yang memalukan dan tidak berkesudahan.

Bagaimanapun, tegas Kit Siang, lapan tahun disia-siakan begitu sahaja kerana cadangan penubuhan IPCMC tidak dilaksanakan, akhirnya kematian dalam tahanan polis masih terus berlaku.

Berlaku dua lagi kematian di dalam lokap polis, N. Dharmendran, 32, di ibupejabat polis Kuala Lumpur pada 21 Mei dan R. Jamesh Ramesh, 40, di ibupejabat polis Pulau Pinang pada 26 Mei.

Sebelum ini Ahli Parlimen BN menolak penubuhan IPCMC kerana mendakwa ia mahu dijadikan alat oleh pihak tertentu untuk melemahkan pasukan polis.

Filem Tanda Putera bakal ke pawagam?

Syed Abdullah Jamalullail,
Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Ahmad Shabery Cheek berura-ura untuk memberi laluan filem 'Tanda Putera' yang menjadi kontroversi untuk ditayangkan kepada umum dipawagam terpilih diseluruh negara bermula pada 29 Ogos 2013 ini.

Filem yang mengisahkan peristiwa tragedi 13 Mei 1969 ini juga telah mendapat lampu hijau daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk tayangan umum. Walau apapun terpulanglah kepada Menteri yang terbabit itu sama ada mahu ditayangkan atau pun tidak asalkan yang hendak ditayangkan itu bukannya filem porno. Lagipun rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini sudah begitu matang dan boleh menerima apa sahaja kerana perubahan masa dan daya intelek pemikiran warga negara Malaysia sudah jauh kehadapan. Mereka ini sudah mampu membezakan yang mana baik dan buruknya dan yang mana benar atau pun salah.

Suka hatilah tetapi saya cadangkan kenapa tidak ditayangkan terus melalui media arus perdana saperti TV1 atau TV3 kerana ia lebih berkesan lagi serta semua penonton dapat melihatnya secara percuma dan lagi pun bukan semua berminat sangat untuk menontonnya kerana penonton juga kini lebih teruja dan mempunyai berbagai pilihan untuk menonton filem yang ada bercorak komedi atau jalan ceritanya bercorak ringan-ringan sahaja sebagai hiburan.

Buatlah apa-apa sahaja asalkan anda bahagia serta tidak merugikan pihak yang mencadangkan itu. Lagi pun ia bolehlah dikategorikan filem 'Tanda Putera' ini sebagai filem bercorak sejarah yang boleh dijadikan teladan kepada sesuatu bangsa itu sendiri.

Apabila media musuh bersikap lunak

Hambali Akram,
Tugas utama media pro-Umno ialah menyiarkan apa-apa juga berita yang memburuk-buruk Pakatan Rakyat khusus PAS, dan melaga-gakan ketiga-tiga parti dalam gabungan tersebut. Apa-apa juga ucapan dan kenyataan media akan cuba di putar belit (spin) untuk melihat sisi buruk PAS dan rakan-rakan dalam PR.

Oleh hal yang demikian apabila media pro-Umno ini menyiarkan berita benar atau ucapan sebenar dari PAS, maka saya berpendapat bahawa pimpinan, ahli dan penyokong PR perlu berhati-hati. Apabila musuh bersikap lunak terhadap anda, dibimbangi ada udang di sebalik batu.

Salah satu contoh ialah dalam isu himpunan Blackout 505. Media pro-Umno menyiarkan kenyataan media dan ucapan pemimpin PAS yang menolak untuk menggulingkan kerajaan sekarang melalui demonstrasi jalan raya.  Berita disiarkan tanpa tokok tambah dan kelihatan agak telus.

Namun, perlu diingat bahawa natijah berita ini untuk memperlihat suasana tidak sepakat antara kem pro-Anwar dan kem lain. Seolah-olah Anwar tidak mendapat sokongan yang padu menentang ketidakadilan Umno-BN dalam pilihan raya yang lepas. Secara perlahan berita sebegini akan mula membentuk kelompok yang berbeza dalam PR dan akhirnya memecah belahkan PR.

Oleh hal yang demikian saya menyeru kepada rakan-rakan dalam PR agar tidak mudah terpedaya dengan permainan persepsi pihak musuh, walaupun apa yang disiarkan oleh mereka itu benar lagi sahih. Hal ini kerana pihak Umno-BN tidak akan duduk diam selagi muafakat dalamPR tidak berjaya dirungkaikan. Apabila mereka berjaya menimbulkan rasa curiga dalam kalangan PR bermakna mereka telah menang. Berhati-hatilah jangan sampai masuk perangkap lawan.

Kalau Nurul Izzah di Sabah, saya lagi teruk - Mazlan

Harakahdaily, 03 Jun 2013
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) melahirkan rasa kesal terhadap pihak berkuasa di Sabah yang tidak membenarkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu.

Katanya, Nurul Izzah bernasib baik kerana hanya Sabah sahaja yang tidak membenarkan kehadirannya tetapi bukan negeri yang lain.

“Kalau YB Nurul Izzah tidak dibenarkan masuk Sabah, saya lebih teruk lagi. Sabah, Sarawak dan Felda, oh tanah airku,” katanya dipetik Nusajaya Kini dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ini berbeza jika dilihat kepada insiden penceroboh yang meloloskan diri masuk Lahad Datu dengan begitu mudah dan membuat kacau bilau hingga membunuh anggota keselamatan.

Malah, ujarnya pendatang asing boleh memiliki Kad Pengenalan dan mengundi dalam pilihan raya di Malaysia.

Bagaimanapun, kata beliau rakyat tempatan disekat, dihalang dan tidak diizinkan masuk dalam negeri sendiri tanpa sebarang alasan.

“Inilah dia demokrasi yang dilaung-laungkan,” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Menceritakan pengalaman ketika ditahan di Lapangan Terbang Miri, Sarawak pada 6 Julai 2011, sekitar jam 10.15 pagi oleh pegawai Imigresen, ujar Mazlan ia memperlihatkan sikap sebenar mereka.

“Saya mengiringi Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam lawatan kerja ke beberapa daerah di Sarawak, termasuk Miri.

“Ia arahan pihak berkuasa negeri, tanpa sebarang alasan, tidak dibenarkan masuk Sarawak sampai hari ini,” jelasnya.

Pada 11 Mac 2012, beliau ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke Sabah, setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 8.45 malam.

“Pihak Imigresen menyerahkan surat larangan di bawah seksyen 65(1), Akta Imigresen 1959.

“Ketika itu mengetuai rombongan 10 orang delegasi Lajnah Pembangunan Tanah Dan Wilayah PAS Pusat ke Sabah, larangan kekal sampai hari ini,” ujarnya lagi.

Mazlan berkata, sehingga hari ini arahan dari Ibupejabat Felda Kuala Lumpur, tidak membenarkan beliau memasuki rancangan Felda untuk memberi ceramah.

“Sesetengah Felda, program hi-tea pun tidak boleh,” ujarnya.

Tiada ulasan: