Ahad, 2 Jun 2013

MENGAJAK KEBAIKAN NI MUDAH...AGAK BERAURA@BERKESAN JIKA APA YANG DIKATAKAN TELAH JADI AMALAN...CONTOH MUDAH SURUH SOLAT SUNAT DUHA...ATAU BUAT SUJUD SYUKUR....KITA DAH AMAL...INSYAALLAH BARU LEBIH BERKESAN

Jadilah umat Islam yang boleh dicontohi orang lain

Harakahdaily, 02 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Islam akan menjadi lebih menarik kalau umatnya sendiri menonjolkan Islam melalui sikap dan tauladan yang baik seperti yang diajar Allah.

“Islam adalah agama yang adil. Tapi kalaulah umatnya tidak menonjolkan keadilan di mana-mana, maka Islam akan dicemuh dengan perkataan tidak adil.

“Jika anda ingin menjaga Islam, mudah sahaja petuanya, mulalah dengan jaga perangai anda senantiasa. Jadilah umat Islam yang boleh dicontohi oleh orang lain,” tulis Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di facebook, sebagaimana di bawah.

Seorang bapa yang pandai berkata-kata, menceritakan teori-teorinya dalam mendidik anak-anak, tidak akan ada pengikut dan peminat, sekiranya anaknya sendiri berperangai buruk di sekolah.

Bahkan, teori beliau akan dicemuh sebagai teori menyeleweng walaupun teori itu betul, cuma beliau gagal mempraktikkan sahaja.

Seorang bapa yang anaknya cemerlang di sekolah, walaupun selama ini tidak menghebohkan teori-teorinya dalam mendidik anak akan disoal bertubi-tubi oleh ibu-bapa dan guru yang lain - 'Bagaimana pak cik ajar anak jadi soleh, rajin ini?' Ia mendapat pengikut dan peminat kerana anaknya menunjukkan contoh yang baik.
Umat Islam hari ini terlalu ramai yang memfokus kepada benda-benda shariah, hukum-hakam, memetik (maaf, kalau kasar sedikit, menjual) ayat-ayat Quran untuk menunjukkan bahawa dia Islam dan beriman.

Ingatlah hukum-hakam Islam itu indah secara sendirinya oleh Allah.

Allah mewajibkan banyak perkara wajib untuk dilakukan umatnya setiap hari semata-mata umatnya muncul sebagai manusia yang berdisiplin, rajin, berkelakuan baik, adil, konsisten dan memiliki kesabaran yang tinggi.

Bayangkan, kalau majoriti umat Islam di mana-mana dikenali sebagai golongan yang paling rajin, berdisiplin, adil, konsisten, sabar dan berkelakuan baik - tidak itu lebih membantu Nabi menyebarkan ajaran Allah daripada orang-orang yang hanya pandai berkata-kata mengenai kehebatan Islam tapi berperangai tidak seberapa?

Seperti cerita bapa di atas, Islam akan menjadi lebih menarik kalau umatnya sendiri menonjolkan Islam melalui sikap dan tauladan yang baik seperti yang diajar Allah.

Islam adalah agama yang adil. Tapi kalaulah umatnya tidak menonjolkan keadilan di mana-mana, maka Islam akan di-cemuh dengan perkataan tidak adil.

Jika anda ingin menjaga Islam, mudah sahaja petuanya, mulalah dengan jaga perangai anda senantiasa. Jadilah umat Islam yang boleh dicontohi oleh orang lain. Tunjukkan Islam itu syumul dan maha adil dalam tindak-tanduk kita.

Ingatlah jaga perangai sendiri adalah juga tugas menjaga maruah Islam dan agama Allah. Senyum.

Tujuh cadangan saya...

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,
Saya mencadangkan tujuh perkara kepada pemerintah negara ini khususnya pihak yang berkuasa di dalam hal ehwal agama. Cadangan ini ialah untuk kebaikan untuk umat Islam juga. Walaupun nampak saperti permasalahan kecil atau masalah remeh-temeh tetapi pada agama nampak besar dan perlu diambil tindakan sewajarnya.

1. Pemeriksaan ibu mengandung dan juga apa juga sakit puan serta menyambut bayi ketika lahir hendaklah dilakukan oleh doktor wanita sahaja kerana hal ini dianggap bukan lagi dikategorikan sebagai darurat disebabkan. Nisbah Doktor wanita dengan Doktor lelaki sudah seimbang dan wajar sekali tuntutan ini diketengahkan.

2. Wajibkan pelajaran agama dari tadika lagi dan pastikan semua pelajar boleh membaca dan menulis tulisan jawi serta mampu membaca al-Quran. Mereka sekurang-kurangnya ada asas agama, boleh bersembahyang dengan betul dan juga ada pengetahuan tentang ilmu agama saperti Fardhu Ain dan tanamkan akidah yang betul kepada semua pelajar ini sebelum mereka melangkah kepusat pengajian tinggi atau pun telah keluar daripada alam persekolahan. Begitu juga didalam peperiksaan Jabatan untuk kenaikkan pangkat umpamanya hendaklah juga diselitkan soalan akidah dan pengetahuan agama islam didalamnya.

3. Hukuman yang setimpal mengikut undang-undang Islam kepada penzina dan peragut yang dizaman ini agak keterlaluan berlaku disekeliling kita.

4. Tidak membenarkan pekerja Islam membuat apa-apa juga kerja yang bersabit dengan minuman arak. Kalau kita mampu menghalang umat Islam bekerja ditempat premis perjudian saperti penjualan nombor ekor kenapa tidak masukkan juga bagi pekerja untuk menjual arak?

5. Kemaskini semula dan naikkan taraf pentadbiran agihan wang zakat mengikut aturan dan peraturan yang Islam tetapkan itu. Setiap sen yang dikeluarkan hendaklah diumumkan kerana pembayar zakat dan umat Islam keseluruhannya ingin tahu perkembangan yang mampu membantu umat Islam itu sendiri.

6. Kemaskinikan apa juga yang berkaitan dengan nikah kahwin kerana banyak sekali masalah rumahtangga yang tertangguh agak lama dan begitu juga longgarkan syarat untuk lelaki berpoligami saperti terpaksa mendapatkan tandatangan persetujuan isteri dan syarat membawa slip gaji yang diperlukan itu.

7. Pemilihan AJK Masjid oleh ahli kariah setempat hendaklah diadakan semula kerana disitulah nanti kita boleh mendapat AJK yang benar-benar ikhlas menjalankan tugas dengan penuh amanah. Kita bukan sahaja mahu suasana masjid disemarakkan hidup siang dan malam tetapi juga kebersihan termasuk kebersihan tandas dapat dijaga dengan sempurna serta lebih dapat menjaga kebajikan dan keselamatan masyarakat Islam sekeliling itu sendiri.
Jurutera maut dalam lokap IPD Tampin
 
Seorang jurutera, P Karuna menjadi individu ketiga yang maut dalam tahanan polis dalam tempoh dua minggu. Keluarganya dimaklumkan mengenai kematian di Tampin itu pada malam tadi.
Keluarga Karuna dimaklumkan melalui telefon pada jam 9.45 malam tadi bahawa lelaki tersebut “meninggal dunia tiba-tiba” pada jam 7 petang di ibu pejabat polis daerah Tampin, kata bekas MP Kapar S Manikavasagam hari ini.

Manikavasagam, yang mengiringi keluarga berkenaan ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban pagi ini berkata anggota keluarga tersebut menemui kesan kecederaan di mayat berkenaan.

"Hanya orang dibenarkan melihat mayat terseut. Saya tidak dibenarkan kerana saya bukan anggota keluarga, jadi jadi beritahu keluarga untuk memeriksa mayat tersebut,” katanya.

Beliau juga berkata, anggota keluarga tersebut menemui darah di tempat simpanan mayat berkenaan.

Seroang saudara Karuan, P Ilam berkata beliau menemui kesan lebam di tangan Karuan dan darah di bahagian kepala mayat tersebut.
Maut diserang enam lelaki
AZLINA OTHMAN
2 Jun 2013
Maut diserang enam lelaki
Kelihatan darah mangsa di lokasi kejadian.
Maut diserang enam lelaki
Lokasi kejadian.
JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan maut sementara seorang rakannya cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang di hadapan sebuah restoran dekat Taman Bukit Indah 2, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa S Elanggovan, 19,  bersama rakannya yang hanya dikenali sebagai Vino, 32, diserang oleh enam lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad berkata, seorang saksi yang dalam perjalanan pulang ke asramanya sekitar lokasi berkenaan memberitahu sejurus ternampak kejadian tersebut, dia telah memecut motosikalnya untuk meminta bantuan rakannya yang lain.

“Namun, apabila kembali semula ke tempat kejadian, mereka mendapati dua buah kereta yang dinaiki enam suspek berkenaan telah melarikan diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Hashim berkata, mayat Elanggovan berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu dihantar ke tempat Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk dibedah siasat.

Sementara itu, saudara terdekat Elanggovan yang hanya mahu dikenali sebagai Shan, 34 berkata, selepas diberitahu kejadian tersebut, dia bergegas ke lokasi tersebut namun mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Saya tidak menyangka kejadian berkenaan menimpa Elanggovan kerana dia baru sahaja datang bekerja di Johor dan tinggal bersama saya.

"Sepanjang saya mengenalinya dia adalah seorang yang baik. Saya tidak pasti apa motif mereka melakukannya dan mungkin mereka berniat untuk merompak.

“Mujur Vino sempat melarikan diri untuk memaklumkan kejadian berkenaan namun turut tercedera di bahagian tangan dan belakang badannya dan kini berada di Hospital Pakar Puteri, di sini, untuk rawatan susulan,” katanya.
Jenice dakwa DAP amalkan sikap berat sebelah
SYAIRI SHAARI
2 Jun 2013
Jenice Lee Ying Ha
Jenice Lee Ying Ha
AMPANG - Bekas Adun Teratai, Jenice Lee Ying Ha sekali lagi meminta DAP mengemukakan penjelasan berhubung dakwaan di atas kesalahannya melanggar disiplin parti sehingga pemecatan dari ahli parti itu.

Jenice berkata, dia meminta Timbalan Pengerusi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Jawatankuasa Memilih Calon, Tan Kok Wai menjelaskan bukti dan tuduhan parti terhadapnya.

Menurutnya, sehingga hari ini, parti masih belum menjelaskan bukti serta tuduhan bahawa dia telah melanggar disiplin parti sehingga memecat keahliannya.

“Surat disiplin mengenai hukuman saya hanya ditunjukkan kepada wartawan sewaktu Kok Wai mengadakan sidang media pada 24 April 2013 di Taman Muda, Ampang sedangkan saya tidak pernah menerima sebarang surat disiplin dari parti sehingga hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jenice berkata, dia juga hanya dimaklumkan berhubung pemecatan keahlian DAP pada 20 April 2013 melalui media kerana bertanding sebagai calon bebas pada PRU13.

Bagaimanapun katanya, tiga tuduhan yang mendakwa dia melanggar disiplin parti sehingga tidak dibenarkan bertanding langsung tidak dijelaskan kepadanya dan mendakwa terdapat sikap pilih kasih dalam perkara tersebut.

“Sekiranya parti mengambil kira tuduhan disiplin terhadap saya, mengapa ahli DAP, Tiew Way Keng tidak dikenakan tindakan sama berhubung isu harga kontrak peguam di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)?

“Mengapa Weng Keng masih boleh dicalonkan untuk bertanding pada PRU13 untuk parti sedangkan beliau telah diaudit MBPJ?

“Jelas dalam perkara ini, parti mengamalkan amalan kroni,” katanya.

Terdahulu, Kok Wai mendakwa pemecatan Jenice berlaku di atas peruntukan yang diluluskan oleh Jenice di Sungai Pelek pada 2011 namun bukti tuduhan tersebut masih belum dijelaskan sehingga hari ini selepas Jenice dipecat dari ahli DAP.

Jenice berkata, beliau yakin masih ahli DAP seumur hidup dan kecewa dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang tidak menyiasat kes ini dengan teliti dan menyerahkan kes sepenuhnya kepada parti.

Jelasnya, dia telah membawa isu pemecatan keahliannya ke mahkamah dua minggu lalu bertujuan untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan bukan untuk menentang DAP.
Budak hilang dilarikan 'tomboy'
Wartawan Sinar Harian
2 Jun 2013
Budak hilang dilarikan 'tomboy'
Rokiah menangis setiap kali melihat foto anak bongsunya, Nur Zazila yang didakwa dilarikan 'tomboy' dikenali sebagai Along.
TUMPAT – Gerak hati seorang ibu yakin anak perempuannya, Nur Zazila Ibrahim, 10, yang hilang sejak seminggu lalu dilarikan seorang 'tomboy' yang menumpang tinggal di rumahnya di Kampung Jejulok, di sini.

Rokiah Awang, 41, berkata kehilangan anaknya disedari pada jam 11 malam pada 27 Mei lalu apabila Nur Zazila tidak pulang selepas keluar membeli gam (alat tulis) di kedai runcit berhampiran.

“Saya syak dia dilarikan oleh 'tomboy' tersebut dikenali Along kerana pada malam itu saya nampak kelibat Along membawa keluar motosikal milik anak saya.

“Mereka hilang serentak dari rumah ini dan sehingga ke hari ini tiada khabar berita dari mereka,” katanya.

Along yang berasal dari Pengkalan Kubor di sini merupakan kenalan kakak mangsa, Nurul Huda, 18 dan menumpang tinggal di rumah keluarga ini sejak dua minggu lalu.

Sepanjang dua minggu tersebut, Along begitu mesra dengan Nur Zazila.

Sementara itu, Nurul Huda berkata, dia ada menghubungi telefon bimbit Along untuk bertanyakan di mana adiknya berada tetapi tidak diangkatnya.

“Saya juga ada mencari adik saya di rumah Kak Nor merupakan pengasuh anak along di Kampung Tujoh.

“Kak Nor tidak tahu apa-apa pasal adik saya, dia juga tidak mengetahui di mana Along berada,” katanya.

Sehubungan dengan itu Nurul Huda memberitahu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Simpangan pada Selasa lepas mengenai kehilangan adik bongsu daripada lima beradik itu.

Nurul Huda merayu sesiapa yang ternampak adiknya bersama motosikal jenis EX5 berwarna merah nombor pendaftaran DBV 5347 miliknya diminta menghubung
Pantang maut sebelum ajal
RAZIF ROSLI
2 Jun 2013
Pantang maut sebelum ajal
Kereta milik See Lai terperosok di bawah pokok besar yang tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat melanda Teluk Intan, petang semalam.
IPOH – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dinaiki dihempap pokok besar dalam kejadian ribut di sini, petang semalam.

Nasib menyebelahi Ng See Lai, 53, apabila sempat mengelak selepas beberapa saat keluar dari keretanya yang diletakkan di hadapan rumahnya.

Dalam kejadian tersebut, angin kencang menyebabkan beberapa pokok dan papan tanda sekitar Teluk Intan dan kawasan berdekatan tumbang dan menghalang laluan.

“Saya sempat menoleh ke arah pokok yang tumbang kerana terdengar bunyi rekahan dan sejurus selepas itu pokok berkenaan tumbang menghempap kereta saya.

“Pokok yang berusia lebih 50 tahun itu hanya lima meter dari kereta saya dan kejadian berlaku begitu pantas sehingga saya tidak dapat berbuat apa-apa namun bersyukur kerana kejadian itu tidak mengakbatkan kemalangan jiwa ataupun kecederaan,” katanya.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat daripada Balai Bomba Teluk Intan dikejarkan ke tempat kejadian sebelum pokok berkenaan di alihkan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
i 0139157986.

“Kami sekeluarga bimbang keselamatan Nur Zalila dan merayu Along pulangkan kembali adik saya itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit.
Sempit punca banjir kilat
Wan Juhaida Wan Hassan
2 Jun 2013
Sempit punca banjir kilat
Mohamad Morad menunjukkan keadaan air melimpah di pekarangan rumahnya.
PINTU PADANG – Saliran sempit di tepi jalan utama dekat sini menjadi punca kawasan ini sering mengakibatkan banjir kilat terutama ketika hujan lebat.

Mohamad Morad Samah, 43, berkata, setiap kali hujan lebat dalam tempoh satu jam sahaja sudah menjadikan pekarangan rumahnya dilimpahi air.

Menurutnya, nasib sama turut menimpa penghuni beberapa rumah berdekatan kerana keadaan pekarangan rumah lebih rendah daripada jalan raya.

“Keadaan ruang yang sempit mengakibatkan air deras membuak dan kemudiannya tersekat sebelum melimpah ke pekarangan rumah.

“Perparitan ini perlu diselenggara dan dibesarkan lagi supaya dapat menampung air yang banyak terutama ketika hujan lebat,” katanya.

Mohamad Morad berkata, setiap kali hujan lebat pasti penghuni sekitar itu risau keadaan rumah yang akan ditenggelami air.

Katanya, kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam usaha menyediakan sistem perparitan lebih sistematik.

“Kelmarin jiran di sebelah rumah meninggal dunia dan kesulitan banyak berlaku kerana hujan pada sebelah malam menjadikan pekarangan rumahnya ditenggelami air.

“Orang ramai yang datang menziarahi keluarganya juga berhadapan kesulitan untuk meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke rumahnya,” katanya.

Dia berharap kesulitan ini dapat diatasi segera kerana hujan lebat boleh berlaku pada bila-bila masa.
3 termasuk wanita ditahan
Wartawan Sinar Harian
2 Jun 2013
3 termasuk wanita ditahan
Suspek utama kes pecah rumah ditahan reman sehingga 2 Jun sebelum dihadapkan ke mahkamah.
3 termasuk wanita ditahan
Sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah daerah diketuai Zubir menunjukkan sebahagian daripada barang kes milik pengadu yang dirampas bersama suspek.
BALAI BESAR – Kebimbangan penduduk setempat terhadap kes pecah rumah yang berlaku, berakhir apabila Polis Dungun menangkap dalang utama yang disyaki terbabit dengan jenayah berkaitan.

Segalanya terbongkar hasil serbuan sepasukan polis diketuai Inspektor Zubir Ismail yang berjaya menahan tiga suspek termasuk seorang wanita di sebuah rumah yang dijadikan lokasi persembunyian mereka di Jalan Tengku Intan Zaharah dekat sini, kira-kira jam 11 tengah malam kelmarin.

Pemeriksaan lanjut menemui pelbagai barangan disyaki barang curi antaranya termasuk sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, jam tangan, Ipad, cermin mata dan televisyen.

Polis juga turut menemui sejumlah dadah yang disimpan dalam almari dipercayai milik suspek. Tiga suspek terbabit masing-masing berasal dari Alor Tembesu itu juga didapati positif dadah jenis methampethamine.

Berikutan soal siasat dilakukan, seorang lagi suspek berjaya ditahan dalam serbuan di lokasi berasingan.

Suspek berusia 25 tahun dan turut didapati positif dadah itu dipercayai menjadi dalang utama kejadian pecah masuk rumah penduduk.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang mengesahkan tangkapan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman sehingga 2 Jun dan mereka juga turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah.

“Dengan tertangkapnya suspek terbabit, ia satu kejayaan bagi kita kerana berjaya menyelesaikan kes dalam tempoh 24 jam selepas laporan polis dibuat pengadu,” ujarnya.

Tiada ulasan: