Ahad, 2 Jun 2013

DAPAT RASA JADILAH...DAPAT ANGGAPAN JADILAH...BERSYUKURLAH

Keluarga Ustaz Azizan junjung kasih kepada Agong

Harakahdaily, 02 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Yang di-Pertuan Agong di atas pengurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM), semalam

Beliau menerima darjah kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri itu sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, semalam.

Beliau adalah antara 1,574 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2013.

Anugerah itu diterima oleh isteri beliau, Datin Sri Faekah Sheikh Hamzah.

“Bagi pihak keluarga, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas anugerah itu,” ujar bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam satu sms kepada Harakahdaily.

Katanya, pengurniaan darjah kebesaran itu merupakan satu anugerah yang tinggi.

“Bagi kami anugerah ini adalah satu penghargaan kepada Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak atas sumbangan dan jasanya kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Kedah,” katanya lagi.

Kedudukan Muhyiddin kritikal, terhangat

Harakahdaily, 02 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Para pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily paling meminat artikel bertajuk “Kedudukan Muhyiddin kritikal selepas kenyataan Mahathir ...” bagi minggu ke 22, 2013.
Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimaksudkan ialah Umno BN akan mengekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ketuanya kerana tiada calon lain yang lebih berwibawa.


Mahathir dipetik berkata di satu forum di Jepun semalam dengan nada sebegini:  “Saya berasa parti akan menyokong beliau (Najib) kerana kurang alternatif.”

Di tangga kedua dan ketiga ialah artikel bertajuk “Najib Razak menggelupur diserang Al Jazeera” dan “TV3 kantoi lagi, kali ini insiden bot karam pula.”

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 26 Mei hingga 1 Jun 2013.

1

Kedudukan Muhyiddin kritikal selepas kenyataan Mahathir ...
2

Najib Razak menggelupur diserang Al Jazeera
3

TV3 kantoi lagi, kali ini insiden bot karam pula
4

Angkat sumpah Khamis, tiada ketua PR Selangor dalam Exco
5

Tahniah pengkhianat PAS Kedah, sumbangan anda dihargai BN
6

Gambar ‘huru-hara’ insiden Piala FA
7

Yang pertama datang MIC, yang pertama ziarah Umno - Nasrudin
8

Tidak mustahil enam bulan BN Perak tumbang
9

Dr. Asri bantai lagi ulama belaan Umno
10

Mohamad Sabu beri 8 punca kekalahan PAS

Tubuh badan bebas ambil alih peranan SPR

Harakahdaily, 02 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memindahkan kawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah kuasa dan kawal selia sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen menandakan kemenangan awal PKR dalam menuntut reformasi pilihan raya.
“Malah, pengumuman tersebut membuktikan bahawa kerajaan mengakui wujudnya penipuan dan kelemahan dalam proses pilihan raya di Malaysia,” kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Kaanya, PKR sekali lagi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengembalikan kepercayaan awam, memulihkan kredibiliti serta wibawa sebagai sebuah badan bebas yang menjadi tonggak kepada sebuah negara yang demokratik.

Beliau berkata, sebagai langkah permulaan, selaras dengan usul di Kongres Nasional Tahunan ke 9 Parti Keadilan Rakyat pada 25 Mei 2013 yang lalu, PKR kekal menuntut agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR segera meletakkan jawatan demi memulihkan kredibiliti dan reputasi SPR sebagai sebuah entiti demokrasi.

Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menggariskan pembentukan SPR.

“SPR bukanlah sebuah agensi ataupun jabatan kerajaan dan tidak boleh menjadi alat kepada mana-mana parti politik,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak dalam satu kenyataan.

Oleh kerana itu, jelasnya PKR bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih menggesa agar kawal selia SPR tidak boleh diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sungguhpun begitu, ujarnya adalah penting pengumuman Perdana Menteri bukanlah sekadar 'public relations exercise' semata-mata.

“Saya menuntut supaya cadangan pembentukan Jawatankuasa Khas hendaklah dihalusi dengan pelbagai pihak atau stakeholders dan memberikan terma rujukan yang luas dan holistik supaya jawatankuasa yang dibentuk dapat melaksanakan reformasi pilihan raya secara efektif,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyarankan agar suatu badan bebas ditubuhkan di bawah bidang kuasa parlimen bagi mengambil alih peranan SPR untuk membuat syor-syor terhadap urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya.

“Cadangan ini adalah bagi memastikan tidak berlakunya conflict of interest dan penyalahgunaan kuasa serta menjamin tugas dan peranan SPR yang lebih efektif dan bertanggungjawab dalam pengurusan perlaksanaan pilihan raya,” katanya.

Menuerutnya, penubuhan badan bebas ini penting supaya persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya ini dilaksanakan dengan asas dan kriteria-kriteria yang jelas termasuk mengambil kira kriteria electoral quota and 5 % rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties.
Iskandar : Selangor 'negeri Pas' juga
Wartawan Sinar Harian
2 Jun 2013
Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad
SHAH ALAM – Seorang Naib Presiden Pas perlu ditugaskan memantau urusan harian Selangor sekiranya Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail benar-benar dilantik sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana, Selangor juga merupakan ‘negeri Pas’ memandangkan jumlah kerusi parti Islam itu di Dewan Negeri yang dimenangi adalah hampir sama dengan rakan komponennya, PKR dan DAP.

“Selangor adalah unik kerana selain menjadi ‘negeri Pas’ ia juga ‘negeri DAP’ dan ‘negeri PKR’. Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini ‘negeri mereka’ kerana jumlah kerusi Dewan Negeri setiap parti adalah hampir sama. Ia adalah ‘negeri Pakatan Rakyat (PR) ’ yang sebenar.

“Pas di Selangor pada PRU13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi Pas di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Selangor berkata, ahli dan pimpinan Pas seluruh negara juga mesti menganggap Selangor sebagai sebuah ‘negeri Pas’ sebagaimana di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

“Oleh yang demikian, pimpinan Pas terutama pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan yang sama kepada Selangor sepertimana tumpuan yang mereka berikan kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Isu-isu negeri Selangor mesti turut dibincangkan dan dibahaskan secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Muktamar sepertimana dilakukan pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Kongres PKR atau DAP,” katanya.

Menurutnya, ahli parti sudah bekerja keras mengukuh dan mengembangkan pengaruh Pas di Selangor dan mereka mengharapkan lebih perhatian dari pimpinan tertinggi.
Utusan dakwa Red Bean Army ancam rogol wanita
12:09PM Jun 2 2013  
Satu laporan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendakwa pasukan siber Red Bean Army yang didakwa ditaja DAP turut mengancam untuk merogol golongan wanita yang menyokong parti BN.

Tulisan di pojok akhbar tersebut hari ini mendakwa, tindakan pasukan siber tersebut semasa pilihan raya itu malah lebih bahaya dari ancaman pengganas bersenjata.

“Serangan yang mereka lakukan dahsyat. Daripada memfitnah isu pengundi hantu dan menyerang siapa yang menyokong BN sehinggalah menghina raja-raja Melayu, agama Islam, orang Melayu dan memboikot produk syarikat Islam.

“Malah ada tentera siber RBA yang mengancam merogol wanita yang menyokong BN, membakar rumah dan pelbagai bentu ugutan serta buli.

“Bukan sahaja sangat rasis bahkan ekstrem, lebih bahaya daripada ancaman pengganas bersenjata. Semua itu berlaku dalam pilihan raya Malaysia,” kata pengarang akhbar milik Umno itu dalam tulisan berkenaan.
Dalam satu lagi tulisan, akhbar milik Umno itu menyiarkan satu rajah berhubung dakwaan 'Teknik serangan Red Bean Army'.
Keterangan di rajah berkenaan antara lainnya mendakwa seorang wanita, Wong Kim May, 23 menerima ancaman bunuh.
Gadis berkenaan didakwa menerima ancaman itu selepas merakam video mempromosi BN.
DAP sejak minggu lalu menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kekuatan seramai 200 orang anggota 'Red Bean Army', yang didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.

Penasihat parti itu Lim Kit Siang turut menjelaskan bahawa parti berkenaan perlu membayar sebanyak RM108 juta sejak enam tahun lalu sekiranya mengupah RM15 juta setahun untuk 200 orang pasukan tersebut.

DAP tidak mempunyai wang sebanyak itu, kata Lim.

Tiada ulasan: