Sabtu, 8 Jun 2013

BETUL YANG SYOK GORENG ORANG....JANGAN DIAKHIRAT DIGORENG DALAM NERAKA DAH...FIKIR2LAH

TEKA : Goreng apa paling untung ?
Posted on Saturday, June 08 @ 22:22:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Dulu tentang goncang dakwat... kini kandungan dakwat pula..... goreng-goreng dan terus goreng!

1) Pengerusi SPR Aziz Yusof dakwa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai kandungan dakwat kekal.

Malangnya Kementerian Kesihatan melalui mulut Menterinya Dr S Subramaniam menafikan dakwaan Aziz dengan mengatakan kementeriannya tidak pernah mengeluarkan laporan tentang dakwat itu dan SPR tidak pernah meminta berbuat demikian.

Persoalannya :
Adakah Aziz dan Wan Ahmad tersalah jalan menuju Kementerian Kesihatan. Barangkali mereka berdua pergi ke Hospital Kementerian dan berunding dengan pesakit-pesakit wad psikiatrik ?
Sebab itulah Dr Subra tidak terima apa-apa surat dari SPR.

2) Ketua Penerangan UMNO Mat Maslan dakwa kandungan argentum nitrat terpaksa dikurangkan kerana takutkan risiko barah.

Persoalannya :
Hebat betul Mat Maslan "goreng" rakyat Malaysia. Belum cukupkah lagi dengan Aziz dan Wan Ahmad "goreng-goreng" rakyat Malaysia tiba-tiba sekonyong-konyong Mat Maslan turut serta dalam "Pesta Goreng-Goreng" .

Kenyataan Mat Maslan ini mengalahkan kepakaran Dr Subramaniam dan doktor-doktor di Malaysia. Di mana Mat Maslan belajar ilmu kedoktoran ini?
Barangkali beliau belajar dengan pokok getah di Manik Urai!

Betul MSO?

TEKA : Goreng apa paling untung? "


 Akhirnya Bekas Ketua Polis Mengaku Salah Dan Kalah Pada TGNA
Posted on Saturday, June 08 @ 22:15:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"Tuan Guru Nik Aziz mempunyai sebab yang kukuh kenapa dia mahu memaafkan individu yang menuduh dia bapak kafir.. dan menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Itu bukan isu dan tidak perlu kita persoalkan pendirian Tuan Guru Nik Aziz yang bersikap pemaaf dalam kes ini.

Memang di akui kadangkala mereka2 ini perlu diajar kerana bersikap biadap dan seringkali menfitnah Tuan Guru. Namun admin kagum, kerana Tuan Guru tidak pernah menolak permohonan maaf dari mana-mana individu yang menghina dia..



Moga Allah panjangkan usia Tuan Guru Nik Aziz..

Info terkini IniKalilah... "


 Apa macam KUIN tak nak demo lagi?
Posted on Saturday, June 08 @ 22:08:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,

Berita yang sayup sayup kedengaran, Kerajaan baru Kedah di bawah pimpinan MB Mukhris Mahathir mahu swastakan KUIN dan diberitakan sebahagian staff KUIN masih belum menerima gaji bulan May mereka setakat 7hb Jun. Hanya selepas kerajaan bertukar tangan pada bulan May, staff KUIN sudah bermasalah menerima gaji mereka sedangkan lima tahun PAS pegang Kedah tak pernah sebulanpun staff KUIN tidak menerima gaji.

Kalau dulu pelajar dan staff KUIN adakan demostrasi terhadap bekas MB kerana beberapa masalah, bagaimana pula kali ini. Dengan dua isu yang lebih besar dari isu dahulu, tidak patutlah pelajar dan kakitangan KUIN berdiam diri.

Ada suara meminta PJ PAS yang baru turun padang membela KUIN walaupun PJ yang lama dulu dibantah dalam demostrasi. Setakat ini belum kedengaran suara PAS yang tampil membela tindakan licik kerajaan BN negeri menyelesaikan masalah KUIN dengan mengambil jalan mudah, menswastakannya.

Dengan penswastaan KUIN bermakna pelajar akan dikenakan yuran yang lebih tinggi dan mungkin terpaksa meminjam lagi dengan PTPTN. Kerajaan Kedah berlepas tangan sambil boleh terus bersenang lenang dengan hasil negeri yang tidak perlu dibelanjakan lagi kepada KUIN.

Kerajaan PAS dulu yang dituduh lemah oleh penyokong PAS sendiri nampaknya lebih berjaya menjaga KUIN selama lima tahun, sedangkan kerajaan baru BN mengambil masa tak sampai dua bulan untuk memutuskan menswastakannya bagi menyelesaikan masalah KUIN. Barangkali (tapi tak pasti) kerajaan Kedah sebelum PAS dulu sudah berkira untuk mengswastakan KUIN kerana masalah yang dihadapi. Penulis menjangkakan demikian kerana masalah KUIN diwarisi dari kerajaan lama oleh PAS.

Tetapi mungkin masalah KUIN tidaklah begitu rumit kerana kerajaan PAS berjaya menanganginya selama lima tahun. Usaha yang cuba dilakukan oleh MB dan kerajaan Negeri PAS untuk menyelamakan KUIN tidak mendapat restu pelajar dan sebahagian staff KUIN yang membantah menerusi satu siri demostrasi terhadap kerajaan Kedah.

Namun sekarang terserlah keengganan kerajaan baru BN untuk menyelamatkan KUIN sebaliknya mengambil jalan mudah menswatakannya. Apakah kita akan lihat satul lagi siri demostrasi di KUIN dalam masa terdekat?"


 Jaga keabsahan manhaj perjuangan
Posted on Saturday, June 08 @ 18:09:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Nasrudin Hassan



Perjuangan tidak hanya berasaskan semangat, malah penglibatan kita bersama PAS sebagai sebuah parti politik juga bukan sekadar memenuhi tuntutan demokrasi. Sebaliknya penglibatan (intima') kita adalah berpaksi kepada Iman dan Islam. Yang kita mahu tegakkan ialah Iman dan apa yang kita mahu daulatkan ialah Islam.

Inilah cita-cita murni yang sekali-kali tidak boleh kita benarkan dipengaruhi oleh nafsu dan dikuasai oleh akal yang terpisah daripada wahyu. Justeru cita-cita ini terlalu suci untuk dipengaruhi selain Iman yang tidak berbelah bahagi dan Islam sebagai risalah as-samawi.

Malang sungguh apabila perjuangan ini dicampur aduk dengan desakan nafsu yang memburu ruang untuk meraih komoditi, menyerlah populariti dan publisiti malah membina identiti diri tanpa memperduli ketulenan manhaj rabbani.

Barangkali kita akan ketemui apa yang diburu biarpun hanya mengatasnamakan perjuangan Islam ini. Persoalannya, berbaloikah perjudian itu?

Siang malam bergelut menghadapi ancaman. Saban waktu pula meredah rintangan. Bersama perjuangan ini dengan mengambil pelbagai risiko yang mungkin membinasakan diri, hanya semata-mata untuk menggapai cita-cita peribadi yang berpaksi kepuasan naluri.

Keabsahan Perjuangan

Perjuangan yang disertai ini adalah untuk sebuah kembara mencari kedaulatan buat Islam. Laksana pengembaraan Nabi Muhammad SAW bersama para sahabatnya membelah alam jahiliyyah memacu hijrah membina sebuah daulah. Segala rintangan dan halangan dihadapi dengan tabah. Sengsara dan deritanya didepani dengan sabar. Perit jerih atas segalanya menjadi ibadah yang ditekuni tanpa mengalah.

Malang 1001 kali malang andai perjuangan ini tidak ubah seperti batu loncatan untuk memenuhi cita-cita politik. Mencari pengaruh, jawatan dan gelaran. Sukar kita memelihara ketulenan perjuangan yang didokong ini jika kita gagal membebaskan diri sepenuhnya dari pengaruh nafsu dan kepentingan duniawi.

Keabsahan atau ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara daripada anasir yang merosakkannya. Semua anggota jamaah mesti peka dalam menilai antara manhaj perjuangan yang tulen berasaskan sirah perjalanan nabi kita Muhammad SAW atau manhaj perjuangan palsu yang meniti di atas jalur kepentingan politik dan peribadi .

Ketulenan manhaj perjuangan dapat dikenal pasti melalui pengambilan skema amal tarbawi yang mantap melalui silibus am tinggalan baginda Rasul SAW dan diperkemas kini oleh ulama al-a'milin al- mujahidin yang memimpin ummah.

Suatu pencabulan terhadap manhaj perjuangan andai ia dipimpin atau digerakkan oleh individu atau mereka yang bukan sahaja jahil terhadap manhaj perjuangan an-nabawi tetapi juga bersikap negatif terhadap amal tarbawi. Lebih malang apabila perjuangan ini dipacu berlandaskan teori politik untuk mencapai matlamat tanpa berteraskan akhlak Islami.

Demi memburu kemenangan dalam pilihan raya sebagai contoh, walaupun tiada siapa menafikan kemenangan itu penting namun sekali-kali kita tidak boleh meminggirkan akhlak Islami dalam percaturan politik.

Tentu sahaja perjuangan Islam tidak sama dengan gerakan nasionalis atau lainnya yang tidak memiliki kamus dosa dan pahala dalam teori politik mahupun perjuangan mereka. Justeru itu kita jangan terjebak atau terpedaya dengan cara dan gaya mereka berpolitik.

Politik Islam kaya dengan akhlak, moral dan prinsip yang tidak memungkinkan ia dibeli apalagi dirasuah lantaran paksinya ialah Iman dan Islam.

Ketulenan manhaj perjuangan jua tidaklah dinilai semata-mata dipentas politik pilihan raya tetapi juga melihat bagaimana kita membuat keputusan jamaah, bagaimana kita memimpin jamaah dan menangani ahli, bagaimana kita beraksi di medan dakwah, bagaimana kita mendepani musuh, bagaimana kita bertahaaluf dan sebagainya.

Pasti sahaja adab dan akhlak berjamaah seperti syura, dengar dan taat, thiqah, istiqamah, wala', ukhuwwah, ikhlas dan lainnya mewarnai diri, sikap dan aksi kita sebagai seorang pejuang.

Kita adalah "Sebuah Gerakan Islam". Ini satu realiti yang mesti direalisasikan terutama kepada mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin jamaah walau di mana posisinya. Bahkan apa pun kepentingan yang kita mahu capai dalam strategi berpolitik dan bergerak memimpin perjuangan ini, kita tidak boleh mencairkan nilai atau nilai standard bagi sebuah gerakan Islam.

Strategi itu benar dan wajar sebagaimana berpolitik itu adalah hak dan amanah perjuangan. Tetapi saya tegaskan sekali lagi, ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara. Jangan kita abaikan ketulenannya semata-mata mahu melihat strategi kita berjaya dan politik kita menang.

Ingat! Menang tidak bererti benar dan kalah tidak bermakna salah. Justeru itu awas jangan palsukan manhaj perjuangan suci ini. Pemalsuan manhaj perjuangan adalah satu jenayah!

http://www.tarbawi.my 


 Berfikir di luar kotak dan Inovatif!
Posted on Saturday, June 08 @ 17:50:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Saya terbaca satu posting di facebook oleh Admin Sabahan Fakta Menarik Dunia (SFMD). Agak menarik juga untuk dikongsikan bersama untuk tatapan pembaca blog ini yang saraf dengan polimik politik semasa..

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

Ini dipanggil "berfikir di luar kotak" iaitu berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"


Ini dipanggil sebagai "Profesional"  iaitu perompak hanya fokus pada apa yang dia dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."


Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

Ini dipanggil "Pengalaman" Dunia sekarang memandang pengalaman adalah lebih penting daripada sijil di kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil  RM10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada  RM70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".


Ini dipanggil "Inovatif" iaitu menukar keadaan tidak menguntungkan kepada yang lebih menguntungan!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
Ini dipanggil "Berpandangan Jauh" iaitu merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa RM100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya mengira RM20 juta sahaja.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat RM20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil RM80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."


Ini dipanggil "Pengetahuan Atau Ilmu" dimana pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

Ini dipanggil "Menyelam Sambil Minum Air" iaitu mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan: Siapa Perompak sebenar di sini?


....
Sumber
Berfikir di luar kotak dan Inovatif!


  DAP Akan Bangunkan 'Network Ubah' Di Luar Negara?
Posted on Saturday, June 08 @ 16:50:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"KUALA LUMPUR, — DAP akan membangunkan rangkaian 'Ubah' di luar negara bagi mendekati kumpulan pengundi luar negara selepas parti itu memberi fokus kepada serangan tanpa henti oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) dengan penglibatan media kawalan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai demi membina alasan bagi mengharamkan parti DAP.

Rangkaian berkenaan dijangka akan mendekati sekitar 500,000 rakyat Malaysia di luar negara terutamanya mereka yang berada di Singapura, Eropah, Amerika, Australia dan Asia-Pasifik.

“Ada lebih banyak ruang dan peluang untuk mendapatkan sokongan daripada 500,000 rakyat Malaysia luar negara yang layak mengundi tetapi tidak berbuat demikian,” kata Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan di sini.

Beliau turut mengemukakan contoh jumlah pengundi yang keluar mengundi sangat tidak memuaskan di luar negara ketika Pilihan Raya 2013, apabila di Great Britain, dengan hampir 80,000 warga Malaysia, hanya 1,200 yang mengundi di Kedutaan Malaysia di London.

Setiausaha Agung DAP itu turut menegaskan kepentingan warga Malaysia yang menetap di luar negara semakin meninggi berikutan perakuan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan pengundian luar negara di Kedutaan Malaysia sewaktu pilihan raya ini.

Dalam kenyataan sama Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mengumumkan pelantikan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok sebagai Pegawai Perhubungan Politik Kerajaan Negeri Selangor dan tiga ahli majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bagi Kerajaan Negeri Selangor mewakili DAP iaitu Tony Pua, Datuk Teng Chang Khim dan Gobind Singh Deo.

“Ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 5 Jun 2013,” katanya.

[Baca seterusnya...]"

Tiada ulasan: