Jumaat, 7 Jun 2013

JANGAN KITA TAKUT SELAIN ALLAH...JANGAN MELEBIHKAN REZEKI DARI PADA KETAATAN KEPADA ALLAH...KEMEWAHAN DUNIA TAK BERBALOI JIKA KITA DIHUMBAN KEDALAM NERAKA KELAK

Dakwat kekal: Menteri Kesihatan sanggah SPR

Harakahdaily, 07 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan telah menafikan dakwaan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mengenai dakwat kekal yang digunakan pada PRU13.

Sebelum ini, Abdul Aziz dan Ahmad mendakwa kandungan silver nitrate di dalam dakwat kekal dikurangkan demi kesihatan para pengundi.

Kandungan silver nitrate yang rendah di dalam dakwat kekal yang disapu pada jari pengundi telah disebut-sebut sebagai punca dakwat itu boleh dibasuh terus selepas digunakan.

Ditanya sama ada memang terdapat alasan perubatan untuk mengurangkan silver nitrate, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata: “Saya tidak pasti, anda perlu bertanya SPR soalan tersebut. Jika anda tanya sama ada mereka tanya kita untuk sebarang laporan, saya rasa tidak".

Subramaniam juga berkata tiada perbincangan dengan kementerian untuk mendapatkan laporan mengenai penggunaan dakwat kekal dari sudut perubatan.

“Jika mereka ada bertanya pada kita dan kita diberikan laporan, maka ia amat berlainan, tapi saya tidak rasa begitu…” tambah Subramaniam lagi.

Sebelum ini, Aziz mendakwa SPR telah mendapat satu surat daripada Kementerian Kesihatan yang memberikan amaran mengenai penggunaan silver nitrate yang berlebihan di dalam dakwat kekal yang boleh menyebabkan penyakit ginjal dan kanser.

Ahmad pula mendakwa keputusan ditukar pada saat-saat akhir untuk merendahkan kandungan silver nitrate adalah untuk tujuan kesihatan.

“Ini adalah kali pertama saya mendengarnya,” kata Subramaniam ketika ditanya mengenai dakwaan Abdul Aziz dan Ahmad.

Kini Salahudin pula diminta serah diri ke balai polis

Abdul Aziz Mustapha, 06 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa orang dikenakan tindakan di bawah akta Hasutan, kini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) pula dikehendaki oleh pihak polis.

"Saya dikehendaki hadir ke balai polis Kepong esok (Jumaat) di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan biasanya digunakan bagi tuduhan menyertai apa yang dianggap oleh pihak kerajaan dan polis sebagai perhimpunan haram.

Salahuddin bagaimanpun tidak jelas perhimpunan mana yang dirujuk oleh pihak polis.

Beliau menyifatkan ini operasi balas dendam dan satu lagi bukti bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang sama sekali tidak boleh dipercayai.

"Sebelum ini, beria-ia Najib berjanji untuk menghormati hak-hak asasi.

"Nampak benar semua itu bohong dan beliau tidak boleh dipercayai sama sekali," kata Salahuddin.

Dengan apa yang terus berlaku sehingga kini, beliau yakin kebencian rakyat semakin membara.

"Malah, usaha untuk memberitahu lebih ramai rakyat bahawa kerajaan Najib adalah kerajaan pilihan raya tipu bukan sahaja tidak akan dapat dipatahkan malah akan digerakkan dengan lebih hebat.

"Taktik ugutan sebegini tidak akan berjaya dan rakyat tidak boleh ditakut-takutkan," katanya.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan menetapkan, jika disabitkan, seseorang itu boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-dua sekali.

'BN sudah menang, apa takut lagi?

http://www.kedahlanie.info, 07 Jun 2013
Oleh Selena Tay

"Rampasan akhbar Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket menunjukkan bahawa Kerajaan BN masih berada di tahap politik zaman batu purba," kata Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS.

Memang Kerajaan BN tidak perlu mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuat rampasan tersebut kerana BN telah pun menang dalam PRU13 yanglalu dan kabinet baru Kerajaan BN telah pun dibentuk.

Sepatutnya mereka harus membiarkan akhbar-akhbar parti komponen Pakatan Rakyat ini diedarkan sebab Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak seringkali mendakwa bahawa negara Malaysia mengamalkan dasar demokrasi yang sihat.

Oleh itu, kekangan suara pihak pembangkang bukanlah satu langkah yang menunjukkan sikap amalan demokrasi yang baik, kukuh dan stabil dan perbuatan tersebut haruslah dihentikan tanpa berlengah-lengah lagi.


Jika akhbar-akhbar ini hanya dapat dijual di ibu pejabat PAS, DAP dan KeADILan sahaja, ini akan menyusahkan ahli-ahli parti tersebut untuk pergi ke ibu pejabat parti untuk membelinya.

Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad berpendapat bahawa langkah rampasan akhbar pihak pembangkang akan memberikan gambaran yang buruk kepada Kerajaan BN dengan menunjukkan bahawa "Kerajaan BN takut bahawa pengedaran maklumat yang benar dalam Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket akan mencerdikkan minda rakyat dan ini akan menyebabkan populariti BN semakin menurun".

Zainuddin Maidin tibai siapa ni...

http://shalehudin.blogspot.com, 07 Jun 2013

HANGIT: Zainuddin Maidin TIBAI siapa neh [Tengok laa...]


Michelle Yeoh dapat Tan Sri sebab sokong BN dalam PRU13?

Walaupun namanya terkenal sebagai pelakon filem-filem Barat dan Hong Kong, tetapi Michelle Yeoh bukanlah celebriti yang meniti di bibir rakyat negara ini sama ada di kalangan masyarakat Cina atau Melayu tetapi tiba-tiba namanya bagitu banyak disebut, diperkatakan dan dibincangkan umum di cafe, di kopitiam, kedai Mamak dan sebagainya apabila beliau dikuniakan Darjah PSM yang membawa gelaran Tan Sri bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'zam pada 1 Jun lalu.

Tuan Mufti yang mulia, sila bagi fatwa...

http://tokpepijat.blogspot.com, 07 Jun 2013

Tuan Mufti yang mulia, sila bagi fatwa ......?


Syarikat itu menjelaskan, sebelum dilantik menjadi Pengarah dalam Petron Corp, Mirzan Tun Mahathir adalah Pengarah San Miguel Corp dalam tempoh singkat antara 1 September 2009 hingga 15 April 2010.

Beliau kini, katanya hanya mempunyai 5,000 saham dalam San Miguel.
San Miguel mempunyai sejumlah 3.3 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina, kata syarikat itu.



Nota: Syarikat San Miguel (San Miguel Corporation) adalah syarikat tersenarai awam berkaitan makanan, minuman dan pembungkusan terbesar di Filipina. Sehingga tahun 2001, perniagaan syarikat ini menyumbang 3.6 peratus keluaran dalam negara kasar Filipina dan menyumbang 4.5 peratus kepada hasil cukai negara Filipina. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1860 sebagai syarikat arak. San Miguel membuat 9 daripada 10 botol bir yang dijual di Filipina.

Ustaz Datuk Sri Haji Jamil Khir Baharom, BERANIKAH  ustaz panggil mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan bincang tentang fatwa mengenai individu Islam yang bergelumang dalam industri arak dan judi?

Jambatan runtuh: Rakyat tidak terima ‘hadiah’ bahaya

Harakahdaily, 07 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang melahirkan kekesalan atas tragedi runtuhan Jambatan Kedua yang berlaku lewat petang semalam.


DPPN Pulau Pinang difahamkan runtuhan tersebut berlaku di susur keluar Batu Maung, melibatkan laluan jalan yang digunakan oleh orang awam.

“DPPN Pulau Pinang dengan ini mendesak supaya siasatan segera dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengenal pasti punca kejadian runtuh jambatan kedua yang pernah diisytiharkan PM sebagai 'hadiah' BN kepada rakyat Pulau Pinang ini,“ ujar Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam satu kenyataan.

Katanya, DPPN Pulau Pinang memandang serius akan siri-siri tragedi runtuh yang berlaku dalam negara setelah runtuhan sebuah masjid di Terengganu baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan dan pihak berwajib harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi mengelakkan tragedi buruk ini terus berulang dan mencemarkan imej negara.

“DPPN Pulau Pinang percaya bahawa rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima 'hadiah' yang membahayakan nyawa mereka,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: