Jumaat, 7 Jun 2013

JADIKAN POLITIK ....POLITIK YANG BERSIH SERTA ADIL..POLITIK YANG TAK MENINDAS PADA YANG KALAH..POLITIK YANG TAK MENIPU...TIDAK BERPOLITIK PEDENDAM...BUKAN POLITIK SUKA BUAT FITNAH DLL...JIKA POLITIK KITA JAHAT BARANG TENTU CELAKALAH DIAKHIRAT....MUNGKIN JUGA CELAKA JUGA DIDUNIA

Awas: Istilah makanan berkaitan dengan babi

http://blog-hangit.blogspot.com, 07 Jun 2013

AWAS!!! : Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.,,

Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine. Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Sumber whatsapp

Kembalikan wang royalti kepada rakyat

Syed Abdullah Jamalullail,
Memandangkan Negeri Terengganu kaya raya kerana hasil minyaknya dan mendapat tidak kurang 1 bilion ringgit setiap tahun melalui wang royalti 5 peratus  daripada Petronas. Wajar sekali dan sampai masanya kesemua wang royalti itu atau sekurang-kurangnya 80% daripadanya diberikan secara terus kepada seluruh rakyat Terengganu tidak kira apa status mereka asalkan mereka ini anak jati Negeri Terengganu.

Tubuhkan yayasan berkenaan untuk agihkan bantuan sama ada melalui saham atau pun imbuhan bulanan kepada rakyat Terengganu. Kita tidak mahu lagi melihat rakyat hanya dapat melihat kekayaan sahaja tetapi tidak dapat menjamahnya secara terus bak petikan daripada cerita 'Tiga Abdul' - hanya dapat baunya sahaja tetapi tidak boleh menikmati apa yang terhidang didepan mata.

Kerajaan Terengganu perlu membantu rakyat secara terus dan bukannya dibantu dengan hanya membuat pembangunan yang kadangkala tidak begitu diperlukan sangat. Kerajaan negeri hendaklah juga memikirkan rakyat yang miskin agar mereka juga mendapat menikmati kekayaan yang Allah kurniakan kepada Negeri Terengganu.

Saya cadangkan agar segala wang ehsan atau wang royalti yang diperoleh disalurkan terus kepada rakyat dan pendapatan Negeri Terengganu yang lainnya barulah disalurkan untuk pembangunan termasuk pendidikan. Selagi kita tidak merubah bagaimana hendak diubah daripada baik kepada yang terbaik? Rakyat perlukan bantuan dan bantulah mereka sehingga setiap rakyat mendapat manfaatnya serta tiada lagi rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

Cina hapus politik Melayu, ketawa atau menangis?

Harakahdaily, 07 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Apakah kita patut bersedih atau ketawa dengan kenyataan perkauman terbaru Tun Mahathir yang tidak masuk akal bahawa kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik Melayu dan mendominasi politik Malaysia?
Demikian pertanyaan yang dilontarkan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.

“Kita boleh menangis mengenangkan betapa bekas Perdana Menteri itu begitu rasis, cuai, dan tidak bertanggungjawab kerana terus melaga-agakan orang Melayu dengan Cina,” ujarnya.

Lim berkata, kenyataan terbaru Mahathir itu jauh lebih tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kenyataannya sewaktu PRU13 yang menyebut tujuan beliau bertanding di Gelang Patah ialah untuk mewujudkan ‘ketegangan kaum’ dan menghasut kaum Cina untuk membenci Melayu.

Tambahnya, tiada kebenaran walau sebesar zarah sekali pun pada dakwaan-dakwaan Mahathir.

“Kita perhatikan bahawa dakwaan Mahathir tidak memberi kesan pada para pengundi, khususnya para pengundi Melayu, memandangkan saya tidak mungkin menang dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa undi orang Melayu,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Justeru, beliau mempersoalkan apakah kegagalan Mahathir untuk memberikan dampak terhadap PRU13 dengan kenyataan-kenyataan perkaumannya menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan lebih rasis dan tidak masuk akal seperti kenyataan terbaru itu.

“Kita boleh ketawa melihat seorang bekas Perdana Menteri boleh mengambil tindakan yang sebegitu terdesak memandangkan mesej perkauman beliau semakin tidak mendapat sambutan di kalangan orang Melayu,” ujarnya.

Ini, katanya sehinggakan Mahathir terpaksa mengada-adakan pembohongan tentang kaum Cina di Malaysia yang hendak menghapuskan kuasa politik Melayu untuk menguasai politik Malaysia.

Tahniah! Umno Kedah dah berjaya

http://orangni.blogspot.com, 07 Jun 2013

Tahniah..!! UMNO Kedah Dah Berjaya

Insaniah bakal diswastakan


ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Islamnya Suhail bin ‘Amr

Ustaz Abu Muhammad Harits, 07 Jun 2013
Suhail bin ‘Amr adalah salah seorang pemuka, pemidato dan penyair ulung bangsa Quraisy. Dialah yang selama ini menghasut manusia agar menyerang dan memerangi kaum muslimin dengan segenap kekuatan. Pedasnya ucapan Suhail benar-benar menyakiti kaum muslimin. Sehinggakan Umar bin al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu, ketika melihatnya tertawan dalam perang Badar meminta izin daripada Nabi SAW: “Biar saya patahkan dua gigi serinya, agar dia tidak dapat lagi berpidato menyerang kita (dengan ucapannya).” Tetapi Nabi  Shallallahu ‘alaihi wasallam hanya mengatakan: “Biarlah. Mungkin suatu ketika gigi itu akan membuatmu senang.”

Akhirnya, Suhail dibiarkan hidup dan terus memerangi Islam dan kaum muslimin dengan dua senjata, pedang dan lisannya. Tibalah peristiwa Hudaibiyah. Tatkala datang Suhail bin ‘Amr sebagai delegasi Quraisy, dan Nabi SAW berkata dengan optimis: “Urusan kalian benar-benar telah menjadi mudah. Mereka bersungguh-sungguh ingin berdamai kerana mengutus orang ini.”

Ketika itu Quraisy sudah menyatakan kepada Suhail: “dengan Muhammad, ajaklah dia berdamai. Hendaknya dia pulang ke Madinah tahun ini. Jangan sampai bangsa ‘Arab mengatakan kalau dia masuk tahun ini, kita telah dikalahkan Muhammad.”

Dibuatlah perjanjian sebagaimana disebutkan dalam kisah Hudaibiyah.

Suhail tetap menampakkan sikap permusuhannya terhadap Islam sehinggalah berlakunya Fathu Makkah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memasuki Baitullah, lalu keluar dan berdiri di pintu Kaabah seraya berkata: “Apa yang akan kalian katakan?”

Maka berkatalah Suhail bin ‘Amr: “Kami hanya mengatakan yang baik, dan menyangka sesuatu yang baik. (Anda) saudara yang mulia, putera saudara yang mulia dan anda menang.”

Kata beliau: “Saya hanya katakan kepada kalian sebagaimana ucapan Nabi Yusuf kepada para saudaranya; “Tiada celaan atas kalian pada hari ini.” ilah. Pergilah! Kalian semua bebas.” (HR Baihaqi).

Mendengar ini, luluhlah hati Suhail dan orang-orang yang bersamanya, dalam keadaan malu, segan melihat pekerti agung Nabi SAW dan kasih sayangnya yang membuat akal manusia kehairanan. Lidah pun kelu, tiddak mampu berucap sepatah kata pun.

Mulailah bersemi rasa cinta di dalam hati Suhail kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Tumbuh pula kecondongannya kepada Islam. Dia pun berjumpa puteranya Abu Jandal (Abu Jandal telah masuk Islam lebih awal daripada peristiwa Hudaibiyah) agar meminta jaminan keselamatan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberinya jaminan keselamatan. Setelah itu, Suhail ikut berangkat menuju Hunain bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan masih musyrik, sehinggalah dia masuk Islam ketika di Ji’ranah. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberinya waktu itu 100 ekor unta daripada ghanimah Hunain. Semakin bertambah rasa takluk dan malu dalam hati Suhail.

Tidak lama, Islam mulai tumbuh mekar dalam hati Suhail, hingga dia berusaha bersungguh-sungguh membetulkan segala kesilapannya dahulu. Hatinya setiap saat merasa terhiris-hiris ketika mengingat betapa jauhnya dia selama ini daripada ketaatan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Keras kepala, kesombongan dan peperangan sungguh-sungguh telah membuat mereka buta terhadap. Setelah tabir itu tersingkap, tampaklah hakikat iman di depan mata mereka, bahkan diresapi oleh hati mereka.

Beberapa sahabat dan orang-orang yang datang sesudah mereka mempersaksikan: “Tidak ada satu pun pembesar Quraisy yang terlambat masuk Islam, lalu masuk Islam ketika Fathu Makkah, yang lebih banyak solatnya, puasanya, dan sedekahnya daripada Suhail. Bahkan tidak ada yang lebih semangat terhadap hal-hal yang mendokong kepada akhirat dibandingkan Suhail bin ‘Amr.”

Bahkan diceritakan, dia sering menangis ketika membaca al-Qur’an.

Suhail terus melangkah. Menelusuri jalannya menuju surga Ar-Rahman dan untuk menebus apa yang tertinggal sebelum ini darinya. Dialah yang mengucapkan kata-kata yang terkenal ini: “Demi Allah. Saya tidak akan biarkan satu tempat pun yang di situ saya berada bersama kaum musyrikin melainkan saya berada di sana bersama kaum muslimin seperti itu juga. Tidak ada satu pun nafkah yang dahulu saya serahkan bersama kaum musryikin melainkan saya infakkan pula kepada kaum muslimin yang serupa dengannya. Mudah-mudahan urusanku dapat menyusul satu sama lainnya.”

Setelah Nabi SAW wafat, beberapa kabilah mula murtad, bahkan penduduk Makkah mulai goyah. Bangkitlah Suhail mengingatkan bangsanya: “Wahai penduduk Makkah. Kamu adalah manusia yang paling akhir masuk ke dalam agama Muhammad, maka janganlah kamu menjadi orang pertama yang keluar darinya….”

Kemudian dia melanjutkan: “Siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad sudah wafat. Siapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Hidup, tidak akan pernah mati.”

Mungkin inilah rahsianya, mengapa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dahulu melarang Umar bin al-Khaththab mematahkan gigi Suhail. Dikisahkan, Umar pun tersenyum mendengar berita pembelaan Suhail terhadap Islam ini.

Suhail tetap teguh di atas kebaikan dan keimanan. Bertambah banyak solat dan puasa serta sedekahnya. Dia senantiasa menangis ketika membaca Kitab Allah Subhanahuwata’ala. Bahkan dia sengaja berangkat menuju negeri Syam sebagai mujahid memerangi musuh-musuh Allah Subhanahuwata’ala. Ketika di Yarmuk, dia bertugas sebagai amir (gabernor) negeri Kurdis, dia tetap tinggal di perbatasan muslimin, sambil mengingat hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Posisi salah seorang dari kamu di jalan Allah satu saat saja dari usianya, lebih baik dari amalannya seumur hidup ketika dia bersama keluarganya.”


Kata Suhail: “Saya akan tetap tinggal di perbatasan (ribath) sampai mati dan tidak akan kembali lagi ke Makkah.”

Suhail tetap berada di sana sehingga akhirnya meninggal dunia akibat wabak penyakit taun.

Orang politik dan SPR

Khairul Naim Rafidi,
Saya begitu tertarik apabila ramai yang “melabon” tentang kisah-kisah 'penipuan' dan lakonan citrawarna SPR. Tidak kira sebelum dan selepas PRU, SPR sering menjadi subjek kepada kemarahan banyak pihak yang mengkritik kebebasan badan tersebut.

Antara isu yang menjadi perdebatan hangat adalah berkenaan dengan pemilihan anggota suruhanjaya itu sendiri.

Dalam hal ini saya sarankan kita selak kembali helaian undang-undang tertinggi Perlembagaan Persekutuan. Dalam perkara 114(1) memetik :

“Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah mengandungi seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang ahli lain.”

Jelas dalam undang-undang tersebut menyatakan bahawa tujuh individu tersebut dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat nasihat (consultation) daripada Majlis Raja-Raja.

Hal ini secara kiasnya berbeza dengan pelantikan – pelantikan lain yang memerlukan nasihat Perdana Menteri. Oleh itu, YDPA bertanggungjawab memastikan pelantikan bebas daripada pengaruh politik.

Namun, kejadian demi kejadikan menunjukkan bahawa sokongan rakyat kepada SPR seolah-olah berkurangan dan ini adalah perkara yang membimbangkan.

Dalam ‘The Truth’ yang disediakan oleh SPR menyatakan dengan jelas bahawa hal-hal korupsi, pengundi hantu dan sebagainya adalah tidak benar. Malah kes seperti pengundi hantu tidak pernah langsung dibuktikan dalam mahkamah sepanjang sejarah PRU.

Saya terkejut membaca kenyataan tersebut kerana dalam kes Haris Mohd Salleh v Ismail Majin [2000] 3 MLJ 434 jelas menunjukkan bahawa pilihan raya 1998 di Likas adalah tidak sah kerana terdapat unsur seperti konspirasi, pengundi hantu dan amalan rasuah. Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang dengan jelas menyatakan dalam konklusinya :

“In conclusion, I would declare that the 1998 Electoral Roll for Likas Constituency (N13) is illegal, and that the election held in March 1999 for Likas Constituency is null and void. I will inform the SPR of this decision in due course.”

Hal ini mungkin akan menambahkan lagi kegusaran rakyat berkenaan dengan integriti dan ketelusan SPR dalam menjalankan hal pilihan raya. Hakikatnya, rakyat harus ingat bahawa perlantikan oleh YDPA ini harus mendapat persetujuan awam seperti yang tercatat dalam perkara 114(2),

“Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya, YDPA hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam”
Namun begitu, saya kurang bersetuju dengan tindakan segelintir individu yang ingin mendesak supaya SPR meletakkan jawatan dan memohon supaya badan itu dipilih oleh rakyat dengan segara tanpa melalui proses yang sah.

Mana mungkin kita merubah kaedah tersebut secara tiba-tiba sedangkan undang-undang tertinggi (Perlembagaan) jelas memberikan panduan tentang perkara tersebut?

Selain itu, peralihan SPR daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Jawatankuasa Khas Parlimen juga sebenarnya adalah kerja ‘mee segera’ dan ia sebenarnya tidak akan memberi kesan bagi meningkatkan kepercayaan rakyat.

Malah, kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti dan integriti SPR juga tidak akan berubah sekiranya tidak ditubuhkan badan yang bebas secara total. Badan ini memerlukan suruhanjaya bebas yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi.

Wajar sekiranya model bebas dikaji semula untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap SPR. Kita harus melihat bahawa badan ini sebenarnya ibarat badan kehakiman yang harus bebas daripada sebarang campur tangan.

Penubuhan suruhanjaya diraja mungkin salah satu kaedah yang baik seperti yang dicanangkan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Pindaan perlembagaan bagi mengubah cara perlantikan anggota SPR juga boleh difikirkan bagi memastikan kebebasan badan itu kemudian hari. Ini adalah perkara yang ahli politik harus fikir dan bincangkan.

Sekiranya SPR melibatkan orang politik atau ahli parlimen, saya percaya ia tidak akan berkesan sama sekali. Perubahan haruslah dilaksanakan secara holistik bagi memastikan integriti dan maruah SPR kembali pulih.

Penulis merupakan mahasiswa undang-undang UiTM Shah Alam dan pemimpin Mahasiswa Melayu Progresif (MMP).

Tiada ulasan: