Bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.
  
"Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana
Negara.

Langkah itu, yang bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti SPR, dibuat ketika Pakatan Rakyat melancarkan kempen terhadap suruhanjaya itu berikutan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 bulan lepas.

Pakatan pembangkang mendapat 51 peratus undi popular tetapi hanya memenangi 40 peratus kerusi di Parlimen berbanding dengan parti pemerintah, yang hanya menang 47 peratus undi popular tetapi memperolehi 60 peratus kerusi kerana amalan persempadanan kawasan pilihanraya.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR dijangka dilaksanakan lewat tahun ini dan Pakatan dijangka mengenakan untuk membetulkan ketidakseimbangan jumlah pengundi, yang didakwa memberi kelebihan kepada BN

Najib turut melaporkan kepada Tuanku Abdul Halim bahawa buat kali ke-13 sejak kemerdekaan, Malaysia berjaya menyelesaikan secara aman dan tertib pilihan raya umum bagi memilih wakil rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan 12 negeri mengikut lunas-lunas yang digariskan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara.
  
"Patik ingin menjunjung kasih di atas perkenan kepercayaan Tuanku melantik patik selaku perdana menteri Malaysia selaras dengan mandat yang telah diberikan rakyat di bawah sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.
  
"Amanah ini akan patik dan rakan-rakan jemaah menteri serta anggota pentadbiran lain lunaskan dengan penuh keinsafan bagi membawa rakyat dan negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan dengan bimbingan Tuanku dan izin Allah SWT," kata Najib.
  
Beliau berkata selesainya proses pilihan raya bermakna penerusan kembali pelayaran bahtera negara untuk tempoh lima tahun akan datang menuju matlamat wawasan kebangsaaan.
  
"Dalam tempoh itu kita akan menamatkan Rancangan Malaysia (RMK) ke-10 dan memulakan RMK ke-11, rancangan pembangunan lima tahun terakhir sebelum tercapainya Wawasan 2020 yang akan menyaksikan Malaysia, dengan izin Allah SWT," tambahnya.
Najib juga berkata, kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada SPR untuk menambah baik wibawa perjalanan pilihan raya di negara ini walaupun pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah berlangsung dengan baik dan lancar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
  
Perdana menteri menegaskan janganlah kerana kepentingan diri dan kelompok tertentu, ada pihak cuba merosakkan kebolehpercayaan institusi itu dengan melempar pelbagai persepsi liar.
  
Beliau menarik perhatian hakikat SPR bukanlah sebuah agensi atau jabatan kerajaan, sebaliknya sebuah mekanisme yang ditubuh berasaskan peruntukan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan anggotanya
mendapat perlindungan jawatan yang sama dengan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan.
  
Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana
Negara.
  
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet.
  
- Bernama
MB S'gor jelaskan sebab Azmin, Rani tak dilantik exco
 
Faktor masa dan tumpuan yang perlu diberikan kepada parti menjadi sebab dua pemimpin utama PAS dan PKR Selangor tidak dilantik menjadi exco negeri, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Pemilihan (exco) adalah berdasarkan kapasiti dan masa.

"Seorang exco akan menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan program negeri," kata Khalid petang tadi.

Beliau menjawab soalan mengapa Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali tidak dilantik menjadi exco kerajaan negeri.

Jelasnya lagi, nama mereka dicalonkan parti masing-masing, namun tidak meletakkan nama mereka sebagai calon-calon utama untuk dipertimbangkan.

"Mereka dicalonkan tetapi diletakkan pada keutamaan yang rendah dari segi kesediaan untuk menghabiskan masa yang banyak sebagai exco.

"Kebanyakan masa mereka mungkin akan ditumpukan kepada aktiviti politik untuk mempromosikan parti berbanding menghabiskan masa untuk program berkaitan exco untuk negeri," katanya sambil menambah keputusan itu tiada kaitan dengan faktor kebolehan Azmin dan Rani.

Exco Selangor yang mengangkat sumpah Khamis lalu diwakili empat orang daripada PKR, dan tiga orang masing-masing daripada PAS dan DAP.

Menurut Khalid, isu DAP perlu diberikan pengiktirafan dalam bentuk lain kerana menyumbangkan 15 kerusi dalam pilihan raya lalu tetapi diberikan hanya tiga kerusi exco, tidak timbul sama sekali.

"Dilantik menjadi exco adalah satu bentuk pengiktirafan (kerana) kita semua bekerja sebagai satu pasukan.

"Itu yang kita amalkan pada penggal lalu dan semua berpeluang untuk memberikan sumbangan sebagai satu pasukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khalid menjelaskan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pegawai perantara politik Selangor kerana beliau mempunyai masa dan keupayaan bagi melaksanakan tugas itu.

Tambahnya, beliau bersedia mempertimbang cadangan Dr Rani sebelum ini yang mahukan seorang wakil dari PAS dan DAP dilantik ke jawatan yang sama.

"Kalau ada mereka dari DAP atau PAS yang mempunyai keupayaan seperti beliau, itu juga kita akan ambil timbangkan," katanya.
Isteri Dharmendran mahu anggota polis 'ditangkap segera'
 
Isteri N Dharmendran yang mati dalam tahanan, kecewa kerana anggota polis yang dikaitkan dengan kematian suaminya diberikan tugas pejabat dengan cadangan mereka digantung kerja, sedangkan mereka sepatutnya telah ditangkap sejak awal lagi.
NONE"Mereka telah membunuh suami saya. Mereka sepatutnya
berada dalam lokap," katan S Marry sambil menambah bahawa mereka sepatutnya digantung sampai mati.
Empat anggota polis, termasuk seorang pegawai, yang sebelum ini menyiasat kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras membabitkan Dharmendran, kini ditugaskan di unit kerja pejabat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Marry bertanya sekiranya orang awam yang membunuh seseorang, apakah mereka akan dibiarkan bebas.

"Ini anggota polis yang melakukan pembunuhan," kata ibu kepada seorang anak lelaki yang berusia dua tahun.
Dharmendran dilaporkan ditahan polis selepas membuat laporan polis susulan satu pergaduhan yang melibatkan dirinya pada 11 Mei.

Isteri dan ibu bapanya hanya mengetahui mengenai penahanan tersebut pada 19 Mei dan mengunjungi Dharmendran di lokap polis.

Dia sepatutnya dibebaskan dengan jaminan pada 21 Mei namun Marry menerima panggilan yang menyatakan bahawa Dharmendran telahpun meninggal dunia.

Ketua CID Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah sebelum ini dilaporkan berkata lelaki 31 tahun itu mati akibat kesukaran bernafas.

Polis kemudiannya mengkategorikan kes tersebut sebagai kes bunuh apabila perunding patologi daripada Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa Dharmendran meninggal dunia akibat "kegagalan fungsi kecederaan tisu lembut akibat pukulan ke badan".

Polis telah mengklasifikasikan kematian Dharmendran sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Marry membuat gesaan itu selepas peguam N Surendran mendedahkan laporan bedah siasat ke atas Dharmendran di ibupejabat PKR pagi ini, yang membayangkan dia telah digari dan dipukul hingga mati.

Surendran yang juga MP Padang Serai berkata polis sudah tahu punca kematian Dharmendran apabila mereka menyerahkan laporan bedah siasat kepada peguam keluarganya pada jam 11 pagi semalam.

"Berdasarkan laporan ini, di segi undang-undang, ada bukti yang cukup untuk mengenakan tuduhan pembunuhan terhadap semua anggota polis yang terlibat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Tetapi sebaliknya, anggota tersebut dipindahkan ke unit keraja, ini adalah satu jenaka ... Kami menuntut semua anggota polis yang terlibat ditangkap segera. Maksud saya hari ini -. dalam masa satu jam," katanya

Katanya, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh tidak boleh diikat jamin dan mesti berada dalam tahanan sehingga perbicaraan mereka selesai tetapi mereka masih "berjalan bebas
'Dharmendran yang digari alami 52 kecederaan'
 
Mangsa yang mati dalam tahanan, N Dharmendran telah dipukul hingga mati ketika digari, demikian dibayangkan oleh laporan awal bedah siasat yang didedahkan hari ini.

NONELaporan bertulis oleh pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu membuat kesimpulan bahawa tidak ada luka defensif pada badan Dharmendran.

Peguam keluarga tersebut, N Surendran memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa ia agak jelas bahawa semasa dipukul, mangsa digari dan dalam kedudukan yang lebih rendah, mungkin melutut atau sesuatu.

Dharmendran telah mengalami 52 tanda kecederaan di seluruh tubuhnya, dari kepala ke kaki.

Surendran menegaskan bahawa ini adalah "lebih teruk daripada kes A Kugan" pada tahun 2009.
Menurut bedah siasat, tompok lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah  belakang.

"Kita hanya boleh membuat spekulasi tetapi ia nampak seperti tanda rotan, atau sesuatu yang serupa dengannya," kata Surendran.

Satu corak lebam menyerupai nombor lapan yang tidak lengkap ditemui di tulang pinggul.
Menurut bedah siasat, tompokan lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah  belakang.

"Kita hanya boleh membuat spekulasi tetapi ia nampak seperti tanda rotan, atau sesuatu yang serupa dengannya," kata Surendran.

Satu corak lebam menyerupai nombor lapan yang tidak lengkap ditemui di tulang pinggul.

Terdapat juga satu lagi lebam garis berganda pada pergelangan Dhamendran yang konsisten dengan tanda gari.

Bedah siasat itu juga melaporkan banyak kesan lebam hitam di wajahnya, kawasan dada, bahu, kaki, kulit kepala dan belakang, yang digambarkan oleh Surendran sebagai "lebam bertindih".
Abdomennya, di bawah kawasan buah pinggang dan pusat, juga mempunyai kesan yang sama.

Kedua-dua telinga Dhamendran itu terdapat kesan luka 'staple' dengan 'staple' masih ada di situ manakala kakinya terdapat luka tusukan, juga dipercayai dari 'staple' yang telah dibuang.

Menurut Surendran, terdapat luka staple yang konsisten dan menurutnya ia menunjukkan bahawa stapler telah digunakan untuk menyeksanya.

Beberapa lebam lain yang dijumpai pada badan Dhamendran ialah: darah beku tebal pada bahagian bawah paha kanannya, berukuran 28 x 20 cm.
  • Satu tanda darah beku yang banyak paha kirinya, berukuran 50 x 31 cm.
  • Lebam berukuran 23 x 14 cm pada bahagian bawah kaki kiri.
  • Darah beku berukuran 9 x 6.5cm pada sebelah kiri mukanya.
  • Tanda  lebam di leher dan bahagian atas dada, berukuran 13 x 8cm.
'Pencalonan Zul Noordin strategi yang lemah'
8:15PM Jun 1 2013  
VIDEO | 77 min

Pencalonan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin bertanding di Parlimen Shah Alam Shah dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu adalah satu strategi yang lemah, kata seorang ahli panel BN dalam satu forum malam tadi.

"Saya rasa jika Zulkifli tidak dicalonkan, BN akan dengan mudah memenangi 20 lagi kerusi Parlimen.

"Jika anda melihat demografi Kota Raja, Kapar, dan Shah Alam - semua kawasan yang berhampiran tempat Zulkifli bertanding - kita mempunyai penduduk India yang ramai," kata timbalan Pengerusi jawatankuasa strategi MIC, Madhu Marimuthu.

NONESeorang lagi ahli panel - Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, bersetuju dengan Madhu, dan berkata pencalonan Zulkifli (kanan) merupakan satu keputusan yang lemah, sesuatu yang beliau tidak dapat fahami.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusannya adalah sesuatu yang baik untuk negara.

"Rakyat telah bersuara dan sekurang-kurangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kini boleh berkata, 'Bukan saya tahu mahu mencuba, tetapi bukan ini yang rakyat mahu.'