Sabtu, 8 Jun 2013

BILA RASUAH MENJADI AMALAN JUGA SEBAHAGIAN DARI SUMBER KEKAYAAN

Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah

Tuan Ibrahim Tuan Man, 08 Jun 2013


Wahai anakku,
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah, ikutlah apa yang diputuskan oleh jamaah dan kepimpinannya kerana di situ ada keberkatannya. Redha Allah bersama jamaah. Janganlah kamu merasa hebat terhadap pandanganmu sendiri atau pandangan yang berbeza dengan keputusan jamaah, kerana engkau telah mencabut keberkatannya untuk dirimu dan mengundang kemurkaan Allah.

Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.

Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.

Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.

Senyum

Agih kekayaan tidak seimbang punca korupsi

Harakahdaily, 08 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi, ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Justeru, katanya di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.

Beliau menjelaskan demikian dalam tulisan di Facebooknya yang bertajuk ‘Allah melaknat orang yang makan riba’ sebagaimana di bawah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya. (Riwayat: Ahmad dan Abu Daud)

Huraian hadis:

i) Mencari rezeki merupakan sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya. Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi.

ii) Di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.

iii) Riba yang dari segi istilah bermaksud az-ziadah (tambahan) iaitu tambahan di atas modal sama ada sedikit atau pun banyak (beban bunga) di mana ia adalah termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar kerana ia merupakan pemerasan orang kaya terhadap orang miskin yang membuatkan orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah melarat.

iv) Pemakan riba akan mendapat hukuman yang berat sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal) al-Baqarah: 275). Dalam surah dan ayat yang sama juga selanjutnya Allah berfirman bahawa orang yang mengulangi memakan riba setelah ia mengetahui hukumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.

v) Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ditunjukkan bagaimana seorang yang berenang dalam sungai darah. Setiap kali orang berkenaan menghampiri tebing, dia telah dilontar dengan batu. Penjelasan yang diberikan oleh malaikat ialah orang ini sewaktu di dunia adalah pemakan riba.

vi) Sistem riba adalah sistem yang buruk dari segi ekonomi. Oleh itu untuk menghindari dari kemungkinan terlibat ke dalam riba yang dilarang oleh Islam, (walaupun batas-batas yang dianggap riba masih diperselisihkan di kalangan para ulama) jalan yang paling selamat adalah melakukan muamalah berdasarkan ajaran lslam sama ada secara mudharabah, musyarakah, murabahah atau wadi'ah.

vii) Riba lawannya sedekah kerana sedekah merupakan kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sedangkan riba, ia menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada penat jerih orang yang meminjamnya.

  Riba
1. Maksud Riba’.
- Pada bahasa ialah bertambah atau subur.
- Pada Syarak ialah aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.
2. Riba’ terbahagi kepada tiga bahagian :-
a) Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang.
Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain ( berlainan kualiti dan jenis ).

b) Riba’ Al-Yad - riba’ yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad jualbeli.
Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM 100.00 tetapi
apabila diluar aqad dibayar RM 105.00.

c) Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya.
Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik
RM 120.00
3. Dalil-dalil pengharaman riba’
- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)

- Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)
4. Hikmah diharamkan riba’

- Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya bertambah bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar.
- Pihak yang memakan riba’ akan bertambah kaya dan senang.
- Riba’ akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.
- Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang kaya pemakan riba’ dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini rompakan, pembunuhan dan sebagainya.

5. Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba’ :-
- Barang yang sama jenis:-
a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.
b) Hendaklah sama dengan tunai.
c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.
- Barang yang tidak sama jenis:-
a) hendaklah dengan tunai.
b) hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.
6. Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan sebagainya tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli sebagaimana dalam persetujuan antara kedua pihak.

( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badrain – Syeikh Daud Fattani )

  RASUAH
DEFINASI RASUAH
Perkataan �rasuah� berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi �al-risywah�. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. �rasuah� ataupun �corruption� dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi di dalam undang-undang Malaysia.
Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi �bribery and corruption� sebagai perbuatan �giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward� John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley�s Law Dictionary memberi definisi �the Taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty�.
Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:- �Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)�.
SUAPAN
  1. wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
  2. apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
  3. apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
  4. apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
  5. apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
  6. apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
  7. apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;
Punca Utama Rasuah
Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman BPR, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:
  • Di mana seseorang ingin hidup mewah ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.
  • Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.
    Allah swt telah berfirman:
    "dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)
  • Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah hinggakan konsep seperti kata orang Perak, "biar pape asal bergaye" menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Malah ada yang sanggup berhutang dengan chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.
  • Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni:
    Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Menurut seorang penulis, "nilai" ialah "beliefs about right and wrong". Manakala "etika" pula ditakrifkan sebagai "thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong" (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service). Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.
  • Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan.
    Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
  • Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja.
    Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan - perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.
KESALAHAN RASUAH

  • Meminta/ Menerima Rasuah
    Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
  • Menawar/Memberi Rasuah
    Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
  • Membuat Tuntutan Palsu
    Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
    mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram

Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?

Mazlan, Pulau Pinang.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.
2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.
Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)
4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.
Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.
5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.
6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi,
seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).
7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa” (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:
“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).
9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:
“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.
10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.
11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.
 

Soalan


Asslkm Ustaz.
Saya ada kemusykilan agama tentang rasuah dalam islam.
Sebelum ini saya diberitahu seorang ustaz di Jais,apa2 yg kita terima
selain duit gaji kita dari tempat kita bekerja,adalah shubhat dan
rasuah.Saya bekerja di Purchasing Department dan terlibat dengan
supplier2,menjelang perayaan mereka akan memberi wang tunai berupa voucher
atau hamper2 kuih raya. Bolehkah saya menerima voucher2 dan hamper2 hari
raya tu?Pemberian ini hanya di beri kepada department kami,bukan semua
department di syarikat saya.Adakah pemberian ini dikira benda yg shubhat
dan rasuah?Walaupun saya menerima semua itu,saya tidak dapat menghalang
pihak atasan daripada memberhentikan supplier itu jika ada berlaku apa-apa
masalah nnt.Senang cerita,saya tidak ada kuasa untuk mempengaruhi pihak
atasan untuk memberi keistimewaan pada supplier itu.
Adakah saya dikira menerima rasuah juga?Kalau voucher2 duit dan hamper
hari raya itu adalah benda yg shubhat,bolehkah saya memberinya kepada
orang tua saya, bukan saya sendiri? Ada ustaz menasihatkan saya apa2 harta
,duit,brg2 mkn yg shubhat harus dibagi kepada orang awam,Baitulmal atau ke
masjid2.Hatta jiran sendiri pun kita tkboleh bagi benda2 tu. Betulkah
ustaz?
Saya was2 sangat tentang apa yang saya terima dari supplier yg ikhlas
memberi dan tidak mengharap balasan kerana saya tahu ada hadis nabi
tentang semua ini spt berikut.
" Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan
telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau
upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)
"
( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan,
Al-Khattabi,
Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip
zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa
Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
"ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai
hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :"
Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga
datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat
hadiah)"
(Al-Bukhari & Muslim )
Membaca hadis ni,saya tahu saya takkan dapat semua hadiah2 itu jika saya
tidak bekerja di syarikat saya.Jika saya di rumah saja,supplier itu memang
tidak akan memberi hadiah ,voucher2 dan hamper2 itu.Saya takut apa yg saya
terima adalah rasuah bila membaca hadis ini.Tolong ustaz jelaskan .Di
bawah ini saya ada sertakan juga artikel tentang rasuah dalam islam.Boleh
ustaz huraikan lebih lanjut tentang takrif rasuah ? Terutama sekali takrif
rasuah bernombor 4.Maaf atas pertanyaan saya yang panjang.Penjelasan dan
jawapan ustaz amatlah berharga .Terima kasih banyak2 ustaz atas masa yang
diberi.
Rasuah Menurut Islam
Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan
manusia
(baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan)
yang
sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga
ada orang
yang cuba menyatakan bahawa �ini bukan rasuah, tapi upah'.
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah
Subhanahu wa
Ta'ala berfirman,
Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang
lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa
(urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian
daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal
kamu mengetahui." ( Al- Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadith :-
?Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima
rasuah
dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)"
( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Takrif Rasuah dan Sogokan
1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau
kepentingan
mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih,
atau apa-apa
manfaat seumpama itu yang lain;
2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau
perkhidmatan, dan
apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan
atas
apa-apa sifat;
3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa
pinjaman, obligasi
atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus,
potongan
atau peratusan;
5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau
nilai wang atau
benda berharga;
6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan
daripada apa-
apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau
daripada apa-
apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah,
sama ada atau
tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada
menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
Bagi sesiapa yang bekerja di sektor perniagaan dan politik terutamanya,
saya kira tidak
sukar untuk menemui atau mendapati salah satu antara empat kategori tadi
berlaku.
Ingatlah sekali lagi beberapa penekanan Islam berikut :-
1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
" Barangsiapa yang telah kami ambil untukmelakukan sesuatu kerja, dan
telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau
upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)
"
( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan,
Al-Khattabi,
3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip
zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa
Nabi,
lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
"ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai
hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :"
Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang
kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)"
(Al-Bukhari & Muslim )
3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu �alaihi
wa Sallam
mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang
tunduk
kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu
kerana Rasulullah
Sallallahu �alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar
dibahagi dua;
separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada
kaum
Muslimin.
Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang
Yahudi datang
kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:
"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih
dari
separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang
makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru
membuatkan
diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah
barang haram, dan
kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka
(Yahudi)
berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik,
Al
Muwattha':1450].
4) Rasulullah Sallallahu �alaihi wa Sallam bersabda :
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah
yang
diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].
Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah,
kedua-duanya
adalah jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari
jalan rasuah
adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram.
Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam
keharaman ini
wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta'zir.
Ta'zir yang berat perlu dikenakan kepada pesalah-pesalah ini agar ia
benar-benar menjadi
pengajaran bagi mereka dan menjadi pencegah kepada umat Islam lainnya.
Dengan tidak
diterapkannya sistem uqubat Islam pada hari ini, kita menyaksikan mereka
yang terlibat
dengan kes rasuah masih mampu senyum dan kelihatan tenang semasa menghadapi
perbicaraan di mahkamah dan langsung tidak kelihatan rasa kesal dan takut
pada wajah-
wajah mereka dengan kekejian yang mereka lakukan.
Isu Melapor Bagi Yang Mengetahui
Menurut hukum Islam, individu yang mengetahui wajib ke atasnya untuk
melaporkan
kepada pihak berkuasa. Jika tidak, ia dikira bersubahat dan turut mendapat
dosa hasil
menyembunyikannya. Penyembunyian atau membiarkan gejala ini berterusan di
sekeliling kita akan memberikan kesan buruk kepada Islam, syarikat,
organisasi dan
Negara. Akhirnay, semuanya akan terkesan dan merudum jatuh.
Malangnya, saya pasti senarai sebab-sebab berikut merupakan antara
halangan utama
seseorang yang mengetahui atau punyai maklumat dari melaporkannya :-
1) Tidak punyai bukti bertulis atau jika ia miliknya sekalipun ia
tergolong dalam
katergori dokumen rahsia rasmi. Jika didedahkan si pelapor pula yang akan
ditangkap di
bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Masalah ini mestilah diselesaikan oleh pihak berkuasa jika benar-benar
serius dalam
usaha membanteras rasuah.
2) Tidak sampai hati untuk melapor kerana mereka yang terlibat adalah
rakan dan
kenalan rapat.
Bagi sesiapa yang terlibat dalam kategori ini, sedarialh anda turut
berdosa kerana
bersubahat.
3) Bersikap tidak peduli yang berpegang dengan falsafah �lantak hang la,
asalkan tidak
libat aku, sudah'.
Ini juga dikira berdosa di dalam Islam.
4) Malas untuk terlibat dan ulang alik ke mahkamah untuk keterangan di
sana dan di
sini.
Sepatutnya, tiada malas dalam menjalankan tugas memerangi mungkar dan
kemaksiatan.
Malas begini menandakan hati yang semakin �mati' dari iman.
5) Takut diri sendiri terjerat apabila kerahsiaan dirinya sebagai pelapor
tidak di jamin
selamat.
Ini juga perlu di selesaikan oleh pihak berkuasa. Tanpanya, semua hanya
akan berdiam
diri.
6) Kurang yakin kepada pihak berkuasa. Bimbang pihak berkuasa juga akan
dirasuah hingga akhirnya si pelapor pula yang dibuang kerja atau di ambil
tindakan.
Pihak berkuasa perlu berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat kepada
mereka.
Keyakinan tidak boleh dipaksa-paksa, ia akan datang dengan pembuktian tahap
kesungguhan mereka.
7) Takut kerana individu yang terlibat rasuah itu punyai �cable', jawatan
tinggi , hebat
dan besar.
Bagi keadaan ini, ia adalah tanda kehancuran sedang menanti bagi Negara
yang punyai keadaan ini.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang
terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang
bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada
di
tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku
potong tangannya!"

Jawapan

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum, soalan anda yang panjang lebar membuktikan betapa fahamnya anda mengenai senario rasuah dalam negara kita. dan anda mempunyai kesedaran untuk menghapusnya melalui nilai-nilai Islam. Eloklah kalau anda tidak menerimanya atas hujah yang anda buktikan. Sekiranya tidak boleh menolaknya , terimanya dan berikan kepada bos kita dan tuliskan sepucuk surat jabatan mengucapkan terima kasih diatas penberian tersebut, dan nyataka bahawa ia takan berlaku di masa hadapan. Untuk menggunakan pemberian tersebut boleh lah diadakan " hari Keluarga jabatan " dan hadiah tersebut bolehlah digunakan berama-ramai itu lah cara yang terbaik.

Tiada ulasan: