Jumaat, 7 Jun 2013

SUAMI JUGA ADA YANG BERZINA...BEGITU JUGA MASIH ISTERI ORANG JUGA BERZINA...JANDA DAN DUDA JUGA BERZINA...MAKA HUKUM ALLAH HENDAKLAH REJAM...ADAKAH IANYA TAK SESUAI LAGI...ALLAH MEMBUATNYA UNTUK MENYELAMATKAN MANUSIA DARI KEROSAKAN...TETAPI MANUSIA TETAP DEGIL...BERMAKNA IA JUGA MENGHINA HUKUM ALLAH...SEOLAH2 TAK SESUAI ATAU MENGANGGAP DAH LAPUK...MAKA TERBATAL SYAHADAHNYA

Suami cekup isteri berkhalwat dengan kekasih Bangladesh


isteri-curangKuala Lumpur - Seorang isteri yang menjalin hubungan sulit dengan lelaki Bangladesh bertindak ganas terhadap suaminya apabila membelasah lelaki itu dengan topi keledar selepas dia ditangkap basah suaminya dalam kejadian berdekatan Pasar Seni di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, suami wanita terbabit cedera di muka akibat dibelasah dengan topi keledar oleh wanita berusia 38 tahun dan sudah mempunyai tiga anak itu.

Sumber polis berkata, ketika kejadian suami wanita berkenaan yang bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota sedang bekerja dan kesempatan itu digunakan wanita terbabit untuk keluar bersama teman lelakinya.

Menurutnya, wanita berkenaan dan pasangannya dipercayai beberapa bulan menjalin hubungan sulit dan sering berjumpa ketika suaminya bekerja.

“Pada hari kejadian pasangan itu berjalan-jalan di Pasar Seni sebelum ke sebuah hotel bajet berdekatan tanpa sedar mereka diekori suami wanita itu.

“Suaminya mengekori pasangan itu hingga ke bilik hotel sebelum memberi kejutan kepada mereka dengan masuk ke bilik,” katanya.

Katanya, akibat malu dengan tindakan isterinya, suami wanita berkenaan memarahi pasangan berkenaan menyebabkan wanita itu bertindak ganas.

Menurutnya, wanita itu tanpa belas kasihan membelasah suaminya dengan topi keledar hingga lelaki itu cedera di muka sebelum melarikan diri bersama teman lelakinya.

Susulan kejadian itu, suami wanita berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.
-MD

Isteri curang; mengaku bersetubuh dengan kekasih lebih ’10 kali’


Hancur luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri tersayang menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan sudah terlanjur dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini.
Hubungan sulit wanita 30-an itu bermula pertengahan 2010 diketahui suaminya kelmarin melalui facebook isterinya itu sebelum cuba bertanya keadaan sebenar hingga mereka bertengkar.
Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu terkejut mendengar pengakuan isterinya yang sanggup menduakan dirinya dengan lelaki lain.
Katanya, suami berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Damansara, semalam.
“Suami terbabit tidak menyangka isterinya sanggup melakukan hubungan seks dengan lelaki lain lebih 10 kali, selain mengaku mencintai lelaki itu lebih daripada dirinya.
“Isterinya membuat pengakuan bahawa sanggup menunggu teman lelaki ‘gelapnya’ itu walaupun banyak rintangan dihadapi,” katanya di sini, semalam.
Selepas mendengar pengakuan isterinya, suaminya membuat laporan polis kerana mahu tindakan lanjut diambil ke atas lelaki itu.
Sumber berkata, wanita itu juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota ketika suaminya tiada di rumah. – maklumat.my

Suami terkejut,Isteri mengaku terlanjur 10 kali


heyW1Hancur luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri tersayang menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan sudah terlanjur dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini.
Hubungan sulit wanita 30-an itu bermula pertengahan 2010 diketahui suaminya kelmarin melalui facebook isterinya itu sebelum cuba bertanya keadaan sebenar hingga mereka bertengkar.
Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu terkejut mendengar pengakuan isterinya yang sanggup menduakan dirinya dengan lelaki lain.
Suami berkenaan kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Damansara selepas tidak tahan dengan perangai isteri terbabit.
“Suami terbabit tidak menyangka isterinya sanggup melakukan hubungan seks dengan lelaki lain lebih 10 kali, selain mengaku mencintai lelaki itu lebih daripada dirinya.
“Isterinya membuat pengakuan bahawa sanggup menunggu teman lelaki ‘gelapnya’ itu walaupun banyak rintangan dihadapi,” katanya di sini.
Selepas mendengar pengakuan isterinya, suaminya membuat laporan polis kerana mahu tindakan lanjut diambil ke atas lelaki itu.
Sumber berkata, wanita itu juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota ketika suaminya tiada di rumah. – Informasi Dot My / Maklumat.my

Suami tangkap isteri berzina dengan ‘boss’


Seorang suami berasa hancur luluh hatinya setelah mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah di Rawang, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu.
Kepulangan beliau bertukar menjadi satu episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain.
Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa.
Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa yang enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri.
Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut.
Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakinya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah.

Hubungan sulit terbongkar,isteri bawa kekasih berasmara di rumah


maksiatKULIM – Seorang wanita sanggup mengakui lelaki yang dibawa balik ke rumahnya adalah suaminya bagi mengelak ditahan pihak berkuasa agama dalam sebuan ke kediamannnya di Lunas dekat sini, kelmarin.
Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, beberapa penduduk pergi ke rumah wanita berkenaan kira-kira jam 10.30 malam apabila mengesyaki wanita itu membawa balik teman lelaki.
“Wanita itu memaklumkan lelaki terbabit adalah ‘suaminya’ menyebabkan penduduk berasa curiga kerana difahamkan suami wanita tersebut berkenaan sedang menghadiri kursus di luar kawasan untuk tempoh beberapa minggu.
“Penduduk kemudian memanggil seorang lelaki lain dipercayai mengenali suami wanita itu, sebelum wanita berkenaan menukar pengakuan bahawa lelaki yaang beraada di ruang tamu rumahnya adalah adik tiri suaminya.
“Seorang daripada penduduk kemudia menghubungi suami wanita itu, dan memberi nama lelaki terbabit untuk pengesahan, namun dia tidak mengenalinya sebelum meminta tindakan diambil terhadap isterinya,” katanya. – Informasi.my

Suami terkaku, melihat isteri beranak 5 ‘kongsi badan’ dengan lelaki lain


2Petaling Jaya  -  Bukan sekadar curang, malah seorang wanita turut nekad mengacukan pisau serta mengugut untuk membunuh suaminya sejurus dia dicekup ketika asyik berasmara dengan lelaki lain di rumahnya di Desa Mentari, di sini, pagi kelmarin.
Itu perlakuan terlampau isteri berusia 38 tahun yang juga ibu kepada lima anak terhadap suaminya yang dikahwini selama 18 tahun lalu.
Sumber polis berkata, kejadian bermula kira-kira jam 6 pagi ketika suami wanita itu, seorang kontraktor berusia 41 tahun, baru tiba di rumahnya selepas menyelesaikan urusan kerja di luar kawasan.
Menurutnya, sebaik membuka pintu rumah, lelaki itu terkejut mendapati isterinya berada dalam keadaan mengaibkan bersama seorang lelaki tidak dikenali di ruang tamu.
“Berikutan itu berlaku pertengkaran antara suami isteri terbabit sebelum kekasih kepada wanita itu turut masuk campur dan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan termasuk mahu membunuh kontraktor itu,” katanya.  – hmetro

Isteri berasmara dengan warga Bangladesh di ruang tamu semasa suami tidur lena di bilik



MUAR – Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.
Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan
ke atasnya.
Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.
“Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.
“Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit,” katanya.
Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.
Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita
berkenaan.
“Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada
mata,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. - SH

Suami menangkap Isteri curang dengan kekasih gelapnya


MELAKA – Begitulah bila si isteri curang, suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.
Namun apa yang lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan ‘kekasih gelapnya’ di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.
Si suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, berasa geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.
Menurut Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.
Tambah Salman, beliau yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.
“Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra,” katanya di sini semalam.
Info Riadah @ forblogger


10 Perkara Pembatal Keislaman

 by Muhammad Fashan

10 Pembatal KeislamanKita sering mempelajari, membaca atau mendengar tentang perkara-perkara yang membatalkan wudhu’, solat dan puasa malah mungkin kita sudah menghafalnya, namun sedarkah kita apa pula perkara-perkara yang boleh membatalkan keislaman kita?
Kalimah An-Nawaqidh (النواقض) jama’ (plural) kepada An-Naqidh (الناقض) bermaksud Pembatal sebagaimana disebut perkara yang membatalkan wudhu’ dan solat. Maka sebagaimana perkara-perkara yang membatalkan wudhu’ menyebabkan wudhu’ dan solat kita tidak sah begitu jugalah perkara-perkara yang membatalkan Islam turut menyebabkan Islam kita tidak sah. Para ulama’ juga menyebut bahawa perkara-perkara yang membatalkan Islam adalah Anwa’u Ar-Riddah (jenis-jenis perkara yang boleh menyebabkan murtad (keluar dari agama Islam).
Justeru mengetahui hal ini dan mempelajarinya adalah sangat penting agar kita dapat berwaspada dan tidak terjebak ke dalamnya, malah jika perkara ini tidak dipedulikan oleh seseorang muslim maka ditakuti dia terjebak ke dalamnya sama ada secara sedar ataupun tidak. Firman Allah Ta’ala menyebutkan ancaman kepada mereka yang murtad dan keluar dari Islam:
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya:
“Barang siapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah:217)
Berikut adalah perkara-perkara yang boleh membatalkan Islam:
1. Syirik dalam beribadah kepada Allah Ta’ala.
Jenis riddah yang paling besar adalah mensyirikkan Allah di dalam Ibadah, iaitulah menyembah bersama Allah dengan yang lain, seperti menyembelih atau berkorban kerana selain Allah (untuk jin, wali, semangat,bomoh), atau bernazar kerana selain-Nya, atau sujud (beribadah) kerana selainNya, atau beristighatsah (memohon) kepada selain Allah terhadap apa yang tidak mampu menentukkannya melainkan Allah, seperti berdoa memohon kepada Nabi, wali atau berdoa kepada kubur dan kesemua bentuk ibadah yang sepatutnya hanya khusus untuk Allah, Firman Allah Ta’ala:
إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَار
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun” (Al-Ma’idah:72)
Firman Allah lagi:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (An-Nisa’:48)
2. Sesiapa yang menjadikan diantara dirinya dan Allah perantara-perantara dan berdoa dan meminta kepada mereka dan bertawakkal kepada mereka. Maka kufur dengan ijma’ (kesepakatan Ulama’).
Perbuatan ini sebenarnya telah terjadi ke atas ramai golongan yang masih mendakwa bahawa mereka adalah Islam terutama dikalangan mereka yang menisbah kepada Syiah, Sufiyyah, Quburiyyun (penyembah-penyembah kubur) dan yang sengkatan dengan mereka. Mereka mendakwa bahawa hal tersebut tidak syirik dan kufur yang syirik dan kufur bagi mereka hanyalah menyembah patung dan berhala, lalu mereka menjawab kita hanya menjadikan kubur Nabi atau wali tempat bedoa sebagai wasilah (perantara) yang boleh mendekatkan kita kepada Allah, sebenarnya jawapan mereka ini juga sama dengan kaum musyrikin di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Allah berfirman:
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى
“Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya” (Az-Zumar:3)
Walaupun mereka tidak mengaku bahawa mereka menyembah kuburan dan telah mensyirikkan Allah dan mereka hanya mendakwa kubur Nabi atau wali sebagai perantara yang boleh memberi syafaat kepada mereka namun Allah tetap menamakan mereka dengan Syirik Firman Allah Ta’ala:
وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَؤُلَاءِ شُفَعَاؤُنَا عِنْدَ اللَّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ
“Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah: “Apakah kamu mengkhabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?” Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu).” (Yunus:18)
3. Sesiapa yang tidak mengkafirkan golongan musyrikin, atau syak (ragu-ragu) tentang kekufuran mereka, atau membenarkan mazhab (pendapat) mereka, maka kufur.
Masalah ini merupakan masalah yang paling berbahaya, akibat dari kejahilan seseorang terhadap Tauhid maka dia boleh terjerumus kedalam masalah ini. Namun kita haruslah mengkafirkan sesiapa yang telah jelas akan kekafirannya dan berlepas diri dari kaum musyrikin sebagaimana Nabi Ibrahim a.s berlepas diri dari bapa dan kaumnya yang mensyirikkan Allah Ta’ala:
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِي بَرَاءٌ مِمَّا تَعْبُدُونَ (26) إِلَّا الَّذِي فَطَرَنِي فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ
“Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Sesungguhnya aku berlepas diri terhadap apa yang kamu sembah, tetapi (aku menyembah) Tuhan Yang menjadikanku; kerana sesungguhnya Dia akan memberi hidayah kepadaku”.(Az-Zukhruf:27)
4. Sesiapa yang ber’itiqad (meyakini) bahawa selain dari petunjuk Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lebih sempurna dari petunjuk baginda, atau bahawa hukum selainnya lebih baik dari hukum baginda, seperti orang-orang yang menganggap dan melebihkan hukum-hukum Thaghut ke atas hukumnya maka dia telah kafir.
Firman Allah ta’ala:
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ
“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? (As-Syuura:21)
Firman Allah Ta’ala:
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
“Mereka menjadikan orang-orang alim (ulama’-ulama’), dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan” (At-Taubah:31)
5. Sesiapa yang membenci sesuatu yang telah dibawa oleh Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam walaupun dia beramal dengannya maka dia kufur.
Firman Allah Ta’ala:
ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
“Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Qur’an) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka” (Muhammad:9)
Sebagaimana orang yang membenci dan tidak suka kepada sunnah-sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga boleh membawa kufur dan keluar dari Islam.
6. Sesiapa yang mempersendakan sesuatu daripada agama Rasul atau ganjaran Allah atau balasan-Nya, kufur
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ
“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman.” (At-Taubah:65)
Hal ini sebagaimana sebahagian mereka yang mempersendakan ayat-ayat al-Quran atau mempersendakan sunnah-sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Seperti contoh orang yang mengatakan kepada orang yang menyimpan janggut sebagai kambing atau menghina sunnah Nabi yang lain maka mereka telah kafir berdasarkan nas al-quran. Maka sesiapa sahaja yang menghina apa yang dibawa oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sama ada perkara yang fardhu mahupun sunnah maka dia telah murtad keluar dari Islam.
7. Sihir: Sama ada sihir Haqiqi atau sihir Takhlili (bentuk penyamaran) sesiapa yang melakukannya atau meredhainya maka kufur.
Firman Allah Ta’ala:
وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ
“Sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir” (Al-Baqarah:102)
Firman Allah Ta’ala:
وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ
“Hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir).Mereka mengajarkan sihir kepada manusia” (Al-Baqarah:102)
8. Menolong kaum Musyrikin dan membantu mereka dalam menyakiti atau memerangi kaum Muslimin
Firman Allah Ta’ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim” (Al-Ma`idah:51)
Termasuk juga sesiapa yang menyeru agar berkasih-sayang sesama orang kafir, hal ini kerana sesiapa yang mencintai orang kafir maka dia telah meredhai dan tidak mengingkari kekafirannya, sesiapa yang tidak mengingkari kekufuran maka dia kafir.
9. Sesiapa yang ber’itiqad (meyakini) bahawa sebahagian manusia mempunyai keluasan untuk keluar dari Syari’at Muhammad sallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana keluasan yang diberikan kepada Khadir untuk keluar dari Syari’at Musa ‘Alaihi massalam maka dia telah kafir.
Sesiapa sahaja yang membolehkan keluar dan tidak beramal dengan Syari’at Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan memilih thariqah-thariqah yang selain Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam maka dia telah kafir hal ini kerana Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam diutuskan untuk manusia keseluruhannya.
Begitu juga seperti sebahagian kaum Sufi yang mengaggap Syaikh-syaikh atau wali-wali mereka telah gugur daripada melaksanakan syariat, dan juga keyakinan adanya syariat dan hakikat, kulit dan isi maka kesemuanya boleh membawa kepada kufur kepada agama Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Begitu Sesiapa yang tidak menyahut seruan dan syariat Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wa sallam sama ada dia seorang Yahudi, nasrani mahupun majusi maka dia telah kafir.
Firman Allah Ta’ala:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan Kami tidak mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui” (Saba’: 28)
10. Berpaling daripada agama Allah Ta’ala dan tidak mahu mempelajarinya dan juga tidak mahu beramal dengannya.
Firman Allah Ta’ala:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (Thaaha:124)
Firman Allah Ta’ala:
وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ
“Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka.” (Al-Ahqaaf:3)
Firman Allah Ta’ala:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa” (As-Sajdah:22)
Kesemua perkara-perkara yang membatalkan Islam ini tidak membezakan sama ada yang sengaja dan mempunyai niat untuk bercakap atau melakukannya begitu juga bagi sesiapa yang hanya bertujuan bermain-main atau hanya gurauan namun pembatal-pembatal ini terkecuali bagi mereka yang dipaksa (sambil hatinya tenteram dan tenang dengan keimanan) sebagaimana firman Allah Ta’ala:
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
“Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.” (An-Nahl:106)
Maka menjadi kewajipan ke atas setiap muslim agar berwaspada dan sentiasa menjaga dirinya daripada terjebak kepada perkara-perkara yang memusnahkan ini..
Semoga Allah menyelamatkan kita dari kemurkaanNya dan mematikan kita di atas Islam…
Abu Ayyub,
Al-Madinah An-Nabawiyyah
21 Zulhijjah 1431H

Tiada ulasan: