Pengajaran dari medan Tabuk
Mohammad Faizal Che Yusof, | 04 Jun 2013 |
Peperangan Tabuk adalah medan terakhir yang disertai oleh baginda Rasul Allah S.A.W sejurus sebelum kewafatan baginda. Selain medan Tabuk itu sendiri, peristiwa-peristiwa sebelum dan sesudah peperangan tersebut baik untuk diambil iktibar sebagai pedoman.
Perjanjian Hudaibiah telah member ruang yang cukup luas kepada baginda Rasul Allah S.A.W dan para sahabat meyusun gerakan dakwah di seluruh tanah Arab. Satu demi satu utusan telah dihantar keluar dari Madinah sebagai duta kerajaan Islam menyampaikan risalah.
Dalam usaha tersebutlah, seorang utusan Rasulullah S.A.W yang bernama Harith Ibn Umair telah dibunuh semasa membawa risalah Islam di kawasan jajahan Rom. Pembunuhan ini telah menjadi antara faktor kepada gerakan tentera Mu’ta yang dipimpin oleh tiga panglima Islam iaitu Zahid Bin Harithah, Ja’far Abi Talib dan Abdullah Bin Rawahah.
Dalam masa melepaskan tentera pimpinan Zahid Bin Harithah ini, baginda Rasul Allah S.A.W telah memberi pesan yang amat bermakna. Antara pesanan baginda termasuklah betapa mereka perlu menjaga adab-adab peperangan seperti tidak memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tidak membunuh mereka yang lemah, dan tidak sewenang-wenangnya membakar rumah atau kediaman.
Antara yang paling penting, pesanan Rasulullah S.A.W kepada tentera Mu’ta, ialah maranya mereka bukanlah kerana membalas dendam atas kematian Haris Ibn Umair. Lebih dari itu misi mereka hanya satu iaitu meletakkan kalimah tauhid sebagai matlamad. Demikianlah betapa umat Islam perlu mampu berhadapan dengan pengkhianatan dalam menyatakan kebenaran.
Sebagaimana Rasulullah S.A.W mendidik para sahabat untuk tidak tunduk dengan Ghassan yang membunuh utusan baginda, demikianlah perjuangan mendaulatkan Islam mesti sentiasa beriringan dengan ketegasan dan kebijaksanaan. Tegas dalam menyatasusakan pendirian atas dasar kebenaran dan bijak dalam mengatur gerakan.
Sesungguhnya peperangan Mu’ta telah memberi kesan psikologi yang mendalam kepada penduduk setempat yang dikuasai Rom. Rakyat yang selama ini ditindas oleh kekuasaan Rom telah mempunyai satu persepsi baru bahawa kekuasaan Rom tidak selamanya kekal dan keadilan Islam telah dilihat sebagai kuasa yang mampu menggantikan kezaliman kerajaan Rom.
Rom tidaklah dikatakan mengalami kekalahan mutlak dalam medan Mu’ta. Pun begitu ia telah menjadi factor utama kepada tindakan Rom mengatur gerombolan tentera yang lebih besar. Kebijaksanaan Khalid Alwalid semasa mengakhiri medan Mu’ta cukup meninggalkan kesan yang memalukan kepada pemerintah Rom. Hasil risikan itulah, mendorong Rasulullah S.A.W dan para sahabat mengatur gerakan tentera untuk ke Tabuk.
Suasana peperangan Tabuk cukup mencabar. Selain jarak perjalanan yang jauh, waktu itulah pohon-pohon kurma mula berbuah dengan cuaca yang cukup panas. Pada saat itulah wajah-wajah sebenar mereka yang berjuang kerana Allah dan Islam diperlihatkan. Sejarah perjuangan telah membuktikan bahawa setiap cabaran kesusahan akan memperkuatkan penyatuan.
Dalam menempuh perjalanan jauh ke Tabuk, tentera muslimin telah juga melalui pelbagai peristiwa aneh. Paparan kejadian-kejadian tersebut banyak memaparkan bukti-bukti kerasulan Muhammad S.A.W dan membuktikan pertolongan Allah sentiasa beriringan dalam usaha mendaulatkan Islam.
Tabuk turut memaparkan betapa dalam perjuangan akan ada saja mereka yang culas. Ada yang digugat dengan rasa ragu dan tidak yakin, degil tidak mematuhi arahan, dan bermacam sikap yang menguji keteguhan setiap mereka yang berada dalam medan.
Medan Tabuk jugalah yang mencetuskan peristiwa tiga sahabat besar yang tidak menyertai peperangan. Sikap bertanggungjawab Kaa’b bin Malik, Murairah dan hilal yang tidak berdalih bila ditanya Rasul Allah S.A.W bukan calang-calang.
Apa yang nyata, Hanya mereka yang dipandu iman dan keyakinan kepada janji-janji Allah sahajalah mampu berada dalam suasana yang cukup getir sebagaimana ditempuhi para sahabat. - 25 Rajab 1434H.
Suruhanjaya atau jawatankuasa?
4 Jun 2013
Ramai pihak terutama pemimpin PR melihat tiada keperluan untuk disegerakan jawatankuasa ini. Malah, ramai ada di antaranya menggesa agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan wujudnya penyelewengan dalam PRU13 yang lalu.
Mereka adalah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang melihat Suruhanjaya Diraja lebih wajar dilaksanakan terlebih dahulu.
Kenyataan ini juga disokong oleh bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang berpendapat pembaharuan yang ingin dijalankan ke atas SPR berkenaan lebih sesuai dilakukan melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja dan bukannya Jawatankuasa Khas Parlimen.
Abdul Rashid berkata, "jalan pintas" seperti jawatankuasa khas tentang pembaharuan pilihan raya tidak boleh berkesan untuk membawa perubahan sebenar.
Difahamkan, menerusi Suruhanjaya Diraja, semakan secara keseluruhan terhadap SPR termasuk undang-undang pilihan raya dan memperbaiki SPR juga boleh dilakukan, seperti yang mahu dilaksanakan di Parlimen.
Malah, suruhanjaya ini akan terdiri daripada pakar undang-undang, pakar perlembagaan dan pakar-pakar demokrasi pilihan raya, berbeza dengan jawatankuasa yang hanya terdiri daripada Ahli Parlimen sahaja.
Namun, jika dilihat kepada tujuan asal Jawatankuasa khas Parlimen ini diwujudkan iaitu untuk memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti suruhanjaya tersebut, yang pada waktu ini diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri, rakyat pastinya akan menilai usaha ini ke arah positif.
Rakyat pasti dapat melihat penubuhan ini merupakan satu langkah untuk memastikan proses pilihan raya di negara ini mampu dilaksanakan secara lebih teratur, telus dan dipercayai semua pihak.
Pembaharuan yang dijangka akan mampu dibuat jawatankuasa ini, adalah menepis segala persepsi negatif yang selama ini ditujukan kepada SPR iaitu tidak telus dan banyak keraguan.
Persepsi ini mampu dihakis kerana penglibatan semua pihak termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang untuk mengawal fungsi dan pergerakan SPR, khususnya untuk PRU14.
Perkara yang sukar untuk ditangani di negara ini adalah persepsi negatif yang disebarkan tidak fakta yang berasas.
Malah, Najib sendiri dalam perhimpunan bulanan pertama bersama kakitangan Pejabat Perdana Menteri, semalam menegaskan kerajaan perlu belajar mengenai bagaimana mengurus lebih baik persepsi negatif yang disebarkan secara dalam talian terhadapnya.
Beliau berkata, kerajaan perlu menangani "kelemahan" itu kerana kebanyakan orang telah dikelirukan oleh usaha untuk menjatuhkan pentadbiran pimpinan BN.
Sekiranya Jawatankuasa Khas Parlimen ini dilaksanakan, kesemua anggota, termasuk Ahli Parlimen BN dan PR digesa memberi input yang berguna untuk perkukuhkan kredibiliti SPR.
Parti pembangkang juga diminta tidak memboikot keputusan kerajaan meletakkan SPR di bawah satu jawatankuasa khas yang dianggotai Ahli Parlimen.
Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN, Datuk Rahman Dahlan berkata, PR perlu menyertai jawatankuasa itu untuk melakukan penambahbaikan SPR kerana ia adalah kepentingan negara, bukannya kepentingan politik.
Ahli Parlimen Kota Belud itu mengingatkan Ahli Parlimen PR supaya jangan hanya bermain politik kerana selama ini pembangkang sering mendesak supaya SPR diletakkan di bawah Parlimen.
Peristiwa memboikot dalam Dewan Rakyat, pernah berlaku sebelum ini, di mana Dewan Rakyat meluluskan kesemua 22 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya tanpa dibahaskan pada 3 April 2012.
Ini berlaku kerana kesemua anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang gagal untuk memberi kerjasama dalam perbahasan.
Usul berkenaan mendapat sorakan setuju yang kuat daripada ahli penyokong kerajaan, manakala ahli parlimen pembangkang enggan untuk mengambil bahagian dalam undian tersebut.
Tindakan ahli parlimen PR itu, telah memaksa keputusan diluluskan tanpa dibahaskan oleh Speaker mengikut suara majoriti.
Sehubungan itu, perkara yang wajar dilakukan sekarang adalah pemimpin tidak kira BN ataupun PR perlu menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan segala masalah yang melibatkan keharmonian negara.
Antara saluran tersebut adalah menghantar petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 yang diragui. Selain itu, mereka juga perlu beri kerjasama yang sebaik mungkin untuk pastikan, tidak kira sama ada Jawatankuasa Khas Parlimen mahupun Suruhanjaya Diraja, berfungsi memperbaiki SPR dan proses pilihan raya di negara ini.
Usaha untuk membuat memboikot ataupun menghalang proses penambahbaikan SPR ini, tidak seharusnya dilakukan, kerana hanya akan memburukkan keadaan.
Sekat Facebook sebelum parah
4 Jun 2013
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.
Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu membangunkan membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan-bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.
“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu.
Mereka dipercayai menulis kata-kata itu di laman sosial berkenaan sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pada masa yang sama kata Hamidzun, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas dengan menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.
“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin turut menyokong sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.
"Laman sosial sepatutnya diguanakan secara berhemah, bukan tempat untuk mencaci, menghasut dan menipu. Facebook ini jika tidak disekat akan membawa lebih banyak mudarat. Saya rasa tidak ada ibu bapa atau cendekiawan yang membantah sekiranya kerajaan menyekat laman sosial ini," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya turut berharap KDN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertolak-ansur dengan golongan yang dianggap ‘pelampau’ yang sanggup menghina pemimpin negara dalam laman sosial.
“Bila bagi amaran mereka umpama tak peduli maka sudah tiba masanya KDN kenakan tindakan keras supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan. Tindakan tegas perlu diambil supaya keamanan negara dapat terpelihara daripada ancaman anasir-anasir seperti ini,” katanya.
Amuk lihat teman wanita curang
4 Jun 2013
Saksi kejadian berkata, dia ternampak mangsa bersama kekasihnya melarikan diri setelah dikejar suspek, sebelum pertengkaran berlaku antara suspek dan mangsa yang cuba dileraikan pasangan perempuan.
Melihatkan keadaan semakin tegang, orang ramai di tempat kejadian menghubungi polis untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) dari Balai Polis Kulim yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan pekan Kulim pergi ke tempat kejadian.
Melihatkan perlakuan suspek yang agresif, polis kemudiannya meleraikan pergaduhan diantara suspek dan mangsa.
Hasil pemeriksaan, polis menemui pisau berwarna hitam yang disimpan oleh suspek. Kesemua terlibat kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.
Suspek ketika ditemui berkata, dia tidak berpuas hati dengan sikap teman wanitanya yang curang.
Katanya, sebelum ini dia telah membelanjakan banyak wang kepada kekasihnya itu bagaimanapun kecewa setelah kekasihnya itu bermain kayu tiga.
“Kekasih saya sebelum ini tidak pernah menipu atau memberi sebarang alasan kepada saya sekiranya saya ingin membawanya keluar untuk bersiar-siar.
"Bagaimanapun sejak kebelakangan ini dia sering memberi alasan sibuk atau bekerja terutama sekali sekiranya mahu membawanya keluar pada waktu siang. Saya terkejut apabila menemuinya di sini," katanya.
Doktor tidak mengaku cabul
4 Jun 2013
Tertuduh, Dr T Alagaratnam Sivarajah, 63, didakwa melakukan perbuatan tersebut di Poliklinik Simpang Pulai di sini, antara jam 11.30 pagi hingga 12 tengah hari, 22 Mei lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memeluk, mencium mulut dan menyelak baju sehingga menampakkan pakaian dalam Farizah Yeop Dris yang berusia 50 tahun dari Lapangan Panorama Perdana.
Berikutan itu, mangsa boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang meperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-dua hukuman yang dinyatakan secara serentak jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, tertuduh minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadirah Isa memohon mahkamah mengenakan wang jaminan sebanyak RM8,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin.
Namun, peguam, K Nathan bertindak memohon pengurangan wang jaminan sebanyak RM5,000.
Menurutnya, tertuduh tinggal di Ipoh bersama keluarga serta mempunyai sebuah klinik yang diusahakan sejak 18 tahun lalu dan dia memberi jaminan anak guamnya akan hadir ke mahkamah sepanjang prosedur perbicaraan berlangsung.
Nur Syafiqah menetapkan RM8,000 wang jaminan dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Julai ini sebagai sebutan semula kes.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mangsa seorang peniaga perabot mendakwa dicabul doktor terbabit ketika berkunjung ke klinik bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja warga Bangladesh.
Difahamkan, doktor terbabit mengenali mangsa sejak 20 tahun lalu dan merupakan doktor keluarga mangsa serta sering membawa pekerja warga asing untuk menjalani pemeriksaan kesihatan memandangkan segala kemudahan terdapat di klinik berkenaan.
Tarian 'lucah' ditonton umum
4 Jun 2013
Yang Dipertuanya, Firdaus Masod dalam satu kenyataan semalam melahirkan kekesalan di atas penganjuran majlis tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan di Segamat mahupun Malaysia.
“Hari Sabtu lepas, pada jam 8.30 malam, saya menerima laporan sebuah pusat beli belah menjadi penganjur kepada majlis itu yang mana program tersebut memaparkan tarian separuh bogel.
“Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit.
“Apa yang dikesali, tarian itu turut ditonton oleh anak-anak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum dan hujung minggu,” katanya.
Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum.
Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehingga menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
“Peristiwa ini bagi saya secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negeri Johor ini.
”Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat di negeri ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat,” katanya.
Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
“Kami percaya hanya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.
Kolam Air Panas Kerling kini kering kontang
3 Jun 2013
Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, punca masalah itu sudah dikenalpasti dan beliau memohon kerjasama Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) supaya mengubahsuai kolam sedia ada bagi melancarkan aliran air panas daripada sumbernya.
“Difahamkan air mata air yang mengalirkan air panas di kolam ini tersumbat oleh struktur simennya.
“Oleh itu, ia perlu dipecahkan dan membina sistem takungan lebih baik bagi melancarkan aliran air panas,” katanya selepas melawat kolam air panas itu di sini.
Kee Hiong berkata, kerja menaiktaraf kolam itu dilakukan sebanyak tiga kali menyebabkan ketebalan simen sehingga menyekat aliran air panas ke dalam kolam.
Menurutnya, hasil maklumat lawatan ke kawasan itu mendapati air panas tidak lagi mengalir ke kolam sebaliknya membentuk saluran baru yang terus ke sungai.
“Saya meminta MDHS melaksanakan tindakan yang perlu mengatasi isu ini.
“Jika tidak dapat, saya menjemput pakar yang boleh membantu bagi memastikan sumber semulajadi kawasan ini yang menjadi tarikan pelancong terus terpelihara dengan baik,” katanya.
Katanya, ketika lawatannya ke kawasan itu beliau turut menemui keluarga pengunjung daripada Kuala Lumpur yang kecewa kerana tidak dapat menikmati kemudahan air panas di situ.
Menurutnya, keluarga itu hanya bermandi manda di sungai bersebelahan. “Ini tempat unggul kerana terdapatnya air panas dan air sejuk berdekatan.
“Sesetengah kawasan hanya ada air panas sahaja, tetapi berbeza di sini dan kesemulajadiannya terpelihara,” katanya.
GEMPAK: Pawagam bakal pecah pintu !
Posted on Tuesday, June 04 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"
Menteri TV dan PAWAGAM Ahmad Shabery Cheek dilaporkan bercadang agar filem kontroversi TANDA PUTERA ditayangkan bulan Ogos nanti di pawagam terpilih.
Filem ini telah mendapat kelulusan FINAS untuk ditayangkan sebelum PRU 13 tetapi hingga kini belum ditayangkan. Pemimpin rasis UMNO seperti Mahathir begitu teruja agar filem tersebut ditayangkan segera.
PM Najib ketika sebelum PRU 13 hanya menghadkan tayangan untuk golongan tertentu sahaja seperti warga FELDA dan warga UIA.
Barangkali Najib ketika itu takutkan kehilangan sokongan pengundi Cina.
Kini dengan aura baru Menteri TV dan PAWAGAM, tentunya filem ini bakal ditayangkan ke seluruh negara.
Bezanya, jika filem lain ada tiket maka filem ini barangkali ditayangkan secara percuma. Bukan itu sahaja. Penonton bakal diangkut dengan bas-bas secara percuma.
Semasa tayangan, penonton dibekalkan makan minum secara percuma. Dan setelah tamat tayangan sebelum naik bas, penonton diberikan wang saku tanda terima kasih memeriahkan suasana PAWAGAM.
Yang pasti pawagam dipercayai akan dibanjiri oleh guru KEMAS,JKKK,warga emas FELDA dan pengundi saluran 1.
Jika cara itupun, tiada sambutan maka penganjur terutama JASA dan BTN akan mengadakan cabutan bertuah. Nescaya pecah panggung!
GEMPAK: Pawagam bakal pecah pintu!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan