Insya Allah, saya akan jumpa Zahid - Nasrudin
Harakahdaily, | 04 Jun 2013 |
Ini, katanya bagi menyampaikan rasa resah rakyat terhadap isu kematian tahanan dalam lokap polis, sekaligus mendapatkan penjelasan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri.
Beliau yang sedang menunaikan umrah menyebut, perhatianku tertumpu pada satu sms yang diterima bahawa berlaku lagi kematian dalam lokap Malaysia dan kekerapannya semakin membimbangkan.
Ahli Parlimen Temerloh itu menambah, sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan ini beliau sudah menerima 3 berita kematian dalam lokap tanpa sebab yang munasabah.
Kematian jurutera P Karuna Nithi dalam lokap Balai Polis Tampin pada 1 Jun lalu menjadikan kematian di bawah penyeliaan polis kepada sembilan orang tahun ini.
Sebelum ini, NGO hak asasi manusia Suaram berkata, mengikut senarai mereka sudah lapan yang meninggal bermula 14 Januari hingga 1 Jun lalu.
Selesaikan isu jualan Harakah, usah harap ehsan lagi!
Ahmad Lutfi Othman, | 04 Jun 2013 |
Jelas sekali, langkah represif yang bercanggah dengan amalan demokrasi itu -- apatah lagi slogan transformasi Najib Razak -- sarat dengan motif politik ekoran keputusan mengecewakan PRU13 bagi Umno-BN. Sama ada ia dipengaruhi perwatakan bebal Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi, yang mahu menunjukkan dia lebih layak menjadi pewaris takhta daripada Najib, saya tidak berminat mengulasnya.
Belum sempat kes penipuan PRU13 dan ketempangan menjolok mata dalam sistem pilihan raya kita selesai "dibentangkan" dalam siri perhimpunan Blackout 505, kerajaan menambahkan lagi senarai panjang siri aksi yang menjengkelkan. Suara rakyat mahu ditutup rapat melalui Akta Hasutan (dakwaan terhadap empat aktivis) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (rampasan organ parti Pakatan Rakyat).
Sejak dilancarkan pada Mac 1987, lebih 26 tahun lalu, pelbagai tekanan dilakukan KDN terhadap Harakah, dengan mengenakan bermacam-macam syarat dan peraturan "karut-marut. Bagaimanapun, pengurusan Harakah sedaya upaya cuba memenuhi segala kehendak dan karenah Menteri Dalam Negeri itu. Bagai bola, dilambung dan disepak sesuka hati.
Berbekalkan AMCP, tindakan selektif dibuat KDN bukan hanya menurut selera dan citarasa menterinya, tetapi dipandu oleh rangka kerja sistematik strategis Umno-BN bagi menghalang pengaruh Harakah, khususnya kepada masyarakat Melayu.
Selama ini, orang ramai mudah membeli Harakah di pasaran bukannya kerana mereka berhak mendapatkan akhbar alternatif itu, tetapi rupanya disebabkan oleh ehsan pemerintah. Apabila elit penguasa merasakan jumlah cetakan Harakah semakin meningkat dan ia berkesan untuk merubah pemikiran pembaca, agar menjadi lebih kritikal kepada Umno-BN, maka ehsan tersebut akan ditarik balik.
Selagi mana peruntukan menekan dan tidak demokratik dalam AMCP dikekalkan, terutama berkaitan keperluan permit (Seksyen 5 dan 6), kuasa mutlak menteri dan penyingkiran hak untuk didengar (Seksyen 13A dan 13B) serta denda berat yang dikenakan (Seksyen 8), maka kita akan terus menyaksikan fenomena penjualan Harakah hanya dibenarkan bebas ketika jumlah cetakannya dikira tidak mampu menggugat keutuhan kerajaan BN.
Harakah di zaman reformasi (1998-99) meningkat mendadak sehingga melebihi 350,000 naskhah. Regim Dr Mahathir Mohamad tidak menunggu lama untuk menghukum Harakah sebaik keputusan PRU1999 diumumkan. Kekerapan penerbitannya dipancung daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan; satu langkah bacul, namun tidak diberikan reaksi yang munasabah oleh pemimpin PAS dan pembaca Harakah sendiri.
Niat dan motif KDN jelas sekali. Kita tidak akan menyaksikan operasi rampasan Harakah besar-besaran dibuat setiap kali ia diedarkan di pasaran. Kita juga tidak akan mendengar berita bahawa penguatkuasa KDN bertindak menangkap ramai pengedar atau penjual untuk dihadapkan ke mahkamah, meskipun mereka boleh berbuat demikian.
KDN tidak sedungu itu untuk bertindak melampau, dengan melakukan siri operasi rampasan dan tangkapan di seluruh negara, kerana ia hanya akan membuktikan bahawa kerajaan Umno-BN langsung tidak bersikap toleran dengan pandangan berbeda.
Malah, saya yakin bahawa KDN tidak akan mengharamkan permit penerbitan Harakah disebabkan kewujudan akhbar seumpama Harakah boleh dijadikan testimoni bahawa Najib Razak masih memberi ruang kepada suara-suara kritikan. Ya, masih ada kebebasan akhbar di Malaysia!
Namun, dengan melakukan operasi rampasan (dan selebihnya ugutan kepada rangkaian pengedar dan penjual Harakah) di lokasi tertentu, tetapi meliputi hampir setiap zon di negara ini, maka komuniti pengedaran akhbar akan merasa takut dengan risiko tinggi menjual "bahan terlarang" kepada orang awam.
Ya, tepat sekali, Zahid dan KDN hanya mahu mencampakkan rasa takut kepada pengedar dan penjual Harakah, terutama yang terdiri daripada bukan kalangan aktivis parti, bahawa mereka bakal menanggung kerugian besar jika diambil tindakan undang-undang di bawah AMCP.
Kemerosotan jualan Harakah yang mendadak -- sehingga hampir 20,000 naskhah --- selepas operasi rampasan KDN itu mungkin membuatkan Zahid lega dan puas .... Motif dan objektif sudah tercapai.
Justeru, isu sekatan terhadap akhbar-akhbar parti politik, terutama syarat-syarat jualan hanya untuk ahli parti dan dikhususkan di premis parti, wajib ditangani dengan lebih serius dan bijaksana; sekali dan selamanya! Jangan hanya kerana KDN mengendurkan operasi buat satu tempoh tertentu maka kita berasa selesa.
Pengajaran dari medan Tabuk
Mohammad Faizal Che Yusof, | 04 Jun 2013 |
BANYAK
peristiwa sirah yang boleh kita pelajari dari bulan Rajab. Selain
himpunan pengajaran dalam peristiwa Israk Mikraj, peperangan Tabuk
adalah antara medan yang turut berlaku dalam bulan Rajab.
Peperangan Tabuk adalah medan terakhir yang disertai oleh baginda Rasul Allah S.A.W sejurus sebelum kewafatan baginda. Selain medan Tabuk itu sendiri, peristiwa-peristiwa sebelum dan sesudah peperangan tersebut baik untuk diambil iktibar sebagai pedoman.
Perjanjian Hudaibiah telah member ruang yang cukup luas kepada baginda Rasul Allah S.A.W dan para sahabat meyusun gerakan dakwah di seluruh tanah Arab. Satu demi satu utusan telah dihantar keluar dari Madinah sebagai duta kerajaan Islam menyampaikan risalah.
Dalam usaha tersebutlah, seorang utusan Rasulullah S.A.W yang bernama Harith Ibn Umair telah dibunuh semasa membawa risalah Islam di kawasan jajahan Rom. Pembunuhan ini telah menjadi antara faktor kepada gerakan tentera Mu’ta yang dipimpin oleh tiga panglima Islam iaitu Zahid Bin Harithah, Ja’far Abi Talib dan Abdullah Bin Rawahah.
Dalam masa melepaskan tentera pimpinan Zahid Bin Harithah ini, baginda Rasul Allah S.A.W telah memberi pesan yang amat bermakna. Antara pesanan baginda termasuklah betapa mereka perlu menjaga adab-adab peperangan seperti tidak memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tidak membunuh mereka yang lemah, dan tidak sewenang-wenangnya membakar rumah atau kediaman.
Antara yang paling penting, pesanan Rasulullah S.A.W kepada tentera Mu’ta, ialah maranya mereka bukanlah kerana membalas dendam atas kematian Haris Ibn Umair. Lebih dari itu misi mereka hanya satu iaitu meletakkan kalimah tauhid sebagai matlamad. Demikianlah betapa umat Islam perlu mampu berhadapan dengan pengkhianatan dalam menyatakan kebenaran.
Sebagaimana Rasulullah S.A.W mendidik para sahabat untuk tidak tunduk dengan Ghassan yang membunuh utusan baginda, demikianlah perjuangan mendaulatkan Islam mesti sentiasa beriringan dengan ketegasan dan kebijaksanaan. Tegas dalam menyatasusakan pendirian atas dasar kebenaran dan bijak dalam mengatur gerakan.
Sesungguhnya peperangan Mu’ta telah memberi kesan psikologi yang mendalam kepada penduduk setempat yang dikuasai Rom. Rakyat yang selama ini ditindas oleh kekuasaan Rom telah mempunyai satu persepsi baru bahawa kekuasaan Rom tidak selamanya kekal dan keadilan Islam telah dilihat sebagai kuasa yang mampu menggantikan kezaliman kerajaan Rom.
Rom tidaklah dikatakan mengalami kekalahan mutlak dalam medan Mu’ta. Pun begitu ia telah menjadi faktor utama kepada tindakan Rom mengatur gerombolan tentera yang lebih besar. Kebijaksanaan Khalid Al-Walid semasa mengakhiri medan Mu’ta cukup meninggalkan kesan yang memalukan kepada pemerintah Rom. Hasil risikan itulah, mendorong Rasulullah S.A.W dan para sahabat mengatur gerakan tentera untuk ke Tabuk.
Suasana peperangan Tabuk cukup mencabar. Selain jarak perjalanan yang jauh, waktu itulah pohon-pohon kurma mula berbuah dengan cuaca yang cukup panas. Pada saat itulah wajah-wajah sebenar mereka yang berjuang kerana Allah dan Islam diperlihatkan. Sejarah perjuangan telah membuktikan bahawa setiap cabaran kesusahan akan memperkuatkan penyatuan.
Dalam menempuh perjalanan jauh ke Tabuk, tentera muslimin telah juga melalui pelbagai peristiwa aneh. Paparan kejadian-kejadian tersebut banyak memaparkan bukti-bukti kerasulan Muhammad S.A.W dan membuktikan pertolongan Allah sentiasa beriringan dalam usaha mendaulatkan Islam.
Tabuk turut memaparkan betapa dalam perjuangan akan ada saja mereka yang culas. Ada yang digugat dengan rasa ragu dan tidak yakin, degil tidak mematuhi arahan, dan bermacam sikap yang menguji keteguhan setiap mereka yang berada dalam medan.
Medan Tabuk jugalah yang mencetuskan peristiwa tiga sahabat besar yang tidak menyertai peperangan. Sikap bertanggungjawab Kaa’b bin Malik, Murairah dan Hilal yang tidak berdalih apabila ditanya Rasul Allah S.A.W bukan calang-calang.
Apa yang nyata, hanya mereka yang dipandu iman dan keyakinan kepada janji-janji Allah sahajalah mampu berada dalam suasana yang cukup getir sebagaimana ditempuhi para sahabat. - 25 Rajab 1434H.

'Menang bukan kerana kuat, tapi ketakutan Melayu'
Tun
Dr Mahathir Mohamad berkata belum sampai masanya bagi Barisan Nasional
(BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang
kaum di Malaysia.
Bekas perdana menteri itu berkata pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.
"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.
"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya kepada Bernama di Yogyakarta Isnin.
"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.
"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum," kata Dr Mahathir.
Beliau berada di Yogyakarta kerana memberi syarahan umum mengenai "Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik" sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY).
Dr Mahathir berkata BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan tentang corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya.
Beliau ditanya mengenai sama ada BN boleh menerima kemasukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana Perikatan pada suatu masa lalu membawa masuk parti pembangkang ke dalam parti gabungan itu.
Dr Mahathir berkata BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN.
Mengenai prestasi UMNO pada PRU13, Dr Mahathir berkata walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu, ia masih berdepan dengan banyak kelemahan.
"Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO ataupun perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutamanya kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.
"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO," kata Dr Mahathir.
- Bernama

PM: Transformasi boleh tanpa tukar kerajaan
Kerajaan
akan meneruskan usaha membawa perubahan dan transformasi kerana rakyat
sudah menunjukkan mereka mahukan perubahan, kata Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata perubahan dan transformasi itu boleh dilakukan tanpa menukar kerajaan.
Perdana Menteri berkata demikian dalam entri terbaru untuk akaun laman sosial Facebook beliau semalam.
Dalam entri yang sama Najib berkata beliau menghadiri majlis perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
"Saya menghadiri majlis perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri selepas PRU13, di Dataran Perdana, Putrajaya, pagi tadi.

Dr M: Perlu peruntukan perlembagaan tak berperang
Tun
Dr Mahathir Mohamad berharap semua negara satu hari ini nanti mempunyai
peruntukan dalam perlembagaan yang menegaskan mereka tidak akan
melancarkan perang, kecuali untuk mempertahan diri.
Bekas perdana menteri Malaysia itu yang mempelopori Inisiatif Kuala Lumpur Menjadikan Perang Sebagai Jenayah, berkata bila itu wujud, dunia mungkin berada dalam keadaan aman.
"Jepun dalam perlembagaannya menyatakan ia tidak akan berperang, kecuali untuk mempertahan diri, dan ia mempunyai pasukan pertahanan diri yang tidak boleh melancarkan perang atau berperang di negara lain.
"Itulah satu-satunya negara di dunia yang memasukkan peruntukan ini...Memang kini ada gerakan untuk meminda perlembagaan supaya Jepun boleh berperang di negara-negara lain. Ini malang sekali," kata beliau.
Dr Mahathir menyatakan demikian dalam syarahan umum mengenai 'Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik' sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) di Yogyakarta.
Global Peace School yang merupakan kolaborasi antara Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) dan UMY, adalah sebahagian daripada inisiatif serantau oleh PGPF bagi mewujudkan sebuah sekolah antarabangsa bagi keamanan global dan penyelesaian konflik.
Dr Mahathir, pengasas PGPF, berkata Inisiatif Kuala Lumpur Menjadikan Perang Sebagai Jenayah, ingin menyatakan kepada dunia bahawa siapa saja yang memulakan perang mesti dianggap penjenayah.
"Misalnya, pemimpin sebuah negara yang memulakan perang, yang mengarahkan supaya sesebuah negara ditawan dan menakluki negara itu bagi menyelesaikan konfliknya dengan negara berkenaan, mesti diheret ke mahkamah," kata beliau.
Beliau berkata gerakan itu mendapat sokongan besar dari seluruh dunia, malahan ramai orang datang dari Amerika, Kanada dan tempat-tempat lain untuk menyokong usaha menjadikan perang sebagai jenayah.
Sementara itu, menjawab soalan semasa sesi soal jawab, Dr Mahathir mempertahankan tindakan Malaysia menyerang pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, sebagai perang mempertahan diri.
- Bernama
4 Jun 2013
SHAH ALAM - Pemilihan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik Selangor dianggap tepat
berdasarkan pengalamannya dalam bidang politik dan tidak perlu
dipertikaikan.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, peranan Saifuddin juga mampu menyatukan komponen Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
“Saifuddin ialah individu yang rapat dengan ketiga-tiga komponen PR (PKR, Pas dan DAP) oleh yang demikian posisi beliau sebagai 'political liaison' di Selangor adalah pilihan tepat.
“Walaupun bukan anak jati Selangor tetapi beliau mampu menyelesaikan pergeseran antara komponen PR Selangor atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung PKR,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKR Selangor mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelantikan Saifuddin sebagai Pegawai Perhubungan Politik tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
Menurut Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, MPN mahu tahu terlebih dahulu mengenai skop jawatan kerja itu dan mengapa orang politik seperti Saifuddin boleh dilantik memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Pelantikan Saifuddin diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR ke-9 di Petaling Jaya, minggu lalu.
Sementara itu Abdul Khalid dalam ucapan ketika kongres itu mengakui kelemahan tidak bijak dalam berpolitik, justeru mengumumkan penubuhan satu 'political liaison' di pejabat menteri besar.
Menteri besar itu berkata, penubuhan 'political liaison' akan mengendalikan hal ehwal politik dalam negeri dan mereka yang dilantik akan terdiri daripada individu yang pakar dalam lapangan tersebut.
Mengulas lanjut, Mohd Azizuddin berkata, pakatan pembangkang berdepan beberapa isu dan pertikaian antara beberapa pemimpin mereka yang boleh menjejaskan kepimpinan sejak Selangor sejak memenangi negeri itu pada PRU13 yang lepas.
Beliau turut tidak menolak kenyataan bahawa posisi yang digalas Saifuddin ini agak berat kerana perlu menjadi orang tengah yang neutral.
“Sewajarnya tidak perlu wujud persoalan mengapa bukan anak tempatan atau kenapa jawatan ini dipilih daripada PKR bukan parti lain.
“Pada saya, figura ini (Saifuddin) adalah individu yang paling layak dan mereka perlu menghormati beliau sebagai ‘orang tengah',” katanya.
Bekas perdana menteri Malaysia itu yang mempelopori Inisiatif Kuala Lumpur Menjadikan Perang Sebagai Jenayah, berkata bila itu wujud, dunia mungkin berada dalam keadaan aman.
"Jepun dalam perlembagaannya menyatakan ia tidak akan berperang, kecuali untuk mempertahan diri, dan ia mempunyai pasukan pertahanan diri yang tidak boleh melancarkan perang atau berperang di negara lain.
"Itulah satu-satunya negara di dunia yang memasukkan peruntukan ini...Memang kini ada gerakan untuk meminda perlembagaan supaya Jepun boleh berperang di negara-negara lain. Ini malang sekali," kata beliau.
Dr Mahathir menyatakan demikian dalam syarahan umum mengenai 'Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik' sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) di Yogyakarta.
Global Peace School yang merupakan kolaborasi antara Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) dan UMY, adalah sebahagian daripada inisiatif serantau oleh PGPF bagi mewujudkan sebuah sekolah antarabangsa bagi keamanan global dan penyelesaian konflik.
Dr Mahathir, pengasas PGPF, berkata Inisiatif Kuala Lumpur Menjadikan Perang Sebagai Jenayah, ingin menyatakan kepada dunia bahawa siapa saja yang memulakan perang mesti dianggap penjenayah.
"Misalnya, pemimpin sebuah negara yang memulakan perang, yang mengarahkan supaya sesebuah negara ditawan dan menakluki negara itu bagi menyelesaikan konfliknya dengan negara berkenaan, mesti diheret ke mahkamah," kata beliau.
Beliau berkata gerakan itu mendapat sokongan besar dari seluruh dunia, malahan ramai orang datang dari Amerika, Kanada dan tempat-tempat lain untuk menyokong usaha menjadikan perang sebagai jenayah.
Sementara itu, menjawab soalan semasa sesi soal jawab, Dr Mahathir mempertahankan tindakan Malaysia menyerang pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, sebagai perang mempertahan diri.
- Bernama
Pemilihan Saifuddin tepat, kata penganalisis
4 Jun 2013
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, peranan Saifuddin juga mampu menyatukan komponen Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
“Saifuddin ialah individu yang rapat dengan ketiga-tiga komponen PR (PKR, Pas dan DAP) oleh yang demikian posisi beliau sebagai 'political liaison' di Selangor adalah pilihan tepat.
“Walaupun bukan anak jati Selangor tetapi beliau mampu menyelesaikan pergeseran antara komponen PR Selangor atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung PKR,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKR Selangor mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelantikan Saifuddin sebagai Pegawai Perhubungan Politik tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
Menurut Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, MPN mahu tahu terlebih dahulu mengenai skop jawatan kerja itu dan mengapa orang politik seperti Saifuddin boleh dilantik memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Pelantikan Saifuddin diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR ke-9 di Petaling Jaya, minggu lalu.
Sementara itu Abdul Khalid dalam ucapan ketika kongres itu mengakui kelemahan tidak bijak dalam berpolitik, justeru mengumumkan penubuhan satu 'political liaison' di pejabat menteri besar.
Menteri besar itu berkata, penubuhan 'political liaison' akan mengendalikan hal ehwal politik dalam negeri dan mereka yang dilantik akan terdiri daripada individu yang pakar dalam lapangan tersebut.
Mengulas lanjut, Mohd Azizuddin berkata, pakatan pembangkang berdepan beberapa isu dan pertikaian antara beberapa pemimpin mereka yang boleh menjejaskan kepimpinan sejak Selangor sejak memenangi negeri itu pada PRU13 yang lepas.
Beliau turut tidak menolak kenyataan bahawa posisi yang digalas Saifuddin ini agak berat kerana perlu menjadi orang tengah yang neutral.
“Sewajarnya tidak perlu wujud persoalan mengapa bukan anak tempatan atau kenapa jawatan ini dipilih daripada PKR bukan parti lain.
“Pada saya, figura ini (Saifuddin) adalah individu yang paling layak dan mereka perlu menghormati beliau sebagai ‘orang tengah',” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan