Perpustakaan Selangor anjur Budimu Guru 16 Jun
Saidah Hairan, | 06 Jun 2013 |
SHAH ALAM:
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bersama Amalnita akan
menganjurkan majlis sanjungan Budimu Guru sebagai tanda penghargaan dan
menyantuni golongan pendidik.
Program tersebut akan diadakan pada Ahad, 16 Jun di auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Seksyen 13, Shah Alam.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof akan merasmikan program tersebut manakala pakar motivasi, Dr Ruziah Ghazali mengupas tajuk `Murabbi Penjana Khairah Ummah'.
Pengerusi Amalnita yang juga Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, majlis Budimu Guru perlu diadakan memandangkan guru banyak melakukan pengorbanan dalam memberikan pendidikan kepada masyarakat.
Pendidikan itu, katanya bukan sahaja di sekolah rendah dan menengah tetapi bermula di peringkat tadika sehingga ke peringkat universiti.
Beliau mengalu-alukan semua rakyat Selangor dan luar dari Selangor supaya datang ke majlis Budimu Guru bagi memeriahkannya.
Mereka yang berminat boleh emelkan kehadiran kepada Setiausaha, Puan Zaharah Awang 28 Rejab 1434 H | 7 Jun 2013ibuzarah@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it sebelum 10 Jun ini.

Pemuda PAS ucap takziah, tingkat keselamatan atlit
Harakahdaily, | 06 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah di atas kemalangan yang menimpa adik Muhammad Syafiq Imran Syahril (gambar), pelumba basikal Terengganu sehingga meragut nyawanya semalam.
Dalam kejadian pagi semalam, Allahyarham Muhammad Syafiq Imran sedang mengadakan sesi latihan rutin bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh dan digilis sebuah treler di Kampung Bukit Guntung, Tepoh.
“DPPM menganggap kejadian yang berlaku ke atas Allahyarham Muhammad Syafiq sebagai suatu tragedi malang yang begitu tragis dan menyayat hati,” ujar Ketua DPPM, Nasrudin Hassan.
Katanya, ia adalah suatu suratan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya.
“Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada pasukan Terengganu dan juga negeri-negeri lain agar sentiasa memberi perhatian terhadap keselamatan peserta mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, Ahli Parlimen Temerloh itu menasihatkan atlit sukan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa latihan mahupun perlumbaan supaya semua mereka mampu mengharungi acara yang dipertandingkan dengan selamat.
Katanya, kehilangan seorang pemain bererti sebutir bintang yang digilap juga telah hilang dan pergi sekelip mata.
Pastinya, kata beliau kehilangan beliau sukar dicari ganti kerana pasukan tersebut terpaksa mencari pelumba lain yang berbakat besar seperti Allahyarham Muhammad Syafiq.
“DPPM mengharapkan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian seberat ini dan turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di sisi Allah sebagai hambaNya yang soleh jua,” ujarnya lagi.

PAS Kelantan fail 3 petisyen PRU13
Anis Nazri, | 06 Jun 2013 |
KOTA BHARU: PAS Kelantan dijangka memfailkan petisyen pilihan raya bagi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam masa terdekat.
Tiga kawasan itu adalah Dun N25 Kok Lanas, N29 Selising dan N37 Air Lanas.
Perkara itu disahkan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Wan Nik Wan Yussof kepada Harakahdaily hari ini.
Menurut Wan Nik, tiga petisyen itu difailkan berasaskan kepada beberapa penemuan wujud salahlaku ketika kempen pilihan raya umum lalu.
Ianya termasuk berlakunya dakwaan membeli undi oleh BN, selain wujud unsur ugutan terhadap pengundi dan cara berkempen calon BN yang menggunakan pendekatan fitnah terhadap kepimpinan dan calon PAS.
"Secara asasnya, dakwaan-dakwaan itu wujud di ketiga-tiga Dun tersebut. Ada berlaku ugutan terhadap pengundi dari kalangan mereka yang menerima bantuan agensi kerajaan pusat supaya mengundi BN dan perinciannya berserta bukti-bukti akan dikemukakan kemudian," jelas beliau.
Bagaimanapun, kata Wan Nik, petisyen itu akan dikemukakan kepada panel peguam untuk dimuktamadkan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, kerusi Kok Lanas dimenangi oleh BN dengan hanya majoriti 169 undi menewaskan PAS.
Calon BN Datuk Md Alwi Che Ahmad mendapat 10,040 undi manakala calon PAS Nik Mahadi Nik Mahmood memperoleh 9,871.
Bagi kerusi Selising pula, calon BN Zulkefle Ali hanya menang dengan majoriti 107 undi terhadap calon PAS Saipul Bahrin Mohamad.
Zulkefle memperoleh 7,662 undi manakala Saipul Bahrin mendapat 7,555 dan seorang lagi calon bebas Ibrahim Ismail hilang deposit dengan mendapat hanya 120 undi.
Di Dun Air Lanas pula, menyaksikan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menang dengan hanya majoriti 46 undi terhadap calon PAS Abdullah Ya'akub.
Mustapa mendapat 6,605 undi manakala Abdullah mendapat 6,558 undi.

PRU12 janji bina hospital, selepas PRU13 tiada apa
Muhammad Faeez Azahar, | 06 Jun 2013 |
IPOH:
PAS Negeri Perak kesal dengan kerajaan BN yang sehingga hari ini belum
merealisasikan janji membina hospital di Parit Buntar sebaliknya
mengulangi janji itu demi menarik sokongan rakyat.
Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, hospital di Daerah Kerian itu yang telah dijanjikan semasa kempen PRU12 dahulu dan diumumkan beberapa kali oleh pimpinan serta menteri namun sehingga hari ini tidak direalisasikan.
“Dalam isu pembinaan hospital baru di Daerah Kerian, ianya telah timbul sejak pilihan raya umum tahun 2008 lagi dan diulangi oleh Perdana Menteri pada tahun 2011 serta Timbalan Perdana Menteri ketika kempen PRU13 baru-baru ini.
“Projek pembinaan itu sekali lagi diumumkan dan kali ini oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam di Teluk Intan beberapa hari lalu.
“Mereka umum banyak kali tetapi kenapa gagal juga untuk disiapkan,” katanya kepada Harakahdaily, hari ini.
Subramaniam, katanya turut mengumumkan untuk membina hospital di Kampar dan Bandar Seri Manjung sedangkan janji lama belum ditunai.
Jelas Ustaz Nuri, janji baru ini akan sentiasa dicanang sehinggalah pilihanraya kelak jika ianya masih tidak dilaksanakan.
“Bagi kami, kenyataan politik hanya membosankan rakyat kerana keperluan asas seperti pembinaan hospital baharu sewajarnya ditunaikan.
“Kami berharap jangan ketika sudah hampir dengan PRU14 nanti akan ada lagi yang menjanjikan benda yang sama yang masih belum terlaksana sepenuhnya.
“Kami bersama rakyat memberikan tempoh lima tahun kepada BN melaksanakan janji-janji mereka untuk membina hospital baharu tersebut,” jelasnya lagi.
KUALA LUMPUR: Exco Belia dan Sukan Selangor Dr Ahmad
Yunus Hairi mengharapkan perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri
Belia dan Sukan yang baru membuka lembaran baru pembangunan sukan negeri
itu.
Menurutnya, pada penggal lalu, Selangor berdepan kesukaran mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam urusan berkaitan sukan dan belia di Selangor.
Ianya juga termasuk hal berkaitan peruntukan sukan yang dilihat seperti mahu menganaktirikan Selangor yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
“Peruntukan daripada Kerajaan Pusat wajar diberi tanpa melihat batasan politik kerana kita mahu memajukan sukan di negara kita," katanya dipetik Selangorku.
Menurut beliau lagi, dalam mencari penyelesaian itu, Selangor akan mengadakan pertemuan dengan Khairy dalam masa terdekat bagi membincangkan kerjasama dan halatuju pembangunan sukan di negeri itu.
“Kita merancang untuk berjumpa beliau supaya diharapkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri tidak dianaktirikan,” kata beliau
Pertemuan rasmi itu katanya dijangka akan diadakan pada minggu depan dan surat rasmi sudah dihantar dan hanya menunggu respon daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Beliau menegaskan, kerajaan pusat tidak wajar untuk meminggirkan negeri Selangor dalam pembangunan sukan kerana negeri ini terbukti melahirkan atlet-atlet terbaik yang banyak menyumbang kepada kemajuan sukan negara.
Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, hospital di Daerah Kerian itu yang telah dijanjikan semasa kempen PRU12 dahulu dan diumumkan beberapa kali oleh pimpinan serta menteri namun sehingga hari ini tidak direalisasikan.
“Dalam isu pembinaan hospital baru di Daerah Kerian, ianya telah timbul sejak pilihan raya umum tahun 2008 lagi dan diulangi oleh Perdana Menteri pada tahun 2011 serta Timbalan Perdana Menteri ketika kempen PRU13 baru-baru ini.
“Projek pembinaan itu sekali lagi diumumkan dan kali ini oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam di Teluk Intan beberapa hari lalu.
“Mereka umum banyak kali tetapi kenapa gagal juga untuk disiapkan,” katanya kepada Harakahdaily, hari ini.
Subramaniam, katanya turut mengumumkan untuk membina hospital di Kampar dan Bandar Seri Manjung sedangkan janji lama belum ditunai.
Jelas Ustaz Nuri, janji baru ini akan sentiasa dicanang sehinggalah pilihanraya kelak jika ianya masih tidak dilaksanakan.
“Bagi kami, kenyataan politik hanya membosankan rakyat kerana keperluan asas seperti pembinaan hospital baharu sewajarnya ditunaikan.
“Kami berharap jangan ketika sudah hampir dengan PRU14 nanti akan ada lagi yang menjanjikan benda yang sama yang masih belum terlaksana sepenuhnya.
“Kami bersama rakyat memberikan tempoh lima tahun kepada BN melaksanakan janji-janji mereka untuk membina hospital baharu tersebut,” jelasnya lagi.
Royalti: Barang kali boleh dikategori hina raja
Harakahdaily, | 06 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpandangan
mereka yang membelakangi titah sultan supaya dikembalikan royalti minyak
mungkin boleh dikategorikan menghina raja.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu menyatakan beliau membaca laporan akhbar berkenaan seorang wanita ditahan kerana menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Saya optimis pihak berkuasa akan menjalankan siasatan sebaik-baiknya,” tulis beliau di facebook.
Beliau menulis bahawa di sebuah negeri, pernah Sultan negeri berkenaan bertitah di dalam Dewan Undangan Negeri agar dikembalikan royalti minyak dan didaratkan gas yang ditemui di lautan negeri ke pantai yang terdekat.
Namun malangnya, kata beliau pembangkang di negeri berkenaan membelakangi titah Sultan.
“Barangkali ini juga boleh dimasukkan di dalam kategori menghina raja,” ujarnya.

Exco sukan harap Khairy tidak pinggir S'gor
Harakahdaily, | 06 Jun 2013 |
Menurutnya, pada penggal lalu, Selangor berdepan kesukaran mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam urusan berkaitan sukan dan belia di Selangor.
Ianya juga termasuk hal berkaitan peruntukan sukan yang dilihat seperti mahu menganaktirikan Selangor yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
“Peruntukan daripada Kerajaan Pusat wajar diberi tanpa melihat batasan politik kerana kita mahu memajukan sukan di negara kita," katanya dipetik Selangorku.
Menurut beliau lagi, dalam mencari penyelesaian itu, Selangor akan mengadakan pertemuan dengan Khairy dalam masa terdekat bagi membincangkan kerjasama dan halatuju pembangunan sukan di negeri itu.
“Kita merancang untuk berjumpa beliau supaya diharapkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri tidak dianaktirikan,” kata beliau
Pertemuan rasmi itu katanya dijangka akan diadakan pada minggu depan dan surat rasmi sudah dihantar dan hanya menunggu respon daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Beliau menegaskan, kerajaan pusat tidak wajar untuk meminggirkan negeri Selangor dalam pembangunan sukan kerana negeri ini terbukti melahirkan atlet-atlet terbaik yang banyak menyumbang kepada kemajuan sukan negara.
Najib keliru fantasi bulan madu dengan realiti M’sia
Roketkini, | 06 Jun 2013 |
"Kamu tidak boleh menyalahkan graviti kerana jatuh cinta” (You can’t blame gravity for falling in love) - Albert Einstein
ADA benarnya kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila mengakui kegagalan kerajaan pimpinannya dan jentera pilihan rayanya untuk mengurus tanggapan atau persepsi rakyat menjadi sebab prestasi Barisan Nasional (BN) tidak lebih baik berbanding ketika zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sekurang-kurangnya dapatlah tempias ‘tsunami Cina’ itu reda. Sudah tentu, subjek yang menjadi sasaran Najib adalah medium maklumat alternatif seperti facebook, blog, laman web pro-rakyat dan sebagainya.
Buah fikiran Najib Razak sama dengan Hishammuddin Hussien
Nada Najib hampir sama dengan kenyataan yang pernah diungkapkan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kini Menteri Pertahanan) yang dipetik media bahawa “kerajaan mengalih tumpuan kepada menguruskan persepsi umum dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kebimbangan rakyat”.
Justeru itu, untuk membaiki persepsi dan mengurangkan kebimbangan rakyat, Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2013 lalu telah memperuntukkan sejumlah RM272 juta untuk memperbaiki ‘persepsi’ jenayah melalui pengiklanan.
BN, Najib dan kerajaan pimpinannya harus akur, realiti sosio ekonomi dan politik Malaysia memungkinkan berlakunya perubahan persepsi rakyat terhadap parti yang memerintah. Ini bukan lagi masa untuk beliau berbulan madu.Bagaimanapun, langkah untuk mengurangkan persepsi negatif rakyat terhadap jenayah bukanlah langkah bijak kerana kerajaan BN pada hakikatnya telah gagal menangani realiti jenayah yang berlaku setiap detik.
Adakah segalanya “salah persepsi”?
Sebelum mengulas lanjut, elok juga kita menyoal bagaimana pula dengan persepsi negatif yang dipropagandakan siang dan malam melalui media massa kawalan BN sehingga hampir setiap inci ruang sebaiknya digunakan untuk memburukkan Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimana pula dengan kemunculan cybertrooper BN atau Briged DDD ibarat cendawan tumbuh selepas hujan yang tidak putus nafas terus-menerus menyerang dan membuat pelbagai dakwaan dan kisah dongeng terhadap pimpinan PR?
Adakah Najib juga secara tidak langsung mengisytiharkan gagasan 1Malaysia tajaannya gagal walau pun bukan sedikit wang rakyat dibelanjakan untuk mempromosikan konsep itu ke seluruh negara?
Bukankah gagasan 1Malaysia juga boleh diklasifikasikan sebagai kempen memperbaiki persepsi rakyat terhadap perpecahan kaum yang sebenarnya berpunca daripada tindak-tanduk UMNO selama ini?
Atau, adakah Najib benar-benar tidak tahu terhadap apa yang berlaku ke atas negara yang dipimpinnya?
Najib dan seluruh Kabinetnya harus sedar, 51 peratus majoriti rakyat Malaysia yang tidak memilih BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu bukanlah disebabkan persepsi tetapi realiti yang secara langsung mencorak persepsi negatif rakyat terhadap mereka.
Najib berfantasi, rakyat tanggung perit realiti
Pertembungan majoriti masyarakat bandar dan luar bandar yang memilih BN atau PR seperti kajian beberapa ahli akademik adalah benar.
Masyarakat di bandar lebih terkesan dengan pelbagai krisis akibat tekanan hidup. Kadar bayaran tol, kenaikan harga petrol dan diesel, nisbah gaji dan perbelanjaan harian yang tidak seimbang, kenaikan harga barang keperluan, tekanan mental kerana terpaksa bersesak-sesak di lebuhraya, semua ini adalah realiti yang tidak dirasai seorang Perdana Menteri yang tidak pernah hidup susah seperti Najib, jauh sekali untuk merasa betapa pedihnya terkena bedilan kanister atau semburan air FRU.
Rentetan itu, rakyat disekolahkan realiti yang berlaku di sekitar mereka. Rakyat sudah faham mengapa rumah mereka dimasuki pencuri, diragut, disamun, mengalami tekanan perasaan, mengidap pelbagai penyakit urban dan sebagainya.
Inilah realiti kota besar di Malaysia, jauh bezanya dengan persepsi, apa lagi fantasi palsu Najib terhadap ‘persepsi’ yang diperkatakannya.
Dalam hal ini, elok rasanya beliau mengambil pedoman daripada bekas Presiden Amerika, John F Kenneddy yang pernah berkata “Jangan mencari jawapan daripada pihak Republikan mahu pun Demokratik, tetapi carilah jawapan yang benar. Jangan kita betulkan kesalahan lalu tetapi terimalah ianya sebagai tanggungjawab kita demi masa depan”. (Let us not seek the Republican answer or the Democratic answer, but the right answer. Let us not seek to fix the blame for the past. Let us accept our own responsibility for the future.)
BN, Najib dan kerajaan pimpinannya harus akur, realiti sosio ekonomi dan politik Malaysia memungkinkan berlakunya perubahan persepsi rakyat terhadap parti yang memerintah. Ini bukan lagi masa untuk beliau berbulan madu.
Malaysia berubah selari dengan kemajuan dan pengalaman pahit maung rakyat mengharungi kehidupan sehari-hari untuk membayar cukai kepada kerajaan. Tetapi, bagaimana pula dengan realiti kehidupan Najib dan pasukannya? Adakah Najib masih berfantasi atau masihkah ada ruang untuk mereka menjamah realiti sebagai rakyat Malaysia seadanya?
KUALA NERUS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (gambar)
menawarkan diri untuk mengutip cukai di kawasan beliau bagi mendapatkan
dana sekiranya kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad
Said tidak mahu melaksanakan pembangunan di kawasannya.
Beliau menegaskan PAS tidak ada masalah peribadi dengan pemimpin Umno dan beliau sendiri tidak pernah menyerang peribadi mana-mana pemimpin Umno termasuk bekas wakil rakyat Tepoh Ustaz Ramli Nuh.
Namun begitu, beliau agak terkilan dan marah dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang menyatakan tidak mahu melaksanakan pembangunan di kawasan yang BN kalah pada pilihanraya umum ke-13 lalu.
"Isu peribadi saya memang tidak menyerang secara peribadi tetapi pada dasarnya, polisinya, kita ambil atas nama parti. Cuma mungkin nak marah sedikit pada Datuk Seri Ahmad Said baru ni lah, sebab dia (Ahmad Said) kata tak ada pembangunan (di kawasan BN Kalah),
"Jadi kita jadi pelik. Bagaimana tak ada pembangunan sedangkan cukai dia kutip, kalau dia tak kutip hok (yang di) Tepoh ini sahaja banyak mana dah? Di Gong Badak (ada) kilang-kilang dan industri, banyak mana dah (hasil dari) kalau dia tak kutip?
"Kalau dia kata nak (minta) wakil rakyat yang tadbir, wakil rakyat (boleh) tadbir, saya (boleh) kutip cukai (dan hasilnya) saya bawa balik untuk urus pembangunan untuk rakyat,"tegasnya
Beliau berkata demikian dalam program 'Temu Mata Awok Kite' YB Tepoh bersama 'Facebooker' yang diadakan di Mengabang Telipot dekat sini baru-baru ini.
Seramai hampir 100 orang hadirin terdiri dari anak-anak muda lelaki dan wanita hadir dalam program tersebut yang julung-julung kali diadakan selepas Ustaz Hishamuddin dipilih menjadi wakil rakyat Dun Tepoh.
Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu berkata, program pertemuan itu adalah bertujuan merapatkan hubungan persaudaraan dikalangan peminat 'facebook' tanpa mengira latarbelakang parti politik.
Sehubungan itu, beliau menyeru supaya penjawat-penjawat di pejabat kerajaan dan pihak berkuasa tempatan agar dapat berkhidmat dengan lebih profesioal tanpa mengira wakil rakyat dan dari parti yang diwakili.
Beliau akan menjalinkan hubungan 'lunak dan mesra' dan tidak 'berkonfrontasi' dengan semua jabatan kerajaan bagi menggalas komitmen berkhidmat kepada rakyat dan menyelesaikan masalah mereka.
Menurutnya, banyak aduan rakyat yang telah diterima dan perlu dielesaikan dengan kerjasama semua pihak bagi mengujudkan suasana politik yang lebih baik dan memberikan faedah kepada rakyat.

Adun sedia kutip cukai jika Ahmad Said tak mahu buat pembangunan
Buletin Online, | 06 Jun 2013 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan