Jumaat, 7 Jun 2013

JANGAN KITA PERNAH MENGHINA HUKUM ALLAH...ATAU TERUS TERUSAN MENGHINA HUKUM ALLAH...TANYA MUFTI2 APA KESANNYA KITA MENGHINA HUKUM ALLAH...SERTA MENGHINA SYARIAT ALLAH

Hina Agong: Jangan kait dengan Pakatan Rakyat

Harakahdaily, 06 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa dengan suasana selepas PRU13 yang cuba mengaitkan sentimen 'nakal' dengan Pakatan Rakyat (PR) terutama isu penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Kami tegaskan, Malaysia mempunyai Perlembagaan dan Rukun Negara yang menjadi pegangan kepada seluruh rakyat semenjak kita merdeka sehingga kini.

“Bagi kami, apa yang sedang berlaku adalah cubaan pihak-pihak tertentu meletakkan kesalahan tersebut di bahu kami di dalam PR,” tegas Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss.

Katanya, cubaan pihak-pihak tertentu 'mengaitkan' kenyataan berbentuk tulisan di media sosial dengan PR dan membina persepsi bahawa PR dikaitkan dengan penghinaan tersebut amat dikesali.

Tegasnya lagi, DPPM dengan tuntas dan segera mencadangkan pimpinan PR yang telah memenangi PRU13 yang lalu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong dan menyembahkan taat setia.

Sekarang ini, ujarnya masih banyak usaha-usaha pihak tertentu 'menyamar' dengan memburukkan Institusi Raja yang sedang berleluasa.

Tambahnya, DPPM memohon pihak polis menangani isu itu tanpa prejudis dan segera bagi menghalang wabak tidak sihat itu menular.

“Atas sifat rakyat yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kami menyembah taat setia dan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya dalam kenyataan.

Katanya, DPPM yakin, bersama-sama AMK dan DAPSY memohon merafak sembah atas kapasiti sebagai anak muda yang sayangkan kepada Institusi Diraja dan bersedia mengadap jika diperkenan atas perkara tersebut.

“Kami yakin anak muda di luar sana akan bersama kami menjunjung Institusi Diraja yang menjadi payung kepada rakyat,” ujarnya.

Penduduk Bukit Botak dinasihat jangan jual rumah

Afeeqa Afeera, Selangorku, 06 Jun 2013


(Iskandar bertemu dengan pemilik rumah dalam menjalankan tugasnya sebagai Exco Perumahan)

SHAH ALAM: Penduduk Bukit Botak yang berhasrat menjual semula kediaman mereka kepada orang awam dinasihat supaya tidak melakukannya terlebih dahulu bagi mengelakkan dieksploitasi oleh ejen perumahan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Negeri menerima laporan bahawa terdapat ejen yang bertemu dengan pembeli supaya rumah tersebut dijual kembali kepada orang ramai.

Katanya, perkara tesebut tersebar luas di laman web di mana ejen-ejen ini didapati mengiklankan kembali rumah di Bukit Botak untuk dijual di pasaran yang terbuka.

“Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini kerana kita tidak mahu pembeli rumah dieksploitasi. Kami mendapat laporan bahawa rumah yang pada asalnya berharga RM99,000 kini diletakkan dalam pasaran sehingga RM290,000 sebuah,”katanya.

Tambahnya, selepas menyelesaikan dengan baik isu Bukit Botak, Kerajaan Negeri prihatin dan tidak mahu rakyat terus tertipu.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor serta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membantu penduduk yang benar-benar ingin menjual semula rumah tersebut.

Katanya, melalui cara itu penduduk tidak akan mudah ditipu oleh ejen perumahan tidak bertauliah dan penjualan rumah di kawasan itu dapat dikawal.

Projek rumah berkembar di Bukit Botak diambil alih pembinaannya pada September 2010 selepas Kerajaan Negeri mengambil alih projek terbengkalai ituselepas puluhan tahun gagal diselesaikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Bertempat di tanah seluas 165 ekar ia menempatkan sejumlah 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat berharga RM99,000 seunit bagi unit standard.

Air S'gor: Perbincangan dengan pusat minggu depan

Harakahdaily, 06 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perkembangan isu perstrukturan semula air di Selangor mencapai perkembangan positif apabila kerajaan pusat membayangkan bersetuju untuk mengadakan perbincangan semula.

Katanya, Selangor dijangka mengadakan perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berhubung penstrukturan semula industri air selewat-lewatnya minggu depan.

“Maklum balas yang kita dapat adalah positif. Mereka (Kementerian) juga ingin mempercepatkan perbincangan bagi menyelesaikan masalah penyusunan semula industri air dan projek Langat 2.

“Saya sudah dimaklumkan, perbincangan itu boleh jadi hujung minggu ini atau minggu depan,” katanya dalam sidang media semalam.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sejak penggal lalu mengemukakan hasrat mahu air di negeri itu distruktur semula bagi kemudahan rakyat negeri itu.

Penstrukturan itu dijangka bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh negeri malah dapat mengurangkan beban pengguna dari terpaksa membayar kadar tarif air yang mahal.

Air Selangor kini dikendalikan oleh empat syarikat konsesi iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd yang masing-masing mengendalikan loji rawatan air mentah manakala Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bertanggungjawab terhadap pengedaran air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mengulas lanjut Abdul Khalid berkata, perbincangan itu akan dilakukan di antara beliau atau Pegawai Kanan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi bersama Ketua Setiausaha kementerian itu.

Parlimen: Shahidan perlu belajar dari negara maju

Harakahdaily, 06 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) membidas Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengatakan "sidang media diadakan di Parlimen sepatutnya untuk anggota Parlimen sahaja, bukan untuk NGO”.
Ketuanya, Robert Lua Khang Wei berkata, kebanyakan negara kebajikan yang maju membenarkan rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggunakan kemudahan, ruang dan kawasan bangunan Parlimen tanpa sebarang syarat.

Ini, katanya merupakan prinsip ‘rakyat didahulukan’ yang sepatutnya diamalkan oleh kerajaan.

Beliau mengambil contoh Kanada yang membenarkan NGO mengadakan sidang media di bilik media (press room) Parlimen, manakala Australia mempunyai friendship groups untuk NGO dan rakyatnya di Parlimen.

Menurutnya lagi, bbanyak negara lagi bukan sahaja mengizinkan NGO dan rakyatnya mengadakan sidang media di kawasan Parlimen malah mengizinkan NGO dan rakyatnya mengadakan protes di kawasan berkenaan.

“Yang lebih mengagumkan adalah Parlimen New Zealand yang membenarkan rakyat, pelajar-pelajar dan kanak-kanak berkelah di kawasan Parlimen,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya Pemuda KLSCAH berpendapat Shahidan harus belajar daripada negara yang maju untuk memastikan Parlimen Malaysia menjadi first class democracy Parlimen dan mengelakkan imej Parlimen Malaysia terjejas akibat daripada melarang NGO dan rakyat memberi pandangan mereka di kawasan bangunan itu.

Katanya, Parlimen tidak harus menafikan hak kebebasan bersuara dalam bangunan dan hak kebebasan berhimpun di kawasan luar Parlimen.

“Negara maju ke depan bukannya kerana adanya Perdana Menteri ataupun Menteri, tetapi rakyatnya yang dapat menunjukkan bantahan atau protes terhadap perkara yang salah, serta memperjuangkan perkara yang betul dan benar,” katanya.

Pemuda KLSCAH juga, ujar beliau menyeru agar semua rakyat, parti politik  dan NGO memberi perhatian dan sokongan kepada hak kebebasan bersuara dalam bangunan Parlimen dan hak kebebasan berhimpun di kawasan bangunan Parlimen agar hak-hak rakyat dapat dijaga dan diutamakan.

Bina kampus universiti umpama 'curah air atas daun keladi'?

Harakahdaily, 06 Jun 2013
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan projek pendidikan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah sebelum ini sebagai 'mencurah air ke daun keladi' sahaja.

Menurut Bernama, Mukhriz mengkritik pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang disifatkannya membazir.

Ini kerana ia langsung tidak menjana pendapatan untuk kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri sangat-sangat berhemah untuk uruskan kewangan negeri. Kita tak ada sumber pendapatan yang besar tetapi kita ada cita-cita tinggi untuk bangunkan negeri.

"Kesemua perbelanjaan, setiap ringgit yang dikeluarkan mesti jana hasil. Bukan seperti 'curah air atas daun keladi' sahaja. Ia akan mendatangkan hasil yang tinggi kepada rakyat sekali gus menyumbang ke arah penjanaan pendapatan negeri.

Mukhriz memberi contoh pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil (gambar) bernilai RM330 juta yang langsung tidak menjana pendapatan kepada kerajaan negeri di mana mereka terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun, lapor Bernama.

MB Kedah sebelum ini, Datuk Seri Tan Sri Azizan Razak meninggalkan legasi tersendiri untuk Kedah walaupun sempat mentadbir Kedah untuk satu penggal sahaja.

Beliau sempat membina kampus baru untuk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta.

Kampus baru ini menjadi pusat pendidikan penting di Kedah kerana ia bukan sahaja menjadi kampus tumpuan untuk pendidikan agama tetapi juga perubatan.

OKU alu-alukan pelantikan anggota baru Suhakam

Harakahdaily, 06 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Sekretariat Prihatin OKU mengalu-alukan pelantikan anggota-anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang baru di mana salah seorang adalah terdiri dari seorang orang kurang upaya (OKU).

Selain Tan Sri Hasmy Agam yang telah dilantik semula sebagai anggota Suhakam sesi 2013-2016, Francis Johen anak Adam yang juga seorang OKU anggota lulusan undang-undang telah dilantik sebagai anggota Suhakam yang baru.

“Sebagai mewakili suara OKU, kami menaruh harapan agar perlantikan beliau sebagai anggota Suhakam akan menyemarakkan lagi usaha memperkasa potensi diri OKU dan meningkatkan kesedaran semua pihak kepada kebolehan dan keperluan OKU di negara ini,” ujar pengerusi sekretariat, Mohammad Faizal Che Yusof dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, perkembangan itu adalah satu menifestasi betapa suara-suara OKU kian mendapat tempat dalam masyarakat meskipun masih banyak usaha advokasi yang perlu dilakukan.

Beliau berkata, seluruh penggiat OKU perlu terus berpadu dan berusaha bagi memastikan potensi diri setiap OKU dapat digilap sebagaimana setiap insan ciptaan Allah yang dijadikan dengan kemuliaan yang tersendiri.

Kelewatan KLIA2: MAHB perlu bertanggungjawab

Harakahdaily, 06 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Pengakuan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bahawa projek KLIA2 tergendala teruk walaupun sebelum ini menafikannya membuktikan dakwaan Pakatan Rakyat selama ini adalah benar.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata projek itu sepatutnya siap pada September 2011 telah tergendala sebanyak tujuh kali kerana beberapa bahagian projek yang gagal disiapkan kontraktor.

“Tidak terkejut apabila kontraktor utama telah menafikan mereka adalah punca kelewatan dan menyalahkan MAHB, pemilik projek yang telah memberikan arahan berbeza berulang kali kepada kontrak asal,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Persoalannya ialah mengapa MAHB hanya menyalahkan kontraktor selepas kelewatan selama 2 tahun.

“Jika betul kontraktor yang bersalah, mengapa mereka tidak dikenakan denda dan ganti rugi yang ditetapkan atau LAD (Liquidated Ascertained Damage) sejak September 2011,” soal Pua.

Pua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pernah menyoal kelewatan menyiapkan KLIA2 sebelum ini.

Isunya ialah sepanjang 18 bulan yang lalu ketika isu ini ditimbulkan, MAHB dan Kementerian Pengangkutan langsung tidak menyentuh mengenai masalah kontraktor.

“Pada penghujungnya, segalanya berhenti pintu MAHB, sebagai pengurus dan pemilik projek dan keseluruhan mereka yang berada dalam pengurusan tertinggi syarikat perlu bertanggungjawab terhadap kemelut dan perkara yang memalukan ini,” tegas Pua.

Dengan rekod sedemikian, Pua juga mempersoalkan bagaimana Ketua Pegawai Kewangan (CFO) MAHB Faizal Mansor dapat dipilih sebagai CFO terbaik bagi Perhubungan Pelabur oleh Persatuan Perhubungan Pelabur Malaysia (MIRA).

“Di bawah pengawasannya, kos asal pembinaan projek KLIA2 itu kira-kira RM2 bilion telah melambung lebih 100 peratus kepada kira-kira RM4 bilion,” kata Pua.

Peningkatan drastik ini menyebabkan MAHB terpaksa meningkatkan bon sebanyak RM3.1 bilion.

MAHB juga dijangka memerlukan tambahan RM1 bilion lagi pada masa akan datang menyebabkan MAHB terpaksa berhutang, perkara yang tidak sepatutnya berlaku mengikut pelan awal, kata Pua.

“Yang rugi dalam pembinaan lapangan terbang kos murah yang telah memecah bajet ialah para pelancong Malaysia yang terpaksa menanggung beban cukai lapangan terbang yang dikenakan oleh MAHB untuk membayar hutang. Ia juga akan memberikan impak besar kepada daya kesaingan negara sebagai hub untuk penerbangan tambang murah di Asia,” tambah Pua lagi.

Awal tahun ini, Pua pernah mendedahkan hasrat MAHB untuk menambah RM598 juta melalui penempatan saham baru.

Perkara itu, katanya, mengesahkan lagi ura-ura bahawa syarikat itu terdesak dan terjejas dengan kos pembinaan KLIA2 yang meningkat.

Pua berkata terdapat satu laporan audit yang disediakan KPMG mengenai kemelut KLIA2.

Oleh itu, beliau mendesak Kementerian Pengangkutan untuk mendedahkan laporan itu kepada awam supaya rakyat mengetahui apa skandal yang berlaku di sebaliknya.

“Mereka yang bersalah mesti dibawa ke muka pengadilan,” tegas Pua.
3 cedera dalam runtuhan penyambung jambatan ke-2 PP
2:31AM Jun 7 2013  
Tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di George Town malam ini.

Dua daripada mereka adalah pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39. Mereka menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar memaklumkan pemberita kedua-dua mangsa dikatakan sedang bekerja di tapak binaan ketika kejadian pada kira-kira 7.15 malam.

Seorang lagi yang dilaporkan cedera ialah wanita tempatan, Thilasheni Rajendran, 24, akibat terkena serpihan runtuhan di bahagian tangan.

Ketika kejadian, Thilasheni sedang memandu dan beliau sempat memberhentikan kenderaannya pada jarak kira-kira dua meter dari lokasi kejadian.

Rakannya, Gajashaantini Gajanujan, 24, yang turut berada dalam kereta sama bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Abdul Rahim berkata lebih 300 anggota bomba dan polis sedang mengesan mangsa dalam sebuah lagi kenderaan yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan itu.

Beliau berkata polis juga kesal dengan laporan berita portal yang mendakwa kononnya empat disahkan maut.

"Setakat ini, cuma tiga yang cedera, media diminta membuat laporan yang betul dan sah.

"Pasukan penyelamat sedang berusaha mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai terperangkap dalam runtuhan itu, dan keadaan mangsa masih belum diketahui," katanya.

Beliau berkata pasukan penyelamat juga terpaksa menggunakan perkhidmatan kren yang lebih berat apabila kren syarikat pembinaan itu gagal mengangkat tanjakan konkrit yang runtuh.

Abdul Rahim berkata kerja-kerja pembinaan akan dihentikan buat sementara bagi membolehkan siasatan punca kejadian manakala jalan masuk-keluar ke kawasan itu juga ditutup untuk semua kenderaan.

Sementara itu, jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung dan puncanya masih disiasat.

Projek pembinaan jalan susur keluar jambatan itu diurus kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd dan JKSB akan mengeluarkan kenyataan rasminya esok.

- Bernama
Arwah pendaki muda pasti dirindui pada Ramadan
2:44AM Jun 7 2013  
Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, pendaki muda yang maut dalam misi menawan puncak Everest, pasti dirindui menjelang Ramadan ini memandangkan arwah merupakan penghubung dalam memastikan anggota keluarganya berkumpul pada bulan puasa.

Makcik kepada Allahyarham, Norfiza Mat Saidi, 44, berkata anggota keluarga akan turut merindui masakan Mohamad Shahrulnizam yang rajin ke dapur setiap kali pulang ke kampungnya di Jalan Tanjung Shawal di Klang.

"Sudah pasti saya akan merindui jenaka dan masakan arwah. Kali terakhir kami berjumpa, arwah mengajar saya membuat sos spageti," katanya kepada pemberita di Surau An Nur, Tanjung Syawal, Sungai Pinang di Klang pada Khamis malam.

Mohamad Shahrulnizam, 25, penolong jurutera di Perbadanan Putrajaya (Ppj), meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas teruk ketika menyertai misi Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj untuk menawan puncak Gunung Everest.

Jenazahnya, yang diterbangkan pesawat Malaysia Airlines dari Kathmandu, Nepal, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Khamis malam, dengan diiringi dua pendaki lain iaitu Muhammad Fauzan Hassan dan Mohamad Sujairi Ishak.

Nenek kepada Allahyarham, Fatimah Abdul Jalil, 76, yang menjaga beliau sejak berusia tiga tahun, berkata Mohamad Shahrulnizam akan pasti balik kampung setiap dua minggu untuk meluangkan masa bersamanya.

Ketibaan jenazah Mohamad Shahrulnizam disambut Naib Presiden Kanan PPj Datuk Muhamad Haitamin Ishak serta anggota keluarganya.

Jenazah kemudian dibawa menaiki van diringi kereta polis ke Surau An Nur untuk disembahyangkan sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Batu Belah, Klang
pada kira-kira 10.30 malam.

- Bernama

Tiada ulasan: