5,422 pengundi tak ikut kod kelahiran
Anis Nazri, | 07 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 7 Mei: Berdasarkan
daftar pemilih bagi suku pertama 2012 yang dipamerkan, PAS
mengenalpasti 5,422 pengundi yang kad pengenalannya tidak mengikut kod
kelahiran yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata hasil penelitian dari daftar pemilih yang dipamerkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam satu pagi, semalam, pihaknya mendapati kod kelahiran pada sejumlah nama itu tidak sama seperti ditetapkan di JPN.
Beliau berkata, JPN mempunyai kod-kod kelahiran khusus membabitkan negeri seperti 14 bagi Wilayah Persekutuan, dan kod-kod lain bagi negeri lain, sedangkan beliau menemukan kod kelahiran seperti 70, 76, 74, 62, 66, 85 dan lain-lain.
Bercakap ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini, Ahli Parlimen Pokok Sena itu memberikan beberapa contoh, seperti kad pengenalan yang bernombor 890327665045 yang dimiliki Lim Jain Zao.
"Kod 66 itu tidak terdapat dalam kod kelahiran yang tersenarai atau ditetapkan JPN. Persoalannya, di negeri manakah pemegang IC ini lahir?" soal beliau, sambil mendakwa kemungkinan mereka merupakan warga asing yang didaftarkan SPR sebagai 'pendaftaran baru'.
Mahfuz menambah, biarpun nama-nama terbabit terdapat dalam sistem JPN, SPR sebagai sebuah badan bebas sewajarnya mempersoalkan kod kelahiran yang janggal itu kepada JPN.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan senarai daftar pemilih yang dikatakan mempunyai 'senarai pemilih yang tidak perlu hadir', yang bermaksud tidak hadir pada hari pengundian.
Senarai tersebut, difahamkan merupakan pengundi pos yang akan mengundi awal dan diletakkan di lokaliti tentera.
Jelas Mahfuz, sejumlah 113 nama diletakkan di lokaliti tentera, yang kod lokalitinya 400 ke atas dan dinamakan sebagai Palapes.
"Apa yang saya faham, mereka ini merupakan mahasiswa yang terlibat dengan Palapes. Kenapa mereka didaftarkan dalam lokaliti tentera, sedangkan mereka belum berkhidmat dalam tentera?" soal beliau.
Tambah beliau, sebahagian daripada Palapes itu mempunyai kad pengenalan tentera, manakala kebanyakannya mempunyai IC awam yang sepatutnya diletakkan di lokaliti biasa.
Ekoran itu, Mahfuz menyifatkan perkara ini sebagai penyelewengan SPR dan satu rangka 'task force' yang beroperasi di Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti yang didakwa beliau sebelum ini.
Sehubungan itu, Mahfuz mendesak JPN dan SPR segera menjelaskan keraguan berhubung kedua-dua perkara yang dibangkitkan beliau bagi mengelakkan tanggapan buruk orang ramai terhadap dua agensi kerajaan terbabit.
Sebelum ini, Mahfuz mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum nanti.
Beliau juga bertindak menyerahkan memorandum kepada pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung isu tersebut bagi menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong.

Respons fatwa Bersih 3.0
Hasan Husaini, |
Saya merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membaca
keputusan rasmi fatwa tentang perhimpunan yang diharamkan, tetapi,
senarai muzakarah ke-99 masih tidak tersenarai.
Saya kurang selesa untuk membaca ulasan dari pihak ketiga kerana ia tidak menjamin ketulenan isi dan fakta.
Namun, laporan akhbar yang sepakat melaporkan bahawa sebab
('illah') BERSIH 3.0 difatwa haram kerana berniat untuk menjatuhkan
kerajaan, di samping berniat untuk merusuh dan merosakkan harta benda
awam.
Kenyataan ini menyebabkan saya tertarik untuk memberi respon berdasarkan pengetahuan cetek saya.
Saya agak keliru, apakah sumber Majlis Fatwa yang mengatakan niat
BERSIH 3.0 ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan?
Sedangkan web rasmi BERSIH hanya menyenaraikan tuntutan pilihanraya
bersih dan adil. Tuntutan pilihanraya bersih dan adil adalah wajib.
Manakala menang dan 'menumbangkan kerajaan' melalui pilihanraya adil
dan bersih adalah sah di sisi syarak. Maka, sebab pertama adalah secara
rasmi tertolak.
Manakala tuduhan yang mengatakan BERSIH berniat untuk merusuh pula
agak keterlaluan. Saya menjadi pemerhati BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH
3.0. Hemat saya mudah, majoriti peserta BERSIH datang dengan tenang
dan aman. Namun, provokasi melampau dari pihak keselamatan menyebabkan
sedikit huru-hara berlaku. Huru-hara ini tidak harus ditafsrikan
sebagai huru-hara rusuhan kerana ia hanyalah respon kegerunan orang
ramai kepada pedihnya gas pemedih mata dan gatalnya air kuning dari
meriam air.
Satu perkara yang harus difikirkan sejenak, ketika mana peserta
BERSIH datang dengan botol susu anak dan botol mineral serta sebungkus
popia, pihak keselamatan telah bersiap siaga dengan peluru gas, meriam
air, gari plastik, malah peluru hidup. Siapa yang bersedia untuk
mengganas?
Dan satu soalan cepu emas, sejak bila Majlis Fatwa Kebangsaan pandai membaca niat orang? Kalian bedah dada mereka? (Asyaqaqta Qalbah? : Hadith)
Manakala untuk kes BERSIH 3.0, saya fikir, Majlis Fatwa tidak
cermat apabila terus menghukum BERSIH haram dek kerana sebilangan kecil
perusuh yang masih belum dikenal pasti siapa mereka, dan kenapa mereka
bertindak sedemikian. Alangkah baiknya, kalau selepas mengambil sumber
dari pihak polis dan agensi kerajaan, Majlis Fatwa Kebangsaan bertemu
pula dengan pihak penganjur BERSIH 3.0. Bukankah mendengar dari
kedua-dua pihak itu wajib dan dituntut sebelum memberi hukum?
Cadangan saya untuk Majlis Fatwa Kebangsaan demi menjamin kredibiliti Majlis yang dinaungi Majlis Raja-Raja:
1. Mendapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai, termasuk sumber
yang kontra. Dalam hal BERSIH, sumber dari penganjur dan peserta
BERSIH sangat penting.
2. Benar-benar bertindak sebagai badan bebas yang menjaga kesucian
agama Islam dan menonjolkan imej tersebut. Sedangkan sekarang, majlis
fatwa kebangsaan hanya dilihat memberi fatwa secara selektif dan
dianggap sebagai lidah pembela kerajaan Malaysia.
3. Saya tertanya-tanya, apa pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap :
- Penyebaran video dan gambar lucah
- Tuduhan tanpa bukti dan saksi
- Pembaziran dan penyalahgunaan wang negara
- Penyalahgunaan wang zakat
- Kerajaan menggunakan kekerasan kepada rakyat awam
- Hukum menipu dalam pilihanraya
- Hukum menafikan hak royalti Kelantan
*Penulis merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia
Universiti Mu'tah, Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan,
dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan.
Ke Putrajaya tanpa kabinet bayangan
Subky Latif, | 07 Mei 2012 |
BOLEHKAH Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya tanpa menamakan kabinet
bayangan seperti yang diamalkan oleh negara yang mewujudkan sistem dua
parti seperti di Britain dan Australia dan lain-lain?
Itulah yang diejek-ejek oleh pemimpin BN khususnya Perdana Menteri terhadap Pakatan Rakyat yang hingga ini dikatakan gagal untuk menamakan kabinet bayangannya. Kegagalan itu dikira kelemahan pembangkang, maka ia kononnya mencerminkan ketidakupayaan mentadbir negara.
Adalah benar pembangkang Britain yang bergilir-gilir antara Parti Buruh dan Parti Konservatif ada kabinet bayangannya.
Tetapi ada juga negara yang memakai sistem dua parti tiada kabinet bayangan hinggalah ia memenangi pilihanraya seperti Amerika.
Pembangkang Amerika tidak pernah ada kabinet bayangan. Dua tahun sebelum pilihanraya Presiden mereka sebok memilih calon Presidennya dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Setelah ada calon Presiden mereka pulun dulu apa yang hendak dibuat kiranya berkuasa?
Sesudah calon pembangkang itu menang, ia ada masa dua bulan pula memilih anggota kabinetnya. Diumumkan seorang demi seorang. Tiada siapa tahu siapa anggota kabinetnya hinggalah dalam masa sebulan setengah itu dinamakan seorang demi seorang oleh Presiden yang terpilih itu.
Tiada siapa mengatakan pembangkang Amerika itu lemah kerana tiada kabinet bayangannya.
Dibandingkan antara Amerika dan pembangkang Malaysia yang sekarang Pakatan Rakyat tidak perlu berkempen macam pembangkang Amerika tentang siapa calon ketua kerajaan. Sebaik saja Pakatan dibentuk ia sudah ada Perdana Menteri bayangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika Anwar diminta Yang di-Pertuan Agong membentuk kabinet selepas memenangi pilihanraya dia tidak akan mengambil masa berminggu-minggu seperti yang dilakukan oleh bakal Presiden Amerika bagi menamakan kabinetnya.
Kurang dari seminggu dia akan umumkan sekalian anggota kabinetnya serentak. Tanpa bayangan pun boleh membentuk kerajaan, memadai sekadar ada Perdana Menteri bayangan.
Rakyat yang memilih tidak perlu tahu siapa menteri pelajaran tinggi dan siapa menteri industri asas tani. Yang mereka hendak tahu sekarang ialah calon Perdana Menteri.
Yang pembangkang dulu tidak dilihat sempurna kerana pengundi tidak tahu siapa yang akan jadi Perdana Menteri kalau ia menang? Antara yang menguntungkan BN dulu ialah tiada calon Perdana Menteri yang tunggal itu. Sekarang calon itu telah diketahui sebelum Najib jadi Perdana Menteri.
Tiada kabinet bayangan itu bukan satu bukti kelemahan pembangkang. Jepun tidak pernah ada kabinet bayangan. Perdana Menteri bayangan pun tak ada. Ia bertukar Perdana Menteri setiap tahun. Tiada siapa di dunia kata sistem Jepun itu lemah.
Pengundi Malaysia sekarang bukan hendak tahu siapa kabinet bayangannya. Yang mereka hendak tahu apa program pembangkang jika ia menang?
Mereka sudah umumkan dalam Buku Jingga tiga tahun dulu banyak perkara yang akan dibuat dalam masa 100 hari ia berkuasa. Najib pun sudah hafal isi Buku Jingga itu. Ia curi sikit demi sikit.
Pakatan hendak adakan reformasi, Najib pun adakan transformasi. Pakatan hendak mansuhkan ISA, Najib padam kalimah ISA. Ditukar ISA pada nama lain.
Rakyat hendak tahu tentang harga runcit minyak. Ia akan turun sebelum kabinet dibentuk. Perdana Menteri bayangan sudah umumkan dalam masa 2 jam harga minyak akan diturunkan. Dalam masa 2 jam kebinet baru hendak dibentuk.
Tidak perlu dinamakan Lim Kit Siang ada dalam kabinet. Orang tahu dia akan ada kerana dia sudah umumkan akan bentuk Suruhanjaya Bebas tentang kedudukan Zon Bebas Pelabuhan Klang. Tanpa beritahu dia ada dalam kabinet orang pun tahu dengan pengumumannya itu dia ada dalam kabinet.
Orang tidak perlu tanya Ustaz Abdul Hadi ada atau tidak dalam kabinet, tetapi orang mahu tahu rakaman khutbah Jumaat akan disiarkan oleh RTM di waktu yang sesuai selepas solat Jumaat. Tiada sesuai ada siaran langsung kerana laki-laki Islam berada di masjid masing-masing semasa solat.
Tiada kabinet bayangan pun boleh sampai juga ke Putrajaya. Kabinet bayangan itu bukan wajib. Ia sekadar harus.

JK Fatwa disuap dengan maklumat Umno sahaja
Abdul Aziz Mustafa, | 07 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 7 Mei:
Perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Agama mengharamkan perhimpunan yang menuntut pilihan raya bersih dan
adil memalukan umat Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Sangat memalukan umat Islam. Pertama, kerana apa yang didakwa fatwa itu dibuat ketika siasatan yang adil dan tidak memihak belum pun dibuat untuk menentukan siapakah yang mencetuskan kerusuhan, keganasan, huru-hara dan kekacauan.
"Adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mahu menconteng arang ke muka umat Islam dengan perbuatannya menghukum tanpa siasat?" katanya.
Mohamad berkata, dari apa yang diberitahu kepadanya, sesuatu fatwa itu dibuat setelah kajian dan siasatan yang menyeluruh dan adil dibuat.
"Sebab itulah saya kata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa memalukan umat Islam sebab belum siasat lagi sudah jatuhkan hukum," tegas beliau.
Beliau bimbang perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa menjatuhkan hukuman tanpa siasat itu akan mengakibatkan orang Islam dituduh sebagai agama yang tidak mementingkan siasatan yang adil dan menyeluruh sebelum membuat sesuatu keputusan dan hukuman.
"Jika selepas ini Islam dituduh sebagai agama yang menghukum secara semberono tanpa siasatan yang adil dan menyeluruh, Muzakarah Jawatankuasa Fatwalah pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan pandangan buruk sedemikian terhadap Islam," tegas beliau.
Mohamad juga menyifatkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa itu berlagak lebih dari Tuhan kerana "Allah pun membicarakan hamba-hamba-Nya di Hari Hisab lengkap dengan saksi dan bukti sebelum menjatuhkan hukuman".
Beliau meminta Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengemukakan nas dan dalil yang mengharamkan perhimpunan aman rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
"Saya tegaskan lagi dan lagi, perhimpunan aman.
"Soalnya, adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa hidup seperti katak di bawah tempurung sehingga tidak tahu dan tidak mempunyai sebarang maklumat bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan aman, tidak ada harta benda awam atau persendirian yang dirosakkan sehinggalah rakyat yang berhimpun itu diserang dan diganasi.
"Satu dunia ada maklumat yang tepat, adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa tidak ada maklumat dan hanya mahu disuap dengan maklumat Umno sahaja?" beliau mempersoalkan.
Beliau juga mempersoalkan, di manakah suara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa terhadap pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih?
"Mengapa membatu dan membisu terhadap daftar pemilih yang tidak bersih? Mengapa tidak ada suara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa terhadap pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih?
"Adakah pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih itu tidak haram, tidak mengakibatkan kemudaratan, keresahan, rusuhan, perpecahan malah pertumpahan darah?" Mohamad mempersoalkan lagi.
Beliau terus mempersoalkan, adakah menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tidak baik dan tidak membawa sebarang manfaat kepada masyarakat?
Mohamad tidak menolak kemungkinan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa akan menghadapi masalah imej seperti yang dihadapi oleh pihak polis serta kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan