Khamis, 3 Mei 2012

BAGAIMANA JUTA2 HUTANG LUPUS....BAGAIMANA PROJEK2 TERBENGKALAI...PROJEK DISALAH GUNA...DAN BERMACAM2 NI RUGI JUGA...NI WANG SAPE...WANG RAKYAT JUGA

Pemuda MIC dakwa PKR mulakan pergaduhan
Pemuda MIC hari ini mendakwa pergaduhan melibatkan anggotanya dan PKR di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam dimulakan oleh parti lawan.

Ketuanya T Mohan berkata, kejadian bermula sewaktu rombongan MIC bertembung dengan rombongan PKR diketuai Naib Presiden N Surendran berhampiran pintu pengawal keselamatan.

NONE"Murali (ketua cabang PKR Puchong) memulakan pergaduhan. Kenapa hanya dia seorang sahaja dipukul dan orang lain tidak langsung cedera?" kata Mohan.

Susulan insiden itu, tambah Mohan, Pemuda MIC bertindak membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul tengah hari tadi.

Kenyataan itu bertentangan sama sekali dengan dakwaan PKR semalam bahawa mereka diserang Mohan dan "samseng" sewaktu mahu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Naib Presiden PKR N Surendran dan ahli Parlimen Kapar S Manickavasagam mendakwa akibat kejadian itu, mereka mendakwa Murali kini terlantar di Hospital Putrajaya.

'Takkan kita tengok saja'

Menceritakan kembali kejadian itu, Mohan mendakwa, penyokong PKR juga membawa kain rentang berunsur provokasi walaupun mendakwa hadir ke sana untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan orang India.

NONEMenurutnya lagi, kekecohan berhampiran pintu pengawal keselamatan bermula apabila seorang pemimpin Pemuda MIC ditolak sewaktu kedua-dua rombongan cuba masuk ke pejabat perdana menteri.

"Tiada sesiapa bersetuju dengan tindakan keganasan namun, perkara (di luar jangkaan) berlaku.

"Semasa hendak masuk ke pejabat mula (berlaku) tumbuk-menumbuk," kata Mohan sambil bil mendakwa mereka hanya mempertahankan diri.

"Takkan budak-budak MIC kena pukul kita tengok (sahaja)."

Bagaimanapun, beliau menafikan MIC membawa samseng ke Putrajaya seperti didakwa Surendran.

Kesal orang Islam diperlekeh
Sementara itu, Koordinator Pasukan Siber Nambikei Pemuda MIC G Kalaichelvan menafikan dakwaan Surendran bahawa mereka cuba menyerang seorang pelajar India bermasalah kad pengenalan yang mengikuti rimbongan itu.

Sebaliknya, dakwa, Kalaichelvan, Surendran menjadikan pelajar itu sebagai "perisai".

Beliau juga mendakwa PKR semalam merperolok-olokkan perdana menteri dengan membawa replika kad pengenalannya" Najib A/L Razak".

"Kita kesal seorang Islam diperlekehkan," kata Kalaichelvan lagi.
NST minta maaf kepada Senator Australia
The New Straits Times telah memohon maaf kepada senator Australia Nicholas Xenophon berhubung satu laporan yang mendakwa beliau membuat ucapan anti-Islam di Parlimen Australia pada tahun 2009.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb NST hari ini, akhbar berkenaan berkata ia telah membuat "kesilapan besar" dalam menyiarkan kenyataan dalam artikel tersebut.

NST berkata, dalam ucapannya di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan tidak pernah menegaskan Islam bukan sebuah pertubuhan agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan agama.

Atas sebab di atas, tambahnya, akhbar itu menarik balik semua kenyataan yang terkandung dalam artikel terhadap Xenophon dan memohon maaf kepadanya di atas sebarang kesusahan atau rasa malu yang disebabkan oleh artikel tersebut.

Akhbar itu juga telah mengeluarkan artikel tersebut daripada versi dalam taliannya berkuat kuasa serta-merta.
Suhakam: Tindakan polis tak boleh diterima sama sekali
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali.

"... di mana mereka (polis) mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam.

NONESuruhanjaya itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan
polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika.

"Sesetengah daripada mereka dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguatkuasa," tambahnya.

Berikut adalah kenyataan penuh pengerusi Suhakam yang bertajuk 'Kebebasan bersuara dan hak untuk berhimpun secara aman mesti dilindungi dan dihormati'.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) amat kecewa dan bimbang dengan pelbagai insiden yang dilaporkan berlaku semasa perhimpunan awam pada 28 April 2012, termasuk laporan pasukan pemantaunya, khususnya dakwaan pengendalian yang terlalu kasar dan secara sembarangan oleh pihak polis dalam menyuraikan orang ramai.
NONESuruhanjaya juga terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod,
mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika; sesetengah daripada mereka dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguatkuasa.

Suruhanjaya juga mengambil maklum dengan penuh kebimbangan keadaan di mana kelakuan dan tingkah laku peserta perhimpunan yang tidak dapat dikawal dan menjadi huru-hara.
Namun begitu, penggunaan kekasaran yang tak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali  di mana mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam.

NONESuruhanjaya, dalam Laporan Tahunan serta laporan Siasatan Awam berkenaan penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak polis semasa perhimpunan awam, telah berulang kali menyeru pihak berkuasa, agar menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Tambahan pula, Prinsip Asas Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang juga menyediakan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang haruslah, seboleh mungkin, menggunakan cara yang tanpa kekerasan sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan kekasaran.

Walaupun Suruhanjaya telah beberapa kesempatan menawarkan diri sebagai mediator antara polis dan penganjur perhimpunan agar satu persetujuan secara konsensus antara dua pihak sebelum perhimpunan dapat dicapai, namun, tawaran tersebut telah ditolak. Suruhanjaya juga telah beberapa kali menyeru pihak berkuasa untuk membenar dan memudahkan orang ramai untuk berhimpun secara aman.

NONEIa juga telah menggesa agar polis memudahkan orang ramai untuk melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman dan mengeluarkan pandangan tanpa membahayakan hak orang lain untuk menjalankan kehidupan dan hal ehwal harian dengan gangguan minima.

Peserta di perhimpunan yang seumpama di beberapa tempat lain seperti Georgetown, Kuantan, Johor Bahru, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu telah dibenarkan untuk berhimpun dan bersurai secara aman, teratur dan bertanggungjawab tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku merupakan satu testimoni kepada kebolehlaksanaan langkah-langkah tersebut.

Suruhanjaya ingin mengulangi pendiriannya bahawa ia mengakui keamanan dan kestabilan adalah yang paling utama dan bahawa ketenteraman awam perlu dikekalkan pada setiap masa, namun ianya juga berpendapat bahawa perhimpunan awam menyediakan ruang untuk orang ramai melahirkan perasaan mereka mengenai isu yang menjadi kebimbangan.

Hak-hak tersebut adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20(1) Perisytiharan hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) serta Akta Perhimpunan Aman 2011 dan juga Perkara 19 UDHR mengenai kebebasan mengeluarkan pendapat.

NONEWalau bagaimanapun, dalam usaha ke arah demokrasi yang berfungsi sepenuhnya, Suruhanjaya telah berulangkali menggesa semua pihak untuk melaksanakan hak mereka secara bertanggungjawab dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua yang terlibat dilindungi dan yang lebih penting hak orang lain yang terlibat secara tidak langsung juga mesti dihormati dan dilindungi.

Buat ketika ini, Suruhanjaya menyeru orang ramai, pihak media serta pihak berkuasa yang berkaitan yang telah menyaksikan sebarang pelakuan atau insiden mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan 28 April 2012 untuk mengemukakan maklumat, dokumen lain dan bukti yang berkaitan kepada Suruhanjaya untuk siasatan.

Sementara itu, Suruhanjaya akan membincangkan perkara ini, menganalisa bukti yang terkumpul dan mengkaji laporan pemantuan perhimpunan tersebut secara terperinci dalam mesyuaratnya yang akan datang bagi mempertimbangkan tindakan selanjutnya.
PDRM rugi RM1.8j dalam perhimpunan Sabtu lalu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.828 juta akibat kerosakan harta benda dan aset ketika perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan di ibunegara Sabtu lepas.
  
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata selain mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut.
  
"Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.
  
Sehingga kini polis telah menahan 513 peserta perhimpunan kerana merusuh dalam perhimpunan itu dan memburu 49 lagi.
  
Mahmood berkata seramai 14,331 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai jabatan telah bertugas sepanjang perhimpunan itu.
  
Kementerian sangat prihatin di atas pengorbanan pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan tersebut, katanya.

- Bernama
Bicara kes saman Shahrizat terhadap Zuraida 6 Ogos
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 6 Ogos untuk perbicaraan kes saman berjumlah RM100 juta yang difailkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan seorang lagi.
  
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh tersebut selepas memerintahkan peguam Shahrizat, Datuk Ahmad Redza Abdullah membuat permohonan rasmi bagi meminda penyataan tuntutan.

NONEVazeer berkata mengikut sistem baru, setiap kes yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi NCVC (New Civil Cases) perlu diselesaikan dalam tempoh sembilan bulan dan berikutan itu beliau perlu menjalankan perbicaraan secepat mungkin.

Dalam kes ini, Zuraida diwakili peguam Razlan Hadri dan peguam Ranjit Singh bagi pihak pengarah strategi PKR Mohd Rafizi Ramli.
  
Pada 19 Jan lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Shahrizat menuntut gantirugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi gantirugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.
  
Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) atau syarikat-syarikat bersekutu.
  
Ketua Wanita Umno itu mendakwa kedua-dua defendan secara sistematik dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk "serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan dan memfitnah plaintif" dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadap beliau.

- Bernama
'Langgar penghadang tak tentang arahan mahkamah'
Tindakan melanggar penghadang polis di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut semasa perhimpunan BERSIH Sabtu lalu tidak menyalahi larangan mahkamah, kata Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan.

NONESyahredzan berkata, arahan mahkamah hanya melarang orang awam daripada memasuki Dataran Merdeka dan bukan jalan sekitarnya.

"Saya rasa ia perangkap. Mereka pasang penghadang di kawasan berdekatan Kelab Diraja Selangor dan Jalan Raja walaupun tempat itu bukan dikira sebahagian daripada Dataran.

"Tetapi apa yang tidak boleh dilanggar? Arahan mahkamah apa? Arahan mahkamah hanya menyebut kamu tidak boleh melanggar ke Dataran, bukan penghadang," katanya dalam forum analisis pasca-BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur malam tadi.

[Baca berita penuh]

azlan

Tiada ulasan: