Sabtu, 4 September 2010

RUJUK QURAN DAN HADIS....YANG HAQ TU JELAS...YANG BATIL TU JELAS JUGA...DIKHUATIR PINTU2 SEGALA KEFAHAMAN ALLAH TUTUP...GUNAKANLAH BLOG TUK YG HAQ

Pria Malaya
Gambar palsu LGE: Pendokong tegar Umno cuba tegakkan benang yang basah, terus jaja fitnah!

Oleh: Pria Malaya

1. Nampaknya penyokong @ blogger fanatik Umno tidak belajar dari kesilapan..semakin hari, semakin galak mereka mengulit dan menghidupkan fitnah utk tatapan para pengikut setia mereka..mereka semakin ligat mengedit dan mengubah ga...mbar/foto dengan tujuan yang jahat, kemudian disebar dan dijajanya ke merata tempat...

Boleh lihat contoh gambar superimpose penyokong Umno terdahulu di sini dan di sini..

2. Terbaru, pendedahan Oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen berkaitan isu gambar superimpose oleh penyokong tegar Umno, boleh baca di sini...

Namun ramai dikalangan penyokong Umno tidak mempercayai pendedahan yg dibuat oleh Herman...dakwa mereka, Herman telah melakukan fitnah dan pendustaan..dituduhnya Pemuda PAS itu sendiri yang mengedit gambar tersebut dan melaporkannya kepada media..boleh lihat di sini, di sini, di sini dan banyak lagi...

Mereka mempertikaikan pendedahan yg dibuat oleh Herman Samsudeen..bagi mereka, dakwaan yg mengatakan gambar itu diwujudkan oleh penyokong Umno adalah tidak berasas kerana tidak disertakan sekali bukti/sumber wujudnya gambar tersebut, dan pelbagai lagi alasan..mereka tidak mempercayai perkara ini dilakukan oleh rakan2 mereka sendiri...

3. Namun ternyata telahan dan andaian mereka silap...selain penafian oleh Lim Guan Eng sendiri (baca di sini), pemilik/sumber kepada wujudnya gambar2 fitnah yang boleh mencetuskan pemusuhan kaum dan agama ini adalah datangnya dari penyokong tegar Umno melalui laman sosial Facebook..dgn menggunakan nama samaran "Pas beruk", artikel dan gambar fitnah ini disebar secara meluas..dan dibawah adalah antara foto terbaru yg telah diedit oleh pengikut Umno ini..

4. Persoalan kini, kenapa perkara ini harus ditentang dan diberi kecaman?? lihat contoh dibawah..seorang blogger otai Umno sudah terpengaruh dan terperangkap dengan gambar super impose yang telah dilakukan rakan mereka sendiri..tanpa diperiksa dan diselidiki, blogger Umno ini terus mempercayainya, lantas direka pelbagai alasan dan hujah bagi membenarkan telahannya...perhatikan contoh di bawah...

**baca pendedahan seterusnya di sini:
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/gambar-palsu-lge-pendokong-tegar-umno_04.html
See More


Gambar fitnah: Polis digesa ambil tindakan segera
Mohd Ali Hashim

GEORGETOWN, 4 Sept: Pihak polis digesa supaya segera mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui penyebaran gambar teknik pertindihan (super impose) menyembelih lembu korban.

Ketua Pemuda Dapsy Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, polis sepatutnya menjalankan siasatan secara menyeluruh dan segera mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja cuba bermain dengan isu sensitif.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali.

"Tindakan penyebaran gambar 'super impose' ini adalah melampau. Ia adalah isu yang sangat sensitif dan merbahaya kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat.

"Ketua Menteri tahu membezakan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan. Ini termasuklah dalam isu yang membabitkan hal agama," katanya.

Manakala Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman mengulas isu itu berkata apa yang telah dilakukan adalah suatu tindakan jahat dan keji.

Kata beliau, kumpulan yang kecewa itu akan membuat apa saja sama ada melalui media ataupun internet bagi mengelirukan masyarakat.

"Sejajar dengan ini, maka kerajaan negeri amat berharap rakyat tidak akan terpedaya dengan tindakan terdesak yang telah dilakukan oleh mereka yang semakin kecewa.

"Sehubungan dengan itu risalah penjelasan mengenai isu ini dan beberapa isu seperti dakwaan doa dalam khutbah Jumaat turut diperjelaskan melalui pengedaran 150,000 risalah untuk seluruh rakyat negeri ini," ujarnya.


Mahu lebar jalan atau roboh surau

Sofi Wahab

BUKIT KATIL, 3 Sept: Penduduk Kampung Bukit Katil membantah pembinaan jalan baru yang menghubung jalan utama ke beberapa buah taman melalui Lorong Datuk Demang Hussein, di sini.

Lorong tersebut akan dibesarkan saiznya dan pembesaran itu akan menyebabkan bangunan Pasti Jaya Insan dan surau akan dirobohkan.

Tindakan pihak berkuasa dilihat tidak logik kerana jika benar lorong tersebut hendak dibesarkan mengapa ianya tidak menggunakan tanah kosong di sebelahnya yang tidak membabitkan perobohan Pasti dan Surau.

Malah jika benar jalan baru itu hendak dibina adalah lebih baik ianya dibina di atas tanah berhadapan dengan Klinik Desa Kampung Bukit Katil kerana ianya tidak akan melibatkan rumah dan bangunan-bangunan lain.

Perancangan itu seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan bangunan Pasti dan surau yang telah lama dibina.

Pasti Jaya Insan amat berjasa kepada masyarakat setempat kerana ia menjadi pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah manakala surau menjadi tempat menimba ilmu agama yang sentiasa mendapat sambutan penduduk setempat.

Kelas-kelas pengajian agama hampir setiap malam diadakan di samping kuliah subuh dan juga lain-lain program kemasyarakatan.

Tindakan pihak berkuasa yang dilihat sengaja memasukkan bangunan Pasti dan surau mengundang bantahan hebat dari penduduk setempat.

Mereka berpendapat jika jalan tersebut dibina dengan tidak melalui tapak Pasti dan surau jalan tersebut akan lebih lurus.

Mengapa pula pihak berkuasa sengaja ingin membina jalan yang bengkok sedangkan jalan lurus lebih baik dan mudah.

Bantahan awal telah dizahirkan oleh penduduk setempat pada 31 Ogos lalu apabila kira-kira 150 orang penduduk berkumpul beramai-ramai di seberang jalan berhadapan Masjid Bukit Katil menyatakan rasa tidak puas hati di samping mereka menyambut Hari Merdeka.

Mereka menurunkan tandatangan masing-masing pada sebuah kain pemidang menyatakan rasa tidak puas hati tentang cadangan pihak berkuasa itu.

Sementara itu, PAS Cawangan Bukit Katil dan Bukit Bayan telah membentuk Jawatankuasa Bertindak menentang projek tersebut di mana Ketua PAS Cawangan Bukit Katil, Mohd Yassin Abdul Ghani telah dilantik menjadi pengerusinya.

Jawatankuasa itu telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam beberapa hari lepas bagi menyampaikan bantahan awal.

Dalam perjumpaan tersebut Ketua Menteri telah memberikan pelbagai alasan yang tidak logik tentang pembinaan jalan tersebut. Jawatankuasa tersebut akan bermesyuarat secepat mungkin bagi merangka tindakan seterusnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata tindakan pihak berkuasa itu sebenarnya berniat jahat dan mereka menghalalkannya atas nama pembangunan.

"Mengapa mereka sengaja membuat jalan di kawasan itu sedangkan banyak tanah kosong lain yang tidak melibatkan bangunan dan ianya lebih lurus boleh diambil.

"Jelas mereka sebenarnya busuk hati dan berdendam dengan kita, mereka sakit hati melihat surau dan Pasti ini diimarahkan oleh penduduk setempat.

"Kita akan menentang projek ini dengan pelbagai cara dan saluran," jelas Yusof yang juga Penyelia Dun Bukit Baru.


756 ahli PAS masuk Umno, bohong!

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.

Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.

Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.

Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.

"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal


Fitnah PAS: Pemuda PAS Perak, Perlis pula lapor polis

Harakahdaily

IPOH, 3 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Laporan polis hari ini dibuat oleh Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Salleh di balai Polis Sungai Senam kira-kira jam 3 petang ini.

Salman berkata, DPPN Perak menganggap ini adalah tuduhan liar yang semata-mata inginkan sokongan orang bukan melayu kembali kepada Barisan Nasional.

"Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Tambah beliau juga, Umno sudah terdesak kerana kehilangan sokongan rakyat sehingga bertindak memfitnah PAS.

"Umno tahu mereka sudah pun terdesak kerana mereka juga mengalami kehilangan sokongan terutama di kalangan Melayu yang agak cerdik dan ada maklumat.

"Jadi mereka sudah tidak dapat untuk mengawal keadaan dan orang bukan Melayu juga tidak bersama dengan mereka dan apa yang Zainuddin buat ini untuk timbulkan keraguan kepada orang bukan Melayu terhadap PAS," katanya lagi.

Salman turut menyifatkan politik yang dimainkan Zainuddin adalah politik jijik dan meminta beliau berhenti daripada memfitnah PAS serta menarik kembali kenyataan.

Dalam perkembangan lain Pemuda PAS Perlis turut membuat laporan polis terhadap kenyataan Zam tersebut.

Laporan polis dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman di Ibu pejabat Polis Daerah Kangar pada jam 3.15 petang semalam

Beliau turut diiringi barisan Exco Pemuda PAS Perlis

PAS sebelum ini memberi tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zainuddin agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Ekoran gagal berbuat demikian, PAS sedang menimbang akan mengambil tindakan undang-undang


756 ahli PAS di parlimen Larut sertai Umno
Sep 4, 10 9:35am
Seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan berpaling tadah dan menyertai Umno. Alasan mereka ialah hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

Bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

Umno semakin teguh

Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin BN juga mendorongnya untuk beralih arah kepada Umno.

"Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.

Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian Umno secara besar-besaran.

Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata tindakan mereka memilih Umno menunjukkan parti itu semakin teguh di Perak.- Bernama


Tiada ulasan: