Tun Mahathir tahu Umno akan tumbang PRU-13 Harakahdaily | IPOH, 24 Sept: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah sebagai ugutan kepada pengundi Melayu.
Abu Bakar berkata, ianya tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu agar tidak memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Tun Mahathir sudah menjangkakan Umno berkemungkinan besar untuk kalah pada Pilihanraya umum ke 13 nanti.
"Kenyataan Tun Mahthir itu hanyalah kenyataan politik lama bertujuan untuk mengugut pengundi Melayu agar tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang," kata beliau kepada Harakahdaily.
Beliau juga berkata, berkemungkinan besar Umno sudah tidak relevan dan ditolak oleh seluruh rakyat dan hilang sumber pendapatan daripada kroni-kroni mereka.
"Kita tahu selama ini pemimpin-pemimpin Umno memperoleh duit dari pengusaha-pengusaha kilang dan syarikat-syarikat kroni mereka untuk menjana kewangan parti mereka. Jika umno jadi pembangkang selepas ini maka tiada siapa yang sanggup beri duit pada Umno," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan hari ini berhubung kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat yang digelarnya parti pembangkang mendapat kuasa.
Mahathir juga mengambil contoh negeri Perak ketika dibawah Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa, walaupun menteri besarnya iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Melayu dari PAS, tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.
Mengulas lanjut Abu Bakar berkata, pemimpin-pemimpin Umno sedang ketakutan kerana satu-persatu kes salah guna kuasa dan skandal mereka akan terbongkar apabila PR memerintah negara ini.
"Sudah terdapat menteri-menteri Umno yang membeli tanah dan rumah di luar negara sebagai persediaan jika Umno tidak dapat memerintah Malaysia pada masa akan datang," katanya
| Polis serbu Gedung Kartun Zunar Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 24 Sept: Polis menyerbu pejabat kartunis Zunar iaitu Gedung Kartun di Brickfield dipercayai ada kaitan dengan keluaran karya terbaru mereka Cartoon O-Phobia.
Perkara itu dimaklumkan Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang kini duitahan di balai polis Brickfield. Beliau juga memaklumkan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. "Saya sekarang sedang ditahan di balai Brickfeild untuk soal siasat dan akan dibawa ke IPD PJ," katanya melalui sistem khidmat pesanan ringkas SMS sebentar tadi.
Menurutnya pejabatnya yang juga menempatkan Gedung Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields. Peguam Latheefa Koya juga difahamkan sudah berada di sana.
Selain digeledah, web Malaysiakini melaporkan sebanyak 70 naskah buku terbaru tersebut juga dirampas.
Menurutnya lagi program pelancaran buku Cartoon O-Phobia malam ini di Dewan Perhimpunan Cina-Selangor (KLSCAH) tetap diteruskan dan akan dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Cartoon-O-Phobia mengandungi 100 muka surat dan semua lukisan di dalamnya adalah berwarna penuh dengan memuatkan isi yang lebih pedas dan tajam berbanding buku-buku sebelumnya.
Buku ini dijual dengan harga pasaran RM25 dan juga boleh dibeli secara online di web tersebut.
Menurutnya, idea untuk menghasilkan Cartoon-O-Phobia diilhamkan apabila Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku-buku kartunnya iaitu 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun.
Secara peribadi jelasnya, buku ini adalah lebih pedas, tajam dan padat berbanding dengan buku-buku beliau sebelum ini.
| NGO: Plet MCA harus terbuka kepada orang ramai
|
|
Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan huruf ''MCA'' yang dikatakan hanya untuk ahli parti MCA mendapat bantahan dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan meskipun ia belum dilaksanakan. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman, berkata setiap parti mahupun mana-mana pertubuhan dan persatuan tidak wajar mempunyai nombor pendaftaran kenderaan yang tersendiri untuk menentukan kedudukan mereka. "Saya tidak setuju dengan nombor pendaftaran kenderaan untuk MCA itu, ia patut terbuka kepada semua (orang ramai) seperti biasa dengan tiada diskriminasi untuk mana-mana pertubuhan atau kedudukan mereka termasuk pekerjaan seperti doktor atau apa saja," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini. Selasa lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, menunjukkan sepucuk surat yang ditandatangani setiausaha sulit kanan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat kepada media sebagai menjawab kontroversi terdapat arahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan. Sebaliknya, memo itu mahukan nombor pendaftaran yang sepatutnya dikeluarkan untuk kenderaan di negeri Melaka dikhususkan kepada ahli parti MCA. Surat bertarikh 17 Februari 2010 itu ditujukan kepada Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan tetapi Ong pada Rabu lalu, dilaporkan berkata, permohonan itu sudah ditolaknya pada Mac lalu. Semalam, Solah dalam satu kenyataan berkata, arahan itu masih berkuatkuasa dan pihaknya memerlukan arahan baru daripada menteri pengangkutan sekarang bagi membatalkan arahan menteri terdahulu untuk membolehkan nombor pendaftaran tersebut dibuka kepada umum. Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N Marimuthu, berkata nombor plet kenderaan tidak seharusnya dikhususkan sebaliknya terbuka kepada mereka yang berminat dan mampu memperolehinya. "Tiada isu yang harus berbangkit, jangan buat isu lah...siapa yang hendak membeli dan suka sesuatu nombor itu boleh membelinya...nombor plet kenderaan bukan khusus untuk mana-mana parti seperti Umno, DAP, PAS atau sebagainya," katanya. Menurut sumber dari kementerian pengangkutan, Kong dijangka akan membatalkan arahan terdahulu, untuk membolehkan nombor pendaftaran tersebut dibuka kepada umum dalam masa terdekat. "Tender untuk plet nombor MCA akan dijalankan seperti biasa selepas arahan secara rasmi dikeluarkan dan mereka yang berminat boleh memperolehinya dengan JPJ," katanya.
- Bernama
MCA 1 - MCA 9999 kini boleh ditender |
|
Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan huruf "MCA" yang dikatakan hanya untuk ahli parti MCA mempunyai kebenaran jika sepucuk surat yang didedahkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri, Kong Cho Ha, dijadikan bukti. Setiausaha Agung MCA itu menunjukkan surat berkenaan kepada pemberita hari ini selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai desas-desus bahawa nombor plat "MCA" yang bakal didaftarkan di Melaka selepas nombor plat "MBY", hanya dikhususkan untuk ahli MCA.
|
"Saya ada surat ini bertarikh 17 Februari, 2010. Saya tak perlu cakap apa-apa, ada surat," katanya di Putrajaya. Ditanya mengenai kandungan surat itu, Kong berkata: "Ia berkenaan siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak." Surat itu yang kemudian diberi kepada pemberita, didapati ditulis Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, yang meminta pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan. Surat itu ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan. Ong, dalam laporan akhbar hari ini, menafikan desas-desus bahawa beliau telah menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengarahkan JPJ membekukan penjualan nombor plat tersebut, bagi dikhususkan kepada MCA. Diminta mengulas lanjut isu tersebut, Kong yang ditemui selepas jamuan Aidilfitri kementeriannya berkata beliau akan membatalkan arahan tersebut. "Siapapun tidak berhak menempah nombor untuk MCA. Ia adalah sebahagian nombor pendaftaran kenderaan yang dikeluarkan JPJ mengikut setiap negeri," katanya.
- Bernama Ong: Saya yang tolak plat khas "MCA" untuk ahli |
|
Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, memo mengenai nombor pendaftaran kenderaan “MCA” dikhususkan untuk ahli parti MCA telah ditolaknya pada Mac lalu. Justeru, kata beliau, isu itu tidak lagi berbangkit.
Saya masih ingat, antara perkara-perkara di bawah perhatian saya yang ditolak termasuk memo ini," katanya ketika ditanya mengenai pendedahan memo berkenaan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, semalam.
Mengulas lanjut, Ong berkata, memo itu ditandatangani setiausaha sulitnya ketika beliau sedang bercuti kerana menghadapi masalah kesihatan pada Februari. Bagaimanapun, katanya, ketika kembali bertugas pada bulan Mac, beliau yang meneliti semula memo berkenaan telah bertindak menolaknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan itu. "Selepas itu saya tidak tahu apa yang terjadi dengan memo tersebut," katanya sambil meluahkan rasa terkilan dan kesal dengan tindakan Kong yang mendedahkan memo itu tanpa merujuk kepadanya terlebih dulu. Semalam, Kong menunjukkan sepucuk surat yang ditandatangani setiausaha sulit Ong kepada media sebagai menjawab kontroversi bahawa terdapat arahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan.
|
Sebaliknya, nombor pendaftaran itu yang sepatutnya dikeluarkan untuk kenderaan di negeri Melaka dikhususkan kepada ahli parti MCA. Surat bertarikh 17 Februari 2010 itu ditujukan kepada ketua pengarah JPJ, Datuk Datuk Solah Mat Hassan. Mengulas pihak yang mencadangkan perkara tersebut, bekas presiden MCA itu berkata: "Sebenarnya ada pihak tertentu yang mencadangkan plat MCA ini, dan saya nyatakan dengan jelas saya tidak bersetuju dengan perkara itu." Ong juga kesal dengan sikap Menteri Pengangkutan sekarang yang seolah-olah mahu memperbesar-besar isu tersebut sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk membatalkan sebarang keputusan yang dibuat menteri terdahulu.
- Bernama Zunar ditangkap polis, buku terbaru dirampas |
| Salhan K Ahmad & Aidila Razak Sep 24, 10 4:42pm |
| |
Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee
Anwar Ulhaque hari ini ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.
Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini. Menurut Zunar yang sempat menghubungi
Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields. "Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu,” katanya kepada
Malaysiakini.
Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya.
“Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba,” katanya.
Sebelum ini, beberapa bukunya termasuk 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, juga diharamkan. Pada 17 September lalu, Zunar memberitahu Malaysiakini Cartoon-o-phobia (ketakutan pada kartun) sebagai usah terbarunya yang terus menyindir kerajaan. "Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan.
"Kerana itu, nama Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun," kata Zunar. Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat
Malaysiakini.
Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010. Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.
Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com.
Zunar kemudiannya dilihat dibawa keluar daripada IPD Brickfields dengan menaiki kenderaan polis pada kira-kira jam 7 petang ini. Lathefaa berkata, Zunar dibawa ke IPD Puchong untuk siasatan lanjut. Latheefa ketika bercakap kepada wartawan di luar IPD Brickfields selepas itu berkata polis telah menyiapkan laporan penahanan Zunar. "Tapi saya tidak pasti sama ada laporan itu dibuat bawah Akta Hasutan atau Akta Penerbitan dan Mesin Cetak," katanya
Buku baru Zunar sindir k'jaan takutkan kartun |
|
Tindakan kerajaan mengharamkan buku kartunnya rupa-rupanya tidak mematahkan semangat, sebaliknya memberikannya idea baru kepada kartunis Zunar untuk menghasilkan karya yang lebih pedas, tajam dan padat dengan sindiran
politik. Ekoran pengharaman
1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan
Isu Dalam Kartun, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee
Anwar Ulhaque kali ini menerbitkan pula
Cartoon-o-phobia (ketakutan pada kartun) - tindakan yang terus menyindir kerajaan.
"Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan. "Kerana itu, nama
Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun," kata Zunar (
kanan). Menurut Zunar juga buku tersebut akan diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat
Malaysiakini. Sebelum ini, beliau juga berkerjasama dengan penerbit yang sama untuk buku
1 Funny Malaysia tahun lalu dan
Cartoon On Tun and Others... pada 2005. Kebanyakan karya-karya kartun dalam
Cartoon-o-phobia adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam
Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010. Dalam satu kenyataan hari ini, Zunar juga secara sinis berkata akan cuba mendaftar istilah
Cartoon-o-phobia dalam kamus sebagai satu istilah baru yang menggambarkan defininasi "individu atau pihak yang takut kepada karya kartun sehingga menggunakan pengaruh politik bagi mengambil tindakan terhadap kartunis." "Saya menyentuh semua isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain," katanya. Menyentuh soal kemungkinan bukunya diharamkan lagi, bekaS kartunis di majalah popular
Gila-Gila itu bagaimanapun berkata tidak pernah terfikir soal tersebut semasa berkarya. "Saya percaya
Cartoon-o-phobia mempunyai kekuatan sendiri dan memenuhi kehendak pembaca. Namun saya bersedia menghadapi sebarang risiko jika buku ini diharamkan. "Jika buku ini tidak dapat dijual di pasaran terbuka (akibat pengharaman), saya bergantung kepada sokongan dari para pembaca," katanya. Buku setebal 100 muka surat berwarna penuh itu akan dilancarkan pada 24 September ini bertempat di Selangor Chinese Assembly Hall oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Ia dijual dengan harga pasaran RM25 senaskhah secara
dalam talian buat masa ini
Zunar berkartun sehingga titisan dakwat terakhir |
|
Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee
Anwar Ulhaque yang tiga bukunya -- memuatkan kartun-kartun satira diharamkan kerajaan semalam, menuntut penjelasan lanjut daripada Kementerian Dalam Negeri berhubung tindakan itu. “KDN menuduh bahawa kartun-kartun saya mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam. Ia adalah satu tuduhan yang serius dan harus ditunjangi dengan alasan perundangan yang kukuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Zunar sehubungan itu, menuntut Kementerian Dalam Negeri memberi takrifan "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam" yang digunakan sebagai alasan mengharamkan buku-bukunya itu.
|
“Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan karya yang mana dan pada muka surat yang mana dari 312 kartun tersebut yang dikategorikan sebagai mengancam keselamatan negara dan tidak sesuai untuk bacaan umum,” katanya. Menurut Zunar dia bertanggungjawab dan sedia mempertahankan karya-karyanya dan sedia menghadapi tindakan undang-undang. Katanya, dari sudut perniagaan, pengharaman buku berkenaan membawa kerugian besar kepada syarikatnya dan menjangka pengedar-pengedar seluruh negara akan memulangkan naskah yang telah beredar di pasaran. Beliau menganggarkan akan kerugian sekitar RM50,000 hingga RM80,000. “Tetapi, keuntungan material bukanlah matlamat utama saya. Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya. Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman,
rasuah dan salah laku kerajaan BN,” katanya.
Ujar Zunar, meskipun buku dan majalahnya diharamkan, namun kerajaan tidak boleh mengharamkan mindanya. "Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir," katanya. Semalam, kerajaan mengumumkan buku kartun 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, terbitan syarikat Kinibooks - anak syarikat Malaysiakini telah diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Menurut akta itu, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali
PAS: Najib takut pendedahan kartun Zunar |
|
Kegusaran kebobrokan ramai pemimpin BN-Umno, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didedahkan menerusi kartun-kartun karya Zulkifli
Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar menyaksikan bukunya diharamkan. “Pemimpin Umno-BN yang menguasai kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka,” kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.
Semalam, kerajaan mengumumkan buku kartun
1Funny Malaysia,
Perak Darul Kartun dan
Isu Dalam Kartun, terbitan syarikat Kinibooks - anak syarikat Malaysiakini telah diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Menurut Idris, PAS menyokong usaha Zunar (
atas) dan
Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media arus perdana yang dikuasainya. “Rakyat perlu tahu apa yang kerajaan sembunyikan dari mereka. Zunar yang juga mantan ketua pengarang Suara Keadilan diakui ramai pihak sebagai pengkartun yang mempunyai daya kreativiti satira yang luar biasa dan mampu mengoyahkan kedudukan dan imej Najib.
“Kes kapal selam, dasar-dasar Najib, pergaduhan pemimpin Umno-BN, kezaliman mereka,
rasuah dan sebagainya adalah antara perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh Najib tetapi mudah diterjemahkan dalam bentuk kartun oleh Zunar,” kata Idris (
kanan). Menurut Idris sebagai seorang kartunis, Zunar berjaya 'menelanjangkan kebobrokan' ramai pemimpin BN seperi Tun Dr
Mahathir Mohamad, Tun
Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri S Samy Vellu. “PAS melihat tindakan KDN ini membuktikan bahawa Najib, dan pemimpin Umno-BN cukup terasa dengan penangan kartun Zunar dan kawan-kawannya,” katanya. Ujarnya, ruangan kartun Senyum Kambing dalam
Utusan Malaysia serta kartun-kartun lain di akhbar milik Umno-BN gagal menyaingi apa yang dihasilkan oleh Zunar. “Dan jelas, KDN dipergunakan bagi menyekat pengaruh kartun-kartun satira demi untuk menyelamatkan imej Najib dan Umno-BN yang kini dianggap sebagai pelawak sahaja,” katanya. Menurut
Idris, PAS berharap agar Kementerian Dalam Negeri supaya bersikap terbuka dan realistik serta tidak tunduk pada tekanan pemimpin
politik BN dalam tindakan mereka. Mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali
Majalah baru Zunar usik PM |
| Jimadie Shah Othman Ogos 24, 09 11:18am |
| |
kemaskini 1.36pm Kartunis
politik terkenal Zulkiflee
Anwar Haque akhirnya kembali bergelumang bersama dunia kreatif melalui majalah
Gedung Kartun setelah meninggalkan organ PKR
Suara Keadilan beberapa bulan lalu.
Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung dwibulanan itu memaparkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara
(foto kiri).
Edisi awal September kini sudah berada di pasaran.
Selain kartun,
Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut menyumbang rencana dalam
Gedung Kartun.
Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan"
(foto kanan).
Edisi sulung ini menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA.
"Kita juga akan muatkan kartun istimewa karya Dr Farish A Noor," kata Zulkiflee atau lebih popular dikenali Zunar, tanpa mendedahkan karya pengamat politik itu.
Dihubungi
Malaysiakini baru-baru ini, kartunis terkemuka itu berazam menerokai pasaran genre berkenaan dengan tema "kartun alternatif" kerana, menurutnya, ia mempunyai pasaran yang besar.
"Ini yang pasaran mahukan. Kita lihat di Internet dan blog, banyak kartun berbentuk humor sebegitu.
"Ia bentuk yang orang suka, cuma tidak ada orang buat," katanya, yang bertindak sebagai ketua pengarang, yang terkenal dengan "kartun hidung besar" bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Ditanya perbezaan menguruskan sebuah akhbar politik dan majalah kartun, Zunar berkata: "Tukar medium sahaja".
Menurutnya, idea menerbitkan majalah kartun dengan konsep sebegitu telah lama dirancang tetapi baru menjadi kenyataan kerana kesuntukan masa.
Dengan cetakan pertama sebanyak 10,000 naskhah, majalah tersebut akan berada di pasaran dua kali sebulan – pada 10 dan 20 hari bulan.
Majalah 68 halaman, terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd itu dijual di seluruh Malaysia dengan harga RM4 (Sabah dan Sarawak RM5).
Zunar, yang turut menyumbang karyanya kepada
Malaysiakini, meninggalkan
Suara Keadilan pada Mei lalu setelah empat tahun bertugas - dipercayai mangsa politik dalaman elit PKR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan